Selasa, 14 Januari 2014

Utusan Online - Dalam Negeri


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Dalam Negeri


Penahanan "Sultan Melaka" berlandas perundangan - Zahid

Posted: 14 Jan 2014 01:45 AM PST

PUTRAJAYA 14 Jan. - Penahanan Raja Noor Jan Shah Raja Tuah yang mendakwa dirinya 'Sultan Melaka' di Jasin, Melaka hari ini adalah berdasarkan undang-undang negeri dan Perlembangaan Persekutuan, kata Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi.

Berdasarkan Sejarah Melayu dan bahan kajian seperti Hikayat Hang Tuah, beliau berkata, Sultan Melaka yang terakhir ialah Sultan Mahmud Shah (1488-1511) dan selepas itu tiada sultan di negeri itu.

Selain itu, beliau berkata, apabila penubuhan Negeri-Negeri Selat yang terdiri daripada Melaka, Pulau Pinang dan Singapura, dari segi Perlembangaan Negeri dan Perlembangaan Persekutuan tidak ada mana-mana individu yang boleh mendakwa atau menuntut takhta kesultananan di negeri-negeri tersebut.

"Dalam hal ini, polis mengambil tindakan adalah berdasarkan pada perundangan yang ada pada kerajaan negeri, Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri dan juga Perlembangaan Persekutuan.

"Saya harap mana-mana individu dan kumpulan yang mahu menuntut tahkta Melaka harus melupakan hasrat itu. Lihat fakta, sejarah dan perundangan. Ini harus diakui sebagai hakikat dan kenyataan," katanya pada sidang media selepas menghadiri Majlis Pelancaran Pasukan Bola Sepak PDRM di sini hari ini.

Raja Noor Jan Shah ditahan pada 10.50 pagi bagi membantu siasatan mengikut Akta Hasutan berhubung dakwaan telah mengadakan beberapa majlis penganugerahan pingat, bintang dan darjah kebesaran yang tidak diiktiraf. - BERNAMA

2 wira Lahad Datu terima Anugerah Maulidur Rasul Selangor

Posted: 14 Jan 2014 01:08 AM PST

SHAH ALAM 14 Jan. - Dua wira yang terkorban ketika mempertahankan negara dalam serangan pengganas di Lahad Datu, Sabah tahun lepas, menerima anugerah khas sempena sambutan Maulidur Rasul peringkat negeri Selangor hari ini.

Dua anak kelahiran Selangor itu ialah Allahyarham Sarjan Sabaruddin Daud dari Sabak Bernam dan Allahyarham Koperal Mohd Azrul Tukiran dari Rantau Panjang, Klang.

Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah yang berkenan berangkat ke majlis itu menyampaikan anugerah berkenaan kepada balu Sabaruddin, Nurul Nisa Abu Bakar, 42, dan bapa Mohd Azrul, Tukiran Ahmad, 66.

Ia berupa wang tunai RM10,000, sijil penghargaan, piala iringan dan

sepersalinan pakaian.

Ditemui wartawan selepas majlis itu di sini, Nurul Nisa mengucapkan terima kasih kepada kerajaan negeri kerana masih mengingati pengorbanan Allahyarham suaminya walaupun hampir setahun berlalu sejak peristiwa itu.

"Kakak akan tunjukkan kepada anak-anak anugerah ini bahawa ayah mereka berkorban untuk negara, ayah mereka adalah wira," kata wanita itu.

Sambil berkata perasaan sedih, terharu dan bangga bercampur baur semasa menerima anugerah itu, Tukiran merasakan tragedi yang menimpa arwah anaknya masih segar di ingatan.

Katanya, pengorbanan Mohd Azrul wajar menjadi teladan kepada anak-anak yang bersekolah supaya melakukan perkara yang berfaedah. - BERNAMA

Perketat SOP penggunaan senjata api - Timbalan Menteri

Posted: 14 Jan 2014 12:25 AM PST

KUCHING 14 Jan. - Prosedur Kendalian Standard (SOP) penggunaan dan penjagaan senjata api yang diguna pakai pasukan polis masih gagal mengelakkan kehilangan aset berkenaan dan ia perlu diperketatkan lagi, kata Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Dr. Wan Junaidi Tuanku Jaafar.

Beliau berkata, SOP berkenaan perlu dikaji semula dengan mengambil kira tahap disiplin dalam kalangan anggota dan pegawai polis yang diamanahkan membawa senjata berkenaan.

Beliau mengulas kejadian seorang anggota polis yang tidak bertugas telah kehilangan sepucuk pistol bersama-sama dua kelopak peluru Ahad lepas.

Senjata berkenaan dipercayai telah dicuri dari anggota itu yang dikatakan mabuk dan tertidur dalam keretanya.

Kes kehilangan senjata itu turut dikaitkan dengan penemuan dua kelopak pistol yang mengandungi 21 butir peluru hidup jenis P99 yang difahamkan sama dengan peluru standard yang dikeluarkan untuk kegunaan polis di negara ini.

Kelopak pistol itu dipercayai tercicir dari seorang suspek dalam satu kes

cubaan mencuri kereta di sini semalam yang suspek telah mengeluarkan sepucuk pistol sebelum meloloskan diri semasa bergelut dengan pihak polis.

Wan Junaidi berkata, kejadian terbaharu itu menampakkan keperluan untuk

mengkaji semula latihan kepolisan bagi memastikan anggota dan pegawai yang terlatih juga mempunyai disiplin dan jati diri yang tinggi.

"Saya melihat polis sekarang berada dalam zaman yang keterlaluan. Orang polis (sepatutnya) perlu sentiasa berwaspada. (Tetapi) semua benda (sudah

menjadi) keterlaluan. Minum (arak) pun sampai mati," katanya. - BERNAMA

Kredit: www.utusan.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved