Isnin, 1 Ogos 2011

Utusan Online - Keluarga


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Keluarga


BCWA bawa program Murni ke luar bandar

Posted:

BCWA bawa program Murni ke luar bandar

BCWA bawa program Murni ke luar bandar

Oleh MERAN ABU BAKAR
Gambar NOOR AZLINA JAAFAR


NOORAINEE Abd. Rahman (kiri) ketika melancarkan unit bergerak BCWA yang dikenali sebagai Murni di Kuala Lumpur baru-baru ini.


PADA dekad yang akan datang, bilangan kes penyakit kanser payu dara dianggarkan semakin meningkat dan majoriti daripada pesakit adalah dari rantau Asia.

Ini disebabkan perubahan gaya hidup masyarakat sekarang dan tanggapan negatif terhadap kanser yang menyebabkan tidak ramai wanita tampil bagi mendapatkan rawatan pada peringkat awal.

Tanggapan ini perlu diubah dengan memberi pengetahuan dan pendedahan mengenai cara mengurus kesihatan dan mengambil langkah-langkah pencegahan.

Kaum wanita Malaysia harus mengambil langkah proaktif bagi mengesan penyakit ini seawal mungkin kerana rawatan perubatan akan lebih berkesan apabila dilakukan pada peringkat awal.

Demikian dinyatakan oleh isteri Timbalan Perdana Menteri, Puan Seri Noorainee Abdul Rahman semasa majlis pelancaran Program Murni Untuk Wanita Luar Bandar anjuran Persatuan Kebajikan Kanser Payudara (BCWA) di Menara Kuala Lumpur baru-baru ini.

Turut hadir Ketua Pegawai Eksekutif Menara Kuala Lumpur, Zuraidah Mohd Said; Presiden BCWA Profesor Madya Dr. Zaharah Aiyub dan Ketua Pegawai Eksekutif, Persatuan Kebajikan Kanser Payu Dara Malaysia, Ranjit Kaur.

"Semakin ramai wanita di dunia yang menghidap kanser payu dara dapat disembuhkan melalui pengesanan awal. Kesedaran awal di kalangan masyarakat terhadap ancaman penyakit ini amatlah penting agar usaha dapat dilakukan bagi merawat penyakit tersebut.

Justeru peratusan untuk dirawat dan sembuh adalah lebih tinggi.

"Adalah penting untuk kaum wanita tidak melupakan tanggungjawab mereka dalam menjaga kesihatan dan kesejahteraan diri mereka sendiri walaupun sibuk dengan keluarga dan tugas masing-masing," kata Noorainee.

Murni yang membawa maksud Unit Bergerak Membawa Maklumat ke Seluruh Negara ingin memperkasakan wanita Malaysia di kawasan luar bandar bagi membantu mereka melakukan pengesanan awal kanser payu dara.

Unit bergerak itu dilengkapi dengan alat pengesanan awal dan sokongan yang dikendalikan oleh jururawat-jururawat dan bekas penghidap kanser payu dara yang terlatih bagi menghulurkan bantuan kepada rakyat Malaysia.

Sementara itu, Penaung BCWA, Puan Seri Akmal Abdul Salam berkata, matlamat program itu untuk memberi bimbingan dan galakan serta menyokong dalam memperkasakan wanita bagi mengamalkan gaya hidup yang sentiasa peka kepada kesihatan payu dara.

"Mereka juga akan didorong bagi mendapatkan bantuan perubatan apabila mengesan sebarang perubahan tidak normal pada payu dara mereka. Seterusnya memperoleh rawatan perubatan segera apabila disahkan menghidap kanser payu dara.

"Program ini akan menggunakan tiga pendekatan, iaitu pengesanan awal Murni, sokongan kepada wanita dan keluarga Murni serta membina kapasiti masyarakat tempatan Murni,'' ujarnya.

Menurut Akmal lagi, kanser payu dara adalah kanser paling biasa dihidapi oleh wanita di negara ini. Menurut Daftar Kanser Negara, seorang dalam setiap 20 wanita berisiko mendapat kanser payu dara dalam hayat mereka.

Bagaimanapun, kajian dan pemerhatian telah menunjukkan bahawa wanita berasa takut sehingga sanggup mengelakkan saringan dan pemeriksaan payu dara secara klinikal atau mamogram.

BCWA sedar wanita yang tinggal di pinggir bandar dan luar bandar tidak berupaya membuat temu janji susulan, mendapatkan rawatan secara berterusan dan pemeriksaan kerap disebabkan pelbagai tanggungjawab dan kekangan masa.

"Dengan program Murni, kami berharap untuk mengurangkan stigma sosial atau tanggapan negatif yang menyelubungi kanser payu dara.

"Pembabitan Jabatan Sosial dan Perubatan Pencegahan dan Jabatan Pembedahan Universiti Malaya akan membolehkan kami mengukur keberkesanan program menerusi tinjau selidik dari rumah ke rumah yang dijalankan sebelum dan selepas program.

"BCWA berikrar membantu kerajaan mengelakkan kematian awal di kalangan wanita akibat kanser payu dara melalui program Murni.

"Destinasi pertama kami ialah daerah Gombak pada bulan Ogos ini,'' jelas Akmal.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

Ringkas penuh makna

Posted:

Ringkas penuh makna

Ringkas penuh makna

Oleh mariatul qatiah zakaria
maria.zakaria@utusan.com.my
Gambar Wan Nur Amirah Wan Mohamed Redza


Klasik syawal menampilkan kelainan penggunaan raga mengkuang.


BULAN Ramadan, selain bulan untuk mengerjakan ibadat puasa, ia juga merupakan bulan untuk kaum Hawa menambah pendapatan.

Bagi mereka yang pandai membuat kuih ataupun pandai menjahit serta menghias, pastinya tidak melepaskan peluang untuk berniaga.

Ini kerana, kedatangan Syawal pastinya disambut dengan penuh meriah dan yang paling menjadi tumpuan ialah kuih raya.

Begitupun, bagi mereka yang pandai menjahit sudah pasti mengambil tempahan untuk menjahit baju kurung ataupun baju Melayu.

Manakala bagi mereka yang kreatif, gubahan hamper sudah pasti menjadi pilihan.

Salmiza Salleh, 36, merupakan salah seorang kaum Hawa yang tidak mahu ketinggalan memeriahkan lagi dunia perniagaan sempena raya yang bakal tiba tidak lama lagi.

Selain menjual biskut raya, Salmiza atau lebih mesra disapa Miza turut memberi tumpuan kepada penjualan hamper sempena Ramadan dan juga Syawal.

Mendapat bekalan biskut raya dari seorang pembekal yang memhasilkan sendiri di rumah, Miza sememangnya menghasilkan sendiri gubahan untuk hampernya.

Walaupun tahun ini merupakan tahun pertama Miza menjual hamper, dia tetap mementingkan kualiti agar hamper-hamper buatan tangannya menjadi kenangan terindah buat penerima.

"Hamper yang dihasilkan bukan sahaja dibungkus cantik, malah rasa biskut raya yang merupakan sebahagian daripada isi kandungan hamper juga sedap serta menyelerakan.

"Memandangkan banyak persaingan di pasaran sekarang, untuk itu saya cuba mencari kepelbagaian dan kelainan bagi memberi kepuasan kepada pelanggan menjelang Hari Raya Aidilfitri nanti.

"Walaupun hamper yang dihasilkan nampak ringkas tetapi ia berkualiti," ujarnya ketika ditemui baru-baru ini.

Keunikan hamper perayaan yang disediakan ini adalah pada set kuih raya yang diperbuat daripada seramik, berkonsep ala Inggeris.

Selain itu, Miza turut menggunakan raga rotan atau bekas yang dihasilkan daripada buluh yang kelihatan unik dan menarik untuk dijadikan barangan hiasan.

Untuk tahun ini, Miza menyediakan lima jenis gubahan hamper iaitu Syawal English Rose Tray, Bingkisan Syawal, Cahaya Syawal, Kasih Syawal dan Citra Syawal.

Setiap satunya memiliki nama yang cukup klasik yang sudah pasti ia akan disertakan biskut raya seperti almond coklat, tat bunga, coklat oat, biskut bunga Cina, tat gulung dan cruncy oat.

Boleh didapati pada harga serendah RM55, sebarang tempahan boleh hubungi Miza di talian 012-6436883.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.
Kredit: www.utusan.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved