Isnin, 17 Oktober 2011

Utusan Online - Timur


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Timur


33 EMRS di pusat pemindahan banjir

Posted:

33 EMRS di pusat pemindahan banjir

33 EMRS di pusat pemindahan banjir

Oleh YATIMIN ABDULLAH
utusankelantan@utusan.com.my

KOTA BHARU 16 Okt. - Jabatan Bomba dan Penyelamat Kelantan akan menempatkan 33 anggota penyelamat dan paramedik (EMRS) di semua pusat pemindahan untuk memberi rawatan kecemasan awal kepada mangsa banjir pada musim tengkujuh akan datang.

Pengarahnya, Azmi Osman berkata, sebagai persediaan awal semua anggota EMRS terbabit sedang mengikuti latihan di hospital untuk menimba seberapa banyak pengalaman berkaitan rawatan kecemasan.

"Anggota EMRS ini akan ditempat di semua pusat pemindahan secara bergilir-gilir dan akan memberikan rawatan awal kepada mangsa banjir yang memerlukan rawatan segera.

"Kita juga akan tempatkan 16 pegawai bomba untuk memberi kaunseling kepada mangsa yang menghadapi trauma. Bomba juga telah mengenal pasti lokasi yang sering berlakunya banjir iaitu Rantau Panjang, Gua Musang dan Jeli," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Azmi memberitahu, pihaknya sudah bersedia menghadapi sebarang kemungkinan berlakunya banjir di seluruh negeri menjelang musim tengkujuh hujung tahun ini.

"Kebiasaannya, sebelum musim tengkujuh pihak kami akan membuat pemeriksaan setiap peralatan supaya ia sentiasa berada dalam keadaan baik dan boleh digunakan terutama pada waktu kecemasan.

"Selain persediaan peralatan, pihak kami turut memberikan latihan kepada anggota supaya mereka sentiasa bersedia dan faham konsep pelaksanaan tugas di musim tengkujuh.

"Setakat ini kita mempunyai 35 buah bot dan 91 buah kenderaan yang ditempatkan di seluruh negeri sebagai persedian menghadapi musim tengkujuh," katanya.

Mengulas lanjut mengenai persiapan banjir jabatan itu, Azmi berkata pada tahun ini pihaknya menekankan kepada konsep 3K iaitu Komunikasi, kemahiran dan keberanian dalam menangani banjir.

"Komunikasi merujuk kepada keberkesanan komunikasi bukan sahaja di kalangan anggota bomba tetapi juga agensi terlibat dalam kerja-kerja menyelamat.

''Ia cukup penting untuk memastikan maklumat yang disampaikan lebih jelas bagi memudahkan kerja-kerja menyelamat," jelasnya.

Full content generated by Get Full RSS.

Asrama murid Orang Asli

Posted:

Asrama murid Orang Asli

Asrama murid Orang Asli


Razali Daud menyerahkan peralatan sekolah kepada murid-murid pada program Pengarah Pelajaran Terengganu Bersama Warga Orang Asli di Kuala Terengganu, semalam. - utusan/Shaifudin Mohd Nor


KUALA TERENGGANU 16 Okt. - Jabatan Pelajaran Negeri Terengganu (JPNT) akan mencadangkan kepada kerajaan negeri penubuhan sebuah asrama khusus untuk murid Orang Asli di Terengganu.

Pengarahnya, Razali Daud berkata, penubuhan asrama seumpama itu penting bagi membolehkan murid Orang Asli menikmati kemudahan pelajaran lebih selesa dalam usaha memperkasakan mutu pendidikan di kalangan komuniti itu.

Beliau memberitahu, pihaknya sedang dalam proses akhir bagi menyiapkan kertas kerja berhubung projek itu sebelum diserahkan kepada Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said dalam waktu terdekat ini.

Menurutnya, asrama tersebut akan ditempatkan di sebuah sekolah menengah yang berdekatan kawasan penempatan Orang Asli sama ada di Kemaman, Hulu Terengganu atau Hulu Besut.

"Kita akan pilih sekolah menengah yang sesuai untuk ditempatkan sebuah asrama khusus kepada pelajar atau murid Orang Asli.

"Buat masa ini, ada tiga buah sekolah yang menempatkan Orang Asli di Terengganu iaitu di Sungai Berua di Hulu Terengganu, Sungai Pergam (Kemaman) dan Kuala Sayap (Hulu Besut)," katanya.

Beliau menyatakan demikian kepada pemberita selepas program Pengarah Pelajaran Terengganu Bersama Warga Orang Asli Negeri Terengganu di pekarangan JPNT di sini hari ini.

Turut hadir ialah Timbalannya, Hashim Mohd. Zin serta ketua-ketua sektor di jabatan berkenaan.

Seramai 450 penduduk serta pelajar Orang Asli dari Sungai Berua, Sungai Pergam dan Kuala Sayap menyertai program tersebut bagi memberi pendedahan kepada komuniti itu agar tidak terpinggir daripada arus pembangunan.

Full content generated by Get Full RSS.

200 NGO sertai dialog dengan JPM

Posted:

200 NGO sertai dialog dengan JPM

200 NGO sertai dialog dengan JPM

TUMPAT 16 Okt. - Lebih 200 pertubuhan bukan kerajaan (NGO) termasuk rakan facebook dari seluruh negeri menghadiri Majlis Dialog Sri Tujuh bersama Ketua Pengarah Jabatan Penerangan Malaysia (JPM), Ibrahim Abdul Rahman bertempat di Pantai Sri Tujoh di sini malam tadi.

Antara NGO terbabit adalah Angkatan Generasi Melayu Muda (Agenda), Kelab Alza, Kelab Biker Pasir Mas, Majlis Belia Kelantan (MBK), Kelab Pemilik Kereta Klasik, Persatuan Dikir Barat Kelantan dan Kelab Sukarelawan Bantuan Kemasyarakatan.

Hadir sama, Pengarah Jabatan Pembangunan Persekutuan (JPP) Kelantan, Makthar Mustapha serta Pengarah JPM Negeri, Ramly Ibrahim.

Pada majlis tersebut juga Utusan Malaysia dianugerahkan Media Versatil kerana menjayakan dan menyertai Kempen Kibar Jalur Gemilang dan Keceriaan Bukan Kemerdekaan 2011.

Ibrahim dalam ucapannya memberitahu dialog tersebut bertujuan mendengar permasalahan rakyat serta cadangan-cadangan yang boleh diketengah ke peringkat lebih tinggi.

Menurutnya, program itu membuka peluang kepada pihaknya untuk menjalinkan kerjasama dalam mencapai hasrat dan dasar kerajaan ke arah negara maju menjelang 2020.

Full content generated by Get Full RSS.
Kredit: www.utusan.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved