Isnin, 23 September 2013

Utusan Online - Jenayah

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Jenayah


Laporan polis, gambar kes bunuh disebar di Facebook palsu - Polis

Posted: 23 Sep 2013 10:53 PM PDT

Oleh AZRAI MOHAMAD

KUALA LUMPUR 24 Sept. - Polis Diraja Malaysia (PDRM) menafikan sebaran laporan polis beserta beberapa keping gambar menerusi media sosial berkaitan kes bunuh seorang lelaki yang kemaluannya dipotong dan disumbatkan ke dalam mulutnya.

Menurut satu kenyataan di dalam laman sosial Facebook PDRM hari ini, kes itu dipercayai berlaku di luar negara dan tidak pernah berlaku di lokasi dinyatakan selain nombor laporan merujuk kepada kes berlainan.

"Mohon semua pihak tidak menyebarkan maklumat yang tidak benar di mana-mana saluran media sosial," ujar kenyataan itu lagi. - UTUSAN ONLINE

Penganggur direman bantu siasatan kematian anggota polis

Posted: 23 Sep 2013 10:40 PM PDT

MELAKA 24 Sept. - Seorang remaja berusia 17 tahun ditahan reman selama tujuh hari bermula hari ini bagi membantu siasatan kes kematian seorang anggota polis dipercayai dipukul dengan batu, semalam.

Perintah reman terhadap remaja yang tidak lagi bersekolah dan menganggur itu, dibenarkan oleh Timbalan Pendaftar Mahkamah Rendah, V.Kanasan, kira-kira 12 tengah hari tadi.

Pada kejadian kira-kira 8 pagi semalam, Kpl Zal-Azri Abdul Somad, 31, dari Bahagian Risikan Jenayah (D4), Ibu Pejabat Polis Kontinjen Melaka, cedera di kepala dan muka dipercayai dipukul dengan batu dan mati, setelah bergelut dengan suspek di tempat kejadian, di Taman Teknologi Cheng di sini.

Suspek yang melarikan diri selepas pergelutan itu, ditahan di,Krubong di sini, pada pukul 10.50 pagi semalam. - BERNAMA

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Sukan

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Sukan


Skuad Perak kena gantung

Posted: 23 Sep 2013 12:14 PM PDT

Oleh Sayed Hesham Idris
utusanperak@utusan.com.my

Naib Presiden PAFA, Isham Shahrudin (tengah) menunjukkan salinan laporan polis kepada media di Balai Polis Sungai Senam, Ipoh, semalam. - UTUSAN/ROY AZIS ABD. AZIZ

IPOH - Persatuan Bola Sepak Perak (PAFA) semalam menggantung kesemua pegawai dan petugas termasuk ketua jurulatihnya Azraai Khor Abdullah selama dua minggu selepas mengesyaki berlaku rasuah dan sabotaj dalam skuad itu.

Serentak itu juga PAFA membuat laporan polis dan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Timbalan Presiden PAFA, Khairul Azwan Harun berkata, keputusan drastik menggantung tugas semua pegawai pasukan dan membuat laporan polis dan kepada SPRM itu ekoran kekalahan memalukan 1-6 kepada Sarawak pada perlawanan Piala Malaysia, Sabtu lalu.

"Kami mula mengesyaki wujud elemen dan tindakan yang ada kaitan dengan sabotaj dan rasuah dalam pasukan ini sejak tiga atau empat perlawanan terakhir Perak lagi.

"Kekalahan besar kepada Sarawak adalah kemuncaknya.

"Sekarang kita serahkan kepada polis dan SPRM untuk melakukan siasatan," katanya pada sidang akhbar di Pejabat PAFA, semalam.

Laporan dibuat dekat Balai Polis Sungai Senam dan di Pejabat SPRM negeri dekat Meru Raya, semalam.

"PAFA juga menubuhkan satu pasukan khas yang diketuai Pengerusi Jawatankuasa Disiplin PAFA, Datuk Ismail Saffian dan seorang peguam untuk menjalankan siasatan dalaman secara terperinci termasuk aspek kejurulatihan.

"Pasukan petugas khas ini akan mengemukakan hasil siasatan kepada PAFA sebelum tindakan lanjut dapat diambil," tegas Khairul.

Perak gagal melepasi saingan peringkat kumpulan Piala Malaysia setelah dibelasah 1-6 oleh Sarawak pada perlawanan terakhir Kumpulan D di Kuching, Sabtu lalu.

Dalam pada itu, Khairul Azwan berkata, kesemua pegawai yang digantung dan pemain dilarang meninggalkan bandar raya ini sepanjang tempoh siasatan.

Beliau berkata, mereka juga diwajibkan melaporkan diri pada setiap hari di pejabat PAFA mulai esok.

Bagi pemain, Khairul Azwan berkata, mereka perlu mematuhi syarat kontrak dengan menjalani latihan seperti biasa mulai Rabu ini.

"Disebabkan ketua jurulatih pasukan (Azraai) kini digantung tugas, maka persatuan melantik ketua jurulatih Akademi Bola Sepak PAFA, Marshall Soper dan Sayuddin Mat Isa sebagai pengendali sementara pasukan ini.

"Jika semua pegawai, petugas dan pemain gagal melapor diri mulai 25 September ini, Jawatankuasa Pengurusan dan Jawatankuasa Darurat PAFA akan mengambil tindakan tegas.

"Ini adalah amaran selepas apa yang berlaku di Kuching dan beberapa perlawanan lain yang tidak boleh diterima. Kami boleh terima kekalahan tetapi tidak boleh terima sikap yang ditunjukkan," tegasnya.

Beliau berkata, keputusan itu dibuat secara kolektif selepas berbincang dan mengambil pandangan anggota majlis PAFA, pihak yang berkepentingan termasuk beberapa kelab peminat yang berdaftar.

Katanya soal kebajikan tidak perlu dibangkitkan dalam perkara itu kerana selepas Presiden, Datuk Zainol Fadzi Paharuddin mengambil alih kepemimpinan PAFA pada 2010, segala tunggakan gaji dan caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) telah diselesaikan.

Beliau berkata, tiadanya komitmen, kesungguhan dan disiplin juga adalah elemen sabotaj dalam bola sepak yang merosakkan pasukan walaupun elemen rasuah tidak berlaku.

"Saya telah mengurus pasukan sejak 2011. Saya tahu bila mereka benar-benar bermain atau dalam bahasa bola sepak kami kata 'saya tahu bila pemain tarik game dan buka game. Tiga tahun memberi pengajaran kepada saya, jadi jangan ambil mudah berhubung perkara yang kami bangkitkan ini," katanya.

Pada perlawanan peringkat Kumpulan D bagi saingan Piala Malaysia, Perak mencatat tiga kekalahan iaitu tewas kepada Kedah 0-1 pada 17 September, kalah kepada Lions XII 1-2 (31 Ogos) dan kalah teruk iaitu 1-6 kepada Sarawak, Sabtu lepas, sekali gus gagal ke peringkat suku akhir.

Marshall Soper pengendali sementara

Posted: 23 Sep 2013 12:14 PM PDT

IPOH - Persatuan Bola Sepak Perak (Pafa) semalam mengumumkan pelantikan bekas pemain antarabangsa Australia, Marshall Soper sebagai pengendali sementara pasukan itu setelah jurulatihnya, Azraai Khor Abdullah digantung tugas.

Soper, 53, yang mempunyai 43 cap antarabangsa bersama skuad Socceroos, pernah mewakili skuad Perak pada tahun 90-an.

Dia yang juga ketua jurulatih Akademi Bola Sepak Pafa sejak April lalu, akan dibantu oleh pengurus pasukan Yayasan Bina Upaya (YBU) yang beraksi dalam Liga FAM, Sayuddin Mat Isa.

Timbalan Presiden PAFA, Khairul Azwan Harun berkata, memandangkan semua pegawai pasukan Perak termasuk Azraai kini digantung tugas, para pemain diminta melaporkan diri kepada Soper dan Sayuddin untuk menjalani latihan mulai Rabu ini.

"Pemain diminta menghormati kontrak dengan menjalankan latihan seperti biasa mulai Rabu ini walaupun Perak sudah menamatkan saingan musim ini," katanya dalam sidang akhbar di sini, semalam.

Khairul Azwan semalam mengumumkan Pafa telah membuat laporan polis dan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk menjalankan siasatan kerana mengesyaki berlaku rasuah dalam pasukan itu.

Laporan itu dibuat ekoran kekalahan memalukan 1-6 kepada Sarawak dalam perlawanan Piala Malaysia di Kuching, Sabtu lalu.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Mahkamah

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Mahkamah


ADUN Batu Buruk didakwa anjur perhimpunan haram Blackout 505

Posted: 23 Sep 2013 12:14 PM PDT

KUALA LUMPUR 23 Sept. - Ahli Dewan Undangan (ADUN) Batu Buruk, Syed Azman Syed Ahmad Nawawi dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas tuduhan menganjurkan perhimpunan haram Blackout 505 di Padang Merbok, Jun lalu.

Syed Azman, 52, daripada parti Pas mengaku tidak bersalah dan memohon dibicarakan selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan oleh jurubahasa di hadapan Hakim Mat Ghani Abdullah.

Ahli politik itu didakwa menganjurkan satu perhimpunan yang tidak mematuhi syarat yang dikenakan oleh pegawai yang menjaga Daerah Polis Dang Wangi, Asisten Komisioner Zainuddin Ahmad bagi mendapatkan persetujuan pemilik padang iaitu Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).

Pendakwaan dibuat mengikut Seksyen 15(3) Akta Perhimpunan Aman 2012 yang membawa hukuman denda tidak melebihi RM10,000 jika sabit kesalahan.

Syed Azman turut mengaku tidak bersalah atas pertuduhan pilihan iaitu gagal menyertakan salinan persetujuan DBKL bertarikh 12 Jun 2013 kepada Zainuddin seperti yang ditetapkan oleh Seksyen 10(c) akta sama.

Bagi pertuduhan tersebut, dia didakwa mengikut Seksyen 9(1) Akta Perhimpunan Aman 2012 yang turut memperuntukkan hukuman denda maksimum RM10,000 jika sabit kesalahan.

Kesalahan itu didakwa dilakukannya di Padang Merbok Jalan Parlimen di sini antara pukul 2 dan 6 petang, 22 Jun lalu.

Pada 24 Julai lalu, Ahli Parlimen Seremban, Anthony Loke Siew Fook, 36; Ahli Parlimen Pandan, Mohd. Rafizi Ramli, 36; dan anggota sekretariat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Muhammad Adib Ishar, 24; didakwa di mahkamah sama atas tuduhan yang serupa.

Pada prosiding hari ini, Timbalan Pendakwa Raya, Nurul Huda Mohd. Nor yang mengendalikan pendakwaan mencadangkan jaminan RM3,000 tanpa cagaran dikenakan terhadap Syed Azman seperti yang ditetapkan mahkamah kepada tiga tertuduh tersebut sebelum ini.

Peguam Ariff Azami Hussin yang mewakili Syed Azman tidak membantah.

Mahkamah yang menerima cadangan pihak pendakwaan berhubung jaminan tersebut turut menetapkan 9 dan 10 Disember ini untuk perbicaraan.

Sementara itu, mahkamah turut menetapkan keempat-empat tertuduh terbabit dibicarakan bersama kes empat tertuduh lain yang turut didakwa pada 24 Julai lalu kerana melibatkan saksi-saksi yang sama.

Mereka adalah pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Adam Adli Abd. Halim, 25; pengerusi Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM), Muhammad Safuan Anang @ Talib, 24; sekretariat SMM, Ekhsan Bukharee Badarul Hisham, 22; dan Presiden Persatuan Islam Universiti Malaya (UM), Mohamed Bukhari Mohamed Sufian, 23.

PRU-13: Dua lelaki mengaku bersalah pecahkan cermin bas

Posted: 23 Sep 2013 12:14 PM PDT

KLANG 23 Sept. - Dua lelaki didenda oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini selepas masing-masing mengaku bersalah atas tuduhan menghalang dan memecahkan cermin sebuah bas pada hari pengundian Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) Mei lalu.

Penjual telefon bimbit, Gew Chen Hsiang, 32, didenda RM700 atau penjara sebulan manakala juruteknik pendingin hawa, Chua Kian Boon, 21, didenda RM7,000 atau penjara 24 bulan.

Kedua-dua mereka sepatutnya mula dibicarakan hari ini tetapi mengubah pengakuan kepada bersalah atas pertuduhan masing-masing.

Majistret Mohd. Fathly Yaacob menjatuhkan hukuman itu terhadap Chen Hsiang yang mengaku bersalah atas dakwaan menahan sebuah bas Wawasan Sutera bernombor pendaftaran WNL 3698 yang pada ketika itu dinaiki oleh 23 penumpang.

Pertuduhan terhadapnya dibuat mengikut Seksyen 341 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum sebulan atau denda maksimum RM1,000 atau kedua-duanya.

Kian Boon pula dijatuhi hukuman tersebut atas kesalahan telah menggunakan seketul batu dalam satu rusuhan sebagai senjata untuk memecahkan cermin bas yang sama.

Kesalahan yang didakwa dilakukan dengan beberapa individu yang masih bebas telah menyebabkan syarikat bas terbabit mengalami kerugian sebanyak RM30,000.

Pertuduhan terhadap Kian Boon dibuat mengikut Seksyen 148 kanun sama yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum lima tahun atau denda atau kedua-duanya.

Kedua-dua tertuduh didakwa melakukan kesalahan itu kira-kira pukul 3.45 petang, 5 Mei lalu di Jalan Sijangkang, Pandamaran dekat sini.

Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Mahmoodah Abd. Latiff manakala kedua-dua tertuduh diwakili peguam-peguam V. Murali dan C. Y. Ng.

Kedua-dua tertuduh membayar denda masing-masing.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Luar Negara

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Luar Negara


Kolonel tentera udara Yemen ditembak mati

Posted: 23 Sep 2013 11:08 AM PDT

SANAA 24 Sept. - Seorang pegawai tentera udara Yemen berpangkat Kolonel ditembak mati oleh penyerang tidak dikenali di sini semalam.

Sumber keselamatan berkata, seorang daripada dua penyerang yang menunggang motosikal melepaskan tembakan ke arah Kolonel Abdul Wahab Azzam ketika mangsa sedang memandu sebuah kereta di satu persimpangan jalan.

Bagaimanapun sumber tersebut tidak menjelaskan lokasi sebenar kejadian itu dan tiada pihak mengaku bertanggungjawab dalam serangan terbabit.

Insiden semalam merupakan kejadian terbaharu membabitkan pembunuhan berpuluh-puluh pegawai tentera dan keselamatan Yemen sejak dua tahun. - REUTERS

Singapura perketat peraturan pengambilan pekerja asing

Posted: 23 Sep 2013 11:08 AM PDT

SINGAPURA 24 Sept. - Kerajaan Singapura semalam mengumumkan peraturan ketat yang baharu terhadap syarikat-syarikat di negara ini untuk mengambil pekerja asing daripada bidang profesional.

Kementerian Sumber Tenaga Manusia dalam kenyataannya berkata, berdasarkan undang-undang tersebut yang akan dikuatkuasakan bermula Ogos tahun depan, syarikat di negara ini dikehendaki merekrut rakyat tempatan sebagai pekerja terlebih dahulu.

Jelas kementerian itu, perubahan peraturan terbabit dibuat selepas terdapat aduan dan bantahan daripada orang awam tentang kebanjiran tenaga asing di republik ini. - AFP

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Pahang

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Pahang


Mohon masuk SMA lebih mudah

Posted: 23 Sep 2013 12:14 PM PDT

Oleh SITI NORIZAT SHIKH ABDUL JALIL
utusanktn@gmail.com

ADNAN Yaakob menyampaikan anugerah kepada seorang pelajar cemerlang pada Majlis Anugerah Kecemerlangan Pendidikan ke-12 dan Pelancaran Sistem Pengurusan Sekolah Menengah Agama (SPSMA) di Dewan Jubli Perak, Kuantan, kelmarin. Turut sama Mohamad Safian Ismail (kiri).

KUANTAN 23 Sept. - Permohonan kemasukan tingkatan satu ke Sekolah Menengah Agama (SMA) di negeri Pahang kini lebih mudah selepas Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP) melaksanakan sistem online.

Sistem yang dibangunkan dengan kerjasama Bahagian Teknologi Maklumat, Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri sebagai usaha memudahkan orang ramai membuat urusan dengan lebih pantas dan menjimatkan masa.

Aplikasi tersebut turut menyediakan perkhidmatan semakan status permohonan, semakan keputusan peperiksaan SMA dan peperiksaan sekolah termasuk semakan rayuan dan yuran pembelajaran yang boleh dilayari di laman web, esma.pahang.gov.my.

Menteri Besar, Datuk Seri Adnan Yaakob berkata, usaha yang dilakukan kerajaan negeri merupakan kejayaan mengorak satu lagi langkah ke hadapan dengan membangunkan aplikasi berkenaan.

"Kejayaan ini diharap dapat membuka lebih banyak usaha inovatif dalam mengangkat JAIP sebagai sebuah institusi agama yang disegani," katanya ketika ditemui di sini semalam.

Beliau berucap merasmikan Majlis Anugerah Kecemerlangan Pendidikan ke-12 dan Pelancaran Sistem Pengurusan Sekolah Menengah Agama (SPSMA) di Dewan Jubli Perak, di sini.

Yang turut hadir Setiausaha Kerajaan negeri, Datuk Seri Mohamad Safian Ismail dan Pengarah JAIP, Datuk Mohamad Roslan Harun.

Dalam majlis sama, sebanyak 308 pelajar SMA, 62 guru serta 17 sekolah seluruh negeri menerima anugerah kecemerlangan pendidikan sebagai penghargaan pencapaian cemerlang sepanjang tahun lalu.

Menurut Adnan, pencapaian SMA kini amat membanggakan selepas bilangan pelajar yang mendapat keputusan cemerlang semakin meningkat setiap tahun.

"Punca kejayaan ini juga disebabkan penglibatan semua pihak termasuk ibu bapa serta guru-guru yang memainkan peranan berkesan dalam memastikan pelajar mendapat pendidikan sempurna.

"Semoga pelajar dapat menjadikan SMA sebuah tempat menyemai fahaman cintakan Islam dengan memperluas ilmu dan pengetahuan masing-masing menerusi bahan bacaan dan menguasai teknologi maklumat," katanya.

Adik-beradik bertanding Ketua Pemuda UMNO Bahagian

Posted: 23 Sep 2013 12:14 PM PDT

KUANTAN 23 Sept. - Pertandingan bagi merebut jawatan Ketua Pemuda UMNO Bahagian di negeri ini pada pemilihan parti bulan depan menyaksikan Hazrin Basri, 39, dan adiknya Hamdie, 36, turut mencuba nasib.

Hazrin yang bertanding di Kuantan merupakan Naib Ketua Pemuda UMNO Bahagian itu manakala Hamdie yang bertanding di Indera Mahkota merupakan Penolong Setiausaha Pemuda UMNO Bahagian berkenaan.

Kedua-dua mereka merupakan lulusan Universiti Metropolitan Leeds, United Kingdom (UK) iaitu Hazrin bekas Pengasas Kelab UMNO Luar negara manakala adiknya bekas Ketua Pemuda UMNO luar negara di Leeds dan Bradford.

Hamdie berkata, keputusannya bertanding merebut jawatan itu bagi meneruskan sumbangan kepada parti terutama dalam menguatkan lagi kepimpinan Pemuda UMNO di Indera Mahkota.

"Selepas Ketua Pemuda UMNO Indera Mahkota, Datuk Suhaimi Sulong tidak lagi boleh mempertahankan jawatan itu kerana melepasi had umur, saya merasakan perlu mengambil peluang ini bagi mencuba nasib.

"Lagi pun, saya dan Hazrin sudah ada asas kukuh di Kuantan dan Indera Mahkota kerana arwah datuk saya, Sulaiman Ahmad merupakan antara pengasas UMNO di Beserah," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Mengenai penglibatannya dan Hazrin dalam UMNO, Hamdie berkata, selepas pulang ke Malaysia abangnya itu telah memutuskan untuk tinggal di Kuantan dan mendaftarkan diri sebagai ahli UMNO di kawasan tersebut.

"Selepas saya pulang, saya juga tinggal di Kuantan, tetapi selepas mengambil kira pelbagai aspek saya mendaftarkan diri di Beserah di bawah Parlimen Indera Mahkota supaya tidak bersama-sama dengan Hazrin.

"Misi kami adalah sama iaitu ingin memberikan sumbangan kepada parti di Indera Mahkota manakala abang saya di Kuantan," katanya

Sementara itu, Hazrin berkata, niatnya bertanding Ketua Pemuda UMNO Bahagian pada pemilihan kali ini sama seperti adiknya, Hamdie iaitu untuk terus memberikan sumbangan kepada parti.

1MVRP perkukuh sosioekonomi bekas tentera

Posted: 23 Sep 2013 12:14 PM PDT

MARAN 23 Sept. - Program Pengiktirafan Veteran 1Malaysia (1MVRP) yang dilaksanakan kerajaan mampu memperkukuhkan tahap sosioekonomi bekas tentera supaya kehidupan mereka lebih terjamin.

Pengarah Jabatan Hal Ehwal Veteran (JHEV) Angkatan Tentera Malaysia (ATM) cawangan Pahang, Mejar Mohamad Rozali Abd. Rahman berkata, sebanyak tujuh inisiatif dilaksanakan untuk golongan itu iaitu program Penempatan Kerja Untuk Veteran serta Bimbingan Usahawan Veteran, Meningkatkan Penerimaan Latihan Perbadanan Hal Ehwal Bekas Angkatan Tentera (Perhebat) oleh industri.

Tambahnya, program lain iaitu Kad Privilege 1Malaysia, Pusat Sehenti Veteran 1Malaysia, Pembangunan Keluarga Veteran 1Malaysia serta Membaik Pulih dan Membina Rumah Veteran 1Malaysia turut memberi manfaat kepada golongan tersebut.

"Program berkenaan akan memberi faedah kepada semua veteran tentera termasuk 243,500 orang yang tidak berpencen di seluruh negara.

"Lebih menarik 80 peratus program memberi faedah kepada veteran tentera yang tidak berpencen iaitu membabitkan bantuan sara hidup, bantuan persekolahan dan institusi pengajian tinggi awam, bantuan peralatan pesakit dan bencana alam," katanya.

Beliau berkata demikian kepada Utusan Malaysia selepas majlis penyampaian Pingat Jasa Malaysia (PJM) dan mesyuarat agung pertama Pertubuhan Kumpulan Veteran Tentera Tidak Berpencen cawangan Pahang di sini baru-baru ini.

Mohamad Rozali berkata, mana-mana veteran tentera yang berminat dalam perniagaan boleh memohon kepada Tabung Ekonomi Kumpulan Usaha Niaga (TEKUN) dengan sokongan Perhebat bagi tujuan menambah modal perniagaan.

Menurutnya, program Pembangunan Keluarga Veteran 1Malaysia diwujudkan untuk pembangunan sosioekonomi keluarga veteran ATM dalam membolehkan mereka menjana pendapatan lebih baik dan stabil.

"Langkah itu akan dilaksanakan dengan kerjasama Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat di bawah program 1Azam," katanya.

Beliau memberitahu, seramai 7,000 bekas tentera tidak berpencen di negeri ini telah menerima bayaran RM1,000 yang diumumkan kerajaan dalam pembentangan Bajet 2013 tahun lalu.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Megabait

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Megabait


Galaxy S4 Aktive

Posted: 23 Sep 2013 01:21 AM PDT

Oleh Maszureen Hadzman

SAMSUNG Elektronik Malaysia telah mengumumkan kedatangan Galaxy S4 Aktive yang direka khas untuk meningkatkan pengalaman hidup kepada pengguna aktif yang mahu terus berhubung sambil meneroka persekitaran.

Menurut Pengarah Urusan Samsung Elektronik Malaysia, Kwon Jae Hoon, Galaxy S4 Aktive telah direka khusus untuk pengguna yang mahu menikmati suasana di luar rumah.

Peranti itu sesuai untuk mereka yang suka mengembara dan meneroka menerusi rekaan yang kukuh.

Tambahnya, menyedari tuntutan gaya hidup yang dinamik, Galaxy S4 Aktive direkabentuk untuk memastikan pengguna aktif dapat meneroka dan menyelami dunia di sekeliling mereka.

Dengan ciri-ciri prosesor 1.9 GHz dwi-teras dan bateri 2,600mAh, peranti tersebut boleh berfungsi dalam tugasan yang lasak tetapi dengan mudah dan tepat.

Dengan warna cerah dan resolusi menakjubkan paparan skrin LCD 5.0" definsi tinggi penuh TFT screen (443 ppi) bermain permainan video terbaharu atau menonton pastinya satu pengalaman menakjubkan

Dengan Glove Touch, penggunaan dalam cuaca sejuk pastinya tidak lagi menjadi masalah, memandangkan sentuhan menggunakan sarung tangan tidak begitu merumitkan .

Pada masa sama, kamera lapan megapiksel membolehkan penggunaan yang lebih menarik manakala penggunaan Aqua Mode membolehkan pengguna merakamkan gambar pegun dan video di bawah permukaan air.

Butang suara di bahagian tepi boleh digunakan sebagai butang kamera membolehkan pengguna memanfaatkan aplikasinya dengan pantas.

Samsung Galaxy S4 Active memfokuskan kepada kalis air dan debu (IP67).

Perkara ini dijayakan oleh reka bentuk yang menutup pelbagai ruang, membolehkan peranti tersebut dilindungi walau berada dia dalam air sehingga satu meter selama 30 minit.

Peranti ini didatangkan dengan sokongan audio jack kalis air yang membolehkan pengguna merakamkan gambar dalam air.

Seperti sedia maklum, IP adalah singkatan Perlindungan Antarabangsa terhadap kemasukan objek asing yang kukuh. Angka '6' mewakili perlindungan yang lengkap terhadap kemasukan debu manakala '7' mewakili perlindungan terhadap rendaman air sementara sehingga kedalaman satu meter selama 30 minit dan kemasukan berbahaya air.

Untuk kandungan multimedia dan maklumat yang lebih terperinci mengenai Samsung GALAXY S4 Aktive, sila layari www.samsung.com

Olympus EM-1

Posted: 23 Sep 2013 01:21 AM PDT

Oleh MOHD. HAZLI HASSAN

Olympus EM-1 bukanlah pengganti EM-5 namun dia adalah pengganti Siri E Olympus.

KETIKA gergasi pembuat kamera berlumba-lumba memperhebatkan resolusi sedia ada - sehingga ada kamera amatur dipertingkatkan sampai 24 megapiksel, satu angka yang amat tinggi bagi sebuah kamera amatur - Olympus dalam diam merevolusikan pendekatan fotografi masa kini.

Dengan hanya pakej kecil, tanpa perlu berbangga dengan resolusi tinggi, Olympus menerjah pasaran awal September ini dengan model OM-D EM-1. Satu model yang memiliki pakej sepenuhnya untuk fotografi masa kini.

Bayangkan anda bekerja dengan kamera yang tidak terlalu besar dan juga tidak terlalu kecil tanpa perlu mempunyai komputer riba atau komputer peribadi (PC) untuk melakukan suntingan atau olahan gambar, tetapi hasilnya menghampiri tahap profesional.

Malah, kamera itu sendiri sudah menghampiri tahap profesional di mana rakaman letusan RAW mampu dilakukan dengan 6.5 bingkai sesaat dengan 50 bingkai sebagai penampan (buffer) dan ini dilakukan oleh kamera yang mempunyai resolusi 16.3 megapiksel, satu resolusi yang amat tinggi pada masa kini.

Ketika media dibawa menjelajah kamera ini awal September lalu, kami teruja dengan kemampuan pakej EM-1 ini.

Antara yang tidak dapat ditandingi oleh mana-mana kamera profesional ialah EM-1 direka bentuk untuk kalis cuaca dan juga tahan beku sehingga negatif 10 darjah Celsius.

Dengan kemampuan itu, mereka yang menggunakan EM-1 pasti akan tergesa-gesa mencari baju hujan, bukan untuk dikenakan pada kamera itu tetapi untuk diri sendiri.

Lebih menarik, kebanyakan lensa Micro Four Thirds (m4/3) Olympus adalah kalis cuaca dan membolehkan pemilik kamera model Olympus kalis cuaca yang lain menggunakannya dengan mudah dan selesa ketika hujan dan sebagainya.

Ekoran Olympus sudah mempunyai sistem 4/3 mereka melalui Siri E, jadi pemilik model jaringan OM-D, Siri E dan Siri PEN boleh menggunakan puluhan lensa 4/3 Olympus termasuk pelbagai lensa m4/3 lain dari Panasonic, Sigma, Tamron, Samyang dan Voigtlander.

Selain kalis cuaca dan tahan beku, Olympus EM-1 ini juga dipertingkatkan penggunaannya dengan penghantaran imej tanpa wayar, WiFi sambungan terus ke peranti mudah alih sama ada menggunakan sistem operasi iOS atau Android.

Menariknya, setiap imej yang dirakamkan dapat diperhatikan terus di skrin peranti mudah alih. Malah kamera itu juga boleh dikawal dengan menggunakan peranti mudah alih itu secara terus.

Olympus EM-1 yang dilengkapi enjin pemprosesan imej terbaru Olympus, TruePic VII dikatakan mampu menjana imej berkualiti tinggi walaupun dalam keadaan cahaya suram.

Boleh merakamkan gambar dalam ISO dari 200 hingga ISO 25,600, EM-1 menyaingi lawan terdekat dengan kualiti imej yang lebih baik.

Dari segi pemfokusan pula, EM-1 dibangunkan dengan fokus duaan auto 81 titik kontras dan pengesanan fasa sensor 37 titik yang dipadankan bersama semasa rakaman dilakukan yang membolehkan lensa memfokus dengan tepat dan cepat.

Malah, EM-1 dikatakan mempunyai kadar fokus paling cepat dalam kategorinya ekoran penggunaan fokus duaan titik kontras dan pengesanan fasa sensor itu, lebih pantas daripada saingan kamera profesional yang lain.

Selain itu, penggunaan lensa m4/3 Olympus yang terbaharu akan mengurangkan gegaran ketika rakaman dilakukan dalam kelajuan pengatup yang rendah ekoran reka bentuk lima paksi penstabil imej (IS) dan ditambah Multi Motion IS untuk rakaman video.

Jangan terkejut jika kamera terbaharu ini juga dilengkapi dengan kelajuan segerak flash 1/320s, lebih laju berbanding kebanyakan kamera profesional lain sekitar 1/250s. Malah ada yang masih pada tahap 1/60s.

Olympus juga merupakan perintis kepada penuras seni yang terbina dalam kamera. Malah penggunaannya kini melampaui rakaman video yang membolehkan rakaman dilakukan dengan tambahan pelbagai penuras seni yang disediakan.

Apa yang menarik pada EM-1 ini ialah terdapat fungsi Color Creator di mana semasa rakaman dilakukan, jurufoto boleh melakukan suntingan masa nyata untuk mengubah warna.

Hal ini tidak ada bezanya dengan ubahan warna pada tetapan kamera. Namun pada EM-1, anda boleh mengubah dan melihat sendiri perubahan pada masa nyata.

Bagi pendapat peribadi saya, kamera ini amat hebat untuk digunakan dari aspek fotografi. Segala kelengkapan dan tetapan yang dibangunkan Olympus untuk EM-1 bertepatan dengan kehendak jurufoto masa kini.

Paling menarik, ciri-ciri bina dalam yang dipertingkatkan termasuk suntingan dalam kamera yang mampu memberikan kebebasan kepada jurufoto berkarya tanpa perlu terikat dengan perisian suntingan dalam PC.

Ketika saya diberi peluang mencuba EM-1, kebetulan ketika itu pesta bunga api di Putrajaya sedang dijalankan. Dengan kemudahan selang masa (time interval) satu saat hingga 24 jam dengan 999 rakaman, saya mampu menghasilkan rakaman video selang masa bunga api dan dihasilkan dalam kamera sahaja.

Secara keseluruhan, kamera ini mempunyai pakej lengkap bagi seorang jurufoto tidak kira apa juga genre yang disertai. Daripada seorang jurufoto fesyen yang membolehkan penggunaan flash segerak luaran ke wartawan foto yang mahu merakamkan aksi bola sepak dengan 6.5 bingkai sesaat melalui fokus auto termasuk seorang jurufoto jalanan yang mahu merakamkan suasana jalanan tanpa memperlihatkan kamera yang besar, semua boleh dilakukan dalam sebuah pakej kecil dengan berat hanya 425 gram.

Namun, tidak seperti Panasonic, Olympus tidak memperhebatkan fungsi rakaman video di mana kualiti paling tingginya hanyalah 1080/30p definisi tinggi namun disediakan lubang bicu untuk mikrofon luaran disambungkan ke kamera ini.

Lebih banyak informasi Olympus OM-D EM-1 melalui pautan ini www.olympusimage.com.my.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Hiburan

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Hiburan


Afiq Muiz nafi larikan diri selepas terima RM30,000

Posted: 23 Sep 2013 02:11 AM PDT

Oleh AIDA RIZMARIZA KAMARUDDIN

KUALA LUMPUR 23 Sept. - Pelakon kontroversi Afiq Muiz hari ini menafikan dakwaan Global Station Sdn. Bhd. bahawa dia sengaja melarikan diri daripada syarikat produksi itu setelah menerima wang pendahuluan sebanyak RM30,000.

Afiq, 21, yang merupakan artis residen Global Station ketika dihubungi Utusan Online enggan mengulas lanjut berhubung kontroversi terbaharu yang melanda beliau.

"Semua dakwaan itu tidak benar. Maaf saya sibuk, saya tidak mahu komen apa-apa," katanya ringkas sebelum meletakkan telefon.

Afiq atau nama sebenarnya Muhammad Afiq Muiz Azman Shah sebelum ini dikatakan menerima pendahuluan sebanyak RM30,000 selepas mengikat kontrak sebagai artis residen syarikat produksi tersebut.

Namun, Afiq direhatkan untuk seketika daripada muncul dalam mana-mana produksi syarikat tersebut ekoran kontroversi berhubung pergaduhan pelakon itu dengan ibunya, Hasliza Mohd, 48.

Setelah beberapa bulan berlalu dan kontroversi itu reda, Penerbit Eksekutif Global Station, Zetty Alia Ramly cuba menghubungi Afiq untuk meminta dia membintangi beberapa buah drama.

Bagaimanapun Zetty Alia mendakwa sehingga kini pelakon remaja itu tidak menjawab panggilan telefon beliau atau membalas khidmat pesanan ringkas (SMS) yang ditinggalkan. - UTUSAN ONLINE

Keluarga adalah keutamaan

Posted: 23 Sep 2013 01:21 AM PDT

Oleh GARRET DAWUM
garret.dawum@utusan.com.my
Gambar WAHIDAH ZAINAL

KELUARGA menjadi penyuntik semangat dalam bidang lakonan.

CANTIK, muda dan berbakat. Tiga sifat yang ada pada pelakon remaja, Nur'Arina Abdul Malek atau lebih dikenali Erin Malek, 19. Dalam usia yang muda Erin juga terpaksa menerima tempias pelbagai kontroversi dan cerita-cerita panas yang dikaitkan dengan dirinya.

Daripada perihal keluarga, cinta hinggalah ke perangai sosialnya, kesemua itu terpaksa diharungi meskipun ada ketikanya dia tidak mampu bertahan.

Melalui zaman peralihan apabila bergelar anak remaja, Erin kembali bersemangat dengan menyusun strategi dan tidak menggunakan kontroversi sebagai alasan untuknya berhenti daripada bidang lakonan.

Ternyata dia gembira apabila keputusan terjun ke bidang itu memang tepat biarpun pernah memperlahankan kerjaya seninya tidak lama dulu demi fokus kepada pelajaran.

"Tiga atau empat tahun dulu saya pernah berhenti daripada berlakon. Masa itu, saya fokus belajar. Namun, saya gembira kerana kelibat saya tidak pernah dilupakan.

"Habis sahaja saya menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), terus ada tawaran berlakon. Namun, bukan semua tawaran diterima kerana saya akan melihat kesesuaian watak yang diberikan, barulah saya akan bersetuju," katanya.

Bertemu dalam sesi fotografi bersama Hits di lokasi penggambaran drama terbaharu lakonannya, Merah Bukan Jambu terbitan Temenggong Pictures, Erin memberitahu, dia tidak pernah mengeluarkan duit untuk belanja keluarga.

Katanya, seperti biasa ibu atau ayah akan berusaha menyara keluarga, tetapi dia tidak lupa akan tanggungjawabnya sebagai seorang kakak.

"Memang dari dulu lagi, saya akui duit hasil lakonan banyak digunakan untuk diri saya sendiri. Mungkin hanya sedikit sahaja akan saya gunakan untuk keluarga seperti bawa adik-adik keluar makan, beli baju untuk mereka atau sebagainya.

"Malah, bayaran untuk lakonan juga saya pernah gunakan untuk khidmat seorang tutor persendirian semasa SPM dahulu," ujar pelakon berwajah manis itu.

Langkah demi langkah diatur untuk mengekalkan populariti yang mula dikenali sebagai pelakon kanak-kanak sejak usia lapan tahun menerusi lakonannya dalam filem Bilut dan mengukuhkan lagi namanya selepas membintangi filem Tentang Bulan pada usia 13 tahun.

Ibu bapa suntik semangat

Keceriaan sering digambarkan pelakon berkulit cerah ini menerusi senyumannya ketika sesi fotografi dijalankan.

Tidak mahu terburu-buru semata-mata mahu kemunculannya tidak putus di kaca televisyen, Erin akui tidak gusar dengan kemaraan ramai pelakon baru.

"Untuk membina nama bukan satu proses yang singkat dan dalam industri ini, kita perlu berpegang kepada rezeki itu sendiri. Jujur, saya tidak takut pun dan kalau peluang datang lambat sekalipun, saya rela menunggu.

"Lagipun, sekarang ini aktiviti saya bukan tertumpu kepada berlakon saja, namun banyak perancangan lain yang saya buat untuk mengisi masa.

"Saya bukan jenis yang suka duduk diam di rumah, goyang kaki saja tunggu tawaran datang," kata Erin yang semakin terserlah dalam kematangan bicaranya.

Mengisi edisi 2013 profil pelakon kelahiran Kuala Lumpur ini, mengakui demi kasih sayang kepada kedua-dua ibu bapa serta dua orang adik kecil, dia teruskan pembabitan dalam lakonan.

"Saya tidak pernah terfikir untuk berhenti berlakon sedangkan saya amat mencintai bidang lakonan. Semangat dan dorongan ibu bapa sentiasa tersemat dalam diri dan saya pasti mereka mengharapkan yang terbaik buat kami semua," luah anak sulung daripada tiga beradik itu.

Ditanya mengenai perancangannya dalam mengisi ilmu di dada selain bidang seni, jawab Erin, dia masih menunggu masa yang sesuai untuk menyambung pelajaran dalam bidang pengarahan filem.

"Sepatutnya saya sambung belajar tapi sekiranya mahu belajar saya perlu berhenti berlakon seketika.

"Pernah juga saya terfikir awal tahun ini mahu sambung belajar tapi apabila dapat tawaran berlakon, saya letak ke tepi dulu hasrat saya.

"Buat masa sekarang belum ada matlamat untuk sebetul-betulnya mahu belajar semula, selalunya saya suka merancang saat-saat akhir.

"Mama pun tak bagi saya membuat dua kerja dalam satu-satu masa," kongsi Erin.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Rencana

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Rencana


Siapa mengalah, siapa bertahan

Posted: 23 Sep 2013 12:14 PM PDT

Oleh ZULKIFLI JALIL
pengarang@utusan.com.my

Tempoh bertenang 72 jam akan tamat pada pukul 5 petang hari ini. Siapakah daripada senarai khususnya 261 mereka yang menyerahkan borang pencalonan peringkat UMNO Pusat Sabtu lalu, bakal menarik diri akan diketahui selepas 5 petang ini. Dan berkemungkinan diumumkan secara rasmi esok (Rabu 25 September).

Adakah terdapat calon Naib Presiden daripada enam orang akan menarik balik pencalonan mereka? Tetapi bagi yang mahu menjadikan kerjaya politik darah daging mereka akan terus bertahan dan kekal dalam senarai sehingga ke hujung bulan ini dan 19 Oktober nanti.

Kelmarin, Ahad 22 September, penulis sempat menghubungi seorang pegawai di Ibu Pejabat UMNO, Menara Dato' Onn mengenai perkembangan semasa pencalonan.

Katanya: "Saya terima banyak panggilan daripada individu tentang bagaimana cara hendak menarik diri. Ini bukan setakat yang bertanding di Pusat sahaja (MT dan sayap-sayap parti) tetapi banyak juga di peringkat bahagian.

"Cara nak tarik diri mudah sahaja, iaitu sama ada anda menelefon ibu pejabat UMNO memaklumkannya. Atau bercakap secara terbuka kepada media dan disiarkan percakapan itu. Jika itu dibuat, penarikan diri diterima secara rasmi oleh ibu pejabat parti," kata pegawai itu kepada penulis.

Apa pun kepada yang empunya diri, tanyalah diri sendiri adakah anda mahu mencapai sasaran selepas melalui pelbagai perjuangan dan persaingan.

Bagi kebanyakan menteri UMNO, mereka akan menawarkan diri untuk kerusi-kerusi Majlis Tertinggi, badan tertinggi pentadbiran parti itu. Jika seorang menteri gagal memenangi kerusi di dalamnya, maka kedudukan beliau dalam Kabinet hanya menunggu masa sahaja.

Secara umumnya, satu atau dua dekad lalu, andaian ini boleh dianggap benar. Sebagai satu amalan, seorang yang bukan ahli MT jarang diberi peluang untuk berkhidmat dalam Kabinet. Dalam Kabinet Pak Lah, terdapat hanya empat menteri UMNO yang bukan ahli MT parti. MT adalah satu forum di mana dasar-dasar parti yang penting dibincangkan.

Kedudukan menteri-menteri seperti Tan Sri Syed Hamid Albar dan Tan Sri Dr. Rais Yatim merupakan pengecualian daripada kelaziman ini. Ini kerana selepas tewas pertandingan merebut kedudukan Naib Presiden pada tahun 2000, kedua-dua menteri ini tidak lagi menjadi ahli MT sejak 1999 hingga 2004.

Pernah di bawah pentadbiran Datuk Seri Najib Tun Razak, beberapa menteri yang tewas atau tidak bertanding dalam pemilihan parti pada Mac 2009, telah dilantik oleh Presiden untuk duduk di dalam MT. Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz, Rais dan Datuk Seri Jamil Khir Baharom serta Datuk Raja Nong Chik Zainal Abidin, antara yang termasuk dalam kategori ini.

Baik Tun Dr. Mahathir Mohamad, Tun Abdullah Ahmad Badawi atau Najib tidak menganggap ia mustahak untuk memberi isyarat kepada menteri-menteri bukan ahli MT, iaitu jika mereka mahu kekal sebagai anggota Kabinet, mereka mesti menang kerusi MT.

Mungkin pemimpin-pemimpin ini sedar bahawa ahli-ahli Kabinet yang telah cuba dan gagal dalam usaha mereka untuk mendapatkan kedudukan dalam MT, keperluan untuk menggantikan mereka tidak timbul.

Sebaliknya, jika ini dijadikan dasar, ia mungkin keras dan boleh menjejaskan gabungan yang sihat, yang benar-benar berkebolehan. Tetapi corak ini nampaknya tidak diguna pakai dalam proses lantikan menteri-menteri daripada parti-parti komponen BN lain.

Semua menteri mewakili MCA, MIC, SUPP dan lain-lain dalam keluarga BN memegang jawatan-jawatan penting dalam parti.

Tanpa segan-silu, ia perlu dinyatakan, tanpa kedudukan parti yang diperlukan, menteri-menteri bukan ahli MT UMNO akan terasa janggal bila menghadapi isu-isu politik yang membabitkan orang Melayu. Menteri-menteri dalam kalangan ini, diakui tidak akan mencapai tahap optimum dalam kepimpinan kerajaan, walaupun cemerlang dalam portfolio tertentu.

Seseorang perlu menjadi orang penting dalam parti jika beliau ingin menerajui kerajaan.

Pencapaian menjadi seorang menteri sudah memadai bagi ahli-ahli politik biasa. Tetapi sekiranya seseorang itu berkaliber, terkenal dalam kalangan akar umbi dengan mempunyai kemahiran dalam komunikasi yang berkesan, pemidato yang hebat dan dilihat sebagai seorang pekerja atau pembekal perkhidmatan, maka peluang untuk menaiki tangga politik dijangka berhasil.

Ketangkasan politik mesti wujud di dalam diri anda.

Sudah tentu, yang ironinya jika pekerjaan sebagai ahli politik itu membebankan, mengapa 261 bakal calon mahu terus menggapai cita-cita dalam politik? Dan terus menceburi politik?

Satu soalan yang baik, tetapi ia mungkin akan peroleh jawapan yang sebaliknya kerana ia tidak mempunyai penjelasan yang rasional. Boleh dikatakan ia mempunyai tarikan yang tersendiri.

Jika anda mempunyai adrenalin politik, ia akan mengalir keluar untuk mencari tahap dan bentuknya sendiri.

Walau apa pun, seseorang itu akan terjerumus dalam sistemnya selepas beberapa ketika. Biasanya, seseorang ahli politik dengan bersahaja akan berkata, "Ia adalah dari gerak hati".

Edmund Burke seperti yang dipetik dari The Oxford Dictionary of Quotations (3rd.Edn) 1980, mempunyai alasan yang baik apabila beliau berkata: "Setiap ahli politik kena berkorban kepada limpah kurnia Tuhan dan mematuhi pemikiran/kemunasabahan (Every politician ought to sacrifice to the grace, and to join compliance with reason).

Oleh itu, kita tidak boleh menyalahkan orang ramai yang kadang kala berkata bahawa politik itu adalah perkara sambilan bagi seseorang yang meminati bidang politik.

Dia sewajarnya seorang yang mempunyai sifat reaksioner untuk bertahan dalam keperitan kerja-kerja rutinnya.

Cooling off period akan tamat 5 petang ini. Siapakah ahli politik yang mendambakan apa yang dihasratkan oleh Burke.

Dan siapakah yang akan mengalah meskipun keterbukaan UMNO menerusi pindaan perlembagaan 2009 yang menghapuskan kuota kelayakan, telah membuka peluang dan ruang selebar-lebarnya untuk mereka membuktikan diri sebagai ahli politik tulen.

Pas jangan habiskan usia perjuangan dengan 'tahalluf siasi' bersama pakatan

Posted: 23 Sep 2013 12:14 PM PDT

DARI JENDELA TOK KI

PAS dengan kaedah tahalluf siasi-nya banyak mengundang kritik. Ternyata Pas tidak dominan dalam pakatan pembangkang di samping berdepan dengan masalah ideologikal dan hala tuju perjuangan.

Pas mendukung konsep Negara Islam dan Hukumah Islamiah. DAP masih tegar dengan konsep sosialis demokratiknya sementara Anwar Ibrahim dilihat cenderung kepada aliran liberalisme dan pluralisme agama.

Dalam Multaqa Ulama Pas di Alor Setar baru-baru ini terungkap resolusi supaya Pas menyemak kembali tahalluf siasi dengan pakatan parti yang lain.

Ketua Pemuda Pas, Nasrudin Hasan mencadangkan wajar tahalluf siasi dikaji semula. Ia adalah haram untuk diteruskan sekiranya mendatangkan keburukan atau kemudaratan terhadap perjuangan Islam.

Sepatutnya kajian dan unjuran terhadap tahalluf ini dikaji sejak awal lagi. Oleh kerana Pas tidak mengambil sikap terbuka terhadap kritik dan analisis menyebabkan banyak asas fundamental Islam tidak diberi perhatian.

Pas terpaksa meraikan kehendak Anwar dan DAP atas nama politik dan strategi. Tetapi strategi yang diambil oleh Pas merosakkan imej parti itu sendiri. Isu kalimah Allah yang diperjuangkan oleh Anwar menyebabkan Hadi Awang terjebak dan Pas menghadapi dilema. Bagaimana Majlis Syura Pas yang merupakan lembaga tertinggi memandu dasar Pas dibelakangkan Hadi.

Kelompok kiri dan sosialis yang bersama dengan pakatan menjadi bahan kritik Hadi sebelum pilihan raya. Pertandingan beberapa penjuru calon Parti Sosialis Malaysia (PSM) dan calon Pas di DUN Kota Damansara adalah manifestasi pertembungan ideologi yang terjadi.

Tidak banyak yang Pas dapat lakukan sebagai sebuah wadah politik yang tentunya tidak melupakan aspek dakwah dan tarbiyyah terhadap kelompok-kelompok dalam pakatan.

Kalau Pengerusi DAP Karpal Singh tetap dengan sikapnya , Langkah mayat aku dulu kalau nak laksanakan negara Islam" adalah testimoni betapa pendukung faham sosialis demokratik itu tidak meraikan Islam.

Kelompok DAP tentu tahu bahawa Islam bukan sekadar suatu sistem kepercayaan, ia adalah suatu cara hidup dan juga suatu tamadun." Mereka tahu suatu ketika dulu Barat terhutang ilmu terhadap tamadun Islam untuk maju terutama dalam bidang sains dan teknologi. Kalau begitu apa kepentingan Pas bersama-sama dengan perjuangan DAP.

Hal yang sama dengan Anwar dan parti PKRnya.

Mungkin Pas bertanggapan Anwar adalah bekas Presiden ABIM dan teguh dengan dukungan pemikiran Islamnya.

Mengapa Pas tidak terbuka untuk mengkaji integriti Anwar dalam kepimpinan dan pemikirannya. Kecenderungan Anwar terhadap pluralisme agama seharusnya menimbulkan keinsafan kepada Pas bahawa demi politik sikap Anwar sering berubah-ubah.

Bila Anwar mempunyai hubungan baik dengan tokoh-tokoh Yahudi dan ahli Kongres Amerika Syarikat terutama semasa beliau menjawat Pengarah Foundation of the Futures 2006-2008, Pas tidak ambil kisah pun.

Bila Khalid Jaafar dari Institut Kajian Dasar dan orang kuat Anwar baru-baru ini di Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur memberi makna tentang kebebasan yang tidak berasaskan syariat, Pas belum berkata apa-apa.

Bersangka baik terhadap seseorang adalah suatu perkara yang dituntut oleh agama. Tetapi sangka baik yang melulu tanpa usul periksa adalah ditegah oleh agama. Ia boleh membawa kepada musibah terhadap Islam dan umat itu sendiri.

Oleh itu mengkaji semula tahalluf siasi tidaklah terlalu lewat tetapi perlu ada keihklasan dan kesungguhan. Harus dikaji secara mendalam maslahah DAP berbaik dengan Pas walaupun DAP tahu perjuangan Pas mendukung risalah Islam.

Harus juga dikaji mengapa DAP ingin melantik Anwar sebagai Perdana Menteri sedangkan Karpal Singh pernah membuat kenyataan di Parlimen bahawa Anwar adalah kaki liwat".

Karpal Singh dilihat amat mementingkan integriti tetapi mengapa dalam hal Anwar, pendiriannya berlainan.

Pas juga jangan lokek untuk mengkaji mengapa terlalu ramai kawan Anwar meninggalkannya. Isu mereka dibeli oleh Anwar adalah helah politik Anwar. Dari situ Pas akan akhirnya mempunyai maklumat yang baik untuk mengambil sikap dan membuat keputusan.

Tapi sayangnya, Hadi baru-baru ini berkata, Pas tidak melihat sebarang kemungkinan untuk keluar daripada pakatan pembangkang, sebaliknya mahu memperkuatkan lagi pakatan politik tersebut.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Keluarga

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Keluarga


Dutch Lady kongsi kepakaran

Posted: 23 Sep 2013 01:21 AM PDT

Oleh MASZUREEN HADZMAN
Gambar AZMAN ASMAYATIM

Proses pemerahan susu lembu di ladang tenusu kst, semujuk, merlimau.

SEMAKIN sedar akan kesan-kesan positif untuk menambahkan maklumat serta kemahiran pengurusan untuk menghasilkan ladang yang lebih terurus, saya mensasarkan untuk terus menghasilkan susu lembu yang lebih baik akan datang."

Demikian luahan pengurus ladang BR Dairy Farm, Bacha Lal yang ditemui selepas pelancaran program Farmer2Farmer (F2F) di Ladang Tenusu KST Semujuk, Merlimau, Melaka baru-baru ini.

Program itu anjuran Dutch Lady Malaysia dan Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV).

"Ini peluang yang baik buat penternak tempatan seperti saya. Mereka berada di sini untuk berkongsi pengetahuan tentang cara terbaik menguruskan ladang, mengendalikan susu dan haiwan yang baik, pemakanan berkesan, kesihatan haiwan dan amalan serta kawalan penyakit," katanya.

Bacha Lal yang berasal dari Melaka merupakan generasi ketiga gembala lembu tenusu sejak keluarganya tiba di Tanah Melayu.

Anaknya, Rajnath Dinessh Lal, 25, juga menunjukkan minat untuk menyambung pekerjaan yang menjadi warisan keluarga itu.

Jelasnya, program itu dapat membantu menyalurkan kepakaran dan maklumat kepada para penternak tempatan untuk membekalkan hasil susu segar secara terus kepada pembekal.

"Pengalaman mereka sangat luas, jadi segala yang diajar oleh mereka memang cukup bagus kerana kita dapat pendedahan lebih terperinci di samping dapat meningkatkan kualiti ladang kita.

"Tambahan pula, banyak manfaat yang diterima terutamanya berkaitan penjagaan lembu itu sendiri.

"Ini termasuk kaedah yang lebih tepat untuk memerah susu lembu bagi mendapatkan produk tenusu yang berkualiti," katanya.

Sementara itu, Ketua Seksyen Tenusu, JPV, Dr. Kamaliah Ghazali berkata, industri tenusu negara menyumbang sebanyak lima peratus kepada keperluan negara dengan pendapatan kira-kira RM140 juta pada tahun lalu.

Pada tahun ini, pihaknya menjangka jumlah itu meningkat kepada RM145 juta.

Pada masa sama, pihaknya menyasarkan peningkatan industri tersebut kepada 6.3 peratus menjelang 2020.

Jelasnya, dalam usaha membantu menambah kecekapan dan amalan pengurusan, JPV turut mengadakan kerjasama dengan penternak bagi meningkatkan produktiviti dan memperbaiki penghasilan susu serta kualiti untuk memperoleh pendapatan lebih.

Katanya, industri tenusu telah bertapak di negara ini kira-kira 40 tahun lalu. Kebanyakannya dimiliki oleh keluarga yang dijalankan generasi kedua atau ketiga dengan menternak baka-baka diimport dari Thailand dan Australia.

"Antara baka itu ialah Local Indian Breed (LID), Friesian-Sahiwal, Friesian Cross dan Jersy Cross.

"Bagi tujuan itu juga, JPV yang mempunyai 104 pegawai teknikal berhubung dengan penternak dan sentiasa mengadakan pemindahan maklumat serta sokongan melalui lawatan. Bengkel secara kerap pula bagi meningkatkan tahap pengurusan ladang dan nutrisi haiwan," katanya.

Pengarah Urusan Dutch Lady Malaysia, Rahul Colaco berkata, melalui DPP, pihaknya yakin mampu memberi motivasi kepada pengusaha.

Ini mendorong mereka menghasilkan susu lebih berkualiti, di samping meningkatkan pengeluaran lebih baik dengan menerajui perkongsian pemindahan kepakaran yang memberi manfaat kepada kedua-dua belah pihak.

"Malaysia adalah negara kedua yang mengadakan program seumpama ini selepas Friesland Campina Thailand dan menerusi program F2F itu, peserta-peserta dari koperasi terlibat akan membekalkan susu segar terus kepada (Dutch Lady Malaysia," katanya.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Kota

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Kota


Masalah lif rosak tidak selesai

Posted: 22 Sep 2013 12:11 PM PDT

Oleh AZIAN AZIZ
kota@utusangroup.com.my

Penduduk mengadakan tunjuk perasaan tidak puas hati mereka terhadap pihak JMB dan agensi kerajaan negeri Selangor berhubung masalah lif rosak yang masih belum diselesaikan di Pangsapuri Taman Permai, Pandamaran Jaya di Klang, Selangor semalam. - Utusan/Mohd. Shaharani Saibi

PELABUHAN KLANG 22 Sept. - Penduduk Pangsapuri Taman Permai Indah, Pandamaran Jaya di sini buntu apabila masalah kerosakan lif di empat blok bangunan yang menempatkan kira-kira 2,000 penghuni itu masih tidak selesai walaupun pelbagai aduan telah dibuat kepada pihak bertanggungjawab sejak 2008.

Malah dakwaan kehilangan peruntukan sebanyak RM600,000 untuk membaik pulih sistem lif di pangsapuri 11 tingkat yang mempunyai 524 unit rumah itu juga masih belum diambil tindakan.

Presiden Persatuan Kebajikan India Malaysia (PKIM), A. Prakash, 41, yang juga wakil penduduk mendakwa, sehingga kini, mereka telah membuat aduan mengenai masalah itu kepada Majlis Perbandaran Klang (MPK) kerajaan negeri, pihak istana, polis dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Bagaimanapun, dakwa beliau, penduduk mula buntu dan putus harap apabila tiada tindakan diambil dan masalah kerosakan lif yang mereka hadapi masih tidak selesai.

Selain itu, kata beliau, mereka terpaksa berhadapan dengan masalah lain antaranya keretakan bangunan yang menyebabkan penduduk terlibat sentiasa rasa tidak selamat.

"Kami juga sedih kerana seorang pemimpin tempatan memberikan pelbagai alasan bila diajak datang untuk mendengar masalah rakyat hari ini. Kami rasa putus asa dan tidak tahu di mana lagi hendak meminta pertolongan," dakwa beliau dalam satu pertemuan bersama lebih 50 penduduk di sini hari ini.

Laporan Utusan Malaysia pada 13 Jun lalu menyebut, kerajaan negeri mengambil keputusan untuk tidak lagi menanggung 100 peratus kos membaik pulih kemudahan lif di tiga buah pangsapuri di sekitar negeri ini yang didapati rosak akibat perbuatan vandalisme meskipun telah dibaiki dengan kos hampir RM1.63 juta sejak 2010.

Antaranya kerja-kerja membaiki lapan buah lif Pangsapuri Taman Permai Indah yang telah dimulakan pada 22 Mac 2010 dengan peruntukan sebanyak RM600,000.

Bagaimanapun, sekumpulan penduduk Pangsapuri Taman Permai Indah telah membuat aduan kepada kerajaan negeri kerana tiada sebarang tindakan membaik pulih lif dilakukan di pangsapuri mereka dan mendakwa peruntukan yang disediakan untuk tujuan itu telah hilang.

Mereka juga telah menghantar memorandum kepada Sultan Selangor, Sultan Sharafudddin Idris Shah setelah segala aduan dan laporan akhbar mengenai dakwaan kehilangan peruntukan RM600,000 itu tidak diendahkan oleh kerajaan negeri pada 19 Jun lalu.

Dalam pada itu, Prakash berkata, para penduduk juga tidak berpuas hati dengan cara pelantikan ahli Badan Pengurusan Bersama (JMB) yang tidak mengikut prosedur.

Beliau mendakwa, pihak JMB juga melakukan tugas mereka secara sambil lewa antaranya tidak melantik pekerja yang pakar untuk membaiki lif sehingga lif yang baru berfungsi kembali rosak tidak sampai beberapa jam.

"Setiap blok mempunyai dua buah lif tetapi hanya satu sahaja berfungsi, itu pun kerap rosak. Bagaimana jika ada kecemasan seperti ibu ingin melahirkan, kebakaran dan sebagainya. Penduduk juga tidak larat mendaki tangga setiap hari.

"Jika masalah ini tiada penghujungnya, kami bercadang untuk menubuhkan persatuan baru bagi mengambil alih tugas JMB sedia ada," ujar beliau lagi.

Laluan khas berkabel untuk pengguna basikal

Posted: 22 Sep 2013 12:11 PM PDT

Ahmad Phesal Talib (dua dari kanan) dan Naim Mohamad (tengah) mengetuai acara mengayuh basikal sebagai simbolik pelancaran sambutan Hari Bebas Kenderaan Peringkat Kuala Lumpur di perkarangan Stesen LRT Dang Wangi, Jalan Ampang, di ibu negara semalam.

KUALA LUMPUR 22 Sept. - Usaha untuk menjadikan ibu kota sebagai bandar raya yang mesra pengguna basikal akan memasuki fasa baru dengan pengwujudan laluan khas berkabel untuk mereka di jalan-jalan utama menjelang tahun depan.

Datuk Bandar, Datuk Seri Ahmad Phesal Talib berkata, pihaknya akan berbincang dengan Tenaga Nasional Berhad (TNB) mengenai perkara tersebut dalam usaha untuk mempromosikan gaya hidup sihat dalam kalangan warga kota.

"DBKL masih di peringkat merancang dan kami akan membawa usul berkenaan kepada TNB tidak lama lagi untuk dibincangkan bersama-sama. Kawasan dan laluan-laluan masih belum ditentukan lagi tetapi DBKL sedang dalam proses melengkapkan cadangan tersebut," katanya.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan Hari Bebas Kenderaan Sedunia peringkat Kuala Lumpur di perkarangan Stesen LRT Dang Wangi di sini hari ini.

Yang turut hadir, Timbalan Presiden Persekutuan Berbasikal Kebangsaan Malaysia (PKBM), Datuk Naim Mohamad.

Terdahulu, sambutan Hari Bebas Kenderaan Sedunia 2013 yang julung kalinya dianjurkan oleh PKBM bersama DBKL mendapat sambutan menggalakkan dengan kehadiran lebih 1,000 peserta yang berjalan kaki, berlari serta berbasikal sejauh 5.5 kilometer.

Laluan yang digunakan untuk acara tersebut bermula dari Jalan Ampang (di hadapan Stesen LRT Dang Wangi), melalui Jalan Sultan Ismail, Jalan Tuanku Abdul Rahman, Jalan Dang Wangi dan tamat di Jalan Ampang.

Menurut Ahmad Phesal, usaha mewujudkan laluan basikal berkabel itu diharap dapat meniup semangat warga kota untuk memanfaatkan kemudahan tersebut sekali gus mengurangkan penggunaan kenderaan persendirian di ibu kota.

"Kita tahu banyak trek basikal yang dibina tetapi tidak dimanfaatkan sepenuhnya atas faktor keselamatan seperti kawasan yang tidak berlampu terutamanya pada waktu malam dan sebagainya.

"Oleh itu, dengan cadangan baharu bagi mewujudkan gaya hidup sihat di kalangan masyarakat, kita akan menambah baik infrastruktur ini secepat mungkin," jelasnya.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Johor

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Johor


54 mangsa ribut terima bantuan

Posted: 22 Sep 2013 12:11 PM PDT

AYUB Rahmat (kiri) menyampaikan sumbangan Jabatan Kebajikan Masyarakat kepada salah seorang mangsa ribut sambil diperhatikan oleh Anuar Manap di Masjid Jamek Bukit Siput, Segamat, semalam.

SEGAMAT 22 Sept. - Seramai 54 mangsa ribut di Bukit Siput menerima wang bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) antara RM100 hingga RM400 seorang yang melibatkan jumlah keseluruhan RM11,305 di sini, baru-baru ini.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kemelah, Datuk Ayub Rahmat yang menyampaikan bantuan fasa pertama di Masjid Jamek Bukit Siput di sini berkata, sumbangan itu diberikan berdasarkan tahap kerosakan rumah mangsa.

"Ini merupakan pemberian fasa pertama dan kepada seramai 146 lagi mangsa yang sudah melengkapkan borang permohonan bakal menerima wang bantuan ini sebaik sahaja permohonan mereka selesai diproses JKM.

"Saya difahamkan terdapat permohonan yang tidak lengkap kerana tidak mengikut syarat ditetapkan dengan menyertakan salinan kad pengenalan, salinan laporan polis dan gambar rumah yang rosak," katanya.

Yang turut hadir Ahli Parlimen Sekijang, Anuar Manap yang menyampaikan bantuan berupa keperluan harian sumbangan Pejabat Daerah Segamat.

Ayub berkata, Jabatan Agama Islam Daerah Segamat juga akan menyalurkan bantuan kepada mangsa yang beragama Islam tidak lama lagi sebaik sahaja menerima senarai daripada JKM.

Menurutnya, bantuan itu bertujuan membela nasib rakyat kerana kerajaan sedia ada merupakan kerajaan bertanggungjawab dan melakukannya dengan adil serta tidak mengira fahaman politik.

Sementara itu seorang penerima, Azmi Ahmad, 38, melahirkan rasa syukur kerana tersenarai sebagai penerima bantuan yang nyata dapat meringankan beban ditanggungnya untuk membaiki rumah.

Dia yang telah membelanjakan sebanyak RM500 bagi menggantikan atap rumah yang diterbangkan angin ketika kejadian pada petang 6 Ogos lalu bercadang menggunakan wang yang diterima untuk membaiki beberapa bahagian rumah yang lain.

Bagi Rosmah Zakaria, 49, biarpun bantuan yang diterima tidak sebanyak belanja untuk membaiki atap rumahnya namun dia tetap bersyukur dan berterima kasih kepada kerajaan yang menghulurkan bantuan.

"Memang tidak dinafikan bantuan yang diterima sedikit sebanyak mampu meringankan beban yang ditanggung kerana kami bukan sahaja terpaksa mengeluarkan belanja membaiki rumah, tetapi terpaksa juga membeli perabot baharu.

"Sebagai rakyat saya amat menghargai pemberian ini dan berharap kerajaan akan terus membantu rakyat yang menghadapi masalah seperti kami pada masa akan datang," katanya.

Kemenangan Ab. Aziz kejayaan Mohamad

Posted: 22 Sep 2013 12:11 PM PDT

BATU PAHAT 22 Sept. - Bekas Ketua UMNO Bahagian Seri Gading, Datuk Mohamad Aziz menganggap kemenangan tanpa bertanding Datuk Ab. Aziz Kaprawi sebagai ketua bahagian yang baharu merupakan satu kemenangan juga bagi beliau sebelum mengakhiri karier politik di bahagian tersebut.

Katanya, memang menjadi hasrat beliau untuk memberi laluan kepada Ab. Aziz yang juga Timbalan Menteri Pengangkutan dan meninggalkan jawatan itu tanpa sebarang masalah atau kepincangan.

"Saya membuat keputusan untuk melepaskan jawatan ketua bahagian yang disandang sejak 20 tahun lalu selepas memikirkan siapa pengganti yang mampu menerajuinya, saya terpaksa memerah otak dan berfikir panjang.

"Selepas membuat penilaian, Ab. Aziz merupakan individu terbaik untuk mengetuai bahagian ini kerana beliau merupakan pemimpin yang berpengalaman luas sebagai ahli politik sejak tahun 80-an dan pernah menjadi ahli Exco kerajaan negeri," katanya ketika ditemui di sini hari ini.

Mohamad yang merupakan Speaker Dewan Undangan Negeri Johor turut memberi sokongan penuh terhadap keputusan Ab. Aziz untuk bertanding merebut kerusi Ahli Majlis Tertinggi (MT).

Menurutnya, Ab. Aziz ketika membuat keputusan untuk menawarkan diri bagi merebut kerusi MT turut meminta pandangan beliau yang merupakan Timbalan Pengerusi Tetap UMNO.

"Ketika itu saya menjadi orang pertama yang menyokongnya kerana saya tahu kredibiliti, kebolehan, kepimpinan dan peribadi beliau yang begitu berat kepada rakyat.

"Pemimpin seperti beliau perlu diberikan sokongan dalam usaha meremajakan UMNO kerana idea yang bernas daripada Ab. Aziz pastinya dapat memantapkan lagi parti yang akan diuji dalam pilihan raya umu seterusnya selepas ini," katanya.

Sementara itu, Ab. Aziz mengucapkan terima kasih kepada Mohamad yang memberikan kepercayaan kepadanya dan turut meminta ahli UMNO lain mencontohi pemimpin berkenaan dalam menggalas perjuangan parti.

"Saya juga berharap pemilihan dan pertandingan bukan dibuat menerusi pilihan parti, sebaliknya mengambil kira pandangan mata pengundi bagi kesinambungan kepimpinan UMNO dan Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya akan datang.

"Pemilihan oleh ahli perlu dilakukan dengan berhemah tanpa perpecahan atau puak yang boleh merugikan parti serta menghilang keyakinan rakyat pada masa akan datang sekiranya perkara itu berlaku," katanya.

Kredit: www.utusan.com.my
 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved