Selasa, 9 April 2013

Utusan Online - Sukan

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Sukan


TMJ kembali terajui PBNJ

Posted: 09 Apr 2013 01:22 PM PDT

Oleh MUHAMMAD DAYNE AZMIN
dayne.ghazali@utusan.com.my

Tunku Ismail

KUALA LUMPUR - Tidak sampai seminggu meletakkan jawatan sebagai Presiden Persatuan Bola Sepak Negeri Johor (PBNJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim menarik balik keputusannya berkuat-kuasa serta merta dan kembali menerajui badan bola sepak itu.

Semuanya selepas beliau menghadap Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Sultan Ahmad Shah di Istana Pahang dekat sini, semalam.

Keputusan penarikan balik itu diumumkan sendiri oleh Sultan Ahmad Shah kepada sekumpulan wartawan pada sidang akhbarnya.

Difahamkan, keputusan Tunku Ismail itu juga mendapat perkenan Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar yang turut berangkat pada pertemuan itu selain anakanda Sultan Pahang, Tengku Abdul Rahman Sultan Ahmad Shah.

Titah Sultan Ahmad Shah, keputusan itu berjaya dicapai setelah baginda sendiri memujuk Tunku Ismail untuk menarik balik pendirian awalnya dalam pertemuan yang berlangsung hampir satu jam.

"Pada hari ini, sebagaimana harapan saya telah menjadi kenyataan, bahawasanya Tunku Mahkota Johor (Tunku Ismail) akan kembali sebagai Presiden PBNJ, jadi saya telah menasihatkan Tunku Ismail supaya berusaha bersungguh-sungguh untuk memperbaiki kedudukan bola sepak di Johor.

''Tambahan, Johor mempunyai dua pasukan (Liga Malaysia) iaitu di Liga Super dan Liga Perdana, jadi keputusan ini memang tepat," titah baginda selepas mengadakan perbincangan dengan Tunku Ismail dan Sultan Ibrahim.

Pun begitu, baginda memberi peringatan bahawa Tunku Ismail tidak terlepas daripada sebarang tindakan undang-undang selain hukuman penggantungan enam bulan yang beliau sedang jalani akan terus kekal.

''Sekali memutuskan untuk menjadi anggota persatuan... kita tertakluk kepada undang-undang yang diperuntukkan, tiada siapa boleh melarikan diri daripada undang-undang yang termaktub bertahun-tahun.

''Mengenai hukuman, ia masih berjalan, seperti mana yang saya katakan, dia mesti bertanggungjawab dengan undang-undang yang ditetapkan," tegas Presiden FAM berkenaan.

Pada 3 April lalu, Tunku Ismail membuat keputusan melepaskan jawatan sebagai Presiden PBNJ selepas mengakui rasa sukar mengikuti undang-undang dan peraturan yang ditetapkan oleh FAM.

Memilih mahu menjadi sebagai penaung PBNJ, dia melepaskan jawatan Presiden PBNJ kepada Setiausaha Kerajaan Negeri Johor, Datuk Obet Tawil.

Sebelum ini, Tunku Ismail digantung enam bulan dan denda RM18,000 pada 8 Mac lalu oleh Jawatankuasa Tata Tertib FAM kerana mengkritik mutu pengadilan Liga Malaysia.

Namun, beliau membuat kontroversi apabila berada di bangku simpanan pemain pada babak kedua perlawanan antara Johor Darul Takzim dan Terengganu pada 30 Mac di Stadium Tan Sri Hassan Yunos, Larkin ketika sedang menjalani hukuman.

Dalam pada itu, Setiausaha Agung FAM, Datuk Azzuddin Ahmad yang hadir pada sidang akhbar itu berkata, hanya surat amaran dikeluarkan dan tidak akan ada hukuman tambahan diberikan.

"Keputusan untuk tidak menjatuhkan hukuman Tunku Ismail adalah mengikut budi bicara Jawatankuasa Tatatertib FAM dan bukannya kerana perbezaan apabila berdepan dengan pihak beraja.

"Hanya surat amaran diberikan kepada Tunku Ismail dan diharapkan pihak media faham bahawa bukan semua kes yang diadili perlu dikenakan hukuman, semuanya bergantung kepada Jawatankuasa Tatatertib FAM," katanya.

Selangor berjaya raih mata berharga

Posted: 09 Apr 2013 01:22 PM PDT

SHAH ALAM - Masih bernyawa. Selangor menghidupkan kembali sisa-sisa perjuangan ke suku akhir Piala AFC apabila menewaskan kelab Vietnam, Sai Gon Xuan Thanh 3-1 dalam saingan Kumpulan H di Stadium Shah Alam, semalam.

Kemenangan sulung yang dikecapi oleh Red Giants meletakkan mereka kini di tangga ketiga kumpulan dengan empat mata dan perlu menang dalam baki dua lagi perlawanan bertemu wakil India, East Bengal pada 23 April ini dan aksi terakhir menentang Tampines Rovers, 30 April.

Janji jurulatih Selangor, Irfan Bakti untuk menurunkan ramai pemain simpanan nampaknya hanya satu helah semata-mata apabila tonggak-tonggak utama seperti Asraruddin Putra Omar, Francis Forkey Doe dan Mohd. Amri Yahyah tetap diturunkan.

Red Giants telah menggegar seawal minit ke-10 apabila pemain import dari Slovakia, Michal Kubala melepaskan satu rembatan menarik melalui situasi sepakan percuma dari jarak 25 meter.

Penjaga gol, Sharbinee Allawee mempamerkan kecemerlangan tersendiri apabila menyelamatkan beberapa percubaan berbahaya penyerang Sai Gon bagi memastikan babak pertama berakhir 1-0 memihak kepada tuan rumah.

Cengkaman Selangor semakin kukuh pada separuh masa kedua apabila Forkey Doe meledak jaringan kedua pada minit ke-62 hasil umpanan cantik daripada Amri berhampiran kotak penalti dan pemain antarabangsa Liberia itu berjaya melepaskan satu tendangan menarik melalui kaki kiri untuk menewaskan Bui Tan Trong.

Amri juga tidak ketinggalan meletakkan nama dalam senarai penjaring dengan satu gol yang dianggap paling menarik dalam perlawanan itu apabila melakukan satu percubaan sungkit memperdayakan Tan Trong pada minit ke-71.

Jaringan pada minit ke-80 oleh Moses Oloya sudah terlambat buat Sai Gon apabila ia tidak menghalang kemenangan Selangor di tempat sendiri.

Dalam satu lagi perlawanan, East Bengal kini hanya memerlukan satu sahaja lagi mata untuk melayakkan diri ke suku akhir apabila tidak menghadapi masalah menewaskan Tampines Rovers 2-1 sekali gus menyaksikan kelab Singapura hampir pasti tersingkir daripada saingan.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Jenayah

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Jenayah


Polis cari pelajar samseng belasah rakan sekolah

Posted: 09 Apr 2013 10:18 AM PDT

Oleh ILAH HAFIZ AZIZ

GAMBAR diambil daripada klip video di Internet yang merakamkan beberapa pelajar sedang membelasah seorang pelajar lain, yang dipercayai berlaku di dalam sebuah kelas. - UTUSAN

KUALA LUMPUR 10 April - Polis sedang mengesan pelajar-pelajar sekolah menengah yang berseronok membelasah seorang pelajar lain dalam kejadian yang dipercayai berlaku di Pulau Pinang.

Kejadian tidak berperikemanusiaan itu dirakamkan oleh salah seorang pelajar samseng itu dan video itu tersebar di Internet.

Polis Diraja Malaysia, menerusi laman Facebook rasminya, hari ini meminta orang ramai yang mempunyai maklumat atau mengenali individu-individu yang terlibat di dalam klip video tersebut supaya melaporkannya di balai polis berhampiran bagi membantu siasatan.

"Pihak sekolah, mangsa atau keluarga yang terlibat juga diseru tampil untuk membuat laporan di balai polis terdekat," menurut kenyataan polis dalam laman Facebook itu.

Video berdurasi satu minit 32 saat itu memaparkan seorang remaja yang masih memakai pakaian sekolah dibelasah sekumpulan remaja lain, dipercayai rakan sekolahnya di dalam sebuah kelas.

Mangsa itu dilihat tidak melawan apabila seorang remaja yang memakai baju T berwarna kelabu menyerangnya bertubi-tubi - menumbuk, menendang dan menyiku mangsa ala Tomoi.

Kejadian itu turut disertai oleh dua lagi remaja lain yang turut sama membelasah mangsa. Salah seorang daripada mereka berbadan gempal.

Mangsa turut dipukul menggunakan objek keras dan pesta pembantaian itu hanya berhenti apabila seorang daripada anggota kumpulan itu meminta agar perbuatan itu dihentikan.

Dipercayai pembantaian itu disaksikan oleh lebih daripada lima orang dan kebanyakan mereka hanya tertawa melihat mangsa dijadikan punching bag bagi kumpulan samseng itu. - UTUSAN ONLINE

Pasangan kekasih mati jatuh dari tingkat 3

Posted: 09 Apr 2013 01:22 PM PDT

Oleh HUDA ATIQAH SAMSIR
utusanjohor@utusan.com.my

BATU PAHAT 9 April - Sepasang kekasih maut selepas dipercayai terjatuh dari tingkat tiga sebuah pasar raya di Jalan Bakau Chondong di sini malam tadi.

Saksi yang hanya mahu dikenali sebagai Azam berkata, dia nampak kedua-dua mereka dalam keadaan mencurigakan keluar dari sebuah pusat hiburan keluarga pada pukul 7.40 malam.

Katanya, mereka kemudian naik ke tingkat atas sebelum menutup mata masing-masing lalu terjun bersama-sama.

"Saya terkejut melihat tindakan pasangan itu yang berlaku sekelip mata dan bergegas ke tempat kejadian. Hasil pemeriksaan saya dapati wanita itu jatuh di atas sebuah kereta sebelum tercampak ke longkang berhampiran," kata Azam.

"Lelaki terbabit pula berada di longkang dalam keadaan mengerikan. Ini kejadian bunuh diri kali keempat sejak pasar raya itu beroperasi," dakwanya

Ketua Polis Daerah Batu Pahat, Asisten Komisioner Din Ahmad berkata, pasangan tersebut dipercayai penduduk tempatan dan berusia lingkungan 30-an.

"Identiti wanita masih belum dapat dikesan manakala lelaki terbabit berasal dari Taman Bukit Pasir, di sini. Motif kejadian belum diketahui dan kes diklasifikasikan sebagai kematian mengejut (SDR)," katanya.

Din meminta orang ramai yang mempunyai maklumat tentang kejadian itu supaya datang ke balai polis berhampiran untuk membantu siasatan.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Pahang

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Pahang


Graduan perlu bercita-cita tinggi

Posted: 09 Apr 2013 01:22 PM PDT

Muhammad Safian Ismail (dua kanan) menyatakan sesuatu kepada Abdul Rahman Abd. Manan (kanan) sambil diperhatikan oleh Siti Jariah Ibrahim pada Majlis Konvokesyen Politeknik Sultan Ahmad Shah di Kuantan, semalam. - UTUSAN/ AHMAD ZAKKI JILAN

KUANTAN 9 April - Setiap graduan politeknik perlu mempunyai cita-cita untuk meneruskan pengajian ke peringkat lebih tinggi sejajar dengan aspirasi kerajaan bagi melahirkan modal insan yang cemerlang, gemilang dan terbilang.

Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Seri Muhammad Safian Ismail berkata, golongan itu perlu bijak mencari peluang, kreatif serta inovasi untuk menghadapi senario masa kini.

Menurut beliau, sijil dan diploma yang dimiliki tidak boleh dianggap sebagai noktah dalam penerokaan ilmu pengetahuan.

"Kemahiran berkomunikasi dan personaliti yang menarik adalah penting untuk bersaing dalam sektor pekerjaan yang mencabar.

''Nilai tambah pengetahuan amat berguna kepada para graduan sebagai satu kelebihan setelah tamat pengajian," katanya ketika berucap dalam Majlis Konvokesyen Politeknik Sultan Ahmad Shah Ke-34 di Dewan Jubli Perak di sini hari ini.

Yang hadir sama, Pengarah Polisas, Siti Jariah Ibrahim dan Timbalan Pengarahnya, Jamaliah Ahmad.

Majlis konvokesyen selama tiga hari bermula hari ini melibatkan 2,077 graduan yang menamatkan pengajian di peringkat sijil dan diploma.

Pada majlis itu, Graduan Diploma Ukur Tanah, Abdul Rahman Abd. Manan muncul penerima Anugerah Pengarah Politeknik Polisas.

Muhammad Safian turut menyarankan Polisas terus mempertingkatkan usaha dalam bidang penyelidikan dan inovasi serta mewujudkan penanda aras, kerjasama dan perkongsian pintar dengan institut pengajian tinggi awam serta swasta.

Beliau berkata, institut itu memainkan peranan penting melahirkan modal insan kelas pertama bagi konteks dunia global yang menuntut anjakan minda para penuntutnya dalam memenuhi permintaan pasaran masa kini.

"Menghasilkan graduan berminda kelas pertama, warga politeknik perlu mempunyai perancangan strategik dan tidak bersandarkan pada kejayaan akademik semata-mata.

"Sebaliknya, perlu memberi fokus dalam aspek pembentukan modal insan berkualiti melalui aktiviti yang sesuai," ujarnya.

Polisas tingkatkan prestasi melalui inovasi, penyelidikan berimpak tinggi

Posted: 09 Apr 2013 01:22 PM PDT

Sebahagian pelajar gembira dan bangga setelah menerima diploma pada Majlis Konvokesyen Politeknik Sultan Ahmad Shah di Kuantan, semalam.

KUANTAN 9 April - Politeknik Sultan Ahmad Shah di sini sentiasa berusaha meningkatkan prestasi melalui inovasi dan ciptaan serta penyelidikan berimpak tinggi sejajar dengan matlamat menjadi peneraju Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET) setanding universiti.

Pengarahnya, Siti Jariah Ibrahim berkata, langkah itu menuntut para pensyarah dan penuntut lebih kreatif dan inovatif dalam pembelajaran bagi mengangkat politeknik menjadi institusi pilihan utama terhadap pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

Menurutnya, institusi itu mempunyai peranan khusus dalam melahirkan modal insan yang bukan sahaja berilmu pengetahuan tetapi mempunyai kemahiran tinggi.

"Jadi pendidikan TVET perlu ditingkatkan sebagai langkah merealisasi sasaran negara termasuk meningkatkan imej pada pandangan masyarakat selari dengan misi Polisas iaitu beriltizam menjadi institusi pendidikan terunggul dalam melahirkan teknokrat separa profesional," katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Konvokesyen Politeknik Sultan Ahmad Shah Ke-34 di Dewan Jubli Perak di sini hari ini.

Siti Jariah berkata, bagi memastikan program pengajian politeknik sentiasa relevan dan responsif, pengajaran yang dilaksanakan adalah melalui pendekatan hasil asas pendidikan di institusi itu.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Mahkamah

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Mahkamah


Kes saman terhadap Rafizi bermula 21 Ogos ini

Posted: 09 Apr 2013 01:22 PM PDT

KUALA LUMPUR 9 April - Kes saman fitnah Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi terhadap Pengarah Strategi Parti Keadilan Rakyat (PKR), Rafizi Ramli akan dibicarakan selama dua hari bermula 21 Ogos depan di Mahkamah Tinggi di sini.

Saman itu yang difailkan pada 25 Januari lalu berhubung dakwaan Rafizi, 36, telah menulis dan menerbitkan dalam blognya artikel berunsur fitnah mengenai diri Ahmad Zahid, pejabat dan pekerjaannya sebagai Menteri Pertahanan.

Peguam Datuk Saseedharan Menon yang mewakili Ahmad Zahid memberitahu pemberita, pada 6 Mac lalu mahkamah telah menetapkan kes saman itu dibicarakan pada 12 dan 13 Jun depan namun tarikh tersebut telah dilapangkan.

Pesuruhjaya Kehakiman, Lee Heng Cheong menetapkan tarikh perbicaraan yang baru ketika Saseedharan dan peguam Mohd. Afiq Mohd. Noor bagi pihak Rafizi menghadiri prosiding pengurusan kes di kamar beliau, hari ini.

Menurut Saseedharan, sebelum perbicaraan didengar, mahkamah menetapkan pengurusan kes itu pada 3 Jun depan.

Ahmad Zahid yang juga Naib Presiden UMNO menyatakan, perbuatan itu dilakukan oleh Rafizi pada atau sekitar 29 Disember tahun lalu dengan niat jahat memberi gambaran negatif dan palsu terhadapnya supaya dibaca oleh orang awam.

Beliau selaku plaintif berkata, perkataan itu antaranya membawa maksud beliau seorang yang tidak kompeten menjawat jawatan Menteri Pertahanan, tidak jujur dan tidak boleh dipercayai.

'Tuhan Harun' didakwa tipu kontraktor RM200,000

Posted: 09 Apr 2013 01:22 PM PDT

KUANTAN 9 April - Seorang lelaki dipercayai ketua kumpulan ajaran sesat dikenali sebagai 'Tuhan Harun' dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini hari ini atas tuduhan menipu seorang kontraktor membabitkan kerugian RM200,000, lima tahun lalu.

Harun Mat Saad, 47, mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan kepadanya di hadapan Majistret Jesseca Daimis.

Dia didakwa memperdayakan Baharodin Said, 56, sehingga mendorong mangsa menyerahkan wang tersebut sebagai pembelian satu unit saham di Islamic Business Central.

Perbuatan itu didakwa dilakukan di sebuah rumah beralamat No. 10, Lorong Kubang Buaya 48, Taman Kubang Buaya dekat sini pada pukul 3 petang, 18 Oktober 2008.

Dakwaan terhadapnya dikemukakan oleh Pegawai Pendakwa, Inspektor T. Murugesu mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara tidak kurang setahun dan tidak lebih 10 tahun dan sebat serta boleh dikenakan denda.

Jesseca membenarkan tertuduh diikat jamin RM7,000 dengan seorang penjamin sementara menunggu sebutan kes pada 29 April ini.

Utusan Malaysia semalam melaporkan, seorang lelaki dipercayai ketua kumpulan ajaran sesat dikenali sebagai 'Tuhan Harun' ditangkap polis pada Khamis lalu bagi membantu siasatan kes penipuan bernilai ratusan ribu ringgit.

Ketua Polis Pahang, Datuk Sharifuddin Ab. Ghani berkata, penahanan itu dibuat setelah polis menerima laporan daripada seorang kontraktor berumur 56 tahun yang mendakwa ditipu suspek pada 2008.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Luar Negara

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Luar Negara


Peneroka haram Yahudi bunuh penduduk Palestin pada 1997 dipenjara seumur hidup

Posted: 09 Apr 2013 09:59 AM PDT

BAITULMAQDIS 10 April - Sebuah mahkamah Israel semalam menjatuhi dua hukuman penjara seumur hidup ke atas seorang peneroka haram Yahudi kerana membunuh dua penduduk Palestin pada 1997.

Jack Teitel, 41, pada Januari lalu didapati bersalah membunuh seorang pemandu bas dan seorang penggembala termasuk dua percubaan membunuh berasingan, memiliki senjata haram dan menghasut keganasan.

Pelampau agama kelahiran Amerika Syarikat (AS) itu dijatuhi dua hukuman penjara seumur hidup oleh Mahkamah Daerah Baitulmaqdis, masing-masing satu bagi setiap mangsanya dan perlu membayar pampasan sebanyak AS$47,000 (RM142,377) kepada setiap keluarga mangsa.

Teitel pada masa yang sama dijatuhi hukuman penjara lagi selama 30 tahun atas dua percubaan bunuh dan pelbagai kesalahan lain. - AFP

Al-Qaeda mengaku ada peranan dalam perang Syria

Posted: 09 Apr 2013 09:56 AM PDT

DAMSYIK 10 April - Rangkaian kumpulan al-Qaeda di Iraq semalam mengaku memainkan peranan mereka dalam perang di Syria menerusi kumpulan pemberontak, pergerakan Barisan al-Nusra yang menentang kerajaan pimpinan Presiden Bashar al-Assad.

Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Ban Ki-moon dalam pada itu meminta Syria meluluskan misi pemeriksa pertubuhan itu bagi menyiasat dakwaan penggunaan senjata kimia dalam konflik yang berlarutan sehingga dua tahun.

"Pergerakan Barisan al-Nusra merupakan satu cabang kumpulan Negara Islam Iraq (ISI)," kata ketua ISI, Abu Bakr al-Baghdadi dalam satu rakaman yang disiarkan secara dalam talian, sambil menambah kumpulan itu berjuang bagi penubuhan negara Islam di Syria. - AFP

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Rencana

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Rencana


Masa untuk jentera Wanita BN

Posted: 09 Apr 2013 01:22 PM PDT

UTUSAN: Ada masyarakat tertanya-tanya kedudukan Datuk Seri, jadi boleh jelaskan tentang hasrat untuk tidak mahu bertanding dalam PRU-13 ini?

SHAHRIZAT: Ramai pengundi bertanya kenapa saya tidak bertanding, bagi saya ini bukan masa untuk bertanding tetapi untuk memimpin terutama jentera Wanita BN. Saya sudah maklum kepada Pengerusi BN, Datuk Seri Najib Tun Razak sejak tahun lepas lagi bahawa saya rela tidak akan bertanding. Sebagai orang Islam, saya percaya pada qada' dan qadar. Apa yang terpaksa saya dan keluarga lalui ini selama hampir dua tahun ini menguatkan lagi semangat saya untuk bekerja lebih keras bersama wanita demi membawa kemenangan BN pada PRU-13.

Saya bersyukur dan sentiasa menginsafi bahawa kita sebagai manusia akan sentiasa diduga termasuklah kita sebagai pemimpin. Dugaan berlaku semasa kita senang dan berkuasa. Dugaan juga berlaku masa kita hadapi cabaran-cabaran luar biasa.

Sebagai seorang Ketua Wanita kepada 1.3 juta wanita, saya ingin menjadi sumber inspirasi kepada setiap wanita yang menghadapi dugaan luar biasa dalam hidup ini untuk terus bertawakal kepada Allah SWT dan tidak biar semangatnya patah atau give-up dalam perjuangan. Malah, sebagai seorang ahli politik, tragedi tohmah dan fitnah terhadap saya dan keluarga yang dilemparkan oleh pembangkang saya jadikannya sebagai tangkal untuk saya lebih beriman dan cekal dalam perjuangan saya demi agama, bangsa dan negara.

Saya diuji bagaimana tindak-tanduk dan keputusan saya untuk memimpin Pergerakan Wanita UMNO dan Wanita BN pada masa kritikal. Saya diuji sama ada saya akan hilang semangat atau bertawakal kepada Allah untuk membawa wanita ke satu tahap meyakinkan. Ini satu ujian kepada saya.

Perjuangan saya belum selesai. Agenda wanita dan kebajikan akan terus saya perjuangkan. Saya kagum, yakin dan percaya dengan misi dan visi Perdana Menteri Dato' Sri Najib Tun Razak dan setia berpegang teguh kepada semangat perjuangan BN.

Sebab itu, walaupun saya tidak bertanding, semangat saya masih lagi berkobar-kobar untuk membantu jentera pilihan raya dan seterusnya menggerakkan jentera wanita sebagai satu tanggungjawab Ketua Wanita BN.

Oleh sebab tidak bertanding, jadi semasa tempoh berkempen nanti, apakah langkah dan tumpuan Datuk Seri?

Seperti biasa saya akan terus berada di sisi pengundi akar umbi di bandar atau luar bandar. Tugas ini saya akan teruskan semasa kempen terutama menggerakkan jentera yang telah pun membuat persiapan sejak empat tahun lalu. Sistem telah pun dikemas kini dengan penuh disiplin dan komitmen. Wanita sentiasa bersiap siaga untuk menghadapi PRU pada bila-bila masa mengikut undang-undang. Saya dan jentera Wanita akan memberikan sokongan sepenuhnya kepada semua calon BN yang bertanding pada PRU-13.

Bagaimana pula dengan calon wanita, Datuk Seri sudah berjaya mewujudkan polisi 30 peratus wanita dalam perkhidmatan awam dan bidang korporat, apakah pula cabaran dalam arena politik? Apakah tindakan Datuk Seri ke arah itu?

Memang betul kita amat berjaya dalam implementasi polisi sekurang-kurangnya 30 peratus wanita dalam pembuat keputusan di sektor perkhidmatan awam. Hasil daripada perjuangan kami maka wanita di bidang korporat pun telah mula diberi perhatian dan peluang untuk menembusi glass ceiling tempat membuat keputusan di syarikat-syarikat yang disenaraikan dalam bursa saham, GLC dan lain-lain.

Saya juga sedar bahawa untuk memberi nafas dan kejayaan kepada polisi ini dalam bidang politik pula adalah paling mencabar. Apa pun, saya tidak pernah putus asa untuk terus memperjuangkan polisi ini dan saya menganggap ia sebagai satu perjalanan yang penuh dengan onak dan duri untuk saya dan wanita. Namun begitu saya akan 'pakai kasut besi' untuk mengharunginya.

Pindaan Perlembagaan UMNO telah menunjukkan bahawa perjuangan untuk mengarus perdana wanita dalam politik telah bermula pada tahun 2009 iaitu wanita diberi tempat untuk memilih pemimpin peringkat Cawangan, Bahagian dan ahli Majlis Tertinggi, sekarang saya mahu ketengahkan wanita dalam arena pemilihan PRU pula.

Saya telah kemukakan senarai panjang nama-nama calon wanita kepada Pengerusi BN Malaysia untuk pertimbangan beliau berdasarkan kelayakan, kriteria dan latar belakang calon-calon tersebut.

Saya memahami kesukaran yang dihadapi oleh Pengerusi BN dalam menentukan winnable candidate yang terbaik bagi PRU-13 ini, namun saya yakin bahawa calon wanita akan diberikan tempat yang sewajarnya walaupun banyak pihak membuat tuntutan yang sama berhubung isu calon ini.

Banyak perkiraan akan diambil kira oleh Perdana Menteri. Siapa yang akan terpilih dan siapa yang akan dipilih bukan isunya tetapi saya berharap beliau akan memberi ruang dan peluang kepada pemimpin wanita sebagai tulang belakang parti untuk menjadi calon. Naluri wanita bukan pengkhianat, walaupun banyak nama yang saya beri tetapi kalau ada nama yang tidak dipilih, saya yakin tekad kesetiaan wanita tidak akan berbelah bahagi kepada BN.

Sebagai seorang pemimpin yang pernah jatuh dan bangun dalam bidang politik ini, suka untuk saya ingatkan kepada semua pemimpin wanita yang tidak terpilih sebagai calon dalam pilihan raya kali ini untuk terus cekal dan istiqamah dalam perjuangan serta memberi sokongan tidak berbelah bahagi kepada BN. Pembangkang sentiasa mencemburui perpaduan yang erat dalam kalangan ahli wanita yang menjadi jentera barisan hadapan dan saya berharap agar kita tidak akan termakan helah mereka.

Walaupun latar belakang saya dalam bidang korporat, saya akan terus menyuarakan dengan lantang bagi memperjuangkan isu-isu berkaitan wanita dan kebajikan. Jika wanita berjaya maka ini adalah kejayaan untuk kaum bapa juga.

Datuk Seri yakin permintaan sekurang-kurang kuota 30 peratus calon wanita akan dipenuhi pucuk pimpinan?

Saya memimpin wanita supaya mereka mempunyai keyakinan diri dan bercita-cita tinggi dalam hidup ini. Biarlah tinggi melangit, sebab kalau tidak ada cita-cita tinggi atau tidak ada impian, bagaimana kita hendak mencapai kejayaan. Namun begitu pada masa yang sama kita juga berpijak di atas bumi yang nyata. Usaha amat mustahak untuk mencapai sesuatu. Sebab itu saya akan tetap berusaha untuk kejayaan Wanita UMNO dan Wanita BN.

Bagaimana pula dengan calon wanita BN?

Saya juga memperjuangkan pencalonan wanita BN melalui setiap presiden parti komponen supaya pemimpin wanita mereka tidak diketepikan. Saya amat selesa dan berbangga berjuang bersama dengan kepimpinan wanita parti komponen. Antara mereka juga ramai berkelayakan. Tugas saya sebagai Ketua Wanita BN adalah untuk menggesa dan menyuarakan dengan lantang agar semua pihak sedar bahawa pembabitan wanita dalam dunia politik amat diperlukan.

Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad ada menyatakan dalam pilihan raya, kemenangan parti lebih penting daripada calon. Sekarang antara manifesto, calon dan isu-isu PRU, mana satu yang boleh menentukan kemenangan parti?

Pada saya untuk menang PRU adalah gabungan ketiga-tiga perkara itu, terutama isu yang menyentuh hati dan pemikiran rakyat. Aku janji, calon dan isu PRU adalah mustahak, tidak ada satu yang lebih mustahak daripada yang lain.

Akujanji yang dipelopori oleh Datuk Seri Najib memang hebat dan kesemua 17 teras manifesto yang diumumkan adalah realistik dan boleh dilaksanakan. Ramai yang berkata jika dibandingkan dengan Manifesto yang dijaja oleh pihak pembangkang, nyata manifesto mereka hanya mimpi, khayalan dan fantasi sehingga boleh meletakkan Malaysia menjadi bankrap.

Saya mahu wanita Malaysia untuk melihat aku janji BN ini dari kaca mata yang luas daripada bahagian awal hingga bahagian akhir aku janji tersebut yang sememangnya tidak mengetepikan hak dan kebajikan wanita dan keluarga. Kesemuanya membawa manfaat dan kesejahteraan kepada wanita sebagai ibu, isteri, anak dan pekerja sama ada dalam isu saraan hidup, pemilikan rumah, keselamatan mahupun semua isu khusus yang diutarakan.

Kita sebagai wanita perlu mendukung aku janji BN ini serta meyakinkan rakyat bahawa setiap janji yang dilafaz pasti akan ditepati selepas BN menang Insya-Allah dalam PRU-13 nanti dan wanitalah yang menjadi penerima utamanya.

Wanita pembangkang meragui keikhlasan Najib untuk merealisasikan isi kandungan manifesto itu sehingga disifatkan tidak ikhlas dan meniru manifesto mereka. Apa komen Datuk Seri?

Semua yang dilaungkan oleh pembangkang telah pun lama menjadi agenda perjuangan BN. Dalam manifesto pembangkang, tidak ada satu idea perjuangan original. Sama ada isu turun harga kereta, pemansuhan tol, penyediaan pusat asuhan atau isu wanita tidak ada yang original. Pembangkang hanya melemparkan janji sebagai candu kepada rakyat yang akan membawa kepada kehancuran negara.

Lihat sajalah apa yang telah berlaku di empat negeri di bawah pemerintahan mereka. Sehingga kini, rakyat masih menagih semua janji manis mereka pada PRU-12 yang lalu. Berbeza dengan aku janji BN, adalah satu janji yang akan ditepati, mengikut masa dan cara yang dirancangkan.

Isu-isu yang dibawa pembangkang tidak boleh diimplementasikan dan boleh meletakkan negara menjadi bankrap. Yakinlah, jika BN terus dipilih membentuk kerajaan dan mendapat mandat besar, maka makin mudah untuk diimplementasikan dan semua ini menjadi wawasan kita. Jika negara stabil, ekonomi mantap, maka peluang melimpah-ruah untuk wanita yang mana perkara ini mampu dicapai dan tidak mustahil untuk dikecapi. Tetapi kalau pembangkang memerintah, ramai percaya ekonomi akan hancur, tidak boleh dicapai.

Tradisi dahulu, jentera wanita BN dan UMNO seringkali dilihat bergerak secara sendirian tanpa jentera daripada sayap lain, bagaimana pula dengan persiapan jentera wanita untuk PRU-13 kali ini?

Sekarang untuk PRU-13, Wanita UMNO bergerak bersama rakan dalam parti komponen. Semangat wanita komponen amat tinggi. Tali silaturrahim antara kami begitu erat kerana setiap ketua wanita komponen ada iltizam kuat, mengguna pakai cara wanita UMNO berkempen selain kaedah mereka sendiri.

Saya, Khairy dan Rosnah, bekerja rapat dalam persiapan untuk PRU-13 dan tali silaturrahim ini kami turunkan di peringkat akar umbi.

Apa kata-kata nasihat Datuk Seri untuk pengundi khususnya wanita?

PRU kali ini dikatakan ibu segala PRU. Saya minta semua pengundi untuk beri mandat kepada Datuk Seri Najib dan BN untuk memimpin Malaysia yang berkat ini dalam menjamin kestabilan, pembangunan dan perpaduan negara. Bercakaplah dan berbincanglah dengan anak-anak serta kaum keluarga supaya mereka memahami kenapa keadaan politik negara ini mesti stabil, kenapa kita kena tolak politik ala reformasi, politik yang membawa kepada kehancuran yang jelas dibawa oleh pembangkang.

Bercakaplah dan berbincanglah dengan anak-anak betapa kita hanya ada satu negara sahaja di dunia ini dan janganlah kita biar pembangkang memecah belah negara, menjual maruah dan kedaulatan negara. Berilah undi kepada BN untuk masa hadapan generasi muda kita mewarisi negara yang aman, makmur dan stabil.

Calon oh Calon: Dr. Juanda, Ghani, Papa Gomo

Posted: 09 Apr 2013 01:22 PM PDT

SOAL penentuan calon PRU-13 ini sungguh menarik untuk dinantikan. Beberapa kejutan kecil sudah berlaku dan kedengaran berlaku di pihak pembangkang mahu pun BN.

Semalam Pas mencalonkan beberapa tokohnya termasuk Salahudin Ayub bertanding di Parlimen Pulai, Husam Musa di Putrajaya manakala penyanyi Aishah di Jempol, Negeri Sembilan.

Hari ini semasa calon-calon BN diumumkan oleh Najib Tun Razak mungkin lebih banyak kejutan akan kedengaran.

Dan, begitu jugalah di pihak sebelah lagi.

Nama Dr. Juanda Jaya, Mufti Perlis yang disebut-sebut mahu bertanding atas tiket PKR di Kangar juga adalah satu kejutan.

Beliau berasal dari Sarawak. Dia adalah seorang ulama berkelulusan Ph.D. dari UK. Oleh itu, bolehlah kita katakan beliau seorang ulama berstatus sarjana.

Semasa Anwar Ibrahim berucap di LSE, sebuah sekolah ekonomi di London, Juanda berada di situ. Juandalah salah seorang yang mendedahkan bahawa Anwar ialah seorang pluralis atau percaya bahawa semua agama adalah sama taraf.

Heboh satu Malaysia pada masa itu. Akibatnya ada yang bersahabat lama dengan Anwar pun membuat keputusan lari daripadanya atas pendirian akidah.

Tidak semena-mena di saat-saat PRU akan tiba ini, Juanda dikatakan mahu bertanding pilihan raya atas tiket PKR, parti yang didokong oleh Anwar. Apa sebab dia berbuat demikian belum diketahui.

Namun ada beberapa rakan yang rapat dengan beliau memberitahu, Juanda mahu seorang yang berstatus ulama, sepertinya, bertanding dalam pilihan raya. Beliau mendakwa UMNO tidak mahu mengambil ulama sebagai calon?

Jika beliau bercakap mengenai soal ulama dan Islam, mengapa dia tidak menawarkan diri bertanding atas tiket Pas? Difahamkan beliau kurang selesa pula dengan Pas dan tidak bersetuju dengan perjuangan parti itu.

Kalau macam itu, mengapa PKR? Adakah Anwar telah mengula-gulakan Juanda, seperti mana digula-gulakannya bekas jeneral-jeneral itu? Itu kita tidak pasti pula?

Ada juga yang berkata ini soal fahaman wahabisme, satu anutan yang dikatakan banyak diikuti di Perlis. Apa kaitan pula dengan Anwar? Jika mengikut pembacaan dalam dokumen perisikan i-Files di Internet, Anwar dikatakan pernah mendapat dana dari Arab Saudi bagi tujuan kononnya membantu penyebaran fahaman itu di rantau ini?

Kita tolak soal itu dulu. Kita lihat senario semasa ekoran kedudukan Juanda itu. Difahamkan Pas pun berminat dengan kerusi Kangar itu. Ini bermakna, sudah ada perebutan pula di antara PKR dan Pas.

Pas mahu meletak Dr. Haron Din sebagai calon di Kangar. BN pula dikatakan juga akan meletakkan orang agama iaitu Fathul Bari Jahaya sebagai calon di situ.

Dikhabarkan Juanda hanya menanti pengumuman oleh Anwar sebelum bertemu dengan Raja Perlis untuk meletak jawatan sebagai mufti.

Dr. Haron pula sudah tentu akan berusaha keras bagi menduduki kerusi itu.

Sebuah blog Tunkuaisha.blogspot menyifatkan perebutan itu sebagai a clash between two devils atau pertarungan di antara dua syaitan.

Kata blog itu lagi: "PKR Perlis kini berdepan dengan sikap sebenarnya pakatan mereka Pas, sebuah parti berslogankan Islam, tetapi sering mempersendakan musuh dengan pelbagai simbol."

Tambah blog itu, pertarungan ini diketuai oleh Haron, seorang yang dikenali sebagai "penghalau syaitan" yang kini bergerak kuat menentang Anwar secara senyap dan dia secara peribadi pernah menyatakan bahawa Pas tidak boleh sama sekali menerima Anwar sebagai Perdana Menteri akan datang berdasarkan latar belakangnya.

Menurut blog Tunku lagi yang memetik satu sumber dalaman mendedahkan bahawa Pas telah mengemukakan tiga calon di ketiga-tiga kawasan Parlimen Perlis dan telah mengambil semua 8 DUN yang mempunyai potensi untuk menang di negeri itu.

Sekiranya benarlah itu senarionya, peluang Juanda akan malap. Namun, jika dia masih terlalu bercita-cita menjadi calon, mungkin Anwar terpaksa mencari kawasan lain di luar Perlis.

Ghani Othman Lawan Kit Siang

di Gelang Patah?

SATU lagi tumpuan kini ialah Parlimen Gelang Patah. Lim Kit Siang dikatakan akan bertanding di situ. Sekiranya dia menang, maka DAP akan mencengkam kukunya di negeri itu.

Mendengarkan cubaan itu, Ghani Othman juga dikatakan telah membuat cabaran. Walaupun bukan kedengaran daripada mulutnya sendiri, setakat ini, tetapi beberapa pihak telah menyebarkan berita bahawa beliau akan melawan Kit Siang di situ. Dengar kata Ghani pun sudah mahu berhijrah ke Pusat semula.

Benarkah Ghani? Gelang Patah dihuni oleh lebih 50 peratus pengundi Cina. Beliau tidak takut kalahkah? Jika benarlah andaian itu, bolehkan kita gelar Ghani sebagai pahlawan kerana sanggup mempertahankan kubunya daripada musuh. Apa nak takut, Gelang Patah selama ini adalah kawasan BN.

Ramai pihak di Johor menaruh kepercayaan jika Ghani bertanding di Gelang Patah menentang Kit Siang boleh dikalahkan dengan mudah.

Ghani mempunyai perkiraan politiknya yang tersendiri. Jika bukan Ghani yang bertanding, difahamkan MCA akan meletakkan seorang calon muda dan sudah tentu dia mudah sahaja disayurkan oleh Kit Siang.

Ghani tidak mahu Gelang Patah jatuh ke tangan DAP. Beliau penuh yakin, hasil usahanya turun padang selama beberapa tahun ini, termasuk di kawasan itu, ia boleh menang.

Menurut penganalisis, tinjauan terkini mendapati harapan yang mulanya dirasakan orang Cina DAP Johor sebagai 100 peratus akan menang sudah menjadi 50:50 dengan hanya penyataan Ghani untuk menentang Kit Siang.

Tambah analisis itu, kajian rambang pada 25 Mac lalu membabitkan pengundi Cina, 51 peratus daripada mereka menyatakan kesediaan untuk memilih Kit Siang, sementara yang bakinya 'tidak pasti,' 'tidak tahu' atau 'menentang'.

Tetapi, sehari selepas berita mengenai pertentangan Kit Siang dan Ghani diketahui, hanya 34 peratus daripada orang Cina masih komited dengan pemimpin veteran DAP itu.

Peratusan orang Cina yang sebelum ini rasa berbelah bagi meningkat daripada 23 peratus kepada 32 peratus.

Kategori 'tidak tahu' turut bertambah daripada 7 peratus kepada 27 peratus.

Tetapi, lebih menakjubkan daripada itu, kajian lebih kualitatif dijalankan selepas berita Ghani tersebar luas.

Ia menunjukkan tidak seorang pun orang Melayu yang ditemu ramah berkata mereka akan menyokong Kit Siang.

Jika Ghani menang menentang Kit Siang, maka masa depan politiknya sudah tentu akan bersinar. Jika dia kalah, mungkin sudah tiba masanya untuk dia berundur.

Begitu juga dengan riwayat hidup politik Kit Siang.

Papa Gomo Lawan Anwar

WAN Muhammad Azri Wan Deris bukan calang-calang blogger. Blognya dikenali sebagai Papa Gomo yang sering mengganyang Anwar Ibrahim kiri-kanan, depan-belakang.

Walaupun dia disaman oleh Anwar dia tidak pernah gentar.

Lawan tetap lawan demi kebenaran, kata dia. Kelmarin Papa Gomo mengumumkan akan bertanding atas tiket Bebas untuk menentang Anwar di mana saja dia bertanding.

Anwar pastinya pecah peluh dengan gelagat Papa Gomo ini. Sudahlah beberapa video perbualan Anwar dan seorang lelaki mahasiswa sebuah universiti telah disiarkan sedikit demi sedikit.

Dengar kata ada lagi babak-babak seterusnya. Memang panas PRU kali ini.

Walau pun mungkin atas kertas Papa Gomo sukar akan menang, tapi lawan tetap lawan.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Keluarga

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Keluarga


Komitmen Michelle untuk alam sekitar

Posted: 09 Apr 2013 02:00 AM PDT

Oleh ZAAIN ZIN dan FARHANA JONI
pengaranghiburan@utusan.com.my
Gambar MOHD. GUSTIE NOORAMBIA

Menjadi jurucakap untuk mempromosi program pemuliharaan penyu oleh SFC.

HATI-hati! Jangan terpijak baby turtle saya," itu 'rayuan' Datuk Seri Michelle Yeoh sebaik sahaja melihat seorang petugas media hampir-hampir terpijak salah seekor anak penyu yang terkial-kial merangkak di atas pasir mencari gigi air.

Walaupun manja, nadanya tetap kedengaran tegas, sekali gus menyerlahkan sifat melindungi, persis seorang ibu melindungi anaknya.

Tanpa teragak-agak, beliau terus melutut atas pasir dan membantu anak-anak penyu tersebut menuju ke arah yang betul.

Cuaca ketika itu panas terik walaupun angin sepoi-sepoi bahasa kadang-kala menampar muka dengan lembut.

Wajah beliau mula dibasah keringat, manakala persalinan serba putih yang dipakainya pula mula kotor diselaputi debu dan pasir pantai.

Namun, tidak sedikit pun riak kesal terbit di wajah aktres Hollywood kelahiran Ipoh, Perak itu.

Beliau sebaliknya komited melaksanakan amanah yang digalas, iaitu melepaskan 17 ekor anak penyu hijau yang berjaya ditetaskan di Pulau Talang Besar, Kuching, Sarawak satu-persatu ke laut.

Program tersebut merupakan sebahagian daripada aktiviti sempena lawatan Michelle ke pulau berkenaan yang menjadi pusat penetasan penyu Sarawak Forestry Corporation (SFC).

Objektif aktiviti beliau itu antara lainnya bertujuan mempromosi program pemuliharaan penyu hijau, atau nama saintifiknya chelonia mydas yang kini semakin diancam kepupusan.

"Penyu hijau Sarawak ini milik semua. Kalau kita tidak melindunginya, mereka akan pupus dan tidak ada apa-apa lagi yang boleh kita wariskan kepada generasi akan datang.

"Usaha saya ini tidak seberapa jika hendak dibandingkan usaha luar biasa pihak SFC, khususnya petugas pusat penetasan yang berada di sini sepanjang masa, siang dan malam.

"Apa yang saya mahu lakukan sekarang adalah cuba menjadi teladan yang baik untuk dicontohi supaya kita dapat bersama-sama menjaga alam sekitar ini," kata Michelle.

Usaha aktres yang pernah membintangi Memoirs of Geisha itu tidak terhenti di situ.

Selain melepaskan anak penyu yang baru menetas, beliau turut mengumumkan kesudian menjadikan 10 sangkar penetasan penyu, yang setiap satu mengandungi 80 ke 100 biji telur sebagai 'anak angkat'.

"Saya ada banyak anak buah, jadi biarlah setiap sangkar ini digelar sempena nama mereka seperti Sy Kai, Michelle, Thompson, Caroline dan Christian Hu Hu.

"Saya mahu anak-anak ini tahu mereka juga terlibat secara tidak langsung dalam program amal ini. Semoga suatu hari nanti, mereka sudi mengikut jejak langkah saya dan sama-sama membantu melindungi makhluk-makhluk lain," katanya.

Kehadiran bintang Hollywood itu ke Pulau Talang Besar juga boleh diibaratkan membawa sinar baharu kepada pusat penetasan itu apabila beliau bersetuju menjadi jurucakap bagi mempromosi program pemuliharaan penyu oleh SFC.

Ingin terus aktif

Kunjungan sulung Michelle ke Kuching baru-baru ini sebenarnya adalah bagi memenuhi jemputan ke Anugerah dan Festival Filem ASEAN (AIFFA) 2013 yang berlangsung di bandar raya ini selama tiga hari bermula 28 Mac lalu.

Kemuncak AIFFA 2013 menyaksikan Michelle diangkat sebagai penerima pertama Anugerah Pencapaian Seumur Hidup berikutan kejayaan beliau mengharumkan nama rantau ASEAN apabila muncul sebagai bintang Hollywood terkemuka.

Mengenai pengiktirafan sebegitu yang hadir satu-persatu dalam pelbagai anugerah sejak kebelakangan ini, beliau sempat berseloroh bimbang disuruh bersara daripada berlakon.

Bagaimanapun kata Michelle, beliau tidak mungkin akan meninggalkan dunia seni dalam masa terdekat kerana lakonan bukan sekadar karier, sebaliknya adalah dunia beliau.

"Selama ini saya sudah menerima begitu banyak penghargaan dan anugerah. Saya harap pengiktirafan kali ini bukan 'mesej' supaya saya berhenti dan pulang ke rumah.

"Saya ingin buat sebaliknya, iaitu jadikan pengiktirafan ini sebagai ganjaran atas kerja keras dan penat-lelah selama ini serta menggandakan usaha supaya saya mampu capai lebih banyak kejayaan," ujarnya.

Ditanya mengenai projek terbaharu, pelakon watak Aung San Su Kyi dalam The Lady itu memberitahu syarikat produksinya bakal melancarkan program pencarian bakat dalam bidang lakonan bagi mencari bintang Asia.

"Kami masih dalam proses merancang program ini dan maklumat lanjut mengenainya hanya akan umumkan apabila kami sudah bersedia," katanya.

Michelle yang bakal memasuki usia 50 tahun pada 6 Ogos ini memberitahu, filem terbaru lakonannya, Final Recipe dijangka ditayangkan selewat-lewatnya musim panas ini.

"Final Recipe merupakan arahan Gina Kim, pengarah kelahiran Korea-Amerika Syarikat dan kini di peringkat posproduksi.

"Ini tentang dunia masakan, namun tak banyak yang boleh saya kongsikan sekarang. Kamu kena tunggu dulu tetapi jangan lupa untuk menontonnya," ujar beliau sambil tertawa.

Berjuang lindungi bumi

Posted: 09 Apr 2013 02:00 AM PDT

KUNJUNGAN sulung ke Kuching baru-baru ini juga dimanfaat sebaik mungkin oleh Datuk Seri Michelle Yeoh.

Sebagai duta kepada sebuah pertubuhan amal dunia, Live to Love International, dia turut membawa hajat lain untuk dikongsi bersama penggiat seni filem di rantau ASEAN.

Hajat itu adalah mempromosikan filem dokumentari terbitan syarikatnya, Pad Yatra: A Green Odyssey (Pad Yatra) yang diarahkan sutradara muda dari Taiwan, Wendy J. N. Lee.

Michelle yang bertindak selaku Penerbit Eksekutif filem tersebut mempertontonkan Pad Yatra selama 70 minit kepada seluruh delegasi AIFFA 2013 dalam satu majlis tertutup di Cove 55, Santubong.

Sesi pratonton itu berlangsung sehari sebelum Malam Gala festival tersebut.

Pad Yatra merupakan sebuah pengembaraan sejauh 450 kilometer oleh 700 sukarelawan yang berjalan kaki merentasi pergunungan Himalaya. Tujuannya adalah untuk mendidik penduduk tempatan mengenai kepentingan menjaga alam sekitar.

Rombongan tersebut mengembara dan mendaki dari kampung ke kampung sambil mengutip sampah seperti botol dan beg plastik sebagai sebahagian daripada usaha membersihkan sumber air di atas gunung.

"Pembikinan filem ini mengambil masa cukup panjang. Berbulan-bulan lamanya kerana keadaan cuaca yang tidak menentu selain terletak jauh di kawasan pedalaman yang bergunung-ganang.

"Bagaimanapun, kita berjaya menyiapkannya. Saya begitu kagum dengan kecekalan pengarah, Wendy serta jurugambar yang turut sama dalam pengembaraan yang melalui jarak perjalanan beratus-ratus kilometer ini," kata Michelle.

Pad Yatra pernah ditayangkan di British Academy of Film and Television Arts (BAFTA) tahun lalu selain memenangi Anugerah Bintang Emas di Stuttgart Indian Film Festival 2012 serta Sinematografi Terbaik di Festival Filem Docutah 2012.

Wendy pula pernah dicalonkan bagi kategori Pengarah Terbaik di festival filem Feel Good Hollywood.

Menurut Michelle, Pad Yatra membawa mesej ringkas namun sangat baik iaitu jangan sekali-kali membuang sampah merata-rata terutama ke dalam sungai.

Ini kerana, sampah-sarap tersebut akan hanyut sehingga ke muara sungai dan mengalir ke laut.

"Jika ini berlaku, hidupan liar dan alam semulajadi pasti terjejas teruk. Malah semakin banyak spesies haiwan seperti penyu telah mati akibat tertelan sampah-sarap ini.

"Kesungguhan para sukarelawan mengikuti pengembaraan dalam Pad Yatra itu membuka mata saya untuk lebih aktif dalam kerja-kerja amal melibatkan pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar di seluruh dunia," katanya.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Kota

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Kota


Bukti komitmen kerajaan BN

Posted: 08 Apr 2013 12:55 PM PDT

Oleh HASHNAN ABDULLAH
kota@utusan.com.my

RAJA Nong Chik Raja Zainal Abidin (depan) memotong reben sebagai simbolik pelancaran Dasar Rumah Mampu Milik Wilayah Persekutuan di Putrajaya, semalam. - UTUSAN/SYEFRY MONIZ

PUTRAJAYA 8 April - Dasar Rumah Mampu Milik Wilayah Persekutuan (Rumawip) yang dilancarkan hari ini merupakan komitmen kerajaan bagi memastikan golongan pertengahan dan bawahan mampu memiliki rumah sendiri di Wilayah Persekutuan menjelang 2017.

Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar, Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin berkata, usaha itu selaras dengan langkah Kementerian Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar untuk membina 30,000 unit rumah di WP dalam tempoh lima tahun akan datang.

"Pembinaan itu membabitkan 20,000 unit di Kuala Lumpur, 8,000 unit di Putrajaya manakala baki 2,000 unit di Labuan.

"Difahamkan projek tersebut akan dimulakan tiga hingga empat bulan lagi," katanya kepada pemberita selepas melancarkan dasar Rumawip di sini.

Turut hadir Ketua Setiausaha kementerian, Datuk Adnan Md. Ikhsan.

Pada bulan lalu, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan kerajaan akan membina 80,000 unit rumah mampu milik untuk golongan berpendapatan sederhana di Lembah Klang bermula tahun ini.

Daripada jumlah itu, 30,000 unit rumah akan dilaksanakan di bawah program Kementerian Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar.

Raja Nong Chik berkata, dasar itu dirangka memandangkan jumlah penduduk yang menyewa di Kuala Lumpur hampir 50 peratus, Putrajaya 89.8 peratus dan 36.1 peratus di Labuan.

Beliau berkata, langkah juga sejajar dengan kajian oleh Jabatan Perangkaan Malaysia yang mendapati 58 peratus daripada jumlah isi rumah di Wilayah Persekutuan Kuala tergolong di bawah berpendapatan RM5,000 dan ke bawah.

"Umum sedia maklum bahawa kos pembangunan perumahan di Wilayah Persekutuan adalah tinggi disebabkan kekurangan tanah untuk pembangunan terutama di Kuala Lumpur dan Putrajaya.

"Di samping itu, kos tanah dan penyediaan infrastruktur akan meningkatkan lagi kos pembangunan dan oleh itu, pembeli menanggung beban harga rumah yang tinggi dan kos sampingan seperti guaman, duti setem dan penyelenggaraan perumahan serata," katanya.

Beliau berkata, melalui dasar itu, rumah mampu milik di Wilayah Persekutuan untuk golongan isi rumah yang berpendapatan bulanan RM6,000 dan ke bawah merupakan pemilikan pertama dengan harga jualan RM300,000 dan ke bawah.

Katanya, terdapat tiga jenis kategori rumah iaitu harga rendah, sederhana rendah dan sederhana.

"Bagi memastikan dasar ini ditadbir dengan cekap dan terancang, dicadangkan agar diwujudkan satu agensi khas bagi merancang dan mengawal selia Rumawip.

"Agensi itu juga bertindak sebagai pusat pendaftaran dan mengawal hal ehwal yang berkaitan dengan Rumawip," katanya.

DBKL laksana baik pulih tebing sungai runtuh

Posted: 08 Apr 2013 12:55 PM PDT

CHIEW Lian Keng (lima kanan) bersama penduduk melihat kerja-kerja baik pulih tebing sungai yang runtuh di PPR Raya Permai, Kuala Lumpur, baru-baru ini. - Utusan/Hafiz Johari

KUALA LUMPUR 8 April - Kebimbangan kira-kira 1,000 keluarga di Projek Perumahan Rakyat (PPR) Raya Permai, terhadap ancaman tebing runtuh yang berlaku awal Februari lalu bakal berakhir.

Ini berikutan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) giat melaksanakan kerja-kerja baik pulih tebing berkenaan.

Pengerusi MCA Bandar Tun Razak, Senator Chiew Lian Keng berkata, runtuhan tebing berdekatan padang permainan perumahan itu menimbulkan kebimbangan penghuni terutama dalam kalangan kanak-kanak.

Menurutnya, selepas menerima aduan penduduk berkaitan masalah itu pihaknya terus melaporkan kepada DBKL.

"Kami berterima kasih kepada DBKL kerana bertindak dengan segera membaiki tebing tanah runtuh itu.

"Tindakan pantas pihak bertanggungjawab sekurang-kurangnya memberi kelegaan kepada penghuni," katanya ditemui ketika mengadakan lawatan ke lokasi baru-baru ini.

Yang turut hadir, Ketua Pemuda MCA Bandar Tun Razak, Tan Kok Eng dan Ketua Biro Ekonomi MCA Bandar Tun Razak, Datuk Dr. Prof. Chin Yew Sin.

Lian Keng berkata, kerja-kerja baik pulih tebing itu sepatutnya siap pada awal bulan ini, namun tertangguh disebabkan keadaan cuaca yang tidak menentu.

"Kerja-kerja baik pulih ini dijangka selesai pada Mei depan,'katanya.

Sementara itu, Kok Eng berkata, tindakan pantas DBKL melaksanakan kerja-kerja baik pulih di kawasan itu membuktikan keprihatinan kerajaan terhadap rakyat.

Katanya, apa yang diharapkan pelbagai masalah yang dihadapi penduduk di situ juga dapat diselesaikan.

"Salah satu daripadanya masalah talian tetap telefon yang dihadapi penduduk sejak PPR Raya Permai dibuka.

"Kami berharap pihak bertanggungjawab dapat menyelesaikan masalah tersebut demi keselesaan dan kesejahteraan penghuni," katanya.

40 anak yatim terima peralatan sekolah

Posted: 08 Apr 2013 12:55 PM PDT

KUALA LUMPUR 8 April - Seramai 40 kanak-kanak dari rumah anak-anak yatim dan miskin sekitar Bangi menerima bantuan berjumlah RM10,000 bagi membeli peralatan sekolah tambahan .

Timbalan Naib Canselor Universiti Tenaga Nasional (Uniten), Prof. Ir. Dr. Kamal Nasharuddin Mustapha berkata, bantuan tersebut yang disalurkan melalui Islamic Relief Malaysia (IRM), telah diagihkan kepada kanak-kanak tersebut sebanyak RM200 setiap seorang.

"Melalui proses ini, kanak-kanak terlibat dibawa membeli-belah bersama 10 orang sukarelawan dilantik di kedai barangan peralatan sekolah yang terpilih,"katanya selepas majlis perasmian program Uniten-YCU Cheer to School di sini.

Yang turut hadir Pengarah Negara IRM, Zairulshahfuddin Zainal Abidin, Pengurus Yayasan Canselor Universiti Tenaga Nasional, Wan Zain Zakaria, Yang Dipertua Pertubuhan Ibu Tunggal Rangkaian Hati (Pitrah) Khadijah Masrah dan Pengarah Eksekutif Kumpulan Uniform Gallery, Roslan Hassan.

Tambahnya, selain melaksanakan tanggungjawab sosial, kerjasama ini bertujuan menerapkan kepentingan 'ingin ke sekolah' dalam kalangan kanak-kanak tersebut.

"Amat penting untuk kita tanamkan dalam minda kanak-kanak ini bahawa tidak ada apa yang boleh menghalang mereka untuk ke sekolah walaupun kemiskinan membelenggu.

"Oleh itu, pihak kami akan meneruskan program-program seperti ini pada masa akan datang dengan harapan lebih banyak penyertaan dari pertubuhan lain," katanya.

Jelasnya, pihak Uniten akan meneruskan kerjasama dengan IRM bagi mewujudkan aktiviti berkaitan pembelajaran seperti menubuhkan kelas-kelas tuisyen dan bengkel kemahiran untuk mereka yang tidak berkemampuan.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Feminin

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Feminin


Pilihan cantik, eksklusif

Posted: 09 Apr 2013 02:00 AM PDT

Oleh MERAN ABU BAKAR
Gambar NOOR ASREKUZAIREY SALIM

KREATIVITI dan ilham mampu menghasilkan sesuatu yang indah dan unik. Inilah yang dapat dilihat pada koleksi tudung eksklusif Mysara yang dihasilkan oleh Jamiah Manan.

Sudah empat tahun berada di pasaran dan walaupun masih membuatnya di rumah namun tudung Mysara mendapat sambutan yang cukup menggalakkan daripada wanita yang inginkan tudung yang eksklusif dan benar-benar cantik.

Walaupun terdapat banyak tudung di pasaran namun tudung yang boleh dipakai ke majlis tidak banyak pilihan. Kebanyakan yang dijual mempunyai rekaan yang sama dan tidak eksklusif sedangkan wanita kini mahukan tudung yang berbeza daripada orang lain dan dalam masa yang sama hanya dia seorang yang memilikinya.

Tudung eksklusif Mysara merupakan tudung awning yang dibuat daripada jenis fabrik lycra, jersi dan kapas lycra yang bermutu tinggi. Jenis fabrik yang eksklusif dan harga yang sedikit mahal menjanjikan keselesaan pada si pemakai dan nampak cantik serta tahan lama.

Dipotong dan dijahit sendiri oleh Jamiah dengan ukuran muka yang selesa untuk pelanggan, tudung eksklusif Mysara ditambah pula dengan jahitan batu-batu pelbagai warna bagi menambah keindahan tudung.

Hanya batu-batu yang bermutu tinggi menjadi pilihan seperti kristal swarovski, batu akek, manik mutiara, batu permata semula jadi atau kepingan logam bercorak akan dijahit pada tudung untuk disesuaikan dengan koleksi tudung itu sendiri yang dikatakan sebagai eksklusif.

Setiap rekaan dan corak batu yang dijahit pada setiap helai tudung adalah berbeza dan tidak terdapat dua helai tudung yang mempunyai rekaan yang sama. Inilah sebenarnya yang dicari oleh wanita yang mahukan kelainan pada tudung yang dipakai.

Tudung eksklusif ini bukan sahaja sesuai digayakan ke majlis malah terdapat wanita yang memakainya ke pejabat.

Selain membeli tudung yang telah siap dijahit dengan batu-batu berkilauan dan tidak berkilat ini, pelanggan juga boleh memberikan idea mengenai corak dan batu yang mereka sukai serta jenis fabrik yang selesa dengan mereka.

Tempahan boleh disiapkan paling cepat dalam masa dua minggu dan bagi tudung pengantin boleh disiapkan dalam masa dua bulan bersama-sama dengan baju pengantin yang ingin dijahit batu dan manik.

Selain itu, pelanggan tudung Mysara yang menghadapi masalah awning rosak atau terkelepet, boleh meminta untuk menukar semula awning.

Batu yang terdapat pada awning akan ditanggalkan dan kemudian akan dijahit semula pada awning baru.

Tudung eksklusif Mysra terdapat dalam dua saiz, iaitu saiz S yang dijual pada harga RM60 (tanpa batu dan bergantung pada jenis kain). Sementara saiz M yang telah siap dijahit batu dijual pada harga di antara RM120 hingga RM450.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Johor

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Johor


Siti Aira, Micheal Jackson terima anugerah Pengarah PIS

Posted: 08 Apr 2013 12:55 PM PDT

JOHOR BAHRU 8 April - Kekurangan yang ada padanya tidak menghalang Siti Aira Sharina Meor Shamsuddin, 25, untuk mengejar kejayaan, sebaliknya menjadi penyuntik semangat bagi mencapai kecemerlangan.

Walaupun pekak dan bisu sejak kecil, kekurangan itu tidak mematahkan semangatnya untuk menempuh perjalanan sebagai seorang penuntut institusi pengajian tinggi sehingga mampu merangkul Anugerah Pengarah Politeknik.

Anak sulung daripada tujuh beradik dan berasal dari Kota Bharu, Kelantan itu menerima anugerah tertinggi sempena Majlis Konvokesyen Politeknik Ibrahim Sultan (PIS) Ke-14 di sini hari ini.

Siti Aira Sharina yang merupakan penuntut Sijil Kemahiran Khas Rekabentuk Grafik mengakui, kejayaan yang dikecapinya itu menjadi kenangan manis baginya dan keluarga apabila perit jerih selama dua tahun pengajian diiktiraf semua pihak.

"Kekurangan yang ada saya jadikan pembakar semangat untuk terus berusaha sehingga berjaya. Alhamdulillah, kejayaan ini bukan atas usaha saya semata-mata tetapi atas sokongan keluarga, pensyarah dan rakan-rakan semua," katanya yang mendapat Purata Nilai Gred Keseluruhan (PNGK) 3.54.

Ditanya resipi kejayaannya, Siti Aira Sharina yang menggunakan bahasa isyarat memberitahu, beliau sentiasa menumpukan sepenuh perhatian di dalam kelas selain membuat nota ringkas untuk memudahkannya memahami sesuatu subjek yang diajar.

Beliau bercadang mencari pekerjaan sebagai pereka grafik sebelum melanjutkan pengajian ke peringkat lebih tinggi.

Sementara itu, seorang lagi penerima Anugerah Pengarah Politeknik, Micheal Jackson Anak Apong, 23, mengakui tidak menyangka kejayaan dalam peperiksaan sehingga mendapat PNGK 3.71 melayakkannya menerima anugerah tertinggi itu.

Baginya, pengorbanan berjauhan dengan keluarga yang berada di Betong, Sarawak akhirnya membuahkan hasil yang 'lumayan' dan kenangan itu tidak mungkin akan dilupakan.

"Saya memang minat seni sejak sekolah dan jurusan ini memang sesuai dengan jiwa saya.

"Jauh daripada keluarga tidak menjadi penghalang utama untuk saya berusaha gigih dan saya bersyukur dapat membanggakan keluarga," katanya yang kini bekerja sebagai seorang pereka baju di Kuching, Sarawak.

Beliau yang akan menyambung pengajian di Universiti Teknologi Mara (UiTM) menanam impian untuk memiliki sebuah firma rekaan visual suatu hari nanti.

Siti Aira Sharina dan Micheal Jackson merupakan antara 1,657 graduan PIS yang menerima diploma dan sijil masing-masing pada majlis konvokesyen itu yang bermula hari ini hingga Khamis ini.

Kredit: www.utusan.com.my
 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved