Isnin, 1 Ogos 2011

Utusan Online - Utara


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Utara


Ramadan ceriakan 500 keluarga

Posted:

Ramadan ceriakan 500 keluarga

Ramadan ceriakan 500 keluarga

KUALA NERANG 31 Julai - Berkat kedatangan Ramadan yang bakal bermula esok, kira-kira 500 keluarga di empat buah kampung hari ini menerima berita gembira apabila sebuah jambatan baru bakal dibina bagi menggantikan jambatan gantung merentasi Sungai Pedu, di sini.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pedu, Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata, jambatan yang menelan belanja RM2.1 juta itu bakal dibina pertengahan bulan ini dan dijangka siap pada 18 November 2012.

"Jambatan sepanjang 80 meter dengan 4.2 meter lebar itu bagi menghubungkan penduduk untuk berulang alik dan bagi menggantikan jambatan gantung," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas majlis penyerahan surat setuju terima tender projek membina jambatan baru bagi menggantikan jambatan gantung di Perkampungan Keda, Bukit Kura di sini, kelmarin.

Turut hadir, Pegawai Kemajuan Negeri, Datuk Azmi Lateh.

Mahdzir berkata, pembinaan jambatan tersebut akan dilaksanakan oleh syarikat kontraktor, TPJ Engineering Sdn. Bhd.

Menurutnya, penduduk tersebut akan memudahkan penduduk di Perkampungan Keda Bukit Kura, Kampung Lubuk Merbau Pedu, Kampung Bukit Kura dan Kampung Bukit Buluh untuk berulang-alik melakukan aktiviti harian.

Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung Persekutuan (JKKKP) Kampung Kuala Tekai, Awang Kecik Mat Arshad berkata, jambatan tersebut merupakan hadiah Ramadan kepada penduduk yang sudah lama menunggu jambatan gantung itu diganti baru.

Menurutnya, jambatan gantung itu tidak lagi selamat digunakan kerana sudah usang ekoran dibina dan dibaiki dari semasa ke semasa sejak sebelum negara mencapai kemerdekaan.

Katanya, jambatan itu akan memudahkan penduduk Perkampungan Keda dan pelajar-pelajar sekolah untuk pergi ke Pekan Kuala Nerang yang menempatkan pelbagai kemudahan termasuk sekolah.

Selain itu, Awang Kecik berkata, penduduk Kampung Lubuk Merbau dan Bukit Buluh pula akan mudah untuk ke sekitar Kampung Bukit Kura yang menempatkan banyak dusun dan kebun mereka.

"Penduduk berasa lega dan mengucapkan terima kasih kepada Kerajaan Persekutuan yang amat prihatin untuk membina jambatan baru ini yang amat bermakna kepada kami," jelasnya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

275 remaja terima Anugerah Pengakap Raja

Posted:

275 remaja terima Anugerah Pengakap Raja

275 remaja terima Anugerah Pengakap Raja


SEBAHAGIAN daripada 240 ahli pengakap bersorak girang selepas majlis penganugerahan bintang, pingat dan sijil pengakap di Ipoh, kelmarin. - BERNAMA


IPOH 31 Julai - Seramai 275 remaja negeri ini menerima Anugerah Pengakap Raja yang merupakan anugerah tertinggi bagi Pengakap Muda dan Pengakap Remaja negara ini.

Raja Muda Perak, Raja Dr. Nazrin Shah berkenan menyampaikan anugerah yang lebih dikenali sebagai "King Scout" tersebut sempena Majlis Penganugerahan Bintang, Pingat dan Sijil Pengakap Raja Persekutuan Pengakap Malaysia (PPM) Negeri Perak 2011 di Dewan Bankuet, Bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri Perak di sini, semalam.

Turut menyaksikan upacara itu, Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr. Zambry Abd. Kadir selaku Yang Dipertua PPM negeri; Ketua Pesuruhjaya PPM negeri, Ahmad Azam Shah Abdul Majid dan Pengerusi Majlis Pengakap negeri, Datuk Ishak Mohamed.

Ketika ditemui selepas majlis itu, seorang penerima, Nurul Azwa Alias, 19, yang merupakan bekas pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Gerik, berkata, hanya dua pelajar dari sekolahnya menerima anugerah itu pada majlis tersebut.

"Saya rasa sangat seronok dan berdebar-debar semasa menerima anugerah ini daripada Tuanku," katanya yang kini menyambung pengajian dalam bidang jurusan Teknologi Telekomunikasi di Institut Latihan Perindustrian (ILP) Pedas di Negeri Sembilan.

Muhammad Arif Abdul Razak, 19, bekas pelajar SMK Sultan Muhammad Shah, Parit pula berkata, menjadi ahli Pengakap banyak mengajarnya tentang ilmu-ilmu kemahiran hidup.

"Paling penting ialah mampu menggunakan apa yang ada secara berkesan dan sebaik mungkin untuk meneruskan kelangsungan hidup dalam situasi sukar," kata pelajar Politeknik Sultan Idris Shah di Sabak Bernam, Selangor itu.

Bagi bekas pelajar SMK Hamid Khan di Tapah, T. Dinesh, 19, dia terhutang budi kepada seorang daripada gurunya, Visaletchumi yang mengajaknya menyertai pasukan pengakap semasa di tahun empat di Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil Tapah.

"Dalam pengakap, saya dapat ramai kawan. Tidak kira Melayu, Cina atau India, kami semua menjadi rapat," katanya yang kini menuntut di Universiti Pengurusan dan Sains (MSU) di Shah Alam, Selangor.

Bekas pelajar SM St. George di Taiping, Ooi Ken Lin, 19, pula menyertai pengakap kerana ia merupakan persatuan yang paling berpengaruh di sekolahnya.

"Saya mempelajari banyak perkara baru dalam pengakap dan ilmu yang diperoleh itu banyak mengubah kehidupan saya hari ini," katanya.

Anugerah Pengakap Raja ini sama taraf dengan Eagle Scout di Amerika Syarikat; Queen Scout di Australia, New Zealand dan England serta President Scout di Singapura dan Tiger Scout di Korea Selatan.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

Exco DAP tidak tahu wujud pesta ria di bulan Ramadan

Posted:

Exco DAP tidak tahu wujud pesta ria di bulan Ramadan

Exco DAP tidak tahu wujud pesta ria di bulan Ramadan

PULAU PINANG 31 Julai - Kerajaan DAP Pulau Pinang mengakui tidak tahu menahu tentang penganjuran pesta ria bersebelahan pusat beli-belah Queensbay Mall di sini yang menimbulkan keresahan di kalangan umat Islam kerana ia berlangsung pada bulan Ramadan.

Exco Agama, Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna negeri, Abdul Malik Kassim berkata, pihaknya tidak pernah memberikan sebarang kelulusan untuk penganjuran aktiviti seumpama itu di situ.

"Takkan semua perkara di Pulau Pinang nak salahkan kerajaan negeri. Itu kawasan private (persendirian). Mereka (penganjur pesta ria) sewa daripada Queensbay Mall.

"Kita tidak terlibat dan tidak mengetahui mengenai penganjuran pesta ria itu," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini, kelmarin.

Utusan Malaysia kelmarin menyiarkan laporan mengenai sebuah pesta ria bersebelahan pusat beli-belah Queensbay Mall di sini yang didirikan setiap kali tiba bulan Ramadan sejak tiga tahun lalu.

Mengulas isu itu, Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Asisten Komisioner Mohd. Nasir Salleh berkata, polis hanya akan mengambil tindakan terhadap pihak yang menganjurkan aktiviti yang mempunyai unsur-unsur jenayah seperti judi, hiburan dan maksiat.

Bagaimanapun, katanya, pihaknya akan melakukan siasatan terperinci jika terdapat aduan.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.
Kredit: www.utusan.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved