Isnin, 23 September 2013

Utusan Online - Dalam Negeri


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Dalam Negeri


Tangguh ke Mesir jika tiada urusan penting - Wisma Putra

Posted: 23 Sep 2013 03:10 AM PDT

KUALA LUMPUR 23 Sept. - Wisma Putra sekali lagi menasihat warga Malaysia yang tidak mempunyai rancangan penting di Mesir supaya menangguh atau menjadual semula pelan perjalanan ke negara itu. Kementerian Luar dalam satu kenyataan hari ini berkata ini memandangkan keadaan keselamatan serta ketidaktentuan suasana politik di negara itu sekarang.

Kerajaan Mesir telah juga melanjutkan perintah darurat selama sebulan yang diisytiharkan pada 14 Ogos, ke dua bulan lagi berkuatkuasa 12 September, kata kenyataan itu. Kenyataan itu menambah pihak berkuasa Mesir kini membuat opsyen keselamatan di beberapa kawasan iaitu Kirdasah di Kaherah; bandar Delga di wilayah Minya dan Wilayah Sinai Utara.

"Warga Malaysia kini di Mesir dinasihat mengelakkan kawasan-kawasan tersebut," ujar kenyataan tersebut.

Kementerian juga menasihatkan mereka menghubungi Kedutaan Malaysia di Kaherah untuk maklumat terkini.

Kedutaan terletak di 21 El Aanab Street, Mohandesseen, Giza dan boleh dihubungi di (202) 37610013/19/68/73 atau faks di (202) 37610216 atau e-mel di malcairo@kln.gov.my. - BERNAMA

Ketua Polis KL antara 9,838 terima anugerah cemerlang 2012

Posted: 23 Sep 2013 03:00 AM PDT

KUALA LUMPUR 23 Sept. - Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Mohmad Salleh antara 9,838 pegawai, anggota dan pegawai awam di seluruh negara yang menerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) 2012 dalam satu majlis hari ini.

Anugerah disampaikan Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Mohd. Bakri Mohd Zinin di Mes Pegawai Kanan, Bukit Aman di sini kepada wakil jabatan masing-masing.

Mohd. Bakri dalam ucapannya berkata, setiap penerima bukan sahaja menerima sijil APC, tetapi Sijil Simpanan Premium BSN bernilai RM1,000 serta berpeluang dicalonkan sebagai penerima Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Persekutuan atau Negeri.

"Kita sebagai warga Polis Diraja Malaysia (PDRM) kini berada di satu era yang serba mencabar, dengan ekspektasi masyarakat terhadap perkhidmatan kita semakin bertambah.

"Maka di dalam iklim dunia yang sentiasa berubah, para penjawat awam juga perlu bersedia mentransformasikan diri dengan kemahiran, pengetahuan dan kepakaran berkaitan untuk menghadapi cabaran masa hadapan," katanya. - BERNAMA

Khazanah Nasional buka pejabat di San Francisco

Posted: 23 Sep 2013 02:20 AM PDT

SAN FRANCISCO 23 Sept. - Datuk Seri Najib Tun Razak merasmikan pejabat wilayah Khazanah Nasional Berhad bagi negara-negara Amerika Utara dan Selatan, Khazanah Americas Incorporated (KAI), di San Francisco pada Ahad.

Beliau berharap pembukaan pejabat ini akan membantu menggerakkan lagi usaha Malaysia untuk merealisasikan statusnya sebagai negara maju menjelang 2020.

Perdana Menteri berkata, visi Malaysia untuk mencapai status negara maju menjelang 2020 boleh direalisasikan dengan menggerakkan rangkaian nilai dan mewujudkan ekonomi dipacu pengetahuan, inovasi dan teknologi.

Najib berkata demikian semasa merasmikan pejabat Khazanah itu di Aras 45, 101 California Street, San Francisco, pejabat wilayah ketiga cabang pelaburan kerajaan itu, selepas Beijing dan Mumbai.

Turut hadir isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor; Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek; Menteri Pelajaran II, Datuk Seri Idris Jusoh; Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Dr. Ewon Ebin; Menteri Besar Johor, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin; dan Pengarah Pejabat Datuk Bandar bagi Perniagaan dan Perdagangan Antarabangsa San Francisco, Mark Chandler.

Pemandangan indah Golden Gate Bridge, jambatan gantung tertinggi dan terpanjang di dunia yang siap pada 1937 bagi menghubungkan San Francisco dan Marin County merentas selat seluas 1,600 meter yang dikenali Golden Gate, yang menghubungkan Teluk San Francisco dengan Lautan Pasifik, dapat disaksikan dari Pejabat Khazanah Americas Incorporated itu.

Sambil memuji Khazanah yang 'membuat pilihan hebat dengan pemandangan indah itu', Najib berkata, Khazanah telah membuat pilihan tepat untuk membuka pejabat di San Francisco memandangkan kota raya itu merupakan pusat inovasi di Amerika Syarikat - wilayah yang paling dinamik di dunia, pusat perniagaan dan institusi inovatif yang dikagumi.

Najib, yang juga Pengerusi Khazanah Nasional Berhad berkata, pembukaan pejabat itu membuktikan kerajaan Malaysia menyokong penuh, selain serius dalam mewujudkan persekitaran yang kompetitif, berkekalan dan mesra inovasi serta menggalakkan entiti kerajaan dan swasta melabur dalam sektor utama di luar negara.

Perdana Menteri juga berkata, Malaysia berminat melabur dalam biang bernilai tinggi yang menarik seperti sains hayat, teknologi hijau dan inovasi canggih yang dapat membantu usaha mentransformasikan Malaysia.

Najib berkata, Malaysia berharap dapat mempelajari dari Amerika Syarikat mengenai budaya inovasi, pengambilan risiko dan keusahawanan bagi merangsang pertumbuhan ekonomi Malaysia sendiri.

Perdana Menteri berkata, beliau mahu melihat inovasi yang bakal diwujudkan menerusi inisiatif pejabat wilayah ini.

Beliau berkata, sejak beberapa tahun lepas, minat perniagaan dan ekonomi Malaysia berkembang di seluruh dunia dan berharap pejabat Khazanah ini dapat mengenal pasti rakan usaha sama berpotensi dan mendapatkan pakar inovasi di Amerika Utara dan Selatan supaya menjalin usaha sama dengan rakan mereka di Malaysia. - BERNAMA

Kredit: www.utusan.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved