Isnin, 1 Ogos 2011

Utusan Online - Jenayah

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Jenayah


Seludup manusia: Polis minta kerjasama Bank Negara

Posted:

Seludup manusia: Polis minta kerjasama Bank Negara

Seludup manusia: Polis minta kerjasama Bank Negara

KUALA LUMPUR 1 Ogos - Polis Diraja Malaysia (PDRM) mendapatkan kerjasama daripada Bank Negara Malaysia (BNM) bagi membanteras sindiket penyeludupan manusia yang menjadikan negara ini sebagai transit ke negara ketiga.

Sumber memberitahu, kerjasama yang dijalankan bertujuan mengesan bukti pengaliran wang masuk dari luar negara terhadap anggota sindiket di negara ini.

Katanya, wang itu dihantar oleh keluarga pelarian dari negara asal mereka yang bertujuan untuk membayar kos transit yang dikenakan anggota sindiket terbabit.

"Bagaimanapun, pengaliran wang masuk bagi tujuan itu sukar dikesan kerana mereka menggunakan khidmat pengurup wang dan bukannya melalui sistem perbankan.

"Sebagai contoh, pelarian di Malaysia akan meminta keluarga mereka untuk menghantar wang mengikut jumlah dituntut sindiket melalui pengurup wang.

"Pelarian kemudian akan menerima kod dari keluarga dan menebus wang tersebut di sini, sebelum diserahkan kepada sindiket," kata sumber itu ketika dihubungi di sini hari ini.

Utusan Malaysia hari ini mendedahkan empat pemberontak Harimau Pembebasan Tamil Eelam (LTTE) adalah antara 45 individu dikesan menjadi ketua sindiket penyeludupan pendatang tanpa izin (PATI) ke negara ini.

Kata sumber itu, tindakan selanjutnya sedang diambil agensi-agensi terbabit termasuk BNM untuk memperhalusi dan menambah baik sistem pengurup wang bagi mengekang sindiket tersebut.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

90,000 warga asing sasaran seludup manusia

Posted:

90,000 warga asing sasaran seludup manusia

90,000 warga asing sasaran seludup manusia

KUALA LUMPUR 1 Ogos - Dianggarkan 90,000 warga asing yang didaftarkan dengan Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu Bagi Orang Pelarian (UNCHR) di Lembah Klang di sini, dikenal pasti menjadi antara sasaran sindiket penyeludupan manusia.

Mereka yang didaftarkan sebagai pelarian dari lebih 20 buah negara itu menjadi sasaran sindiket berkenaan berikutan proses penempatan pelarian ke negara ketiga secara sah mengambil masa lama iaitu tiga hingga lima tahun.

Sumber memberitahu, pelarian yang didaftar di bawah UNCHR terpaksa berbuat demikian untuk menyara kos kehidupan berikutan undang-undang negara ini tidak membenarkan mereka bekerja.

"Sindiket penyeludupan pula mengambil kesempatan itu dengan menawarkan khidmat membawa mereka ke negara ketiga dengan lebih cepat sama ada melalui darat, udara atau laut.

"Ada juga keluarga pelarian yang meminta bantuan sindiket bagi membolehkan ahli keluarga mereka yang berada di Malaysia keluar dari negara ini segera," kata sumber itu ketika dihubungi di sini hari ini.

Utusan Malaysia hari ini mendedahkan empat pemberontak Harimau Pembebasan Tamil Eelam (LTTE) adalah antara 45 individu dikesan menjadi ketua sindiket penyeludupan pendatang tanpa izin (PATI) ke negara ini.

Dalam pada itu, sumber memberitahu, sindiket penyeludupan mengenakan kos transit yang tinggi iaitu AS$15,000 (RM44,500) hingga AS$35,000 (RM104,00) bergantung kepada destinasi.

Bagaimanapun katanya, pelarian perlu membayar wang pendahuluan RM10,000 hingga RM20,000.

"Oleh itu, keluarga pelarian di negara masing-masing terpaksa jual tanah atau harta benda untuk menjelaskan wang pendahuluan tersebut.

"Selepas proses transit selesai, jika bayaran masih belum dijelaskan, pelarian diperas ugut pula sehingga ada terpaksa memperdagangkan diri atau bekerja dengan sindiket jenayah seperti keldai dadah bagi mendapatkan wang segera," katanya lagi.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.
Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Politik

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Politik


Kenapa pertikai pilihan raya?

Posted:

Kenapa pertikai pilihan raya?

Kenapa pertikai pilihan raya?

KUALA LUMPUR 1 Ogos - Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, sebuah pilihan raya yang adil dan telus di negara ini juga tidak wajar dipertikaikan kerana sekiranya sistem demokrasi itu boleh dimanipulasi, maka adalah mustahil untuk pembangkang memenangi pilihan raya tertentu.

Malah, Perdana Menteri turut memberi contoh bagaimana kerajaan Pas berjaya mengekalkan pemerintahan di Kelantan pada pilihan raya 2004 dengan kelebihan satu kerusi yang beza majoritinya hanya dua undi.

''Jika benar kerajaan boleh memanipulasi undi, maka adalah mustahil untuk kita melepaskan Kelantan dengan kemenangan dua undi iaitu di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kemumin, Machang," katanya ketika majlis penutup Persidangan Tahunan Pimpinan Mahasiswa Malaysia 2011, di sini, semalam.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

Pusat hiburan: Lambang kelemahan Pas

Posted:

Pusat hiburan: Lambang kelemahan Pas

Pusat hiburan: Lambang kelemahan Pas

Oleh MOHD. FIRDAUS ISMAIL
pengarang@utusan.com.my

KUALA LUMPUR 1 Ogos - Pertambahan mendadak pusat-pusat hiburan di Kedah merupakan satu perkara mengejutkan bagi sebuah negeri yang diperintah oleh kerajaan yang melaungkan slogan untuk melaksanakan pentadbiran Islam seperti Pas.

Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kedah, Datuk Mukhriz Mahathir (gambar) berkata, pengakuan terbuka oleh Exco Kesihatan negeri itu, Dr. Ismail Salleh bahawa pusat-pusat hiburan tersebut beroperasi secara haram hanya melambangkan kelemahan Pas walaupun sudah tiga tahun berkuasa di Kedah.

"Walaupun kerajaan negeri mengatakan pusat hiburan itu tidak berlesen, namun ia bukanlah bermaksud mereka boleh lepas tangan.

"Ke manakah hilangnya sistem penguatkuasaan Majlis Kerajaan Tempatan di bawah Pas sehingga sesiapa sahaja bebas untuk jalankan aktiviti tidak bermoral secara haram?" katanya dalam satu kenyataan akhbar di sini hari ini.

Mukhriz yang juga Ahli Parlimen Jerlun berkata, apa yang menimbulkan persoalan ialah kegagalan Pas Kedah di bawah pimpinan Datuk Seri Azizan Abdul Razak membendung pertumbuhan pusat hiburan sehingga mereka dilihat seperti tidak berbuat apa-apa untuk mengekang kegiatan itu.

"Pertambahan mendadak pusat hiburan dan rumah urut di sekitar Alor Setar, Sungai Petani dan beberapa bandar lain di negeri itu adalah sesuatu yang mengejutkan bagi sesebuah kerajaan dengan slogan murni seperti Kedah Sejahtera seperti yang dilaungkan oleh Pas," katanya.

Menurut Mukhriz, kegagalan pemimpin negeri itu menangani isu tersebut dengan berkesan juga dapat dilihat apabila Kerajaan Pas Kedah menarik balik larangan ke atas pusat hiburan untuk beroperasi sepanjang Ramadan.

"Pendirian mereka tidak teguh. Awalnya mereka melarang tetapi kemudian diketepikan setelah mendapat tekanan DAP yang turut disokong oleh Parti Keadilan Rakyat (PKR). Mereka (Pas Kedah) mudah mengubah keputusan.

"Jadi, bagaimanakah pemimpin Pas mahu memastikan pusat-pusat hiburan (haram) berkenaan tidak dikunjungi oleh umat Islam termasuk pada bulan puasa?" katanya.

Menurut Mukhriz, rakyat Kedah juga tertanya-tanya adakah Kerajaan Pas Kedah takut dengan tekanan DAP dan juga ugutan para pengusaha pusat hiburan yang berselindung di belakang DAP.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.
Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Sukan

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Sukan


Akhirnya Rajagobal panggil Zamani

Posted:

Akhirnya Rajagobal panggil Zamani

Akhirnya Rajagobal panggil Zamani

Oleh ABDUL HAFIZ AHMAD
hafiz.ahmad@utusan.com.my


Norhafiz Zamani Misbah (kiri) mempamer persembahan baik ketika Pilihan Malaysia menentang Chelsea dalam aksi persahabatan, sehingga ramai yang meminta dia disenaraikan untuk perlawanan Kelayakan Piala Dunia menentang Singapura, baru-baru ini.


KUALA LUMPUR - Melihatkan betapa rapuhnya bahagian pertahanan skuad negara yang mudah dirobek Singapura sehingga tersingkir pada pusingan kedua Kelayakan Piala Dunia 2014, Khamis lalu, barulah Datuk K. Rajagobal kembali memanggil semula tonggak berpengalaman, Norhafiz Zamani Misbah.

Bek tengah Negeri Sembilan berusia 30 tahun ini mendapat tempat di hati ketua jurulatih negara itu untuk latihan pusat menjelang dua perlawanan bola sepak persahabatan antarabangsa di Oman, antara 8 hingga 10 Ogos dan di satu lagi tempat yang akan ditentukan, antara 11 hingga 15 Ogos.

Penyenaraian semula Norhafiz Zamani yang mengemudi bahagian pertahanan Pilihan Malaysia menentang Chelsea, turut ada kaitannya dengan 'kehilangan' tiga tulang belakang Harimau Malaya, Fadhli Shas, Muslim Ahmad dan Mahalli Jasuli yang ke Slovakia bagi siri persahabatan persediaan ke pusingan akhir Kelayakan Olimpik 2012, bulan depan.

Selain itu, skuad negara terpaksa melupakan seketika khidmat seorang lagi tonggak pertahanan, Aidil Zafuan Radzak yang dikeluarkan kerana kecederaan lama kakinya yang berulang pada minit ke-23 perlawanan yang menyaksikan kita diikat Singapura 1-1 di Stadium Nasional.

Siaran media Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) semalam, menyebut seramai 25 pemain dinamakan ke kem latihan itu dengan pemain tengah Terengganu, Joseph Kallang Tie dan dua pemain Kedah, Khyril Muhymeen Zambri serta Azmi Muslim merupakan antara tonggak lain yang berpengalaman antarabangsa.

Juga disenaraikan semula ialah 'Harimau Berantai' Malaya, Safee Sali yang menjaringkan tiga gol ke atas Singapura lalu selain penjaga gol, Farizal Marlias yang mempamerkan persembahan cemerlang ketika berdepan Chelsea, dengan kesemuanya dikehendaki melapor diri ke Wisma FAM, Kelana Jaya mulai 4 petang esok.

Biarpun sudah terkeluar daripada perebutan tiket ke Brazil 2014, dua perlawanan antarabangsa ini masih mampu mempengaruhi ranking ke-146 dunia Malaysia yang hanya dikemaskinikan sehari sebelum disekat Singapura 6-4 secara agregat dalam pusingan kedua Kelayakan Piala Dunia.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

Azizulhasni mungkin tidak sertai Universiade

Posted:

Azizulhasni mungkin tidak sertai Universiade

Azizulhasni mungkin tidak sertai Universiade


AZIZULHASNI aWANG


KUALA LUMPUR - Malaysia bakal kehilangan satu pingat emas daripada Sukan Universiti Dunia (Universiade) di China selepas jaguh berbasikal trek negara Azizulhasni Awang mungkin tidak beraksi pada temasya itu yang akan berlangsung dari 12 hingga 23 Ogos nanti.

Walaupun tiada kenyataan rasmi daripada Majlis Sukan Universiti Malaysia (Masum), difahamkan bahawa Azizulhasni tidak akan mengambil bahagian pada temasya dwitahunan itu.

Ada ura-ura mengatakan bahawa ketua jurulatih kebangsaan, John Beasley tidak membenarkan anak didiknya menyertai temasya tersebut kerana bimbang akan menjejaskan tumpuan Azizulhasni ke Sukan Olimpik London 2012.

Pengurus skuad berbasikal negara ke Universiade 2011, Zufri Yazid berkata, pihaknya bagaimanapun masih belum menggugurkan nama Azizulhasni dalam senarai skuad berbasikal kerana masih menunggu jawapan daripada Majlis Sukan Negara (MSN) dan Insitut Sukan Negara (ISN).

"Nama Azizulhasni masih belum digugurkan kerana kita masih mengharapkan beliau akan dapat bersama kami.

"Sekiranya beliau tidak dapat ikut serta, kita hanya akan membuat penarikan diri sebelum kejohanan," katanya semalam.

Beliau berkata, bagaimana pun skuadnya tetap optimis meletakan sasaran satu pingat tanpa mengira warna.

"Saya yakin salah seorang daripada tiga pelumba iaitu Mohammad Akmal Amrun, Muhammad Rauf Nur Misbah dan Kimbeley Yap Fui Li mampu membawa balik sekurang-kurangnya satu pingat tanpa mengira warna dari Shenzhen," katanya.

Zufri berkata, ketiga-tiga atlet tersebut kini menjalani latihan persiapan menghadapi Sukan SEA, Indonesia 2011 di Chiang Mai, Thailand sebelum berangkat ke Shenzhen pada 10 Ogos nanti.

Malaysia akan mengambil bahagian dalam 13 jenis sukan di Universiade iaitu renang, terjun, badminton, catur, berbasikal, bola sepak, gimnastik, golf, lawan pedang, memanah, menembak, olahraga dan taekwondo.

Antara atlet elit yang akan mengambil bahagian pada temasya kali ini ialah Pandelela Renong dan Leong Mun Yee (terjun), Bryan Nickson Lomas (terjun), Khoo Cai Lin (renang), Zulfadli Zulkifli (badminton) serta Wan Mohd Khalmizam Wan Abd Aziz dan Chen Chu Sian (memanah). - Bernama

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.
Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Mahkamah

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Mahkamah


KDSB nilai tanah harga tinggi

Posted:

KDSB nilai tanah harga tinggi

KDSB nilai tanah harga tinggi


LING Liong Sik ketika hadir menghadapi perbicaraan kes menipu Jemaah Menteri di Mahkamah Teknologi, Jalan Duta, Kuala Lumpur, semalam.


KUALA LUMPUR 1 Ogos — Seorang saksi dalam perbicaraan melibatkan bekas Menteri Pengangkutan, Tun Dr. Ling Liong Sik hari ini memberitahu Mahkamah Tinggi di sini bahawa wakil Kuala Demensi Sdn. Berhad (KDSB) membuat penilaian harga tanah yang lebih tinggi berbanding penilaiannya.

Bekas Penolong Pengarah Penilaian Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta, Kementerian Kewangan, (JPPH) Teo Lee Lee berkata, KDSB menerusi Azmi & Company menetapkan RM29 sekaki persegi (skp) bagi 830 ekar (335.32 hektar) tanah di Mukim Klang.

Teo berkata, menurut penilaiannya, bagi tanah yang mempunyai akses asas seperti jalan dan infrastruktur, nilainya adalah RM17 skp dan RM13.50 skp bagi yang tidak mempunyai akses asas.

"Saya pernah pergi ke kawasan ini; yang ditambun 500 ekar sahaja, bakinya adalah tanah paya," katanya yang kini telah bersara.

Teo merupakan saksi pendakwaan pertama dalam perbicaraan kes Dr. Ling yang dituduh menipu Kerajaan Malaysia dengan secara sengaja tidak mendedahkan kepada Jemaah Menteri fakta berkaitan kadar faedah sebanyak 7.5 peratus setahun adalah kadar faedah tambahan kepada harga pembelian tanah pajakan negeri 7324 Lot 67894 yang berasaskan RM25 sekaki persegi (skp) iaitu RM1,088,456,000 sedangkan beliau tahu bahawa JPPH dalam menentukan nilai kadar RM25 skp telah pun mengambil kira kadar kupon/faedah.

Beliau juga didakwa atas dua tuduhan pilihan (pindaan) iaitu menipu dan sengaja tidak mendedahkan kepada Jemaah Menteri fakta berkaitan kadar faedah sebanyak 7.5 peratus setahun adalah kadar faedah tambahan kepada harga pembelian tanah pajakan 7324 Lot 67894 yang berasaskan RM25 skp iaitu RM1,088,456,000 sedangkan beliau tahu JPPH dalam menentukan nilai kadar RM25 skp telahpun mengambil kira kadar kupon/faedah. Berhubung nilai yang ditetapkan (RM17 skp), Teo berkata beliau membuat keputusan itu setelah membandingkan kadar nilai tanah di kawasan berdekatan, seperti Central Spectrum (M) Sdn. Bhd. yang memajukan perindustrian di Pulau Indah.

Katanya, penilaian itu adalah penilaian kedua yang dilakukannya di kawasan yang sama cuma berlaku pertambahan jumlah keluasan tanah iaitu daripada 400 kepada 830 ekar.

Bagi penilaian pertama iaitu pada 5 Dis 1998, Teo berkata, beliau masih menetapkan pada kadar RM17 skp dan mengekalnya bagi kali kedua iaitu pada April 2000.

Teo berkata, nilai yang dicadangkannya turut mengambil kira pasaran harta pada tahun 1998 yang lembab disebabkan kegawatan ekonomi di negara dan di rantau Asia Tenggara yang telah menjejaskan pelaburan dan permintaan hartanah industri dan perniagaan.

Sementara itu, bekas Ketua Pengarah JPPH Shah Alam, Datuk Sahari Mahadi memberitahu bahawa beliau diarahkan oleh Lembaga Pelabuhan Klang (LPK) untuk membuat penilaian kadar tanah bagi tanah seluas 830 ekar di Pulau Indah.

Sahari yang merupakan saksi kedua pendakwaan berkata, mengikut penilaian kadar tanah bagi projek Zon Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ) itu, harga bagi sekaki persegi tanah itu ialah RM18.

"Harga asal bagi nilai tanah adalah RM18 sekaki persegi, bagaimanapun ia dinaikkan kepada RM21 sekaki persegi berdasarkan penilaian nilai-nilai khas," katanya Sahari berkata harga RM21 satu kaki persegi itu turut dipersetujui oleh pembeli iaitu KDSB.

Beliau turut menjelaskan bahawa harga RM21 sekaki persegi adalah bagi pembayaran yang dibuat secara tunai manakala harga RM25 sekaki persegi adalah harga untuk pembayaran yang dibuat secara tunggakan.

"Berdasarkan jadual pembayaran, harga RM21 sekaki persegi akan dibuat secara tunai manakala harga RM25 sekaki persegi jika ia dibayar secara tunggakan,"katanya.

Prosiding bersambung esok. — Bernama

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

Bicara dalam perbicaraan tamat, hujah hari ini

Posted:

Bicara dalam perbicaraan tamat, hujah hari ini

Bicara dalam perbicaraan tamat, hujah hari ini


N. PATHMANABHAN (depan, tiga dari kiri) bersama tiga pekerja ladangnya hadir pada perbicaraan kes pembunuhan ahli perniagaan Sosilawati Lawiya dan tiga rakannya di Mahkamah Tinggi Shah Alam, semalam.


SHAH ALAM 1 Ogos - Pihak pendakwaan hari ini mengakhiri prosiding bicara dalam perbicaraan (TWT) bagi menentukan sama ada rakaman percakapan pekerja ladang, U. Suresh kepada pihak polis boleh diterima sebagai bahan bukti selepas seorang pegawai penyiasat kes itu selesai memberi keterangan di Mahkamah Tinggi di sini.

Hakim Datuk Akhtar Tahir mengarahkan pihak-pihak terbabit berhujah esok selepas Timbalan Pendakwa Raya, Ishak Mohd. Yusoff memaklumkan pihaknya tidak berhasrat untuk memanggil saksi lain selepas Asisten Supritendan (ASP) Mohd. Ishak Yaakob selaku saksi keempat prosiding tersebut.

Terdahulu, peguam Gurbachan Singh memberitahu bahawa pihak pembelaan sepakat untuk tidak memanggil mana-mana saksi termasuk Suresh atas dakwaan pihaknya tiada kes untuk dijawab kerana pihak pendakwaan gagal membuktikan elemen bahawa Suresh yang memberikan isi kandungan kenyataan tersebut.

Pada prosiding hari ini, Hakim Akhtar turut membenarkan permohonan pihak pembelaan agar cakera padat (CD) yang mengandungi rakaman video sesi rakaman percakapan Suresh tidak diterima masuk sebagai bahan bukti dengan alasan ia tidak lengkap kerana audio yang kurang jelas.

Rakaman percakapan itu dibuat oleh Penyelia Jurugambar Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Alor Gajah, Melaka, Sarjan Abdul Hadi Ismail dengan menggunakan lima keping CD yang setiap satu mempunyai durasi antara 33 minit ke satu jam.

Dalam kes ini, bekas peguam, N. Pathmanabhan, 42; bersama tiga pekerja ladangnya, Thilaiyalagan, 20, Matan, 21, dan Kathavarayan, 31, didakwa membunuh jutawan kosmetik, Datuk Sosilawati Lawiya, 47; pemandunya, Kamaruddin Shamsuddin, 47; peguam, Ahmad Kamil Abd. Karim, 32; dan pegawai Bank CIMB cawangan Kampung Baru, Noorhisham Mohamad, 38.

Kejadian didakwa berlaku di Lot No. 2001, Jalan Tanjung Layang, Tanjung Sepat, Banting dekat sini antara pukul 8.30 malam dan 9.45 malam, 30 Ogos tahun lalu.

Mereka dibicarakan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama yang memperuntukkan hukuman mati mandatori jika sabit kesalahan.

Sementara Suresh bersama seorang lagi pekerja ladang, K. Sarawanan dihukum penjara 20 tahun bagi kesalahan membakar kesemua mangsa dan membuang abu mayat mereka.

Dia yang merupakan saksi pendakwaan ke-29 dalam kes induk didakwa telah memberi 22 keterangan bercanggah dengan kenyataan yang dirakam di bawah Seksyen 112 Kanun Tatacara Jenayah pada 26 Oktober 2010.

Berikutan itu, pihak pendakwaan memohon untuk mencabar kebolehpercayaan saksi itu yang membawa kepada TWT selepas lelaki terbabit tidak mengakui isi kandungan kenyataan diberikan olehnya.

Terdahulu, Mohd. Ishak dalam keterangannya memberitahu, dia membuat rakaman percakapan kali kedua ke atas pekerja Ladang Gadong itu atas inisiatifnya sendiri terutama selepas mendengar bahawa pihak pendakwaan berhasrat untuk memanggil Suresh sebagai saksi.

Sementara itu, Koperal Kamaluddeen Abdul Kareem yang bertindak sebagai jurubahasa Tamil sewaktu rakaman percakapan dibuat memberitahu, dia mempunyai kelayakan sebagai penterjemah sejak 1999.

Dia juga telah menduduki ujian kelayakan di Mahkamah Kuala Lumpur dan turut menerima elaun bulanan sebagai jurubahasa Tamil.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.
Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Luar Negara

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Luar Negara


Sidang khas Majlis Keselamatan

Posted:

[unable to retrieve full-text content]DAMSYIK 1 Ogos - Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa- Bangsa Bersatu (PBB) hari ini diminta mengadakan satu sidang khas bagi membincangkan keadaan di Syria selepas pasukan keselamatan negara ini membunuh hampir 140 penunjuk perasaan dalam satu demonstrasi bantahan anti Bashar al-Assad.

Polis Australia diberi kuasa guna kekerasan

Posted:

[unable to retrieve full-text content]SYDNEY 1 Ogos - Perdana Menteri Australia, Julia Gillard hari ini berkata, polis negara ini diberi kuasa untuk menggunakan kekerasan bagi memaksa pencari suaka politik menaiki pesawat untuk dihantar ke Malaysia.
Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Pahang

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Pahang


Pupuk semangat patriotisme

Posted:

Pupuk semangat patriotisme

Pupuk semangat patriotisme

Oleh SALEHUDIN MAT RASAD
utusanterengganu@utusan.com.my


SEBAHAGIAN kadet membaca doa sempena perasmian Perkhemahan Pertahanan Awam Peringkat Kebangsaan di Bandar Tun Abdul Razak, Jengka, Pahang, baru-baru ini.


MARAN 1 Ogos - Perkhemahan Kadet Pertahanan Awam Malaysia (KPAM) peringkat kebangsaan di sini membabitkan 1,600 anggota berjaya mencapai matlamatnya dalam usaha mengukuh integrasi nasional dan memantapkan dan memupuk semangat patriotisme, disiplin serta nilai kerjasama.

Perkhemahan itu sebagai pentas bagi pelajar bersaing secara sihat dan mengekalkan semangat berpasukan serta setiakawan.

Perkhemahan enam hari baru-baru ini di Pusat Latihan Pertahanan Awam Wilayah Timur (PULAPAT), Bandar Tun Abdul Razak Jengka dekat sini menguji kemahiran kadet dan menilai tahap kemampuan peserta KPAM.

Program itu dirasmikan oleh Pengarah Jabatan Pertahanan Awam Pahang, Kolonel (PA) Che Othman Hussin.

Hadir sama, Pengarah Pelajaran Pahang, Datuk Mazlan Mohamad, Ketua Sektor Pembangunan Kemanusiaan Jabatan Pelajaran negeri, Mohd. Nadzri Ab. Wahab dan Pengelola Kanan Bahagian Kokurikulum dan Kebudayaan Kementerian Pelajaran, Wan Mohd. Ariffin Wan Hussien dan Timbalan Komandan Pusat Latihan Bomba Wilayah Timur, Hasmi Ghazali.

Che Othman berkata, penyertaan dari pelajar sekolah menengah itu dapat memupuk disiplin dan semangat berpasukan berteraskan toleransi tanpa mementingkan diri sendiri.

Sehubungan itu, beliau mengingatkan pelajar negeri ini lebih fokus menyertai kegiatan kokurikulum kerana falsafahnya mendidik pewaris bangsa yang patriotik.

Mazlan pula berkata, Kementerian Pelajaran mewajibkan pelajar menyertai kegiatan kokurikulum supaya bersemangat waja, cekal dan tidak mudah terpedaya dengan tohmahan dan fitnah.

Menurut beliau, pelajar yang menganggotai badan beruniform perlu menghayati dan melaksanakan aktiviti dengan bersungguh-sungguh kerana ia memberi impak positif terhadap diri, keluarga dan negara.

''Sebagai contoh pelajar yang menyertai aktiviti kokurikulum mengajar mereka erti kepayahan, rintangan, semangat kerjasama dan cekal menghadapi cabaran tanpa mudah mengalah.

''Elemen inilah yang diperlukan negara apabila mereka menjadi pemimpin dan ahli masyarakat yang memiliki nilai-nilai kemanusiaan sejagat dan mempertahankan maruah bangsa, agama serta negara,'' katanya.

Hasmi pula menyifatkan perkhemahan KPAM sangat berjaya dan menepati matlamat.

''Setiap ahli kadet menjalani pelbagai aktiviti termasuk mendaki Gunung Senyum bagi menguji semangat berpasukan, setiakawan, gigih, cekal menghadapi rintangan," katanya.

Bagi Guru KPAM Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Astaka, Kuantan, Sri Sukma Sumario, 41, pasukan Kadet Pertahanan Awam dapat membentuk masyarakat terutama pelajar melalui pelbagai aktiviti kesukarelaan dan mencerna modal insan lebih dinamik.

''Pembabitan aktif kadet dalam perkhemahan ini dapat memberi kemahiran dalam aspek pertolongan cemas, menghadapi kebakaran dan menyelamat," jelasnya.

Seorang lagi guru SMK Sri Mahkota, Kuantan, Maseri Ismail, 43, berpendapat, pengukuhan falsafah dalam jiwa ahli KPAM akan mendorong mereka memberi perkhidmatan sukarela kepada sesiapa yang memerlukan tanpa mengira bangsa, agama dan fahaman.

''Di samping itu, kurikulum KPAM menanam semangat kerjasama, bertanggungjawab, berperikemanusiaan, taat setia dan cintakan sekolah,'' katanya.

Sementara itu, pelajar tingkatan lima SMK Padang Piol, Jerantut, Norhana Ahmad, 17, mengakui sangat teruja menyertai perkhemahan tersebut kerana dapat memupuk semangat semangat hormat-menghormati dan kejujuran selari dengan gagasan 1Malaysia.

Dua pelajar SMK Jengka 18 dekat sini, Faridah Zainol, 16, dan Fainur Hidayah Ismail, 17, berkata, aktiviti yang disertai dalam perkhemahan itu dapat mencungkil dan memupuk nilai serta etika kepimpinan yang diperlukan pelajar sebagai persediaan menjadi pemimpin akan datang.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

Pertahan perpaduan demi kemakmuran negara

Posted:

Pertahan perpaduan demi kemakmuran negara

Pertahan perpaduan demi kemakmuran negara

MARAN 1 Ogos - Rakyat pelbagai kaum diingatkan mempertahankan perpaduan yang dinikmati demi kelangsungan kemakmuran negara pada masa akan datang.

Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Lee Chee Leong berkata, rakyat yang patriotik wajib mempertahankannya kerana kegagalan berbuat demikian akan membawa keburukan kepada negara.

Beliau menegaskan, KDN tidak akan berkompromi dengan mana-mana pihak yang cuba membawa budaya buruk seperti berdemonstrasi yang boleh menjejaskan ketenteraman awam yang menyusahkan rakyat.

''Peliharalah kemakmuran, kukuhkan perpaduan dan serlahkan patriotisme kerana ia resipi penting ke arah kemajuan dan kemakmuran negara.

''Jangan bersimpati atau menyokong mana-mana kumpulan tertentu yang ada agenda memburuk-burukkan imej negara kerana implikasinya ditanggung rakyat,'' katanya.

Beliau berucap menutup Perkhemahan Integrasi Kadet Pertahanan Awam Malaysia (KPAM) peringkat kebangsaan Ke-10 di Pusat Latihan Pertahanan Awam Wilayah Timur (PULAPAT), Bandar Tun Abdul Razak, Jengka dekat sini baru-baru ini.

Chee Leong menegaskan, gagasan 1Malaysia yang dicetuskan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak sangat murni demi perpaduan kaum.

tegasnya, pihaknya tidak akan berkompromi dan bertindak tegas dengan mana-mana pihak yang cuba menggugat kemakmuran negara.

Dalam perkembangan berkaitan katanya, sehingga Mei lalu, seramai 41,521 pelajar menganggotai KPAM di 710 sekolah seluruh negara.

Beliau memberitahu, pihaknya turut memberi pengiktirafan kepada guru penyelaras atau guru penasihat kadet untuk diwatikahkan sebagai pegawai kehormat dan pegawai bersekutu.

Katanya, perkhemahan KPAM dapat melatih kadet tanpa mengira bangsa mempelajari pelbagai kemahiran.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

Penduduk masih abai kebersihan

Posted:

Penduduk masih abai kebersihan

Penduduk masih abai kebersihan

Oleh M. RIZAL NOR
utusanpahang@utusan.com.my


Wan Norizan (dua dari kanan) membersih sebuah rumah yang dipenuhi sampah bersama penduduk Kampung Mat Kilau, Jerantut, kelmarin.


JERANTUT 1 Ogos - Majlis Daerah Jerantut (MDJ) kesal dengan sikap penduduk di beberapa kawasan perumahan di daerah ini yang mengabaikan kebersihan di kawasan persekitaran rumah masing-masing.

Setiausaha MDJ, Wan Norizan Wan Badaruzzaman menegaskan, kebanyakan penduduk membiarkan persekitaran rumah dipenuhi sampah dan semak-samun sehingga menjadi punca pembiakan nyamuk aedes.

"Ini dapat dilihat setiap kali kami mengadakan gotong-royong bersama penduduk di beberapa kawasan perumahan yang telah dipilih oleh MDJ," katanya kepada Utusan Malaysia ketika mengadakan gotong -royong di Kampung Mat Kilau di sini semalam.

Gotong-royong tersebut turut melibatkan Jabatan Bomba dan Penyelamat Jerantut, Jabatan Kesihatan dan Alam Flora Sdn. Bhd. (Alam Flora).

Wan Norizan berkata, penduduk masih memandang ringan mengenai tanggungjawab mereka untuk menjaga kebersihan persekitaran rumah masing-masing.

"Saya terkejut melihat banyak sampah di keliling rumah dan di dalam longkang selain semak-samun seolah-oleh kawasan tersebut tidak berpenghuni," ujarnya.

Berikutan itu, kata beliau, pihaknya terpaksa mengadakan gotong-royong bersama penduduk di kawasan perumahan di daerah ini sebanyak dua kali sebulan.

"Terdapat 63 jawatankuasa perwakilan penduduk di sini dan kita akan pilih dua kawasan perumahan untuk dibersihkan supaya kelihatan ceria dan bebas daripada wabak penyakit terutama denggi," jelasnya.

Dalam pada itu, beliau menyeru penduduk menjadikan amalan kebersihan di dalam dan luar rumah sebagai tanggungjawab bersama.

Sementara itu, Pengerusi Rukun Tetangga Kampung Mat Kilau, Abdul Satar Jalil, 37, turut kecewa dengan sikap penduduk di kawasan berkenaan kerana mereka tidak menjaga kebersihan dengan baik.

"Sejak dua tahun lalu, beberapa penduduk di sini disahkan menghidap denggi termasuk denggi berdarah namun, masyarakat masih lagi memandang remeh perkara ini.

"Saya hairan kenapa mereka sanggup membiarkan kawasan rumah dipenuhi sampah dan semak sedangkan di situlah tempat mereka berteduh," kata beliau.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.
Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Rencana

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Rencana


Cabaran UMNO Kedah

Posted:

Cabaran UMNO Kedah

Cabaran UMNO Kedah

Oleh ZULKIFLEE BAKAR
pengarang@utusan.com.my

BARU-baru ini dalam satu pertemuan, seorang pemimpin veteran UMNO memberitahu penulis bahawa Kedah merupakan salah sebuah negeri yang Barisan Nasional (BN) mempunyai peluang cerah untuk merampasnya kembali daripada pembangkang.

Pelbagai kemelut yang melanda pentadbiran kerajaan negeri di bawah Pas kini memungkinkan BN mempunyai harapan untuk meraih kembali sokongan rakyat di negeri Jelapang padi tersebut.

Namun begitu persoalan yang bermain di fikiran banyak pihak termasuk pemimpin veteran tersebut ialah sejauh manakah pemimpin-pemimpin UMNO dan BN di Kedah benar-benar bersedia untuk melunaskan misi berkenaan.

Semua orang Kedah tahu, Pas yang dibantu oleh Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan DAP tidaklah sehebat mana di negeri berkenaan.

Lawatan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak ke Kedah, pada Khamis lalu dikatakan banyak menyuntik semangat dan memberikan isyarat kepada rakyat Kedah bahawa mereka perlu menyokong BN.

Keprihatinan Perdana Menteri yang bersedia meluangkan masa melakukan tinjauan mesra dan meluluskan peruntukan sebagai RM1.12 juta bagi membina sebuah masjid di Taman Wira Mergong, di Alor Setar turut membantu meningkatkan imej BN.

Tetapi soalnya, sejauh manakah UMNO dan BN Kedah di bawah kepimpinan Datuk Ahmad Bashah Md.Hanipah mampu merebut peluang untuk memastikan sokongan rakyat kembali kepada parti berkenaan.

Ketika berbual-bual dengan seorang pemimpin UMNO Kedah di Kuala Lumpur baru-baru ini, penulis mendapati terlalu banyak kelemahan yang perlu diperbaiki oleh Ahmad Bashah dan pemimpin parti berkenaan jika mereka mahu menegakkan kembali panji-panji BN di negeri itu.

Perkara yang paling ketara ialah sehingga kini biar pun Kedah sudah jatuh ke tangan pembangkang masih belum ada kesedaran di kalangan pemimpin-pemimpin UMNO untuk berhenti berpolitik sesama mereka.

Sama ada hendak diakui atau tidak berdasarkan maklumat yang diterima oleh penulis, daripada keseluruhan 15 bahagian UMNO di Kedah, 10 daripadanya bermasalah. Ia berpunca daripada politiking sesama sendiri - satu 'penyakit' yang tidak pernah mampu diubati dalam UMNO sejak dulu lagi.

Mungkin akan ada pemimpin UMNO akan menganggap tulisan ini ibarat membuka pekung di dada atau satu rekaan tetapi hakikat tetap hakikat, fakta tetap fakta.

Pemimpin-pemimpin UMNO Kedah perlu insaf bahawa mereka bukan pemerintah di negeri berkenaan tetapi pembangkang, oleh itu sikap dan tindakan serta semangat perlu berteraskan kepada keazaman untuk merampas kembali negeri itu daripada Pas, PKR dan DAP.

''Masalah utama ialah hendak mencari calon, kita kena akui sampai sekarang belum ada calon yang paling sesuai bagi memenuhi apa yang dipanggil 'calon boleh menang' seperti mana dikehendaki oleh Perdana Menteri,'' kata pemimpin UMNO tersebut.

Keadaan menjadi bertambah rumit apabila masalah dalaman di 10 bahagian berkenaan masih juga tidak selesai-selesai, biar pun UMNO sudah jadi pembangkang di Kedah.

Masing-masing masih lagi hendak 'mempromosikan' diri sendiri dan merasakan paling layak untuk menjadi calon, biarpun ada antara mereka yang ditafsirkan, ''umum nama sahaja pun dah kalah.''

Kesudahannya di sesetengah bahagian yang bermasalah ini wujud sekurang-kurangnya enam 'war lord' yang mempunyai pengikut masing-masing iaitu ketua bahagian, timbalan ketua bahagian, naib ketua, ketua Wanita, ketua Pemuda dan ketua Puteri.

Justeru jika salah seorang dipilih sebagai calon belum tentu yang lain akan menyokong sebaliknya akan wujudnya apa yang orang Kedah panggil 'das kaki' atau orang Kelantan kata 'cah keting'.

Walaupun perbalahan ini tidaklah begitu ketara 'di permukaan' tetapi rakyat di kawasan-kawasan terlibat amat memahami kemelut yang berlaku justeru semua itu hanya merugikan UMNO dan BN.

Keadaan menjadi bertambah buruk apabila ada dakwaan bahawa Ahmad Bashah sebagai pengerusi perhubungan UMNO negeri tidak mempunyai cengkaman bagi mengatasi kemelut yang berlaku. Malahan Ahmad Bashah juga dikatakan terlalu bergantung kepada pucuk pimpinan parti untuk melaksanakan sesuatu program.

Ahmad Bashah dan seluruh kepimpinan Kedah perlu menunjukkan kesungguhan untuk merampas negeri itu daripada Pas.

Setakat ini kita memuji kelantangan UMNO Kedah mendedahkan kepincangan pentadbiran Kerajaan Pas tetapi ia belum mencukupi bagi menjana kemenangan, jika di dalam UMNO sendiri masih ada kelemahan yang tidak diperbaiki.

Kita yakin sebagai seorang yang cukup berpengalaman dalam berpolitik, Ahmad Bashah mampu mengendalikan keadaan, apa yang diperlukan daripada beliau ialah keberanian membuat keputusan dan bertindak.

Jika benar pemimpin-pemimpin UMNO dan BN di Kedah mahu menang dalam pilihan raya mereka perlu bersatu padu dan mengukuhkan perpaduan sesama mereka.

Tindakan bertelingkah dalam mesyuarat bahagian adalah sesuatu perbuatan yang memalukan kerana UMNO bukannya pemerintah tetapi pembangkang.

Kalau berada dalam kedudukan pembangkang pun masih belum mahu insaf lagi, apakah pemimpin UMNO Kedah hanya akan sedar apabila parti itu terus ditolak selama-lamanya di negeri berkenaan?

Oleh itu adalah wajar jika pemimpin-pemimpin UMNO Kedah memahami cabaran besar yang ada di hadapan mereka, bersatulah dalam satu barisan dan perkukuhkanlah kedudukan.

Banyakkan program-program untuk memenangi hati rakyat seperti mana diusahakan oleh Najib dan Timbalannya, Tan Sri Muhyiddin Yassin. Janganlah pemimpin UMNO Kedah hanya bijak mengatur strategi untuk menjatuhkan lawan politik daripada parti sendiri tetapi beku mindanya dalam menumbangkan pembangkang.

Satu fakta yang harus difahami ialah pembangkang tidaklah sekuat mana di Kedah dan senario 2008 tidak lagi menghantui BN sehingga memungkinkan rakyat akan terus menolak parti itu.

Justeru inilah kesempatan terbaik kepada UMNO Kedah untuk bangkit semula dan ia hanya akan tercapai jika pemimpin-pemimpin parti itu bak kata salah seorang daripada mereka menyingkirkan tindakan'marahkan dua ekor nyamuk, satu kelambu dibakar'.

Apakah maksud tindakan berkenaan? Terserahlah kepada pemimpin-pemimpin UMNO di Kedah memikirkannya, apa yang pasti selagi mereka tidak meletakkan kepentingan parti mengatasi segala-galanya, bukan kata 'kelambu', bilik tidur pun boleh hangus bersama-sama akibat 'panas bahang' politiking sesama sendiri.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

Pahlawan negara dikenang sepanjang zaman

Posted:

Pahlawan negara dikenang sepanjang zaman

Pahlawan negara dikenang sepanjang zaman

Oleh FAUZIAH AROF
rencana@utusan.com.my


Kerajaan mengenang jasa bekas-bekas anggota keselamatan dengan mengurniakan pingat dan pelbagai bantuan lain. - gambar hiasan


RAMAI dalam kalangan kita dilahirkan semasa negara ini sudah bebas daripada belenggu penjajahan. Maka pahit getirnya mengharungi zaman-zaman gelap, sukar dan duka itu, tidak dapat digambarkan melainkan sekadar mengetahuinya dengan membaca buku-buku sejarah atau mendengar cerita-ceritanya sahaja.

Justeru apabila negara menyambut Hari Pahlawan setiap tahun pada tanggal 31 Julai, ramai terutamanya generasi muda yang tidak ambil kisah, membiarkan ia berlalu tanpa rasa apa-apa, dan tidak kurang juga tidak mengetahui bahawa tarikh itu merupakan Hari Pahlawan. Sedangkan hari berkenaan adalah lebih besar pengertiannya daripada memperingati kekasih.

Setiap tahun negara ini menyambut Hari Pahlawan sebagai mengenang jasa dan bakti para pahlawan yang gugur semasa menabur bakti mempertahankan agama, bangsa dan negara.

Pada hari tersebut, pelbagai acara diadakan bagi mengenang jasa semua pasukan keselamatan tidak kira tentera atau polis sebelum dan selepas Malaysia merdeka.

Pengorbanan yang dilakukan golongan ini adalah yang tertinggi dalam hidup seorang manusia yang tidak semua orang boleh menikmatinya atau melaksanakannya tanpa ada cukup keberanian, rasa tanggungjawab dan semangat cintakan kepada negara yang menggunung.

Maka sesiapa yang melaksanakan pengorbanan ini telah menabur jasa dan bakti yang bukan sedikit. Mereka ini sanggup menggadaikan nyawa, meninggalkan keluarga tersayang dan segala-galanya demi keamanan negara dan keselamatan penduduk yang lain.

Ada juga yang kehilangan anggota seperti kaki akibat terkena jerangkap samar, dan mengalami kecacatan-kecacatan lain. Mereka terpaksa mengharungi hidup ini dengan kecacatan itu seumur hidup - segala-galanya demi negara.

Justeru, Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin pada istiadat sambutan Hari Pahlawan 2011 yang diadakan di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur kelmarin menyeru seluruh rakyat Malaysia agar meningkatkan lagi semangat kepahlawanan, patriotisme, kesetiaan, kecintaan dan sanggup berkorban untuk negara.

Seri Paduka juga menegaskan, semangat berkenaan perlu dipupuk dan disemarakkan sepanjang masa bagi menghargai dan mengenang jasa para pahlawan yang sanggup melakukan pengorbanan tertinggi demi kedaulatan negara tercinta.

"Sesungguhnya, negara dan rakyat amat terhutang budi kepada mereka sekalian (pahlawan negara). Hakikatnya, keamanan, kestabilan dan kesejahteraan yang negara nikmati pada hari ini tidak akan dapat kita capai tanpa pengorbanan yang dilakukan oleh mereka," titah Seri Paduka.

Walaupun negara sudah lama merdeka, rakyat perlu memiliki semangat yang sama seperti pahlawan dan wira negara yang menentang komunis dulu, dalam menghadapi anasir-anasir luar kini yang cuba menyebarkan dakyah negatif, bertujuan memecahbelahkan perpaduan kaum dan menghancurkan apa yang telah dibina oleh rakyat atas semangat itu sebelum ini.

Atas pengorbanan besar pahlawan ini juga, kerajaan begitu mengambil berat kebajikan mereka. Sebagai mengiktiraf jasa dan pengorbanan pahlawan negara ini, pelbagai penghargaan dan pingat kebesaran serta keberanian telah dianugerah kepada mereka.

Tidak dilupakan juga pelbagai bentuk bantuan yang disalurkan kepada mereka atau keluarga mereka.

Maka, sudah sewajarnya juga, rakyat tanpa mengira keturunan dan kepercayaan dalam semangat 1Malaysia bersama-sama memberi penghargaan dalam apa jua bentuk, sama ada bantuan atau sokongan kepada para pahlawan negara yang masih ada mahupun kepada balu, keluarga serta waris yang telah mereka tinggalkan.

Tanpa pengorbanan mereka ini, sudah pasti kita tidak dapat menghirup udara aman, bergerak bebas dan menikmati pelbagai kemajuan hasil daripada pengorbanan pahlawan-pahlawan negara ini.

Di negara-negara Barat, mengenang jasa dan pengorbanan pahlawan adalah satu perkara yang luar biasa sambutannya. Kebanyakan negara ini memberi cuti umum bagi memberi ruang kepada rakyatnya mengisi aktiviti untuk mengenang jasa dan bakti pahlawan-pahlawan mereka yang gugur dalam medan peperangan semasa mempertahankan kedaulatan dan keselamatan negara.

Sambutan Hari Pahlawan di negara-negara berkenaan adalah satu usaha penting bagi meningkatkan imej kerajaan dan instrumen pertahanannya serta mengenang pengorbanan inidividu yang berkorban demi negara mereka.

Hari-hari mengenang kepahlawanan negara seperti ANZAC Day di Australia dan New Zealand, Veteran's Day di United Kingdom, Volkstranertag di Jerman, dan Memorial Day di Amerika Syarikat begitu terkenal di seluruh dunia.

Maka sudah sewajarnya, rakyat di negara ini terutamanya generasi muda menoleh kebelakang melihat hari-hari yang dilalui negara ini, sebelum ini. Tiada semalam, maka tiadalah hari ini. Dan perjuangan anggota-anggota keselamatan yang menjadikan hari ini aman dan selamat untuk semua, harus dikenang sepanjang zaman.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.
Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Hiburan

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Hiburan


Skeptikal Yusof terhadap anak-anak

Posted:

Skeptikal Yusof terhadap anak-anak

Skeptikal Yusof terhadap anak-anak

Oleh SHAZRYN MOHD. FAIZAL
shazryn.faizal@utusan.com.my
Gambar FATAH SULAIMAN dan HAFIZ JOHARI


TIGA beranak ini pasti akan meluangkan masa bersama untuk berbincang mengenai dunia perfileman tanah air.


KIRA-KIRA 17 tahun lalu, penerbit dan pengarah popular ini berjaya mencipta rekod dalam dunia perfileman tempatan apabila filem keempatnya, Sembilu II mencatatkan kutipan tiket luar biasa sebanyak RM6.3 juta.

Dengan pencapaian hebat yang belum pernah dicatatkan oleh mana-mana pengarah filem tempatan sebelum ini, ia sekali gus meletakkan nama Datuk Yusof Haslam di puncak kegemilangan sehingga diberi jolokan The Six Million Dollar Man.

Selama bergelar pengarah filem bermula dari tahun 1991 menerusi filem pertamanya, Bayangan Maut, Yusof boleh dikatakan pencetus kepada budaya filem popular yang mengenengahkan penyanyi menjadi teraju utama.

Pernah dikecam dan dikritik hebat lantaran filem-filemnya dikatakan tidak mempunyai nilai seni atau istilah kasarnya, filem sampah, namun, ia langsung tidak menggugat kedudukan Yusof sebagai sutradara.

Malah Yusof boleh berbangga dengan empayarnya, Skop Productions yang dibangunkan atas hasil titik peluhnya sendiri sejak tahun 1985.

Selepas kali terakhir mengarahkan filem - Sembilu 2005 yang hanya mencatatkan kutipan sebanyak RM1.39 juta - Yusof lebih selesa menumpukan perhatian kepada pengarahan drama televisyen.

Bukan mahu melupakan dunia perfileman, tetapi kata Yusof, legasi seninya itu kini sudah diambil alih oleh anaknya, Syamsul yang berjaya meneruskan kesinambungannya sebagai pengarah pecah panggung.

Semuanya menerusi filem kelima arahan anak muda itu, KL Gangster yang mencatatkan kutipan luar biasa sebanyak RM11.7 juta sekali gus menjadikan filem tersebut sebagai filem paling laris dalam sejarah perfileman tempatan.

Tidak restu

Barangkali ramai yang tidak tahu, di sebalik kejayaan Syamsul itu, hakikat sebenarnya, Yusof tidak pernah 'merestui' setiap hasil kerja anaknya itu.

Dalam erti kata lain, apa jua buah tangan yang dihasilkan anaknya, dia perlu memainkan peranan dalam memberikan input yang pada pandangannya mampu mencantikkan lagi karya Syamsul.

"Kalau Syamsul datang kepada saya dan memberikan ideanya, pasti akan ada perasaan tidak puas hati. Benar, saya memang skeptikal terhadap lontaran ideanya sejak dari filem pertamanya, Evolusi KL Drift.

"Bukan sengaja mahu menjatuhkan semangatnya tetapi selagi hasil belum nampak depan mata, saya memang kurang percaya dengan kemampuannya.

"Walaupun dia sudah menghasilkan lima buah filem yang semuanya mencatatkan kutipan pecah panggung, ia bukan satu tiket untuk saya menyatakan persetujuan 100 peratus untuk segala idea-ideanya yang akan datang," ujar Yusof tanpa selindung dalam satu sesi fotografi yang berlangsung di rumahnya, Darul Haslam di Taman Melawati, Hulu Klang, Selangor, baru-baru ini.

Berontak

Menyambung bicara, Yusof memberitahu dia memang cukup faham dengan jiwa anak muda Syamsul yang pastinya akan memberontak seandainya kemahuannya dibantah.

Tetapi, sudah menjadi resam mereka anak-beranak akan duduk berbincang dan mencari penyelesaian terbaik.

"Dia mempunyai alasan yang konkrit dalam setiap persoalan yang dibangkitkan sehinggakan saya berjaya 'diperdaya' olehnya untuk memberikan lampu hijau (ketawa).

"Sebagai contoh, apabila dia hanya mahu menampilkan semua pelakon lelaki dalam KL Gangster, saya melihatnya sebagai sesuatu yang mustahil. Apabila saya mencadangkan untuk meletakkan seorang pelakon wanita sebagai aktres, Syamsul memberitahu ia tidak kena dengan jalan ceritanya.

"Tetapi, ada juga idea saya yang diterimanya seperti menyelitkan elemen keluarga dan dia melihatnya dari sudut positif demi kebaikan jalan cerita itu sendiri.

"Begitu juga dengan filem Khurafat yang mana saya merasakan ia adalah idea yang kurang menarik atas alasan industri perfileman sudah terlalu banyak dilambakkan dengan filem-filem seram. Tetapi, Syamsul berjaya mengolah cerita itu dengan gaya penyampaian tersendiri," ujar pemilik nama penuh Mohd. Yusof Md. Haslam Khan itu yang pernah membintangi filem-filem popular seperti Jiwa Remaja, Chinta dan Lagu, Detik 12 Malam serta Tiada Esok Bagimu.

Berjaya

Jelas Yusof, bukannya sengaja mahu membangkang tetapi dia mahu melihat rasional dan realistik di sebalik idea Syamsul.

Menyingkap sejarah katanya, dia sendiri kurang yakin dengan kemampuan Syamsul mengarahkan filem. Sebab itu, dia memberikan tugas dengan lebih mudah iaitu mengarahkan siri televisyen dan Syamsul berjaya memberikan hasil yang memuaskan hati Yusof.

Tetapi, sebagai seorang bapa, Yusof mengakui memang cukup kagum dan hormat dengan idea segar dan baru yang dimiliki Syamsul dalam membangunkan industri perfileman tanah air.

"Sebagai penerbit, sudah pasti saya akan meluluskan segala projek filem yang mahu dilakukan oleh Syamsul dan mencabarnya untuk memberikan sesuatu yang berlainan dalam setiap filem-filemnya.

"Dia menyahut cabaran saya dan akhirnya dia membuktikan bahawa dia mampu melakukannya. Setiap filem dia berjaya memberikan persembahan dan pendekatan yang berbeza.

"Seiring dengan usianya yang masih muda, Syamsul tahu bagaimana hendak menawan hati golongan muda untuk ke panggung menonton filem-filemnya," katanya yang pernah dinobatkan sebagai Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik Festival Filem Malaysia Keempat (1983) menerusi filem Mekanik.

Selepas Syamsul, jejak langkah Yusof itu kini mula beralih kepada anak ketiganya, Muhamad Syafiq yang kini sibuk di lokasi penggambaran filem SAM (Saya Amat Mencintaimu) lakonan Shaheizy Sam dan Lisa Surihani.

Sama seperti Syamsul, kepercayaan yang diberikan Yusof kepada Syafiq dibuat selepas meneliti hasil kerja anak muda itu menerusi koleksi filem-filem pendek arahannya.

"Kelebihan yang ada pada Syafiq ialah dia mempunyai kepakaran dalam teknik imej janaan komputer (CGI) yang saya percaya akan memberikan sesuatu yang berbeza untuk projek akan datang," ujarnya.

Belum bersedia

Dalam usianya yang sudah pun mencecah 57 tahun itu, Yusof masih belum menampakkan sebarang tanda mahu bersara dan hanya duduk di rumah menghabiskan masa dengan cucu-cucunya.

Masih lagi diberikan kudrat untuk mencari rezeki bagi menyara keluarganya, Yusof memberitahu dia masih lagi mampu untuk bekerja.

Malah tegasnya, dia masih belum bersedia menyerahkan Skop Productions kepada Syamsul untuk menerajuinya.

"Syamsul masih muda dan biarkan dia bergelumang dengan dunia perfileman bagi mencari pengalaman.

"Anak kedua saya, Nursyamin pula tidak berminat dengan dunia hiburan. Jadi, dia lebih selesa mencari hala tujunya sendiri. Selagi saya terdaya dan mampu untuk menerajui syarikat, saya akan lakukannya," katanya ringkas.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

Syafiq teruskan legasi Yusof

Posted:

Syafiq teruskan legasi Yusof

Syafiq teruskan legasi Yusof

Oleh ABD. AZIZ ITAR
aziz.itar@utusan.com.my


KAMARUDDIN Siaraf (tiga dari kiri) dan Syafiq Yusof (bertali leher) sewaktu pelancaran filem Sam di Finas, Hulu Klang, Selangor baru-baru ini.


LEGASI pengarah dan penerbit Skop Productions, Datuk Yusof Haslam tidak terhenti pada Syamsul sahaja. Setelah Syamsul berjaya mencipta kejayaan sebagai pengarah filem yang mencatat kutipan tiket jutaan ringgit, kini tiba pula giliran adiknya, Syafiq mencuba bakat dalam bidang tersebut.

Anak bongsu Yusof itu diberi peluang mengarahkan filem terbaru terbitak syarikat bumiputra itu berjudul Sam yang dikategorikan dalam genre thriller.

Menurut Yusof, dia menaruh kepercayaan terhadap Syafiq mengarahkan filem dengan kos produksi dan promosi berjumlah RM1.6 juta itu biarpun anak bongsunya itu baru berusia 18 tahun dan tidak pernah mengarahkan filem cereka.

"Syafiq telah menunjukkan minat mengarah filem sejak kecil lagi. Dia pernah mengarahkan tiga episod drama bersiri Gerak Khas baru-baru ini.

"Hasil kerjanya memuaskan hati saya. Dia juga bagus dalam CGI (Imej Janaan Komputer).

"Ini adalah salah satu cara saya menurunkan legasi bidang pengarahan filem kepada anak-anak saya selepas Syamsul yang kini sudahpun bergelar pengarah filem yang semakin berkaliber," katanya kepada Hits sewaktu ditemui baru-baru ini.

Pada pertemuan selepas pelancaran Sam yang dirasmikan oleh Ketua Setiausaha Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Kamaruddin Siaraf itu, Yusof berkata, dia mahu Syafiq mengikut jejak langkahnya.

Bukan setakat mengarah, malah jauh di lubuk hati Yusof, dia mahu Syafiq dan Syamsul meneruskan usaha yang telah dijalankannya dalam penerbitan filem menerusi Skop Productions pada masa depan.

"Saya anggap Syamsul dan Syafiq sebagai pengganti saya sebagai pengarah dan penerbit dalam Skop Productions. Saya pun sudah tua dan biarlah legasi saya ini diteruskan oleh anak-anak saya yang masih muda," ujarnya.

Syafiq yang ditemui pada majlis itu tidak menafikan mengarahkan filem Sam merupakan satu tanggungjawab yang berat.

Tetapi pada masa sama dia mahu membuktikan kemampuannya dalam bidang tersebut.

Katanya, sebagai generasi baru dalam bidang pengarahan filem, dia berazam mahu membawa angin perubahan bagi mempertingkatkan lagi mutu dan gaya pengarahan dalam filem arahannya itu.

"Saya mewakili generasi baru. Gaya pemikiran, idea dan pengarahan juga tentunya baru. Perkara itu dapat dilihat apabila filem ini siapi dan kita boleh membandingkannya. Tentunya tidak sama dengan filem arahan pengarah lama.

"Kejayaan abang saya, Syamsul yang muncul sebagai Pengarah Filem Terbaik pada Festival Filem Malaysia tahun lalu membuktikan hakikat tersebut. Ia memberi perangsang kepada saya untuk berjaya dalam bidang ini," katanya.

Sementara itu, pelakon utama filem Sam, Shaheizy Sam yang melakonkan watak Sam berkata, dia tidak berasa kekok berlakon di bawah arahan Syafiq biarpun pengarah itu masih baru.

Dia menghormati walau siapa juga pengarah yang mengarahkan filem lakonannya termasuklah Syafiq yang jauh lebih muda.

"Saya hormati Syafiq sebagai pengarah. Ini kerana, dia memang tahu selok belok dalam bidang pengarahan filem.

"Bagi saya, setiap pengarah mempunyai gaya pengarahan masing-masing termasuklah Syafiq.

"Saya juga selesa berlakon di bawah arahannya. Saya tidak berasa tertekan atau kekok, jauh sekali menganggap ini adalah filem saya walaupun saya pelakon utamanya.

"Malah, jalan cerita filem ini tiada kena mengena dengan saya," jelasnya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.
Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Agrobiz

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Agrobiz


Swasta perlu ceburi industri ikan tuna

Posted:

Swasta perlu ceburi industri ikan tuna

Swasta perlu ceburi industri ikan tuna

LUMUT 1 Ogos - Pihak swasta digesa mengambil peluang menceburi industri ikan tuna kerana ia merupakan kegiatan ekonomi berpotensi tinggi dan mampu memberi pulangan lumayan.

Ketua Pengarah Jabatan Perikanan, Datuk Ahamad Sabki Mahmood berkata, bilangan syarikat tempatan yang melabur dalam bidang tersebut masih kurang.

"Keadaan ini merugikan negara walaupun telah diberi hak menerokai Lautan Hindi melalui penyertaan negara dalam Suruhanjaya Tuna Lautan Hindi (IOTC) sejak tahun 1998, dan peluang tersebut kini sedang direbut negara lain," katanya kepada Bernama hari ini.

Beliau berkata, ketika ini, hanya beberapa syarikat menjalin kerjasama dengan pihak dari Taiwan, Hong Kong, Jepun dan Korea untuk menceburi bidang penangkapan tuna.

Ahamad Sabki berkata industri ikan tuna juga memberi impak positif secara tidak langsung kepada pertumbuhan subsektor lain seperti pemprosesan, pengendalian, pemasaran dan perkhidmatan sokongan termasuk pengangkutan, pembinaan dan penyelenggaraan kapal penangkap tuna.

"Bagi menarik lebih ramai pihak swasta untuk menceburi industri tuna ini, Jabatan Perikanan telah menubuhkan Pusat Pembangunan dan Perdagangan Tuna (TDBC) di Batu Maung, Pulau Pinang," katanya.

Beliau berkata, pusat itu turut berperanan merekod dan menganalisis setiap pendaratan ikan tuna sebelum menghantarnya ke IOTC, selain menjadi pusat sehenti menyebarkan maklumat berkaitan industri tuna kepada pelabur, agensi kerajaan serta penyelidik.

TDBC itu juga menyasarkan pendaratan tahunan sebanyak 10,000 tan metrik di Pelabuhan Tuna Antarabangsa Malaysia di Batu Maung, Pulau Pinang, katanya.

Ahamad Sabki berkata, ketika ini, pelabuhan berkenaan hanya menerima pendaratan antara 3,000 hingga 4,000 tan metrik ikan tuna setahun dan angka itu amat kecil.

"Kita menyeru kepada pihak swasta supaya mengambil peluang ini memandangkan kerajaan telah banyak mengeluarkan pelbagai kemudahan dan perkhidmatan setanding di Taiwan, China dan Korea," katanya.

Beliau berkata, selain kemudahan pendaratan moden, kerajaan turut melatih anak kapal yang ingin menceburi profesion nelayan laut dalam, dan membelanjakan kos yang tinggi bagi menganggotai IOTC untuk membolehkan kapal Malaysia beroperasi menangkap tuna. - BERNAMA

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.
Kredit: www.utusan.com.my
 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved