Selasa, 2 Ogos 2011

Utusan Online - Selatan


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Selatan


Kenali erti sebenar kemerdekaan

Posted:

Kenali erti sebenar kemerdekaan

Kenali erti sebenar kemerdekaan

Oleh MOHAMMAD YASIR JAAFAR
utusanN9@utusan.com.my


Tetamu yang hadir menyanyikan lagu Jalur Gemilang sambil mengibarkan bendera Malaysia pada majlis pelancaran Kempen Kibar Jalur Gemilang dan Pelancaran Tabung Rayuan Hari Pahlawan di Dewan Majlis Perbandaran Seremban, Seremban, semalam. - utusan/MD.SHAHJEHAN MAAMIN


SEREMBAN 1 Ogos - Generasi muda masa kini dinasihatkan supaya mendalami sejarah silam tanah air bagi mengenali erti sebenar kemerdekaan ke arah mengekalkan keamanan, kesejahteraan serta perpaduan yang dikecapi negara sejak 54 tahun lalu.

Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, inisiatif tersebut mampu menyedarkan golongan terbabit terhadap perjuangan pahit getir tokoh termasuk pahlawan negara untuk mengecap kemerdekaan yang dinikmati sehingga hari ini.

"Keamanan dan kesejahteraan serta perpaduan masyarakat majmuk di negara ini tidak datang bergolek begitu sahaja, sebaliknya ia adalah hasil perjuangan tokoh serta anggota pasukan keselamatan kita yang terpaksa berkorban dan menitiskan darah semata-mata untuk memperjuangkan kemerdekaan negara.

"Maka generasi kedua hari ini perlu mendalami sejarah agar mereka tidak mudah lupa dengan erti sebenar kemerdekaan sekali gus memelihara serta mewariskannya kepada generasi seterusnya," tegas beliau.

Mohamad berkata demikian ketika berucap pada majlis Kempen Kibar Jalur Gemilang dan Pelancaran Tabung Rayuan Hari Pahlawan di Dewan Majlis Perbandaran Seremban (MPS) di sini, hari ini.

Jelasnya lagi, generasi muda juga diingatkan supaya tidak terlalu mudah mempercayai anasir serta elemen negatif yang disebarkan oleh pihak tidak bertanggungjawab demi meruntuhkan perpaduan serta keamanan negara.

"Kita jangan leka serta dibuai dengan kata-kata sesetengah pihak yang cuba memecah belahkan negara, jangan sekali-kali kita beri ruang atau peluang kepada mereka.

"Mereka ini sebenarnya cemburu dengan keamanan serta keharmonian negara kita, kalau boleh kita hancur dan ganyang mereka ini demi kita memelihara perpaduan di kalangan rakyat berbilang kaum di negara ini tanpa mengira keturunan, bangsa mahupun agama," ujarnya.

Seramai 2,000 orang dari seluruh lapisan masyarakat di negeri ini termasuk ahli mesyuarat kerajaan negeri, ketua jabatan, bekas anggota pasukan keselamatan dan pelajar hadir bagi menjayakan program tersebut.

Pada majlis sama, lima bekas tentera dianugerahkan Pingat Jasa Malaysia (PJM) atas sumbangan mereka terhadap negara serta 12 individu yang terdiri daripada ibu tunggal, anak yatim serta bekas anggota keselamatan menerima bantuan berbentuk, kerusi roda dan wang tunai.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

Jangan gadai perpaduan kerana wang ringgit

Posted:

Jangan gadai perpaduan kerana wang ringgit

Jangan gadai perpaduan kerana wang ringgit


MOHAMAD Nor Ahmat (kiri) bersama rakan seperjuangan menjulang Jalur Gemilang dengan penuh bersemangat di Dewan Majlis Perbandaran Seremban, kelmarin.


SEREMBAN 1 Ogos - Jangan kerana wang ringgit anak muda hari ini sanggup menggadaikan perpaduan serta keamanan negara yang dikecapi sejak merdeka.

Itulah antara ingatan ahli Persatuan Bekas Tentera Malaysia (PBTM) kepada generasi masa kini yang dilihat kian tidak menghargai erti kemerdekaan dan keamanan negara sehingga sanggup menyertai demonstrasi jalanan.

Menurut bekas tentera, Alwi Ibrahim, 69, anak muda hari ini semakin lupa tentang pengorbanan, perjuangan serta kepayahan pemimpin termasuk anggota pasukan keselamatan untuk membebaskan negara daripada jajahan kuasa luar.

''Apa lagi yang mereka mahu, hidup pun sudah senang-lenang, saya rasa mereka pun tidak perlu lagi angkat senjata untuk berperang.

''Tetapi apa yang menyedihkan, mereka ini (anak muda) sanggup memberontak menyertai demonstrasi jalanan buat kacau-bilau sehingga menyusahkan dan merugikan orang ramai, kalau ditanya mengapa sertai perhimpunan mereka sendiri pun tidak tahu apa yang diperjuangkan," katanya ketika ditemui pada majlis Kempen Kibar Jalur Gemilang dan Pelancaran Tabung Rayuan Hari Pahlawan di sini, semalam.

Alwi yang berkhidmat selama 15 tahun di bawah Unit Tiga Renjer Angkatan Tentera Malaysia (ATM) berkata, lebih memalukan, golongan yang menyertai perhimpunan atau demonstrasi jalanan baru-baru ini dimaklumkan menerima bayaran antara RM200 dan RM300 daripada pihak tertentu.

''Apalah sangat erti RM200 kalau nak dibandingkan dengan keamanan, sedangkan mereka tidak tahu ada anasir luar yang mendalanginya bertepuk tangan kerana anak bangsa kita memberontak tidak tentu hala," tegasnya.

Bagi seorang lagi pesara tentera, Abdul Rahim Md. Nawi, 52, dia amat sedih dengan sikap segelintir anak muda yang menjadi mangsa kepada kuasa luar yang mencemburui perpaduan serta kesejahteraan yang dimiliki negara ini.

''Mereka sanggup menyalurkan dana supaya kita bergaduh antara satu sama lain serta menentang kerajaan. Mereka yang menyertai 'Bersih' tergamak menggadaikan maruah serta perpaduan masyarakat semata-mata kerana menerima bayaran.

''Kalau negara huru-hara semua orang bergaduh, adakah berbaloi dengan bayaran yang diterima mereka dan adakah ia sama dengan nilai perjuangan meraih kemerdekaan negara," ujarnya yang pernah berkhidmat di Bosnia.

Dalam pada itu, jelas Mohamad Nor Ahmat, 70, yang merupakan salah seorang dari lima penerima Pingat Jasa Malaysia (PJM) pada program tersebut, anak muda hari ini, mudah terpedaya dan terlalu terikut-ikut dengan elemen negatif.

''Semuanya berpunca daripada ibu bapa, mereka terlalu manjakan anak-anak, sehinggakan anak-anak sendiri lebih mempercayai kata-kata rakan sebaya daripada nasihat ibu bapa.

''Ini yang membuatkan mereka mudah terpesong sekali gus menjadikan mereka ini bersikap menentang. Lagi ditegur lagi mereka melawan," katanya yang turut terharu kerana terpilih untuk menerima PJM.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

38,000 premis alami gangguan air

Posted:

38,000 premis alami gangguan air

38,000 premis alami gangguan air

Oleh MOHAMMAD YASIR JAAFAR
utusanN9@utusan.com.my


MOHAMAD Hasan melawat kawasan tiga paip pecah berhampiran Loji Rawatan Air Sungai Linggi, Rembau, semalam.


REMBAU 1 Ogos – Sebanyak 38,000 premis termasuk rumah dan kilang di beberapa daerah di negeri ini mengalami gangguan bekalan air ekoran kejadian paip pecah berhampiran Loji Rawatan Air (LRA) Sungai Linggi dekat Port Dickson, sejak Jumaat lalu.

Ini berikutan hujan lebat yang berlarutan selama dua hari telah mengakibatkan tiga paip yang menyalurkan bekalan air bersih dari LRA berkenaan ke sekitar Port Dickson, Seremban dan daerah ini rosak.

Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, kejadian itu turut menyebabkan Loji Bukit Tunggal tidak dapat berfungsi berikutan air dari Sungai Linggi gagal dipam ke loji berkenaan.

''Penduduk di kawasan terlibat diharap dapat bersabar kerana masalah ini berpunca daripada hujan lebat dan banjir pada Khamis dan Jumaat lalu.

''Sebagai alternatif, pihak Syarikat Bekalan Air Negeri Sembilan (Sains) akan menyediakan lori tangki yang membawa bekalan air bersih untuk kegunaan orang ramai di kawasan terbabit," katanya selepas melawat LRA berkenaan di sini, semalam.

Menurut Mohamad, pihaknya memandang serius terhadap masalah tersebut dan berharap pihak Sains dapat menjalankan kerja pemulihan dengan kadar segera dalam usaha mengatasi kesulitan orang ramai.

''Saya dimaklumkan kerja pemulihan akan dapat diselesaikan dalam tempoh terdekat ini dan bekalan air akan kembali seperti biasa selewat-lewatnya Rabu ini," jelasnya.

Dalam pada itu, Pengurus Khidmat Pelanggan & Hal Ehwal Awam Sains, Azlan Abdul Aziz ketika dihubungi berkata, kerja pemulihan hampir selesai dan menjangkakan bekalan air bersih dapat disalurkan secara beransur-ansur bermula 2 petang hari ini mengikut kawasan.

''Namun pengguna di sekitar Port Dickson akan mengalami gangguan bekalan air lebih panjang kerana pihak kami masih menjalankan penyambungan paip patah dan bekalan air di sekitar Posrt Dickson dijangkakan pulih Rabu ini.

''Pihak kami akan terus menghantar lori ke kawasan yang terlibat dari semasa ke semasa dan orang ramai boleh menghubungi talian bebas tol 1-800-88-6982 yang beroperasi 24 jam sehari untuk sebarang bantuan lanjut," ujarnya.

Antara kawasan yang mengalami gangguan bekalan air di sekitar Port Dickson adalah Batu 4 Jalan Pantai – Pekan Port Dickson, Lukut, Spring Hill, Chuah, Sua Betong dan Bukit Pelandok.

Kawasan yang turut terjejas di Seremban adalah sekitar Rantau, Kuala Sawah, Siliau, Sega, Saga, Linsum, manakala di Rembau; Taman Pedas Perdana dan Jalan Tok Samad, Kundur.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.
Kredit: www.utusan.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved