Sabtu, 26 Oktober 2013

Utusan Online - Sukan

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Sukan


Penantian 16 tahun berakhir

Posted: 26 Oct 2013 12:01 PM PDT

Oleh FARHANA JONI
sukan@utusan.com.my

KUCHING - Impian Pahang untuk melangkah ke perlawanan akhir Piala Malaysia akhirnya tercapai selepas 16 tahun menanti apabila menunjukkan pintu keluar buat juara Liga Perdana, Sarawak dengan agregat 4-2 setelah seri 1-1 di Stadium Negeri, Kuching, semalam.

Dalam perlawanan yang disaksikan kira-kira 22,000 penonton setia Bujang Senang itu, Sarawak terlebih dahulu berada di hadapan pada minit ke-33 menerusi penyerang berbisa mereka, Bobby Gonzales tetapi jaringan super-sub, Mohd. Fauzi Roslan pada minit ke-73 meranapkan hajat besar skuad Ngap Sayot itu untuk melangkah ke perlawanan akhir musim ini.

Kejayaan itu akan menemukan Tok Gajah dengan jiran mereka dari Pantai Timur, Kelantan pada perlawanan akhir yang akan berlangsung di Stadium Shah Alam, 3 November depan.

Malah, lakaran sejarah layak ke perlawanan akhir buat kali ketujuh itu dianggap sebagai hadiah terbaik kepada Sultan Pahang, Sultan Ahmad Shah yang menyambut Hari Keputeraan ke-83 pada 24 Oktober lalu.

Namun, Sarawak sebenarnya perlu menyesali kegagalan menamatkan perlawanan selaku pemenang ekoran banyak peluang terbuka di hadapan pintu gol Pahang dipersiakan, terutama menerusi Bobby Gonzales dan Mohd. Hairol Mokhtar.

Walaupun beraksi cukup cemerlang, namun semuanya lebur buat tuan rumah sebaik sahaja Pahang berjaya menyamakan kedudukan.

Pemain-pemain Pahang meraikan kejayaan melangkah ke final Piala Malaysia selepas menumpaskan Sarawak menerusi agregat 4-2, malam tadi.

Kepedihan gagal layak ke perlawanan akhir turut dirasai oleh sebahagian penyokong setia Sarawak yang merusuh sebaik sahaja tamat perlawanan sehingga menyebabkan kira-kira 100 penyokong Pahang yang hadir tidak dapat keluar ke stadium sambil diberikan keselamatan oleh pihak polis.

Penguasaan bola kira-kira 60 peratus yang memihak kepada tuan rumah memberikan hasil 12 minit sebelum babak pertama berakhir apabila bola hantaran silang Joseph Kalang Tie ke dalam kotak penalti disambar penuh bergaya oleh Bobby bagi merapatkan jurang agregat kepada 2-3.

Gol itu nyata menjadi pembakar semangat kepada anak-anak buah Robert Alberts bagi mendapatkan gol kemenangan yang bertali arus melancarkan serangan ke dalam kawasan gol Pahang, namun kecekapan Mohd. Khairul Azhan Mohd. Khalid menjadi penghalang kepada hajat Sarawak.

Kecederaan Matias Conti yang terpaksa dikeluarkan rupanya memberi hikmah tersendiri kepada Pahang apabila Fauzi atau 'Koji' yang masuk selaku pemain gantian menanduk masuk gol penyamaan Tok Gajah, hanya seminit sahaja selepas berada di dalam padang.

Kejayaan mara ke perlawanan akhir itu cukup melegakan jurulatih Pahang, Dollah Salleh yang memberitahu, beliau telah menyangka akan bertemu Kelantan di final, namun pasukannya bernasib baik apabila Sarawak banyak melepaskan peluang.

"Saya agak terkejut dengan cara permainan Sarawak kerana banyak mensia-siakan peluang untuk menjaringkan gol.

"Kemasukan tiga pemain gantian kami banyak membantu mengimbangi kembali rentak permainan," kata Dollah.

Bajet pastikan pembangunan berterusan

Posted: 26 Oct 2013 12:01 PM PDT

Khairy Jamaluddin menyerahkan Obor Permaisuri Komanwel 2014 kepada atlet paralimpik Malaysia, Daneil Lim pada majlis pembukaan Sukan Para Asia Remaja 2013 di Stadium Putra Bukit Jalil, semalam. - Mingguan/Hafiz Johari

KUALA LUMPUR - Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin menyambut baik peruntukan sebanyak RM239 juta kepada kementeriannya serta menyifatkan bajet tersebut sebagai proses berterusan untuk kecemerlangan sukan tanah air.

Khairy berkata, hasil daripada pengumuman Bajet 2014 terhadap Kementerian Belia dan Sukan (KBS) itu, penekanan terhadap aspek pengurusan akan diberikan perhatian serta beliau akan menyalurkannya kepada pelbagai program yang telah dirangka selama ini.

"Ini bermakna, lebih banyak dana akan disalurkan kepada pelbagai program, antaranya, program persediaan atlet, sukan untuk semua, aktiviti belia dan lain-lain.

"Sebahagiannya juga akan digunakan untuk kerja-kerja penyelenggaraan serta proses menaiktaraf fasiliti seperti kompleks dan gelanggang sukan," katanya kepada pemberita ketika sidang media bersempena Majlis Perasmian Malaysia Sports Trend And Games Expo 2013 (MSTGE'13) dan Karnival Kecergasan Peringkat Kebangsaan.

Menurutnya, peruntukan tersebut juga begitu penting terhadap perancangan pelaksanaan program 'Future Professional Coach' yang dinyatakan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak ketika pembentangan bajet itu, kelmarin.

"Melalui bajet ini, kita akan gunakannya untuk program kejurulatihan agar dapat menggilap potensi serta kemahiran mereka. Sudah pasti, ia akan lebih diberikan tumpuan kepada aspek kejurulatihan melibatkan sukan teras.

"Selain itu, projek perintis seperti pengenalpastian bakat bermula dari sekolah rendah akan dilakukan dengan kerjasama Kementerian Pendidikan Malaysia," katanya.

Tambahnya, rangkuman daripada program kejurulatihan melibatkan sukan teras ini adalah merupakan Pelan Pembangunan Bola Sepak 2014-2020 yang akan dilancarkan Perdana Menteri pada November ini.

Sementara itu, Khairy juga turut menyatakan atlet-atlet paralimpik remaja yang sedang menyertai Sukan Para Asia Remaja 2013 di Kuala Lumpur akan mendapat imbuhan yang samarata terhadap pingat yang berjaya diraih untuk negara melalui perubahan polisi terhadap Skim Hadiah Kemenangan (Shakam).

"Ini melibatkan kesemua atlet paralimpik tidak kira elit ataupun amatur, ia bermakna mereka juga mendapat hak yang samarata dengan atlet-atlet normal yang lain berbanding hanya satu pertiga sebelum ini.

"Ini adalah kesamarataan, mereka juga mempunyai kesungguhan, usaha, latihan dan pengorbanan yang sama," kata Khairy.

Khairy yang merasmikan Sukan Para Asia Remaja 2013 di Stadium Putra, Bukit Jalil juga turut memberitahu bahawa pusat kecemerlangan atlet paralimpik yang sedang dibina di Kampung Pandan, Kuala Lumpur berjalan lancar dan akan siap sepenuhnya pada November ini selain program pembangunan akar umbi yang akan dimiliki mereka.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Pahang

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Pahang


Kerajaan bantu mangsa banjir kilat

Posted: 26 Oct 2013 12:01 PM PDT

Oleh SYAH HAIRIZAL KAMALUL ARIFINutusanpahang@utusan.com.my

KUANTAN 26 Okt. - Sebanyak 20 keluarga yang terlibat dalam banjir kilat di Lembah Bertam, Cameron Highlands Rabu lalu akan menerima bantuan sebanyak RM3,000 setiap keluarga melalui Majlis Keselamatan Negara (MKN).

Menteri Besar, Datuk Seri Adnan Yaakob berkata, selain itu, keluarga terbabit juga akan menerima sumbangan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) sebanyak RM300.

Katanya, kesemua keluarga berkenaan turut diberikan tempat tinggal baharu di Projek Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT) yang dibangunkan Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil dan Perusahaan Getah (RISDA).

"Sebanyak 12 rumah di bawak projek PPRT itu telah siap dibina dan hanya menunggu masa untuk diduduki, kediaman itu akan diberikan kepada 12 keluarga mangsa terbabit dengan bencana.

"Baki lapan keluarga lagi akan diusahakan kerajaan negeri untuk pemindahan mereka di kawasan berhampiran," katanya dalam sidang akhbar di sini semalam.

Beliau memberitahu, banjir kilat yang meragut tiga nyawa itu berpunca daripada masalah lumpur yang mendap di dalam takungan Empangan Hidro Elektrik Sultan Abu Bakar di Cameron Highlands.

"Saya tidak menolak kemungkinan punca lain kejadian itu adalah daripada kegiatan penerokaan secara berleluasa terhadap hutan yang berdekatan empangan tersebut," ujarnya.

Beliau juga bersetuju dengan kenyataan Tengku Mahkota Pahang, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah yang mahukan penguatkuasaan ke atas aktiviti kebersihan dipantau dengan lebih ketat.

Katanya, sikap masyarakat yang tidak mengambil berat soal kebersihan alam sekitar dengan membuang sampah sesuka hati ke dalam saliran air turut menyumbang kepada bencana itu.

"Kejadian yang berlaku di Cameron Highlands hampir sama berlaku di Kuantan akhir tahun lalu disebabkan sikap masyarakat yang membuang sampah di saliran air.

"Jika sikap begini tidak berubah, saya percaya kejadian serupa akan berulang," ujarnya.

Pahang pantau keselamatan penuntut di Mesir

Posted: 26 Oct 2013 12:01 PM PDT

Penuntut baharu dan lama yang akan melanjutkan pengajian ke Universiti Al-Azhar di Mesir menunjukkan sumbangan wang saku tajaan Amanah Saham Pahang (ASPA) yang diterima mereka di Kuantan, semalam. - MINGGUAN/MAHATHIR ALI

KUANTAN 26 Okt. - Kerajaan negeri bekerjasama dengan Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan Kedutaan Malaysia di Kaherah, Mesir dalam memantau keselamatan para penuntut negeri ini yang melanjutkan pengajian ke negara tersebut.

Pengerusi Jawatankuasa Dakwah Islamiah dan Tugas-Tugas Khas negeri, Syed Ibrahim Syed Ahmad berkata, langkah itu diambil supaya mereka dapat mengikuti pengajian dengan selesa serta tidak terpengaruh dengan situasi yang berlaku di negara berkenaan ketika ini.

Menurutnya, kerajaan juga tidak menghalang penuntut terbabit sama ada yang baharu atau lama melanjutkan pengajian ke Universiti Al-Azhar atau mana-mana universiti di negara itu asalkan mereka memberi tumpuan sepenuhnya terhadap pengajian masing-masing.

"Perkara ini sudah dipersetujui sebelum ini dan kerajaan negeri bersikap terbuka dalam hal tersebut.

"Kita tidak akan menghalang mereka dan terpulang jika ingin meneruskan niat untuk ke negara berkenaan. Bergantung kepada mereka dan persetujuan ibu bapa masing-masing dan kita tiada masalah kalau penuntut terbabit mahu meneruskan pengajian di sana," katanya selepas mewakili Menteri Besar, Datuk Seri Adnan Yaakob pada majlis penyampaian wang saku kepada penuntut Pahang ke Mesir di Wisma Belia di sini hari ini.

Yang turut hadir Mufti Pahang, Datuk Abdul Rahman Osman.

Seramai 188 penuntut menerima wang saku sebanyak RM1,000 setiap serang sumbangan Amanah Saham Pahang (Aspa).

Syed Ibrahim berkata, pihaknya sentiasa mengambil maklum perkembangan semasa yang berlaku dengan mendapatkan maklumat terkini daripada pejabat Kedutaan Malaysia di Mesir.

Pada majlis tersebut, beliau menasihati para penuntut supaya tidak terpengaruh dengan fahaman Syiah atau fahaman yang menyeleweng daripada agama Islam sepanjang berada di negara tersebut.

Menurutnya, mereka juga perlu bijak membuat pilihan dan tidak terpengaruh dengan sebarang perkembangan konflik yang berlaku di sana.

"Penerangan sudah diberikan dan mereka diingatkan supaya fokus terhadap pengajian dan jangan masuk campur dalam apa juga yang berlaku di negara itu," ujarnya.

Polis Raub tahan 3 penjenayah

Posted: 26 Oct 2013 12:01 PM PDT

RAUB 26 Okt. - Polis percaya dapat menyelesaikan kes pecah rumah termasuk kes curi kereta yang berlaku kelmarin selepas menahan tiga lelaki dalam serbuan di sebuah rumah di Bukit Koman awal pagi semalam.

Ketua Polis Daerah, Supritendan Wan Mohd. Samsudin Wan Osman berkata, ketiga-tiga mereka yang berusia antara 30 hingga 40 tahun terlibat dalam penyalahgunaan dadah dan turut memiliki rekod jenayah.

Beliau berkata, dalam serbuan pukul 2 pagi itu sebuah kereta Proton Wira yang digunakan mereka dikesan menggunakan nombor pendaftaran palsu.

"Semakan nombor casis dan enjin kereta tersebut mendapati kenderaan itu dicuri di Kepong, Selangor sebelum ini," katanya dalam sidang akhbar di sini semalam.

Menurut beliau, hasil soal siasat mendapati salah seorang suspek mengaku terlibat dalam kes pecah rumah dan curi kereta di Taman Raub Jaya 3 kelmarin bersama lagi tiga rakannya yang lain dari Kuala Lumpur.

Katanya, bertindak atas maklumat itu, polis berjaya merampas wang tunai bernilai RM1,430 bersama dua kunci kenderaan yang dicuri termasuk salah sebuah kereta Toyota Vios milik mangsa.

Beliau memberitahu, ketiga-tiga penjenayah itu juga didapati positif mengambil dadah berdasarkan ujian saringan air kencing.

Kesemua suspek direman sehingga 28 Oktober ini dan kes ini disiasat mengikut Seksyen 379 Kanun Keseksaan, katanya.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Luar Negara

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Luar Negara


Turki cadang beli sistem antipeluru berpandu

Posted: 26 Oct 2013 10:41 AM PDT

ANKARA 26 Okt - Turki hari ini berkata, ia telah membuka tawaran baru berhubung cadangannya untuk membeli sistem antipeluru berpandu jarak jauh pertamanya.

Tawaran ini masih dibuka. Jika syarikat-syarikat Amerika Syarikat (AS) dan Eropah memberi tawaran yang lebih baik, kami bersedia berunding dengan mereka," lapor akhbar Turki yang memetik, Menteri Luar, Ahmet Davutoglu.

Bulan lalu, dalam usaha memberi tekanan kepada sekutu-sekutunya dalam NATO, terutama AS, Ankara mengumumkan bahawa ia telah mengadakan rundingan dengan syarikat China, Precision Machinery Export-Import Corporation (CPMIEC) untuk membeli sistem antipeluru berpandu jarak jauh dari syarikat itu.

AS berkata, ia memberi perhatian berat terhadap rundingan Ankara dengan China itu yang melibatkan kos bernilai AS$4 bilion (RM12.8 bilion).

Sejak beberapa dekad lalu, AS telah mengenakan beberapa sekatan ke atas syarikat China itu kerana menjual senjata dan teknologi peluru berpandu kepada Iran dan Syria.

CPMIEC, yang membina sistem peluru berpandu HQ-9, menewaskan saingan daripada rakan AS, Raytheon dan Lockheed Martin, syarikat Rosoboronexport dari Rusia, dan konsortium Itali-Perancis, Eurosam dalam bidaan itu.

Perdana Menteri Turki, Recep Tayyip Erdogan pada Rabu lalu mempertahankan keputusan untuk mengadakan rundingan dengan syarikat China itu.

Tiada sesiapa berhak untuk campur tangan dalam keputusan (Turki)," katanya. - AFP

Iran perlu dijemput rangka rundingan damai Syria

Posted: 26 Oct 2013 10:38 AM PDT

DUBAI 26 Okt - Seorang diplomat Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) bagi Syria berkata, Iran perlu dijemput bagi merangka rundingan damai di Geneva, lapor stesen televisyen berbahasa Inggeris Iran, Press TV.

Iran merupakan sekutu kuat Presiden Bashar al-Assad dalam perang saudara di Syria, manakala Arab Saudi dan negara-negara Teluk yang lain menyokong kumpulan Sunnah yang menentang kerajaan Syria.

Arab Saudi juga menunjukkan kebimbangan terhadap tanda-tanda pemulihan hubungan antara sekutunya Amerika Syarikat dengan musuh ketatnya di rantau ini, Iran.

"Kami percaya penyertaan Iran pada persidangan di Geneva adalah perlu dan membuahkan hasil, maka kami berharap pelawaan akan dibuat (kepada Iran)," kata Lakhdar Brahimi pada sidang media di Teheran, lapor Press TV, yang menterjemahkan temu bual langsung Lakhdar ke dalam Bahasa Inggeris.

"Saya, Setiausaha Agung PBB, dan banyak pihak lagi mahu melihat Iran mengambil bahagian dalam persidangan itu," katanya.

Beberapa orang pegawai, termasuk ketua Liga Arab, Nabil Elaraby, telah menyatakan bahawa mereka berharap persidangan 2 Geneva akan diadakan pada 23 November ini, walaupun AS, Rusia dan PBB menyatakan mereka belum menetapkan tarikh untuk rundingan itu.

Washington sebelum ini berkata, ia akan menjadi lebih terbuka untuk Iran mengambil bahagian pada persidangan di Geneva itu, jika Teheran secara terbuka menyokong kenyataan 2012 yang menggesa dibentuk satu kerajaan peralihan di Syria.

Iran, bagaimanapun menolak syarat itu bagi menyertai persidangan tersebut.

Menteri Luar Iran, Mohammad Javad Zarif ketika bercakap pada sidang media yang sama dengan Lakhdar hari ini berkata, Iran akan menyertai persidangan di Geneva jika dijemput.

"(Kami akan) mengambil bahagian dengan matlamat untuk mengesyorkan penyelesaian politik dengan menyediakan peluang bagi semua pihak di Syria untuk berunding antara satu sama lain," kata Zarif kepada Press TV.

Persiapan untuk mengadakan persidangan itu yang bertujuan untuk menamatkan konflik Syria yang telah mengorbankan lebih 100,000 orang dan berjuta-juta lagi menjadi pelarian, dibuat ketika hubungan antara Washington dan Arab Saudi tegang berhubung konflik itu dan peranan Iran.

Minggu ini, kerajaan pembangkang Syria dalam buangan menggesa Barat dan negara-negara Arab komited untuk menghadiri rundingan damai itu, sambil menyatakan mereka akan mengambil bahagian sekiranya Assad setuju melepaskan kuasa. - REUTERS

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Rencana

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Rencana


Bisik-bisik - Awang Selamat 27/10/2013

Posted: 26 Oct 2013 12:01 PM PDT

Dilema Cina - Seorang sahabat menarik perhatian Awang kepada buku The Chinese Dilemma (East West Publishing, Australia 2003) tulisan Ye Lin-Shing yang diperkatakan kembali termasuk menerusi blog dan laman sosial.

Ye Lin yang berasal dari China adalah seorang ahli perniagaan di Malaysia, Singapura, Thailand, Hong Kong, Australia, Britain dan Amerika Syarikat.

Pengamatan yang dizahirkan dalam buku itu adalah berdasarkan pengalamannya melibatkan orang Cina di negara-negara berkenaan. Beliau kritis ke atas banyak pihak termasuk masyarakat Cina di Malaysia. Rumusan yang boleh dibuat: orang Cina di negara ini lebih beruntung berbanding di negara lain tetapi masih tidak bersyukur. Beliau menekankan bagaimana sikap pemurah orang Melayu dalam kontrak sosial sebelum merdeka membolehkan kaum Cina mendapat kerakyatan.

Masyarakat Cina Malaysia perlu menghayati nasib yang dialami Cina di Vietnam yang menjadi orang hanyut yang dipaksa meninggalkan negara itu, atau Cina di Kemboja yang ramai daripada mereka dibunuh atau dihalau, atau Cina di Indonesia yang identiti mereka dihapuskan, begitu juga di Filipina, yang kaum Cina dinafikan kerakyatan mereka, '' katanya.

Dalam perkembangan semasa, Ye Lin menyifatkan kedudukan Cina di Malaysia lebih baik berbanding kaum Cina kebanyakan negara lain. Jika boleh berfikir begitu, pasti kamu akan berasa bersyukur (tinggal di Malaysia)," kata beliau.

Dalam konteks hari ini, buku tersebut menjadi sangat relevan untuk dibaca terutama pasca Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) yang menyaksikan tsunami kaum Cina menolak kerajaan Barisan Nasional (BN) pimpinan Melayu. Di sebalik menguasai ekonomi negara, pengembangan sekolah Cina (hanya satu sistem pendidikan diamalkan di negara bukan Cina lain), dasar-dasar kerajaan yang membolehkan ramai orang Cina terus kaya raya dan betapa kerajaan banyak memenuhi tuntutan bersifat perkauman, kaum Cina tetap mahu menjatuhkan kuasa politik Melayu. Tuntutan untuk hak sama rata dijadikan alasan bagi masyarakat Cina mengikat diri taksub menyokong parti ekstrem DAP.

Biarpun selepas DAP menang lebih banyak kerusi, orang Cina dalam banyak cara melahirkan tidak puas hati dan membantah kejayaan BN dalam PRU-13. Apabila akhbar Utusan Malaysia menyiarkan di muka surat depan, ulasan berita bertajuk Apa Lagi Cina Mahu? dua hari selepas keputusan PRU-13, sebahagian pemimpin DAP dan NGO Cina marah walaupun kandungan laporan itu disifatkan oleh banyak pihak sebagai realistik dan suatu pertanyaan yang rasional.

Mesejnya, masyarakat Cina tidak suka ditegur dan diperingatkan dengan hakikat bahawa pendekatan politik kaum itu sudah melampau dan berbahaya.

Maka apa yang dituliskan oleh Yee Lin perlu direnung sedalam-dalamnya. Beliau tidak malu untuk mengakui bahawa orang Cina Malaysia bersikap tidak adil terhadap orang Melayu.

Persoalan-persoalan dalam buku itu, menurut beliau, bukan bertujuan untuk memihak tetapi untuk menyemai persefahaman antara rakyat Malaysia.

Kini Chinese Dilemma menjadi perhatian sebahagian orang Melayu terutama menerusi laman sosial. Blog AIDC turut memaparkan terjemahan petikan-petikan menarik Yee Lin, yang antara lain menggambarkan sikap angkuh dan suka menghina Cina Malaysia terhadap orang Melayu.

Orang Melayu sebenarnya sedang dijajah kaum Cina. Tetapi itulah keistimewaan orang Melayu, mereka adalah bangsa yang bersopan santun dan penyabar.

Sepatutnya orang Cina perlu berbakti kepada orang Melayu." Katanya lagi : Saya selaku orang yang berasal dari China berasa malu dengan sikap bangsa saya yang tinggal di Malaysia. Tidak ada perkataan yang dapat saya berikan kerana dasar orang Cina terlalu keras, ekstrem serta perkauman, '' tegas Ye Lin.

Awang kasihan kepada orang Melayu. Walaupun banyak beralah kepada kaum Cina sejak dahulu lagi tetapi terus dilukai dan dikhianati. Budi yang dihulur, racun yang diberi. Pun begitu, ramai Melayu yang masih tidak sedar diri.

Khalid dan Azmin - Desas-desus bertiup kencang bahawa Menteri Besar Selangor, Khalid Ibrahim akan digantikan dengan Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali tidak lama lagi.

Isu tersebut hangat diperkatakan dalam PKR. Bagaimanapun khabarnya Khalid enggan berundur walaupun didesak oleh Penasihat PKR, Anwar Ibrahim.

Awang difahamkan, pihak yang menyokong Khalid kurang senang dengan tekanan yang dikenakan ke atas beliau. Lagi pun, menurut mereka, kejayaan pakatan pembangkang mempertahankan Selangor turut disumbangkan oleh faktor kepimpinan Khalid.

Kebanyakan pemimpin Pas negeri juga dikatakan lebih condong kepada Khalid.

Sementara itu beberapa pemimpin PKR Selangor yang menyokong Azmin mahukan Anwar lebih tegas melakukan perubahan Menteri Besar. Menurut mereka Anwar telah berjanji untuk melantik Azmin menggantikan Khalid. Sebagai Timbalan Presiden, sepatutnya beliau sudah lama diberi jawatan lebih utama.

Awang menetap di kawasan pentadbiran Selangor. Tidak kisahlah siapa menjadi Menteri Besar sama ada Khalid mahupun Azmin asalkan Perlembagaan negeri membenarkan.

Cuma Awang tertanya-tanya mengapa Pas tidak mahu menuntut jawatan Menteri Besar. Apakah Pas tidak cukup keyakinan untuk menggalas teraju kepimpinan dengan sekadar jadi pengekor. Atau ada parti dalam pakatan yang akan menentangnya habis-habisan? Entahlah.

Tiada Melayu? - Ada badan bukan kerajaan (NGO) secara senyap sedang melakukan kajian tentang prestasi UDA Holdings dalam melaksanakan agenda asal penubuhannya.

Ini memandangkan terdapat keluh kesah yang UDA sudah tergelincir daripada landasan sebenar. Ada sahaja isu yang melingkari syarikat yang diperbadankan di bawah Kementerian Kewangan itu.

Terbaharu, ada pihak yang mempersoalkan keputusan UDA memilih sebuah syarikat bukan bumiputera untuk meneruskan pembangunan Pulau Jerejak di Pulau Pinang.

Apakah tiada syarikat bumiputera yang layak atau paling tidak diberikan secara usahasama dengan turut melibatkan syarikat bumiputera?

Banyak lagi persoalan yang berlegar. Apakah UDA mengambil jalan pintas dalam menyelesaikan isu kerugian di Pulau Jerejak, tidakkah lagi bersandarkan agenda bumiputera dan apa pendirian setiap ahli Lembaga Pengarah?

Awang berharap Pengerusi UDA, Johari Abdul Ghani dan Pengarah Urusan UDA, Ahmad Abu Bakar dapat memberi penjelasan yang menyakinkan supaya isu itu tidak mengundang isu yang lebih besar.

Harapan buat Hadi - Awang ingin merakamkan ucapan tahniah kepada Hadi Awang kerana kekal sebagai Presiden Pas setelah tidak dicabar bagi jawatan itu menjelang pemilihan parti itu pada bulan depan.

Memang beliau pemimpin paling layak untuk menerajui Pas pada masa ini. Kini Hadi mempunyai kesempatan terbaik untuk meningkatkan semula prestasi Pas yang merudum pada PRU-13.

Sebagai orang Islam dan selalu berharap agar Pas komited dalam mengutamakan kepentingan Islam, Awang mendoakan Hadi diberi kekuatan untuk mengembalikan Pas kepada landasan perjuangan sebenar parti itu.

Itulah juga harapan ramai ahli Pas dan penyokong parti itu di akar umbi.

Nasihat ikhlas Awang kepada Hadi, beliau mesti ada kawalan penuh terhadap parti tersebut. Jangan biar pemimpin parti sekutu kelihatan lebih berkuasa dan berpengaruh dalam parti yang beliau pimpin.

Lakukan apa sahaja langkah pembetulan biarpun mungkin tidak popular di mata sebahagian ahli. Ini sekali lagi peluang beliau untuk membuktikan kebolehannya termasuk tidak mengulangi kesilapan dan kealpaan dalam percaturan parti itu.

Parti lain berpolitik dengan bijaksana hingga melonjakkan lagi agenda agama mereka, mengapa tidak kita?

Kasih isteri - Minggu ini, secara kebetulan Awang menemui dua wanita berusia 60-an yang agak uzur. Kedua-duanya hanya ada satu permintaan dalam doa mereka, agar dikurniakan kesihatan yang baik.

Moga saya sihat supaya boleh terus menjaga suami saya yang lebih uzur, kata salah seorang wanita itu. Seorang lagi pula, mahu pasrahkan sisa usianya, juga untuk suami yang menderita penyakit kronik.

Awang tersentuh. Itulah kasih isteri.

Menstruktur semula sistem cukai

Posted: 26 Oct 2013 12:01 PM PDT

Oleh Siti Nurazira Mohd Daud

Kesemua barangan keperluan asas tidak akan dikenakan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) yang akan berkuatkuasa 17 bulan akan datang. - Gambar hiasan

SEGALA teka-teki dan persoalan mengenai Bajet 2014 telah terjawab dengan pembentangan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abd Razak pada Jumaat lepas. Beliau yang juga Menteri Kewangan berpegang kepada asas "Memperteguh ketahanan ekonomi, memperkasa transformasi dan melaksana janji". Bajet ini antara yang terpenting dalam sejarah ekonomi negara dalam usaha kerajaan mengurangkan stok hutang kerajaan yang pada masa ini berada pada paras tertinggi iaitu RM541.3 billion pada akhir tahun 2013 (iaitu 54.8 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK).

Cabaran yang dihadapi amat berat, kerana di samping matlamat untuk mengurangkan defisit, sama ada melalui pengurangan perbelanjaan mahupun penambahan jumlah hasil kerajaan, kerajaan juga perlu memastikan sebarang polisi yang akan dilaksanakan tidak menjejaskan pertumbuhan ekonomi semasa mahupun di masa hadapan. Selain daripada itu, langkah mengukuhkan kedudukan fiskal adalah penting untuk mengekalkan daya tahan ekonomi serta meningkatkan lagi keyakinan rakyat dan pelabur. Ini kerana pertumbuhan ekonomi negara juga berkait rapat dengan kemampuan membayar balik pinjaman (hutang sedia ada) di masa hadapan.

Kini, semuanya sudah terjawab, dan realiti tersebut perlu diterima dan dilaksanakan bagi meneruskan kesinambungan pertumbuhan dan kestabilan ekonomi Malaysia bagi tempoh jangka sederhana dan panjang. Mengambil kira senario ekonomi global pada masa kini, ekonomi Malaysia diunjur berkembang lebih kukuh pada kadar 5 hingga 5.5 peratus bagi tahun berakhir 2014. Bajet 2014, mensasarkan penurunan defisit kerajaan persekutuan kepada 3.5 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) berbanding empat peratus pada tahun 2013.

Bajet 2014 menyaksikan beberapa kadar cukai diselaraskan semula, pengenalan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) dan rasionalisasi subsidi bagi pengagihan semula sumber kepada sektor ekonomi yang mampu menjana nilai tambah berganda (multiplier effect) kepada ekonomi negara. Bajet kali ini juga merupakan satu transformasi besar- besaran dalam mengukuhkan kedudukan kewangan negara. Selaras dengan 12 bidang Ekonomi Utama Negara, sektor pendidikan, perkhidmatan kesihatan dan keselamatan dan pertahanan awam merupakan antara sektor yang menerima peruntukan tertinggi dalam bajet pada kali ini.

Bagi mengimbangi kesan pengenalan GST dan rasionalisasi subsidi, sebagai kerajaan yang prihatin kepada keperluan dan kebajikan rakyat, satu pakej rangsangan ekonomi yang meliputi beberapa insentif dirangka bagi membantu golongan sasaran terutamanya golongan yang berpendapatan rendah dalam menghadapi peningkatan kos sara hidup rakyat yang semakin mencabar. Berdasarkan Bajet 2014, perbelanjaan kerajaan bagi tahun 2014 dijangka meliputi RM217.7 billion bagi perbelanjaan mengurus manakala RM46.5 billion bagi perbelanjaan pembangunan. Dengan jangkaan hasil pendapatan sebanyak RM224.1 billion, Malaysia dijangka mencatatkan defisit fiskal sebanyak RM40.1 billion.

Mengekang

Walaupun pengenalan kepada GST merupakan satu langkah yang kurang populis yang dilaksanakan oleh kerajaan, namun ia dilihat sebagai usaha bersepadu dalam menyusun semula lanskap sistem kewangan negara seterusnya memperkasakan komponen kutipan hasil cukai. Ini kerana pengenalan kepada GST adalah sangat kritikal bagi memastikan pengurangan defisit fiskal serta mengekang peningkatan paras keberhutangan kerajaan persekutuan. Dalam masa yang sama, pengenalan GST juga membantu dalam mewujudkan lebihan akaun fiskal untuk menyokong pelbagai kegiatan ekonomi negara pada masa depan. Penambahan hasil bagi kerajaan membolehkan program kebajikan masyarakat dapat diteruskan dengan lebih meluas. Cukai yang berasaskan nilai tambah dalam proses pengeluaran ini sudah lama dilaksanakan di kebanyakan negara di dunia termasuk ASEAN, negara maju serta negara pengeluar minyak.

Negara yang terawal melaksanakan GST adalah Perancis yang mula melaksanakannya pada tahun 1954. Antara kelebihan dalam pelaksanaan GST, amalan memindahkan kos ke luar negara bagi mengelak dan mengurangkan bayaran cukai dapat dikekang kerana semua rekod (dalam rantaian perniagaan) akan disimpan pada setiap peringkat dalam proses pengeluaran.

Selain itu, GST ini menyaksikan golongan pendapatan tinggi akan membayar berasaskan jumlah penggunaan barangan dan perkhidmatan tertentu. Bajet ini menyenaraikan senarai barang yang tidak akan dikenakan GST. Barangan makanan asas, perkhidmatan yang disediakan oleh kerajaan, perkhidmatan kesihatan, perkhidmatan pendidikan, perkhidmatan pengangkutan, jual beli dan sewaan rumah kediaman dan perkhidmatan kewangan, antara barangan yang diberi pertimbangan dengan kadar sifar GST (zero-rated atau exempted supplied). Berdasarkan satu kajian yang dilaksanakan oleh Majlis Keselamatan Negara, dengan andaian kadar GST ditetapkan pada 4 peratus, didapati Indeks Harga Pengguna (IHP) akan mengalami penurunan sebanyak 0.10 peratus.

Pelaksanaan GST juga didapati mampu mengurangkan harga bagi lapan komponen IHP iaitu, pelbagai barang dan perkhidmatan, restoran dan hotel, pengangkutan, hiasan, perkakasan dan penyelenggaraan, perumahan, air, elektrik, gas dan bahan api, pakaian dan kasut serta minuman alkohol dan tembakau. Justeru, kadar enam peratus GST dijangka tidak akan mengakibatkan kenaikan harga barangan dan perkhidmatan yang membebankan rakyat.

Sebenarnya, pelaksanaan GST memberikan beberapa kelebihan penting dalam usaha memperkasakan komponen pendapatan kerajaan melalui pengagihan semula sumber ke dalam ekonomi. Lebih 160 buah negara didunia telah melaksanakan GST termasuk negara maju mahupun negara yang berpendapatan rendah. Negara-negara jiran seperti Indonesia dan Thailand telah melaksanakan GST sejak tahun 1984 dan 1992 dengan kadar permulaan 10 peratus. Perlu diperjelaskan bahawa, pelaksanaan GST bukan tambahan cukai yang baru, ia sebenarnya menggantikan cukai jualan dan perkhidmatan yang sedia ada yang menjadi amalan sebelum ini. Melalui bajet yang diumumkan, GST akan mula dilaksanakan berkuatkuasa pada 1 April 2015.

Namun begitu penambahbaikan bagi sistem GST boleh dilaksanakan dengan penentuan kadar threshold aliran pusingan tahunan (annual turnover) bagi sesebuah syarikat yang perlu didaftarkan dan dikenakan GST. Langkah ini penting dalam membantu pertumbuhan perusahaan kecil dan sederhana (IKS) untuk terus bersaing dengan syarikat-syarikat besar lain. Mengambil contoh negara Singapura yang mula melaksanakan GST pada 1994, menetapkan kadar threshold sebanyak S$ 1 juta yang mana secara tidak langsung memberi kelebihan bagi syarikat-syarikat kecil dan sederhana untuk bersaing dalam industri berkaitan.

Selain daripada itu pelarasan kepada cukai langsung juga diumumkan dalam bajet 2014. Cukai pendapatan individu pula dikurangkan kepada satu mata hingga tiga mata peratusan di samping struktur cukai pendapatan individu akan disusun semula bagi menarik bakat serta tenaga mahir dalam negara. Manakala cukai pendapatan syarikat dikurangkan satu mata peratusan daripada 25 peratus kepada 24 peratus. Bagi melindungi syarikat kecil dan sederhana, cukai pendapatan dikurangkan satu mata peratusan iaitu kepada 19 peratus. Pelarasan struktur cukai pendapatan individu juga dilaksanakan bagi membantu mengurangkan bebanan rakyat.

Secara umumnya, penstrukturan semula sistem percukaian menyaksikan pengenalan hanya satu cukai baru (GST) menggantikan dua cukai lain, pengurangan satu mata peratusan bagi cukai langsung, serta pelarasan struktur cukai pendapatan individu yang lebih progresif, merupakan satu transformasi penting dalam mengagihkan semula pendapatan dan sumber kerajaan.

Rasionalisasi subsidi

Usaha kerajaan dalam mengurangkan perbelanjaan mengurus bagi komponen subsidi telah bermula melalui rasionalisasi subsidi produk petroleum sebanyak 20 sen pada 3 September 2013. Seperti yang dijangka, kerajaan memansuhkan subsidi gula sebanyak 34 sen berkuatkuasa 26 Oktober 2013. Bukan menidakkan kepentingan bantuan subsidi dalam mengatasi isu kos sara hidup yang semakin meningkat pada masa kini, Bajet 2014 menyaksikan penstrukturan semula kaedah pengagihan subsidi dalam ekonomi negara.

Ini bagi memastikan subsidi diterima oleh golongan yang benar-benar memerlukan. Pada masa kini, semua golongan dapat menikmati subsidi tidak kira golongan berpendapatan rendah, warga asing mahupun golongan yang berpendapatan tinggi. Namun begitu, kerajaan sudah tidak mampu untuk menampung jumlah subsidi yang meningkat sejajar dengan perkembangan semasa. Malahan subsidi ini, ditampung pula melalui pinjaman daripada pelbagai sumber. Jika keadaan keberhutangan ini berterusan dan semakin meningkat, yang mana pada masa kini jumlah keberhutangan kerajaan adalah melebihi paras optimal 55 peratus daripada KDNK, Malaysia akan berkemungkinan terperangkap dalam situasi keberhutangan yang terlalu tinggi dan meningkatkan risiko kebankrapan atau muflis selain menyebabkan kemuncupan ekonomi di masa hadapan.

Pada perkembangan yang berbeza, penarafan kredit yang sebelum ini mengeluarkan outlook negatif serta indikasi penurunan penarafan kredit Malaysia bagi dua tahun akan datang, dilihat mampu mempengaruhi keyakinan pelabur dalam menilai keputusan pelaburan ke Malaysia. Justeru usaha kerajaan untuk mengurangkan perbelanjaan kerajaan menerusi rasionalisasi subsidi secara berperingkat merupakan usaha memastikan kestabilan ekonomi jangka panjang tanpa mengabaikan kebajikan rakyat melalui pakej rangsangan ekonomi yang telah dirangka dalam Bajet 2014. Pakej ini dilihat satu jaringan keselamatan (social safety net) yang bakal dilaksanakan dalam usaha mengimbangi rasionalisasi subsidi dan peningkatan kos sara hidup yang semakin meningkat.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Hiburan

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Hiburan


Akui tidak sempurna

Posted: 26 Oct 2013 05:48 AM PDT

Bersama Noona Kha-dijah

KIM Tae-hee akui kekurangan.

MUNGKIN ada sesetengah orang tidak berani mengaku kekurangan diri, namun bagi aktres Kim Tae-hee, itu semua bukan alasan. Dia dengan selamba mengaku bahawa dirinya bukanlah seorang yang sempurna ketika ditemu bual dalam program TV News At Night, baru-baru ini.

Saya tidak pernah fikir yang diri saya cantik atau baik seperti waktu muda. Sekarang ini, saya cepat penat. Disebabkan saya penat berlakon drama Jang Ok-jeong, saya ambil keputusan untuk berehat selama sebulan tanpa membuat apa-apa. Rutin saya rehat saja, kalau bosan saya tunggang basikal," katanya.

Jelasnya, dia cukup gembira apabila peminat melabelnya sebagai salah seorang pelakon jelita namun enggan menganggap perkara itu serius.

Terima kasih atas pujian daripada peminat, tetapi itu dulu. Sekarang ini, saya lebih senang memberi tumpuan pada kerjaya kerana saya seronok dengan apa yang saya lakukan selama ini.

Walaupun pada usia sekarang, saya seharusnya berkahwin seperti orang lain, tapi sampai saat ini, saya belum bersedia untuk melangkah ke arah itu. Saya selesa hidup solo," katanya bila diaju soalan tentang rumah tangga.

Magis Waris menjadi

Posted: 26 Oct 2013 05:48 AM PDT

Oleh AIDA RIZMARIZA KAMARUDDIN
Gambar WAHIDIN SALIM

BERUMUR 24 tahun, kehidupan penyanyi ini tidak terlalu berbeza dengan remaja lain menjadikan sukan sebagai antara aktiviti mingguan untuk memastikan tubuhnya sentiasa segar. Penyanyi lagu Rembau Most Wanted ini percaya sukan merupakan medium terbaik buat dia dan rakan-rakannya melupakan seketika bebanan pelajaran.

Sungguhpun lebih dikenali dengan nama Waris, Muzzammil Alias memberitahu dia sebenarnya masih kekal seperti dahulu, walaupun mengakui jadual kehidupannya kini sedikit sibuk berbanding beberapa bulan yang lalu.

Saya kurang minat bermain bola sepak, sebaliknya saya lebih suka bermain futsal. Mungkin sebab kemudahan di gelanggang memudahkan saya bermain pada bila-bila masa.

Selain futsal, saya juga minat bermain tenis. Ia merupakan antara sukan pilihan saya," katanya.

Menjelaskan sukan dapat mengurangkan tekanan belajar , menurut Waris lagi melalui aktiviti sukan jugalah dia dan rakan-rakan lain dapat berkumpul dan melupakan sementara soal pelajaran.

Saya merupakan pelajar tahun kedua Kejuruteraan Awam di Universiti Tenaga Nasional (Uniten), Selangor. Sama seperti orang lain tekanan itu pasti ada, sebab itu saya memilih sukan untuk memastikan semuanya seimbang.

Dalam waktu seminggu, kebanyakan masa saya akan berada di universiti, dan hari minggu pula, saya akan menyanyi. Melalui sukan sahaja yang dapat saya luangkan masa untuk bersama rakan-rakan," katanya.

Memastikan setiap minggu dia akan meluangkan masa enam jam untuk bersukan, menurut Waris lagi dia percaya stamina yang kuat diperlukan buat semua penyanyi bagi memastikan persembahan di atas pentas tidak terganggu.

Bila menyanyi, bukan sahaja kita perlu jaga suara, tetapi semua bahagian. Sebab itu, bersukan itu perlu dalam membantu kita memastikan kita sentiasa bersedia.

Sekurang-kurangnya dalam seminggu saya akan habiskan masa selama enam hingga lapan jam untuk bersukan, cukuplah sekadar memastikan badan berpeluh," katanya.

Tiada bakat berlakon

Menjelaskan secara jujur dia sebenarnya tidak berminat untuk terlibat dalam bidang lakonan, menurut Waris buat masa ini fokusnya hanya untuk nyanyian sahaja.

Saya tidak pandai berlakon sebenarnya.

Buat masa ini, biarlah saya fokus bidang nyanyian dahulu, sebab saya lebih selesa dengan itu," katanya.

Bakal mengeluarkan single terbaharu nyanyiannya dengan penyanyi Datuk Hattan, menurut Waris sudah menjadi impiannya untuk berduet dengan penyanyi hebat tersebut.

Siapa sangka saya akan bekerjasama dengan Datuk Hattan, ini merupakan impian yang menjadi kenyataan buat saya.

Secara jujurnya Datuk Hattan adalah seorang yang baik, mungkin kami berasal dari negeri yang sama, komunikasi itu menjadi lebih santai," katanya.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Keluarga

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Keluarga


Qobin sanggup tunggu tiga tahun

Posted: 25 Oct 2013 12:09 PM PDT

Oleh MARIATUL QATIAH ZAKARIA
maria.zakaria@utusan.com.my

SAYA tidak pernah mengenali Qobin, malah saya juga tidak mengetahui siapa dia sebelum ini." Itulah pengakuan jujur dan ikhlas daripada Nabihah Mustapa, 27, isteri kepada Muhamad Muqharabbin Mokhtarrudin, 31, salah seorang pendaki negara ke Gunung Everest pada 2004.

Apa yang paling mencuit hati ketika pertemuan pertama itu berlangsung pada tahun 2005, Muqharabbin atau lebih dikenali sebagai Qobin begitu beria-ia ingin memperisterikan Nabihah, sedangkan ketika itu Nabihah sedikit pun tidak mengendahkan hal tersebut memandangkan usianya baru mencecah 19 tahun.

Ketika ditanya kepada Qobin apa yang membuatkan hatinya begitu ingin memperisterikan Nabihah ketika itu? Ini jawapannya, "Saya sebenarnya mudah suka kepada seseorang dan begitu juga apabila saya bertemu buat pertama kali dengan Nabihah ketika dia mendaftarkan diri untuk menyertai kelab mendaki tembok tiruan.

"Daripada situlah, hati saya mula menyukainya dan terus ingin menjadikannya isteri saya."

Yang pasti Qobin memberitahu bukan perkara mudah untuk memperisterikan Nabihah kerana selain faktor usia yang masih muda, Nabihah juga baru sahaja mendaftarkan diri untuk pengajiannya di Universiti Teknologi Mara, Shah Alam.

Begitupun Qobin bijak mengatur langkah dan sanggup menunggu selama tiga tahun untuk Nabihah menamatkan pengajian.

Sebaik sahaja tempoh tersebut tamat, Qobin tidak mengambil masa yang lama untuk berjumpa terus dengan bakal ibu mertuanya (ketika itu) dan menyatakan hasrat untuk memperisterikan Nabihah.

Ternyata percaturan Qobin berjaya, malah segala yang dirancang berjalan dengan lancar. Pertemuan tersebut juga secara tidak langsung telah mempercepatkan majlis perkahwinan mereka.

Akhirnya pada 8 Ogos 2008, pasangan ini selamat diijabkabulkan setelah melalui proses merisik serta bertunang terlebih dahulu.

Qobin sendiri tidak menyangka majlis perkahwinannya akan diadakan sebegitu cepat dan dalam nada bergurau, Qobin memberitahu dia pula yang kelam-kabut mencari duit untuk dibuat hantaran.

"Alhamdulillah, segala-galanya dipermudahkan-Nya walaupun hakikatnya majlis perkahwinan kami diadakan dalam tempoh yang begitu cepat.

"Cuba bayangkan saya berjumpa dengan bakal ibu mertua pada 1 Julai 2008 dan pada 8 Ogos tahun sama, kami telahpun disatukan," ujarnya.

Berbicara mengenai perkenalan mereka, Nabihah memberitahu tidak pernah terlintas di fikiran bahawa satu hari nanti dia akan bersuamikan seorang personaliti yang dikenali ramai.

Begitupun, dia menerima jodoh yang telah ditetapkan dan hari ini semakin selesa serta dapat menyesuaikan diri dengan kesibukan suaminya.

Yang pasti, Nabihah tidak kesepian kerana rumah ibunya serta ibu mertuanya berada di sekitar Lembah Klang dan untuk itu, ia memudahkannya berkunjung ke mana-mana sahaja sekiranya Qobin sibuk.

Sementara itu, Qobin pula bercerita, kerana terlalu ingin mengenali Nabihah, dia telah menggunakan 'kuasanya' untuk mendapatkan nombor telefon yang tercatat pada senarai ahli baru kelab mendaki tembok tiruan yang disertai Nabihah.

Qobin kemudian menghantar sistem pesanan ringkas (SMS) pertama kepada Nabihah, 'lihat bulan, anggaplah kita melihat bulan yang sama' tanpa memberitahu siapa pengirimnya.

Tanpa diduga, SMS tersebut mendapat balasan apabila Nabihah bertanyakan siapakah pengirim SMS itu dan dari situlah persahabatan mereka bermula.

Sepanjang perkenalan mereka, Qobin menceritakan seperti pasangan lain, mereka juga pernah mengalami fasa 'bermasam muka' tetapi tidak pernah menjadikan semua itu sebagai halangan untuk meneruskan perhubungan sehingga ke jenjang pelamin.

"Kami pernah bergaduh dan tidak bertegur sapa tetapi selalunya tidak lebih tiga jam.

"Selepas itu, masing-masing akan kembali seperti sediakala," katanya.

Bercerita mengenai penerimaan masing-masing ketika masih dalam proses perkenalan, ternyata Qobin bukanlah seorang lelaki yang mengingati peristiwa dan tarikh-tarikh tertentu bagi seorang wanita.

Seperti biasa, wanita jugalah yang akan mengingatinya. Dalam hal ini, Nabihah cukup mengingati barang pertama pemberian Qobin iaitu jam tangan jenama Swatch sempena hari jadinya pada 23 September 2005.

Sementara itu, hadiah pertama pemberian Nabihah kepada Qobin pula merupakan sehelai baju t kerana menurut Nabihah, itu sahaja yang mampu dibelinya.

Kini, Qobin dan Nabihah bahagia dengan kehadiran dua orang cahaya mata. Tidak pernah menjadikan kesibukan Qobin sebagai satu isu besar, Nabihah bersyukur dengan apa yang dikurniakan-Nya.

Yang pasti, setiap masa terluang tidak akan dilepaskan begitu sahaja oleh Qobin malah dia amat menghargai pengorbanan yang telah dilakukan Nabihah untuk dirinya.

Sekeping gambar temukan jodoh saya

Posted: 25 Oct 2013 12:09 PM PDT

MENCARI sesuatu yang hilang terkadang mengambil masa bertahun-tahun. Sukar untuk mengesan jejak-jejak yang terhakis oleh masa yang terlalu pantas meninggalkan kita sehingga terpaksa melupakan hasrat untuk menemuinya semula.

Putus harapan atau putus asa tidak sepatutnya dimiliki oleh seseorang manusia, sebaliknya kuatkan azam dan himpunkan kekuatan sebanyak yang mungkin dan berusaha untuk memiliki semula apa sahaja yang hilang.

Namun apabila membabitkan kehilangan orang tersayang, tentunya memerlukan masa yang lama untuk melupakannya. Tetapi berbekalkan keimanan, semua itu mampu diatasi.

Insya-Allah segalanya mungkin jika ada kemahuan dan berusaha untuk ke arah itu dengan izin Allah SWT.

Itulah sebahagian daripada mukadimah dalam kisah yang ingin saya kongsi dengan pembaca minggu ini. Kisah yang dikirimkan oleh Zamri (bukan nama sebenar) kepada saya memang jarang berlaku tetapi sebenarnya ia berlaku dalam kehidupan kita hari ini antara disedari atau tidak.

Kita ikuti kisah Zamri seterusnya untuk iktibar bersama.

"Saya seorang duda dalam lingkungan usia 40-an yang kematian isteri dalam satu nahas jalan raya tujuh tahun lalu. Sebagai seorang yang berkecimpung dalam dunia bisnes, tentunya saya mempunyai ramai kenalan yang terkadang saya tidak mengingati mereka.

"Saya sentiasa sibukkan diri kerana mahu melupakan tragedi yang menimpa keluarga saya terutama mengenangkan arwah isteri yang sangat saya cintai.

"Syukur saya masih mempunyai seorang zuriat yang kini di bawah jagaan ibu saya berusia 15 tahun. Selepas kematian isteri, saya langsung tidak terfikir untuk bernikah lagi.

"Pintu hati saya tertutup rapat untuk mana-mana perempuan kerana ingatan terhadap arwah isteri yang sangat mendalam dan merasakan sukar untuk mencari pengganti isteri yang terlalu banyak berkongsi susah senang dengan saya semasa hayatnya.

"Sehinggalah pada suatu hari, saya menerima suatu pesanan ringkas daripada seseorang yang mendakwa kenalan semasa kami menuntut di universiti luar negara.

"Disebabkan kesuntukan masa, saya tidak memenuhi permintaannya untuk berjumpa. Sehari selepas itu, saya masih lagi menerima pesanan ringkas yang sama sehingga akhirnya saya mengalah dan menjemputnya ke pejabat.

"Saya sengaja mengatur pertemuan kami di pejabat kerana tidak mahu terlibat dengan fitnah, maklumlah saya duda, dia saya tidak tahu pula sama ada telah berumah tangga atau masih solo.

"Dalam pada menunggu akhirnya saya dikejutkan dengan suara memberi salam. Maaf mengganggu En. Zamri. Nama saya Habsah ( bukan nama sebenar ), lembut suara itu menyapa.

"Saya terkejut seketika dan memandang wanita yang berada di hadapan saya tanpa berkedip. Saya mengenali encik sewaktu menghadiri suatu seminar yang diadakan sebulan yang lalu, sambungnya mengganggu lamunan saya seketika.

"Kita juga pernah menuntut di universiti yang sama, mungkin En. Zamri tidak mengenali saya, tapi saya masih ingat dengan En. Zamri, katanya bercerita.

"Saya biarkan sahaja Habsah berbicara dengan tutur katanya yang lemah lembut dan sopan itu kerana ingin mengetahui maksud sebenar hajatnya berjumpa saya.

"Selepas kematian isteri, En. Zamri tidak berkahwin lain kah? Di mana anak En. Zamri? Soalannya merimaskan saya. Lalu saya bertanya, apa sebenarnya tujuan Cik Habsah ingin bincang dengan saya?.

"Sambil mengeluarkan sesuatu dari tas tangannya, dia menghulurkan sekeping gambar. Melihat gambar itu, sekali lagi saya tergamam.

"Ini gambar isteri arwah saya dan siapa di sebelahnya? Naluri ingin tahu saya melonjak-lonjak. Hilang rasa segan saya dengan wanita yang ada di depan saya itu.

"Saya inginkan kepastian tentang gambar yang dibawa oleh wanita tersebut. Habsah hanya tersenyum dan saya menjadi semakin keliru. Nak bertanya malu tetapi saya menunggu dia bertindak dahulu.

"Sebenarnya yang di sebelah isteri En. Zamri itu adalah saya. Kami sebenarnya bersaudara. Arwah Hasni adalah kakak saya. Kami berpisah ketika masih kanak-kanak.

"Malah kami tidak pernah berjumpa setelah itu kerana saya berhijrah ke luar negara, belajar dan bekerja di sana. Hinggalah saya dapat tahu dia bernikah dengan En. Zamri dan meninggal dunia dalam kemalangan jalan raya.

"Ya Allah kecilnya dunia. Tanpa ragu-ragu, saya terus mempelawa Habsah ke rumah untuk berkenalan lebih jauh dan mendengar cerita mengenai perpisahannya dengan arwah isteri saya. Pelawaan saya diterima dengan baik oleh Habsah.

"Saya menghubungi emak dan memberitahu ada tetamu istimewa yang akan bertandang. Dalam hati, saya macam-macam perkara yang saya fikirkan. Tentang ibu, Azman dan arwah isteri saya.

"Sampai sahaja di rumah, kami memberi salam dan emak muncul di hadapan kami, langkahnya tiba-tiba terhenti apabila melihat Habsah. Dia meluru memeluk erat Habsah sambil menangis.

"Saya berhenti melangkah, apa ceritanya pula ni? Ada drama lagi ke? Hati bertanya-tanya. Dapat ke surat yang mak cik kirimkan tu? Saya dengar ibu bertanya Habsah.

"Ya... dapat dengan gambarnya sekali. Habsah dilihat mengesat air matanya berulang kali sambil terus memeluk ibu. Saya semakin hairan dengan insiden ini tetapi tidak bertanya banyak kerana mahu mendengar sendiri cerita daripada ibu.

"Sewaktu makan malam bersama keluarga, emak menceritakan kepada saya Habsah adalah anak angkatnya.

"Semasa saya berkahwin dengan arwah isteri, saya tidak tahu dia ada adik. Malah ibu saya juga tidak tahu arwah menantunya dan Habsah adalah darah daging.

"Kini saya mulai faham mengapa emak begitu mesra dengan Habsah dan menangis bila bertemu wanita itu. Ibu mendapat tahu tentang perkara ini setelah Habsah mengirimkan gambar meminta ibu mencari kakaknya yang telah lama tidak ditemui.

"Rupa-rupanya kakak yang dicari itu adalah arwah isteri saya. Semuanya terbongkar setelah gambar itu sampai ke tangan ibu, tetapi ibu sengaja rahsiakan daripada saya dan meminta Habsah sendiri berjumpa saya untuk bercerita hal sebenar.

"Padanlah Habsah yang mencari saya, rupanya ibu turut memainkan peranan. Kehadiran Habsah telah menceriakan rumah kami dan anak saya Azman sangat gembira dengan pertemuan ini. Mungkin sebab wajah Habsah ada iras arwah ibunya.

"Sepanjang tempoh itu, saya memerhati tingkah laku Habsah dan kemesraannya dengan ibu dan anak saya. Cuma saya tidak tahu sama ada dia masih solo atau sudah menjadi hak orang. Ibu tersenyum menyindir apabila dia beritahu saya, Habsah masih belum berkahwin sehingga sekarang.

"Jawapan ibu menjadikan saya tersenyum sendiri. Peluang saya terbuka luas. Selang beberapa hari, saya memberitahu emak bahawa saya telah menemui bakal calon pengganti arwah isteri.

"Ibu amat gembira dengan berita tersebut walaupun dia tidak tahu siapa. Dia teruja untuk bertemu dengan bakal calon menantunya.

"Satu hari, saya sengaja mengajak Habsah keluar membeli-belah bersama anak tunggal saya Azman yang nampaknya mula mesra dengan Habsah.

"Tujuan saya untuk melihat sejauh mana Azman serasi dengan Habsah.

"Ini peluang baik yang saya nantikan. Letih berjalan, kami singgah di sebuah restoran sambil menjamu selera. Secara tiba-tiba anak saya bersuara 'ayah, Man nak minta sesuatu daripada ayah tapi ayah jangan marah tau! Katanya sambil ketawa.

"Sebelum ini, saya tidak pernah menghalang permintaan Azman, kerana dia tidak pernah meminta sesuatu yang ganjil dan menyusahkan saya.

"Cakaplah apa yang Man nak, insya-Allah nanti ayah pertimbangkan. Saya semakin keliru dengan sikap Azman bila dia tersenyum dan tunduk malu. Habsah hanya mendiamkan diri melihat saya melayan Azman dengan mesra sekali.

"Kami berpandangan sesama sendiri bila Azman berkata, ayah kahwinlah dengan makcik Habsah...buat ganti ibu. Malunya saya!

"Ya Allah budak ini, saya terkejut dan merah padam muka menahan malu sementara Habsah tersenyum dan tidak berkata apa-apa. Apa yang saya rancang sama seperti apa yang anak saya impikan.

"Sebenarnya kami tidak pernah berbincang mengenai pengganti ibunya tetapi naluri seorang anak juga amat memahami fitrah seorang ayah yang ingin membina sebuah keluarga yang sempurna dan selesa.

"Ibu amat gembira apabila saya maklumkan berita itu. Seminggu selepas itu, ibu melamar Habsah dan tiga bulan kemudian kami disatukan.

"Terima kasih Man, itu yang saya bisikan kepada anak saya selepas saya dan Habsah selamat dinikahkan. Jika sebelum ini saya bimbang untuk bernikah kerana takut Azman kecil hati, keadaan kini telah menjadi sebaliknya.

"Dia sendiri yang meminta saya mencari pengganti ibunya. Saya amat terharu kerana tidak mudah untuk seorang anak remaja menerima pengganti ibunya.

"Kini, kami bahagia dengan kehadiran orang baru seorang bayi perempuan peneman hidup Azman.

Ibu saya adalah insan yang paling gembira dengan takdir yang sungguh tidak diduga ini.

"Dia bukan sahaja mendapat menantu tetapi juga bertemu kembali dengan anak angkatnya yang telah lama terpisah.

"Inilah yang dikatakan jodoh. Kita hanya merancang, Allah yang jadi penentu. Saya bersyukur kerana diberi peluang kedua untuk beristeri dan mengecap kebahagiaan hidup berkeluarga seperti orang lain.

"Yang paling penting, kebahagiaan Azman yang selama ini hanya menumpang kasih dengan ibu saya. Moga Allah pelihara kebahagiaan hidup kami selamanya. Amin," Zamri menamatkan ceritanya.

Saya setuju dengan kata-kata Zamri bahawa semua itu jodoh yang ditentukan oleh Allah SWT.

Itulah rahsia Allah untuk hamba-Nya. Zamri telah dikurniakan seorang isteri yang baik dengan restu ibu dan anaknya. Apa lagi yang diharapkan oleh seorang lelaki melainkan kebahagiaan seperti ini.

Salam.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Dalam Negeri

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Dalam Negeri


Pemansuhan subsidi gula bakal ubah cara pemakanan

Posted: 26 Oct 2013 01:58 AM PDT

KUALA LUMPUR 26 Okt. - Pemansuhan subsidi gula sebanyak 34 sen dilihat sebagai langkah yang boleh mengubah persepsi serta tabiat masyarakat terhadap keperluannya dalam pemakanan seharian.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. S. Subramaniam berkata, ini berikutan amalan pengambilan gula didominasi oleh gaya hidup serta budaya rakyat Malaysia yang menganggapnya sebagai bahan penting dalam makanan dan minuman.

"Masyarakat perlu memahami asas nutrisi pemakanan yang diperlukan ialah karbohidrat dan bukannya gula. Bahan itu bukan sahaja meningkatkan paras gula pesakit diabetes, malah memburukkan lagi kesihatan.

"Oleh itu, saya percaya kini merupakan masa terbaik untuk rakyat mengurangkan pengambilan gula serta memperbetul cara pemikiran dalam pengambilan bahan ini supaya kesihatan lebih terjamin," katanya

Beliau mengulas pengumuman Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dalam pembentangan Bajet 2014 semalam untuk memansuhkan subsidi gula yang bermula hari ini. - UTUSAN ONLINE

Pelatih wanita dinobat kadet inspektor terbaik

Posted: 26 Oct 2013 01:39 AM PDT

KUALA LUMPUR 26 Okt. - Buat julung kalinya Polis Diraja Malaysia (PDRM) menobatkan wanita sebagai pelatih terbaik keseluruhan sempena upacara tamat latihan Kursus Asas Kadet Inspektor Siri 1/2013 yang berlangsung di Pusat Latihan Polis (Pulapol) Jalan Semarak hari ini.

Pada majlis yang disempurnakan oleh Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Mohd. Bakri Zinin. itu, pelatih wanita terbabit, Intan Maslindah Abdul Azias, 34, dipilih sebagai Pelatih Terbaik Keseluruhan daripada 594 peserta.

Turut menerima pengiktirafan ialah Judip Barandy, 30, sebagai Pelatih Terbaik Akademik dan Mohd. Isa Mahat, 41, sebagai Pelatih Terbaik Latihan Luar.

Majlis tamat latihan itu turut dihadiri Pengarah Jabatan Logistik PDRM, Datuk Zulkifli Abdullah, Pengarah Jabatan Pengurusan, Datuk Mortadza Nazarene dan Komandan Pulapol Kuala Lumpur, Senior Asisten Komisioner Zulkifli Mohamed.

Intan Maslindah ketika ditemui berkata, pemilihan ini membuktikan PDRM sentiasa memberi peluang kepada anggota pasukannya untuk bersaing secara sihat tanpa mengira jantina.

"Apa yang paling penting adalah saya menjalani latihan dengan ikhlas, InsyaAllah kita akan berjaya," katanya selepas selesai upacara tersebut.

Intan Maslindah yang sudah berkahwin dan berasal dari Jasin, Melaka kini bertugas sebagai penolong pegawai penyiasat di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Johor Bahru Selatan, Johor. - UTUSAN ONLINE

Kumpulan terakhir jemaah haji tiba 18 November - Azeez

Posted: 26 Oct 2013 12:40 AM PDT

BALIK PULAU 26 Okt. - Kumpulan terakhir jemaah haji Malaysia yang pulang daripada mengerjakan ibadat itu di Tanah Suci dijadual tiba pada 18 November ini.

Pengerusi Lembaga Tabung Haji (TH), Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim berkata, terdapat seramai 19,482 orang jemaah Malaysia masih berada di Mekah dan Madinah dan akan pulang secara berperingkat melibatkan 57 penerbangan.

Menurutnya, sehingga kini sebanyak 2,492 jemaah telah selamat pulang ke tanah air dengan tujuh penerbangan.

"Sebanyak 64 penerbangan digunakan untuk membawa pulang kesemua jemaah haji Malaysia dengan kumpulan terakhir dijangka tiba pada 17 dan 18 Novermber ini.

"Dengan kepulangan kesemua jemaah kita, bilik gerakan TH di Mekah akan menamatkan operasi pada 20 November ini," katanya. - UTUSAN ONLINE

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Muka Hadapan

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Muka Hadapan


Bajet 2014 peruntuk RM264.2b

Posted: 25 Oct 2013 12:09 PM PDT

Broken Link!

The content you are looking for is not available. You might had clicked on a broken link from another website or the content itself might have been removed.

You may want to consider our archive on

If you think there is an error, please click here to report and let us know.

Kadar GST lebih rendah

Posted: 25 Oct 2013 12:09 PM PDT

Broken Link!

The content you are looking for is not available. You might had clicked on a broken link from another website or the content itself might have been removed.

You may want to consider our archive on

If you think there is an error, please click here to report and let us know.

3 ditahan kes tembak pegawai bank

Posted: 25 Oct 2013 12:09 PM PDT

Broken Link!

The content you are looking for is not available. You might had clicked on a broken link from another website or the content itself might have been removed.

You may want to consider our archive on

If you think there is an error, please click here to report and let us know.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Jenayah

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Jenayah


15,000 DVD cetak rompak, lucah dirampas dalam serbuan

Posted: 25 Oct 2013 11:58 PM PDT

Oleh AZIZI MAJID

JOHOR BAHRU 26 Okt. - Sebanyak 15,000 keping cakera padat digital (DVD) cetak rompak dan lucah bernilai RM90,000 dirampas Bahagian Kawalan Penapisan Filem dan Penguatkuasaan negeri, Kementerian Dalam Negeri (KDN) selepas menyerbu tiga premis di sebuah pasar raya di Tampoi di sini kelmarin.

Pengarahnya, Mohd. Nashuddin Daud berkata, dalam Operasi Matrix bermula pukul 4 petang itu, pihaknya turut menahan tiga lelaki yang merupakan pekerja premis berkenaan.

"Pelbagai helah digunakan oleh pemilik premis bagi mengaburi perhatian pihak berkuasa, antaranya menyembunyikan DVD cetak rompak dan lucah tersebut di atas siling, namun kita berjaya menjumpainya.

"Hasil pemeriksaan ke atas ketiga-tiga premis itu, kita merampas 12,000 keping DVD cetak rompak dan 3,000 keping DVD lucah, keseluruhannya berjumlah RM90,000," katanya. - UTUSAN ONLINE

Unit penyelam bantu cari mangsa hilang dalam banjir

Posted: 25 Oct 2013 09:28 PM PDT

CAMERON HIGHLANDS 26 Okt. - Usaha mencari dan menyelamat seorang warga Indonesia yang hilang dalam kejadian banjir lumpur di Lembah Bertam di sini, diteruskan hari ini termasuk melibatkan sepasukan penyelam Jabatan Bomba dan Penyelamat.

Ketua Polis Daerah Cameron Highlands DSP Wan Mohd Zahari Wan Busu berkata pasukan yang terdiri daripada seorang pegawai dan empat anggota itu akan melakukan selaman di tiga kawasan iaitu di Empangan Salini, Jeram Kampung Manson ke Kampung Susu dan di Jeram Kampung Susu ke Kampung Salini.

"Pihak berkuasa turut memperluas kawasan mencari di empat zon sepanjang 20km menyusuri Sungai Bertam. Unit anjing pengesan dan jentera berat turut digunakan dalam usaha itu," katanya kepada pemberita mengenai usaha mencari dan menyelamat yang bermula 9 pagi ini.

Selain pasukan penyelam, ia turut melibatkan 11 pegawai dan 86 anggota keselamatan.

Wan Mohd Zahari berkata usaha mencari akan diteruskan sehingga 7 malam, jika tiada sebarang halangan seperti cuaca buruk.

Selain mangsa yang hilang, kejadian banjir lumpur yang berlaku kira-kira 1 pagi Rabu lalu itu, turut mengorbankan tiga nyawa selain memusnahkan puluhan rumah dan kenderaan. - BERNAMA

Kredit: www.utusan.com.my
 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved