Selasa, 1 November 2011

Utusan Online - Politik

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Politik


Kerajaan diminta halang konsert Elton John

Posted:

Kerajaan diminta halang konsert Elton John

Kerajaan diminta halang konsert Elton John

KUALA LUMPUR 1 Nov. - Kerajaan hari ini didesak supaya menghalang penganjuran konsert Greatest Hits Tour melibatkan penyanyi gay, Elton John di Arena of Stars, Genting Highlands pada 22 November ini.

Timbalan Ketua Dewan Pemuda Pas, Nik Abduh Nik Abdul Aziz, ia penting bagi mengelak penularan masuk budaya gay ke negara ini melalui konsert tersebut.

Pada masa sama, beliau turut mempersoalkan kritikan bekas Mufti Perlis, Prof. Madya Dr. Mohd Asri Zainul Abidin yang meminta Pemuda Pas tidak meniru Taliban dalam usaha membantah ikon gay dunia itu.

"Saya sokong kerajaan mesti menghalangnya. Pemuda Pas bukan hanya mahu menghalang anak muda Islam daripada pergi ke Genting. Itu kecil la Bro Asri. Pemuda Pas mahu menghalang kerajaan daripada membawa masuk budaya gay terlaknat itu. Ini baru pemuda Pas!," katanya dalam blog http://nikabduh.wordpress.com/ yang disiarkan hari ini.

Utusan Malaysia hari ini melaporkan pendirian Dewan Pemuda Pas Pahang yang membantah penganjuran konsert tersebut kerana menurut ketuanya, Shahril Azman Abdul Halim al-Hafiz ia bukan sahaja tidak sesuai dengan budaya negara ini malah boleh disifatkan sebagai program maksiat.

Mohd Asri ketika mengulas desakan Pemuda Pas itu sebelum ini telah meminta sayap Pas itu jangan meniru Taliban sebaliknya mencontohi pendirian Islam yang matang, sederhana dan praktikal.

Sebelum ini, Pemuda Pas mengecam kenyataan pihak yang menyamakan mereka dengan Taliban berhubung desakan menghalang konsert rock Elton John pada 22 November ini atas alasan penyanyi itu adalah gay.

Dalam pada itu Nik Abduh menasihatkan supaya bekas Mufti Perlis itu lebih cermat dalam melemparkan kritikan.

"Mengkritik itu bagus buat orang berilmu. Kritiklah kerana semua orang tahu anda ahli dalam mengkritik. Tetapi bila melabel, khususnya buat kawan, pilihlah label yang tidak menyakitkan. Saya fikir anda menghafal surah al-Hujurat.

"Jangan fikir orang Taliban tak marah bila anda menghina mereka,'' ujarnya.

Mengulas lanjut Nik Abduh berkata, mengkritik adalah kebebasan dan hak orang berilmu manakala membebel pula adalah senjata orang perempuan.

"Dari kecil ibu saya mendidik saya dengan membebel. Ayah hanya mendehem. Bebel dan dehem membina saya dan kita semua. Jika Asri mahu mengkritik, itu haknya yang disukai ahli ilmu. Tetapi Asri kadang-kadang membebel.

"Geli geman juga saya mahu serius menasihatinya agar elakkan membebel. Jangan diambil senjata perempuan. Tak manis orang lelaki digelar pembebel," katanya lagi.

Full content generated by Get Full RSS.

Isu konsert Elton John: DAP, Pas ibarat AS-Rusia

Posted:

Isu konsert Elton John: DAP, Pas ibarat AS-Rusia

Isu konsert Elton John: DAP, Pas ibarat AS-Rusia

KUALA LUMPUR 1 Nov. - Kerjasama di antara DAP dengan Pas dalam pakatan pembangkang boleh disamakan dengan permuafakatan di antara Amerika Syarikat (AS) dengan Rusia sewaktu Perang Dunia Kedua bagi menentang Kuasa Paksi Jerman, Itali dan Jepun.

Pensyarah Program Hubungan Antarabangsa Sekolah Sains Sosial, Universiti Malaysia Sabah (UMS), Prof. Madya Dr. Mohd. Noor Yazid berkata, analogi itu dibuat berdasarkan perbezaan nilai DAP dengan Pas yang tidak akan bersesuaian atau mengambil masa lama untuk serasi.

Katanya, DAP yang memperjuangkan nilai sosialisme demokrasi akan sentiasa menghadapi pertembungan dengan nilai Islam yang menjadi dasar Pas sejak penubuhan parti berkenaan.

"Mereka macam Rusia dan AS yang bergabung bagi menghadapi Kuasa Paksi walaupun AS mendokong demokrasi dan Rusia memperjuangkan komunisme.

"DAP dan Pas hendak menentang Barisan Nasional (BN), tetapi apabila berbeza ideologi, berlakulah Perang Dingin dan dunia tidak aman sepenuhnya," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Beliau mengulas tindakan Dewan Pemuda Pas Pahang membantah kehadiran penyanyi gay antarabangsa, Elton John yang dijadual membuat persembahan di Genting Highlands pada 22 November ini.

Selepas kenyataan itu, Naib Pengerusi DAP, Dr. Tan Seng Giaw seperti dipetik laporan portal The Mole Khamis lalu meminta Pas lebih fleksibel dan tidak memaksa nilai-nilainya ke atas pihak lain.

Mohd. Noor Yazid menambah, perbezaaan pendapat serta nilai di antara Pas dengan DAP akan terus berlaku memandangkan kedua-duanya mempunyai kekuatan setara dan tiada pihak yang jauh lebih dominan dalam penguasaan kerusi Parlimen di seluruh negara.

Dalam perkembangan sama, Ketua Dewan Pemuda Pas, Nashrudin Hassan enggan mengulas mengenai pendirian sebenar parti itu terhadap kehadiran Elton John, mahupun mengenai 'teguran' DAP berkenaan.

"Saya minta anda tanya dahulu kepada para pemimpin Pas Pusat," katanya.

Timbalan Presiden, Mohamad Sabu dan Setiausaha Agung, Datuk Mustafa Ali turut enggan mengulas mengenai isu tersebut.

Full content generated by Get Full RSS.
Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Jenayah

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Jenayah


Bekas amil dijel 4 tahun

Posted:

Bekas amil dijel 4 tahun

Bekas amil dijel 4 tahun

Oleh AZIZI MAJID
pengarang@utusan.com.my


REDZUAN Mohd. Said (tengah) diiringi dua anggota polis keluar dari Mahkamah Majistret Kulaijaya, Johor semalam.


KULAIJAYA 1 Nov. – Seorang bekas amil dijatuhi hukuman penjara empat tahun dan tiga sebatan oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini selepas mengaku bersalah melakukan pecah amanah wang zakat bernilai RM19,510 pada Ogos tahun lalu.

Majistret Zaiton Anuar membuat keputusan itu terhadap Redzuan Mohd. Said, 28, yang merupakan bekas imam sebuah masjid di sini selepas mengaku bersalah atas pertuduhan tersebut.

Tertuduh didakwa melakukan pecah amanah terhadap wang hasil kutipan zakat fitrah dan kutipan derma anak yatim sebanyak RM19,510 dengan menyalahgunakan wang tersebut untuk kegunaan sendiri di Pasaraya Tesco, Kulaijaya antara 16 Ogos 2010 hingga 4 September 2011.

Mengikut kertas pertuduhan, Redzuan dilantik oleh Majlis Agama Islam Negeri Johor (MAINJ) sebagai amil bagi mengutip zakat fitrah dan derma anak yatim di daerah ini.

Bagaimanapun, tertuduh gagal menyerahkan wang kutipan tersebut kepada Pejabat Agama Islam Daerah dan MAINJ.

Bagi kesalahan itu, dia didakwa mengikut Seksyen 408 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 14 tahun dan boleh dikenakan sebatan dan denda.

Pendakwaan kes dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, A. Karthiyayini, manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Zaiton memerintahkan hukuman penjara berkuat kuasa dari tarikh tertuduh ditahan pada 28 Oktober lalu.

Utusan Malaysia baru-baru ini melaporkan bekas amil fitrah diburu polis selepas didakwa gagal menyerahkan kutipan wang zakat tahun lalu.

Suspek yang berumah tangga menyerah diri di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kulaijaya pada 28 Oktober lalu, sehari selepas wajahnya disiarkan media massa.

Full content generated by Get Full RSS.

Polis disamun RM90,000

Posted:

Polis disamun RM90,000

Polis disamun RM90,000

KUANTAN 1 Nov. - Seorang pegawai kanan polis kerugian kira-kira RM90,000 apabila disamun tiga lelaki bersenjatakan parang dan kuku kambing di Taman Mewah Sri Bayu dekat Beserah di sini, semalam.

Dalam kejadian tersebut, mangsa yang berusia 56 tahun turut diikat kaki tangan, mulut dan mata pada katil bersama isterinya berusia 53 tahun.

Menurut Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah, Bahagian Siasatan dan Perundangan negeri, Supritendan Mohd. Haris Daud, kejadian berlaku pada pukul 6.45 pagi dan ketika itu hanya mangsa dan isterinya berada di rumah.

Katanya, isteri mangsa yang pada masa itu berada di dapur terkejut melihat seorang suspek sambil memegang kuku kambing berada di dalam rumahnya.

"Suspek menyuruh isteri mangsa diam sebelum dua lagi suspek muncul mengacukan parang ke leher mangsa dan mengarahkan masuk ke bilik.

"Pasangan suami isteri itu kemudian diikat pada katil sebelum suspek menggeledah rumah mangsa," katanya di sini hari ini.

Suspek yang dipercayai berusia lingkungan 28 hingga 36 tahun itu kemudian melarikan diri melalui pintu hadapan.

"Turut dilarikan, kereta Toyota Harrier berwarna coklat dengan nombor pendaftaran JFP 13, tiga telefon bimbit, kad kuasa polis, jam tangan, beberapa dokumen penting dan wang tunai RM1,700," katanya.

Full content generated by Get Full RSS.
Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Sukan

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Sukan


MB minta Irfan fikir sekali lagi

Posted:

MB minta Irfan fikir sekali lagi

MB minta Irfan fikir sekali lagi

Oleh FAUZI MOHD.
sukan@utusan.com.my

KUALA TERENGGANU - Ketika Irfan Bakti telah memuktamadkan keputusannya, Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said mengharapkan jurulatih itu berfikir dua kali sebelum meninggalkan skuad Terengganu.

Ahmad melihat ada kewajarannya Irfan terus bersama bersama Terengganu bagi menghadapi saingan musim depan jika jurulatih itu mahukan cabaran lebih besar kerana harapan makin tinggi.

Menurut Ahmad, beliau akan berbincang dengan Persatuan Bola Sepak Terengganu (PBSNT) dan jurulatih berasal dari Kelantan itu untuk mendapatkan kepastian.

Sebelum ini, katanya, beliau dimaklumkan PBSNT ada menawarkan kontrak kepada Irfan Bakti untuk dua musim lagi, namun tidak tahu mengapa jurulatih itu enggan menyambung kontraknya.

''Saya akan berbincang dengan kedua-dua belah pihak mengenai perkara ini dan berharap jurulatih itu terus dapat berkhidmat dengan pasukan Terengganu kerana beliau telah banyak membawa kejayaan kepada pasukan ini." katanya.

Menteri Besar berkata demikian ketika ditanya pemberita pada majlis perasmian Sukan Rakyat Mega di Kampung Jeram Manir, dekat sini, malam kelmarin.

Apa pun, PBNST telah pun menawarkan tugas yang dikosongkan Irfan itu kepada bekas jurulatih Pos Malaysia, Mat Zan Mat Aris secara lisan.

Tambah Ahmad, beliau tidak bermaksud mahu campur tangan dengan pihak pengurusan PBSNT tetapi khidmat jurulatih yang berusia 60 tahun itu masih diperlukan untuk misi kejuaraan akan datang.

"Saya berpuas hati dengan pencapaian yang ditunjukkan beliau sepanjang membimbing pasukan Terengganu dan saya berharap beliau akan kekal bersama Terengganu untuk tahun hadapan." ujar Ahmad.

Irfan Bakti yang membimbing pasukan Terengganu selama dua musim sehingga pasukan itu muncul naib juara Piala Malaysia dan turut membantu Terengganu menduduki tangga kedua liga super selain memenangi Piala FA musim ini.

Kelmarin, Irfan mengumumkan keputusannya meninggalkan Terengganu, suatu langkah yang dianggap terbaik baginya dan pengurusan PBSNT.

Ketika mengumumkannya Irfan kelihatan sugul namun menafikan keputusannya itu kemungkinan berkait dengan situasi tidak menyenangkan baginya.

Full content generated by Get Full RSS.

Mat Zan mula rasa debaran

Posted:

Mat Zan mula rasa debaran

Mat Zan mula rasa debaran

Oleh WAN ZULKIFLI WAN YAACOB
sukan@utusan.com.my

KUALA TERENGGANU - Mat Zan Mat Aris muncul semula di sini semalam untuk kembali memikul tanggungjawab sebagai jurulatih skuad Penyu selepas sedekad berlalu.

Tidak banyak yang ingin dikongsikan dengan media pada awalnya selain menceritakan debaran yang dirasakan sejurus dimaklumkan mengenai pelantikannya sebagai jurulatih baru Terengganu.

Bagi Mat Zain yang juga bekas jurulatih KL Pos, Telekom Melaka dan Kuala Lumpur, tanggungjawab membimbing Terengganu merupakan amanah yang cukup berat untuk dipikul.

Apatah lagi ketika pengharapan pengurusan dan penyokong negeri begitu tinggi bagi memastikan momentum yang tercetus terus berkekalan dan melonjak ke tahap yang lebih tinggi.

Katanya, legasi yang ditinggalkan oleh Irfan Bakti sepanjang dua musim bersama skuad Penyu itu adalah sesuatu yang sukar dipertahankan apatah lagi diatasi ketika negeri-negeri lain turut mengatur persiapan lebih hebat.

"Pelantikan ini juga adalah satu beban buat saya. Bukan sebab saya tidak yakin, tetapi banyak perkara yang perlu saya lakukan untuk memastikan Terengganu bukan sekadar kekal dengan reputasi yang ada, malah lebih baik.

"Apa pun, seharusnya saya berterima kasih kepada Datuk Che Mat Jusoh kerana telah memberi kepercayaan yang cukup besar ini kepada saya," katanya kepada media, semalam.

Mat Zan membimbing Terengganu pada tahun 2001 dan membawa pasukan Pantai Timur itu menjuarai Piala Malaysia buat pertama kali dalam sejarah.

Pelantikannya itu dibuat ekoran keputusan mengejut Irfan Bakti yang mengumumkan untuk tidak menyambung kontrak barunya dan dikatakan meneruskan karier bersama pasukan Selangor.

"Saya mungkin masih diingati kerana pernah membawa pasukan ini muncul juara Piala Malaysia sepuluh tahun lalu. Namun, semua itu hanya tinggal sejarah.

"Sekarang ini Terengganu berada pada prestasi yang cukup luar biasa sejak dibimbing Irfan Bakti. Mereka muncul juara Piala FA dan naib juara Liga Super selain layak ke final Piala Malaysia," jelasnya.

Ditanya apakah sasaran awalnya, Mat Zan menjelaskan, dia hanya perlu memastikan Terengganu tidak tercicir daripada memenangi sebarang kejuaraan pada musim depan.

"Mahu tidak mahu saya perlu kekalkan pencapaian yang telah dilakukan oleh Irfan Bakti dan kalau boleh, saya mahu mengatasinya," tambahnya.

Mengenai senarai pemain, dia hanya akan membuat keputusan selepas mengadakan perbincangan dengan pihak persatuan termasuk menentukan khidmat pemain import yang bakal digunakan musim depan.

Bagaimanapun katanya, dia secara peribadi mengagumi barisan pemain Terengganu musim ini yang dibarisi ramai pemain berbakat

"Disiplin yang ada pada pemain dalam pasukan ini mengingatkan saya kepada pasukan Terengganu pada era tahun 2001.

"Mereka memiliki kualiti yang cukup baik dengan semangat berpasukan yang tinggi. Aset inilah yang saya harap dapat membantu kami untuk memenangi lebih banyak gelaran musim depan," tambahnya.

Full content generated by Get Full RSS.
Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Luar Negara

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Luar Negara


AS beku dana kepada UNESCO

Posted:

AS beku dana kepada UNESCO

AS beku dana kepada UNESCO

WASHINGTON 1 Nov. - Amerika Syarikat (AS) semalam mengumumkan untuk menghentikan dana kepada Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO) selepas badan dunia itu memperakui Palestin sebagai anggota penuh kumpulan tersebut.

Jurucakap Jabatan Negara AS, Victoria Nuland berkata, ini kerana keputusan itu melangkaui proses perjanjian damai Palestin dan Israel yang masih dalam proses perbincangan.

Katanya, keputusan UNESCO memperakui Palestin sebagai anggotanya juga adalah keputusan yang tidak matang, silap dan menjejaskan matlamat AS dalam proses perjanjian damai itu.

''Ekoran itu, AS akan menahan dana sebanyak AS$60 juta (RM186 juta) yang sepatutnya disalurkan bulan ini.

''Namun, walaupun begitu, AS akan tetap mengekalkan keahlian dalam UNESCO,'' katanya.

Semalam, UNESCO memperakui Palestin sebagai anggota penuhnya dengan 107 negara menyokong, 14 menolak termasuk AS, Jerman, Israel dan Kanada manakala 49 negara lagi berkecuali.

Ia sekali gus dilihat sebagai jalan mudah Palestin untuk 'mengejar' impian mendapatkan keahlian penuh dalam Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

Bagaimanapun, usaha itu ditentang keras Israel dengan AS menyatakan akan menggunakan kuasa veto dalam Majlis Keselamatan untuk menghalang Palestin memperoleh pengiktirafan tersebut.

Sebanyak 22 peratus dana kepada UNESCO disumbangkan oleh AS. UNESCO merupakan badan dunia pertama yang mengiktiraf Palestin sebagai anggotanya sejak Presiden Mahmoud Abbas membuat permohonan itu kepada PBB pada 23 September lalu.

Dalam pada itu, Menteri Luar Kanada, John Baird berkata, Kanada melahirkan rasa tidak puas hati terhadap keputusan UNESCO dan akan mempertimbangkan keanggotaannya dalam badan dunia itu. - AFP/AP/REUTERS

Full content generated by Get Full RSS.

Pihak berkuasa Bangkok ditekan kemarahan mangsa banjir

Posted:

Pihak berkuasa Bangkok ditekan kemarahan mangsa banjir

Pihak berkuasa Bangkok ditekan kemarahan mangsa banjir

BANGKOK 1 Nov. - Pihak berkuasa Bangkok hari ini mendakwa mereka tidak dapat meredakan krisis banjir bagi setiap orang di ibu negara Thailand ini, sementara kemarahan dan penderitaan penduduk di kawasan yang ditenggelami air meningkat kerana tiada bantuan daripada kerajaan.

Walaupun kawasan tengah Bangkok sehingga kini terselamat daripada banjir, keadaan begitu genting di beberapa kawasan sekitarnya, di mana penduduk meluahkan kemarahan kerana rumah-rumah mereka dikorbankan untuk menyelamatkan bahagian tengah ibu negara.

Pihak berkuasa pusat dan tempatan berbalah berhubung setinggi mana pintu-pintu air di pinggir utara Bangkok patut dinaikkan bagi membolehkan air mengalir, kata Gabenor Bangkok, Sukhumbhand Paribatra.

Katanya, beberapa kawasan lain di bandar raya ini, termasuk kawasan perindustrian, akan dilanda banjir jika terlalu banyak air dibenarkan mengalir.

"Seperti ahli politik lain, saya mengasihi rakyat tetapi kadang-kadang saya perlu bertegas dengan tuntutan golongan minoriti demi menjaga kepentingan majoriti, dan saya tidak boleh tunduk kepada setiap tuntutan," kata Sukhumbhand.

Pusat bandar Bangkok terselamat daripada banjir buruk selepas benteng di sepanjang Sungai Chao Phraya menghalang limpahan air semasa air pasang dari Teluk Siam pada hujung minggu lalu.

Bagaimanapun di daerah barat seperti Bang Phlat, hanya lima kilometer dari pusat bandar Bangkok, rumah-rumah rosak teruk dan jalan bertukar menjadi terusan air kotor, dan penduduk pula tidak mendapat bantuan pihak berkuasa.

"Saya mahu pihak kerajaan datang untuk membantu kami, kerana kami sudah meminta bantuan seperti bot, makanan, ubat-ubatan tetapi tidak menerima apa-apa," kata Pailin Sontana, 58, ketika meredah air keruh setinggi paras pinggang.

Namun jurucakap Pentadbiran Metropolitan Bangkok (BMA), Jate Sopitpongstorn berkata, mereka tidak dapat membantu semua orang 'kerana penduduk enggan meninggalkan rumah mereka dan berpindah ke pusat perlindungan yang kami sediakan'.

"Kami mempunyai bilangan bot dan kenderaan tentera yang terhad dan tidak dapat pergi ke setiap jalan untuk mengagihkan bekalan makanan dan air tiga kali sehari," katanya. - AFP

Full content generated by Get Full RSS.
Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Mahkamah

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Mahkamah


Saiful Apek tak mengaku ambil dadah

Posted:

Saiful Apek tak mengaku ambil dadah

Saiful Apek tak mengaku ambil dadah


Saiful Apek


PETALING JAYA 1 Nov. – Pelakon komedi, Saiful Apek bersama empat rakannya termasuk seorang wanita dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini hari ini atas tuduhan memasukkan dadah jenis kanabis ke dalam badan mereka, tahun lalu.

Saiful atau nama sebenarnya, Mohd. Saifulazam Mohamed Yusoff, 42; Shah Zainatull Ehsan Al-Muazam Shah Yahya, 28; Shaiful Baharom, 24; dan Noremy Mohamad, 28, bagaimanapun mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan yang dibacakan kepada mereka.

Hanya Mohamad Shafarul Abdul Rahim, 25, yang mengaku bersalah terhadap pertuduhan itu.

Mereka didakwa melakukan perbuatan tersebut di Pejabat Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Subang Jaya, Jalan LP 2A/1, Taman Putra Permai, Seri Kembangan di sini pada pukul 11 malam, 12 Jun tahun lalu.

Dakwaan terhadap mereka dikemukakan mengikut Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 15(1) akta sama yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga dua tahun atau denda maksimum RM5,000 dan pengawasan polis.

Mohamad Shafarul yang bekerja secara sambilan di syarikat milik Saiful, Gitu-Gitu Production turut mengaku bersalah terhadap dua lagi pertuduhan iaitu memiliki 0.09 gram kanabis dan memiliki perkakas yang digunakan untuk menyediakan kanabis.

Kedua-dua kesalahan itu didakwa dilakukan di No. 306, Blok C, Pangsapuri Sunway Court, Jalan PJS 7/13, Bandar Sunway di sini pada pukul 10 malam, hari yang sama.

Dakwaan bagi kedua-dua tuduhan itu dikemukakan mengikut Seksyen 10(2)(a) dan Seksyen 15(1)(a) akta sama yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga dua tahun atau denda maksimum RM5,000 atau kedua-duanya.

Dengan pengakuan salah itu, Mohamad Shafarul dikenakan denda antara RM2,000 dan RM3,000 yang kesemuanya berjumlah RM7,500 atau penjara 10 bulan serta dua tahun pengawasan oleh pihak polis.

Sementara itu, Majistret Ahmad Solihin Abdul Wahid membenarkan Saiful dan tiga rakannya yang lain masing-masing diikat jamin RM2,500 dengan seorang penjamin dan menetapkan 23 Disember ini untuk sebutan semula kes.

Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan-Timbalan Pendakwa Raya, Ahmad Ishrakh Saad dan Fadilah Shah Abdul Latif manakala kesemua tertuduh diwakili peguam bela, Mohd. Fadly Hashim.

Mengikut laporan akhbar sebelum ini, Saiful Apek diberkas sepasukan polis Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik IPD Subang Jaya dalam serbuan di sebuah rumah kerana mengambil dadah bersama empat lagi rakannya, termasuk seorang wanita berusia lingkungan 20-an.

Dalam serbuan pada pukul 10 malam itu, polis turut merampas 40 gram daun kering dipercayai dadah jenis ganja atau kanabis.

Hasil ujian saringan air kencing terhadap pelakon yang pernah mengarah dan menerbitkan filem serta rakan-rakannya kemudian mendapati semua mereka positif dadah.

Full content generated by Get Full RSS.

Hukuman dikekal

Posted:

Hukuman dikekal

Hukuman dikekal

Oleh NORLIZAH ABAS
pengarang@utusan.com.my

PUTRAJAYA 1 Nov. - Mahkamah Rayuan hari ini mengekalkan hukuman penjara 11 tahun ke atas seorang suri rumah, Hau Yuan Tyng selepas menolak rayuan akhirnya terhadap sabitan dan hukuman mencederakan bekas pembantu rumah warganegara Indonesia, Siti Hajar Sadli.

Keputusan sebulat suara itu dicapai oleh panel tiga hakim diketuai oleh Datuk Sulong Matjeraie yang bersidang bersama Datuk Clement Allan Skinner dan Datuk Mohamed Apandi Ali tanpa kehadiran wanita berusia 45 tahun itu sepanjang prosiding rayuannya didengar.

Ekoran ketidakhadiran bekas ejen hartanah itu, mahkamah turut mengeluarkan waran tangkap dan waran pemenjaraan agar hukuman berjalan mulai tarikh dia berjaya ditangkap kelak.

Panel itu turut mengeluarkan notis tunjuk sebab kepada kedua-dua penjaminnya agar menjelaskan mengapa jaminan RM25,000 tidak harus dirampas oleh mahkamah kerana gagal memastikan kehadiran perayu.

Mahkamah meneruskan pendengaran rayuan itu tanpa kehadirannya mengikut Seksyen 313(2) Kanun Tatacara Jenayah (CPC) selepas kes itu ditangguhkan beberapa kali dan penangguhan terakhir juga telah dibenarkan pada tarikh sebelumnya.

Yuan Tyng disabitkan melakukan ketiga-tiga kesalahan tersebut di antara Februari dan 7 Jun 2009 di kediamannya di No. 1-19-1, Lanai Kiara Condominium, Jalan Kiara 3, Mont Kiara di ibu negara.

Hakim Sulong ketika membacakan keputusan itu menyatakan, mahkamah berpuas hati bahawa ketiga-tiga tuduhan itu telah dibacakan terhadapnya dan dijelaskan sebelum pengakuan diambil di hadapan hakim Mahkamah Sesyen.

Sehubungan itu, mahkamah menolak alasan yang dihujahkan oleh peguam M. Manoharan yang mewakilinya bahawa tiada bukti dalam rekod rayuan yang menunjukkan bahawa ketiga-tiga tuduhan itu telah dibacakan.

Hakim Sulong turut berpuas hati bahawa ketiga-tiga tuduhan itu didengar dalam satu perbicaraan kerana Seksyen 164(1) CPC membenarkan demikian walaupun tanpa permohonan daripada mana-mana pihak agar kesemua tuduhan dibicara bersama.

Sementara itu, Timbalan Pendakwa Raya, Aslinda Ahad berhujah, Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Ghazali Cha telah menggunakan budi bicara yang betul ketika meminda hukuman walaupun tiada rayuan silang daripada pendakwa raya.

Beliau memohon agar hukuman yang dipinda oleh Mahkamah Tinggi tersebut tidak diusik berikutan gejala mendera pembantu rumah semakin berleluasa dan dalam kes tersebut, mangsa tidak sepatutnya dilayan seperti hamba sehingga mengalami kecederaan kekal.

Yuan Tyng merayu terhadap keputusan Mahkamah Tinggi yang meminda hukuman penjara lapan tahun kepada 11 tahun bagi ketiga-tiga tuduhan.

Pada 20 Mei tahun lalu, Mahkamah Sesyen menjatuhkan hukuman penjara empat tahun bagi setiap tuduhan menyebabkan cedera parah terhadap Siti Hajar menggunakan air panas dan tukul besi yang boleh menyebabkan kematian. Hukuman berjalan berasingan.

Selain hukuman penjara, ibu kepada dua anak itu turut diperintahkan membayar pampasan berjumlah RM5,000 kepada bekas pembantu rumahnya.

Full content generated by Get Full RSS.
Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Pahang

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Pahang


Tingkat minat berkhidmat di pedalaman

Posted:

Tingkat minat berkhidmat di pedalaman

Tingkat minat berkhidmat di pedalaman

Oleh HARIS FADILAH AHMAD
utusanpahang@utusan.com.my


WALAINI ABU BAKAR (berdiri, empat dari kanan) dan Zulkarnaim Jamaluddin (berdiri, enam dari kanan) bersama sebahagian peserta Program Bina Insan Guru membersihkan tapak perkuburan Islam di Kampung Sungai Mun, Padang Tengku, Kuala Lipis, baru-baru ini.


KUALA LIPIS 1 Nov. - Seramai 182 penuntut Institut Pendidikan Guru Malaysia Tengku Ampuan Afzan (IPGMTAA) Lipis menyertai Program Bina Insan Guru yang dianjurkan di beberapa buah kampung di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Padang Tengku baru-baru ini.

Para peserta yang terdiri daripada penuntut semester dua Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) menyifatkan program itu memberi banyak pengetahuan dan pengalaman mengenai kehidupan penduduk di pedalaman Pahang.

Penyelaras program berkenaan, Walaini Abu Bakar berkata, projek bakti siswa di Kampung Sungai Mun, Padang Tengku merupakan julung-julung kali diadakan dalam mendekatkan penuntut PISMP dengan masyarakat setempat.

"Kegiatan ini bersesuaian untuk membina sahsiah dan nilai kepimpinan di kalangan bakal guru khususnya pengalaman yang dicanai apabila menyelami denyut nadi masyarakat di kawasan pedalaman.

"Sebagai bakal guru, mereka perlu didedahkan lebih awal mengenai budaya masyarakat Melayu tradisional Pahang dan pembangunan pelajaran di kawasan berkenaan," katanya kepada pemberita di Kampung Sungai Mun dekat sini, baru-baru ini.

Sempena program itu, guru pelatih IPGMTAA Lipis telah bergotong-royong membersihkan Masjid Sungai Mun dengan kerjasama Ahli Jawatankuasa Kemajuan Keselamatan Kampung dan Gerakan Belia 4B cawangan kampung tersebut.

Hadir sama, Ketua Kampung Sungai Mun, Zulkarnaim Jamaluddin dan Pengerusi Gerakan Belia 4B Cawangan Sungai Mun, Ahmad Zahari Mahmud.

Menurutnya, pendedahan menerusi kegiatan turun padang dapat melatih bakal guru agar tidak kekok apabila diarahkan bertugas di kawasan pedalaman.

Sementara itu, seorang peserta, Nurul Shahida Lukman, 21, berkata, kunjungannya ke kampung berkenaan telah membangkitkan kesedaran untuk menabur bakti di kawasan pedalaman selepas tamat pengajian nanti.

Dia yang berasal dari Kota Bharu, Kelantan, berkata, sebagai bakal guru, program berkenaan antara platform untuknya mempelajari selok-belok kehidupan masyarakat pedalaman daerah Lipis selain mendapat maklumat mengenai pembangunan pendidikan di situ.

Rakannya, Mohd. Fazri Rahim, 20, berkata, kegiatan itu antara usaha murni menerusi perkhidmatan komuniti di kalangan penuntut kepada masyarakat pedalaman.

"Saya bangga kerana pengetahuan yang diperoleh daripada pensyarah dapat diterapkan untuk manfaat penduduk pedalaman sekali gus dapat memartabatkan imej IPGM menerusi kegiatan kemasyarakatan dengan komuniti," katanya.

Full content generated by Get Full RSS.

Briged Yes semai semangat sukarelawan pelajar

Posted:

Briged Yes semai semangat sukarelawan pelajar

Briged Yes semai semangat sukarelawan pelajar


ABDUL Manan Ismail (empat dari kiri) merasmikan Briged Yayasan Sukarelawan Polisas pada program Bersama Masyarakat Perkampungan Bukit Goh di Kuantan, baru-baru ini. – Ikhsan Unit Komunikasi Polisas


KUANTAN 1 Nov. - Seramai 80 pelajar Politeknik Sultan Haji Ahmad Shah (Polisas) Kuantan mengikuti program tanggungjawab sosial korporat (CSR) bersama masyarakat Perkampungan Bukit Goh melibatkan 21 keluarga angkat di kampung itu di sini baru-baru ini.

Program tiga hari bermula 14 Oktober lalu menyaksikan pelbagai aktiviti diadakan bersama keluarga angkat dan penduduk kampung seperti membersihkan masjid, sukaneka, kuliah agama dan gotong-royong.

Pada program tersebut, pengurusan Polisas turut menyumbang seekor lembu untuk tujuan akikah.

Pegawai Jabatan Hal Ehwal Pelajar Polisas, Zulkifli Mat Nasir berkata, program sedemikian julung-julung kali diadakan di bawah Briged Yayasan Sukarelawan Politeknik (Briged Yes).

Menurutnya, Briged tersebut dilancarkan bertujuan memastikan pelajar melibatkan diri dengan kerja kesukarelaan bagi melahirkan graduan berkualiti dan mempunyai nilai tambah yang diperlukan pasaran.

"Ia selaras dengan Pelan Transformasi Politeknik yang menyasarkan sekurang-kurangnya 85 peratus lepasan politeknik mendapat peluang pekerjaan dalam tempoh enam bulan setelah tamat pengajian," katanya kepada pemberita pada majlis penutup program tersebut di Dewan Orang Ramai Perkampungan Bukit Goh di sini baru-baru ini.

Pada majlis tersebut, Briged Yes turut dilancarkan oleh Ahli Parlimen Paya Besar, Datuk Abdul Manan Ismail.

Hadir sama, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Lembing, Datuk Mohd. Shohaimi Mohamed Shah, Ketua Jabatan Kejuruteraan Awam Polisas, Sulaiman Abdul Kadir dan Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Bukit Goh, Zahari Mat Deraman.

Mengulas lanjut, Zulkifli berkata, program sedemikian memberi pendedahan kepada pelajar tentang kehidupan bermasyarakat, meningkatkan semangat kesukarelaan dan amalan bergotong-royong serta saling membantu antara satu sama lain.

Full content generated by Get Full RSS.

IPT pemangkin pembangunan kecemerlangan sukan

Posted:

IPT pemangkin pembangunan kecemerlangan sukan

IPT pemangkin pembangunan kecemerlangan sukan


Pemenang Karnival Bola Keranjang tiga lawan tiga bergambar di Kompleks Sukan UMP di Kuantan, baru-baru ini.


KUANTAN 1 Nov. - Kementerian Pengajian Tinggi berhasrat menjadikan institusi pengajian tinggi (IPT) sebagai pemangkin dalam pembangunan kecemerlangan sukan di negara ini.

Timbalan Menterinya, Datuk Saifuddin Abdullah berkata, program itu menetapkan sasaran melahirkan sekurang-kurangnya 30 peratus atlet negara dari kalangan atlet IPT.

"Penglibatan mahasiswa bagi pembudayaan sukan dilihat bukan sahaja mendedahkan diri mereka dengan gaya hidup berkualiti, malah mampu menerapkan sifat positif dalam diri mereka," katanya selepas merasmikan Karnival Bola Keranjang tiga lawan tiga di Kompleks Sukan Universiti Malaysia Pahang (UMP) di sini, baru-baru ini.

Hadir sama Naib Canselor UMP, Prof. Datuk Dr. Daing Nasir Ibrahim.

Sebanyak 102 pasukan dari 29 IPT seluruh negara menyertai karnival tersebut yang diadakan selama dua hari bagi merebut Piala Timbalan Menteri Pengajian Tinggi.

Kejohanan anjuran Pusat Sukan UMP bersama kementerian dengan kerjasama Persatuan Bola Keranjang Malaysia (MABA) itu disertai 20 IPT.

Mengenai kejohanan tersebut, Saifuddin berkata, penganjuran akan mencungkil bakat baru dan melahirkan lebih ramai atlet di kalangan mahasiswa bagi mewakili sukan tersebut.

Dalam pada itu Daing Nasir berkata, UMP turut memikul tanggungjawab untuk mencari dan menggilap bakat baharu dalam sukan tersebut.

Menurutnya, kepercayaan itu menuntut suatu perancangan rapi dan strategik bagi memperkasa sukan bola keranjang sebagai sukan tumpuan.

Beliau juga mengharapkan karnival itu menjadi pendorong dalam memartabatkan UMP sebagai Pusat Sukan Tumpuan Bola Keranjang dan sokongan orang ramai diperlukan bagi memajukan sukan itu ke peringkat lebih tinggi.

Pada kejohanan tersebut, pasukan Universiti Sains Malaysia (USM) B muncul johan kategori lelaki diikuti Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) C di tempat kedua, manakala Universiti Teknologi Mara (UiTM) Shah Alam B di tangga ketiga.

Bagi kategori wanita pula dimenangi pasukan Universiti Putra Malaysia (UPM) A diikuti USM A di tangga kedua.

Full content generated by Get Full RSS.
Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Hiburan

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Hiburan


Yassin, Didie dan Enot selamba

Posted:

Yassin, Didie dan Enot selamba

Yassin, Didie dan Enot selamba

Oleh MUHAMMAD SYAFIQ ROOS ANNUAR
Gambar HAFIZ JOHARI


3G berharap peminat terhibur dengan persembahan mereka.


BERHADAPAN dengan 16 lagi kumpulan yang bertanding bagi merebut gelaran juara Maharaja Lawak Mega (MLM) bukanlah sesuatu yang mudah.

Pun begitu, bagi pasukan yang terdiri daripada dua kuntum bunga dan seekor kumbang ini, keserasian merupakan senjata utama untuk meneruskan langkah. Kalau boleh, sehingga ke peringkat akhir.

Menamakan kumpulan mereka sebagai 3G, Yassin Yahya, Enot dan Didie Alias membuka langkah persembahan pertama mereka dalam MLM Jumaat lalu, dengan penuh keyakinan.

Telatah bersahaja dan ekspresi muka Yassin sudah cukup untuk mengundang penonton tidak kering gusi.

Ini kerana trademark wajah yang selamba milik Yassin merupakan bahan gelak penonton di rumah dan di Royal Theater Selangor di Shah Alam yang mengikuti MLM secara langsung di Astro Warna.

Tidak cukup dengan penampilan Yassin, kebecokan mulut Didie dan Enot turut membuatkan keadaan bertambah bingit apabila ketiga-tiga mereka beraksi di pentas MLM.

Ternyata, ungkapan serasi yang diucapkan oleh mereka dalam persembahan pada malam itu, bukanlah sesuatu yang dibuat-buat tetapi ia benar-benar dapat dirasai oleh penonton.

Bagi Yassin, apa yang dipersembahkan oleh 3G pada malam itu adalah hasil perbincangan dan persetujuan yang dicapai sesama sendiri.

Mendengarkan kata-kata yang terpacul daripada mulut Yassin, Didie atau nama sebenarnya, Fadzilah Mohammad @ Ali mengangguk-anggukan kepalanya tanda bersetuju dengan pendapat Yassin.

"Jadi, dengan masa yang sangat terhad, kami gunakan dengan sebaik mungkin bagi memastikan apa yang dirancang untuk dipersembahkan kepada penonton, berjalan lancar," kata Didie bersungguh.

Bagi Alliza Abdullah atau lebih dikenali sebagai Enot, masa yang diberikan oleh penganjur (tiga minit 30 saat) untuk persembahan merupakan satu cabaran.

Jelasnya, dalam tempoh sesingkat itu, ketiga-tiga ahli 3G perlu menonjolkan diri masing-masing sambil mengekalkan elemen lucu.

3G dengan rendah dirinya memberitahu Hits, mereka tidak meletakkan harapan yang menggunung tinggi untuk bergelar juara MLM sebaliknya lebih senang hadir sebagai peserta berkumpulan yang mampu menggeletek hati penonton.

Yassin muncul kembali

Memulakan langkah sebagai anak seni selepas menyertai pertandingan realiti televisyen Sinaran Passport Kegemilangan pada tahun 1997, nama Yassin lebih sinonim dengan kumpulan lawak nombor satu negara, Senario.

Bertahan hampir 10 tahun di bawah payung Senario, zaman kegemilangan Yassin dilihat berakhir apabila dirinya terpalit dengan gejala negatif.

Agak lama juga, pelakon filem Aku Kaya The Movie (2003) ini berdiam diri namun hari ini, Yassin bangkit di atas pentas MLM bersama kumpulan 3G.

"Saya bersyukur kerana MLM adalah platform untuk saya beraksi bersama Didie dan Enot menghiburkan penonton.

"Terus terang saya katakan di sini bahawa inilah kali pertama kami bergandingan. Oleh itu, kualiti persembahan harus dipertingkatkan dari minggu ke minggu.

"Saya amat berharap peminat dan juga penonton di rumah terhibur dengan persembahan kami dan ingin menyaksikan aksi 3G pada minggu kedua dan seterusnya," kata Yassin yang juga muncul sebagai side kick kepada Apek dalam filem Duyung (2008).

Yassin mengakui tidak mahu bersikap hipokrit dengan mengatakan kumpulan 3G tidak mensasar salah satu tempat di peringkat akhir.

Katanya, walaupun MLM baru sahaja bermula namun mereka berpandangan jauh.

Katanya, jika 3G dapat mengekalkan momentum persembahan dan muncul pada setiap minggu, itu merupakan satu bonus bagi kumpulan mereka.

Didie bijak bahagi masa

Walaupun baru sahaja pulang dari Korea kerana terbabit dengan rancangan travelog yang dikendalikan oleh Awal Ashaari dan juga Scha Alyahya, Didie bijak mengatur jadual seninya dan mencuri masa untuk menyertai MLM.

Bagi Didie yang terkenal sebagai artis wanita yang kuat bekerja, setiap peluang dan ruang yang datang akan digunakan sebaiknya kerana bidang seni merupakan punca pendapatan beliau selama ini.

Biarpun tidak pernah mengeluh penat namun dia mengakui, perlu pandai mengatur masa agar tidak terlalu terkejar-kejar.

Kata Didie, rezeki pemberian Tuhan kepadanya dan keluarga tidak akan disia-siakan.

"Saya sebenarnya baru sahaja selesai menjalani penggambaran telemovie Biar Mimpi Sampai ke Bintang.

"Dalam pada itu, saya juga terlibat dengan penggambaran drama bersiri, Peah Gossip bersama Fasha Sandha.

"Memanglah kalau diikutkan terasa penat tetapi saya suka dengan apa yang saya lakukan sekarang ini. Ia sudah menjadi darah daging saya," katanya ketika ditemui selepas siaran langsung MLM selesai.

Kata Didie, tumpuannya kini lebih kepada 3G kerana menyedari, saingan daripada peserta-peserta lain tidak kurang hebatnya.

Justeru, katanya, 3G memerlukan momentum terbaik kerana selain mahu menghiburkan peminat, biarlah persembahan 3G mendapat tempat di hati penonton dan para juri.

MLM dunia Enot

Seluruh tenaga dan minda Enot difokuskan kepada 3G walaupun dalam masa yang sama, pelakon comel ini menjalankan perniagaan keknya.

Kata Enot, apabila dia tidak menerima sebarang tawaran berlakon sekarang ini, masanya memang sesuai untuk tumpuan sepenuh masa kepada 3G.

"Menyertai MLM bersama Didie dan Yassin adalah suatu langkah yang tidak pernah terlintas di fikiran saya.

"Apatah lagi beraksi dan bersaing dengan 16 peserta termasuk dari negara-negara jiran kita.

"Maka itulah, bagi saya mahupun dua lagi rakan dalam 3G, kami akan cuba untuk memberikan persembahan terbaik," katanya yang belum merasa puas menghiburkan penonton MLM.

Kata Enot, walaupun kehadiran 3G dalam MLM sebagai peserta underdog namun mereka serius dalam memberikan persembahan pada minggu hadapan.

"3G akan mencari idea yang lebih bernas dengan lawak yang lebih bersahaja untuk penonton. Apabila penonton ketawa, itulah kejayaan bagi kami," katanya.

Full content generated by Get Full RSS.

Segar dan baharu untuk tv9

Posted:

Segar dan baharu untuk tv9

Segar dan baharu untuk tv9

Oleh SHAZRYN MOHD. FAIZAL
shazryn.faizal@utusan.com.my
Gambar NOOR ASREKUZAIREY SALIM


IDOLA Kecil akan diteruskan untuk tahun keempat


SELEPAS mencatat rekod sebagai stesen nombor dua negara sepanjang tahun 2011 seperti mana yang dikeluarkan oleh AC Nielsen, TV9 tidak mahu terus duduk diam dan menikmati kejayaan tersebut.

Sebaliknya, stesen televisyen yang terkenal dengan kata pengenalan, Di Hatiku itu mahu memberikan santapan terbaik untuk penonton setia mereka menerusi pelbagai program menarik sepanjang tahun 2012.

Sudah pasti, TV9 sudah pun mengatur strategi terbaik bagi memastikan mereka akan terus mendekatkan diri dengan penonton setia mereka khususnya golongan remaja dari 15 hingga 29 tahun.

"Ternyata percubaan kami dalam memperbanyakkan program untuk remaja sepanjang tahun 2011 telah membuahkan hasil.

"Bukan hanya menerusi program televisyen, tetapi TV9 sendiri telah turun padang dengan menganjurkan pelbagai acara padang yang melibatkan pelajar sekolah dan institusi pengajian tinggi seperti Ekspresi Remaja, Jam Session dan Gig TV9.

"Lalu, kami sudah bersedia untuk memberikan lebih banyak program menarik khusus untuk golongan ini selain mengekalkan kandungan sedia ada dengan pendekatan baharu dan segar," jelas Pengurus Besar Kumpulan Penjenamaan TV9, Sherina Mohamed Nordin penuh optimis dalam satu pertemuan dengan pihak media di Hotel One World, Petaling Jaya, Selangor, baru-baru ini.

Hebat

Untuk tahun 2011, kata Sherina, antara program yang mendapat tempat di kalangan penonton remaja termasuklah Remaja, Remaja Ekstrem, Hujan di Paris dan Bunkface di Hong Kong.

Bagi meneruskan kesinambungan kejayaan itu, Sherina menjelaskan TV9 akan tampil dengan dua program baru iaitu Soundcheck dan program realiti, Versus (VS).

"Apa yang boleh kami katakan dua program ini merupakan yang terbesar untuk tahun 2012. Rancangan VS misalnya, merupakan program pencarian bakat baru secara berkumpulan yang kami percaya akan mendapat perhatian kelak.

"Untuk VS, kami akan bekerjasama dengan stesen radio Hot FM dan menariknya tentang rancangan ini apabila kandungan untuk televisyen dan radio adalah berbeza.

"Ini secara tidak langsung memberi peluang kepada penonton dan pendengar radio dapat menikmati program ini dengan lebih meluas," jelas Sherina lagi.

Bagi Soundcheck pula, ia diinspirasikan daripada program Live From Abbey Road yang akan menampilkan temu bual bersama artis tempatan yang baru dan lama selain persembahan mini daripada mereka.

Kekal

Sementara itu, Sherina turut mengumumkan program realiti Idola Kecil juga akan diteruskan untuk musim keempat kerana ia terus mendapat tempat di kalangan masyarakat terutama ibu bapa.

Namun begitu, Akademi Al-Quran (AQ) yang sudah lima musim bersiaran di TV9 nampaknya akan direhatkan buat sementara waktu.

"Kami fikir adalah lebih baik untuk AQ dianjurkan selang setahun agar kami sendiri dapat memperbaiki dan memantapkan lagi kandungannya," terangnya lagi.

Menyedari persaingan yang harus dihadapi daripada stesen televisyen lain, TV9 mengorak setapak langkah lagi dengan memperkenalkan program bual bicara bola sepak, Gila Bola.

Menampilkan Seelan Paul dan penyampai radio Hot FM, Kieran sebagai pengacaranya, Gila Bola bakal menjadi program bual bicara sukan percuma pertama yang ditayangkan pada waktu perdana.

Untuk tahun 2012, rezeki juga terus berpihak kepada penyampai radio dan pengacara popular, Faizal Ismail apabila rancangan bual bicaranya, Apa Saja FBI akan kembali untuk tahun kedua.

"Selain Faizal, kami juga akan menampilkan Awal Ashaari dalam program bual bicaranya yang pertama. Namun, buat masa ini, kami tidak boleh lagi mendedahkan konsep rancangan itu.

"Ternyata, Awal begitu teruja sewaktu kami melamarnya untuk mengendalikan programnya sendiri. Kami memilihnya kerana percaya dengan kredibilitinya sebagai seorang pengacara," kata Sherina yang memberitahu rancangan hiburan seperti Hip TV, Galaksi dan Chopp!! akan terus dikekalkan.

Sebagai pembaharuan untuk TV9 selain mahu menarik perhatian remaja, stesen itu juga akan menayangkan dua siri drama Hollywood iaitu Teen Wolf dan The Nine Lives of Chloe King.

Mantap

Dalam masa yang sama, kata Sherina, TV9 tidak akan sama sekali mengabaikan kandungan untuk slot Raudhah yang menampilkan rancangan berbentuk keagamaan kerana ia mempunyai kelompok penonton tersendiri.

Jelasnya, program-program seperti Halaqah, Semanis Kurma, Usrah, Saffiya, Tanyalah Ustaz, Tanyalah Ustazah serta Adik & Al-Quran akan dikekalkan malah kandungan mereka juga dimantapkan.

"Malah, kami sendiri mempunyai perancangan untuk menambah sebuah lagi program dalam siri Tanyalah. Insya-Allah dan jika semuanya berjalan lancar, ia akan menampilkan seorang tokoh agama tersohor," kata Sherina yang mengunci rapat mulutnya ketika diminta untuk memberitahu siapakah tokoh agama yang dimaksudkan.

Peluang

Tidak melupakan penggemar setia drama tempatan, tahun 2012 bakal menyaksikan pelbagai drama hebat yang akan menghiasi saluran yang juga boleh ditonton menerusi saluran 119, Astro itu.

Untuk slot Aurora dan Ratu, ia bakal diisi dengan drama bersiri menarik yang pastinya akan menggamit penonton untuk menontonnya kelak. Semuanya adalah untuk menguatkan lagi jenama slot tayangan pada pukul 8.30 malam itu.

Antara yang akan menjadi perhatian adalah drama bersiri Cinta Jangan Pergi arahan Kabir Bhatia manakala skripnya pula oleh Mira Mustaffa.

Bagaikan mahu mengulangi fenomena Nur Kasih, Cinta Jangan Pergi sekali lagi menggandingkan Remy Ishak dan Tiz Zaqyah sebagai teraju utama.

"Bukan itu sahaja, kami juga akan bekerjasama dengan penerbit dan pengarah muda yang mempunyai minat mendalam terhadap dunia pengarahan serta penerbitan.

"Jangan terkejut kalau saya katakan ada di antara mereka merupakan nama-nama popular dalam bidang lakonan yang bakal menyaksikan mereka bertukar portfolio selepas ini.

"Kami memang mahu memberi peluang kepada mereka dan ada juga yang mahu bekerjasama dengan kami," ujar Sherina yang memberitahu drama bersiri seperti Bulan, Bintang dan Kita serta Pulau juga akan ditayangkan nanti.

Full content generated by Get Full RSS.
Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Rencana

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Rencana


Masalah dalaman duri kepada parti

Posted:

Masalah dalaman duri kepada parti

Masalah dalaman duri kepada parti

Oleh SAIFULIZAM MOHAMAD
pengarang@utusan.com.my


Sebahagian daripada ahli dan pemimpin Barisan Nasional yang hadir pada Konvensyen Barisan Nasional 2011 peringkat Negeri Sembilan di Seremban, baru-baru ini.


PADA bulan lalu sahaja Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dua kali memperingatkan kepada semua parti komponen Barisan Nasional (BN) supaya menyelesaikan segera masalah dalaman yang dihadapi oleh parti masing-masing.

Pertama ketika mengadakan sidang media selepas menghadiri majlis 'Penerangan Perdana Nurani Rakyat Sayangi Selangor bersama Timbalan Perdana Menteri' di Serdang pada 22 Oktober lalu.

Kedua ketika berucap merasmikan Kongres Parti Liberal Demokratik (LDP) Ke-22 di Dewan Sekolah Menengah Yu Yuan, Sandakan, Sabah, kelmarin.

Dalam majlis itu juga Muhyiddin yang juga Timbalan Pengerusi BN mahu setiap masalah dalaman diselesaikan secara berhemah supaya persiapan BN menghadapi Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) tidak terjejas.

Dua mesej yang disampaikan oleh Muhyiddin dalam tempoh lapan hari itu memberikan gambaran jelas mengenai kebimbangan pucuk pimpinan terhadap persediaan UMNO dan parti-parti komponen menghadapi PRU13 yang boleh diadakan pada bila-bila.

Walaupun tidak semua parti komponen berhadapan dengan masalah tersebut namun ia tetap memberi kesan kepada prestasi BN secara keseluruhan sekiranya masalah dalaman tidak diselesaikan dengan baik.

Apa yang pasti mesej Muhyiddin itu boleh disifatkan sebagai luahan hati pucuk pimpinan tertinggi. Di hati kecil baik Muhyiddin mahu pun Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak sudah pasti mereka mahu BN terus diterima oleh rakyat, BN sentiasa relevan dalam usaha membela nasib rakyat.

Di saat PRU13 semakin hampir, sudah pasti kedua-dua pemimpin ini berusaha memastikan kepimpinan negara tidak berpindah kepada pembangkang kerana ia boleh diumpamakan menggadai masa depan rakyat. Contoh-contoh yang berlaku di negeri-negeri diperintah oleh pembangkang menceritakan segala-galanya.

Bagaimanapun mereka sedar bahawa masalah dalaman yang disebabkan oleh pelbagai punca antaranya pemimpin tertentu enggan bekerjasama, berebut jawatan dan enggan menjadi pengikut yang baik boleh mengakibatkan BN ditolak oleh rakyat.

Ini ditambah lagi dengan sikap sesetengah pemimpin yang jelas mempunyai sifat-sifat buruk seperti ego, tamak, terlalu cintakan kuasa dan pengaruh sehingga sanggup berbuat apa sahaja termasuk memecah belahkan parti asalkan kehendak nafsunya dipenuhi.

Persoalannya sekarang, adakah pemimpin-pemimpin sama ada di peringkat perhubungan, bahagian mahupun cawangan sedia menerima saranan yang dibuat oleh Timbalan Perdana Menteri itu.

Terutama di kalangan mereka yang terang-terangan dikaitkan dengan puncanya berlaku masalah dalaman tersebut. Penulis yakin Perdana Menteri mahu pun Timbalan Perdana Menteri tahu siapa yang dimaksudkan.

Di hadapan kedua-dua pemimpin tertinggi negara itu mereka akan berkata yes sir atau no problem sir apabila diminta berdamai tetapi di belakang siapa yang tahu. Hanya Allah yang tahu apakah isi hati mereka. Sama ada ikhlas atau tidak, tuan punya tubuh sahaja yang mengetahuinya.

Menurut sumber dalaman parti kebanyakan individu yang sering dikaitkan sebagai punca masalah dalaman itu ialah di kalangan pemimpin sedia ada serta bekas pemimpin sama ada di peringkat pusat atau negeri.

Mereka terlalu tamakkan kuasa sehingga mengetepikan kepentingan lain. Akhirnya timbul masalah dalaman parti. Perkara itu jelas dan bukannya menjadi satu rahsia lagi. Semua orang tahu termasuk rakyat di peringkat akar umbi.

Pemimpin A tidak mahu berbaik dengan pemimpin B, pemimpin C memburukkan pemimpin D dan tidak cukup dengan itu pengikut masing-masing akan membenci antara satu sama lain, mencari salah lawan mereka supaya senang untuk dihentam.

Inilah senario yang berlaku. Penulis sendiri pernah bercakap dengan salah seorang pengikut setia seorang bekas pemimpin dan lidahnya sentiasa mengkritik 'musuh politik' kepada bosnya itu. Ada sahaja yang tidak kena.

Itu belum lagi dikira persaingan atau lebih tepat lagi permusuhan di kalangan para pemimpin untuk melebarkan pengaruh di kawasan atau negeri masing-masing sedangkan pemimpin-pemimpin terlibat mempunyai kedudukan sama ada di peringkat pusat mahu pun negeri.

Tidak terkecuali bekas-bekas pemimpin yang tidak boleh menerima hakikat bahawa kepimpinan mereka tidak lagi relevan. Mereka cuba terus menonjolkan diri untuk dipilih semula sebagai pemimpin.

Jika tidak terpilih mulalah bekas pemimpin ini cari jalan untuk memecah belahkan parti. Dengan kata lain "kalau aku tak dapat dengan engkau juga pun tidak dapat". Mereka menanam kebencian di kalangan pengikut.

Apabila berlaku sedemikian sudah pasti rakyat berpecah belah. Perpaduan bukan lagi menjadi keutamaan sebaliknya pengaruh dan kuasa menjadi buruan. Lebih memilukan pemimpin-pemimpin yang terbabit dalam isu tersebut sebahagian besarnya beragama Islam.

Lupakah mereka kedudukan sebagai pemimpin sebagai amanah? Tahukah mereka kedudukan pemimpin sebagai tanggungjawab? Amanah dan tanggungjawab ini akan dipersoalkan sebaik sahaja jasad disemadikan di dalam kubur.

Hendak dikatakan tidak pernah merasa (sebagai pemimpin) mereka telah pun diberikan peluang beberapa penggal untuk menjadi pemimpin dan perkara ini pernah dibangkitkan oleh Perdana Menteri ketika berucap pada majlis penutup Konvensyen BN 2011 peringkat Negeri Sembilan, 16 Oktober lalu.

Hakikatnya, masalah dalaman jika tidak ditangani dengan bijak ia hanya akan menghancurkan parti. Cuba hayati kisah pelucutan jawatan panglima perang yang juga seorang sahabat besar Rasulullah (SAW) iaitu Khalid Al-Walid.

Pada zaman pemerintahan Khalifah Abu Bakar as-Siddiq beliau dilantik sebagai panglima perang kerajaan Islam tetapi ketika era pemerintahan Saidina Umar al-Khattab, Khalid telah dilucutkan jawatan daripada memegang jawatan itu.

Tempat Panglima Perang kemudiannya digantikan oleh Abu Ubaidah al-Jarrah. Meskipun dilucutkan jawatan Khalid tanpa rasa kecewa telah menanggalkan serban yang melambangkan panglima perang dan menyerahkan kepada Abu Ubaidah.

Beliau sedikit pun tidak berkecil hati malah dengan semangat yang tinggi terus berjuang dan berjihad bersama-sama pasukan tentera Islam diketuai oleh Abu Ubaidah demi menegakkan Islam tercinta.

Ketika Khalid sedang uzur, Saidina Umar datang padanya dan berkata ''Khalid Saifullah, aku sesekali tidak pernah berdendam dengan mu, jauh sekali dari hatiku untuk menjatuhkan kedudukanmu.

''Aku turunkan jawatanmu semasa kamu menjadi panglima perang bukan sebab aku cemburu dengan mu wahai sahabat tetapi engkau tidak tahu tatkala engkau keluar berperang sebagai panglima perang, penduduk Madinah tersenyum gembira dan ada di antara mereka seakan-akan mengagungkanmu,

''Jika kau pimpin pasti kemenangan milik Islam, kata sesetengah dari mereka. Aku tidak ingin engkau menjadi sebab mereka syirik kepada Allah lalu aku turunkan jawatanmu wahai sahabat,'' ujar Saidina Umar.

Mereka yang terdengar ucapan ini terus menangis. Mungkin tulisan ini tidak meninggalkan sebarang bekas, tetapi ingatlah apa jua tindakan kita di dunia ini akan dipertanggungjawabkan di akhirat walaupun sekecil zarah.

Jangan disebabkan ketamakan mengejar kuasa dan pengaruh kita sanggup melakukan apa sahaja hingga menyebabkan BN menjadi lemah sekali gus memberi kekuatan kepada pihak pembangkang.

Bersatulah semula, taatlah kepada pemimpin, jalinkanlah kerjasama, contohilah sifat terpuji sahabat Rasulullah (SAW), Khalid al-Walid demi kelangsungan BN dalam mendepani cabaran mendatang terutama PRU13.

Full content generated by Get Full RSS.

Punca bantahan daftar pemilih

Posted:

Punca bantahan daftar pemilih

Punca bantahan daftar pemilih

Oleh ZULKIFLI JALIL
pengarang@utusan.com.my

HARI INI, pameran sejumlah 42,051 senarai nama pemilih yang rekodnya meragukan sejak 27 Oktober lalu akan ditutup.

Mengenai maklum balas yang diterima oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) hasil pengamatan orang ramai ke atas senarai nama di 987 tempat pameran di seluruh negara itu serta tindakan selanjutnya, akan diputuskan dalam waktu terdekat.

Namun yang nyata, khususnya selepas Hari Raya Puasa lepas, kritikan terhadap SPR oleh pihak-pihak tertentu tidak kedengaran lagi. Ia senyap sunyi lagi setelah SPR mengambil keputusan meletakkan senarai 42,051 nama itu ke 'folder' di luar daftar pemilih sah.

Senarai nama pemilih yang rekodnya meragukan itu bukannya untuk tujuan tuntutan atau bantahan. Sebaliknya, ia untuk pengesahan daripada pemilih berkenaan atau waris kepada nama-nama yang dipamerkan.

Sungguhpun begitu, hal yang paling rumit dan dihadapi SPR ketika ini adalah meningkatnya tindakan bantahan terhadap kemasukan nama atau pengeluaran nama pemilih dalam daftar pemilih tambahan. Ini bagi kawasan pendaftaran berkenaan yang sedang dipamerkan.

Utusan Malaysia difahamkan, untuk suku tahun kedua 2011 iaitu pada April, Mei dan Jun, sejumlah 2,466 kes melibatkan 31 bahagian Parlimen masih belum selesai proses bantahannya. Hanya 13 bahagian Parlimen sahaja berjaya dimuktamadkan.

Daripada 31 bahagian pilihan raya Parlimen terbabit, yang tertinggi dicatatkan di Selangor iaitu 1,475 kes, Kelantan (686), Kedah (276), Terengganu (17), Perak (6) manakala Pulau Pinang dan Pahang masing-masing 3 kes.

Daripada keseluruhan 2,466 kes itu melibatkan 110,242 orang yang kena bantah. Daripada kesemua mereka itu, sejumlah 89,193 orang adalah pemohon pendaftaran pengundi baru manakala bakinya, 21,049 orang melibatkan permohonan pertukaran alamat tempat mengundi.

Penulis difahamkan, minat rakyat negara ini termasuk golongan muda untuk mengambil bahagian dalam pengundian Pilihan Raya Umum ke-13 semakin meningkat. Statistik bagi tempoh Julai hingga September sahaja merekodkan sejumlah 264,404 permohonan pendaftaran sebagai pemilih baharu dan 52,215 permohonan untuk pertukaran alamat pusat mengundi.

Tetapi masalahnya sekarang ialah tindakan membantah nama-nama yang dipamerkan sehinggakan mereka yang tidak terpalit sama pun menjadi mangsa - namanya akan tergantung sehingga proses bantahan dalam bahagian pilihan raya Parlimen itu selesai.

Mengikut prosedur ini, pembantah perlu mengemukakan bayaran RM10.00 bagi setiap orang yang dibantahkannya dan hanya dibenarkan membantah sebanyak 10 nama sahaja.

Sekiranya permohonan diterima, Pendaftar akan terus membuat keputusan sekiranya terdapat bukti yang mencukupi atau menjalankan siasatan awam bagi menyiasat kebenaran bantahan tersebut. Siasatan awam kemudian dijalankan bagi menyiasat kebenaran bantahan .

Dalam siasatan awam, Pendaftar boleh memanggil pembantah, orang yang kena bantah atau saksi-saksi lain bagi membantu beliau membuat keputusan. Dan jika bantahan itu ditolak, pembantah akan dikenakan denda antara RM50 hingga RM200.

Dipercayai, bilangan bahagian Parlimen yang menyaksikan bantahan terhadap pemilih-pemilih baru didaftarkan kian bertambah berbanding enam bulan pertama 2010. Ia diyakini dipengaruhi demam spekulasi PRU 13. Dikatakan kira-kira setengah juta pendaftar baru pemilih tidak dapat mengundi pada PRU 2008 gara-gara kerana proses bantahan ini.

Mengikut sistem semasa, SPR memproses dan mewartakan permohonan baru setiap suku tahun, yang lazimnya akan dilakukan dalam tempoh satu hingga dua bulan selepas tempoh pendaftaran setiap suku tahun berakhir.

Ia kemudian diikuti dengan pameran selama tujuh hari di hampir 1,000 tempat pameran di seluruh negara untuk disemak oleh orang ramai bagi tujuan tuntutan dan bantahan.

Rekod SPR menunjukkan tiada bahagian menerima bantahan pada suku pertama 2010 iaitu antara Januari dan Mac 2010. Namun penerimaan bantahan semakin meningkat kebelakangan ini.

Trend bantahan sekarang bukannya tulen tetapi lebih kepada strategi politik. Adalah wajar pihak pembantah berhati-hati dan prihatin akan insiden ini.

Daftar pemilih tambahan bagi kawasan pendaftaran ini hanya boleh diperakukan setelah selesainya urusan siasatan awam ini.

Jangan kerana persaingan politik, yang teraniaya nanti adalah pengundi sendiri.

Full content generated by Get Full RSS.
Kredit: www.utusan.com.my
 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved