Ahad, 14 April 2013

Utusan Online - Dalam Negeri


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Dalam Negeri


Gempa bumi kuat di Kepulauan Solomon, tiada tsunami

Posted: 13 Apr 2013 10:28 PM PDT

KUALA LUMPUR 14 April - Gempa bumi berukuran 6.8 pada skala Richter menggegarkan Kepulauan Solomon pada 9.32 pagi ini.

Jabatan Meteorologi Malaysia dalam kenyataannya hari ini berkata pusat gempa bumi itu terletak 119 kilometer di barat daya Arawa di Papua New Guinea dan 4,190 kilometer tenggara Semporna, Sabah.

Bagaimanapun, gempa bumi itu tidak membawa ancaman tsunami dan jabatan itu sedang memantau perkembangannya. - BERNAMA

Pasar raya pertama milik Koperasi AIM dilancarkan

Posted: 13 Apr 2013 10:22 PM PDT

SEMPORNA 14 April - Pasar raya Sahabat Ikhtiar, iaitu pasar raya pertama milik Koperasi Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) hari ini dilancarkan bagi menyediakan kemudahan kepada masyarakat setempat.

Perasmian pasar raya itu disempurnakan oleh Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal setelah sebulan beroperasi. - UTUSAN ONLINE

Klinik ambil doktor palsu dikenakan tindakan tegas

Posted: 13 Apr 2013 09:48 PM PDT

KUALA LUMPUR 14 April - Kementerian Kesihatan dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan mengambil tindakan terhadap sebuah klinik swasta di Melaka yang dilaporkan menggunakan khidmat doktor palsu.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata, beliau telah mengarahkan kementeriannya menjalankan siasatan dan jika didapati bersalah, tindakan akan dikenakan terhadap klinik dan doktor palsu berkenaan.

"Saya telah mengarahkan Ketua Pengarah Kesihatan menyiasat perkara itu kerana hal demikian membabitkan soal nyawa selain menjejaskan profesion kedoktoran," katanya dalam sidang akhbar selepas merasmikan Ekspo I Want: Sihat Bersamamu 2013 di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE

Kredit: www.utusan.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved