Selasa, 14 Januari 2014

Utusan Online - Jenayah

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Jenayah


Polis tumpas sindiket curi motosikal

Posted: 14 Jan 2014 11:36 PM PST

BALIK PULAU 15 Jan. - Polis menumpaskan kumpulan curi motosikal, Geng Mayang dengan tertangkapnya lapan lelaki dalam beberapa serbuan di sekitar daerah ini baru-baru ini.

Difahamkan, Geng Mayang bergiat aktif mencuri motosikal di sekitar kawasan Bayan Baru, Bayan Lepas, Sungai Nibong dan Bukit Tengah di sini sejak 2010.

Timbalan Ketua Polis Daerah Barat Daya, Deputi Supritendan Lai Fah Hin berkata, suspek pertama berusia 18 tahun ditahan di sebuah rumah di Bukit Gedung, Bayan Baru 3 Januari lalu.

"Hasil soal siasat ke atas remaja itu, polis berjaya menahan tujuh lagi rakannya berusia antara 18 hingga 25 tahun di sekitar kawasan Mayang Pasir dan menemui semula lapan buah motosikal, lapan buah rangka motosikal dan pelbagai komponen yang telah dileraikan,'' katanya di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE

Suspek terakhir kes samun M-16 diberkas

Posted: 14 Jan 2014 10:48 PM PST

Oleh SITI NURAZLINA JAMALUDIN

KOTA BHARU 15 Jan. - Setelah dua minggu diburu, suspek terakhir kes samun bersenjatakan raifal M-16 di sebuah kedai runcit di Tanah Merah dekat sini, akhirnya berjaya diberkas polis kelmarin.

Ketua Polis Kelantan, Datuk Jalaluddin Abdul Rahman berkata, lelaki berusia 52 tahun itu ditahan di sebuah rumah di Taman Murni, Wakaf Bharu, dekat sini kira-kira pukul 8.30 malam.

Dalam serbuan tersebut, kata beliau, polis merampas dua laras senapang patah jenis Harrington dan Beretta serta sepucuk pistol tiruan jenis Glock.

Tambah Jalaluddin, pihak polis turut menjumpai 1,178 butir peluru jenis pelbagai jenis dan satu plastik cerah mengandungi peluru bebola plastik milik suspek dalam serbuan tersebut. - UTUSAN ONLINE

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Sukan

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Sukan


Tiket Piala Sumbangsih dijual esok

Posted: 14 Jan 2014 11:07 PM PST

Oleh MOHAMAD SHOFI MAT ISA

KUANTAN 15 Jan. - Tiket bagi menyaksikan perlawanan Piala Sumbangsih 2014 bagi merebut Piala Sultan Ahmad Shah antara Pahang dan Lions XII di Stadium Darul Makmur di sini akan mula dijual bermula pukul 10 pagi esok.

Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Perlawanan Persatuan Bola Sepak Negeri Pahang (PBNP), Raja Mustafa Shah Raja Jalil Shah berkata, tiket tersebut akan dijual di dua lokasi iaitu Stadium Darul Makmur dan Stadium Mini Temerloh.

Mengenai harga tiket, beliau berkata, RM25 untuk tempat duduk utama (grandstand), teres berbumbung (RM15), terbuka (RM12) manakala RM8 untuk kanak-kanak yang berusia lima hingga 11 tahun.

"Bagi kerusi di tempat duduk utama, harganya tetap RM25 walaupun untuk kanak-kanak," katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE

Kingston nadi kekuatan Chong Wei buru kejuaraan

Posted: 14 Jan 2014 11:16 AM PST

Oleh FERZALFIE FAUZI dan SUFIAN HADI MOHD. SOJAK
sukan@utusan.com.my

Lee Chong Wei

KUALA LUMPUR - Tekanan ke atas pemain nombor satu dunia, Datuk Lee Chong Wei untuk meraih kejuaraan Siri Super Premier Terbuka Malaysia 2014 buat kali kesepuluh diredakan dengan kehadiran anak lelakinya, Kingston Lee sepanjang kejohanan.

Chong Wei yang tewas kepada Chen Long dalam perlawanan akhir Siri Super Terbuka Korea Selatan hujung minggu lalu, akan cuba sedaya upaya untuk mempertahankan kejuaraan dan terus mencipta rekod sebagai pemenang terbanyak kejohanan ini, dan katanya Kingston adalah pencetus semangat buat dirinya, selain sokongan peminat tempatan lain.

Anaknya yang berusia sembilan bulan itu, katanya, akan sentiasa hadir bersama Datin Wong Mew Choo sepanjang kejohanan tersebut seterusnya memberi semangat buatnya untuk merangkul gelaran pertama pada 2014.

"Sebelum ini saya tidak ada masa untuk bersamanya (Kingston), kerana sibuk dengan Terbuka Korea Selatan, selepas itu fokus untuk Terbuka Malaysia pula tetapi isteri saya memahami perkara ini," katanya.

Jelasnya, sudah tentu dia mahukan kemenangan di gelanggang sendiri dan akan beraksi sebaik mungkin.

"Saya mempunyai sasaran sendiri iaitu meraih kejuaraan kesepuluh, memang bukan mudah tetapi saya harus menikmati perlawanan sebaik mungkin kerana saya tidak akan mensasarkan banyak kejuaraan Siri Super tahun ini kerana fokus saya adalah kejohanan besar seperti Piala Thomas, Kejohanan Dunia, Sukan Asia dan Sukan Komanwel.

"Fokus saya adalah temasya yang berlangsung empat tahun sekali, kerana pada empat tahun akan datang mungkin saya sudah bersara," katanya.

Ditanya mengenai persediaannya untuk beraksi pada perlawanan pusingan pertama, bertemu Hans-Kristian Vittinghus dari Denmark, Chong Wei berkata semuanya berjalan lancar dan dia sudah melupakan kekalahan di Korea Selatan.

"Saya baru tiba semalam (kelmarin), jadi saya hanya fokus perlawanan pertama sahaja. Lawan saya memang sedikit mantap tetapi saya juga perlu beri perhatian kepada beberapa pemain lain dan melupakan apa yang berlaku di Korea Selatan.

"Kejohanan ini sangat penting buat saya kerana beraksi di gelanggang sendiri, saya tidak mahu komen tentang mara ke akhir atau tentang Chen Long, fokus saya adalah pada perlawanan pusingan pertama dan pusingan kedua terlebih dahulu," katanya.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Mahkamah

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Mahkamah


Mahkamah Tinggi benar bantahan Majlis Peguam

Posted: 14 Jan 2014 07:16 PM PST

KUALA LUMPUR 15 Jan. - Mahkamah Tinggi (Bahagian Rayuan dan Kuasa-Kuasa Khas) di sini hari ini membenarkan bantahan Majlis Peguam untuk tidak membenarkan bekas pegawai penyiasat kes liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim, Judy Blacious Pereira diterima masuk sebagai peguam. - Utusan Online

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Pahang

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Pahang


Eimarace beri pendedahan

Posted: 14 Jan 2014 11:16 AM PST

Oleh Siti Norizat Shikh Abdul Jalil
utusanktn@gmail.com

Pasukan Polisas bersama kereta ciptaan mereka, Autoshas Apple Team bergambar kenangan ketika menyertai kejohanan Eimarace 2013, baru-baru ini.

KUANTAN 14 Jan. - Penyertaan pasukan Politeknik Sultan Haji Ahmad Shah (Polisas) dalam kejohanan Perlumbaan Automotif dan Inovasi Pendidikan 2013 (Eimarace 2013) telah memberikan pengalaman dan pendedahan yang cukup berharga khususnya dalam sukan pemotoran.

Program anjuran Universiti Teknologi Malaysia (UTM) itu terbuka kepada institusi pengajian tinggi awam (IPTA) dan swasta (IPTS), politeknik dan institut teknikal yang mengetengahkan konsep pembelajaran menerusi sukan permotoran.

Pensyarah Jabatan Kejuruteraan Mekanikal Polisas selaku ketua pasukan, Zairul Azrul Zakaria, perlumbaan itu merupakan satu platform untuk para pelajar mengaplikasikan segala teori yang telah dipelajari seterusnya menambah baik kemahiran mereka untuk dipraktikkan ke sektor automotif sebenar.

Katanya, dengan menyertai program ini, para pelajar dikehendaki membangunkan prototaip kereta lumba daripada asas dan ini memberikan cabaran kepada para pelajar dari pelbagai aspek antaranya fizik, aerodinamik, reka bentuk, pembuatan, penjenamaan, grafik, penajaan, pemasaran dan kerja berkumpulan.

"Polisas menyertai satu daripada dua kategori yang dipertandingkan iaitu SS 131 yang mana penuntut Diploma Kejuruteraan Mekanikal (Automotif) diberi tanggungjawab untuk membina kereta lumba yang diberi nama Autoshas Apple Team.

"Keupayaan penuntut kami meraih tempat ketiga di pusingan kedua dan tempat keempat di pusingan pertama daripada 35 pasukan yang bertanding menunjukkan satu prestasi yang positif walaupun persaingan yang diberikan amat sengit," katanya di sini.

Tambah Zairul Azrul, kejayaan tersebut adalah satu pencapaian yang baik kerana berjaya memecahkan tradisi kemenangan podium yang selama ini dipelopori oleh pasukan daripada institusi pendidikan Majlis Amanah Rakyat (Mara) iaitu Institut Kemahiran Mara (IKM) dan Giat Mara.

"Pasukan Polisas kini mula dikenali berikutan prestasi dan keupayaan yang ditonjolkan sekali gus menaikkan nama institut ini di seluruh negara .

"Diharapkan dengan kejayaan ini akan membuka ruang kepada generasi akan datang khususnya dalam bidang pembinaan kenderaan untuk terus menggarap idea dan kemahiran industri automotif di negara ini," ujarnya.

KKL dekati masyarakat Orang Asli

Posted: 14 Jan 2014 11:16 AM PST

Anuar Ralib menyampaikan sumbangan barangan kepada penduduk Orang Asli semasa lawatan ke Kampung Sungai Garam, Kuala Lipis, baru-baru ini.

KUALA LIPIS 14 Jan. - Pihak pengurusan Kolej Komuniti Lipis (KKL) dengan kerjasama pejabat Ahli Dewan Undangan Negeri (DUN) Padang Tengku melaksanakan program turun padang ke perkampungan Orang Asli, di Kampung Sungai Garam, dekat sini baru-baru ini.

Rombongan itu diketuai oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Padang Tengku, Datuk Mustapa Long manakala KKL diwakili oleh Pengarahnya, Drs. Anuar Ralib dan beberapa kakitangan institusi berkenaan.

Lawatan itu antara pengisian pejabat ADUN Padang Tengku untuk mendekati penduduk dan menyelami masalah termasuk menyumbangkan pek makanan kepada mereka.

Menurut Anuar, kunjungan itu juga merupakan serampang dua mata, iaitu mendekati kehidupan masyarakat pribumi di pedalaman daerah Lipis dan kempen menyedarkan Orang Asli terhadap program pembelajaran sepanjang hayat di KKL.

"Kunjungan itu adalah yang kedua menerusi Program Jejak Pribumi, sebelum ini sudah dilaksanakan di Pos Orang Asli Senderut, Hulu Jelai pada tahun lepas," katanya di Kampung Sungai Garam, dekat sini.

Menurut Anuar, program berkenaan turut menterjemahkan kesedaran dalam kalangan etnik itu mengenai peluang mengikuti latihan dan kursus jangka pendek di KKL.

"Sejajar dengan peranan KKL di tengah masyarakat Lipis, kita mengambil peluang memfokuskan kesedaran akademik dan keusahawanan dalam kalangan belia Orang Asli untuk menyahut cabaran Wawasan 2020 bagi mengubah kehidupan mereka menerusi sektor berkenaan," katanya.

Justeru itu, katanya, semasa kunjungan berkenaan, pengurusan KKL telah mengambil kesempatan memberi penerangan dan promosi berhubung kursus serta latihan kemahiran dalam bidang dalam sektor keusahawanan yang ditawarkan oleh kolej berkenaan kepada penduduk Orang Asli tersebut.

Sementara itu, Tok Batin Orang Asli, Jela Kemuncuk, 57, berkata, penduduk di situ berpuas hati dengan kunjungan pemimpin setempat khususnya promosi belajar di KKL.

"Saya berharap ada belia di kampung ini mengikuti kursus dan latihan bidang kemahiran tertentu selari dengan hasrat kerajaan untuk mengubah kehidupan keluarga menerusi pasaran hasil kampung dan kemahiran keusahawanan," ujarnya.

Ahli Majlis Perwakilan Pelajar Ikip digesa lebih proaktif

Posted: 14 Jan 2014 11:16 AM PST

KUANTAN 14 Jan. - Sebanyak 22 penuntut Kolej Antarabangsa Ikip (Ikip) dilantik sebagai ahli Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) yang baharu bagi sesi 2014 melalui pilihan raya kampus yang telah diadakan tidak lama dahulu.

Majlis angkat sumpah MPP yang baharu itu diadakan di Kompleks Yayasan Pahang di sini baru-baru ini dan disempurnakan Naib Presiden Akademik kolej berkenaan, Nor Aishah Hashim.

Nor Aishah dalam ucapannya dalam majlis itu berkata, MPP dipilih perlu memastikan semua aktiviti dijalankan dalam kalangan penuntut menyumbang kepada peningkatan sahsiah diri dan akademik mereka.

"Kesemua yang dipilih juga haruslah bersikap proaktif dalam banyak perkara sama ada dalam usaha mengadakan aktiviti ataupun program tanpa terlalu bergantung kepada pihak Hal Ehwal Pelajar (HEP).

"Ikip memberi kepercayaan kepada pihak MPP untuk mencadangkan aktiviti-aktiviti yang bersesuaian kerana anda semua lebih memahami kehendak dan keperluan rakan sepengajian," katanya di sini.

MPP baharu Ikip dibarisi oleh penuntut daripada pelbagai bidang pengajian seperti Ijazah Sarjana Muda Syariah (Ekonomi dan Perbankan Islam), Diploma Sains Komputer dan Diploma Pemasaran dan Diploma Perakaunan.

Mereka terlebih dahulu diberikan kursus induksi selama dua hari di Ambang Resort, Kuantan bagi tujuan latihan dari segi pengurusan organisasi.

Nor Aishah berkata, MPP merupakan platform perhubungan dua hala terbaik antara mahasiswa dengan pihak kolej.

"Mereka (MPP) mampu membentuk mahasiswa yang cemerlang dan berkebolehan dari segi sahsiah dan akademik serta membentuk individu yang memenuhi keperluan pasaran masa kini," katanya.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Luar Negara

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Luar Negara


Sekurang-kurangnya 200 orang mati lemas di Sudan Selatan

Posted: 14 Jan 2014 10:05 AM PST

JUBA 15 Jan. - Sekurang-kurangnya 200 orang penduduk Sudan Selatan mati lemas dalam satu kemalangan feri di Sungai Nil Putih, semalam.

"Dari laporan yang kami terima mangsa yang terkorban di antara 200 ke 300 orang, mereka termasuk wanita dan kanak-kanak. Dipercayai bot berkenaan terlebih muatan.

"Kesemua mereka mati ketika cuba melarikan diri dari pertempuran yang tercetus di Malakal, kata jurucakap tentera, Philip Aguer. - AFP

16 terkorban dalam kebakaran kilang di China

Posted: 14 Jan 2014 10:03 AM PST

BEIJING 15 Jan. - Sekurang-kurangnya 16 orang terkorban dalam kejadian kebakaran kilang kasut di bandar Wenling, wilayah Zhejiang, semalam.

Stesen penyiaran negeri CCTV melaporkan, bomba berjaya mengawal kebakaran selepas bertungkus-lumus selama tiga jam, selain menyelamatkan 20 orang pekerja kilang tersebut.

Bagaimanapun, punca sebenar kejadian masih lagi belum dapat dipastikan dan siasatan awal yang dijalankan mendapati bahan kimia yang terdapat di kilang berkenaan menjadi faktor utama kebakaran. - AGENSI

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Hiburan

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Hiburan


Sharifah Aleya nikah lagi

Posted: 14 Jan 2014 11:28 AM PST

Oleh KHADIJAH IBRAHIM
Foto AIZZUL A.MAJID

Pernikahan kedua buat Sharifah Aleya dan yang pertama bagi Mohammed Azam Abdullah.

TAHUN dan pasangan yang berbeza, namun Masjid Al-Mukarramah Bandar Sri Damansara, Kuala Lumpur tetap setia menjadi saksi cinta Sharifah Aleya Syed Zainal Rashid Al-Yahya yang memilih lokasi yang sama untuk diijabkabulkan buat kali kedua.

Itu semua hanya kebetulan, kerana sebagai penduduk di kawasan berkenaan, sudah pasti masjid yang sama dipilih untuk acara ijab dan kabul.

Kali ini Sharifah Aleya atau Aleya, 31, disatukan dengan pasangan baharu, Mohammed Azam Abdullah, 29, selepas satu setengah tahun mengenali antara satu sama lain.

Kedua mereka sah bergelar suami isteri kira-kira pukul 10 pagi, 11 Januari lalu, selepas Mohammed Azam melafazkan akad nikah sebanyak dua kali.

Sebagai simbolik tanda cintanya kepada Aleya, pemuda yang berasal dari Kota Kinabalu itu memberi wang hantaran sebanyak RM3,000 beserta mas kahwin RM300 serta tiga dulang hantaran yang berbalas lima.

Meskipun ini adalah pernikahan pertama buat Mohammed Azam atau mesra disapa sebagai Miko, dia mengaku tidak kisah dengan status Aleya yang sudahpun mempunyai sepasang anak kembar, Aza Ameena dan Asha Ameena, 5, hasil perkahwinan terdahulu.

Sebelum ini Aleya pernah berkahwin dengan Muhammad Ashraf Aasimidin pada 8 Disember 2007 dan bercerai dengan talak satu pada 29 Februari 2012.

Menurut Miko, kehadiran Aleya dan anak-anak membuat hidupnya menjadi lebih ceria dan kini tanggungjawabnya sebagai ketua keluarga akan bermula.

"Saya gembira dengan apa yang saya perolehi. Selain memiliki isteri yang jelita, saya juga menjadi papa kepada dua kanak-kanak yang comel. Saya berdoa semoga ikatan pernikahan kami ini berkekalan sehingga akhir hayat dan sentiasa berbahagia," katanya tenang.

Menurut anak keempat daripada lima beradik, karakter Aleya yang pelbagaian itu sering membuat dia terhibur dan Miko akui yang antaranya dengan isteri mempunyai karakter yang berbeza.

"Saya suka dengan karakternya yang kalau bercakap tak berhenti. Lagipun saya lebih senang menjadi pendengarnya," ungkap Miko.

Miko yang merupakan penerbit dan penyunting video di Creative Hubs Producitons pada pandangan Aleya adalah seorang lelaki yang penyabar dan mudah mesra.

Kata Aleya, dia pernah menguji tahap kesabaran Miko tapi akhirnya dia yang mengalah.

"Ada sekali saya cuba menduga. Saja-saja provok sebab nak tengok sejauh mana dia boleh tahan dengan perangai saya. Akhirnya saya sendiri yang mengalah, sebab tahap kesabarannya tidak menurun langsung, semakin kuat adalah," kata Aleya sambil ketawa.

Pasangan itu belum terfikir untuk pergi berbulan madu seperti pengantin baharu lain kerana masing-masing terikat dengan komitmen.

"Sehari sebelum majlis pernikahan, saya masih di pejabat dan sampai kena marah dengan kawan-kawan, Kiran dan Ikhwan. Mereka suruh saya balik rumah. Entahlah saya sendiri pun macam tidak percaya. Memang berdebar sebelum majlis berlangsung, tetapi Alhamdulillah, semuanya berjalan lancar," kata Aleya yang kembali bertugas pada hari Isnin.

Kata Aleya, kalau ikutkan perancangan awal, majlis pernikahan mereka akan diadakan pada 4 Januari lalu, tetapi ditunda kepada 11 Januari bagi memastikan semua urusan berjalan lancar.

Walaupun sudah mempunyai dua orang anak, Aleya bersedia untuk menambah cahaya mata, bagaimanapun tidak mahu terlalu mengharap. Sebaliknya lebih senang membiarkan keadaan yang menentukan segalanya.

Majlis resepsi yang diadakan di Kelab Sri Damansara itu turut dihadiri oleh rakan sekerja Hot FM antaranya, Kiran bersama dua orang anak dan Fara Fauzana.

Sementara itu, majlis resepsi di sebelah pihak lelaki akan dilangsungkan pada Mac ini di Kota Kinabalu, Sabah.

Belanja RM4 juta untuk Kanang

Posted: 14 Jan 2014 11:28 AM PST

Oleh IFQDAR RAHMAN
ifqdar.rahman@utusan.com.my
Gambar ZAKARIA IDRIS

MEREKA disebalik pembikinan filem kanang anak langkau. (Dari kiri) Bade Azmi , Dr. Megat dan Zainal .

PEMBIKINAN filem biografi perjuangan Kanang Anak Langkau yang menggunakan judul sempena nama pahlawan Iban tersebut dijangka akan bermula tidak lama lagi di beberapa kawasan di Sarawak dan Perak.

Menyingkap kisah hidup Kanang yang merupakan anggota tentera yang banyak berbakti kepada negara dalam menentang komunis, filem yang dipercayai menelan belanja kira-kira RM4 juta itu akan memulakan penggambaran pada 21 Januari ini, bergantung kepada proses pra-penerbitan yang dijalankan.

Pengarah Urusan Tangan Seni Sdn. Bhd., yang bertindak selaku Penerbit Eksekutif filem berkenaan, Zainal Fikri Mohd. Dali berkata, proses prapenerbitan telahpun melalui tahap 80 peratus dan kru penggambaran akan masuk ke set selewat-lewatnya pada hujung Januari ini.

"Filem ini akan diarahkan oleh pengarah terkemuka, Bade Azmi yang pernah terlibat secara langsung ketika penerbitan filem Leftenan Adnan pada 2000. Pengalaman yang dimilikinya amat diperlukan bagi merealisasikan penerbitan filem ini kerana kedua-dua karya berkenaan bertemakan genre yang sama iaitu perang," katanya kepada Utusan Malaysia ketika hadir sesi temu bual di Studio Utusan, baru-baru ini.

Tambah Zainal Fikri, kos pembikinan mendapat pembiayaan penuh daripada kerajaan menerusi Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (Finas), manakala Kementerian Pertahanan bertindak selaku tulang belakang dalam menyediakan pelbagai prasarana.

Sementara itu, Bade Azmi berkata, pelakon baharu akan diketengahkan untuk mendukung watak sebagai Kanang dan juga barisan artis popular akan memainkan peranan watak pembantu.

"Sesi uji bakat telah sdilakukan untuk memilih calon yang sesuai menggalas watak tersebut dan ia akan diumumkan dalam masa terdekat. Calon tersebut merupakan seorang tentera yang berbangsa Iban agar jiwa ketenteraan serta semangat kepahlawanan bangsa kaum terbesar di Sarawak itu yang tersemat dalam diri Kanang dapat divisualkan ke layar perak," katanya.

Memandangkan Bade Azmi tidak berkesempatan bertemu dengan Kanang ketika hayatnya sebelum meninggal dunia pada 2012, dia amat berharap agar karya yang bakal diarahkan kali ini mampu meresapi semangat jati diri yang dimiliki pejuang itu dengan pemilihan seorang pelakon yang mempunyai kriteria hampir serupa.

Pada masa yang sama, Timbalan Ketua Pengarah (Teknikal dan Produksi) Finas, Dr. Megat Al Imran Yassin berharap agar lebih banyak lagi produksi tempatan tampil dengan idea lebih menarik terutama yang berkaitan dengan sejarah negara untuk diadaptasi ke layar perak.

"Kita selaku penggiat seni perlu menjadi ejen pendidik kepada seluruh rakyat Malaysia terutama generasi muda yang tidak merasa keperitan hidup susah di zaman perang agar mereka lebih berjiwa patriotik dan sayangkan tanah air," katanya ringkas.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Rencana

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Rencana


Kembali kepada asas pembinaan Malaysia

Posted: 14 Jan 2014 11:16 AM PST

Profesor Madya Dr. Sivamurugan Pandian Pusat Pengajian Sains Kemasyarakatan, Universiti Sains Malaysia.

SEJAK kebelakangan ini, terlalu banyak isu yang membelenggu lingkaran kehidupan anggota masyarakat negara ini. Sebagaimana yang pernah disuarakan oleh beberapa tokoh dalam melihat proses pembangunan negara, ada yang beranggapan semakin sebuah negara itu membangun pesat, cabarannya adalah untuk berhadapan dengan kehadiran pelbagai pecahan dalam masyarakat yang mempunyai ekspektasi tinggi ke atas perubahan persekitaran yang berlaku.

Ia dikaitkan dengan pendemokrasian sehingga demokrasi tidak berdiri sendiri sebaliknya diberikan takrifan yang berbagai-bagai termasuk 'demokrasi mutlak', 'demokrasi terpimpin', 'demokrasi palsu', 'demokrasi dunia ketiga', 'demokrasi dunia pertama' dan sebagainya.

Hakikatnya, Malaysia istimewa. Malaysia merangkumi Semenanjung, Sabah dan Sarawak. Setiap ruang ada keunikan yang menjadi panduan dalam mencari kesepakatan bersama. Malaysia bukan negara membangun tetapi merupakan negara sedang pesat membangun yang sudah menjadi ketetapan untuk muncul sebagai negara maju menjelang tahun 2020. Ia sudah terbina dengan acuan sendiri berbulatkan kepada kepelbagaian etnik dan agama yang mewarnai nilai kebudayaan, perwatakan dan gaya hidup penghuninya.

Ada kelas atasan, pertengahan dan bawahan. Ada individu yang bersifat sederhana, liberal; ada juga yang radikal dan ekstrem. Ia lahir dari proses sosialisasi yang melibatkan agen-agen yang berbeza. Ada yang dulunya sederhana, kini radikal; ada pula dulu radikal kini sederhana. Ada yang memanipulasi persekitaran untuk meraih simpati, ada pula yang menggunakan persekitaran untuk melaga-lagakan ideologi kerana tahu ia boleh membawa kepada keadaan kemerosotan keyakinan dan kepercayaan ke atas kerajaan kerana acapkali apa yang berlaku dikaitkan dengan kerajaan dan parti tanpa memahami bagaimana boleh memisahkan antara kerajaan dan parti politik.

Bagaimana kita mampu berhadapan dengan pelbagai isu dan cabaran selama ini? Adakah ini desakan kebebasan yang diperkatakan oleh tokoh ilmuan Barat dalam konteks sosiologi politik? Tidakkah pengalaman lepas mengajar kita untuk menjadikannya sebagai iktibar dan iltizam untuk memastikan pengalaman lepas tidak berulang lagi. Apakah proses pendemokrasian yang sedang dilalui oleh kita membelakangkan nilai perkongsian dan kepunyaan yang diraikan selama ini berpandukan kepada sifat tolak-ansur, hormat dan faham di antara satu sama lain? Toleransi dan nilai kedamaian yang semakin hari semakin mengecil secara terselindung walaupun ada yang merasa gugup untuk bercakap mengenainya secara terbuka.

Dunia ini indah. Malaysia tidak terkecuali. Yang indah adalah kehadiran anggota masyarakat yang berlainan boleh duduk bersama walau nilai berbeza. Kita perlu kembali kepada asas. Adakah kita memahami apa yang menjadi asas dalam membina negara ini; tulang belakang kepada keutuhan negara-bangsa ini.

Jika ditanya setiap rakyat Malaysia, apakah mereka mampu menyatakan secara jujur apakah yang menjadi asas kepada hirupan udara Malaysia yang rencam? Dari mana munculnya asas yang memastikan negara ini boleh terus kekal stabil dan tidak tergugat oleh anasir yang berkepentingan sendiri dan bukan untuk negara-bangsa. Adakah hasutan pihak tertentu yang berkepentingan atau mengambil kesempatan untuk mengeruhkan kestabilan keharmonian yang terbina selama ini perlu diberikan ruang dengan meminggirkan teras negara ini?

Perlembagaan, hakikatnya adalah penggerak kepada keseluruhan hubungan sesama anggota masyarakat negara ini. Dengan rujukan kepada beberapa elemen utama dalam Perlembagaan, ia wajar dijadikan perhitungan ketika lahir perasaan memberontak dalam kalangan segelintir anggota masyarakat yang ketara sifat syak wasangka, prejudis dan etnosentriknya. Hubungan majoriti dan minoriti bersifat resiprokal, saling membalas; perlu memerlukan di antara satu sama lain.

Merujuk dan memahami Perlembagaan akan membolehkan kita menerokai nilai sebenar yang menjadi asas kepada hubungan antara masyarakat pelbagai etnik di negara ini. Beberapa perkara yang menjadi teras seperti yang pernah saya perihalkan dalam artikel bertarikh 17 Julai 2012. Saya nyatakan bahawa 'jangan disalahkan Perlembagaan jika memilih untuk melihat ia hanya dari satu belah kacamata tanpa mahu melihat keseluruhannya.

Perkara 3 (Agama bagi Persekutuan); Perkara 152 (Bahasa Kebangsaan); Perkara 153 (Perezaban kuota mengenai perkhidmatan, permit dan sebagainya, untuk orang Melayu); Perkara 39 (Kuasa memerintah Persekutuan) dan Bahagian III (Kewarganegaraan) mesti diketahui secara menyeluruh dan bukan sekadar kiasan semata-mata.

Misalnya, Perkara 3 menyatakan bahawa Agama Islam adalah agama bagi Persekutuan dan Perkara 3 juga menyentuh bagaimana agama-agama lain boleh diamalkan. Begitu juga dengan Perkara 153 yang menyatakan bahawa menjadi tanggungjawab Yang di-Pertuan Agong memelihara kedudukan istimewa orang Melayu dan bumiputera mana-mana Borneo dan kepentingan sah kaum-kaum lain mengikut peruntukan Perkara ini. Begitu juga dengan kedudukan Institusi Raja-Raja Melayu yang menjadi payung kepada kepimpinan negara.

Dalam artikel bertarikh 19 November 2013, saya ada mengambil ungkapan Pemangku Raja Perak, Raja Dr. Nazrin Shah yang mengingatkan "Pelita lama jangan terlalu cepat mahu dibuang kerana riak melihat fajar yang sedang menyinsing. Ingatlah hari siang juga akan berakhir, jangan nanti bila senja mendakap malam, rakyat mula teraba-raba, hilang habuan diselubungi kegelapan malam, kerana pelita lamanya sudah tiada lagi" di Kongres Majlis Profesor Negara II 2013. Titah baginda lagi "Perlembagaan negara berperanan sebagai carta dan kompas, sauh dan layar kepada sebuah bahtera merdeka. Ia menggariskan rangka asas organisasi negara, fungsi kerajaan dan tata urus keadilan. Jika difahami, dihormati, dihayati dan diamalkan tanpa penyimpangan, semangat yang tersirat dalam Perlembagaan negara adalah formula penyatupaduan paling berharga".

Warga Malaysia perlu kembali kepada asas untuk memahami apa yang menyatupadukan kita. Mahu memahami, toleransi dan hormati perbezaan yang ada sebagai aset utama dan bukan penghalang agar kepelbagaian dapat terus diraikan.

Sengketa dan telagah boleh diselesaikan dengan pelbagai cara tanpa ada kepentingan yang melangkaui kepentingan perpaduan inter dan intra etnik. Kompromi dan berkorban adalah asas kepada amalan nilai-nilai yang dikongsi bersama untuk melahirkan sifat kepunyaan sesama kita.

Sudah tiba masanya sebuah Majlis Isu Strategik (MIS) ditubuhkan agar pihak berwajib yang berautoriti menganggotainya untuk memahami isu dari pelbagai sudut demi pertimbangan yang mengutamakan rakyat serta negara khususnya. Ia akan membolehkan pihak yang mempunyai kepakaran ke atas sesuatu isu dirunding dan diterima maklum balas serta penasihatan demi sekuriti tanahair. Ia juga akan menerima keyakinan rakyat secara umumnya kerana MIS ini berperanan mengharmonikan sesuatu isu, mengurus konflik perselisihan pandangan yang semakin menjadi-jadi kerana terjemahan dan tafsiran mengikut keselesaan masing-masing dan adakalanya tidak praktikal; tanpa melihat kecerahan dari sudut Perlembagaan sekalipun apabila hasutan mengelirukan persepsi dan pandangan.

Asas muhibah bergantung kepada mereka yang menghuni negara ini dan mereka juga bertanggungjawab bersama memastikan keharmonian terpelihara. Toleransi dan kedamaian tidak boleh dipikul oleh hanya segelintir sahaja tetapi jika majoritinya menerima hakikat kepentingan tasamuh dan berjiwa Malaysia, negara ini akan terus kekal hidup berukun rakyatnya. Bawa kembali nilai asas agar Malaysia kekal makmur, muhibah dan aman sentiasa.

Bertindaklah! Bukan semua rakyat boleh berjimat

Posted: 14 Jan 2014 11:16 AM PST

Oleh Fauziah Arof

PELANGGAN tetap membeli ikan di Pasar Chow Kit, Kuala Lumpur pada 3 Januari lalu, ketika peniaga mengambil kesempatan kedatangan tahun baharu untuk menaikkan harga ikan dan barang basah di pasar seluruh negara sebanyak 30 peratus. - GAMBAR HIASAN

KELMARIN, apabila Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan menegaskan tiada lagi amaran akan diberikan kepada peniaga-peniaga yang dikesan menaikkan harga barangan, ramai yang mahu agar penegasan ini bukan sekadar cakap-cakap yang mungkin boleh jadi satu lagi amaran.

Dalam keadaan pengguna atau rakyat yang berpendapatan rendah dan sederhana kini bergelut dengan isu kenaikan harga barangan, amalan biasa sebelum ini iaitu memberi amaran demi amaran sepatutnya sudah tidak perlu lagi.

Ini kerana ia hanya mengundang rasa marah orang ramai. Mereka mahu kementerian yang bertanggungjawab dalam menangani isu harga ini segera bertindak. Tidak perlulah tunggu-tunggu lagi.

Memberi amaran terakhir atau amaran keras sudah tidak boleh diterima lagi. Lebih-lebih lagi dalam berhadapan dengan kedegilan peniaga-peniaga yang tetap mengambil kesempatan dengan kenaikan harga petrol, gula, tarif elektrik, ais dan lain-lain untuk menaikkan harga barangan atau makanan yang mereka jual.

Kementerian ini sewajarnya bersiap sedia dengan penguatkuasaan kerana apa saja barangan yang diumumkan naik pasti dikatakan memberi kesan kepada peniaga-peniaga yang mahu meraih untung berlebihan ini dengan kenaikan harga berganda, yang tidak masuk akal.

Inilah cabaran besar yang perlu dihadapi kementerian ini yang setiap tindakan atau kenyataan yang dikeluarkan pasti menjadi perhatian ramai. Bukan mereka mahu mencari kelemahan dan kesilapan, hakikatnya orang ramai menaruh harapan tinggi pada kementerian ini untuk meringankan beban mereka.

Seorang kawan bercerita kepada saya, dulu nak cari ikan, ayam, daging atau barangan untuk memasak yang murah, boleh beli atau didapati di pasar-pasar basah. Sekarang tidak lagi. Harga barangan di pasar basah lebih mahal. Lebih baik beli di pasar raya.

Katanya, harga daging dan ayam termasuk ikan kembung telah naik tinggi sejak tahun lalu, tak akan nak suruh orang ramai bela lembu atau ayam pula untuk berjimat-cermat.

Menurutnya, saranan beberapa pihak agar orang ramai berjimat, membeli hanya ketika perlu, sudah tentulah tidak sesuai untuk rakyat keseluruhannya.

Ini kerana yang berpendapatan rendah dan termasuk yang berpendapatan sederhana, mereka tidak ada wang lebih untuk dibazir-bazirkan tak tentu pasal dalam keadaan sekarang. Hakikatnya, hendak membeli barangan atau perkhidmatan yang benar-benar perlu pun tidak cukup duit, bagaimana pula mahu berjimat?

Melihat kepada respons-respons rakyat melalui tinjauan media cetak atau media sosial, mereka tidak punya banyak pilihan dan tidak boleh membuat banyak perubahan untuk menjimatkan itu dan ini.

Ditambah lagi dengan barangan atau perkhidmatan yang satu persatu diumum naik, tapi gaji yang tidak naik-naik terutamanya sektor swasta, apa lagi yang mampu mereka lakukan selain meluahkan rasa tidak puas hati dan marah.

Maka sudah sewajarnya, isu kenaikan harga barangan ini ditangani secara bijak dan jangan beri saranan-saranan yang tidak sesuai dalam keadaan ekonomi sekarang.

Jika benar kenaikan sesuatu barangan atau perkhidmatan tidak menjejaskan sangat kehidupan rakyat, bertindak tegaslah kepada mana-mana pihak yang mengambil kesempatan ini.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Keluarga

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Keluarga


Mengasuh modal insan

Posted: 14 Jan 2014 11:28 AM PST

PERIBAHASA Melayu ada mengatakan melentur buluh biarlah daripada rebung. Begitu juga dalam soal melahirkan modal insan yang cemerlang di negara ini. Ia perlu bermula dari peringkat awal. Seawal usia muda anak-anak perlu dididik, dipupuk dan diberi dorongan untuk mencapai kejayaan dan seterusnya menjadi generasi pewaris untuk mentadbir negara dalam pelbagai bidang.

Peranan melahirkan modal insan yang cemerlang itu pula tidak terletak di bahu kerajaan semata-mata.

Pihak swasta terutama sektor korporat perlu sama-sama mengambil bahagian dengan menggunakan sumber dan kepakaran yang mereka ada bagi mempersiapkan golongan muda dengan ilmu yang sewajarnya.

Menyedari hakikat itu, Tenaga Nasional Berhad (TNB) selaku syarikat milik kerajaan (GLC) tidak ketinggalan memainkan peranan menerusi amalan tanggungjawab sosial korporatnya (CSR) dengan menjayakan program PINTAR (Menggalak Kecerdasan, Memupuk Bakat dan Menyokong Kebertanggungjawaban).

Untuk itu, seramai 235 orang murid tahun lima dari lima buah sekolah angkat TNB telah mengikuti program motivasi PINTAR TNB 2013 di Pendang Lake Resort, Pendang, Kedah selama tiga hari dua malam bermula 20 Disember lalu yang dirasmikan oleh Ketua Korporat TNB, Ahmad Zaki Rasid.

Lima sekolah tersebut ialah Sekolah Kebangsaan (SK) Kampung Kota, Beruas, Perak; SK Basia Lama, Gerik, Perak; SK Tunku Laksamana Alor Setar, Kedah; SK Lahar Yooi, Tasek Gelugor, Pulau Pinang dan SK Kampung Salang, Kangar, Perlis.

Ketua Pegawai Korporat TNB, Datuk Roslan Ab. Rahman berkata, program itu yang antara lain bertujuan membantu pembangunan modal insan dalam kalangan pelajar sekolah luar bandar mendapat kerjasama Persatuan Pembimbing Rakan Sebaya (PRS) Universiti Tenaga Nasional (UNITEN) dan bahagian Hal Ehwal Pelajar (HEP) universiti berkenaan.

Katanya, PINTAR merupakan pendedahan dan persediaan awal kepada murid-murid yang akan menduduki UPSR pada tahun ini dengan mewujudkan kesedaran menanam cita-cita dan iltizam bagi mendapatkan kejayaan cemerlang.

Katanya, itu juga sebagai menyambung pelaksanaan siri motivasi di bawah program PINTAR melalui usaha sama UNITEN sekali gus memupuk semangat sukarelawan dan melatih daya kepimpinan dalam kalangan mahasiswa universiti itu.

"Program PINTAR juga adalah satu inisiatif CSR TNB, seterusnya menyokong aspirasi syarikat untuk memantapkan inisiatif CSR di bawah aspek pendidikan," katanya.

Sehubungan itu Roslan berharap para peserta yang mengikuti program berkenaan menggunakan ilmu yang diperoleh dengan sepenuhnya dalam memajukan diri menempuhi kehidupan.

Timbalan Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Datuk Seri Mahdzir Khalid ketika menutup program di Pendang itu pula berkata, ia dapat menaikkan moral, integriti dan keyakinan pelajar untuk menempa kejayaan.

Kata beliau, program tersebut harus dilihat sebagai satu platform untuk berjaya dalam bidang akademik dan kokurikulum dengan mendedahkan para peserta kepada cara pembelajaran lebih efektif menerusi bimbingan para fasilitator UNITEN yang terlatih.

Naib Canselor UNITEN, Datuk Seri Prof. Mashkuri Yaacob pula berkata, Uniten sentiasa peka terhadap potensi pelajar sama ada yang menuntut di universiti mahupun di peringkat sekolah rendah.

Beliau berkata, menerusi program berkenaan, para fasilitator akan berusaha mengasah potensi peserta dengan cara secekap mungkin selain meningkatkan tahap kesedaran mereka supaya melihat masa depan.

Tanggung jawab anak terhadap ibu bapa

Posted: 14 Jan 2014 11:28 AM PST

Hushim Salleh

KEDUA-dua kes berkenaan adalah antara konflik perasaan dan tekanan yang menimpa golongan wanita hari ini dalam memenuhi kehidupan mereka di samping pelbagai masalah lain dalam diri. Tekanan demi tekanan yang dialami sedikit sebanyak boleh menyumbang kepada keadaan konflik dalam diri juga dalam rumah tangga seseorang wanita berkenaan sekiranya mereka telah berumah tangga.

Memang ramai yang bersetuju dengan pendapat yang mengatakan tanggung jawab sebagai seorang wanita itu adalah berat kerana mencakupi tugasan sebagai sebagai seorang isteri, ibu, anak dan juga pekerja sekiranya mereka berkerjaya.

Menjadi anak yang bertanggung jawab kepada orang tuanya memang merupakan satu saranan wajib dipatuhi, kerana dalam Islam menggariskan anak-anak wajib menjaga kebajikan ibu dan ayah mereka apabila mereka telah tua apatah lagi sekiranya mereka telah terlantar sakit.

Menurut Kaunselor Kekeluargaan, Hushim Salleh, peranan untuk menjaga ibu dan bapa yang telah tua memang terletak di atas tanggung jawab anak-anak. Namun dalam segala hal, banyak yang menanggung keadaan ini termasuk memenuhi kebajikan ibu bapa adalah anak-anak perempuan.

Sedangkan menurut Hushim, biarpun peranan anak-anak memang dipertanggungjawabkan ke atas penjagaan dan kebajikan orang-orang tuanya namun yang lebih berat adalah di bawah tanggung jawab anak lelaki kerana anak perempuan selepas mereka berkahwin tanggung jawab mereka lebih kepada suami.

"Senario hari ini yang menyaksikan anak-anak perempuan lebih berkerjaya dan mempunyai pendapatan yang lebih tinggi menyebabkan mereka juga mempunyai peranan tersendiri dalam menjaga kebajikan ibu bapa mereka termasuk menyediakan kelengkapan rumah dan wang bulanan.

"Tetapi apa yang kita sering lihat di sini adalah ada anak-anak lelaki yang melepaskan tanggung jawab itu sepenuhnya dan bergantung harap pula dengan adik-beradik yang perempuan kerana merasakan mereka mempunyai tanggungan kekeluargaan sendiri sehinggakan mereka melupakan tanggung jawab menjaga kebajikan ibu dan bapa yang diserahkan kepada mereka," jelasnya.

Hushim menjelaskan, sehinggakan ada ibu bapa yang merasakan apabila mempunyai anak-anak perempuan nasib mereka akan lebih terbela kerana anak-anak perempuan ini sikap mereka lebih empati, bertanggungjawab, memahami dan sanggup berkorban.

Sekiranya perkara ini dibiarkan berterusan menurut Hushim, menunjukkan seolah-olah tanggung jawab menjaga kebajikan ibu bapa ini terletak di tangan anak perempuan sahaja.

"Di sini pentingnya kemahiran keibubapaan kerana masyarakat hari ini kurang dengan kemahiran berkenaan. Dari dahulu kita telah mendidik anak-anak lelaki kita bekerja dan anak-anak perempuan lebih rapat dengan ibu. Sepatutnya dari kecil lagi mereka perlu dididik secara sama rata sikap kebertanggungjawaban ke atas kerja-kerja rumah dan kebajikan ibu dan bapa serta ahli keluarga.

"Kerja-kerja rumah sebagai contoh, perlunya anak-anak lelaki dididik untuk sama-sama membantu anak-anak perempuan agar mereka juga mempunyai rasa tanggung jawab terhadap rumah tangga dan ahli keluarga," katanya yang memberitahu sekiranya diadakan ceramah kekeluargaan hanya golongan wanita yang ramai menghadirinya.

Sementara itu Hushim juga tidak menafikan kebertanggungjawaban keterlaluan terhadap ibu bapa yang dialami anak-anak perempuan bakal menimbulkan konflik bukan sahaja diri tetapi juga keluarga mereka sendiri. Itu sebab mengapa Tuhan memberi golongan Hawa ini rasa kesabaran yang tinggi kerana mereka dikelilingi dengan pelbagai permasalahan dan tanggung jawab.

"Sebenarnya kita perlu faham, tanggungjawab setiap anak terhadap ibu bapa memang diwajibkan tetapi adalah lebih diberatkan kepada lelaki. Sekarang ini anak lelaki selalunya lupa mengenai tanggung jawab mereka dan hanya melebihkan kepada kerjaya dan rumah tangga mereka sahaja.

"Kita tidak mahu satu hari nanti ramai dalam kalangan ibu bapa dihantar ke rumah orang tua kerana anak-anak tidak mahu menjaga mereka, apabila dalam rasa kendiri mahupun kejiwaan mereka tidak terdapat rasa empati untuk menjaga ibu dan bapa ketika mereka terlantar atau sudah tua," katanya.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Kota

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Kota


Polis diminta kerap buat rondaan

Posted: 14 Jan 2014 11:16 AM PST

Oleh MOHAMAD HARITH MOHAMAD NIZAR
kota@utusangroup,.com.my

SEBUAH pondok polis yang didakwa terbiar dan tidak beroperasi di Jalan Wangsa Delima 5, Wangsa Maju, Kuala Lumpur semalam. - UTUSAN/FARHAN RAZAK

KUALA LUMPUR 14 Jan. - Kawasan di sekitar Jalan Wangsa Delima 5, Wangsa Maju di sini sering menjadi lokasi kejadian samun dan ragut sehingga menimbulkan kebimbangan kepada orang ramai.

Tinjauan Utusan Malaysia hari ini mendapati, walaupun terdapat sebuah pondok polis di kawasan berkenaan, ia berkunci dan orang ramai mendakwa pondok itu terbiar sejak beberapa tahun lalu.

Sehubungan itu, orang ramai meminta supaya pondok polis itu dibuka semula manakala rondaan ditingkatkan di kawasan yang mempunyai banyak premis perniagaan itu.

Seorang pengawal keselamatan, Zulkifli Baweh, 45, berkata, terdapat kes samun yang berlaku di luar sebuah hotel di kawasan tersebut baru-baru ini.

"Ketika kejadian, penyamun yang menggunakan kereta jenis Toyota Camry menunggu mangsa di luar hotel dan terus mengacukan parang sebaik sahaja mangsa keluar dari tempat itu.

"Biasanya dua atau tiga kes jenayah berlaku setiap bulan sehingga menimbulkan kebimbangan kepada pengunjung dan pekerja di beberapa premis perniagaan di kawasan ini," katanya ketika ditemui di sini hari ini.

Zulkifli mendakwa, kejadian jenayah semakin menjadi-jadi ekoran sebuah pondok polis di situ terbiar sejak enam tahun lalu dan tidak ada anggota ditempatkan bagi memantau kejadian jenayah.

Sementara itu, seorang peniaga, Muhamad Firdaus Husin, 24, mendakwa, anggota polis jarang membuat rondaan di kawasan itu.

"Tempat ini akan menjadi sunyi pada waktu malam dan hari cuti. Tanpa pemantauan pihak polis, penjenayah akan bermaharajalela.

"Saya sendiri pernah ternampak seorang wanita disamun oleh penjenayah yang memandu kereta jenis Toyota Vios," katanya.

Dalam pada itu, seorang akauntan, Atarek Kamil Ibrahim, 58, memohon supaya pihak berkuasa mengaktifkan pondok polis yang berada di kawasan ini.

"Kamera litar tertutup (CCTV) juga perlu dipasang bagi memantau kejadian tidak diingini kerana di sini juga banyak kes cermin kereta dipecahkan oleh ihak tidak bertanggungjawab," katanya.

2,000 orang hadir sambutan Maulidur Rasul UMNO Cheras

Posted: 14 Jan 2014 11:16 AM PST

KUALA LUMPUR 14 Jan. - Sambutan Maulidur Rasul peringkat Parlimen Cheras anjuran Pergerakan UMNO Bahagian itu berlangsung meriah apabila menarik kehadiran kira-kira 2,000 orang.

Ketua UMNO Bahagian yang juga Pengerusi Yayasan Pendidikan Cheras, Datuk Seri Syed Ali Al Habshee berkata, sambutan sempena meraikan keputeraan Rasulullah SAW itu adalah program untuk berdakwah dan mengeratkan hubungan antara penduduk.

Beliau berkata, kehadiran orang ramai yang jauh lebih ramai daripada sasaran awal membuktikan program keagamaan sentiasa mendapat tempat di hati penduduk sekitar.

"Tujuan himpunan ini diadakan adalah bagi memberi kesedaran dan keinsafan kepada orang ramai tentang perjuangan junjungan besar Nabi Muhammad SAW dalam menyebarkan agama Islam," katanya dalam sidang akhbar selepas sambutan itu di sini hari ini.

Selain ceramah agama, tujuh tokoh Maulidur Rasul peringkat Parlimen Cheras telah dipilih dalam kalangan masyarakat setempat bagi menghargai jasa serta kejayaan masing-masing.

Mereka yang menerima anugerah itu ialah Mat Shah Mohd. Ali, 54; Shafaie Ahmad, 57; Hasnah Abdullah, 69; Azizah Mohd. Nor, 48; Mohd. Zaki Mat Aziz, 42; Juahir Mondakir, 55 dan Watihah Fatihul Azis, 15.

Kesemuanya menerima sijil, plak, hamper serta pakej menunaikan umrah.

RM10,000 untuk program al-Quran

Posted: 14 Jan 2014 11:16 AM PST

PUTRAJAYA 14 Jan. - Parlimen Putrajaya memperuntukkan sebanyak RM10,000 untuk menjayakan program Tahsin Iqra Sekolah-sekolah Menengah Putrajaya dalam usaha membina jati dari dan sahsiah pelajar dengan ajaran al-Quran.

Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkata, program yang julung-julung kali diadakan itu akan diteruskan pada tahun hadapan jika objektif sifar buta al-Quran tercapai.

"Kita melihat usaha penerapan al-Quran dapat membantu membentuk akhlak generasi muda yang sebelum ini mudah terpengaruh dengan anasir negatif.

"Umat Islam sering bertanya mengapa mereka lemah, tetapi adakah kita sedar bahawa penyelesaiannya menerusi didikan agama," katanya ketika berucap dalam Majlis Pelancaran Program Tahsin Iqra Sekolah- Sekolah Menengah Putrajaya di sini baru-baru ini.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Johor

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Johor


Sekolah agama setahun terbengkalai

Posted: 13 Jan 2014 10:24 AM PST

Oleh Zulhisham Isahak
utusanjohor@utusan.com.my

Murid-murid dari lapan kampung masih menumpang di SK Kampung Raja dan belajar dalam keadaan sesak serta tidak selesa kerana bangunan SA Kampung Raja masih belum dapat digunakan lagi akibat sistem pendawaian dan jalan masuk ke sekolah agama itu terbengkalai.

PAGOH 13 Jan. - Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Muar digesa menyelesaikan segera masalah pembinaan Sekolah Agama (SA) Kampung Raja di sini yang terbengkalai sejak setahun lalu walaupun sudah lebih RM1 juta peruntukan dibelanjakan sejak 2008.

Pengerusi Badan Kebajikan sekolah agama itu, Azman Hashim berkata, disebabkan masalah itu sebanyak 140 murid dari lapan buah kampung di sekitarnya masih menumpang di Sekolah Kebangsaan (SK) Kampung Raja dan belajar dalam keadaan sesak serta tidak selesa.

"SA Kampung Raja sudah 90 peratus siap. Sekolah ini terbengkalai kerana pendawaian dan jalan masuk ke situ masih belum disiapkan. Sepatutnya pihak berkenaan segera mencari jalan dan bukan membiarkan pembinaan sekolah itu terbengkalai.

"Ketika ini sebanyak empat kelas dipinjamkan SA Kampung Raja dan jika pihak SK Kampung Raja mempunyai aktiviti sukan atau kokurikulum pada sebelah petang dan mahu menggunakan kelas, murid sekolah agama terpaksa belajar di kantin atau pekarangan sekolah," katanya ketika ditemui selepas melawat sekolah agama itu semalam.

Menurutnya, SA Kampung Raja yang menumpang di SK Kampung Raja juga tidak mempunyai bilik guru dan menggunakan sebuah stor sempit untuk guru-gurunya berurusan selain menjadikan bilik darjah sebagai 'bilik guru besar'.

Mengenai SA Kampung Raja yang didirikan atas tanah yang diwakafkan oleh seorang dermawan, Mohd. Nor Ismail, beliau berkata, pekarangan sekolah itu kini ditumbuhi semak dan tidak lagi mempunyai pengawal keselamatan.

Bangunan sekolah agama itu seolah-olah terbiar dan penduduk bimbang sekira barangan yang disimpan di dalam bilik darjah dan bilik guru dipecah masuk kerana tiada lagi pengawal keselamatan dan jaraknya dengan SK Kampung Raja hanya setengah kilometer.

Masalah jalan masuk utama adalah disebabkan pihak pemaju tidak mengikut spesifikasi yang betul kerana pintu utamanya dibina berdepan dengan kebun kelapa sawit penduduk dan untuk membuat jalan memerlukan kebenaran dan pampasan.

Pihaknya sudah beberapa kali merujuk masalah tersebut kepada PPD Muar dan dimaklumkan bahawa isu itu masih tertangguh kerana memerlukan persetujuan bertulis daripada pemilik kebun sawit itu untuk menggunakan tanah tersebut.

Menurutnya, SA Kampung Raja telah beroperasi sejak 1930 dan selepas itu pihak pengurusan sekolah memohon bangunan sendiri kerana muridnya semakin bertambah dan hanya pada 2006 projek pembinaan sekolah itu diluluskan sebelum mula dibina dua tahun kemudian.

Johor berpotensi jadi hab perubatan, kesihatan

Posted: 13 Jan 2014 10:24 AM PST

Mohamed Khaled Nordin menjalani pemeriksaan kesihatan sempena majlis Kem Kesihatan anjuran Hospital Pakar Pasir Gudang di Kampung Senibong, Johor Bahru, baru-baru ini.

JOHOR BAHRU 13 Jan. - Johor berpotensi menjadi hab sektor perubatan dan kesihatan di rantau Asia Tenggara memandangkan kawasan pembangunan Iskandar Malaysia bakal menempatkan lebih 10 buah hospital.

Menteri Besar, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, kerajaan negeri akan merancang pelan bersesuaian untuk memanfaatkan potensi tersebut apatah lagi Johor mempunyai kedudukan yang strategik di rantau ini.

Menurutnya, Iskandar Malaysia merupakan kawasan yang sedang mengalami pembangunan pesat dari segi hartanah dan infrastruktur dan sewajarnya kemajuan itu turut melibatkan sektor perubatan dan kesihatan.

"Lebih 10 buah hospital berada dalam kawasan Iskandar Malaysia dan sesetengah daripada hospital tersebut memang sering dikunjungi masyarakat antarabangsa.

"Selain faktor lokasi yang strategik, tidak dinafikan taraf perkhidmatan dan kepakaran yang disediakan juga mencapai piawaian antarabangsa pada harga yang berpatutan," katanya semasa merasmikan Kem Kesihatan anjuran Hospital Pakar Pasir Gudang di Kampung Senibong di sini kelmarin.

Yang turut hadir, Presiden dan Ketua Eksekutif Johor Corporation (JCorp), Datuk Kamaruzzaman Abu Kassim dan Presiden dan Pengarah Urusan KPJ Healthcare Berhad, Amiruddin Abdul Satar.

Selain hospital kerajaan, Iskandar Malaysia turut menempatkan empat buah hospital pakar milik KPJ Healthcare serta beberapa hospital swasta lain.

Mohamed Khaled berkata, perkembangan itu merupakan perkara yang positif kerana selain menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi negara, kewujudan hospital berkenaan juga memberi peluang pekerjaan kepada masyarakat.

"Potensi besar ini seharusnya dibangunkan kerana bukan sahaja memberi manfaat kepada negara, malah turut dinikmati oleh masyarakat khususnya penduduk negeri Johor.

"Dengan adanya hab perubatan dan kesihatan di negeri ini, pelbagai pembangunan lain akan dibangunkan seiring dengan keperluan semasa dan ini memberi banyak peluang pekerjaan kepada semua pihak," katanya.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Utara

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Utara


'Masalah tak sepatutnya berlaku'

Posted: 13 Jan 2014 10:24 AM PST

Oleh HASHIM P. MAMAT
utusanperak@utusan.com.my

KUALA KANGSAR 13 Jan. - Masalah 120 unit rumah kerajaan di Jalan Taayah di sini yang terbiar dan dipenuhi semak samun kerana tidak berpenghuni sejak 25 tahun lalu mendapat perhatian Ahli Parlimen Kuala Kangsar, Datuk Wan Khairil Anuar Wan Ahmad (gambar).

Beliau yang kesal dengan masalah itu berkata, masalah ini tidak sepatutnya berlaku kerana situasi tersebut mencacatkan pemandangan bandar ini apatah lagi Kuala Kangsar jumlah kunjungan pelancongan yang tinggi.

Beliau menyarankan agak kawasan berkenaan dan lain-lain kawasan strategik tetapi terbiar di sekitar bandar ini segera dipulihkan atau pun dibangunkan.

"Tanah kerajaan sama ada milik kerajaan negeri atau Persekutuan yang terbiar tanpa pembangunan tidak sepatutnya berlaku, sebaliknya perlu dimajukan.

"Saya percaya pihak-pihak berkenaan di daerah ini mempunyai idea untuk membangunkan atau membersihkan kuarters kerajaan ini daripada terus terbiar," katanya di sini hari ini.

Dalam laporan Utusan Malaysia pada 10 Disember lalu, penduduk di Jalan Taayah berhampiran Stesen Keretapi di sini melahirkan rasa kesal kerana lebih daripada 120 unit rumah yang pernah menjadi kediaman pekerja kini terbiar dan dipenuhi semak samun sejak 25 tahun lalu.

Keadaan ini mengundang rasa resah penduduk yang berpendapat keadaan itu menjejaskan imej bandar Kuala Kangsar dan menggesa pihak yang berkenaan memberikan perhatian terhadap kawasan berkenaan.

Susulan laporan berkenaan, tinjauan mendapati kawasan berkenaan kini telah dipasang pagar di sekitarnya, dipercayai untuk tujuan keselamatan.

Tambah Wan Khairil Anuar, selain masalah rumah kerajaan yang terbiar itu beberapa tanah lain perlu dimajukan terutama yang terletak di lokasi strategik.

"Biasanya apabila wujud masalah sebegini, akan timbul isu siapa pemilik bangunan atau tanah yang terbiar itu, sama ada ia milik kerajaan negeri, kerajaan Pusat atau milik persendirian. Masalah inilah yang menyulitkan pembangunan bagi kawasan yang mengalami masalah tanah terbiar," katanya.

Projek RTB: Lebih 20,000 penduduk Bandar Baharu dapat manfaat

Posted: 13 Jan 2014 10:24 AM PST

BANDAR BAHARU 13 Jan. - Lebih 20,000 penduduk yang mendiami tebing Sungai Kerian di daerah ini bakal mendapat manfaat melalui projek Rancangan Tebatan Banjir (RTB) berkenaan apabila siap menjelang penghujung tahun depan.

Ahli Parlimen Kulim Bandar Baharu, Datuk Abdul Aziz Sheikh Fadzir berkata, projek fasa pertama dan kedua telah dimulakan sejak penghujung tahun 2012 dan kini sudah mencapai kira-kira 50 peratus.

Katanya, keseluruhan projek berkenaan membabitkan kawasan sepanjang 40 kilometer Sungai Kerian bermula dari muara Sungai Serdang dan melibatkan tiga mukim di daerah Bandar Baharu iaitu Mukim Serdang, Mukim Bagan Samak dan Mukim Bandar Baharu.

"Projek yang merupakan inisiatif Kerajaan Persekutuan dan dilaksanakan Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) itu membabitkan tiga negeri di sepanjang Sungai Kerian iaitu Kedah, Perak dan Pulau Pinang dengan daerah Bandar Baharu menerima peruntukan sebanyak RM80 juta.

"Apabila siap kelak, projek itu mampu mengatasi masalah banjir yang dihadapi oleh penduduk di 15 buah kampung di daerah ini," katanya selepas mengadakan perjumpaan dengan Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung berkenaan di Pejabat Daerah Bandar Baharu, baru-baru ini.

Yang hadir sama Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bandar Baharu, Datin Norsabrina Mohd. Noor dan Jurutera JPS Daerah Kulim Bandar Baharu, Azli Ayub.

Abdul Aziz berkata, selain mengatasi masalah banjir, projek itu turut mendatangkan manfaat lain kepada penduduk setempat seperti pelancongan dan perkhidmatan.

"Daerah Bandar Baharu juga mendapat peruntukan khusus untuk membina ban sepanjang sungai berkenaan dan kerja-kerja memperindahkan tebing sungai bagi tujuan pelancongan," katanya.

Dalam perkembangan berkaitan, beliau memberitahu, lebih 300 penduduk yang mendiami sungai berkenaan akan dipindahkan ke kawasan baharu bagi memberi laluan kepada RTB Sungai Kerian.

"Penduduk terbabit akan dipindahkan ke satu kawasan yang bersesuaian dan kita menjangkakan proses pemindahan akan bermula dalam masa tiga bulan lagi," katanya.

Beliau juga berharap, para Pengerusi JKKK kawasan berkenaan dapat memberikan penjelasan kepada penduduk kampung mengenai keperluan projek berkenaan.

Ikan pedukang jadi tarikan

Posted: 13 Jan 2014 10:24 AM PST

AZLAN Abdul Aziz (kiri) melihat ikan pedukang yang dijual kepada orang ramai di Pasar Bisik-Bisik Kuala Sungai Muda, Sungai Petani, baru-baru ini.

SUNGAI PETANI 13 Jan. - Biasanya ikan pedukang kurang diminati ramai berbanding ikan rakyat lain seperti ikan kembung dan selayang.

Namun kini ikan itu semakin menjadi pilihan apatah lagi dengan kenaikan harga ikan lain yang mendadak sejak kebelakangan ini.

Seorang penjual ikan, Azlan Abdul Aziz, 34, dari Tikam Batu berkata, ikan pedukang agak laris jualan kerana harganya lebih murah berbanding ikan-ikan lain.

"Ikan pedukang besar banyak ditangkap oleh nelayan sejak kebelakangan ini, bila dibawa naik ke darat saya terus membelinya kerana harganya lebih murah," katanya ketika ditemui di Pasar Bisik-Bisik Kuala Sungai Muda, di sini baru-baru ini.

Menurutnya, ikan itu boleh dijual pada harga antara RM3 hingga RM4 sekilogram berbanding harga ikan lain yang agak tinggi.

"Ikan pedukang banyak isi, selera makan tentu bertambah jika masakan itu kena caranya," katanya.

Azlan memberitahu, sebagai seorang penjual, dia perlu menyediakan pelbagai jenis ikan dengan harga lebih murah untuk keperluan orang ramai di musim tengkujuh dari Disember hingga Februari ini.

"Terpulang kepada orang ramai untuk buat pilihan membeli ikan, bagaimanapun ikan pedukang ada persamaan dengan ikan pulutan, otek dan seludu manakala ikan baung pula terdapat di sungai sahaja," tambah Azlan.

Kredit: www.utusan.com.my
 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved