Isnin, 17 Oktober 2011

Utusan Online - Sukan

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Sukan


Elak sepakan bebas

Posted:

Elak sepakan bebas

Elak sepakan bebas

Oleh MUHAMMAD DAYNE AZMIN
dayne.ghazali@utusan.com.my

KUALA LUMPUR - Terengganu harus waspada. Jangan beri peluang Safiq Rahim melakukan sepakan bebas pada perlawanan hari ini, jika tidak mungkin skuad Penyu bakal senasib dengan Perak yang tersungkur pada suku akhir.

Lantaran itu, pengendali Terengganu, Irfan Bakti mengingatkan pemain supaya tidak melakukan kekasaran terutama berhampiran kawasan penalti, bimbang terperangkap dengan taktik Selangor yang mungkin mengintai ruang mendapatkan sepakan percuma berhampiran pintu gol pada separuh akhir Piala Malaysia hari ini.

"Elak melakukan kesilapan dekat kotak penalti kerana ia boleh membuka ruang Selangor menjaringkan gol seperti mana mereka lakukan ketika bertemu Perak.

"Safiq Rahim semakin yakin menjaringkan gol menerusi sepakan bebas. Saya harap pemain berhati-hati ketika melakukan asakan ke atas pemain Selangor, jangan lakukan kesalahan yang tidak sepatutnya, " katanya.

Safiq menjaringkan dua gol awal Selangor pada perlawanan suku akhir pertama di Stadium Shah Alam ketika menentang Perak, kedua-duanya melalui sepakan bebas menarik dari jarak 25 hingga 30 meter di samping turut menjadi punca kepada gol tunggal Rudie Ramli ketika menang 1-0 di Stadium Perak.

Sementara itu, Irfan lega kerana skuadnya tidak berdepan kecederaan serius selain kembalinya perancang utama, Ismail Faruqi yang pasti memberikan kesulitan kepada Selangor menguasai bahagian tengah dan pertahanan kiri, Mohd. Zubir Azmi.

Irfan tetap menghormati keupayaan Selangor sejak mendapat sentuhan P. Maniam, yang disifatkan memberi nafas baru kepada juara 32 kali Piala Malaysia itu.

"Semenjak Maniam membimbing Selangor, mereka bangkit dan merupakan sebuah pasukan pencabar, mereka bermain sebagai satu pasukan, jadi bukan mudah untuk mengalahkan mereka," katanya.

Di kem Selangor pula, Maniam melihat Terengganu bukan pasukan yang mudah dijinakkan, berdasarkan pencapaian hebat jaguh Pantai Timur itu pada saingan Liga Malaysia.

"Terengganu sebuah pasukan yang bermain secara menyerang dan mungkin antara paling bagus dalam Liga Malaysia. Ia dikendalikan seorang jurulatih berpengalaman, Irfan Bakti.

"Keyakinan mereka sudah tentu berada pada tahap terbaik kerana baru sahaja menyingkirkan juara bertahan dan juara Liga Super, Kelantan pada suku akhir.

"Kami akan cuba berikan yang terbaik bagi mencari kemenangan di tempat sendiri esok, " katanya ketika dihubungi semalam.

Full content generated by Get Full RSS.

Karathu tidak sambung kontrak

Posted:

Karathu tidak sambung kontrak

Karathu tidak sambung kontrak

Oleh MOHD. ZUHARMAN MOHAMMAD NOR
utusankelantan@utusan.com.my

KOTA BHARU - Jurulatih Kelantan, Datuk M. Karathu mengesahkan tidak berhasrat untuk menyambung kontrak bersama Red Warriors musim depan atas alasan mahu menumpukan masa kepada keluarga.

Katanya, sudah sampai masanya beliau berbuat demikian memandangkan sebelum ini masanya agak terhad kerana terlalu sibuk dengan karier yang telah menjadi sebahagian daripada jiwanya.

"Saya mengucapkan terima kasih kepada Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA), Tan Sri Annuar Musa, pemain, penyokong dan semua ketika saya melatih Kelantan selama semusim.

"Sudah sampai bagi saya memikirkan untuk berehat bersama keluarga yang saya tinggalkan demi karier bola sepak selama ini. Kelantan sangat dekat di hati saya. Terima kasih semua," katanya ditemui di sini, semalam.

Beliau mengulas hala tujunya selepas gagal membantu Red Warriors mempertahankan Piala Malaysia apabila tewas juara Piala FA, Terengganu dengan agregat 3-5 pada saingan suku akhir Jumaat lalu.

Karathu pernah membimbing Kelantan pada 1993 sehingga ke peringkat separuh akhir Piala Malaysia.

Walaupun kandas pada suku akhir musim ini, Karathu mencipta sejarah apabila membawa Kelantan menjuarai Piala Sumbangsih, Liga Super dan naib johan Piala FA.

Beliau menafikan menerima tawaran daripada pasukan lain sambil menegaskan, tidak pernah memohon dengan mana-mana pasukan dalam Liga Malaysia musim depan.

Sementara itu Naib Presiden KAFA, Rosmadi Ismail, terkejut dengan berita berkenaan ia akan dibincang dalam mesyuarat Ahli Jawatankuasa KAFA.

"KAFA akan bincang perkara ini jika benar jurulatih itu mahu melepas jawatan. Ini kerana beliau banyak berjasa kepada Kelantan dan kita sangat berpuas hati dengan komitmen beliau," katanya.

Full content generated by Get Full RSS.
Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Jenayah

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Jenayah


Minta selesai kes rogol libat pensyarah

Posted:

Minta selesai kes rogol libat pensyarah

Minta selesai kes rogol libat pensyarah

KUALA LUMPUR 17 Okt. - Pihak berkuasa digesa segera mengambil tindakan tegas bagi menyelesaikan satu kes rogol mahasiswa membabitkan seorang pensyarah sebuah universiti tempatan yang sudah tertangguh sejak empat tahun lalu.

Kejadian mengejutkan itu yang didakwa berlaku pada pukul 4.20 petang, 26 Disember 2008 di bilik pensyarah berkenaan, didedahkan Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baharu, Datuk Zulkifli Noordin selepas menerima aduan daripada mangsa.

Menurut Zulkifli, selain tiada sebarang tindakan undang-undang, pensyarah yang berstatus profesor dan mengajar bidang kejuruteraan itu juga bebas menikmati kehidupannya, sedangkan mangsa masih trauma sehingga hari ini.

"Saya dimaklumkan pensyarah ini tidak lagi mengajar di universiti tempat mangsa dirogol tetapi dia kini menjadi pensyarah di sebuah universiti milik kerajaan negeri di Selangor. Persoalannya kenapa tiada tindakan ke atas kes ini.

"Mangsa bukan dirogol di luar tetapi di bilik pensyarah itu. Maknanya dalam universiti berkenaan dan sehingga kini dia bebas. Jadi, bagaimana keselamatan para pelajar lain kerana dia masih lagi mengajar," katanya di lobi Parlimen di sini hari ini.

Lebih menimbulkan persoalan jelas Zulkifli, beliau dimaklumkan oleh Kementerian Dalam Negeri pegawai penyiasat kes tersebut telah dikenakan tindakan tata terbit atas alasan lambat menyelesaikan kes itu dan bukan suspek kes rogol.

Sedangkan kata beliau, memang telah menjadi prosedur operasi standard (SOP), setiap kes rogol perlu diselesaikan dalam masa yang cepat sebaik sahaja mangsa membuat aduan.

"Saya minta pihak berkuasa jangan pilih bulu hanya kerana suspek adalah seorang pensyarah berstatus profesor. Hakikatnya sudah ada aduan mengenai kejadian rogol tetapi di mana hasil siasatannya?

"Jangan kita perjudikan keselamatan para pelajar lain. Soal sama ada kes ini mempunyai prima facie atau tidak untuk dibawa ke mahkamah itu soal lain, tetapi siasatan terperinci perlu dilaksanakan dan sepanjang tempoh itu suspek perlu digantung tugas," katanya.

Full content generated by Get Full RSS.

Suspek wanita kes buang bayi masih ditahan

Posted:

Suspek wanita kes buang bayi masih ditahan

Suspek wanita kes buang bayi masih ditahan

KUALA TERENGGANU 17 Okt. - Polis masih menahan seorang wanita bagi membantu siasatan kes bayi masih hidup ditemui dalam tangki air pam tandas di sebuah rumah sewa di Kemaman awal pagi Jumaat lalu.

Suspek yang dipercayai ibu kepada bayi itu perlu ditahan untuk tempoh sekurang-kurangnya dua hari lagi bagi membantu siasatan.

Ketua Polis Daerah Kemaman, Supritendan Abdullah Sani Salat berkata, ketika ini, polis memerlukan masa untuk menyoal siasat wanita berusia 23 tahun itu berikutan keadaannya yang masih lemah.

"Kita akan menunggu masa yang sesuai sebelum membuat soal siasat terhadap wanita berkenaan berhubung kes itu," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Akhbar sebelum ini melaporkan mengenai penemuan seorang bayi lelaki yang dipercayai baru dilahirkan dua jam dalam tangki air pam tandas sebuah rumah sewa di Kemaman kira-kira pukul 3 pagi pada Jumaat lalu.

Bayi yang masih hidup serta bertali pusat itu dijumpai oleh rakan sebilik suspek.

Difahamkan, bayi itu kini stabil dan mungkin akan diserahkan kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat untuk dipelihara.

Full content generated by Get Full RSS.
Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Politik

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Politik


Jangan ambil mudah cabaran PRU13

Posted:

Jangan ambil mudah cabaran PRU13

Jangan ambil mudah cabaran PRU13

Oleh KAMIL MASLIH
utusanjohor@utusan.com.my


MUHYIDDIN Yassin menyampaikan sumbangan kerusi roda kepada Halijah Jaafar, 73, yang menghidap sakit lutut pada Program Khas Kesejahteraan Untuk Rakyat Zon Sungai Terap/Sungai Raya peringkat Parlimen Pagoh di dewan Sekolah Kebangsaan Kampung Paya Panjang, Bukit Pasir, Pagoh, Muar, Johor, semalam. – BERNAMA


MUAR 17 Okt. – Tan Sri Muhyiddin Yassin mengingatkan semua ahli Barisan Nasional (BN) supaya tidak mengambil mudah cabaran pada Pilihan Raya Umum Ke-13 walaupun perkembangan terkini semakin positif dan sokongan rakyat kepada parti kian bertambah.

Timbalan Perdana Menteri berkata, semua pihak perlu bekerja keras untuk mengukuhkan sokongan rakyat kepada BN dan menyelesaikan isu-isu berbangkit terutama di kawasan yang memerlukan tumpuan.

"Walaupun sentimen agak bertambah baik, tetapi saya sendiri tidak akan mengambil keputusan bahawa semua sudah baik dan semua sudah bertambah positif kerana kita tahu masih ada kelompok di kawasan tertentu baik Parlimen atau DUN (Dewan Undangan Negeri).

"Tumpuan lebih harus diberikan untuk membantu rakyat, menyelesaikan isu dan pentingnya kerjasama antara parti komponen dan perpaduan dalam parti adalah pra syarat utama yang harus diberikan," katanya selepas merasmikan Program Khas Untuk Rakyat (Kesejahteraan Rakyat) peringkat Parlimen Pagoh di Dewan Sekolah Kebangsaan Kampung Paya Panjang, Bukit Pasir di sini hari ini.

Muhyiddin turut mengunjungi dewan Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Kong Yu, Kundang Ulu serta pekarangan Masjid Kampung Paya Redan dalam lawatannya hari ini bagi menyampaikan bantuan kepada golongan miskin dan orang kurang upaya (OKU) di samping bantuan kepada pertubuhan bukan kerajaan (NGO).

Menurutnya, menerusi pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, rakyat dapat menilai pelbagai perubahan positif yang telah dibawa kerajaan BN dalam program transformasi kerajaan serta Bajet 2012 yang merangkumi setiap kumpulan masyarakat.

Muhyiddin berkata, biarpun kemampuan kerajaan BN telah berjaya dibuktikan, ahli parti tidak boleh bersikap angkuh kerana landskap politik negara sudah berubah dan harapan rakyat perlu diambil kira untuk menghadapi pilihan raya umum.

Timbalan Perdana Menteri yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan BN berkata, beliau akan turut terlibat dalam merangka formula baru pembahagian kerusi parti komponen BN yang diumumkan Perdana Menteri semalam untuk mencapai matlamat menang-menang bagi semua pihak dalam parti.

"Formula dahulu telah dijayakan matlamatnya, tetapi dalam lingkungan ekosistem politik baru, kita kena nilai dalam konteks terkini. Di sini pengorbanan pemimpin dan ahli-ahli BN untuk mencapai kata sepakat tentang bagaimana formula itu dirumuskan sebelum pilihan raya selesai, diperlukan.

"Begitu juga bagaimana calon yang dikatakan boleh menang, itu juga akan diambil kira sama ada calon itu Melayu, Cina atau India. Tetapi asas perkongsian kuasa dan keadilan pembahagian tidak akan kita korbankan, yang lebih penting adalah kuasa politik BN dan sokongan rakyat harus diambil kira," katanya.

Muhyiddin berkata, pakatan pembangkang akan tetap membuat pelbagai dakwaan untuk meraih sokongan termasuk menawan Negeri Sembilan dalam pilihan raya umum akan datang, namun apa yang penting bagi BN adalah bekerja untuk rakyat.

"Dia buat bacaan mengikut sifir dia, kita akan ikut sifir kita, yang penting kita terus kerja dan jangan bersikap terlalu angkuh kerana masih ada banyak yang berlaku di sekitar kita yang akan memberi kesan dan impak kepada pemikiran pengundi," katanya.

Full content generated by Get Full RSS.

Rakyat Terengganu 'derita' jika pilih Pas memerintah

Posted:

Rakyat Terengganu 'derita' jika pilih Pas memerintah

Rakyat Terengganu 'derita' jika pilih Pas memerintah

KUALA LUMPUR 17 Okt. - Rakyat Terengganu bakal 'menderita' sekali lagi jika mereka memilih Pas sebagai parti pemerintah negeri tersebut.

Pensyarah Kanan Kolej Undang-Undang Kerajaan dan Pengajian Antarabangsa Universiti Utara Malaysia (UUM), Dr. Mohd. Azizuddin Mohd. Sani berkata, ini kerana manifesto yang dilancarkan parti itu semalam hanya bersifat populis, yang tidak mengambil kira kesan selepas pelaksanaannya.

''Terbukti apa yang dijanjikan parti itu tidak dapat dilaksanakan seperti janji kerajaan Pas di Kedah menurunkan cukai tanah, tetapi sekarang mereka sebenarnya merana akibat tindakan itu kerana cukai merupakan pendapatan kepada kerajaan negeri.

''Bagi menutup kepincangan itu, mereka mengenakan cukai yang tinggi pula kepada UUM.

''Maka, sebab itu kita menjangkakan mereka tidak melakukan kajian secara terperinci ketika menyenaraikan janji-janji tersebut kerana ia sekadar memancing undi,'' katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Pas Terengganu semalam mengumumkan sebahagian manifesto Pilihan Raya Umum ke-13 yang antara lain menjanjikan kakitangan awam wanita kematian suami bakal diberi cuti bergaji selama 30 hari sebagai tempoh berkabung.

Langkah pengumuman secara berperingkat itu kononnya bagi memastikan manifesto yang dibuat tidak ditiru oleh Barisan Nasional (BN).

Pensyarah Kanan Bahagian Politik Pusat Pengajian Sains Kemasyarakatan Universiti Sains Malaysia (USM), Dr. Azeem Fazwan pula berkata, penghapusan cukai pintu dan penyelesaian isu tanah merupakan pengulangan janji oleh Pas selepas mereka diberi mandat memerintah Terengganu pada Pilihan Raya Umum Ke-11 pada tahun 1999.

Katanya, Pas bagaimanapun menghadapi masalah kewangan kerana mereka hanya mengharapkan wang royalti minyak daripada Kerajaan Persekutuan.

''Sekiranya janji yang sama dibuat oleh Pas, saya mengandaikan mereka akan menghadapi masalah kewangan yang sama.

''Penghapusan cukai bukan tindakan bijak kerana ia merupakan sumber utama kerajaan negeri. Banyak lagi cara lain yang boleh meringankan beban rakyat,'' katanya.

Full content generated by Get Full RSS.
Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Mahkamah

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Mahkamah


Keputusan kes saman fitnah Lisdawati terhadap Nadia 31 Oktober

Posted:

Keputusan kes saman fitnah Lisdawati terhadap Nadia 31 Oktober

Keputusan kes saman fitnah Lisdawati terhadap Nadia 31 Oktober

KUALA LUMPUR 17 Okt. - Keputusan kes saman fitnah oleh pelakon Lisdawati terhadap rakan artisnya, Nadia Mustafar enam tahun lalu berhubung satu artikel di sebuah majalah hiburan akan diketahui pada 31 Oktober ini.

Hakim Yong Zarida Sazali menetapkan tarikh itu selepas selesai mendengar hujahan oleh kedua-dua peguam yang mewakili pelakon-pelakon itu di Mahkamah Sesyen Sivil di sini hari ini.

Lisdawati diwakili oleh peguam Sangeet Kaur Deo manakala Nadia atau nama sebenarnya, Siti Naziyah Sheikh Mustafar selaku defendan pula diwakili oleh peguam-peguam, Siti Noor Julaini Shahar dan Mohd. Lustfi Yaakub.

Lisdawati atau nama sebenarnya Nisdawati Nazaruddin, 33, menyaman Nadia, 35, kerana mendakwa pelakon filem Zombie Kampung Pisang itu telah memberi wawancara berunsur fitnah terhadapnya dalam artikel yang ditulis oleh wartawan majalah Media Hiburan, Hanif Abdul Ghani.

Hanif telah meninggal dunia akibat penyakit tibi pada 18 Julai 2009 di Hospital Tuanku Jaafar, Seremban, Negeri Sembilan.

Artikel yang bertajuk Hutang - Nadia Mustafar serang Lisdawati? disiarkan oleh majalah mingguan berkenaan bertarikh 8-14 Januari 2005.

Sehubungan itu, isteri kepada pelakon Fauzi Nawawi itu memohon ganti rugi sebanyak RM250,000 serta faedah lapan peratus dan kos-kos lain ekoran penyiaran wawancara tersebut yang didakwa telah menyebabkan imej dan 'periuk nasi' aktres itu terjejas.

Sangeet dalam hujahannya berkata, mahkamah harus mempertimbangkan tindakan defendan yang telah memulakan kenyataan-kenyataannya sejak 2003 serta menghebahkan isu hutang dalam beberapa wawancara selain wawancara di majalah itu.

Sangeet memetik keterangan saksi plaintif ketiga iaitu Editor Media Hiburan, Intan Zabidin bahawa Hanif adalah seorang wartawan yang dipercayai, mempunyai kredibiliti, tidak memutarbelitkan fakta dan hanya menulis berdasarkan maklumat yang diberitahu kepadanya.

''Defendan juga dalam pembelaannya bersetuju bahawa Hanif tidak memutarbelitkan kata-kata beliau dan keterangan itu tidak disoal balas oleh peguam defendan,'' kata Sangeet.

Mohd. Lustfi sebaliknya menegaskan, defendan langsung tidak pernah menyebut nama plaintif sebagai peminjam wang di dalam artikel terbabit dan sehubungan itu, plaintif telah gagal membuktikan dakwaan wujud fitnah terhadap dirinya.

Beliau turut memetik keterangan Intan yang bersetuju bahawa tiada sebarang fitnah terhadap plaintif yang terkandung di dalam artikel terbabit dan tajuk artikel itu bukan ditentukan oleh defendan.

Berkenaan tajuk artikel itu yang ditulis dengan ayat berbentuk soalan, Mohd. Lustfi merujuk kepada keterangan Intan yang menyatakan, tiada kepastian sama ada individu yang dirujuk oleh defendan adalah plaintif atau pelakon lain.

Full content generated by Get Full RSS.
Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Pahang

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Pahang


Memperkasa sukan di sekolah

Posted:

Memperkasa sukan di sekolah

Memperkasa sukan di sekolah

Oleh M.RIZAL NOR
utusanktn@gmail.com


SEBAHAGIAN peserta Kem Satu Murid Satu Sukan (1M1S) menunjukkan tanda 1Malaysia selepas tamat menjalani program tersebut di Air Tenang Resort, Janda Baik, Bentong, baru-baru ini.


BENTONG 17 Okt. - Satu ketika dahulu sukan merupakan aktiviti yang penting bukan hanya untuk kokurikulum dalam sekolah bahkan program kemasyarakatan.

Namun sejak kebelakangan ini, aktiviti sukan di kalangan pelajar sekolah semakin berkurangan kerana segelintir mereka terlalu memberi perhatian kepada akademik sehingga kurang cenderung untuk bersukan.

Melihat situasi itu, Kementerian Pelajaran menjalankan program transformasi pendidikan menerusi Dasar Satu Murid Satu Sukan (1M1S) yang akan berkuat kuasa sepenuhnya nanti.

Perkara itu mendapat perhatian Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dengan menyatakan dasar 1M1S akan mendapat sokongan ibu bapa bagi usaha membentuk modal insan yang holistik.

Ketika merasmikan Program Matrikulasi Bersama Masyarakat Peringkat Kebangsaan di Kolej Matrikulasi Kedah awal tahun ini, Muhyiddin yang juga Menteri Pelajaran berkata, langkah itu untuk tingkatkan prestasi pelajar bukan hanya dari segi akademik tetapi juga kokurikulum.

Dasar yang mendapat reaksi positif warga pendidikan itu bertujuan mengembalikan kegemilangan sukan ke peringkat sekolah.

Melalui penglibatan dalam bidang sukan, negara mampu melahirkan pelajar yang mempunyai semangat untuk bertanding dan bersaing secara sihat.

Justeru, itu, seramai 224 murid dan pelajar menyertai Kem 1M1S anjuran Pejabat Pelajaran Daerah (PPD) Jerantut di Air Tenang Resort Janda Baik di sini pada 6 hingga 8 Oktober lalu.

Program selama tiga hari itu melibatkan 128 pelajar sekolah menengah dan 96 murid sekolah rendah dari seluruh daerah tersebut.

Penyelia Unit Sukan PPD Jerantut, Mohd. Supian Mohd. Kasim berkata, semua peserta dipilih oleh pihak sekolah masing-masing melibatkan empat murid sekolah rendah dan lapan pelajar sekolah menengah.

"Program itu diadakan selama tiga hari dan peserta didedahkan dengan setiap jenis sukan, organisasi kelab dan pengubahsuaian permainan oleh guru yang bertindak sebagai jurulatih," katanya kepada Utusan Malaysia pada majlis penutup program tersebut baru-baru ini.

Mohd. Supian berkata, semua peserta dari sekolah rendah dan menengah digabungkan mengikut kumpulan masing-masing agar mereka dapat berkenalan dan berkomunikasi dengan baik.

Menurutnya, aktiviti pertama yang dijalankan adalah Pengenalan Pengurusan Kelab iaitu pendedahan kepada peserta mengenai organisasi sesebuah kelab sukan serta fungsi setiap pelajar berdasarkan jawatan yang disandang oleh mereka.

"Selepas mendengar ceramah daripada jurulatih, semua peserta kemudian membuat latihan dalam kumpulan bagi membentuk satu organisasi lengkap berdasarkan kelab sukan dipilih dan seterusnya membuat pembentangan kepada ahli kumpulan lain," ujarnya.

Kata Mohd. Supian lagi, peserta kemudiannya diberi penerangan mengenai asas permainan terutama bagi sukan bola sepak, badminton, bola jaring, sepaktakraw dan hoki.

Tambahnya, mereka juga diberi peluang bermain semua jenis permainan tersebut secara bergilir-gilir agar mereka mendapat pengetahuan serta kemahiran yang akan digunakan apabila kembali ke sekolah nanti.

Jelasnya, pada masa yang sama pihaknya turut memberi penerangan mengenai asas pemakanan serta kecederaan dalam sukan.

Beliau berharap para peserta akan menjadi duta sukan dan mengaplikasikan kemahiran yang mereka perolehi melalui kem itu di sekolah masing-masing.

Full content generated by Get Full RSS.

Pengalaman mempelajari pelbagai jenis sukan

Posted:

Pengalaman mempelajari pelbagai jenis sukan

Pengalaman mempelajari pelbagai jenis sukan

BENTONG 17 Okt. - Penganjuran Kem Satu Murid Satu Sukan (1M1S) yang dikendalikan oleh Pejabat Pelajaran Daerah (PPD) Jerantut di Air Tenang Resort, Janda Baik di sini baru-baru ini memberi kesan besar kepada pelajar dan murid sekolah di daerah itu.

Penyertaan dalam kem tersebut membolehkan mereka memahami dasar 1M1S yang dilaksanakan oleh Kementerian Pelajaran dalam menjana transformasi pendidikan negara.

Murid tahun empat Sekolah Kebangsaan (SK) Felda Kota Gelanggi 1 Jerantut, Danial Nuqman Khairul Nizam, 10, berkata, dia mempelajari banyak perkara setelah menyertai kem yang dikendalikan oleh guru-guru terlatih itu.

"Saya belajar pelbagai cara untuk membentuk organisasi dalam sebuah kelab sukan dan memahami setiap tugas yang dipegang oleh ahli kelab berdasarkan jawatan disandang mereka," katanya kepada Utusan Malaysia di sini baru-baru ini.

Bagi pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Padang Saujana Jerantut, Megat Jazlan Shah Nadbidi, 14, program tersebut memberi peluang kepadanya menambah pengetahuan dan kemahiran dalam beberapa permainan seperti bola sepak, takraw dan badminton.

Katanya, pelbagai pengetahuan dan pendedahan asas diajar seperti cara mengendalikan setiap permainan serta mencipta permainan baru menggunakan sebiji bola.

Sementara itu, murid SK Jerantut Jaya, G. Loohasheni, 10, memberitahu, penyertaan dalam kem tersebut memberi peluang kepadanya menimba ilmu dalam semua jenis sukan.

"Saya sangat seronok kerana dapat bermain semua jenis sukan yang diajar termasuk sepak takraw, hoki dan bola sepak," katanya.

Full content generated by Get Full RSS.

Rumah guru dimasuki pencuri

Posted:

Rumah guru dimasuki pencuri

Rumah guru dimasuki pencuri

PEKAN 17 Okt. - Seorang guru wanita sekolah rendah kerugian kira-kira RM6,000 apabila rumahnya di Taman Tanah Putih Baru di sini dimasuki pencuri, semalam.

Kejadian itu hanya disedari mangsa, Khairatul Azlina Abdul Karim, 33, sejurus dia dan empat anak lelakinya yang berusia antara lima bulan dan lima tahun pulang ke rumah kira-kira pukul 9 pagi ini selepas bermalam di rumahnya ibunya malam semalam.

Menurut Khairatul Azlina, dia tergamam apabila mendapati keadaan di dalam rumahnya berselerak manakala pintu di bahagian tepi rumahnya terbuka.

"Saya yang tidak sedap hati terus menghubungi keluarga memaklumkan perkara itu sebelum membuat pemeriksaan di dalam semua bilik.

"Saya mendapati sebuah komputer riba, kamera digital, sebentuk cincin emas dan tiga tabung duit syiling milik anak saya lesap yang kesemuanya dianggarkan kira-kira RM6,000," katanya ketika ditemui di rumahnya di sini.

Menurut guru tersebut, dia telah membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah Pekan pada pukul 9.51 pagi.

Tambahnya, sebelum kejadian dia meninggalkan rumahnya kira-kira pukul 11.30 malam untuk tidur di rumah ibunya yang terletak kira-kira dua kilometer dari situ kerana suaminya berkursus di Perlis sejak minggu lalu.

"Tiga hari lepas baru sahaja sebuah rumah di sini dimasuki pencuri. Kalau tidak silap saya, jiran saya itu hanya tinggalkan rumah sekejap sahaja untuk ke kedai berhampiran," katanya.

Dalam pada itu, Timbalan Ketua Polis Daerah, Deputi Supritendan Amran Sidek ketika dihubungi hari ini mengesahkan kejadian terbabit dan memberitahu pihaknya menyiasat kes tersebut di bawah Seksyen 457 Kanun Keseksaan.

Full content generated by Get Full RSS.
Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Luar Negara

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Luar Negara


Ayatollah beri amaran kepada AS

Posted:

Ayatollah beri amaran kepada AS

Ayatollah beri amaran kepada AS


PELAJAR wanita Universiti Razi memegang gambar Ayatollah Ali Khamenei dan Allahyarham Ayatollah Ruhollah Khomeini semasa menyertai perhimpunan yang dihadiri Khamenei di bandar Kermanshah, Iran, kelmarin. - AFP


TEHERAN 17 Okt. - Pemimpin Tertinggi Iran, Ayatollah Ali Khamenei memberi amaran kepada Amerika Syarikat (AS) bahawa Iran akan mengambil tindakan tegas jika AS bertindak 'menyerang' negara ini.

Ini berikutan ikrar AS yang mahu mengenakan sekatan termasuk memujuk masyarakat antarabangsa supaya memulaukan Iran berhubung dakwaan penglibatan Iran dalam komplot membunuh Duta Arab Saudi di Washington, Adel al-Jubeir, baru-baru ini.

''Jika para pegawai AS melakukan penipuan, mereka seharusnya tahu bahawa apa jua tindakan yang dikenakan sama ada secara politik atau keselamatan, segalanya akan menerima tindakan tegas daripada Iran,'' kata Khamenei.

Jelas beliau, tuduhan AS terhadap Iran berhubung komplot pembunuhan itu hanyalah untuk mengalih perhatian mengenai masalah ekonomi yang sedang dihadapi AS termasuk protes daripada Occupy Wall Street.

''Dengan dakwaan yang tidak berasas itu, mereka cuba mengaitkan atau menggambarkan kita (Iran) menyokong keganasan.

''Tetapi, konspirasi itu tidak akan berjaya,'' tegasnya.

Sementara itu, Presiden Mahmoud Ahmadinejad menegaskan bahawa dakwaan AS itu hanyalah sesuatu yang direka-reka.

''Budaya keganasan hanyalah milik kamu (AS),'' jelasnya.

Dalam pada itu, Iran memohon untuk mendapatkan lawatan konsular terhadap Manssor Arbabsiar, 56, yang kini ditahan di AS berhubung dakwaan terlibat dalam komplot membunuh Adel. - AGENSI

Full content generated by Get Full RSS.

Kanak-kanak cedera dilanggar tidak dihirau

Posted:

Kanak-kanak cedera dilanggar tidak dihirau

Kanak-kanak cedera dilanggar tidak dihirau


SEDUTAN video dari kamera litar tertutup bertarikh 13 Oktober 2011 menunjukkan kejadian langgar lari ke atas kanak-kanak perempuan berusia dua tahun yang tidak dihiraukan oleh orang ramai. - AGENSI


BEIJING 17 Okt. - Rakaman video memaparkan seorang kanak-kanak perempuan berumur dua tahun di China yang dilanggar sebuah van dan kemudian tidak dihiraukan oleh pejalan kaki, menggemparkan negara ini dan menimbulkan kemarahan orang ramai kerana ia menggambarkan keadaan kurang bermoral dalam masyarakat moden di republik ini.

Video dari kamera litar tertutup bertarikh 13 Oktober lalu itu dan disiarkan oleh sebuah stesen televisyen tempatan merakamkan seorang kanak-kanak perempuan dilanggar sebuah van dan kanak-kanak itu ditinggalkan dalam keadaan berdarah di sebuah jalan raya di bandar Foshan, wilayah Guandong.

Media rasmi hari ini melaporkan lebih 12 orang yang melalui jalan itu sama ada pejalan kaki atau menaiki basikal, tidak mempedulikan kanak-kanak itu sehinggalah dia dilanggar buat kali kedua oleh sebuah lori.

Seorang wanita kemudian menarik kanak-kanak berkenaan ke tepi jalan sebelum ibu kanak-kanak itu yang merupakan seorang pekerja asing di bandar itu tiba di tempat kejadian.

Akhbar China Daily melaporkan kanak-kanak itu yang kini dirawat di sebuah hospital, diisytihar 'mati otak'.

Agensi berita Xinhua melaporkan dua pemandu kenderaan yang melanggarnya telah ditahan polis. - Reuters

Full content generated by Get Full RSS.
Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Rencana

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Rencana


Mencari calon boleh menang

Posted:

Mencari calon boleh menang

Mencari calon boleh menang

Oleh AZNAN BAKAR
aznan.bakar@utusan.com.my

KETIKA Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) semakin hampir, tumpuan tentunya turut terarah kepada siapa yang akan jadi calon untuk bertanding.

Ia tidak terhad kepada Barisan Nasional (BN) sahaja, tetapi semua parti yang bakal bertanding.

Tetapi tumpuan lebih tentunya diberikan kepada BN kerana ia bukan sahaja akan bertanding di semua kawasan, tetapi sebagai parti pemerintah, ia akan turun untuk mempertahankan kerajaan.

Tokoh-tokoh dalam BN pula adalah nama-nama besar yang ada antaranya berkhidmat sejak dari zaman Tun Dr. Mahathir Mohamad.

Namun, disebabkan zaman telah berubah dan tuntutan politik yang lebih dinamik, pasti ada yang terpaksa digugurkan. Dalam menentukan siapa yang bakal menggalas tanggungjawab untuk menjadi calon BN beberapa kriteria digariskan.

Salah satunya adalah untuk meletakkan calon yang boleh menang atau winnable.

Tetapi siapa yang dikategorikan sebagai calon boleh menang? Siapa yang akan tentukan? Tentunya bukan oleh individu sendiri.

Bak kata Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak bahawa jika kriteria calon boleh menang itu adalah 'saya' maka parti akan porak peranda dan boleh kalah pada pilihan raya.

Tentunya kriteria boleh menang itu terletak pada penilaian pucuk pimpinan dan pengundi itu sendiri.

Jika berdasarkan kepada reaksi dan keluhan akar umbi kriteria calon yang menjadi pilihan mereka bukannya rumit sangat.

Yang pertama kata mereka mestilah mempunyai latar belakang pendidikan yang munasabah. Dalam zaman yang serba globalisasi ini, biarlah sekurangnya ada ijazah sarjana muda.

"Busuk-busuk pun biarlah ada ijazah. Tidak ada sebab pada zaman sekarang untuk kita pilih calon yang tidak ada ijazah," demikian luahan seorang pengundi akar umbi.

Para pengundi juga secara jelas menolak mana-mana calon yang ada kaitan dengan tuduhan jenayah.

Ini bukan soal seseorang itu disabitkan dengan kesalahan dan dijatuhkan hukuman. Tetapi dikaitkan dengan jenayah. Soal didapati bersalah oleh mahkamah itu perkara kedua.

Ini kerana, sebaik sahaja mereka dikaitkan dengan sesuatu perbuatan jenayah sama ada kecil atau besar, ia telah memalitkan imej negatif kepada parti.

Individu yang terlibat dengan isu-isu yang menimbulkan ketidakselesaan di kalangan masyarakat seperti itu bukan sahaja akan membebankan parti, tetapi tentu akan ditolak mentah-mentah oleh pengundi.

Dalam menentukan sama ada seseorang calon itu boleh menang atau tidak, soal-soal yang membabitkan keperibadian, isu moral dan akhlak amat memainkan peranan.

Dalam era siber, di mana pemimpin tidak lagi mempunyai rahsia untuk disimpan, setiap perlakuan mereka akan diketahui ramai.

Pemimpin dengan masalah moral yang menjadi bahan bualan orang ramai tentunya tidak termasuk dalam senarai calon boleh menang.

Bagi yang beragama Islam, individu itu mestilah tidak pernah terbabit dengan apa juga pertikaian syariah. Jika itu berlaku, ia pasti akan mempengaruhi pola pemilihan pengundi.

Pertikaian syariah tidak semestinya hanya membabitkan mereka yang didapati bersalah dan dihukum oleh mahkamah syariah.

Tetapi cukup dengan perbuatan yang boleh menimbulkan keraguan seperti berpoligami secara rahsia dan sebagainya.

Kerana sebagai pemimpin mereka bukan sahaja kena bersih tetapi perlu dilihat dan kelihatan bersih. Mereka adalah contoh kepada masyarakat. Sedikit arang terpalit, maka kesannya kepada parti bukan sedikit.

Selain itu berdasarkan maklum balas orang ramai, mereka mahu calon yang bebas daripada masalah kewangan.

Analogi yang digunakan cukup mudah. Pada mereka, calon yang berhadapan dengan masalah kewangan mudah dipengaruhi dan mudah dibeli.

Calon seperti itu juga pada pandangan rakyat ada kecenderungan untuk terlibat dengan gejala tidak elok seperti rasuah dalam usaha mengatasi masalahnya.

Ini adalah persepsi rakyat yang perlu diberi perhatian. Persepsi yang timbul berdasarkan pengalaman yang dialami sendiri oleh para pengundi selama ini.

Sebab itu, calon-calon yang merasakan diri mereka layak tetapi tidak terpilih perlu menerima hakikat. Mereka bukannya ditolak oleh parti. Tetapi kehadiran mereka boleh menjejaskan peluang kemenangan parti.

Tidak ada gunanya jika sekadar menang sorak tetapi kampung tergadai. Elok ukur baju di badan sendiri. Nilai apa kekuatan dan kelemahan diri sendiri.

Jika cita-cita untuk jadi calon atau cita-cita untuk menjadi Yang Berhormat sepenggal lagi tidak kesampaian mesti ada sebab tertentu.

Ia tentunya ada kena mengena dengan prestasi dan ketidakpuasan rakyat dengan khidmat mereka.

Ketidakpuasan itu timbul mungkin disebabkan khidmat mereka tidak seberapa atau disebabkan faktor yang menimbulkan keresahan rakyat. Seperti dikaitkan dengan jenayah, terbabit dalam pertikaian syariah dan sebagainya.

Pada masa sama, mereka yang bakal dipilih sebagai calon mesti mempunyai pemikiran dan perjuangan yang selari dengan aspirasi pucuk pimpinan parti.

Calon-calon mesti fasih dan faham dengan dasar-dasar yang diperkenalkan oleh kepimpinan sekarang seperti 1Malaysia dan program-program transformasi yang diperkenalkan.

Mereka yang gagal menguasai aspirasi yang dibawa oleh pemimpin hanya akan mencetuskan kekeliruan di kalangan rakyat.

Suara-suara akar umbi juga turut berharap agar mereka yang tersenarai dalam kategori calon boleh menang itu mewakili peringkat umur yang sesuai.

Kata mereka, biarlah ada golongan yang mewakili peringkat umur 30 hingga 40 tahun, 40 hingga 50 tahun dan 50 tahun ke atas.

Faktor kesihatan juga mungkin boleh dipertimbangkan sebagai salah satu syarat untuk mencari calon boleh menang terutama bagi yang melebihi 50 tahun.

Tidak ada gunanya jika mereka menang tetapi tidak dapat memberikan khidmat yang terbaik kepada rakyat akibat masalah kesihatan.

Untuk pemimpin yang telah melampaui zaman, yang eranya dianggap telah berlalu, kehadiran mereka boleh dikekalkan jika mempunyai faktor 'wow' yang menjadikan aset kepada parti.

Semua ini bukan kriteria yang ditetapkan oleh mana-mana pihak atau kumpulan. Ini adalah cakap-cakap, pandangan dan reaksi rakyat hasil pengalaman dan pergaulan harian dengan pemimpin mereka.

Mereka ini mungkin hanya insan-insan kerdil yang tidak mempunyai apa pengaruh. Tetapi golongan akar umbi inilah yang bakal menentukan siapa yang akan menerajui pemerintahan negara selepas PRU13.

Full content generated by Get Full RSS.

Tangani segera murtad, muflis belia Melayu

Posted:

Tangani segera murtad, muflis belia Melayu

Tangani segera murtad, muflis belia Melayu

Oleh ROHAMI SHAFIE
PENULIS ialah Pensyarah Kanan, Perakaunan dan Kewangan, Kolej Perniagaan (COB) Universiti Utara Malaysia

DUA isu terbesar yang membelenggu orang Melayu Islam pada masa kini. Murtad dan muflis (2M)! Ramai orang Melayu yang menyedari kesan kehilangan kuasa politik tetapi berapa ramaikah yang benar-benar sedar betapa kehilangan akidah (murtad) dan kehilangan kekayaan (muflis) memberi kesan yang lebih dahsyat lagi kepada orang Melayu pada masa akan datang.

Orang Melayu yang sememangnya lemah angkara tidak bersatu (kesan perbezaan ideologi politik) akan semakin parah dek kerana isu murtad dan muflis.

Hang Tuah pernah berkata, Melayu tidak akan hilang di dunia. Tetapi jika Hang Tuah masih hidup dan boleh melihat betapa nazaknya orang Melayu ketika ini mungkin beliau akan mengubah kata-katanya menjadi, "Melayu semakin hilang di dunia".

Masakan tidak, pada zaman Hang Tuah, kegemilangan orang Melayu berpaksikan kekuatan akidah dan harta benda selain kekuasaan politik. Namun, kini agama orang Melayu mudah dipesongkan hanya kerana wang ringgit.

Kekuatan politik apabila disatukan dengan kekuatan akidah dan harta benda, nescaya tiada siapa yang mampu menggugat orang Melayu. Malangnya, akidah orang Melayu tidak sekuat pada masa lalu dan ini menyebabkan penganut agama lain cuba memesongkan agama orang Melayu yang selama ini berteraskan agama yang paling syumul, iaitu Islam.

Orang Melayu tidak boleh lagi hanya melihat sahaja. Jika orang Melayu tidak boleh bersatu atas wadah politik, pegangan akidah Islam adalah penyelesaiannya.

Justeru, apabila ada alim ulamak yang mencadangkan agar Akta Murtad dilaksanakan, tiada sebab orang Melayu Islam tidak bersetuju. Jangan sesekali memperjudikan masa depan akidah generasi akan datang. Ia seharusnya dimulakan oleh generasi belia sekarang.

Belia-belia Melayu sering kali menjadi sasaran penganut agama lain. Disebarkan agama lain kepada belia Melayu kerana mereka mengetahui jika mereka berjaya memesongkan pegangan akidah belia Melayu, maka rosaklah generasi Melayu pada masa akan datang.

Akta Murtad yang disyorkan oleh Mufti Perak merupakan idea ampuh bagi menangani isu murtad di kalangan orang Melayu khususnya golongan belia. Beliau sentiasa istiqamah memperjuangkan isu murtad.

Perbincangan secara mendalam mengenai Akta Murtad di kalangan alim ulama dan para pemimpin politik perlu disegerakan agar segala isu mengenainya diselaraskan di semua peringkat sama ada negeri mahupun persekutuan.

Pemimpin-pemimpin politik tidak kira ideologi perlu sentiasa menyokong Akta Murtad. Tidak membenarkan agama lain disebarkan kepada umat Islam sememangnya sudah termaktub dalam perlembagaan, tetapi apa yang ingin dimasukkan dalam Akta Murtad melibatkan tindakan yang akan diambil kepada kedua-dua pihak (orang Islam yang murtad dan pihak yang memurtadkan orang Islam).

Dengan mengambil tindakan keras kepada mereka, insya-Allah akidah umat Islam akan sentiasa terpelihara.

Murtad juga berkait rapat dengan kemuflisan. Sekali lagi, ramai di kalangan belia Melayu yang terjebak dengan kemuflisan. Minggu lalu kita dikejutkan dengan maklumat bahawa setiap hari seramai 41 belia jatuh muflis. Jumlah ini amat membimbangkan!

Penulis yakin daripada 41 belia tersebut kebanyakannya terdiri daripada orang Melayu Islam. Fakta ini berteraskan bahawa orang Melayu ramai yang masih miskin dan berpendapatan rendah. Malahan, orang Melayu jugalah yang ramai terjebak dengan perangkap hutang.

Fakta juga menunjukkan kekayaan orang Melayu tidak seberapa berbanding kaum lain. Sifat orang Melayu yang juga suka berhibur menyebabkan banyak wang hilang begitu sahaja. Itu belum termasuk sentiasa menjaga status agar kelihatan mewah di mata orang lain, walhal poket kosong. Kita tidak boleh menafikan fakta-fakta ini meskipun pahit untuk ditelan.

Menangani isu kemuflisan di kalangan belia Melayu menjadi satu kewajipan bagi setiap orang Melayu. Kita tidak boleh hanya mengharap agensi-agensi berkaitan membantu kita seperti Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK). Kita perlu membantu diri kita sendiri.

Asasnya, setiap orang Melayu perlu mempunyai kemahiran mengurus kewangan sejak kecil lagi. Pengajaran daripada ibu bapa adalah jalan terbaik. Beri contoh kepada anak-anak kita.

Jangan pula kita mengajar mereka boros berbelanja, suka berhibur dan mengejar status kemewahan. Kalau kita sendiri mengamalkan cara hidup sebegitu, mana mungkin anak-anak kita boleh mengurus kewangan secara berhemah apabila meningkat dewasa.

Mulakan dari awal. Tidak salah berjimat cermat dan mengawal nafsu berbelanja. Mencegah lebih baik daripada mengubati. Apalah gunanya jika mereka menjadi muflis. Masa depan mereka akan menjadi gelap.

Mahukah kita sebagai ibu bapa ingin melihat mereka sengsara dek kerana menjadi muflis? Tidak mengapalah jika mereka tidak berputus asa, tetapi siapa yang perlu dipersalahkan apabila suatu hari nanti mereka meminta bantuan daripada pihak-pihak lain yang sentiasa mengintai peluang untuk memesongkan akidah mereka dengan habuan wang ringgit?

Ketika itu, menunding jari tiada gunanya. Satu jari untuk pihak yang ditunding, empat jari pula ke arah diri sendiri!

Full content generated by Get Full RSS.
Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Hiburan

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Hiburan


Ella dedah kekasih baru 30 Oktober ini

Posted:

Ella dedah kekasih baru 30 Oktober ini

Ella dedah kekasih baru 30 Oktober ini

Oleh ABD. AZIZ ITAR
aziz.itar@utusan.com.my
Gambar DJOHAN SHAHRIN SHAH


SELEPAS lebih 20 tahun Ella masih belum ada saingan dalam persada rock tanah air.


ELLA antara penyanyi yang selalu digosipkan bercinta dengan ramai jejaka kacak. Kebanyakannya terdiri daripada nama-nama yang popular di negara ini sama ada golongan artis mahupun ahli sukan.

Sebagai contoh, penyanyi rock ini pernah digosipkan dengan pelakon Hans Isaac dan bekas pemain badminton perseorangan negara, Rashid Sidek. Sayangnya, semua gosip itu hanya tinggal gosip sehinggalah ke hari ini.

Bagaimanapun, selepas agak lama sepi tanpa cinta baru, rocker berusia 45 tahun ini semakin berseri-seri. Dia kini semakin ceria dan tidak berselindung lagi tentang pria yang dikatakan telah bertakhta di taman hatinya.

Menurut Ella, hatinya kini sudah dimiliki. Tetapi dia belum bersedia mendedahkan sepenuhnya identiti lelaki bertuah itu. Sebaliknya, kata anak kelahiran Klang, Selangor ini, biarpun perkara itu diketahui sendiri orang semua pihak.

"Biarlah wartawan atau peminat tahu sendiri kerana saya tidak mahu komen panjang. Kalau anda bernasib baik dia (kekasih) akan datang ke konsert Whitesnake di Stadium Merdeka , Kuala Lumpur, 30 Oktober ini.

"Itu pun kalau dia ada di sini (dalam negara) sewaktu konsert itu berlangsung. Cuma apa yang boleh saya cakap, dia orang biasa sahaja," ungkapnya selepas pelancaran konsert Whitesnake di Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Pada Konsert Whitesnake World Tour 2011 Live In Kuala Lumpur yang mengenakan tiket RM358, RM258, RM158 dan RM98 itu Ella telah dipilih sebagai artis pembuka tirai sebelum kumpulan rock legenda itu beraksi.

Jelas Ella, pada konsert itu nanti dia akan menyanyikan enam buah lagu antaranya Impian. Dia juga akan diiringi oleh para pemuziknya sendiri termasuk Joe Wings selaku gitaris utama.

Dengan peluang yang diberi, Ella bukan sahaja teruja untuk mengadakan konsert berskala besar itu tetapi pada masa yang sama berbesar hati dengan tawaran tersebut.

Katanya, Whitesnake bukan nama yang asing baginya.

"Difahamkan nama saya dipilih sendiri oleh Whitesnake dan vokalis mereka iaitu David Coverdale untuk menjayakan konsert ini. Saya rasa risau dan gemuruh pun ada. Sewaktu sekolah rendah lagi saya sudah kenal Whitesnake.

"Abang saya adalah peminat kumpulan itu pada era tahun 1970-an dan 1980-an. Bagi saya, suara David Coverdale dahsyat sangat. Saya berasa teruja untuk menjayakan konsert ini.

"Malah, ramai peminat saya di Facebook termasuklah dari Indonesia bertanyakan tentang konsert ini. Mereka mahu beli tiket konsert itu lebih awal kerana tidak mahu ketinggalan menontonnya," ujarnya.

Jelas Ella, pada persembahannya selama 30 minit itu dia tidak menolak kemungkinan untuk berduet dengan David Coverdale jika ada pihak-pihak yang mahukannya berbuat demikian. Itu adalah suatu penghargaan buatnya.

Dia yang meminati lagu Whitesnake seperti Is This Love berkata, segala persiapan termasuklah latihan telah diadakan agar para peminat tidak kecewa dengan persembahannya.

"Ini bukan kali pertama saya mengadakan persembahan dengan artis antarabangsa. Saya pernah mengadakan persembahan bersama kumpulan Duran-Duran sewaktu berkunjung ke Los Angeles, Amerika Syarikat, pada tahun 1990-an.

"Bagaimanapun kalau di Malaysia, ini adalah kali pertama saya mengadakan persembahan dengan artis antarabangsa. Apa yang pasti saya akan menyanyikan kesemua lagu saya sendiri yang dalam bahasa Melayu," katanya.

Full content generated by Get Full RSS.

Bakat adalah anugerah Tuhan

Posted:

Bakat adalah anugerah Tuhan

Bakat adalah anugerah Tuhan

Oleh SHAZRYN MOHD. FAIZAL
shazryn.faizal@utusan.com.my

TANYALAH kepada mana-mana penyanyi, nama komposer dan penerbit unggul ini pasti akan berada dalam senarai teratas mereka seandainya diberi peluang bekerjasama.

Malah, penyanyi nombor satu negara, Datuk Siti Nurhaliza juga pernah meluahkan hasrat untuk bekerja dengan insan hebat ini satu hari nanti.

Manakan tidak, trek rekod yang dicipta oleh David Wallace Foster atau lebih dikenali seantero dunia sebagai David Foster sememangnya cukup mengagumkan.

Hampir empat dekad berkecimpung dalam dunia seni, Foster telah menerbitkan dan memberikan sentuhan magisnya untuk hampir sebahagian besar nama-nama besar industri hiburan dunia.

Antaranya ialah Celine Dion, Madonna, Barbra Streisand, Michael Jackson, Toni Braxton, Beyonce Knowles, Earth, Wind & Fire, Mariah Carey, Shania Twain dan ramai lagi yang sudah pun menggunakan khidmatnya sebagai komposer, penerbit lagu dan album mereka.

Bukan itu sahaja, Foster juga merupakan insan yang bertanggungjawab memperkenalkan Josh Groban, Michael Buble dan Andrea Bocelli ke persada seni dunia sehingga kedua-dua penyanyi lelaki itu tersenarai dalam kelompok artis Gred A di Hollywood.

Ternyata, sumbangan Foster dalam melahirkan karya-karya indah dan menaikkan nama serta prestij seseorang artis cukup besar.

Bagi mereka yang dapat bekerjasama atau bakat seseorang itu dikesan oleh Foster, ia ibarat bom jangka yang akan meledak bila-bila masa sahaja apabila nama mereka pasti akan berada di puncak kegemilangan dalam sekelip mata.

Dalam hal ini, contoh terbaik adalah kejayaan penyanyi kelahiran Filipina, Charice di mana Foster telah menggunakan khidmat dan pengaruhnya untuk menjadikan Charice sebagai seorang bintang mega.

Seorang lagi ialah bakat cilik dari Amerika Syarikat, Jackie Evancho yang kini mula meraih perhatian daripada peminat muzik di seluruh dunia.

Namun, bagi Foster, dalam apa juga perkara, perkara pokok dalam kejayaan seseorang artis itu terletak kepada bakat.

Tanpa bakat, kata Foster, adalah sesuatu yang mustahil untuk seseorang itumenjadi seorang penyanyi, pelakon atau apa juga profesion yang bagus.

"Saya melihat kejayaan saya selama ini sebenarnya banyak dibantu dengan kehebatan penyanyi yang memiliki bakat luar biasa dan semua itu datang dari Tuhan.

"Celine Dion misalnya, sewaktu kali pertama saya berjumpa dengannya, saya tidak pernah menyangka dia mempunyai suara yang begitu indah. Malah, dia sendiri tidak boleh berkomunikasi dalam bahasa Inggeris.

"Lihatlah dia sekarang apabila kini menjadi seorang bintang mega yang dikenali di seluruh dunia. Pernahkah kita menyangka Celine akan menakluk dunia dengan bakatnya?

"Begitu juga dengan Michael Buble. Saya mengesan bakatnya di sebuah majlis perkahwinan kecil. Siapa sangka dia kini mampu memenuhkan sebuah arena dengan penonton yang mahu menonton persembahannya," kata Foster, 61, yang menyifatkan Andrea Bocelli sebagai penyanyi kegemarannya.

Menyambung bicara, anak kelahiran British Columbia, Kanada itu juga menegaskan, dalam mengesan bakat seseorang penyanyi, latar belakang, bangsa, warna kulit mahupun agama tidak seharusnya dijadikan halangan.

Sambil memberikan contoh Charice yang kini menjadi anak didiknya, Foster melihat bakat yang ada dalam penyanyi muda itu mampu membawanya jauh dan bertahan lama dalam industri.

Sehinggakan Foster begitu yakin bahawa satu hari nanti Charice akan membanggakan negaranya dengan memenangi anugerah Grammy.

"Saya melihat negara-negara Asia memiliki bakat-bakat semulajadi yang dapat diketengahkan ke peringkat dunia. Tidak mustahil juga, satu hari nanti, mereka ini mampu mendominasi pasaran muzik dunia.

"Seperti mana yang saya katakan tadi, bakat tidak seharusnya didiskriminasi. Kalau mereka ada bakat yang bagus, mengapa tidak untuk mereka diketengahkan dan dikongsikan dengan masyarakat seluruh dunia.

"Saya menghasilkan muzik bukan untuk didengar oleh seorang dua sahaja. Tetapi ia adalah untuk seluruh dunia. Ia adalah sesuatu kejayaan yang bermakna untuk saya seandainya muzik saya diterima dengan baik oleh masyarakat dunia," ujarnya yang dilahirkan pada 1 November 1949.

Antara lagu-lagu yang telah mendapat sentuhan magis Foster termasuklah Un-Break My Heart oleh Toni Braxton, The Prayer (Celine Dion dan Andrea Bocelli), You'll See (Madonna), Goodbye (Air Supply), Because You Loved Me (Celine Dion), I Swear (All-4-One), Through The Fire (Chaka Khan) dan I Have Nothing (Whitney Houston).

Sepanjang menjadi penerbit dan komposer ternama, Foster juga telah diiktiraf dengan pelbagai pengiktirafan berprestij termasuk 16 trofi Grammy daripada 47 pencalonan.

Jumlah itu termasuk tiga kali dinobatkan sebagai Penerbit Album Terbaik selain pernah memenangi anugerah Golden Globe untuk Lagu Tema Asal Filem Terbaik bagi lagu The Prayer dari filem Quest For Camelot pada tahun 1999.

Bukan itu sahaja, Foster juga pernah dicalonkan untuk Anugerah Academy untuk kategori Lagu Tema Asal Filem Terbaik bagi lagu-lagu seperti Glory of Love dari filem The Karate Kid Part II, I Have Nothing (The Bodyguard) dan The Prayer (Quest for Camelot).

Dalam usianya yang sudah melewati angka 60-an itu, Foster tetap mahu meneruskan perjuangannya dalam bidang muzik selagi nyawanya dikandung badan.

Selain sibuk dengan penerbitan album, Foster tidak melupakan tanggungjawab sosialnya sebagai seorang individu apabila telah menubuhkan yayasannya sendiri iaitu The David Foster Foundation sejak tahun 1986.

Jelas Foster, yayasan itu ditubuhkan bagi membantu keluarga kurang bernasib baik terutama kanak-kanak yang memerlukan bantuan untuk pemindahan organ di Kanada.

"Bantuan yang diberikan bukan hanya dalam bentuk kewangan tetapi juga dari segi emosi dan jiwa yang dikendalikan oleh pakar psikiatri. Malah, kami juga menganjurkan program untuk meningkatkan kesedaran tentang pendermaan organ di kalangan masyarakat.

"Saya bangga dan berterima kasih kepada semua pihak yang telah memberikan sumbangan dalam apa jua bentuk sekalipun untuk terus memastikan yayasan ini mencapai matlamatnya," ujarnya bersungguh.

Atas alasan itu jugalah, David lahir dengan idea konsert bersiri David Foster & Friends yang menggabungkan dirinya dengan beberapa orang artis yang juga teman-temannya untuk sama-sama membantu yayasannya itu.

Ternyata, selepas hampir dua tahun ia dilaksanakan, David Foster & Friends mendapat sambutan yang di luar jangkaan setiap kali Foster dan penyanyi yang terlibat menganjurkan persembahan.

Dalam hal ini, Foster tidak pernah menyangka ia mendapat sambutan daripada penyanyi-penyanyi ternama yang turut sama mahu membantu niat murninya itu.

"Saya percaya jika kita bekerjasama dengan sesiapa dalam keadaan positif dan sihat, ia mampu mengekalkan dan memanjangkan hayat hubungan itu.

"Kalau ditanya kepada saya bagaimana saya boleh mendapat sokongan daripada nama-nama besar dengan hanya satu panggilan telefon, saya percaya ia bergantung juga kepada keikhlasan dan niat itu sendiri.

"Setakat ini, saya gembira dengan komitmen semua artis yang pernah terlibat dalam siri persembahan ini dan saya mengharapkan ia akan dapat dikekalkan sampai bila-bila," kata bapa kepada lima orang anak perempuan ini penuh berharap.

Full content generated by Get Full RSS.
Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Keluarga

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Keluarga


Mentaliti jijik rakyat Malaysia

Posted:

Mentaliti jijik rakyat Malaysia

Mentaliti jijik rakyat Malaysia


Pekerja Dewan Bandaraya Kuala Lumpur membersihkan sampah yang ditinggalkan orang ramai yang datang menyaksikan sambutan Hari Kemerdekaan di Dataran Merdeka baru-baru ini.


CUBA lihat atau terjemah senario sebelum dan selepas berakhirnya pasar malam, pasar pagi atau apa sahaja yang beralaskan kepada perkataan "pasar".

Ramai orang, sudah tentu sama ada mereka adalah kalangan pembeli mahupun penjual. Malah, kiri kanan terasa kemeriahannya dengan gelagat penjual cuba meraih perhatian pembeli.

Itu adalah fenomena biasa ketika berada di pasar. Namun, apa berlaku selepas itu? Suasana lengang, tiada penjual tiada pembeli. Tetapi yang tinggal hanyalah sampah merata-rata! Bukan senario baru, tetapi bagaikan sudah menjadi kebiasaan setiap kali adanya 'pasar' yang berlokasikan bukan di kawasan bangunan berbumbung.

Bukan itu sahaja. Lihat pula di kawasan taman rekreasi air terjun.

Pemandangan menghijau yang indah, serta sering kali menjadi lokasi pilihan untuk mengeratkan hubungan kekeluargaan.

Bagaimanapun, lihat pula kiri kanan anda. Tulang ayam, tulang ikan, bekas air kotak pelbagai jenama, bekas polisterina, menyuntik dekorasi 'kotor' oleh mereka yang tidak bertanggungjawab.

Semua ini merungkai kepada kurangnya keprihatinan masyarakat dalam aspek kebersihan, kepentingan penglibatan terhadap pengurusan sisa pepejal.

Ini diakui Pensyarah Undang-undang Pengurusan Sisa Industri dan Alam Sekitar, Universiti Putra Malaysia (UPM), Prof Madya Dr. Mohd. Bakri Ishak.

Kewujudan penyakit seperti leptospirosis serta meningkatnya kes denggi sepanjang tahun lepas, sedikit sebanyak menimbulkan persoalan mengenai amalan kebersihan sesetengah masyarakat negara ini.

Ia juga menggambarkan betapa rendahnya keprihatinan masyarakat dalam penglibatan mereka sebagai antara komuniti penting pengurusan sisa pepejal yang teratur.

Malah, laporan pihak berkuasa berhubung penyakit leptospirosis serta denggi menyebut punca berlakunya penyakit itu adalah sikap masyarakat yang tidak mengambil peduli aspek kebersihan.

Ekoran mengambil mudah perkara itu, penyakit leptospirosis yang juga dikenali sebagai kencing tikus mula dikesan pada pertengahan tahun lepas apabila beberapa orang meninggal dunia selepas mangsa dikatakan terlibat dalam aktiviti air di beberapa taman rekreasi.

Begitu juga dengan denggi. Kawasan persekitaran yang kotor, sampah merata-rata akhirnya mengundang pembiakan nyamuk Aedes.

Tidak sekadar itu, fenomena menjijikkan di belakang restoran, kawasan persekitaran penjaja yang kotor dengan longkangnya penuh sisa makanan sehingga tersumbat, boleh mengundang kedatangan binatang pembawa penyakit seperti tikus, lalat dan lipas.

Semua ini bermula daripada sikap "ikut suka hati aku", mengurai kepada amalan membuang sampah merata-rata tanpa memikirkan implikasi pada masa akan datang.

– BERNAMA

Full content generated by Get Full RSS.

Mengurus asma

Posted:

Mengurus asma

Mengurus asma

Oleh MARIATUL QATIAH ZAKARIA
maria.zakaria@utusan.com.my
Gambar MOHD. AZIM ABD RAHMAN

ASMA bukanlah penyakit asing dalam masyarakat hari ini. Malah penghidap penyakit yang sering kali bermula ketika zaman kanak-kanak itu juga dijangka akan bertambah seramai 100 juta menjelang tahun 2025.

Ini bermakna, kes bagi penyakit ini akan meningkat kepada 400 juta orang berbanding 300 juta orang yang dianggarkan oleh Laporan Pencegahan dan Pengurusan Strategi Global Asma di seluruh dunia hari ini.

Seperti umum ketahui, penyakit ini mempengaruhi semua peringkat umur, kumpulan etnik dan tahap sosioekonomi malah sekiranya ia tidak dikawal dan mendapatkan rawatan sewajarnya, ia boleh membawa maut.

Menurut Pengerusi Yayasan Paru-Paru Malaysia, Datuk Dr. Zainudin Md. Zin, di Malaysia, jumlah penghidap asma di kalangan kanak-kanak antara umur kosong hingga 14 tahun berada pada kadar 4.5 peratus. Di kalangan yang berumur 15 tahun ke atas pula ialah 4.1 peratus.

"Sebenarnya asma merupakan satu penyakit yang merbahaya dan daripada jumlah keseluruhannya, hanya satu perempat pesakit sahaja yang dapat mengawal penyakit ini manakala selebihnya tidak.

"Jika dibuat perbandingan, penduduk di negara Barat lebih mengawal penyakit ini berbanding dengan negara Asia," katanya ketika ditemui di Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Tambah beliau, tidak dinafikan dengan adanya pelbagai teknologi dan kemudahan hari ini, pelbagai jenis penawar berjaya dihasilkan namun begitu merevolusikan rawatan dalam usaha untuk mencapai peratusan yang lebih tinggi dalam kawalan asma amat diperlukan.

Untuk itu, terbitan kaji selidik Asthma Insights and Reality in Asia-Pacific phase 2 (AIRIAP 2) baru-baru ini menyokong pentingnya keperluan untuk mengesyorkan rawatan asma berdasarkan tahap kawalan dan bukan berdasarkan tahap keseriusan sekali gus membawa kepada penilaian semula landskap asma.

AIRIAP 2 adalah kaji selidik keratan rentas berasaskan komuniti yang melibatkan 4,805 subjek dari pusat-pusat bandar serata Asia termasuk Malaysia.

Ia mengkaji hubungan di antara status kawalan asma yang diperoleh daripada Global Initiative for Asthma (GINA), Ujian Kawalan Penyakit Asma (ACT) dan penggunaan penjagaan kesihatan segera seperti kemasukan ke hospital, lawatan ke unit kecemasan atau lawatan-lawatan kecemasan lain yang tidak berjadual.

Ujar Dr. Zainudin, ACT yang telah diperkenalkan sejak tahun 2005 merupakan alat bagi pesakit menentukan tahap kawalan asma masing-masing dengan cara yang objektif.

Soal selidik ini menggabungkan skala penarafan lima peringkat bagi setiap pemboleh ubah dan jawapan dijumlahkan untuk memberikan markah dari 5 (kurang baik) kepada 25 (kawalan penuh).

Markah ini membolehkan doktor memberikan rawatan yang sewajarnya berasaskan Panduan Perubatan Protokol.

Sementara itu, Pengarah Institut Perubatan Respiratori, Datuk Dr. Abdul Razak Muttalif, menjelaskan ACT memberi peluang kepada doktor mendapatkan latihan dan maklumat terkini mengenai penyakit asma yang lazimnya tidak diuruskan dengan baik.

"Ramai pesakit hanya menggunakan ubat penyelamat apabila simptom muncul yang mengakibatkan serangan asma.

"Kami mahu berganjak daripada situasi ini dan sebaliknya menekankan kepentingan kawalan asma supaya pesakit tidak perlu menggunakan ubat penyelamat.

"Dengan adanya ACT dalam versi Bahasa Malaysia yang dikeluarkan baru-baru ini, doktor dan pesakit di Malaysia kini mempunyai sumber tambahan untuk menentukan tahap kawalan asma dengan lebih baik lagi," katanya.

Tambah beliau lagi, ACT mempercepatkan masa rundingan dengan pesakit dan membolehkan doktor memberikan rawatan yang betul secara objektif untuk mengawal sepenuhnya penyakit asma .

Ia turut menjadi harapan bahawa dengan data baru tersebut yang menyokong keperluan untuk garis panduan yang baru dan diperbaiki, pesakit asma dapat menjalani kehidupan normal dan aktif sekali gus mengurangkan kos rawatan ekoran daripada lawatan kecemasan ke hospital untuk serangan asma yang teruk.

Begitupun adalah menjadi harapan baik Dr. Zainudin mahupun Dr. Abdul Razak, mereka sebagai penyedia penjagaan kesihatan sentiasa mencari kaedah inovatif dan berkesan untuk merawat pesakit asma.

Dalam masa yang sama, pihak mereka turut memerlukan data dan statistik untuk menyokong keselamatan dan keberkesanan sesuatu kaedah itu sebelum digunakan dengan lebih meluas.

Full content generated by Get Full RSS.
Kredit: www.utusan.com.my
 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved