Rabu, 26 Oktober 2011

Utusan Online - Jenayah

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Jenayah


Gadis hilang ditemui mati dibunuh

Posted:

Gadis hilang ditemui mati dibunuh

Gadis hilang ditemui mati dibunuh

Oleh FARIK SALLEH
pengarang@utusan.com.my

KOTA TINGGI 26 Okt. - Seorang gadis yang dilaporkan hilang petang semalam ditemui mati di ruang dapur sebuah rumah, selang tiga pintu dari rumah keluarganya di kuarters Ladang Kambau, Tanjung Sedili, dekat sini hari ini.

Mangsa, Nurul Atikah Samsiah, 15, yang berpakaian kemeja dan seluar sukan dijumpai pada pukul 6.30 pagi dengan kesan lebam di seluruh muka dan anggota badan.

Selain itu, terdapat kesan seret di permukaan lantai dapur dan sekitar tempat kejadian dipercayai kesan ketika mangsa dibawa masuk ke dalam rumah tersebut oleh pembunuhnya.

Datuk mangsa Muhammad Kasim, 62, berkata, mangsa yang tinggal di rumah kakitangan Ladang Kambau bersama ibu bapanya dikatakan hilang sejak pukul 2 petang semalam.

"Ahli keluarga dan jiran mencari mangsa sejak petang dan menemui mayat mangsa pagi tadi di rumah itu.

''Anak saya Rahimah (ibu mangsa) menelefon saya yang tinggal di Kampung Sungai Perepat, kira-kira 10 kilometer dari tempat kejadian bahawa mayat Nurul dijumpai," ketika ditemui di Hospital Kota Tinggi.

Difahamkan rumah tempat mayat mangsa ditemui itu didiami oleh seorang pekerja bujang yang jarang pulang ke rumah kecuali waktu tertentu untuk memasak.

Pemangku Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Supritendan Abdul Samad Salleh dan sepasukan polis bergegas ke tempat kejadian sebaik di maklumkan penemuan tersebut diikuti sepasukan Unit Forensik Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor dan Unit Anjing Pengesan (K9) untuk membantu siasatan.

Menurut Abdul Samad, pihaknya percaya kes itu dapat diselesaikan dengan tertangkapnya seorang suspek yang merupakan seorang pekerja ladang warga tempatan berusia 41 tahun yang kini ditahan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

"Mayat mangsa dibawa ke Hospital Kota Tinggi sebelum dipindahkan ke Hospital Sultan Ismail, Johor Bahru untuk bedah siasat," katanya ketika dihubungi hari ini.

Full content generated by Get Full RSS.

Penduduk parah dibelasah warga Nepal

Posted:

Penduduk parah dibelasah warga Nepal

Penduduk parah dibelasah warga Nepal


MOHD. Zamri Alias (kiri) menunjukkan tangannya yang patah kepada Mohamed Arim akibat dibelasah warga Nepal di Pangsapuri Tanjung Puteri Resort, Pasir Gudang, semalam. – UTUSAN/RAJA JAAFAR ALI


JOHOR BAHRU 26 Okt. – Niat baik seorang penduduk Tanjung Puteri Apartmen Resort, dekat sini, menegur sekumpulan warga Nepal yang membuat bising dan mabuk di kawasan kediaman membawa padah apabila dia dipukul sehingga cedera, malam tadi.

Dalam kejadian pukul 8.30 malam itu, mangsa, Mohd. Zamri Alias, 40, dibelasah kira-kira lima warga Nepal sehingga patah tangan kanan, patah gigi, calar dan bengkak di bahagian telinga serta diberi cuti sakit oleh pihak hospital selama 14 hari.

Mohd. Zamri berkata, dia menegur kumpulan pekerja asing tersebut yang membuat bising selain mabuk di kawasan terbuka kerana boleh mengganggu ketenteraman penduduk lain.

"Bila saya cakap sahaja macam itu, salah seorang daripada mereka menolak saya sehingga jatuh dan terus memukul saya bertubi-tubi. Waktu itu saya tidak ingat apa kerana hanya mampu melindungi muka daripada dipukul.

"Ketika dipukul itu juga, salah seorang daripada mereka mengugut akan membunuh saya. Saya menjerit meminta tolong dan syukurlah ada beberapa penduduk setempat segera memberi bantuan dan meleraikan pergaduhan," katanya ketika ditemui di Hospital Sultan Ismail (HSI) di sini, hari ini.

Mohd. Zamri yang bekerja sebagai penyelenggara landskap Tanjung Puteri Golf Resort itu berkata, kejadian tersebut pertama kali berlaku di kawasan kediamannya yang mempunyai 16 blok bangunan.

Menurutnya, warga asing yang menetap di kawasan itu sering membuat kacau seperti bising dan mabuk terutama ketika cuti umum dan hari minggu.

"Lepas minum, mereka membiarkan sahaja botol dan tin minuman di merata-rata tempat dan ia mengundang rasa kurang selesa kepada penduduk terutama mereka yang mempunyai anak-anak berusia empat hingga 12 tahun.

"Kanak-kanak yang baru nak mengenal dunia itu bukan tahu ia baik atau buruk. Ada pernah terjadi kaki seorang kanak-kanak terkena serpihan kaca botol minuman keras yang dibuang merata-rata," katanya.

Pengerusi Perbadanan Pengurusan Tanjung Puteri Apartmen Resort, Mohamad Arim meminta majikan kepada pekerja asing tersebut mengambil inisiatif memberi penjelasan tentang adat dan budaya masyarakat di negara ini.

"Kita harap ia kejadian pertama dan terakhir yang berlaku di sini. Pihak majikan wajar mengambil tahu perihal mereka di sini dan mengambil tindakan terhadap mereka sekiranya bersalah.

"Ini kerana keselamatan penduduk sering kali terancam dengan perbuatan kumpulan pekerja asing yang tidak bertanggungjawab itu," katanya.

Full content generated by Get Full RSS.
Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Politik

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Politik


MCA sasar tawan WP

Posted:

MCA sasar tawan WP

MCA sasar tawan WP

PUTRAJAYA 26 Okt. - MCA yakin mampu menawan semula beberapa kerusi Parlimen yang dikuasai oleh pembangkang pada pilihan raya umum lalu di Wilayah Persekutuan.

Pengerusi Jawatankuasa Perhubungan MCA Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Tan Chai Ho berkata, partinya dijangka mempunyai peluang yang baik untuk memang di dua kawasan Parlimen iaitu Bandar Tun Razak dan Wangsa Maju.

''MCA juga akan memberi saingan sengit kepada pembangkang di tiga kerusi yang dilihat sebagai kawasan hitam iaitu Bukit Bintang, Seputeh dan Cheras," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia hari ini.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Timbalan Pengerusi Barisan Nasional (BN) Wilayah Persekutuan, Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin yang yakin parti itu akan merampas kembali kerusi yang dikuasai parti pembangkang di Wilayah Persekutuan pada pilihan raya umum akan datang.

Chai Ho berkata, penelitian MCA di Wilayah Persekutuan mendapati ramai pengundi telah kembali menyokong BN berbanding ketika pilihan raya umum 2008.

''MCA kini bersatu untuk menghadapi pilihan raya yang akan diadakan pada bila-bila masa. Ahli-ahli MCA tiada pilihan lain tetapi mesti memastikan survival parti dalam pilihan raya akan datang," katanya.

Full content generated by Get Full RSS.

'Rakyat Sabah positif terima KITA'

Posted:

'Rakyat Sabah positif terima KITA'

'Rakyat Sabah positif terima KITA'

KOTA KINABALU 26 Okt. - Parti Kesejahteraan Insan Tanah Air (KITA) yakin bahawa parti itu mendapat tempat di hati rakyat Sabah ekoran sambutan dan penerimaan baik yang diberikan oleh orang ramai ketika ini.

Pengerusinya, Datuk Zaid Ibrahim berkata, penerimaan rakyat terhadap KITA di Sabah adalah sangat baik apabila hampir 1,000 orang mendaftar dengan parti tersebut.

Katanya, jumlah tersebut adalah positif berbanding dengan apa yang dicapai oleh KITA di Semenanjung iaitu kira-kira 3,000 orang.

"Dalam tempoh tidak sampai dua bulan di Sabah, KITA sudah berjaya membuka cawangan di sini dan mempunyai hampir 1,000 ahli.

''Ia merupakan satu perkembangan baik dan ia membuktikan bahawa rakyat Sabah adalah receptive kepada parti ini dan mahukan perubahan," katanya pada sidang akhbar di sini semalam.

Zaid berkata demikian selepas mengadakan majlis perjumpaan bersama pemimpin KITA Sabah dan dialog dengan ahli. Hadir sama Pengerusi KITA Peringkat Kebangsaan yang juga Pengerusi Cawangan Negeri Sabah, Datuk Pengiran Othman Rauf.

Mengulas lanjut, Zaid berkata, beliau yakin KITA tidak akan berhadapan situasi sukar untuk mendapat sokongan dan pengaruh daripada rakyat Sabah ekoran parti itu mempunyai pemimpin yang bersih untuk mentadbir negeri di bawah bayu tersebut.

Menurutnya, pemimpin yang dimiliki oleh KITA Sabah adalah orang lama dalam bidang politik dan mempunyai pengaruh tersendiri, selain mempunyai kredibiliti sebagai pemimpin yang memperjuangkan hak rakyat.

Selain itu katanya, orang ramai tertarik dengan parti tersebut kerana slogan KITA itu sendiri yang mementingkan kesederhanaan dan demokratik, terutama dalam memberi apa yang diinginkan oleh rakyat.

Full content generated by Get Full RSS.
Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Sukan

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Sukan


Mahu selesai dalam 90 minit

Posted:

Mahu selesai dalam 90 minit

Mahu selesai dalam 90 minit

Oleh ISWAN SHAFIQ MAT ISA
sukan@utusan.com.my


Irfan Bakti (kanan) mengatur strategi pasukannya pada sesi latihan skuad Terengganu semalam sebagai persediaan untuk perlawanan akhir Piala Malaysia menentang Negeri Sembilan, Sabtu ini. - UTUSAN/AZLAN BAHRUM


KUALA TERENGGANU - "Kalau boleh saya tak nak perlawanan berlarutan sehingga masa tambahan. Seboleh-bolehnya saya nak pemain-pemain saya selesaikan dalam tempoh 90 minit masa sebenar perlawanan".

Itu azam jurulatih Terengganu, Irfan Bakti untuk aksi akhir Piala Malaysia menentang Negeri Sembilan di Stadium Shah Alam, Sabtu ini.

Begitupun, Irfan tetap bersedia untuk beraksi sehingga 120 minit jika keputusan masih belum memihak mana-mana pasukan dalam tempoh sebenar perlawanan seperti yang berlaku ketika final Piala FA yang lalu menentang Kelantan.

"Kami bersedia untuk beraksi lebih masa sekiranya keadaan memerlukan," katanya.

Mengulas lanjut persediaan untuk aksi Sabtu ini, Irfan berkata, kejayaan menyingkirkan juara bertahan, Kelantan dan juara 32 kali, Selangor dalam laluan ke final menjadi motivasi untuk pemain.

Lantaran itu jelasnya, pemain begitu bersemangat untuk menentang skuad Rusa, setelah kali terakhir menjulang piala paling berprestij itu 10 tahun lalu.

"Kami sudah buktikan bahawa tekanan bukan satu halangan apabila beraksi di hadapan puluhan ribu penyokong Kelantan (separuh akhir) tempoh hari.

"Saya cuma mengharapkan ketenangan daripada para pemain apabila beraksi pada perlawanan akhir nanti," katanya.

Perlawanan Sabtu ini merupakan pertembungan pertama di antara kedua-dua pasukan pada peringkat akhir sejak kejohanan itu diperkenalkan 90 tahun lalu.

Tambah Irfan, walaupun Terengganu akan turun sebagai pasukan pilihan di Shah Alam nanti, beliau berharap agar para pemainnya berpijak di bumi yang nyata dan tidak terbawa-bawa rekod pertemuan lalu.

Katanya, rekod pertemuan di antara kedua-dua pasukan musim ini seimbang dan sukar untuk meramalkan pasukan mana yang akan menjulang kejuaraan kali ini.

"Bagi saya, pasukan yang kurang membuat kesalahan, dialah yang akan muncul sebagai pemenang," ujarnya.

Full content generated by Get Full RSS.

NS terbayang julang trofi

Posted:

NS terbayang julang trofi

NS terbayang julang trofi

Oleh MOHAMMAD YASIR JAAFAR
sukan@utusan.com.my


Pemain Negeri Sembilan giat berlatih di dalam hujan semalam, sebagai persediaan untuk perlawanan akhir Piala Malaysia menentang Terengganu, Sabtu ini. - UTUSAN/MD. SHAHJEHAN MAAMIN.


SEREMBAN - Pemain tonggak Negeri Sembilan mula membayangkan untuk membawa Piala Malaysia pulang ke bumi adat pepatih, sekali gus mengulangi saat manis ketika bergelar juara 2009.

Pemain tidak mahu hampa seperti tahun lalu apabila pulang sebagai naib juara, sebaliknya bertekad untuk mempamerkan aksi terhebat bagi menjinakkan Terengganu pada final di Stadium Shah Alam, Sabtu ini.

Pemain versatil, S.Kunalan mahu memusnahkan cita-cita besar skuad Penyu yang mengidamkan kejuaraan berganda musim ini.

Namun, pemain sayap kebangsaan itu yang memiliki kelincahan mengakui bahawa memburu kemenangan ke atas pasukan pantai Timur itu bukan tugas mudah.

"Saya begitu teruja untuk aksi final tiga tahun berturut. Apabila sampai pada peringkat ini (final) tidak ada perkara yang difikirkan lagi, memberi komitmen yang tinggi serta tumpuan sepenuhnya pada perlawanan," katanya.

Bagi penyerang muda, Shahurain Abu Samah yang kerap mengukir nama sebagai penjaring dalam kempen Piala Malaysia musim ini, dia optimis dengan prestasi serta komitmen rakan sepasukan.

Katanya, pengalaman beraksi pada final dua kali bertemu pasukan hebat, Kelantan membuatkan dia lebih matang untuk menghadapi jiran bekas juara musim lalu.

Sepanjang kempen Piala Malaysia, Shahurain menjaringkan enam gol dengan purata satu gol setiap perlawanan.

"Saya telah bersedia untuk final kali ini dan memasang impian untuk menang. Tidak fikir untuk menjaringkan gol sebaliknya akan membantu rakan seperjuangan bagi catat kemenangan.

"Berdepan Terengganu satu tugas berat tetapi tetap yakin semua pemain Negeri Sembilan bersemangat dan siap sedia untuk bermain di hadapan ribuan penyokong di Shah Alam nanti.

"Tahun ini Negeri Sembilan belum mendapat sebarang gelaran atau piala, diharapkan piala keramat dapat mengembali semangat pemain," katanya.

Dalam pada itu, Hairuddin Omar yang dikenali Hai-O berkata, empat pemain lawan iaitu Joseph Kalang, Manaf Mamat, Abd. Hadi Yahya dan Ashaari Shamsudian akan diberi perhatian kerana mereka merupakan pemain yang berbahaya dalam melancarkan serangan.

Katanya, perlawanan final mempunyai aura yang tersendiri, perlawanan yang berbeza dengan perlawan biasa di mana kedua-dua pasukan mempunyai matlamat yang satu iaitu mahu menjadi juara.

Full content generated by Get Full RSS.
Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Pahang

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Pahang


Kem periksa kesihatan berjaya

Posted:

Kem periksa kesihatan berjaya

Kem periksa kesihatan berjaya

Oleh HARIS FADILAH AHMAD
utusanktn@gmail.com


Doktor (kiri) bersama petugas lain mengadakan pemeriksaan kesihatan Orang Asli di Kampung Sungai Mai, Jerantut, baru-baru ini. - utusan/Haris Fadilah Ahmad


JERANTUT 26 Okt. - Program pembangunan kesihatan diperkenalkan bagi meningkatkan kesedaran terhadap gaya hidup sihat menerusi amalan pemakanan seimbang dan penjagaan kebersihan sepanjang masa.

Kerajaan memperuntukan dana besar bagi menyediakan kemudahan kesihatan di luar bandar dan pedalaman untuk keselesaan penduduk terbabit mendapatkan perkhidmatan kesihatan.

Kemudahan berkenaan membabitkan projek klinik kesihatan, klinik rawatan bergerak, klinik ibu mengandung, pergigian, kawalan demam malaria dan aedes serta rawatan berkala.

Di samping itu, peranan pegawai dan petugas kesihatan terlatih juga penting untuk memastikan setiap dasar pembangunan dalam meningkatkan taraf kesihatan penduduk luar bandar diberi keutamaan.

Berasaskan hakikat itu, seramai 30 kakitangan Hospital Jerantut (HJ) dibantu tiga doktor pakar menjayakan Kem Pemeriksaan Kesihatan bagi penduduk Sungai Mai di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Damak dekat sini baru-baru ini.

Kem itu juga mendapat sokongan Kelab Lions Jerantut, Jabatan Kemajuan Orang Asli (JKOA) dan ahli Lembaga Pelawat Hospital Jerantut.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Damak, Datuk Lau Lee berkata, usaha itu bersifat serampang dua mata iaitu mendekatkan Orang Asli dengan petugas hospital selain menawarkan perkhidmatan kesihatan.

"Kem kesihatan yang kerap diadakan di kampung Orang Asli di sini dapat mengurangkan beban mereka berulang-alik ke bandar bagi mendapatkan rawatan di hospital, klinik kesihatan dan farmasi," katanya kepada pemberita selepas merasmikan kem berkenaan baru-baru ini.

Hadir sama Pengarah Hospital Jerantut, Dr. Devaraj Salam dan Pengerusi Lembaga Pelawat Hospital Jerantut, Wan Shamsuri Wan Abdul Jalil.

Pada majlis berkenaan, Lau Lee juga menyerahkan sumbangan barang makanan kepada golongan miskin termasuk kanak-kanak Orang Asli di kampung Sungai Mai.

Lee berharap usaha itu dapat meningkatkan kesedaran penduduk kampung tersebut menjaga kesihatan, di samping mengikis perasaan takut untuk menjalani pemeriksaan di hospital.

Dalam pada itu, Dr. Devaraj berkata, Kampung Orang Asli Sungai Mai merupakan lokasi ke-13 program berkenaan dan kampung tersebut adalah perkampungan Orang Asli kedua yang dikunjungi kakitangan hospital berkenaan.

Katanya, sejak diadakan program itu membawa banyak perubahan khususnya dalam mengubah sikap masyarakat menjaga kesihatan.

Katanya, sejak diadakan program itu membawa banyak perubahan khususnya dalam mengubah sikap masyarakat menjaga kesihatan.

"Para petugas dapat mengesan komplikasi penyakit di kalangan Orang Asli yang memerlukan rawatan lanjutan, seterusnya membolehkan pesakit terus dirujuk ke hospital," jelasnya.

Full content generated by Get Full RSS.

Kesedaran penduduk Orang Asli meningkat

Posted:

Kesedaran penduduk Orang Asli meningkat

Kesedaran penduduk Orang Asli meningkat


Penduduk Orang Asli mendengar ceramah kesihatan sementara menunggu untuk menjalani pemeriksaan yang dikendalikan oleh Hospital Jerantut di Sungai Mai, Jerantut, baru-baru ini.


JERANTUT 26 Okt. - Program Kem Kesihatan anjuran Hospital Jerantut dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) di perkampungan Orang Asli Suku Semai di Sungai Mai dekat sini mendapat sambutan menggalakkan daripada masyarakat.

Mereka menyifatkan, usaha para doktor dan petugas hospital turun ke kampung berkenaan membuktikan kakitangan kerajaan mempunyai integriti dalam membantu penduduk di situ.

Seorang penduduk, Raman a/l Noor, 38, berkata, langkah berkenaan diharap dapat dilaksanakan secara berkala demi kebaikan penduduk.

"Tidak dinafikan masih terdapat segelintir penduduk yang enggan ke hospital jika menghidap penyakit, berikutan faktor kedudukan rumah yang jauh dengan bandar, kekangan kewangan dan masa.

"Kehadiran doktor dan petugas hospital ke kampung ini bukan sahaja merapatkan hubungan, malah disambut baik kerana mereka menjalani pemeriksaan kesihatan tanpa rasa takut," katanya ketika ditemui di sini baru-baru ini.

Seorang lagi penduduk Sungai Mai, Diah a/p Puteh, 26, memuji usaha tersebut kerana ia memberi peluang kepada mereka mengetahui tahap kesihatan semasa dan menimba pelbagai ilmu kesihatan.

Katanya, pengetahuan diperoleh itu amat berguna untuk diamalkan dalam kehidupan seharian.

Pengerusi Belia Cawangan Orang Asli Sungai Mai, Salina a/p Raman, 24, berkata, program tersebut dapat meringankan beban penduduk yang terpaksa mengeluarkan belanja besar jika ingin mendapatkan rawatan di bandar.

"Ia menyuntik pengetahuan berguna khususnya memastikan ubat yang diberikan dimakan dengan cara betul ketika sakit," katanya.

Tambahnya, penerangan tentang jenis ubat oleh kakitangan perubatan sangat berguna untuk dijadikan panduan pada masa akan datang.

Full content generated by Get Full RSS.

Dua beranak rugi RM47,000

Posted:

Dua beranak rugi RM47,000

Dua beranak rugi RM47,000

Oleh KHAIRATUL AINAL ABDUL KARIM
utusanktn@gmail.com

KUANTAN 26 Okt. – Dua beranak kerugian RM47,000 selepas disamun tiga lelaki bersenjatakan parang di rumah mereka di Kampung Sungai Putat, Padang Piol dekat Jerantut, awal pagi kelmarin.

Dalam kejadian pukul 2.30 pagi itu, mangsa, seorang suri rumah warga emas berusia 69 tahun sedang tidur di ruang tamu bersama anak perempuannya yang berusia 34 tahun.

Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (Bahagian Siasatan dan Perundangan) negeri, Supritendan Mohd. Haris Daud (gambar) berkata, ketiga-tiga suspek dipercayai memasuki rumah mangsa melalui tingkap dapur.

"Mangsa dan anaknya sedang nyenyak tidur sebelum dikejutkan suspek yang menutup muka mereka sambil mengacukan parang.

"Suspek kemudian mengikat mangsa dengan wayar seterika sebelum menggeledah rumah dua beranak itu," katanya ketika ditemui di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Pahang di sini, semalam.

Katanya, suspek berjaya melarikan wang tunai sebanyak RM1,000 bersama barang kemas bernilai kira-kira RM46,000.

Tambahnya, selepas kesemua suspek melarikan diri, mangsa berjaya membuka ikatan mereka sebelum meminta bantuan jiran.

Mangsa membuat laporan di Balai Polis Jerantut dan kes ini disiasat di bawah Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan, katanya.

Mohd. Haris turut menasihatkan orang ramai supaya meningkatkan tahap keselamatan kediaman dan melaporkan kepada polis jika meninggalkan rumah mereka sepanjang musim perayaan ini.

Full content generated by Get Full RSS.
Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Luar Negara

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Luar Negara


Wanita ditemui selepas 3 hari

Posted:

Wanita ditemui selepas 3 hari

Wanita ditemui selepas 3 hari


DUA lelaki mencari barangan yang masih boleh digunakan di kawasan runtuhan bangunan rumah mereka di Ercis, Turki, semalam. – AFP


ERCIS 26 Okt. – Pasukan penyelamat hari ini menarik keluar seorang wanita berusia 27 tahun dari sisa runtuhan bangunan selepas 66 jam gempa bumi melanda timur Turki dan mengorbankan sekurang-kurangnya 461 orang.

Mangsa ialah Gozde Bahar yang merupakan seorang guru di bandar Ercis, wilayah Van, kawasan yang teruk terjejas akibat gempa bumi Ahad lalu.

Kerajaan Turki terus berharap untuk menemui mangsa yang terselamat daripada sisa runtuhan bangunan, tiga hari selepas gempa berlaku dan akhirnya meminta bantuan luar untuk memberi perlindungan kepada beribu-ribu orang yang kehilangan kediaman.

Di kawasan runtuhan bangunan di tengah Ercis, pasukan penyelamat yang bekerja keras tanpa henti lebih 48 jam menghentikan operasi sambil menyakinkan tiada siapa lagi yang boleh diselamatkan hidup-hidup.

Namun beberapa saat selepas operasi menyelamat dihentikan, mereka menerima berita seorang mangsa yang terperangkap di bawah runtuhan bangunan telah membuat panggilan telefon.

"Terdapat tiga mangsa terperangkap di bawah runtuhan bangunan dan selepas kami mengalihkan konkrit tebal ini, talian telefon mereka akan boleh digunakan," kata seorang anggota penyelamat selepas menyambung semula kerja mereka.

Pihak berkuasa berkata, angka kematian dijangka meningkat ekoran masih ramai yang hilang.

Sementara itu, aduan mengenai kekurangan khemah semakin meningkat setiap hari dengan mangsa gempa terpaksa berebut untuk mendapatkannya ketika pekerja bantuan mengagihkannya.

Bulan Sabit Merah Turki bergelut untuk mengagihkan bantuan khemah yang tidak mencukupi kepada mangsa yang berdepan dengan cuaca sejuk di waktu malam.

Wilayah itu turut menerima hujan semalam dan dijangka salji akan turun tidak lama lagi.

Perdana Menteri Reccep Tayyip Erdogan yang sebelum ini menyatakan mereka boleh mengendalikan bencana ini meminta bantuan material, termasuk rumah pasang siap, khemah dan kontena daripada 30 negara, semalam. – REUTERS/AFP

Full content generated by Get Full RSS.

10 warga Malaysia dihukum penjara di New Zealand

Posted:

10 warga Malaysia dihukum penjara di New Zealand

10 warga Malaysia dihukum penjara di New Zealand

WELLINGTON 26 Okt. - Seramai 10 orang rakyat Malaysia yang cuba menyeludup dadah ke New Zealand di dalam kasut yang dipakai mereka dijatuhkan hukuman penjara sehingga 10 tahun oleh Mahkamah Tinggi Auckland, hari ini.

Mereka ditahan ketika tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Auckland April lalu, setelah pegawai kastam mendapati mereka berjalan dalam keadaan mencurigakan.

Mereka dijatuhkan hukuman penjara selama sembilan tahun 11 bulan hingga 10 tahun enam bulan.

Setiap seorang daripada mereka didapati menyorok dadah jenis methamphetamine seberat 800 gram hingga sekilogram di dalam kasut.

Kumpulan penyeludup dari Malaysia itu merupakan kumpulan utusan dadah paling ramai memasuki New Zealand yang ditangkap dalam masa yang sama.

Peguam bela berkata, lapan orang lelaki dan dua wanita itu direkrut sendiri oleh peminjam wang haram kerana terlibat dengan dadah, hutang perniagaan, perubatan atau perjudian dan masalah kewangan lain.

Hakim mengarahkan kebanyakan daripada defendan menghabiskan hukuman penjara selama empat tahun dan enam bulan sebelum melayakkan diri untuk parol. - dpa

Full content generated by Get Full RSS.
Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Hiburan

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Hiburan


Elegan di puncak kejayaan

Posted:

Elegan di puncak kejayaan

Elegan di puncak kejayaan

Oleh SHAZRYN MOHD. FAIZAL
shazryn.faizal@utusan.com.my
Gambar RASHID MAHFOF dan FATAH SULAIMAN


DALAM usianya 45 tahun, Ruth Sahanaya masih lagi kekal cantik dan menawan.


UNTUK menjadi seorang penghibur yang disegani dan dikagumi ramai seperti mana hari ini, sememangnya bukan mudah untuk Ruth Sahanaya.

Barangkali akan ada yang tidak percaya apabila Ruth dengan penuh terbuka memberitahu dia seorang pemalu dan memiliki tahap keyakinan diri yang sangat rendah ketika awal pembabitannya sebagai penyanyi.

Namun, kata Ruth, sepanjang 25 tahun mengabdikan diri dalam dunia seni, dia harus melawan segala-galanya kerana sebagai seorang penghibur, dia perlu berhadapan dengan masyarakat.

"Memang benar, saya seorang yang pemalu dan orang yang tidak percaya pada diri sendiri. Walaupun saya sedar untuk menjadi seorang penyanyi, semua perkara itu harus dilempar jauh.

"Apa yang saya mahukan hanyalah untuk menyanyi dan menghiburkan peminat sahaja tanpa saya sedari bahawa saya perlu menanamkan sifat positif jika mahu berjaya.

"Perlahan-lahan saya kikis sifat negatif itu dan inilah Ruth Sahanaya yang semua peminat dan pengagum saya dapat lihat hari ini. Saya bersyukur kerana Tuhan telah memberikan peluang dan rezeki untuk saya bertahan sehingga ke hari ini," ucapnya berulang-kali penuh rendah diri ketika ditemui pada sesi fotografi di ibu negara, baru-baru ini.

Kehadiran Ruth ke negara ini adalah untuk mempromosikan konsert ulang tahun ke-25 pembabitannya dalam bidang seni yang bakal berlangsung di Dewan Plenari, Pusat Konvensyen Kuala Lumpur pada 17 Disember ini.

Sokongan

Menyambung bicara, apa yang dimilikinya hari ini juga adalah berkat sokongan daripada suaminya, Jeffrey Waworuntu yang dikahwininya sejak tahun 1994.

Kata penyanyi yang cukup masyhur dengan lagu Kaulah Segalanya itu, suaminya memang sentiasa menyokong kerjaya seninya biarpun selepas berkahwin kerana cukup sedar akan minat Ruth yang mendalam terhadap dunia nyanyian.

Tanpa selindung juga, Ruth memberitahu Jeffrey sendiri menawarkan peluang kepadanya untuk menjalani pembedahan payu dara pada tahun 2005.

"Seperti mana yang sudah saya katakan sebelum ini, pembedahan yang saya lakukan bukanlah mahu menunjuk-nunjuk atau sengaja mencari publisiti murahan.

"Semuanya adalah demi kerjaya selain mahu meningkatkan tahap keyakinan saya sebagai seorang penyanyi yang perlu tampil hebat di atas pentas.

"Menjadi seorang penyanyi sememangnya memerlukan kita kelihatan cantik dan menawan. Ada kalanya, busana yang membaluti tubuh saya tidak terletak cantik seperti mana yang saya mahukan.

"Lalu, apabila sudah melakukan pembedahan tersebut, saya menjadi semakin yakin dan dapat memakai pakaian yang mungkin sebelum ini tidak mampu saya pakai," jelasnya yang memberitahu telah menggunakan khidmat pakar bedah plastik dari Brazil untuk pembedahan payu daranya itu.

Meskipun melakukan pembedahan plastik, Ruth dengan tegas memberitahu dia sama sekali tidak akan menyuntik botox ke wajahnya untuk mengekalkan kecantikannya.

Bagi Ruth, dalam usianya 45 tahun sekarang ini, dia belum memikirkan ke arah tersebut tetapi, dia tidak mampu menolak jika dia memerlukannya di masa akan datang.

"Kita tidak tahu apa yang menanti kita waktu mendatang. Saya memang selesa dengan apa yang dikurniakan kepada saya setakat ini. Tetapi, mana tahu kalau di masa depan, mungkin saya akan memikirkannya," jelas penyanyi yang mula menempa nama pada tahun 1987 menerusi album Seputih Kasih ini lagi.

Tolak gelaran diva

Melihat kepada perjalanan seninya selama ini, memang tidak syak lagi Ruth atau lebih mesra disapa Uthe itu layak digelar sebagai diva.

Dengan pelbagai kejayaan dan rekod yang sudah dilakar oleh wanita kelahiran Bandung, Indonesia ini selain mampu bertahan selama 25 tahun, Ruth wajar dikategorikan dalam kelompok tersebut.

Tetapi, dengan penuh rendah diri Ruth memberitahu dia tidak pernah menganggap dirinya sebagai seorang diva.

"Saya menghargai dan berterima kasih kepada pihak media dan peminat yang memberikan saya gelaran itu. Tetapi, jujurnya, saya kurang selesa dengan konotasi diva itu yang boleh membawa banyak maksud yang tersurat mahupun tersirat.

"Untuk sampai ke tahap hari ini, ia merupakan satu perjalanan yang penuh liku dan mencabar sekali. Lalu, ia membuatkan saya sentiasa sedar akan kedudukan saya di mana saya telah menempuh kepayahan serta rintangan yang bukan kecil.

"Atas alasan itu jugalah, saya sentiasa berpijak di bumi nyata dan sama sekali tidak menjadikan populariti mahupun kejayaan yang saya perolehi sebagai satu tiket untuk berubah," jelas Ruth yang merupakan anak ketiga daripada empat bersaudara ini penuh maksud.

Tambah penyanyi yang juga popular dengan lagu Keliru dan Astaga, seseorang itu layak diangkat sebagai diva bukan hanya kepada kehebatannya di atas pentas semata-mata.

Tetapi, juga bagaimana seseorang itu membawa dirinya dalam masyarakat selain memiliki disiplin serta sikap positif yang membuatkan orang di sekeliling selesa berdampingan dengannya.

Belum puas

Sempat juga ibu kepada dua cahaya mata perempuan, Nadine Emanuella Waworuntu, 16 dan Amabel Odelia Waworuntu, 11, ditanya apakah dia sudah berasa puas dengan kejayaannya selama ini.

Sambil melemparkan senyuman manis, Ruth seraya berkata: "Saya bukan seorang yang bercita-cita tinggi. Cukup sekadar menyanyi di khalayak dan memastikan peminat serta penggemar lagu-lagu saya menikmatinya dengan penuh indah.

"Saya akan terus menyanyi selagi saya mampu melakukannya. Saya percaya waktunya akan tiba satu hari nanti untuk saya mengibarkan bendera putih sebagai tanda persaraan saya.

"Dalam konteks ini, saya cukup senang sekali untuk mengikut jejak langkah seniwati legenda, Titiek Puspa yang masih lagi aktif biarpun usianya sudah melewati 70 tahun."

Seperkara yang cukup menarik tentang Ruth yang barangkali dipersetujui banyak pihak apabila dia merupakan salah seorang artis di republik itu yang bersih daripada segala gosip dan cerita kurang enak.

Berkali-kali mengucapkan syukur, Ruth menjelaskan semuanya harus datang dari diri sendiri kerana baginya, masakan cerita yang tidak elok boleh dijaja pihak media jika bukan dari diri sendiri.

"Prinsip yang saya amalkan cukup mudah. Saya begitu terbuka dan tidak berselindung dalam apa jua aspek kerana saya bukan seorang yang berpura-pura.

"Dari hari pertama saya menjadi penyanyi, saya sudah tanamkan dalam diri bahawa saya hanya mahu menjual bakat dan karya saya sahaja," ujar Ruth yang begitu mengagumi semua penyanyi senior termasuk Vina Panduwinata dan Harvey Malaihollo yang menjadi idolanya.

Full content generated by Get Full RSS.

Manusia di sebalik robot

Posted:

Manusia di sebalik robot

Manusia di sebalik robot

Oleh SYAZWAN ZAKARIAH
syazwan_zakariah@astro.com.my


SALAH satu babak perlawanan tinju antara robot dalam filem Real Steel.


BERLATAR belakang masa depan, kurang 10 tahun dari sekarang, sukan tinju didominasi oleh robot. Charlie Kenton, seorang bekas peninju cuba membina kehidupan dengan membawa robotnya, Ambush dari satu tempat ke satu tempat untuk pertandingan.

Ambush kemudian rosak kerana tumpas dan Charlie terdesak untuk mencari robot baru. Secara kebetulan, dia dimaklumkan mempunyai seorang anak lelaki berusia 11 tahun bernama Max, hasil perhubungannya dengan seorang wanita yang kini sudah meninggal dunia.

Berita itu datang dengan tawaran bernilai AS$100,000 jika Charlie sanggup melepaskan hak penjagaan kepada ibu dan bapa saudara Max.

Dia bersetuju, tetapi separuh daripada wang itu hanya akan diperolehi selepas mereka pulang bercuti dari Itali selama dua bulan. Charlie diminta untuk menjaga Max dalam tempoh tersebut.

Max yang sememangnya meminati sukan tinju robot teruja dengan pekerjaan Charlie, biarpun bapanya itu bersikap dingin. Melalui minat dan semangat juang yang sama untuk meneruskan kehidupan, rasanya penonton sudah boleh mengagak apa yang bakal terjadi di antara Charlie dan Max.

Real Steel membuatkan saya berada dalam dilema. Filem ini sebenarnya sangat formulaic, yakni sebuah naskhah tipikal Hollywood yang boleh dijangka kesudahannya dengan susunan lakon layar yang klise.

Penonton juga disajikan dengan deretan 'iklan', daripada komputer HP sehinggalah saluran sukan ESPN. Bagaimanapun, di sebalik 'kebiasaan' dan elemen futuristik yang ditampilkan, Real Steel menekankan tentang manusia biasa dan perhubungan mereka.

Bagi saya, ini sangat 'melegakan' kerana pembikin filem sekarang gemar menjadikan sesuatu yang abnormal sebagai normal.

Sebagai contoh, hubungan intim pontianak dan serigala dengan manusia. Atau sesama ahli sihir, saintis dan makhluk asing. Ataupun robot-robot yang boleh bercakap dengan manusia seperti dalam francais Transformers (2007-2011).

Benar, Real Steel juga berkaitan robot, tetapi robot di dalam filem ini sekadar menjadi penyambung kasih di antara bapa dan anak.

Walaupun ia dipromosikan sebagai filem blockbuster dengan kesan khas dan pertarungan, apa yang lebih menyegarkan ialah melihat insan-insan biasa dan masalah-masalah mereka.

Atom, robot yang dipungut Max di tempat pembuangan ialah medium yang merapatkan hubungan Charlie dan Max. Apatah lagi Atom 'dihidupkan' menerusi semangat manusiawi iaitu sistem kod suara dan teknik meniru bayangan atau gerakan.

Atom ialah simbolik kepada watak Charlie sendiri yang selama ini dianggap tidak berguna tetapi sebenarnya masih mampu berjuang. Manakala bagi Max, Atom ialah alat untuk dia membuktikan kepada bapanya bahawa dia sangat berharga.

Intipati ini berjaya digenggam penonton di sebalik sub plot lain seperti hubungan Charlie dengan teman wanita, Bailey yang mahu menyelamatkan gelanggang tinju lama milik bapanya; serta babak-babak pertarungan sesama robot.

Shawn Levy membuktikan dia bukan hanya boleh mengarah filem komedi seperti Cheaper By The Dozen (2003) atau siri Night At The Museum (2006, 2009) dan Date Night (2010). Real Steel menonjolkan kebolehannya sebagai sutradara filem tentang humanisme yang bertemakan sukan.

Babak-babak pertarungan dibikin kemas dan tidak kelihatan janggal. Kemuncak pertandingan di antara Atom dengan robot berteknologi tinggi, Zeus, berjaya mengepam adrenalin penonton. Ini dibantu skor muzik Danny Elfman yang barangkali tidak begitu asli bunyinya, tetapi efektif.

Penamatnya pula mampu menyentuh penonton. Hugh Jackman adalah pilihan yang tepat untuk watak Charlie, seorang father figure yang bukan saja kuat dan berani secara fizikal, tetapi terselindung kelembutan hati.

Dakota Goyo pula membuka laluannya sebagai bintang masa depan yang perlu diberikan perhatian. Meskipun sedikit kaku pada babak tarian dengan Atom yang kelihatan jelas dikoreograf, dia membuatkan penonton percaya terhadap hubungan Max dan Charlie.

Full content generated by Get Full RSS.
Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Rencana

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Rencana


Audit dan niat transformasi

Posted:

Audit dan niat transformasi

Audit dan niat transformasi

Oleh KHAIRUDDIN MOHD ZAIN
PENULIS ialah pemerhati sosioekonomi

PERTEMUAN penulis dengan rakan-rakan terdiri golongan profesional muda pagi semalam lebih rancak daripada biasa. Topik yang paling hangat adalah mengenai Laporan Ketua Audit Negara 2010 yang disifatkan memaparkan banyak lagi kelemahan pelaksanaan dan kecekapan jentera kerajaan.

Tahun demi tahun, laporan yang sama masih mengemukakan 'jumlah' kerugian yang luar biasa tinggi, disebabkan perbelanjaan sesetengah jabatan dan agensi kerajaan yang tidak berhemah dan berhati-hati.

Kalangan profesional muda pantas menggelengkan kepala, membayangkan betapa mudahnya proses pembelian dilaksanakan tanpa sebarang garis tentu perbelanjaan yang lebih berhemah.

Menurut seorang rakan yang bertugas di sebuah syarikat ternama, semua ini tidak dapat diterima oleh golongan muda yang pantas menyifatkan jentera kerajaan sememangnya gemar menghabiskan dana awam secara sesuka hati.

Suasana sama tidak akan dapat dilihat di sebuah organisasi yang mengamalkan prinsip perbelanjaan telus dan punya integriti yang tinggi. Memang benar, tidak semuanya dalam laporan audit yang baru dikeluarkan itu negatif.

Banyak juga perkara yang menunjukkan perubahan dan perkembangan positif. Perkembangan baik jangan pula kita sorok dan lupakan. Ia wajar dipuji dan diangkat sebagai perubahan yang mampu memberikan kekuatan kepada sistem pentadbiran awam.

Soalnya, apakah laporan ini akan diambil sebagai sesuatu yang serius dan menjadi penggalak perubahan pada sistem sedia ada? Laporan audit yang mendedahkan 'penyakit sama' tahun demi tahun, akan mendatangkan perspektif curiga yang semakin mendalam di kalangan minda rakyat.

Laporan sama yang turut mengemukakan petanda positif prestasi kewangan wajar dipuji. Sebanyak 17 kementerian berada pada tahap sangat baik berbanding 10 kementerian pada 2009, empat kementerian (2008) dan satu (2007).

Secara kasar, ini menunjukkan perubahan positif. Saat kepimpinan memperkatakan mengenai rentak transformasi dan perubahan, seluruh jentera kementerian, jabatan dan agensi kerajaan perlu menyantuni laporan audit dengan lebih serius.

Memang benar, wujud kementerian yang mula memperkatakan mengenai 'belanjawan berimpak tinggi namun sejauh mana ia dilaksanakan dengan bersungguh adalah sesuatu yang berbeza. Laporan yang bersifat kewangan hanyalah satu segmen. Bagaimana dengan audit tentang kecekapan organisasi? Terdapat agensi yang melanggar piagam organisasi secara semborono. Tidak ada sebarang rasa bersalah dan semuanya akan 'berjalan seperti biasa' usai Laporan Ketua Audit Negara dilaksanakan.

Inilah sebenarnya yang boleh mendatangkan rasa kecewa di kalangan rakyat. Sementara rakyat diterap dengan semangat berbelanja secara berhemah, bersesuaian dengan suasana ekonomi yang menduga - sesetengah ketua jabatan/agensi mempunyai kuasa penuh untuk berbelanja dana awam dengan sesuka hati.

Apa rasional untuk melakukan tugasan yang boleh dilaksanakan dalam tempoh sehari - namun dilaksanakan dalam tempoh 700 hari? Ia mengundang pelbagai persepsi negatif yang tidak membantu pembinaan imej dan wibawa jentera kerajaan. Lebih merosakkan, sekiranya tiada sebarang usaha dibuat untuk memberikan 'pengajaran setimpal' kepada yang terbukti gagal melaksanakan amanah dengan sebaiknya.

Semua ini akan hanya merencatkan niat 'transformasi' yang diperkatakan oleh kepimpinan. Malahan, dalam kes tertentu, ia bukan sahaja merencatkan - malahan sama sekali boleh diibaratkan sebagai suatu bentuk 'sabotaj' kepada niat perubahan yang diinginkan.

Kita harus sedar, banyak kelemahan pengurusan, baik kewangan mahupun khidmat - akan memberikan impak langsung kepada rakyat. Ambil sahaja contoh bagaimana anak-anak kecil Tabika Kemas yang sebenarnya tidak dihidangkan dengan menu yang digariskan oleh pihak kementerian. Apakah ini bukan suatu bentuk kecurangan pengurusan yang nyata? Apakah kita pernah terfikir bahawa amanah bagi menjaga generasi baru seperti itupun sanggup kita persiakan?

Jika kecurangan kewangan dan organisasi dibiarkan berterusan, adalah sesuatu yang tidak mustahil segala program transformasi yang diniatkan akan hanya menjadi hebat di atas kertas, sekali gus kurang memberi makna kepada rakyat. Ini adalah cabaran dan dugaan paling besar yang perlu dilaksanakan oleh kakitangan awam, tidak kira di peringkat mana sekalipun.

Laporan Ketua Audit Negara yang tidak mempunyai elemen 'mengenakan hukuman', kepada agensi dan jabatan berkenaan akan kekal menjadi laporan pasif dan menzahirkan simptom 'penyakit berulang'.

Tahun depan, tidak mustahil kita akan menerima lagi laporan sama, namun dalam amaun yang berbeza. Jabatan dan agensi yang merasakan ketiadaan sebarang tindak balas administratif mahupun denda, akan pantas melaksanakan program seperti biasa. Kesemuanya akan kembali kepada suasana asal.

Kelemahan-kelemahan yang dikemukakan oleh Laporan Ketua Audit Negara mesti diangkat sebagai dokumen khusus untuk memperbaiki amalan tadbir urus yang longgar di sesetengah agensi. Kalangan ketua jabatan/agensi yang gagal mengurus peruntukan dengan baik, perlu memberikan penjelasan yang tuntas atau berdepan dengan kemungkinan tindakan dikenakan. Sifat, selesa dan mudah puas hati inilah yang mendatangkan penyakit yang lebih besar di dalam sistem pentadbiran.

Banyak negara yang lebih maju sudah mula memperkenalkan sistem pentadbiran kewangan awam yang lebih baik dan berhemah. Di United Kingdom misalnya, komitmen ke arah pentadbiran kewangan berhemah dan bertanggungjawab dilaksanakan di bawah kempen menyeluruh Jabatan Perbendaharaan, 'Managing taxpayers money wisely: Commitment of Action'. Sedar bahawa suasana ekonomi dunia dan tekanan fiskal yang dihadapi oleh negara tersebut - tidak ada jalan singkat dan mudah, kecuali untuk membenihkan semangat berbelanja yang lebih berintegriti.

Malahan, kerajaan negara tersebut sudahpun mengumumkan inisiatif khusus Program Transformasi Kewangan di kalangan jabatan kerajaan. Semua ini dilakukan di atas niat yang luhur untuk mengurus dana awam dengan lebih berintegirti dan bertanggungjawab.

Penelitian umum kepada beberapa Laporan Ketua Audit Negara lain, turut mencatatkan banyak kelemahan. Kesempurnaan mungkin bukanlah sesuatu yang boleh kita harapkan melalui mana-mana laporan audit sekalipun, namun itu bukan alasan kita berbelanja secara sesuka hati.

Prinsip pertanggungjawaban tidak boleh diketepikan dalam pada kita mengejar kecekapan organisasi yang diinginkan. Namun, kesalahan-kesalahan yang dinyatakan tidaklah bersifat sangat 'asas' seperti yang berlaku di negara kita.

Rakyat mengharapkan sektor awam lebih mampu meresapi niat transformasi yang selalu diungkapkan oleh Perdana Menteri.

Laporan audit yang terus mencucuk rasional dan mengkompromi asas kebertanggungjawaban akan mengecewakan rakyat dan pembayar cukai. Suasana dan lanskap pentadbiran tidak boleh kekal berada dalam zon selesa - ketika mana negara berdepan dengan dugaan ekonomi yang semakin menyulitkan.

Kita pasti boleh menzahirkan pentadbiran kewangan yang lebih cekap, efisien dan wibawa; sekiranya semua penjawat awam menjiwai semangat belanjawan yang lebih hemah dan bertanggungjawab.

Majoriti rakyat amat mengharapkan agar Laporan Ketua Audit Negara 2011 akan menzahirkan elemen 'transformasi' pentadbiran kewangan di segenap kementerian dan agensi kerajaan.

Jika ini berlaku, rakyat akan pastinya melihat sektor awam dengan wajah yang lebih positif dan nilai wibawanya yang lebih tinggi.

Full content generated by Get Full RSS.

Nambikei dan masyarakat India

Posted:

Nambikei dan masyarakat India

Nambikei dan masyarakat India

Oleh Pena


Najib Tun Razak bersama isterinya, Rosmah Mansor menyampaikan sumbangan kepada warga tua sempena Karnival Deepavali Pesta Cahaya di Jalan Tengku Kelana, Klang, baru-baru ini.


Nambikei - menjadi ungkapan popular yang sering digunakan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak ketika bertemu masyarakat India kini. Ia boleh diterjemah secara literatur sebagai 'kepercayaan', 'keyakinan' atau 'harapan'; bersifat nilai positif. Membina nambikei memerlukan amanah dan rasa tanggungjawab dalam kalangan kepimpinan.

Sejak 2009, Najib menggunakan pelbagai pendekatan dan hadir bermacam-macam aktiviti serta program dalam usaha berterusan menjana ikatan 'kepercayaan' ini bersama masyarakat India.

Komunikasi langsung antara Najib dan masyarakat India bertujuan memulihkan semula sokongan yang terhakis sehingga memberi kesan dalam Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-12. Sehingga 2008, kedudukan masyarakat ini terpinggir walaupun beberapa polisi dirancang namun pelaksanaannya lemah dan tidak menampakkan sebarang hasil memberangsangkan.

Walaupun mempertahankan cubaan meningkatkan taraf hidup masyarakat India, nyata ia tenggelam terutama tindakan pihak tertentu yang lebih bersifat meruntuhkan moral masyarakat daripada menyemai tuntutan sahih.

Kemuncaknya adalah Perhimpunan Hindraf yang berjaya melahirkan krisis ke atas nambikei ini yang diterjemah dalam bentuk undi protes ke atas parti Barisan Nasional (BN) ketika itu. Pengundi yang sering memberikan sokongan tidak berbelah bahagi pada MIC menyatakan rasa tidak puas hati melalui undian sehingga BN kehilangan hampir 80% yang dinikmati sebelumnya walaupun ia turut berlaku ke atas BN secara menyeluruh.

Menyedarinya dan dinyatakan oleh Najib secara terbuka dalam beberapa siri ceramah dan pertemuan dengan masyarakat India, maka di bawah Jabatan Perdana Menteri, beliau memulakan pemasaran politik baru yakni mengambil inisiatif mengenalpasti isu dan masalah serta cabaran masyarakat India dan cuba menyelesaikannya.

Usaha Najib adalah untuk mendampingi masyarakat dan pemimpin akar umbi untuk menunjukkan beliau komited membawa pembaharuan berasaskan kepada nambikei ini.

Najib berjumpa pelbagai keturunan atau kumpulan keetnikan yang wujud dalam kalangan masyarakat India dan kaedah ini dilihat boleh menjejaskan perpaduan dalam masyarakat tersebut tetapi dalam konteks kepentingan sokongan, beliau bersedia berjumpa sesiapa sahaja agar tidak ada yang menganggap kelompok mereka dipinggir.

Lantaran itu, keupayaan dan tenaga yang digunakan oleh Najib sebenarnya memerlukan iltizam luar biasa malahan beliau mempertontonkan kemampuan 'kepelbagaian' dan dengan mudah bersemuka dengan sesiapa sahaja serta boleh berinteraksi dengan lenggok bahasa mereka adalah sesuatu yang sukar dilakukan oleh ramai pemimpin.

Beliau turun padang dan melakukan walkabout di merata tempat termasuk di Brickfields, Masjid India, Lebuh Ampang dan Jalan Tengku Kelana serta Sungai Petani dan Batu Caves ketika perayaan Thaipusam.

Sifat sedemikian sudah pasti akan menarik sokongan segelintir masyarakat India walaupun tidak semua. Najib membawa nafas baru kepada masyarakat India dalam usaha menangani permasalahan komuniti ini. Ada keputusan jangka pendek dan ada langkah atau tindakan yang akan hanya menampakkan hasil dalam jangka masa panjang.

Bersediakah masyarakat India terutama yang 'masih memerhati' gaya kepimpinan beliau memberikan peluang sekali lagi kepada BN yang banyak bergantung kepada beliau. Pembinaan imej Najib jika dikongsi ramai terutama pemimpin atasan parti dan pemimpin di peringkat negeri, bahagian dan cawangan, nescaya boleh memberi impak positif.

Yang penting adalah komitmen; keinginan dan kesungguhan bersama yang tidak boleh dilakukan secara paksaan tetapi hasrat dan ketokohan Najib untuk membawa anjakan baru barangkali memerlukan keikhlasan dari semua pihak terbabit.

Politik mementingkan diri dan menggunakan komuniti untuk mengembangkan politik penaungan kronisme sendiri mesti diubah jika mahu bersama dalam proses transformasi kerajaan.

Dalam karnival sambutan perayaan Deepavali baik di Jalan Tengku Kelana, Klang mahupun Lebuh Ampang, Najib memberi jaminan berterusan kepada masyarakat India agar memberikan peluang kepadanya untuk memastikan pelan transformasi beliau di bawah agenda besar kepimpinannya dilaksanakan dan ia hanya menampakkan kejayaan jika dimobilisasi sokongan bersama dengan memberi keutamaan kepada keperluan, kemahuan dan mendekati mindset rakyat India.

Adakah Najib berjaya? Apakah tindakan dan gaya Najib menerima sambutan dari masyarakat India? Mampukah ia diterjemah sebagai sokongan kepada BN dalam PRU Ke-13?

Pola penerimaan dalam kalangan masyarakat India agak berbeza jika dibandingkan antara bandar, separa bandar dan luar bandar. Pola pengundian dalam Pilihan Raya Kecil jika dijadikan rujukan menunjukkan sokongan masyarakat India kembali secara perlahan-lahan kepada Najib tetapi tidak boleh dianggap bersifat tetap terutama di bandar dan separa bandar.

Ini turut disokong oleh prestasi barisan pembangkang terutama kepimpinan atasannya yang masih tidak menunjukkan keazaman untuk menghargai sokongan pengundi India dalam bentuk pelaksanaan kecuali masih terus bercakap mengenai kuil dan sekolah Tamil yang juga menjadi agenda dominan kerajaan Pusat.

Yang diperlukan oleh masyarakat India adalah Dasar Induk Sosio-Ekonomi Baru Masyarakat India (DSEBMI) sebagai blueprint peluang pendidikan, membasmi kemiskinan bandar, pembangunan perniagaan, pengambilan jawatan awam, peluang pekerjaan, isu kebudayaan, kuil, peluang latihan skil, kebolehan dan kemahiran merangkumi kumpulan dewasa, muda, profesional, berskil dan bergaji bulanan rendah.

Ia boleh menjadi pelengkap kepada Special Implementation Task Force (SITF) di bawah Jabatan Perdana Menteri yang sudah melakukan pelbagai program termasuk program 'My Daftar' yang melibatkan sijil kelahiran dan pendaftaran perkahwinan.

Pemantauan operasional dengan kekuatan Najib untuk membantu boleh merungkai ikatan kumpulan yang melaksanakan dengan kumpulan sasar spesifik terutama yang berada dalam kumpulan terdesak iaitu 40% dalam kategori kelas bawahan stratifikasi masyarakat.

Pembentukan kaukus masyarakat India di beberapa lapisan kenegerian dan daerah boleh dibentuk untuk membantu MIC dan kerajaan pusat; penjana blueprint ini di bawah seliaan Perdana Menteri. Dengan perubahan kepimpinan dalam MIC yang kini turut cuba melakukan reformasi dalaman dan luaran; gaya kepimpinan Najib akan menjadi platform kepada persekitaran politik kerangka demokrasi dan kebebasan.

Ia akan ketara jika pelbagai pihak lain turut memain peranan bersama atas prinsip 'muhibbah' dan 'muafakat' untuk mengukuhkan pencapaian Dasar Induk Sosio-Ekonomi Baru Masyarakat India.

Deepavali disambut oleh masyarakat India minggu ini. Ia berprinsipkan untuk membawa kejernihan, kebaikan, nafas baru dalam gemerlapan cahaya kehidupan baru, keluar daripada lingkaran kegelapan, kejahatan dan kekeliruan insaniah.

Sambutan kali ini boleh dikongsi bersama semua masyarakat untuk menunjukkan usaha mencari titik cahaya nambikei; cahaya yang membawa kepada masa depan baru bagi rakyat India jika kesemua lapisan kepimpinan bersama memobilisasi nambikei ini untuk membawa kebangkitan agar mereka yang tergolong di dalam kepompong 40% di bawah garis kemiskinan terjamin kualiti kehidupannya dalam persaingan keduniaan yang semakin mencabar.

PROFESOR MADYA

DR. SIVAMURUGAN PANDIAN

Pusat Pengajian Sains Kemasyarakatan

Universiti Sains Malaysia

Full content generated by Get Full RSS.
Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Keluarga

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Keluarga


Festival buku untuk kanak-kanak

Posted:

Festival buku untuk kanak-kanak

Festival buku untuk kanak-kanak

Oleh HAKIMI ISMAIL
Gambar Zaki Amirudin

BUDAYA membaca di kalangan rakyat Malaysia masih lagi rendah jika dibanding dengan negara-negara maju.

Sedangkan membaca merupakan simbol masyarakat berilmu dan lambang kemajuan sesuatu bangsa.

Membaca merupakan sumber pengetahuan dan sumber untuk mencapai kejayaan dalam apa juga bidang.

Buku merupakan wadah untuk mengajak manusia berfikir dan seterus memperoleh ilmu-ilmu baru untuk memajukan diri.

Tetapi agak mendukacitakan kerana rakyat Malaysia kebanyakannya mengabaikan budaya membaca.

Atas kesedaran itu Majlis Buku Kebangsaan Malaysia (MBKM), mengambil inisiatif menganjurkan Festival Buku Kanak-Kanak (FBK) 2011 dari 27 Oktober hingga 2 November ini di Dataran Merdeka.

Matlamatnya hanya satu, iaitu membentuk budaya membaca sejak dari usia muda.

Ibarat peribahasa melentur buluh biar dari rebung, maka inisiatif MBKM itu bermatlamat untuk melahirkan generasi masa depan yang mementingkan budaya ilmu dan budaya membaca.

Dianjurkan kerjasama Perpustakaan Kuala Lumpur, Perbadanan Kota Buku, Majlis Buku Kanak-Kanak dan Remaja Malaysia serta Persatuan Penerbit Buku Malaysia, FBK menyediakan pelbagai aktiviti menarik terutama untuk kanak-kanak.

Menurut Penolong Pengarah MBKM, Norhayati Razali, sebanyak 26 buah syarikat penerbitan buku dan agensi kerajaan dalam dan luar negara akan menyertai FBK 2011 untuk mempromosikan dan menjual buku terbitan masing-masing.

Katanya, pelbagai aktiviti menarik disediakan khas buat pengunjung di FBK 2011 yang julung-julung kali diadakan itu.

"Kanak-kanak yang hadir berpeluang menyertai pelbagai aktiviti menarik termasuklah sesi bercerita dan pertandingan bercerita, demonstrasi origami, pameran buku, sesi bersama penulis, seminar kesusasteraan kanak-kanak dan banyak lagi aktiviti menarik disediakan.

"Antara aktiviti menarik yang turut disediakan termasuk Pameran Buku Kelainan Upaya (IBBY), Galeri Guru Malaysia, Sesi Bercerita Group Kopi-Kopi dan Rentak Hijau, Pertandingan Bercerita, Forum Kanak-Kanak dan banyak lagi," katanya kepada pemberita di Putrajaya baru-baru ini.

Selain itu, katanya, penganjuran festival buku tersebut juga bertujuan memberi imej baru kepada MBKM dalam usaha memperjuangkan buku kanak-kanak di peringkat nasional berkonsepkan 1Malaysia.

"Festival buku kanak-kanak yang julung-julung kali dianjurkan ini merupakan satu aktiviti yang terancang dan akan diadakan secara berterusan sebagai aktiviti dwi tahunan berselang seli dengan pesta buku kebangsaan pada masa akan datang.

"Saya yakin festival ini memajukan industri penerbitan buku kanak-kanak tempatan dan menggalakkan aktiviti-aktiviti yang berkaitan dengan bidang penghasilan buku seperti penulisan, penyuntingan, ilustrasi, penterjemahan dan pemasaran buku itu sendiri di negara ini," katanya.

Menurut Norhayati, industri penerbitan buku kanak-kanak semakin menarik perhatian pelbagai pihak yang berminat untuk mengetengahkan pelbagai idea untuk merangsang minda kanak-kanak.

"Justeru, saya berharap FBK 2011 yang akan berlangsung nanti akan memperoleh hasil yang memberangsangkan. Pada penganjuran julung-julung kali ini kami tidak meletakkan sasaran kehadiran pengunjung kerana ia baru diperkenalkan dan kita akan melihat sejauh mana maklum balas daripada masyarakat di negara ini terutamanya ibu bapa.

"Ciri-ciri paling penting bagi festival buku kanak-kanak ini adalah kejayaannya mewujudkan budaya berdialog dan pasaran dinamik di kalangan penerbit buku antarabangsa. Ia juga menjadi medan pertemuan penting bagi mereka yang terlibat dalam dunia penerbitan bahan bacaan kanak-kanak kerana kedudukannya yang sehingga kini menjadi pelopor bidang tersebut," katanya.

Dalam pada itu, Norhayati memberitahu, ilu strasi yang dipaparkan dalam FBK 2011 diyakini menepati cita rasa kanak-kanak yang hadir.

Malah ilustrasi yang diketengahkan melalui buku IBBY dijangka akan dapat perhatian kanak-kanak kerana mengandungi unsur-unsur seperti fantasi.

Full content generated by Get Full RSS.

Pentingnya sarapan untuk anak

Posted:

Pentingnya sarapan untuk anak

Pentingnya sarapan untuk anak


Sarapan membantu memberi kesan dramatik terhadap pencapaian belajar kanak-kanak. - Gambar hiasan


KEBANYAKAN ibu bapa apabila ditanyakan tentang apa yang mereka mahu pada anak-anak mereka pasti memberikan jawapan ini - berjaya dalam pelajaran!

Dalam dunia yang penuh saingan ini ibu bapa sanggup berusaha bagi memastikan anak mereka mendapat pendidikan terbaik.

Sesetengahnya menghantar anak ke sekolah swasta atau menggaji pengajar peribadi untuk memberi kelas tambahan di rumah mereka.

Namun ramai ibu bapa yang terlepas pandang satu cara yang mudah dan berkesan untuk merangsang pencapaian anak-anak mereka iaitu sarapan pagi yang berkhasiat.

Pakar Nutrisi di Hospital Pantai Ampang, Nor Lizawati Che Lah berkata, dengan gaya hidup yang semakin sibuk, ramai ibu yang agak sukar menyediakan sarapan pagi yang berkhasiat untuk mereka.

Akibatnya ramai kanak-kanak yang tidak mendapat keperluan zat harian mereka untuk membesar dengan sempurna.

Menurutnya, kajian saintifik juga telah menunjukkan bahawa, sarapan memberikan kesan yang dramatik terhadap kemampuan belajar anak-anak.

Sarapan menguatkan daya tumpuan, masa tindak balas, kebolehan belajar, perasaan dan ingatan.

Manakala kanak-kanak yang tidak bersarapan akan mengakibatkan turunnya prestasi pelajaran mereka di sekolah.

"Ibu bapa memainkan peranan yang penting bagi membantu kanak-kanak memenuhi keperluan zat harian mereka.

"Sebaiknya ibu bapa mengikuti rangka piramid makanan demi memastikan kanak-kanak mendapat gizi seimbang setiap hari," jelasnya.

Satu kajian yang dijalankan di Universiti Cardiff, Wales menunjukkan mereka yang makan sarapan berserat tinggi kurang mengalami keletihan sebanyak 10 peratus.

Golongan ini juga berkebarangkalian mendapat kemurungan yang paling rendah dan menunjukkan kemahiran kognitif yang lebih baik.

Serat membantu memperlahankan penyerapan makanan dalam perut, menyebabkan seseorang yang mengambilnya mempunyai tenaga lebih lama berbanding mereka yang tidak mengambil sarapan.

"Hidangan untuk sarapan sebaiknya mudah, namun mempunyai nilai khasiat yang tinggi.

"Ini amat penting terutama pada waktu pagi sebab pada waktu pagi kanak-kanak mungkin tidak ada selera untuk makan. Jadi sebagai ibu perlu tahu untuk bangkitkan selera anak dengan memberi minuman suam atau panas," kata Nor Lizawati.

Dalam pada itu salah satu cara memberi sarapan pagi terbaik ialah dengan hidangan minuman Horlicks panas segelas setiap pagi.

Pengurus Produk Horlicks, Junie H'ng, berkata, minuman malt ini diperkaya dengan serat dan khasiat yang diperlukan untuk kesihatan badan.

Mungkin ramai yang tidak tahu Horlicks pada asalnya adalah pengganti susu sebagai makanan bayi.

Kombinasinya yang terdiri daripada kalsium, vitamin A, B1, B2, C dan D, asid folik, zat besi dan serat memastikan kanak-kanak mendapatkan keperluan khasiat terbaik untuk sarapan mahupun minum petang.

Tambahan lagi, Horlicks memberikan dua kali ganda kalsium berbanding susu biasa.

"Lebih penting lagi mereka yang berhadapan dengan penyakit seperti gastrik atau penyakit yang memerlukan mereka makan makanan berbentuk cecair boleh menikmati Horlicks yang mudah dan berkhasiat ini," katanya.

Full content generated by Get Full RSS.
Kredit: www.utusan.com.my
 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved