Isnin, 1 Ogos 2011

Utusan Online - Johor


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Johor


60% kesesakan JB diatasi

Posted:

60% kesesakan JB diatasi

60% kesesakan JB diatasi

Oleh NASIRRUDDIN YAZID
utusanjohor@utusan.com.my


Ismail Ibrahim (tengah) bersama sebahagian kakitangan IRDA pada pembukaan persimpangan bertingkat menghubungkan Jalan Abu Bakar ke Jalan Skudai di Johor Bahru, kelmarin.


JOHOR BAHRU 31 Julai - Pengguna dari bandar raya ini yang melalui Jalan Abu Bakar menuju ke Jalan Skudai boleh menarik nafas lega apabila persimpangan bertingkat yang menghubungkan kedua-dua jalan berkenaan sudah boleh digunakan.

Ketua Pegawai Eksekutif Pihak Berkuasa Wilayah Pembangunan Iskandar (IRDA), Ismail Ibrahim berkata, pembukaan persimpangan bertingkat sepanjang 600 meter itu mampu mengurangkan kesesakan lalu lintas sehingga 60 peratus di kawasan berkenaan.

Beliau berkata, pembukaan persimpangan itu membantu mengurangkan kesesakan lalu lintas berhampiran Hotel Tune dan para pengguna dari Skudai akan sampai ke Danga Bay dalam tempoh kurang lima minit.

"Persimpangan ini adalah satu keperluan yang sangat kritikal terutama bagi mengatasi kesesakan lalu-lintas pada musim perayaan. Dengan pembukaan persimpangan ini diharap dapat membantu melancarkan pergerakan trafik.

"Bagaimanapun, masih terdapat sedikit kerja yang perlu disiapkan di hujung jalan ini dan ia dijangka siap sepenuhnya pada minggu hadapan," katanya selepas merasmikan pembukaan persimpangan berkenaan di sini semalam.

Ismail berkata, persimpangan bertingkat yang bernilai lebih RM60 juta itu merupakan sebahagian daripada projek Lebuh Raya Pesisir Pantai dari Johor Bahru ke Nusajaya.

Katanya, sebanyak lapan persimpangan dibina dalam keseluruhan projek bernilai RM950 juta yang kini sudah 80 peratus siap.

Jelasnya, IRDA akan membuat kajian bagi proses penamaan persimpangan tersebut dan akan menerapkan elemen sejarah serta Iskandar Malaysia sebelum ia dikemukakan kepada kerajaan negeri untuk kelulusan.

Orang ramai yang mempunyai sebarang pertanyaan mengenai projek berkenaan boleh menghubungi pihaknya di talian 07-2183100 atau menghantar e-mel kepada rmk9info@irda.com.my.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

Pemimpin disaran turut serta kibar Jalur Gemilang

Posted:

Pemimpin disaran turut serta kibar Jalur Gemilang

Pemimpin disaran turut serta kibar Jalur Gemilang


Adam Sumiru (dua dari kanan) mengibarkan bendera Jalur Gemilang sempena majlis Ihya Ramadan dan Kibar Jalur Gemilang di Johor Bahru, semalam.


JOHOR BAHRU 31 Julai - Pemimpin masyarakat di negeri ini disaran turut serta mengibarkan Jalur Gemilang di kediaman dan kenderaan masing-masing sebagai usaha menyemarakkan sambutan bulan kemerdekaan pada tahun ini.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tanjung Puteri, Adam Sumiru berkata, selaku pemimpin, mereka sewajarnya menjadi ejen untuk menggalakkan komuniti di kawasan masing-masing untuk turut serta mengibarkan Jalur Gemilang.

"Masyarakat di negeri ini sememangnya memiliki semangat patriotisme yang tinggi tetapi selaku pemimpin kita perlu turut serta mengibarkan bendera kebangsaan negara bersama-sama mereka.

"Selain pemimpin masyarakat, ketua cawangan UMNO di negeri ini juga disaran bersama-sama menyemarakkan sambutan bulan kemerdekaan pada tahun ini," katanya selepas melancarkan program Kibarkan Jalur Gemilang sempena sambutan Hari Kemerdekaan ke-54 Peringkat Dewan Undangan Negeri (DUN) Tanjung Puteri dan Sambutan Ihya Ramadan peringkat Pasar Tani Daerah Johor Bahru, di sini hari ini.

Adam berkata, majlis yang diadakan itu adalah lanjutan daripada Kempen Kibar Jalur Gemilang peringkat negeri yang dirasmikan Menteri Besar, Datuk Abdul Ghani Othman di Padang Bola Sepak Majlis Perbandaran Johor Bahru Tengah (MPJBT) baru-baru ini.

Beliau berkata, masyarakat seharusnya berbangga dapat mengibarkan Jalur Gemilang di mana sahaja kerana ia mempunyai simbolik yang sangat mendalam terutamanya oleh generasi terdahulu yang berjuang untuk mencapai kemerdekaan.

"Saya berharap agar Jalur Gemilang ini terus dikibarkan di mana-mana sama ada pada kenderaan, bangunan, sekolah, pejabat dan seluruh tempat. Kita juga akan mengedarkannya ke masjid dan surau di sekitar DUN Tanjung Puteri," katanya.

Pada majlis berkenaan, sejumlah 20 ibu tunggal dari kawasan DUN Tanjung Puteri turut menerima sumbangan berupa barang keperluan harian.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.
Kredit: www.utusan.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved