Rabu, 26 Oktober 2011

Utusan Online - Johor


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Johor


Kesukaran hidup jadi pendorong

Posted:

Kesukaran hidup jadi pendorong

Kesukaran hidup jadi pendorong

Oleh AZIZI MAJID
pengarang@utusan.com.my

JOHOR BAHRU 25 Okt. – Impian untuk mengubah taraf hidup keluarga menjadi pendorong kepada Hasniah Salehe dari Tawau, Sabah untuk berjaya dalam pelajaran.

Dorongan itu turut membolehkan beliau merangkul Anugerah Dekan Kelas Pertama dalam Majlis Penyampaian Diploma Program Kerjasama dan Eksekutif UTMSPACE 2011, di sini hujung minggu lalu.

Hasniah, 25, graduan Diploma Teknologi Kejuruteraan Elektronik dari Kolej Teknologi Darul Naim di Kota Bahru, Kelantan tersebut memperoleh Purata Nilai Gred Kumulatif (PNGK) 3.69.

Menurut anak kesembilan dari 10 beradik ini, dia yang kehilangan bapa sejak lapan tahun lalu telah menanam semangat untuk belajar bersungguh-sungguh dalam pelajaran demi mengejar cita-citanya untuk menjadi seorang jurutera.

''Saya berasal dari kampung dan kebanyakan abang dan kakak saya hanya bersekolah setakat peringkat menengah sahaja.

''Kehidupan keluarga saya yang agak sukar itulah yang telah menyuntik semangat untuk saya belajar bersungguh-sungguh agar dapat membantu keluarga suatu hari nanti," katanya ketika ditemui di Dewan Sultan Iskandar, Universiti Teknologi Malaysia (UTM) Skudai di sini.

Hasniah berkata, antara petua kejayaannya adalah belajar secara berkumpulan kerana dengan cara itu dia dapat mengulang kaji pelajaran bersama rakan-rakan dan membantu antara satu sama lain.

Selain bidang akademik, katanya, beliau turut aktif dalam persatuan selain selalu mengikuti aktiviti-aktiviti yang dianjurkan oleh kolej pengajiannya.

''Bagi saya akademik dan kokurikulum sama-sama penting dan sebagai pelajar kita harus pandai membahagikan masa dengan bijak," katanya.

Seramai 1,883 graduan menerima diploma masing-masing dalam pelbagai jurusan dan daripada jumlah tersebut, seramai 486 graduan di bawah Program Diploma Eksekutif daripada 10 buah rakan pintar dan seramai 1,397 graduan di bawah program Diploma Kerjasama UTMSPACE.

Full content generated by Get Full RSS.

SMK Sri Kukup sekolah kedua pilihan Skill-Tech

Posted:

SMK Sri Kukup sekolah kedua pilihan Skill-Tech

SMK Sri Kukup sekolah kedua pilihan Skill-Tech


Nordin Abdul Malek (dua dari kiri) bersama pelajar SMK Sri Kukup selepas majlis pelancaran Kursus Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Pengeluaran Pemprosesan Makanan dan Akualtur di Pontian, baru-baru ini.


PONTIAN 25 Okt. - Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sri Kukup, di sini menjadi sekolah kedua dipilih oleh Institut Skill-Tech bagi menyertai program perintis Agro Remaja selepas SMK Rahmat, Melaka.

Pengerusi Eksekutif Institut Skill-Tech, Nordin Abdul Malek berkata, program latihan selama setahun itu melibatkan pelajar tingkatan empat yang mengambil mata pelajaran vokasional pemprosesan makanan dan akuakultur.

Beliau berkata, program latihan berterusan tersebut diadakan dalam dua kaedah iaitu teori yang dipelajari di sekolah, manakala latihan amali akan dipelajari di Institut Skill-Tech.

"Kebolehan dan minat dalam bidang pertanian dan penyediaan makanan ini perlu dipupuk sejak peringkat sekolah lagi menerusi kaedah pengamalan serta pelaksanaan sebenar dan bukan hanya bersandarkan kepada teori semata- mata.

"Bagi pelajar yang kurang berminat dalam akademik, program latihan ini adalah pilihan terbaik kerana mereka bukan sahaja diajar tentang teori, malah mereka juga akan diajar dalam bentuk latihan di kawasan sebenar," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas majlis Pelancaran Kursus Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Pengeluar Pemprosesan Makanan dan Akuakultur, di sini, baru-baru ini.

Majlis berkenaan dirasmikan oleh Penolong Pegawai Pelajaran Daerah Pontian Unit Teknik dan Vokasional, Abdul Wahid Md, Yusuf.

Turut hadir, Pengarah Institut Skill-Tech, Sharimah Hussain dan pengetua sekolah berkenaan, Zalila Junid.

Seramai 42 pelajar tingkatan empat sekolah berkenaan akan mengikuti kursus selama dua minggu dari 8 hingga 18 November ini bagi mempelajari teori dan akan menjalani latihan amali di Skill-Tech pada 20 hingga 25 November ini.

Nordin berkata, program perintis tersebut juga membolehkan pelajar berkenaan belajar dan memperoleh pengiktirafan SKM sebelum tamat pelajaran mereka.

"Biasanya, mereka yang sudah habis sekolah dan mengikuti kursus latihan sahaja akan diberikan sijil, namun bagi program ini mereka boleh mendapatnya sebelum tamat persekolahan," katanya.

Full content generated by Get Full RSS.
Kredit: www.utusan.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved