Ahad, 14 April 2013

Utusan Online - Timur


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Timur


Aku janji BN disambut baik

Posted: 13 Apr 2013 11:26 AM PDT

Oleh MOHD. HAFIZ ABD. MUTALIB
utusankelantan@utusan.com.my

KOTA BHARU 13 April - Rata-rata rakyat negeri ini menyambut baik manifesto atau aku janji Barisan Nasional (BN) Kelantan yang risalah tentangnya mula diedarkan semalam.

Dapat disaksikan setiap daripada mereka yang menerima risalah manifesto itu berpuas hati dengan aku janji BN tersebut yang mencakupi semua bidang demi menjamin kesejahteraan dan masa depan rakyat negeri ini.

Seorang peniaga, Mohd. Badrul Hisyam, 31, berkata, manifesto atau aku janji BN ini sangat baik dan bakal mengubah Kelantan menjadi sebuah negeri membangun dan maju berpaksikan Islam.

Katanya, manifesto itu sangat lengkap sesuai dengan rakyat Kelantan yang dahagakan pembangunan dan dalam masa sama ciri-ciri negeri Islam tidak dilupakan.

Justeru, dia berharap BN akan mampu mencapai kemenangan pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) ini, seterusnya merealisasikan janji mereka itu setelah sekian lama rakyat dikecewakan dengan janji-janji palsu Pas.

"Janji BN ini sangat menyeluruh dan lebih penting mereka juga berjanji akan memastikan tanah yang telah dirampas oleh kerajaan Pas negeri akan dikembalikan kepada rakyat," katanya di sini hari ini.

Sebanyak 10,000 risalah manifesto atau aku janji BN itu diedarkan kepada orang ramai di sekitar bandar ini.

Risalah berkenaan diedarkan oleh 50 orang Skuad Pemuda BN yang diketuai oleh Anuar Safian dan turut disertai Presiden Angkatan Generasi Melayu Muda (Agenda), Mohamad Zaidan Abdul Rahim dan Ketua Pemuda MIC, Sanker Kupusamy.

Penyelia projek, Mohd. Faisal Mohd. Shabri, 26, pula berkata, manifesto BN itu juga bakal memberikan faedah kepada golongan muda di negeri ini.

Katanya, antaranya yang menarik dalam manifesto itu ialah BN berjanji akan menyediakan 30,000 peluang pekerjaan dalam tempoh lima tahun kepada golongan muda.

"Sudah lama golongan muda terpaksa merantau ke negeri lain kerana tiada peluang pekerjaan di sini dan selepas ini, sekiranya BN diberi peluang, maka golongan ini tidak perlu lagi bersusah payah mencari rezeki di negeri orang," katanya.

Idris Saidon, 28, pula berkata, sudah tiba masanya rakyat negeri ini melakukan perubahan setelah 23 tahun di bawah pemerintahan Pas yang ternyata gagal.

Dia yakin BN akan menunaikan janji kerana parti itu bukan seperti Pas yang hanya tahu menabur janji, namun gagal ditunaikan.

Sementara itu, Anuar berkata, beliau melihat sambutan orang ramai terhadap manifesto BN itu sangat positif dan ini petanda yang mereka sangat inginkan perubahan.

Katanya, risalah manifesto itu akan terus diedarkan di seluruh negeri sehingga PRU-13 berlangsung pada 5 Mei ini.

"Sebanyak 300,000 risalah manifesto akan diedarkan di seluruh negeri ini dan kita akan pergi ke setiap rumah dalam memastikan setiap kediaman mempunyai satu manifesto BN," katanya.

Jentera BN Parlimen Dungun bergerak seiring

Posted: 13 Apr 2013 11:26 AM PDT

Rosli Mat Hassan (bersongkok) bersama ahli Wanita berikrar memenangkan calon BN ketika merasmikan Kursus Pilihan Raya Umum Jalinan Rakyat Wanita BN, Parlimen Dungun di Dungun, semalam.

DUNGUN 13 April - Semua jentera Barisan Nasional (BN) Parlimen Dungun digesa supaya bergerak seiring bagi memastikan sesiapa sahaja calon yang dipilih oleh pucuk pimpinan memenangi semua kerusi bagi Dewan Undangan Negeri dan Parlimen.

Pengerusinya, Datuk Rosli Mat Hassan berkata, mereka harus mengetepikan persoalan remeh-temeh dan pergeseran kerana Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) amat penting kerana bakal menentukan nasib rakyat dan negeri.

"Saya yakin dan percaya semua jentera BN akan bekerja keras menjalankan kempen secara bersih bagi memenangkan semua calon BN yang bertanding dan mengembalikan kerusi yang tewas dalam PRU lalu.

"Oleh itu, saya meminta semua ahli BN di peringkat akar umbi supaya bekerja dengan kuat tanpa mengira siapa calon yang akan diputuskan oleh Perdana Menteri kerana pilihan raya adalah penentu nasib rakyat dan generasi akan datang," katanya.

Beliau berkata demikian semasa berucap pada Majlis Perasmian Kursus Pilihan Raya Umum Jalinan Rakyat Wanita BN Parlimen Dungun yang dihadiri oleh kira-kira 700 orang Wanita UMNO, MCA dan Gerakan di Dewan Utama Majlis Perbandaran Dungun di sini hari ini.

Rosli yang juga Ketua UMNO Bahagian berkata, rakyat harus diingatkan agar tidak lagi ragu-ragu dengan corak pemerintah Kerajaan BN kira-kira 55 tahun lalu kerana ia terbukti amat menyenangkan seluruh rakyat di negara ini.

Katanya, pengalaman silam semasa bersama pemerintahan Pas selama empat tahun tiga bulan boleh dijadikan iktibar semasa BN tewas pada PRU 1999 apabila suasana kehidupan dan pentadbiran tidak menentu.

"Saya percaya semua rakyat masih ingat antara lain kanak-kanak di tabika ketiadaan tempat belajar apabila balai-balai raya dirampas dan ditutup.

"Pada pilihan raya ini marilah sama-sama kita menggembleng tenaga memperkuatkan barisan bagi menguburkan Pas dan Parti Keadilan Rakyat," tegasnya.

Tekad sokong UMNO

Posted: 13 Apr 2013 11:26 AM PDT

Dr. Ahmad Zahid Hamidi (empat dari kanan) menerima borang keahlian UMNO daripada Rosli Noor, salah seorang penyokong tegar Pas pada Majlis Selamat Tinggal Pas di Sekolah Menengah Kebangsaan Beris Pancor sambil disaksikan oleh Awang Adek Hussin (kiri) di Bachok, kelmarin.

Dr. Ahmad Zahid Hamidi (empat dari kanan) menerima borang keahlian UMNO daripada Rosli Noor, salah seorang penyokong tegar Pas pada Majlis Selamat Tinggal Pas di Sekolah Menengah Kebangsaan Beris Pancor sambil disaksikan oleh Awang Adek Hussin (kiri) di Bachok, kelmarin.

BACHOK 13 April - Seramai 300 ahli dan penyokong Pas di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Tawang yang keluar daripada parti itu bertekad untuk menyokong perjuangan Barisan Nasional (BN).

Keputusan itu merupakan suntikan semangat kepada BN memandangkan DUN Tawang tidak pernah dimenangi sejak pilihan raya umum 1990.

Mereka menyerahkan borang keahlian mereka kepada Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi dan Ketua UMNO Bahagian Bachok, Datuk Awang Adek Hussin dalam Majlis Selamat Tinggal Pas di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Beris Pancor di sini, malam semalam.

Dalam pilihan raya umum 2008, calon Pas, Hassan Mohamood menewaskan calon BN, Ibrahim Mat Din dengan majoriti sebanyak 3,278 undi.

Bekas ahli Pas tersebut, Rosli Noor, 46, berkata, beliau memilih menyertai UMNO kerana percaya perlembagaan parti itu jelas memartabatkan Islam di negara ini.

Inilah yang membuatkan saya percaya hanya dengan UMNO barulah agama Islam di Malaysia dapat dipertahankan dan dikembangkan tidak seperti yang dilakukan Pas.

Saya juga mengambil kesempatan ini untuk meminta maaf kepada semua rakan ahli UMNO atas persepsi hitam saya terhadap mereka selama ini, saya berjanji selepas ini saya akan sentiasa menyokong UMNO," katanya.

Penduduk Kampung Dusun Durian, Abdulah Che Koh, 63, berkata, dia tidak lagi mempercayai Pas ekoran tindakan pemimpin-pemimpinnya yang suka bercakap bohong dan mengeluarkan tuduhan palsu terhadap pemimpin lain.

Saya menjadi ahli Pas sejak 1970-an dan semenjak itu, saya tengok Pas ini kecek belawok (bercakap bohong), sebab itulah saya tidak lagi mempercayai mereka," katanya.

Bagi Gayah Mamat, 77, pula, dia menyertai UMNO selepas mendengar penerangan daripada rakan-rakannya dan percaya hanya UMNO yang memperjuangkan Islam sebenar di negara ini.

Selama menjadi ahli Pas saya tidak pernah pun ambil peduli pasal UMNO sebab saya hanya fokus sepenuhnya dengan Pas dan memberi undi setiap kali pilihan raya.

Tetapi akhir-akhir ini, makin banyak tentangan terhadap Pas dan selepas saya diberi penerangan oleh rakan-rakan dan orang kampung,

Kredit: www.utusan.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved