Ahad, 14 April 2013

Utusan Online - Jenayah

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Jenayah


Ahli perniagaan maut ditembak depan keluarga

Posted: 14 Apr 2013 10:09 PM PDT

SEREMBAN 15 April - Seorang ahli perniagaan ditembak secara kejam di hadapan isteri dan dua anaknya ketika sedang menikmati makan malam di sebuah restoran di Pusat Komersial Oakland dekat sini, petang semalam.

Mangsa, Tan Kok Soon, 56 maut ditempat kejadian selepas ditembak dari jarak dekat dipercayai dilakukan seorang penjenayah pada pukul 6.55 petang ketika beberapa pelanggan lain turut berada di restoran berkenaan.

Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Supritendan Zazali Hashim memberitahu, kejadian itu berlaku apabila seorang lelaki tempatan datang ke arah mangsa dengan menaiki motosikal dan memakai topi keledar bertutup muka.

"Penjenayah berkenaan yang datang secara bersendirian kemudiannya melepaskan tiga das tembakan dari arah belakang mangsa mengakibatkan mangsa tersungkur rebah di hadapan isteri dan dua orang anaknya.

"Berdasarkan siasatan awal, pihak polis mendapati mangsa mengalami kecederaan di bahagian belakang badannya,'' katanya ketika ditemui pemberita dekat sini malam tadi.

Menurutnya, polis yang menjalankan siasatan di tempat kejadian menemui sebanyak tiga kelonsong peluru dan tidak menolak kemungkinan bahawa penyerang mangsa menggunakan pistol jenis semi automatik.

Jelas beliau, mayat mangsa kemudiannya dibawa ke Hospital Tuanku Jaafar dekat sini untuk tujuan bedah siasat sebelum diserahkan kembali kepada keluarganya untuk tujuan pengebumian.

"Polis masih menyiasat motif kejadian dan juga sedang mengenalpasti pasti suspek yang terlibat dalam kejadian ini.

"Kes ini disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh," jelasnya. - UTUSAN ONLINE

Klinik doktor palsu disiasat

Posted: 14 Apr 2013 12:20 PM PDT

Oleh FARIZALINA ISHAK
pengarang@utusan.com.my

KUALA LUMPUR 14 April - Kementerian Kesihatan dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan menyiasat tindakan sebuah klinik swasta di Melaka yang dilaporkan menggunakan khidmat doktor palsu.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata, pihaknya akan menjalankan siasatan segera dan jika didapati bersalah klinik serta doktor palsu itu akan dikenakan tindakan.

Menurut beliau, mana-mana klinik atau hospital yang didapati bersalah mengupah doktor palsu boleh dikenakan tindakan di bawah Akta Perubatan 1971, Akta Polis atau Kanun Keseksaan.

"Saya telah mengarahkan Ketua Pengarah Kesihatan menyiasat perkara itu kerana bukan sahaja membabitkan soal nyawa, bahkan boleh menjejaskan etika serta profesion kedoktoran," katanya dalam sidang akhbar selepas merasmikan Ekspo I Want: Sihat Bersamamu 2013 di sini hari ini.

Beliau mengulas laporan akhbar hari ini berhubung taktik seorang lelaki menyamar sebagai doktor wanita untuk bekerja di sebuah klinik swasta yang terbongkar selepas ditahan dalam serbuan di Batu Berendam, Melaka Khamis lalu.

Tiong Lai berkata, insiden itu harus dijadikan pengajaran kepada semua klinik panel, klinik swasta serta hospital supaya lebih berhati-hati dan sentiasa merujuk kepada Majlis Perubatan Malaysia (MMC) dalam memastikan pengambilan doktor bertauliah.

Sementara itu, beliau berkata, kementerian turut mengesahkan tiada sebarang kes selesema burung (H7N9) dalam kalangan unggas dikesan di negara ini berdasarkan pemantauan Jabatan Perkhidmatan Veterinar.

Walau bagaimanapun, Tiong Lai menasihatkan orang ramai mengelak mengunjungi pasar menjual unggas hidup di negara yang terlibat dengan jangkitan avian influenza itu.

"Mereka yang pulang dari Shanghai, Anhui, Jiangsu dan Zhejiang, China yang mempunyai masalah pernafasan dinasihat memakai topeng muka dan segera mendapatkan rawatan perubatan selain memaklumkan sejarah perjalanan mereka kepada doktor," katanya.

Mengenai ekspo itu, Tiong Lai berkata, program tersebut bertujuan melahirkan masyarakat celik kesihatan selain memberikan pendedahan terhadap risiko penyakit tidak berjangkit seperti diabetes, darah tinggi dan kardiovaskular.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Pendidikan

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Pendidikan


Murid terima manfaat skim insurans

Posted: 14 Apr 2013 12:20 PM PDT

Oleh NORIZAN ABDUL MUHID
pendidikan@utusan.com.my

Syed Hamid Albar menunjukkan pelekat khas bagi mengenal pasti bas sekolah berpermit yang dilindungi oleh Skim Insurans Murid-Murid Sekolah SPAD di Putrajaya, baru-baru ini.

INISIATIF kerajaan menyediakan skim perlindungan insurans kemalangan diri, hilang upaya kekal dan kematian kepada semua murid yang menggunakan khidmat bas sekolah berpermit terbukti memberi manfaat kepada golongan terbabit.

Dua murid tahun lima Sekolah Kebangsaan (SK) Bukit Beruntung, Meor Mohamad Nurhakim Meor Mohd. Redzuan dan Muhmammad Danish Azha Aidi Azha yang cedera dalam kemalangan di Bukit Beruntung, Selangor Januari lalu, menerima manfaat masing-masing RM2,300 dan RM3,200 berdasarkan kecederaan yang mereka alami.

Pengerusi Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD), Tan Sri Syed Hamid Albar berkata, skim berkenaan memberi manfaat kepada 1.5 juta murid sekolah dengan perlindungan maksimum sebanyak RM100,000 yang melibatkan kos premium sebanyak RM40 juta dibiayai sepenuhnya oleh kerajaan sepanjang tempoh dua tahun.

Matlamat kami adalah untuk menggalakkan ibu bapa menggunakan perkhidmatan bas sekolah yang berlesen di samping memastikan kebajikan murid terjamin sekiranya mereka menghadapi keadaan yang tidak diduga, katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap dalam majlis pelancaran Skim Insuran Bas Sekolah SPAD di pekarangan Sekolah Menengah Kebangsaan Presint 8 (I) Putrajaya baru-baru ini.

Yang turut hadir, Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran, Datuk Dr. Khair Mohamed Yusof, Ketua Pegawai Eksekutif SPAD, Mohd. Nur Kamal dan Jawatankuasa Gabungan Persatuan Pengusaha-Pengusaha Bas Sekolah Malaysia.

Skim yang dikendali dan diuruskan Syarikat Takaful Malaysia Berhad itu menyediakan manfaat kepada murid yang menaiki bas sekolah seperti kematian akibat kemalangan sebanyak RM100,000 dan hilang keupayaan kekal sehingga RM100,000.

Selain itu, skim berkenaan turut meliputi bayaran perubatan RM3,000 maksimum mengikut bil perubatan, manfaat hospital RM100 sehari sehingga maksimum 30 hari dan khairat kematian RM2,500.

Malah, skim perlindungan itu juga meliputi kegunaan bas sekolah untuk aktiviti luar seperti rombongan, lawatan sambil belajar dan sebarang kurikulum tambahan yang disahkan pihak sekolah.

Oleh sebab itu, Syed Hamid menyarankan ibu bapa mendaftarkan anak mereka di bawah skim tersebut mengikut bas sekolah yang berlesen dengan SPAD dan Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan (LPKP) yang kini berjumlah lebih 17,000 buah bas sekolah di seluruh negara, termasuk Sabah dan Sarawak.

Bagi membantu ibu-bapa mengenal pasti mana satu bas sekolah yang berlesen, mana yang tidak, setiap bas sekolah akan dibekalkan dengan pelekat khas Bas Sekolah ini Dilindungi oleh Skim Insurans Murid-Murid Sekolah SPAD, jelasnya.

Pada masa yang sama, katanya, SPAD juga sedang membangunkan sistem pemeriksaan status bas sekolah yang boleh dilakukan melalui laman web dan juga khidmat pesanan ringkas (SMS) yang membolehkan ibu bapa memeriksa status bas sekolah melalui nombor pendaftarannya.

Kita tidak mahu lagi melihat kemalangan-kemalangan yang menyayat hati yang melibatkan anak-anak kita pada masa akan datang akibat bas usang yang masih bergerak bebas di jalan raya, tegasnya.

Cerdik terbitkan buku rujukan terbaik

Posted: 14 Apr 2013 12:20 PM PDT

PELBAGAI buku latihan dan panduan peperiksaan mudah diperolehi di mana-mana kedai buku di pasaran sedia ada namun hakikatnya tidak semua yang berkualiti serta mampu memenuhi kehendak pelanggan khususnya pelajar.

Menyedari keperluan dan dalam usaha mengatasi kekurangan buku rujukan peperiksaan sedia ada, syarikat penerbitan Cerdik Publications Sdn. Bhd., memperkenalkan Siri Koleksi Kertas Percubaan Sekolah Berasrama Penuh (SBP).

Pengarah Urusan Cerdik Publications, Rozida Ismail berkata, ia dihasilkan dengan kerjasama Majlis Pengetua Sekolah Berasrama Penuh (SBP) Kebangsaan bermula tahun lalu.

Menurutnya, Cerdik Publications yang berusia 20 tahun merupakan satu-satunya syarikat penerbitan bumiputera yang memperolehi hak eksklusif menerbitkan buku tersebut.

Kata beliau, usaha pihaknya itu sekali gus menjadikan Cerdik Publications berbeza berbanding dengan syarikat penerbitan lain.

"Ini kerana, sebelum ini hak eksklusif menerbitkan kertas soalan percubaan PMR dan SPM hanya diberi kepada Majlis Pengetua Sekolah Berasrama Penuh (SBP) Kebangsaan.

"Setelah bekerjasama dengan pihak berkenaan maka Cerdik berpeluang menerbitkan buku soalan SBP seiring dengan hasrat kita menjadi peneraju pengeluar kertas peperiksaan di Malaysia" katanya ketika ditemui Utusan Malaysia di pejabatnya di Shah Alam, Selangor baru-baru ini.

Kata beliau, buku Siri Koleksi Kertas Percubaan SBP yang dijual pada harga RM6.90 hingga RM17.90 mengikut ketebalan itu mengandungi set soalan semua mata pelajaran bermula tahun 2005 hingga 2012 serta terbahagi beberapa bahagian termasuk teknik menjawab soalan mengikut kehendak pemeriksa.

"Melalui usaha ini, pelajar yang bersekolah biasa berpeluang berkongsi maklumat mengenai soalan ramalan peperiksaan yang sebelum ini hanya diperolehi dalam kalangan pelajar atau guru SBP sahaja.

"Antara kelainan buku ini juga, kebiasaannya soalan peperiksaan SBP lebih sukar berbanding sekolah biasa maka jika pelajar sekolah biasa dapat menjawab dan menguasai soalan SBP maka pelajar itu tidak mempunyai masalah menjawab peperiksaan," katanya.

Pada masa yang sama, menurut Rozida, seiring dengan keperluan semasa, Cerdik Publications berhasrat melebarkan operasi pasaran ke luar negara khususnya di Asia Tenggara seiring dengan moto syarikat Learn The Smarter Way.

Katanya, dalam usaha memudahkan pelajar dan ibu bapa luar bandar mendapatkan kemudahan buku rujukan dan bahan bacaan, pihaknya dengan kerjasama Sekolah Menengah Kebangsaan Batu Kikir, Negeri Sembilan menganjurkan Pesta Buku di Batu Kikir bermula 13 hingga 17 April.

"Kita sengaja memilih lokasi pameran buku di kawasan luar bandar kerana kita mahu ibu bapa dan pelajar mudah mendapatkan buku rujukan dan bahan pembelajaran yang kebanyakannya hanya dijual di bandar besar," katanya sambil menambah penganjuran Pesta Buku Cerdik turut disertai syarikat penerbitan lain dan artis tempatan.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Sukan

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Sukan


Argentina pilihan Johor DT

Posted: 14 Apr 2013 12:20 PM PDT

Oleh NURUL HUDA HASSAN
huda.hassan@utusan.com.my

Dari kiri, Mohd. Farid, Muhammad Nazri, Leonel Jorge Nunez, Andre Francisco William serta Jasazrin yang akan memikul cabaran pasukan Johor Darul Takzim dalam saingan Liga Super musim ini. Mereka diperkenalkan kepada peminat dii Stadium Tan Sri Hassan Yunos, Larkin, Johor Bahru, semalam. - UTUSAN/AMIN FARIJ HASAN

JOHOR BAHRU - Johor Darul Takzim mempertaruhkan pemain import baharu dari Argentina, Leonel Jorge Nunez bagi memperkukuhkan jentera serangan pasukan itu mengharungi baki saingan Liga Malaysia 2013.

Bekas pemain Argentinos Juniors berusia 29 tahun itu mengikat kontrak dengan jumlah gaji yang tidak didedahkan bersama pasukan tersebut dan bakal beraksi sehingga akhir musim ini menggantikan tempat Daniel Guiza.

Nunez yang berasal dari Buenos Aires diperkenalkan Persatuan Bola Sepak Negeri Johor (PBNJ) dalam satu majlis di Stadium Tan Sri Hassan Yunos dekat sini, semalam.

Pemain yang mempunyai ketinggian 1.83 meter itu pernah beraksi bersama pasukan Olympiacos, Independiente serta Bursaspor.

Selain Nunez, PBNJ turut memperkenalkan empat pemain baharu iaitu Andre Francisco Da Silva (tengah), Mohd. Farid Ramli (pertahanan), Muhammad Nazri Ahmad (pertahanan) dan Jasazrin Jamaluddin (tengah).

Kempat-empat pemain yang beraksi bersama pasukan Johor dalam saingan Liga Perdana sebelum ini sudah membuat penampilan pertama dengan Johor Darul Takzim ketika menentang Terengganu 12 April lalu yang menyaksikan pasukan itu menang 1-0.

Pengumuman pengambilan Andre dan Nunez itu sekali gus melengkapkan kuota pemain import pasukan Johor Darul Takzim.

Timbalan Presiden PBNJ, Datuk Obet Tawil berkata, jika semua berjalan lancar termasuk urusan sijil perpindahan antarabangsa (ITC), Nunez bakal diturunkan untuk perlawanan suku akhir kedua Piala FA menentang Selangor 16 April ini.

"Pihak PBNJ berharap kehadiran kelima-lima pemain baharu itu dapat memperkukuhkan lagi pasukan dalam segenap aspek sekali gus mempertingkatkan lagi mutu persembahan Johor Darul Takzim dalam usaha memburu kemenangan musim ini," katanya.

Nunez berazam jadi penyerang hebat

Posted: 14 Apr 2013 12:20 PM PDT

JOHOR BAHRU - Penyerang import baharu Johor Darul Takzim, Leonel Jorge Nunez bersedia memberi tentangan hebat kepada pasukan lawan sekali gus memastikan kemenangan pasukan setiap kali beraksi.

Biarpun tidak berapa dikenali, pemain yang memulakan karier bola sepaknya bersama Argentinos Juniors itu akan berusaha menyesuaikan diri dengan rakan-rakan yang lain bagi membentuk satu pasukan mantap.

Nunez yang berasal dari Argentina itu juga bersedia untuk meledakkan gol untuk pasukan, namun tidak menetapkan sebarang sasaran gol kerana yang penting berusaha untuk Johor Darul Takzim menjulang piala musim ini.

Pada masa sama, pemain berusia 29 tahun itu juga meminta semua pihak termasuk penyokong tidak membandingkan dirinya dengan bekas pemain import Johor Darul Takzim dari Sepanyol, Daniel Guiza.

"Kami adalah dua individu yang berbeza. Saya tidak mahu dibandingkan bersamanya, namun saya memiliki keazaman selaku penyerang seperti dia (Guiza) untuk menghasilkan gol demi kemenangan pasukan.

"Saya gembira dan saya mempunyai harapan besar datang ke sini untuk bersama-sama pasukan ini," katanya pada sidang akhbar selepas Majlis Memperkenalkan Pemain Baharu Johor Darul Takzim di sini, semalam.

Nunez memulakan karier profesional bersama Argentinos Juniors pada tahun 2004 hingga 2007 sebelum bersama Olympiacos (2007-2008) serta Independiente (2008-2010).

Dia kemudiannya memilih kelab Turki, Bursaspor (2010) untuk meluaskan pengalaman dalam kariernya sebelum kembali menyarung

jersi Independiente (2011) dan Argentinos Juniors (2012-2013).

Katanya, keputusan untuk menyertai Johor Darul Takzim dibuat selepas mendengar perancangan masa depan pasukan selain diberitahu mengenai gelombang perubahan demi misi memburu kejayaan dalam saingan Liga Malaysia.

Pada masa sama, dia juga tertarik dengan pihak pengurusan yang mempunyai pentadbiran tersusun selain mempunyai penyokong yang memenuhi stadium yang mampu menaikkan semangat seseorang pemain.

"Saya berharap tidak akan menghampakan semua pihak dengan memberi persembahan terbaik pada setiap perlawanan," katanya.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Pemotoran

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Pemotoran


Nissan Murano kekalkan prestij

Posted: 14 Apr 2013 12:20 PM PDT

Oleh JOHARDY IBRAHIM
pengarang@utusan.com.my

Pembaharuan di bahagian belakang kenderaan termasuklah rekaan lampu LED yang kemas dan ekzos berkembar yang menampilkan gaya cergas.

KETIKA pengeluar kereta menampilkan versi kenderaan utiliti sukan (SUV) bercorak 'kotak', Nissan mengorak langkah berani menampilkan reka bentuk lain dari yang lain menerusi Nissan Murano pada 2002. Dilabel sebagai 'cross-over' SUV bersaiz pertengahan iaitu menampilkan ciri SUV dengan pengalaman pemanduan kereta sedan, Murano kemudiannya menjadi popular di seluruh dunia.

Di Malaysia, Murano dikategorikan sebagai kereta mewah, maka sesiapa yang memilikinya terutama yang dibeli dari pengedar bertauliah Edaran Tan Chong Motors (ETCM) boleh dianggap sebagai 'orang kaya' - mungkin kerana harganya. Secara ringkas, Murano adalah simbol kemewahan pemiliknya.

ETCM memperkenalkan generasi kedua Murano ke pasaran Malaysia sejak tahun lalu. Antara pembaharuan yang dilakukan adalah reka bentuk gril yang lebih berani, bamper hadapan yang baharu dan dilengkapi dengan rim aloi berjejari 5Y 18 inci yang menawan.

Pembaharuan di bahagian belakangnya termasuklah rekaan lampu LED yang kemas dan ekzos berkembar yang menampilkan gaya cergas.

Perubahan-perubahan yang dilakukan pada ruang dalaman ialah tempat duduk kulit 'double stitching,' bacaan 'Fine Vision Meter', konsol tengah yang direka semula bersama kawalan putar yang lebih baik, paparan tengah di posisi baru demi penglihatan yang lebih jelas serta port USB.

Badan keseluruhan Murano ialah lebar 1,885 milimeter (mm), tinggi 1,730 mm dan asas roda 2,825 mm. Ciri umum yang sememangnya menjadi identiti setiap kereta Nissan ialah keluasan ruang dalaman. Dengan aras bumbung dan ruang kaki yang memuaskan, tempat duduk belakang dengan mudah boleh menempatkan tiga penumpang dewasa.

Murano menggunakan enjin 3.5-liter V6 yang mampu menghasilkan kuasa sehingga 260PS @ 6,000rpm dan tork puncak 336Nm @ 4,400rpm.

Ia dipadankan dengan transmisi Xtronic CVT termaju dengan 'All-Wheel Drive System' yang pintar.

Daripada segi keselamatan, Murano dilengkapi dengan enam beg udara, penahan kepala aktif, Kawalan Dinamik Kenderaan (VDC) dan binaan zon badan dengan pengurangan kecederaan ke atas pejalan kaki sekiranya berlaku perlanggaran.

Murano diimport sepenuhnya dari Jepun. SUV ini ditawarkan pada harga atas jalan tidak termasuk insurans, cukai jalan dan caj-caj pendaftaran berkaitan di Semenanjung Malaysia RM318,782.50.

ECTM menawarkan jaminan selama tiga tahun atau perbatuan 100,000 kilometer (yang mana tiba terlebih dahulu). Perkhidmatan selepas jualan ETCM menyediakan bantuan 24 jam di tepi jalan, menunda dan pembaikan kecil serta-merta di Malaysia.

Para pelanggan boleh mengharapkan kepercayaan dan bantuan melalui perkhidmatan yang disediakan oleh ETCM bagi mengekalkan prestasi dan nilai jualan semula kenderaan.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Luar Negara

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Luar Negara


Calon utama pilihan raya, 3 beradik terkorban kemalangan

Posted: 14 Apr 2013 10:31 AM PDT

BAQUBA, Iraq 15 April - Calon utama dalam pilihan raya akan datang dan tiga adik beradiknya terkorban dalam satu kemalangan jalan raya di sini, semalam.

Najm Harbi yang merupakan calon di wilayah Diyala terkorban dalam kemalangan itu selepas kenderaan yang dinaikinya diserang oleh sekumpulan lelaki bersenjata berhampiran bandar Baquba yang terletak kira-kira 57 kilometer utara bandar Baghdad.

Dua adik beradiknya yang lain turut terkorban dalam kejadian tersebut manakala seorang lagi mengalami kecederaan. - DPA

19 terbunuh letupan bom di Somalia

Posted: 14 Apr 2013 09:24 AM PDT

MOGADISHU 15 April - Seramai 19 orang terbunuh di tengah bandar Somalia semalam dalam kejadian letupan bom yang dipercayai dilakukan oleh kumpulan militan yang mempunyai kaitan dengan militan al-Qaeda.

Kejadian letupan tersebut berlaku di luar bangunan Mahkamah Tinggi selepas bangunan tersebut diserbu oleh sekumpulan lelaki bersenjata.

"Kira-kira tujuh lelaki yang berpakaian seragam tentera memasuki bangunan tersebut sebelum bom tersebut meletup. kami sangkakan mereka tentera kerajaan," kata saksi, Aden Sabdow yang bekerja di pejabat daerah.

Katanya lagi, selepas kesemua lelaki memasuki bangunan itu satu letupan kuat berlaku. - REUTERS

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Pahang

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Pahang


1,872 rumah generasi baharu Felda di Jengka

Posted: 14 Apr 2013 12:20 PM PDT

FaizoulL Ahmad bersalaman dengan Wan Amizan Wan Abdul Razak (kanan) ketika melihat model rumah projek perumahan generasi baharu Felda di Felda Jengka 12, Maran, kelmarin.

MARAN 14 April - Sebanyak 1,872 rumah akan dibina di sembilan tanah rancangan Felda dalam Wilayah Jengka di bawah projek Perumahan Generasi Baharu Felda (PGBF) tahun ini.

Pengurus Besar Felda Wilayah Jengka, Saari Din berkata, projek itu bertujuan memberi peluang kepada generasi baharu Felda yang layak memiliki rumah bersesuaian dengan kemampuan.

Menurutnya, antara tanah rancangan terbabit ialah Felda Jengka 1, Jengka 2, Jengka 9, Jengka 11, Jengka 12, Felda Sungai Tekam, Felda Kota Gelanggi 2, Kota Gelanggi 3 dan Felda Sungai Retang.

"Daripada bilangan itu empat tanah rancangan iaitu Jengka 1, Jengka 2, Jengka 11 dan Kota Gelanggi 2 telah ditender dan akan memulakan projek pada awal Mei ini.

"Bagi tanah rancangan lain pelaksanaan projek berkenaan akan dilaksanakan secara berperingkat sehingga dapat disiapkan bagi memenuhi permintaan generasi baharu Felda,'' katanya.

Beliau berkata demikian kepada Utusan Malaysia selepas Majlis Pecah Tanah Tapak Perumahan PGBF di Felda Jengka 12 oleh Pengerusi Felda, Tan Sri Mohd. Isa Abdul Samad di sini semalam.

Turut hadir Pengarah Besar Felda, Datuk Faizoull Ahmad dan Timbalan Ketua UMNO Bahagian Jerantut, Wan Amizan Wan Abdul Razak.

Menurut Saari, komponen projek pembangunan itu ialah rumah teres setingkat yang dibina dalam bentuk Sistem Binaan Berindustri (IBS) atau lebih dikenali sebagai rumah pasang siap.

"Projek ini adalah tanggungjawab sosial Felda kepada warga peneroka yang dilaksanakan mengikut lokasi, kesesuaian tanah dan juga permintaan daripada penduduk setempat.

"Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak sebagai menteri bertanggungjawab terhadap agensi itu semasa sesi pembentangan Bajet 2013 telah mengumumkan sebanyak 20,000 unit rumah akan dibina dalam tempoh lima tahun di tanah-tanah rancangan Felda,'' katanya.

Beliau menegaskan, tanah rancangan yang tidak termasuk dalam senarai awal pelaksanaan diharap bersabar kerana agensi itu komited untuk menunaikan janji tanpa ada sebarang unsur retorik.

Orang Asli pamer bakat deklamasi sajak

Posted: 14 Apr 2013 12:20 PM PDT

Walid Din menyampaikan puisi dalam bahasa Jahut sempena Malam Apresiasi Puisi 1Malaysia di Sekolah Kebangsaan Sungai Kiol, Jerantut, baru-baru ini.

JERANTUT 14 April - Dua Orang Asli Kampung Sungai Kiol di sini berjaya menarik perhatian umum apabila mendeklamasi sajak ciptaan mereka sendiri dalam bahasa Jahut.

Kehadiran Walid Din, 50, dan Rokizan Naya, 45, menerima tepukan gemuruh ketika mendeklamasikan puisi sempena Malam Apresiasi Puisi 1Malaysia di Sekolah Kebangsaan (SK) Sungai Kiol baru-baru ini.

Program anjuran Pergerakan Wanita UMNO Bahagian Jerantut dengan kerjasama Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) itu disertai lima orang masyarakat Orang Asli dengan tiga lagi peserta mendeklamasikan sajak dalam bahasa Malaysia.

Program tersebut turut diserikan dengan kehadiran juruhebah stesen radio Asyik FM, Zuraidah Merah atau lebih dikenali sebagai DJ Zu berketurunan Jakun serta berasal dari Pekan yang bertindak sebagai pengacara majlis.

Walid ketika ditemui berkata, dia berasa sangat bertuah kerana diberi peluang mendeklamasikan sajak dalam bahasa ibunda dan turut didengar orang lain dengan penuh minat.

"Usaha Pergerakan Wanita UMNO Jerantut dan DBP ini amat baik bagi mencungkil bakat berpuisi kalangan Orang Asli suku kaum Jahut yang sebelum ini hanya terkenal dalam bidang nyanyian," katanya.

Walid yang menyampaikan puisi bertajuk Malam Sepi menyifatkan bakat yang ada dalam kalangan Orang Asli boleh diketengahkan jika diberi bimbingan dan dorongan kerana sifat pemalu golongan minoriti itu menjadikan mereka agak tersisih.

Bagi Rokizan pula, puisinya bertajuk Kampungku mengisahkan tentang keindahan yang terdapat di kampung Sungai Kiol serta kegigihan penduduk mencari rezeki.

Tambahnya, kandungan puisinya juga menceritakan kisah perjuangan nenek moyang dahulu dalam memajukan kampung tersebut dapat diterjemahkan kepada khalayak ramai.

Sementara itu, Ketua Wanita UMNO Bahagian Jerantut, Datuk Norhelan Mahmod berkata, program berkenaan dianjurkan dengan tujuan memupuk minat serta mencungkil bakat Orang Asli di samping memberi peluang terhadap mereka melahirkan hasrat dan pandangan dalam bentuk puisi.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Rencana

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Rencana


Menjelang hari mengundi, ‘kilang fitnah’ dan kilang poster sama-sama sibuk

Posted: 14 Apr 2013 12:20 PM PDT

Oleh Hassan Mohd. Noor

DEBARAN siapa yang bakal menjadi calon Barisan Nasional (BN) dijangka terjawab hari ini atau selewat-lewatnya esok. Berapa ramaikah bekas Yang Berhormat akan dikekal atau digugurkan? Siapa pula muka baru? Kita juga akan tahu sama ada nama-nama yang meniti di bibir orang politik di seluruh negara yang kononnya akan dicalonkan hanya sekadar spekulasi atau kenyataan. Bagi yang dipilih semula, selamat berjuang. Kepada yang menaruh harapan tetapi tidak terpilih diharapkan dapat sama-sama turun padang membantu calon pilihan pucuk pimpinan. Bersabar, jangan merajuk dan kecewa. Ingat kata-kata Perdana Menteri, Najib Tun Razak, kalau kecewa pun, cukuplah sehari, kemudian kembali ke gelanggang. Seperti diselak minggu lalu, ingatlah juga ikrar setia di Dewan Merdeka semasa Perhimpunan Agung UMNO lalu. Utamakan kemenangan parti.

Berikutan banyak nama yang sudah disahkan oleh parti politik terutama pakatan pembangkang, maka kempen tidak rasmi juga semakin panas. Gambar calon serta pelbagai poster dan bendera sudah dinaikkan. Menjelang hari penamaan calon hujung minggu ini, kempen semakin rancak. Sebenarnya kempen menghadapi pilihan raya umum (PRU) ini sudah bermula sejak kira-kira empat tahun lalu. Sebaik sahaja PRU 2008 selesai, kempen untuk berkuasa sudah bermula. Lihat sahajalah bagaimana pakatan DAP-Pas-PKR mencanangkan mereka akan menubuhkan kerajaan pada 16 September 2008. Begitu ghairah mereka berkempen untuk berkuasa tanpa menunggu PRU-13. Begitu juga sebagai persiapan untuk melantik pemimpin mereka sebagai Perdana Menteri, maka satu pilihan raya kecil (PRK) sengaja diadakan di kawasan Parlimen Permatang Pauh pada 26 Ogos 2008. Penyandang kerusi itu, Dr. Wan Azizah Wan Ismail mengosongkan kerusi itu selepas kira-kira lima bulan diberi mandat baru pada PRU-12. Tindakannya semata-mata mahu memberi laluan kepada suaminya, Anwar Ibrahim bertanding di situ. Semuanya ini sebagai persediaan untuk Anwar ke Putrajaya. Sejak itu bermulalah kempen tidak rasmi pilihan raya dengan matlamat pakatan pembangkang mahu menguasai Putrajaya.

Bagi rakyat biasa (bukan orang politik) sudah tentu tempoh kempen PRU selama 15 hari terlalu lama, lebih-lebih lagi masa antara pembubaran (3 April) sehingga hari pembuangan undi menjangkau tempoh sebulan. Apa pun, itu hak Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) walaupun ada parti politik yang tidak puas hati dengan tempoh itu. Ya lah, mereka ini ahli politik yang kerjanya hanya berpolitik sedangkan banyak pihak yang sudah bosan dengan kecelaruan dalam kempen politik ini. Kebanyakan orang lega jika ceramah atau sebarang bentuk kempen politik dikurangkan. Mereka sudah muak dengan ceramah berbentuk fitnah, caci maki dan macam-macam lagi yang menyakitkan hati dan telinga yang mendengarnya.

Apakah yang akan berlaku dalam tempoh sekarang sehingga hari pembuangan undi? Apa yang pasti, sebaik sahaja nama calon diumumkan, maka kilang poster akan beroperasi 24 jam tanpa henti. Mereka bertungkus lumus mencetak bendera, poster calon, risalah, manifesto dan macam-macam lagi sebagai bahan kempen.

Pada masa yang sama kilang fitnah juga sibuk mereka bentuk mencetak pelbagai propaganda untuk dijadikan kempen pada PRU ini. Kilang fitnah ini akan beroperasi 24 jam menjaja pelbagai perkara yang matlamatnya hanya mahu mencari keuntungan politik. Fitnah yang direka untuk memburukkan orang lain memang sedap didengar lebih-lebih lagi bagi yang tidak berminat untuk berfikir mengenai kesahihannya.

Seorang pemimpin pembangkang baru-baru ini berkata, rakyat sudah muak dengan politik caci maki, fitnah dan mengaibkan orang lain ini. Baguslah jika sudah ada kesedaran itu. Tetapi sejak dulu, siapakah yang menjadi juara ceramah maki hamun ini? Adakah mereka yang melontarkan kata-kata itu tidak akan melakukan fitnah lagi? Kata orang cakap tidak serupa bikin. Kini parti yang dulunya hanya bertahan tidak sanggup mengikut rentak yang dibawa pihak lawan sudah mula mengikut jejak itu. Sesiapa pun jika diasak bertubi-tubi tidak mampu bertahan dan akan membalasnya.

Dalam hal ini kelebihan berpihak kepada pembangkang kerana apa juga musibah atau fitnah yang melanda mereka akan dikaitkan dengan UMNO atau BN. Puak pembangkang biasanya akan cuci tangan menuding jari ke arah orang lain. Inilah kelebihan di pihak pembangkang. Mereka boleh caci maki, mengeluarkan pelbagai fatwa yang mengelirukan serta memfitnah dan mengaibkan orang lain tetapi tidak sanggup menerima serangan balas pihak lawan. Apabila pihak lain membongkar kelemahan mereka, maka jawapan yang paling pantas diberi ialah semuanya angkara permainan politik UMNO/BN. Ini termasuklah penyebaran video seks yang mirip kepada seorang pemimpin pembangkang. Ekoran tersebarnya video itu, pelbagai bahan lain yang menunjukkan kreativiti berpolitik rakyat Malaysia muncul. Setiap hari ada sahaja sesuatu yang baharu muncul. Adakah semua ini kerja orang UMNO atau BN?

Dalam laporan berkaitan bendera Pas berwarna hitam di Kedah, ada pihak yang mengatakan itu kerja puak UMNO/BN sedangkan kemunculan bendera itu disebabkan dua faktor. Pertama dilihat sebagai protes terhadap Menteri Besar, Azizan Razak dan kedua peringatan kepada penyokong Pas supaya tidak buta warna semasa mengundi. Simbol parti di kertas undi adalah hitam putih, tidak ada hijau dan putih.

Baru-baru ini, Pengasas Pondok Geting di Kelantan Abdullah Saamah juga menjadi mangsa politik kilang fitnah ini. Disebabkan kelantangannya mengkritik Pas, pondok yang sedang dibina disita. Kenapa sekarang baru disita? Soalan ini samalah dengan persoalan kenapa sekarang baru muncul video aksi seks itu? Seperkara lagi, terdapat kilang fitnah yang mencetak poster Abdullah Saamah sebagai calon BN N1 Pengkalan Kubur pada PRU nanti sedangkan hari penamaan calon belum tiba.

Seorang sahabat di Kelantan pula memberitahu, Pas juga menganjurkan satu ceramah dengan tajuk Pendedahan siapa pencemarah ulamak UMNO. Apakah tujuan mengadakan ceramah seperti ini? Adakah mereka mahu berhujah atau mendedahkan peri laku manusia? Dalam suasana kempen PRU ini juga, adakah wajar syurga, neraka, pahala, dosa, halal dan haram dikaitkan dengan undi parti politik? Ada juga pihak yang memanipulasikan ucapan atau kenyataan termasuk titah Pemangku Raja Perak, Raja Dr. Nazrin Shah dan bekas Timbalan Perdana Menteri, Musa Hitam. Jika sebelum ini, orang yang meninggal dunia juga sanggup dipolitikkan, maka apa lagi orang yang masih hidup.

Semoga, kita sebagai orang Melayu yang beragama Islam tidak terperangkap dengan peranan kilang fitnah seumpama ini. Jangan menjadikan kempen PRU sebagai pesta mencipta dosa. Maka selidikilah dahulu fitnah itu. Jangan cepat kita menghukum itu betul atau menafikannya bulat-bulat. Patuhilah adab berpolitik, hentikan serangan terhadap peribadi calon.

'Takkan saya hendak biarkan ...'

Posted: 14 Apr 2013 12:20 PM PDT

SEBAGAI orang yang pernah terlibat secara aktif dalam gerakan Angkatan Belia Islam (ABIM), DATUK AIDIT GHAZALI, kebanyakan ahlinya tidak dapat lari dari bayang bekas pemimpinnya, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Sebagai bekas pengasas ABIM United Kingdom, beliau mengakui pernah terpengaruh dengan lakonan Ketua Pembangkang itu.

Menurut beliau, apabila ABIM membuat pendirian mereka dalam menyokong Anwar, maka beliau sebagai yang pernah melalui proses tarbiah ABIM tertanya-tanya panduan hukum apa yang mereka guna dalam Islam untuk membawa pada pendirian mereka.

Ketika Anwar mengambil keputusan untuk masuk politik melalui UMNO, saya antara yang tidak setuju ABIM diheret sekali sebagai merestui keputusan beliau sebab pada saya, jangan disebabkan keputusan Anwar, ABIM nanti akan hilang sifat sebagai jurucakap umat yang non-partisan,".

Kepada wartawan Mingguan Malaysia, HAFIZAHRIL HAMID, Aidit yang juga Timbalan Presiden JATI meluahkan perasaan dan pengalamannya bersama ABIM dan Anwar selain berkongsi pendirian mengenai hala tuju politik negara.

UTUSAN: Datuk pernah menjadi pengasas penubuhan ABIM UK. Apa pandangan Datuk mengenai kepimpinan Anwar Ibrahim pada waktu itu?

AIDIT: Saya memulakan pengajian di United Kingdom pada 1978. Ketika itu adalah era di mana penuntut kita di Malaysia dan di luar negara mencari-cari jawapan pada pelbagai persoalan, termasuklah bagaimana untuk berjuang supaya tahap keIslaman di Malaysia dapat dipertingkatkan.

Justeru wujud pelbagai jemaah Islam yang menjadi pilihan alternatif: Yang sempat saya nilai adalah jemaah Tabligh tetapi golongan ini tidak bersungguh dalam urusan politik, ekonomi dan aspek pentadbiran Islam. Ada juga Suara Al-Islam tapi saya tidak setuju dengan cara mereka yang kurang bijaksana dan agresif tak kena pada tempat. Kemudian IRC yang terbawa-bawa dengan model Ikhwanul Muslimin yang belum tentu sesuai dengan realiti di Malaysia. Kemudian adanya golongan yang mewakili pendekatan ABIM yang ketika itu seimbang dalam pendekatan dakwah serta aktiviti mereka, bertekad untuk menjadi non-partisan dalam hal politik, komited menjadi jurucakap umat yang hendak pada Islam dan yang jelas dengan pendirian Islam berasaskan Ahlus Sunnah wal Jamaah. Ketika itu Anwar Ibrahim memegang jawatan sebagai Presiden ABIM. Dan ketika itu, Anwar dilihat sebagai harapan anak-anak muda untuk menjadi penjana pada aspirasi yang dibawa oleh ABIM.

Namun, ketika Anwar mengambil keputusan masuk politik melalui UMNO, saya antara yang tidak setuju ABIM diheret sekali sebagai merestui keputusan beliau sebab pada saya, jangan disebabkan keputusan Anwar, ABIM nanti akan hilang sifat sebagai jurucakap umat yang non-partisan. Tetapi terhadap Anwar sebagai individu, saya mendoakan kejayaannya. Saya juga berharap agar beliau tidak lupa pada perjuangan ABIM. Saya telah mendoakan agar beliau tak akan menjadi mangsa pada hedonisme dan kerakusan nafsu yang sering memerangkap mereka yang masuk politik tanpa bekalan iman. Daya kepimpinan Anwar memang mengkagumkan. Hubungan manusianya (public relations) sangat baik. Hanya kini saya sedar bahawa mempunyai kemahiran ini tanpa seseorang itu guna untuk tujuan yang murni dari segi agama boleh makan balik diri sendiri. Dan jika kita mudah termakan dengan kemahiran yang beliau ada, maka kita akan mudah menjadi manusia yang taksub pada karisma beliau. Alhamdulillah sifat saya yang sentiasa memperingatkan diri bahawa Allah dan Rasul mengatasi segala-galanya banyak membantu daya untuk sedar siapa Anwar Ibrahim sebenarnya.

Setelah sekian lama Datuk mengkagumi Anwar, mengapa akhirnya Datuk berubah?

AIDIT: Kagumnya saya atau setianya saya terhadap sesiapa adalah bersyarat. Ringkasnya, saya pandang jijik terhadap manusia yang susah nak lafazkan minta maaf jika ia buat kesilapan. Saya pandang keji terhadap sesiapa yang berani ambil hak Allah. Saya pandang hina terhadap sesiapa yang bersekongkol dengan musuh-musuh Islam, seteru umat Islam, pengancam kedaulatan negara, penghina institusi raja dan pendokong musuh-musuh kita seperti penyokong Zionis dan pengamal aliran songsang. Anwar nampaknya semakin hilang pertimbangan. Beliau tidak nampak tegas dan tidak nyata tegas dalam hendak memelihara asas-asas yang saya yakini mesti diperjuangkan oleh seseorang yang hendak memimpin negara Islam seperti Malaysia.

Rumusan saya bukan sesuatu yang saya tetapkan semalaman. Ia mengambil masa yang lama untuk selidik, dapat maklumat dan pandangan daripada insan-insan yang saya yakini tahap kejujuran mereka serta proses pembersihan jiwa saya supaya saya tak disuburi dengan sifat-sifat mazmumah seperti dengki, dendam, marah, emosi luar kawalan, fikiran cetek dan mudah dipengaruhi oleh puak-puak yang ada agenda udang di sebalik batu. Saya bukan mudah untuk diajak bersetuju. Tapi saat di mana saya yakin saya adalah betul, maka saya tidak akan henti berjuang sehingga Allah ambil nyawa saya. Saya serah bulat-bulat kepada Allah bila hasil perjuangan saya akan mendatangkan hasil. Namun, setelah mengalami pahit manis empat tahun kebelakangan ini untuk meyakinkan pihak-pihak lain yang masih taksub pada Anwar dan mereka yang sama kategori agenda beliau, saya dapati bahawa selagi Allah tidak buka pintu hidayah yang lebih luas bagi mereka, maka mereka akan terus hidup dalam kepalsuan.

Apa pandangan Datuk mengenai sikap partisan ABIM terhadap Anwar ?

AIDIT: Saya masih lagi berjumpa dengan beberapa rakan ABIM, sama ada sezaman saya ataupun yang selepasnya. Oleh sebab mereka tahu bahawa saya bukan insan yang mudah termakan kata tanpa bukti kukuh, maka hubungan kami masih sihat, walaupun ada di antara mereka yang terlibat dalam parti politik pembangkang. Ini menunjukkan kematangan yang tinggi berbanding dengan pendirian tokoh-tokoh ABIM yang telah menggadai prinsip, meritokrasi, imej dan kredibiliti mereka apabila membuat pendirian untuk menyokong Anwar walaupun beliau telah membuat pendirian yang jelas salah di sisi Islam, seperti pluralisme, LGBT, penggunaan nama Allah untuk Tuhan dalam Bible berbahasa Malaysia, pendekatan politik yang memudaratkan dan berkawan rapat dengan golongan dalam serta luar negara yang dikenali tidak menyokong pelaksanaan hukum-hukum Islam tertentu.

ABIM sepatutnya bersifat non-partisan supaya ia boleh menjadi tempat rujukan dan berpautnya umat yang perlu kita menyatupadukan. Bila ABIM membuat pendirian mereka dalam menyokong Anwar, maka saya sebagai yang pernah melalui proses tarbiah ABIM tertanya-tanya panduan hukum apa yang mereka guna dalam Islam untuk membawa pada pendirian mereka? Akhirnya saya berpendapat bahawa pertimbangan mereka lebih bersifat politik dan dijana pula oleh minda tokoh-tokoh veteran tertentu dalam ABIM yang menjadi penentu pendirian ABIM.

Ada tuduhan berat kepada Datuk Dr. Sidek Baba bahawa dia menerima RM15,000 sebulan untuk menjatuhkan Anwar, menerima kurniaan tanah oleh kerajaan Negeri Selangor dan menjualkannya balik kepada seorang Cina dan melakukan konspirasi dengan Datuk Alies Anor untuk menjatuhkan Anwar.

AIDIT: Saya telah berjumpa dengan Dr. Sidek dan meminta penjelasan walaupun beliau sahabat rapat saya. Saya telah lihat bukti-bukti kukuh yang menunjukkan bahawa ini semua fitnah. Saya mendapati daripada beliau bahawa tarikh mesyuarat yang didakwakan oleh pemfitnah itu jatuh pada tarikh beliau di luar Kuala Lumpur. Namun, tanpa bukti-bukti ini pun, saya yakini Dr. Sidek bukan seperti yang difitnah. Saya mengenali beliau sebagai manusia yang berakhlak baik, tidak berminat untuk menggadai maruah dengan cara-cara meraih keuntungan singkat tapi dosa berpanjangan. Namun, beliau adalah seorang pejuang. Memang fitrah hidup pejuang juga akan mendedahkan beliau pada fitnah dan mehnah. Justeru, lakukan apa yang dituntut oleh agama Islam iaitu, selidik dan tanya. Jangan jadi seperti sebahagian pihak di mana atas sifat taksub dan gila kuasa, menolak bukti nyata dan khabar tanpa usul periksa.

Datuk adalah Timbalan Presiden JATI dan memperjuangkan Islam, Umat Melayu dan institusi raja. Mengapa datang perjuangkan perkara-perkara ini?

AIDIT: Kewujudan JATI bukan sesuatu yang dirancang tetapi sesuatu yang ditakdirkan Allah berlaku apabila keadaan menjadi runcing, dalam erti kata, ada pihak-pihak yang berani mempertikai kedudukan Islam sebagai agama negara di Malaysia, hak-hak umat Islam hendak dirampas, Institusi Raja diperlekeh sebagaimana berlaku di Perak beberapa tahun lalu dan ada pihak yang pertikai kuasa Sultan Selangor, serta berlakunya perpecahan Melayu khususnya. Islam, umat Islam, institusi raja serta tonggak-tonggak lain seperti PDRM, ATM, SPRM, SPR dan tonggak lain adalah asas pada kelangsungan, penyuburan dan pemeliharaan Malaysia sebagai negara Islam.

Tahap keIslaman di Malaysia memang belum sempurna tetapi JATI melihat bahawa ketika ini, Kerajaan Persekutuan di bawah BN tidak pernah menyatakan bahawa tidak akan mempertahankan Islam. Malah mereka menunjukkan kesediaan untuk dinasihati ke arah tahap keIslaman yang lebih mantap. Justeru, JATI ditubuh untuk membantu agenda ini dan masih terbuka jika Pas, PKR dan DAP ingin belajar daripada pakar-pakar JATI. Kami terbuka. Tetapi jika kami buat sesuatu pendirian, maka asas kami bukan dengan daya fikir yang cetek tetapi jelas dengan apa yang dituntut oleh Islam. Wala dan taksub kami hanya pada Allah dan Rasul.

Datuk amat kritikal terhadap Datuk Nik Abdul Aziz mengenai kenyataan-kenyataannya yang kontroversial. Mengapa kenyataan beliau dianggap menjejaskan imej Islam?

AIDIT: Nik Abdul Aziz juga adalah manusia biasa. Beliau bukan maksum. Beliau bukan bebas dari melakukan kesilapan dan dosa. Beliau juga tidak akan muda selama-lamanya dan pasti akan hadapi cabaran kecerdasan minda apabila umur meningkat. Ilmu beliau juga bukan muktamad. Tetapi saya sudah lama bersabar, bersangka baik, bertoleransi dengan lafaz serta pendirian beliau yang semakin diambil kesempatan oleh musuh-musuh Islam dan membawa pada kekeliruan dan perpecahan di kalangan umat Melayu dan Islam. Saya juga dapati bahawa tidak ramai yang berani menegur beliau secara berhikmah, berasas dan tegas. Bagi saya, takkan kita hendak tunggu nasi menjadi bubur? Takkan kita nanti hendak menangis tak berlagu bila negara kita tergadai akibat umat berpecah? Apa yang saya hendak jawab dengan Allah apabila saya yakini bahawa keceluparan beliau boleh menjemput mudarat di kalangan umat tetapi saya berdiam diri pula?

Jika saya ada sedikit kudrat untuk membetulkan sikap beliau dan sikap mereka yang taksub pada beliau, biarlah saya guna kudrat ini untuk berjihad di jalan Allah. Biarlah manusia marah saya asalkan Allah tidak murka dengan saya. Takkan saya hendak membiarkan sahaja lafaz-lafaz yang merosakkan untuk terus mengelirukan kefahaman umat dan mungkin hingga akidah umat rosak apabila melihat tidak ada siapa yang berani menegur manusia yang merampas hak Allah?

Dari sudut senario pilihan raya, apa pandangan Datuk pilihan yang terbaik patut dilakukan rakyat dan apa pertimbangan Datuk dari sudut fiqah Islam segi keputusan bijaksana yang patut dilakukan demi maslahah umat Islam di Malaysia?

AIDIT: Saya berpandukan pada apa sedikit sebanyak yang saya telah pelajari daripada pakar-pakar fiqah dan berikut adalah asas-asas saya segi mengapa bagi PRU13, saya menegaskan wajib untuk masyarakat Malaysia mengundi BN:

1. Untuk mencapai mana-mana matlamat, Islam tidak mengizinkan sebarang cara kerana cara juga mesti sesuatu yang dalam lingkungan syarak. Justeru, usaha pembangkang memperolehi kejayaan walaupun dengan mengkufur nama Allah, membawa pada perpecahan umat, mengabdikan diri pada pendirian pihak yang menentang kewujudan negara Islam dan pelaksanaan hukum hudud, serta merestui ideologi pluralisme, liberalisme, sekularisme dan LGBT jelas menunjukkan bahawa pembangkang sanggup mengorbankan prinsip dan nilai Islam demi mencapai matlamat politik mereka.

2. Jika dengan menerima sesuatu itu membawa kebaikan yang dijanji dan juga keburukan yang diketahui boleh berlaku, maka mesti ditolak perkara itu. Pembangkang membuat pelbagai janji tetapi pakatan mereka yang rapuh dan juga menyetujui pendirian-pendirian yang bercanggah dengan Islam menuntut kita supaya menolak pembangkang kerana wujudnya risiko yang nyata bahawa menerima mereka juga bermaksud menerima berlakunya perkara-perkara yang tidak diingini segi Islam.

3. Dalam berhadapan dengan dua pilihan di mana kelemahan wujud dalam kedua-duanya, maka kita mesti pilih yang kurang mudaratnya. Walaupun dalam BN masih wujud ruang untuk memperkasakan pelaksanaan syariah dan akhlak yang lebih mulia, tetapi ancaman pada bab akidah Islam tidak ada. Ini berbeza dengan pembangkang yang menyokong pluralisme, liberalisme, sekularisme, LGBT dan aliran pemikiran yang terkeluar dari landasan Islam yang tepat, di mana ini semua mengancam kekuatan akidah umat Islam.

4. Untuk menyelamatkan Islam, umatnya serta martabat Malaysia sebagai negara Islam, maka perlu dijayakan pihak BN yang jelas tidak mempunyai agenda negatif terhadap Islam. Ini berbanding dengan ketiadaan pemimpin berwibawa dalam parti pembangkang bersamaan dengan pendirian mereka yang jelas tidak meletakkan Islam sebagai berstatus agama negara.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Kota

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Kota


KUW1M catat lebih 40,000 penyertaan

Posted: 13 Apr 2013 11:26 AM PDT

Oleh NUR HANANI AZMAN
pengarang@utusan.com.my

Ribuan peserta yang menghadiri Klinik Usahawan Warga Industri 1Malaysia (KUW1M) di Dewan Wawasan, Menara PGRM, Cheras, bagi mendengar tip untuk menjadi seorang usahawan berjaya, di Kuala Lumpur, semalam.

KUALA LUMPUR 13 April - Klinik Usahawan Warga Industri 1Malaysia (KUW1M) yang diilhamkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mendapat sambutan luar biasa dengan lebih 40,000 penyertaan sejak dilancarkan akhir Mac lalu.

Program berbentuk keusahawanan bersama pakar pemasaran, Dr. Azizan Osman telah mencatat rekod paling ramai pengunjung iaitu sebanyak 3,500 peserta di lokasi ketiga terakhir iaitu Kuala Lumpur.

Pengerusi Sekretariat Pekerja Muda Barisan Nasional (BN), Nazir Hussin Akhtar Hussin berkata, pendaftaran secara dalam talian di Kuala Lumpur juga mencatat pendaftaran tertinggi iaitu 6,219 orang.

"Jumlah kehadiran pada hari ini membuktikan peserta yang hadir bukanlah kerana suka-suka tetapi serius untuk menceburi bidang perniagaan secara sepenuh masa atau separuh masa.

"Program ini bertujuan menaik taraf kehidupan masyarakat dan peniaga, sekali gus menyuntik semangat daya saing yang tinggi," katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.

Menurut Nazir Hussin, penganjuran tersebut turut melibatkan agensi-agensi kerajaan melalui kaedah 'bukan berkaitan politik'.

"Peserta didedahkan dengan penglibatan pelbagai agensi kerajaan untuk mendapatkan maklumat berkenaan peluang yang disediakan oleh kerajaan melalui agensi tersebut.

"Agensi seperti Perbadanan Usahawan Nasional Bhd. (PUNB), Majlis Amanah Rakyat (Mara) dan Agro Bank menyediakan khidmat nasihat secara percuma kepada peserta tentang bantuan kewangan untuk memulakan perniagaan," katanya.

Bagi mereka yang berminat bolehlah mendaftar dan memilih lokasi KUW1M yang akan diadakan pada 14 April di The Zon Expo, Johor Bahru dan 18 Mei (Kota Kinabalu, Sabah).

Pendaftaran dan maklumat lanjut boleh diperoleh dengan melayari laman web www.beraniberniaga.com.

Hadir kuliah awal petua Fauzan terpilih graduan cemerlang KLMUC

Posted: 13 Apr 2013 11:26 AM PDT

Tiga kakitangan Kosmo, (dari kanan) Nurzalikha Harris Fadilah, Mohd Ardie Putra Suhaimi dan Aimi Ahmad Mazelan masing-masing memegang Diploma daripada Cosmopoint pada Majlis Graduasi KLMUC ke-5 dan Cosmopoint ke-18 Tahun 2013 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya, semalam.

PUTRAJAYA 13 April - Hadir ke kuliah sebelum pensyarah dan jangan lewat masuk ke kelas menjadi petua kepada Mohd. Fauzan Muhammade Rapitar dipilih menerima Anugerah Naib Canselor Kolej Universiti Metropolitan Kuala Lumpur (KLMUC) di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) hari ini.

Graduan Ijazah Sarjana Muda Perniagaan dan Pembangunan Usahawan yang berusia 26 tahun dan menuntut di institusi pengajian tinggi swasta (IPTS) itu sejak 2010 berkata, amalan tersebut perlu diamalkan oleh setiap pelajar untuk mendisiplinkan diri.

"Selain dapat hadir ke kelas lebih awal, pelajar sepatutnya membaca terlebih dahulu topik yang akan dibincangkan pensyarah pada hari berkenaan.

"Paling penting, bertanya kepada pensyarah sekiranya tidak memahami sesuatu perkara dan jangan bertangguh untuk bertanya sekiranya tidak faham,'' katanya kepada pemberita ketika ditemui dalam Majlis Konvokesyen KLMUC Kelima dan Kolej Teknologi Cosmopoint Ke-18, di sini hari ini.

Menurutnya, mereka juga perlu memperbanyakkan bertanya perkara di luar kotak pemikiran kerana amalan itu melatih mereka berfikir secara kreatif dan kritis.

Mohd. Fauzan merupakan antara 1,000 graduan IPTS tersebut yang menerima ijazah dan diploma masing-masing pada majlis konvokesyen tersebut.

Anugerah berkenaan disampaikan Naib Canselor KLMUC, Prof Dr. Abdul Rahim Abdul Rahman.

Graduan cemerlang yang mendapat Purata Nilai Gred Kumulatif (PNGK) 3.83 itu berkata, sepanjang melanjutkan pengajian, dia mengamalkan sikap berjimat cermat dan gemar berdikari.

"Bagi saya, jika kerap meminta-meminta terutama wang daripada ibu bapa untuk tujuan tidak berfaedah, sikap berkenaan menyebabkan pelajar terlalu alpa dengan kemewahan.

"Jadi, saya melakukan pelbagai kerja sambilan dan pendapatan yang diperoleh digunakan untuk keperluan dan kegunaan belajar," kata anak jati Kuala Lumpur itu.

Sementara itu, bagi penerima Anugerah Dekan, M Kalai Arasi, 24, anugerah yang diterima merupakan hadiah istimewa kepada ibu bapanya kerana berusaha memastikan adik-beradiknya mendapat peluang pendidikan terbaik.

''Saya anak kesembilan daripada 10 beradik dan kami bukanlah berasal dari golongan berada.

''Selepas ayah bersara, dia bekerja sebagai pengawal keselamatan memandangkan saya dan adik masih belajar," kata graduan Diplomasi Farmasi yang memperoleh keputusan PNGK 3.73 itu.

Menurutnya, kejayaan memperoleh Anugerah Dekan itu cukup menggembirakan ibu bapanya.

Sementara itu, graduan Kolej Teknologi Cosmopoint, Su Atiqah Faznur Jaafar, 24, yang menerima Anugerah Bestari berkata, dia banyak berbincang bersama rakan dan pensyarah sekiranya tidak memahami topik yang dipelajari.

"Jangan sesekali berasa malu untuk bertanya perkara yang tidak difahami.

"Selain itu, saya mengamalkan ulang kaji sesuatu topik sebelum masuk ke kelas bagi memudahkan untuk bertanyakan soalan kepada pensyarah," kata graduan Diploma Aplikasi Multimedia yang mendapat PNGK 3.80.

Bertanding calon Bebas, pembangkang syok sendiri

Posted: 13 Apr 2013 11:26 AM PDT

KUALA LUMPUR 13 April - Kerjasama antara pakatan pembangkang yang kononnya dikatakan erat disifatkan sekadar 'syok sendiri' apabila ramai ahli mereka bertindak menjadi calon Bebas selepas tidak dipilih untuk bertanding dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 nanti.

Setiausaha Barisan Nasional (BN) Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Syed Ali Alhabshee berkata, situasi ini membuktikan keutuhan mereka dalam mentadbir negara bersama ibarat telur di hujung tanduk kerana tiada kesepakatan.

Menurutnya, tiada kata sepakat di kalangan pembangkang itu ketara dilihat dalam pemilihan calon di sesetengah kawasan seperti di Sabak Bernam, Telok Kemang, dan Alor Setar.

"Jika mereka ini dipilih, semestinya negara akan menjadi huru-hara.

"Mereka akan berperang antara satu sama lain untuk merebut jawatan dalam kerajaan, sekali gus mendatangkan kesan buruk terhadap masa depan negara," katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.

Beliau berkata demikian selepas menyampaikan bantuan barangan permulaan perniagaan kepada 42 peserta 1Azam dan Bantuan Kebajikan Rakyat 1Malaysia (Karis1ma) kepada 28 orang kurang upaya (OKU) kawasan Cheras.

Sebanyak 13,693 penerima dari Kuala Lumpur telah terpilih di bawah Karis1ma bagi tahun ini melibatkan peruntukan RM3.02 juta manakala 2,414 peserta lagi terpilih menyertai program Teman 1Azam dengan peruntukan RM13 juta.

Syed Ali turut mengingatkan peserta bantuan Teman 1Azam agar tidak menyalahgunakan bantuan yang diberikan dengan mengambil langkah mudah iaitu menjual barangan diterima kepada pihak ketiga.

"Saya beri amaran, jika ada antara penerima yang berbuat demikian, tindakan undang-undang akan diambil, seterusnya nama peserta berkenaan akan disenaraihitamkan dari menerima sebarang bantuan daripada kerajaan.

"Peserta tidak seharusnya bergantung selama-lamanya dengan bantuan kerajaan, sebaliknya, mereka harus membantu diri sendiri untuk maju ke hadapan dan keluar daripada paras kemiskinan," ujarnya.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Feminin

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Feminin


Hasliza tidak pernah jemu

Posted: 13 Apr 2013 12:32 PM PDT

NOR Hasliza Hashim, 28 tampil cantik dan berkeyakinan tatkala memakai busana Jimmy Couture. Hasliza yang bertugas Setiausaha kepada Naib Presiden Kanan Bio medical (BiotehCorp) bercita-cita menjadi usahawan berjaya.

Berpengalaman melakukan pertunjukan fesyen, dia terus berusaha dan tidak pernah jemu memperbaiki serta melengkapkan diri dengan ilmu pengetahuan.

Baginya, gelombang modenisasi dan kepantasan teknologi dalam dunia kini menuntut golongan wanita mengetahui perkara baru.

Dia mahu sentiasa memberikan yang terbaik dalam melakukan apa sahaja dan percaya akan kebolehan diri sendiri.

Sebagai wanita bekerjaya tetap, dia tidak pernah terbeban menjalani tugas sebagai pelajar dan model sambilan.

"Sebagai setiausaha, saya memerlukan ketahanan mental dan fizikal yang tinggi. Saya akui melakukan tugas ketiga-tiga bidang ini bukan mudah tetapi pengurusan masa yang bijak amat penting.

"Saya ingin berusaha memperbaiki diri sendiri. Walaupun saya berhadapan dengan kekangan masa sebagai setiausaha dan model, saya masih mengambil peluang menjadi pelajar separuh masa dalam bidang Sarjana Muda Perniagaan di Universiti Malaya.

Pada masa akan datang saya bercita-cita menyambung pelajaran ke peringkat lebih tinggi di London," ungkap anak kelahiran Kedah ini.

Busana tentang 'Mia'

Posted: 13 Apr 2013 12:32 PM PDT

REKAAN ekstravaganza ini menampilkan pementasan mewah dan busana yang boleh disifatkan berlebihan. Namun di sebalik keunikan rekaan ini, terdapat sebuah kisah menarik tentang seorang wanita bernama Mia.

Koleksi busana membawa tema 'Lady of Mia' ini menceritakan tentang Mia yang pernah menderita kerana kecewa dalam hidupnya.

Dia mengharungi hidup dalam kegelapan, melayari tekanan hidup dan akhirnya dia bangkit dan berjaya keluar daripada kegelapan itu.

Inilah yang cuba ditampilkan oleh pereka muda, Kashfi Zulkufli pada koleksi terbarunya.

Busana sedia pakai ini bukan sahaja menampilkan tema glamor, tetapi dia sendiri mahu menyampaikan mesej tentang kehidupan seorang wanita.

Watak sebenar yang ditemui Kashfi memberi idea kepadanya menghasilkan rekaan sambil bercerita kepada penggemar fesyen.

Warna merah mewakili keberanian, hitam membawa maksud kedukaan dan putih melambangkan kesucian hati Mia.

Rekaan yang menggunakan gabungan beberapa fabrik ini termasuk duchess, jaring dan renda boleh digayakan di majlis-majlis istimewa, koktel, majlis bertema atau berkonsep.

Dalam pada itu, Kashfi yang merupakan ahli Young Designers Arena (Yoda) bakal menghasilkan pakaian 'Lady of Mia' siri kedua.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Johor

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Johor


Penantian 60 tahun berakhir

Posted: 13 Apr 2013 11:26 AM PDT

Oleh ZULHISHAM ISAHAK
utusanjohor@utusan.com.my

ABDUL Ghani Othman menyampaikan geran tanah kepada salah seorang penerima di Balai Raya Kampung Melepang. Ledang, Johor, semalam.

LEDANG 13 April - Penantian lebih 60 tahun 20 penduduk untuk mendapatkan sebidang tanah di Kampung Kurnia, Sagil, dekat sini, akhirnya berakhir apabila dikurniakan sebidang tanah seluas 2.4 hektar, semalam.

Berita gembira itu diumumkan Menteri Besar, Datuk Abdul Ghani Othman sebelum menyerahkan geran hak milik kepada 20 peserta berkenaan dalam satu majlis ringkas di Balai Raya Kampung Melepang, dekat Sini.

Seorang penduduk, Majuli Marto, 41, berkata beliau amat gembira kerana akhirnya mendapat hak ke atas tanah berkenaan yang dimohon arwah bapanya, Marto Marjono pada sekitar 60-an.

"Saya adalah generasi kedua dan ayah juga sudah meninggal dunia, kini saya yang mengusahakan tanah peninggalan ini yang sudah ditanam semula dengan getah," katanya ketika ditemui selepas menerima geran tersebut.

Majuli yang berasal dari Sagil namun kini menetap di Jasin, Melaka berkata, beliau amat gembira dan berterima kasih kepada kepemimpinan kerajaan daripada segenap peringkat yang sentiasa berusaha membantu penduduk mendapatkan tanah berkenaan.

Beliau yang juga seorang pengurus ladang berkata, keluarganya akan menguruskan kebun itu sebaik mungkin dan kini sering berulang-alik dari rumah mereka untuk menjaganya.

Seorang lagi penerima, Ismail Baba, 73, berkata, tanah berkenaan akan diserahkan kepada anaknya, Mahadi Ismail, 30-an, untuk diusahakan selepas menerima geran hak milik.

Beliau yang juga seorang bekas tentera berasal dari Kampung Paya Mas, dekat Tangkak berkata, tanah berkenaan sudah ditanam dengan getah dan mengeluarkan hasil.

"Saya amat berterima kasih kepada kerajaan kerana mengurniakan hak milik atas tanah ini, ia boleh digunakan untuk menampung keperluan enam anak saya," katanya.

Sementara itu, Ketua Kampung Hang Tuah, Melepang dan Termil, Basri Siron berkata, usaha mendapatkan hak milik ke atas tanah itu sudah dilakukan sejak 2006 tetapi wujudnya masalah pertindihan tuntutan sejak sekian lama yang perlu diselesaikan terlebih dulu.

"Seramai 33 penduduk memohon untuk mendapatkan tanah berkenaan yang termasuk dalam rangkaian Kampung Parit Babok. Ketika ini kerajaan menyerahkan sejumlah 48.5 hektar tanah yang akan diberikan sama rata kepada 20 pemohon, 13 lagi pemohon sedang menunggu kelulusan," katanya.

Abdul Ghani pula menjelaskan, kerajaan negeri mengambil keputusan untuk mengurniakan tanah berkenaan sama seperti dilakukan di Sungai Balang, Muar iaitu seramai 1,000 penduduk diberikan geran di atas tanah seluas 809.4 hektar.

"Saya tumpang gembira bukan kerana setiap seorang dapat tanah yang luas iaitu kira-kira enam ekar tetapi lebih daripada itu ia seperti juga di FELDA kerana penduduk boleh mengusahakannya dan mampu memperoleh pendapatan antara RM2,000 hingga RM3,000 sebulan.

"Memang tanah itu paling besar kita berikan kepada setiap pemohon dan ia pula adalah kawasan kebun, saya mengucapkan terima kasih kerana sabar menunggu sejak sekian lama, jadi sekarang tanah itu perlulah diusahakan," katanya.

Pembentukan jati diri belia penting

Posted: 13 Apr 2013 11:26 AM PDT

KOTA TINGGI 13 April - Usaha membentuk nilai dan jati diri belia merupakan perkara penting yang perlu diberikan perhatian kerana golongan itu merupakan pelapis yang akan meneruskan legasi kepimpinan negara di masa hadapan.

Ketua UMNO Bahagian Tenggara, Datuk Baderi Dasuki berkata, semua pihak perlu bersatu mempergiatkan penganjuran program-program yang boleh membentuk disiplin, akhlak dan nilai-nilai murni golongan belia.

"Kita perlu memastikan golongan belia mempunyai personaliti seimbang dan jati diri kukuh kerana mereka akan menentukan hala tuju negara di masa depan. Pada masa sama, belia juga harus menyedari kepentingan menghayati semangat perjuangan yang sebenar agar kemakmuran agama, bangsa dan negara dijaga serta dihormati.

"Semangat dan azam membara anak muda harus disalurkan ke arah aktiviti-aktiviti bermanfaat untuk membangunkan jati diri mereka," katanya ketika berucap dalam majlis penutup program Konvoi Bermotor Bersama Membina Bangsa anjuran Gerakan Belia 4B Tenggara di Mutiara Beach Resort, Tanjung Sedili dekat sini, baru-baru ini.

Konvoi dua hari sejauh lebih 150 kilometer itu melibatkan laluan Felda Sungai Sibol, Felda Penggeli Timur, Felda Sungai Sayong, Felda Bukit Besar, Felda Bukit Ramun, Kampung Semanggar, Kampung Mawai, Kampung Batu Ampat dan berakhir di Bandar Tenggara, KulaiJaya, tempat mereka bermula.

Seramai 1,000 golongan belia dengan lebih 500 kenderaan motosikal dan kereta mengambil bahagian dalam konvoi berkenaan yang terlebih dahulu dirasmikan oleh penyandang kerusi Parlimen Tenggara, Datuk Halimah Mohamed Sadique.

Sementara itu, Pengerusi Belia 4B Tenggara, Mohd Safiee Salam berkata, pihaknya akan cuba menjadikan program jelajah berkenaan sebagai aktiviti tahunan.

"Matlamat kita adalah bagi menerapkan nilai-nilai positif dalam memperkukuhkan jati diri golongan belia supaya tidak mudah terpengaruh dengan anasir luar yang boleh merosakkan pemikiran mereka, seterusnya meningkatkan kesedaran golongan belia agar tidak terlibat dengan aktiviti tidak berfaedah," ujarnya.

Kredit: www.utusan.com.my
 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved