Selasa, 9 April 2013

Utusan Online - Dalam Negeri


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Dalam Negeri


Malaysia, Filipina tukar maklumat tangkapan kes ceroboh Sabah - Zahid

Posted: 09 Apr 2013 02:23 AM PDT

SANDAKAN 9 April - Pasukan keselamatan Malaysia dan Filipina sentiasa bertukar maklumat mengenai tangkapan berkaitan insiden pencerobohan di Kampung Tanduo, dekat Lahad Datu, kata Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Beliau berkata, setiap maklumat siasatan mengenai individu yang ditahan berhubung pencerobohan militan Sulu itu akan dimaklum kapada Manila dan begitu juga sebaliknya.

"Kami bertukar maklumat bukan bertujuan mahu campur tangan dalam politik domestik Filipina tetapi ini adalah kerjasama pintar antara Malaysia dan Filipina," katanya pada sidang akhbar selepas melawat Penjara Sandakan di sini hari ini.

Terdahulu, Ahmad Zahid melawat KD Sri Sandakan, Pangkalan Tentera Laut Diraja Malaysia di sini, dan dalam ucapannya beliau berterima kasih kepada kerajaan Filipina yang membantu Malaysia memperkukuhkan kawalan di perairan negara itu dalam menangani insiden pencerobohan militan dari selatan negara itu.

Tentera Laut Filipina dan pengawal pantai memberikan kerjasama penuh hingga membawa kepada penangkapan 35 pengganas Sulu yang cuba keluar dari Sabah bulan lepas, katanya. - BERNAMA

Dasar transformasi berjaya tarik syarikat gergasi - PM

Posted: 08 Apr 2013 10:29 PM PDT

Oleh ABDUL MUIN SAPIDIN

BATU GAJAH 9 April - Datuk Seri Najib Razak berkata, kejayaan menarik banyak syarikat gergasi untuk melabur di negara ini membuktikan keberkesanan dasar transformasi yang dilaksanakan kerajaan.

Perdana Menteri berkata demikian pada majlis pecah tanah projek pembangunan kejuruteraan dan teknologi keretapi Malaysia di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE

Ribut rosakkan rumah dan kemudahan awam

Posted: 08 Apr 2013 08:04 PM PDT

BATU PAHAT 9 April - Sebanyak 33 buah rumah, sebuah masjid , balai raya dan tiga kereta rosak dalam kejadian ribut di sekitar Sri Medan di sini petang semalam.

Bagaimanapun, dalam kejadian kira-kira pukul 6 petang di Kampung Sri Wangi dan Air Putih itu, tiada kemalangan jiwa dilaporkan. - UTUSAN ONLINE

Kredit: www.utusan.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved