Isnin, 17 Oktober 2011

Utusan Online - Muka Hadapan


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Muka Hadapan


Pengagihan semula kerusi BN

Posted:

Pengagihan semula kerusi BN

Pengagihan semula kerusi BN

Oleh MOHD. KHUZAIRI ISMAIL dan SYUKRI SHAARI
pengarang@utusan.com.my


Najib Tun Razak dan Koh Tsu Koon melambai para perwakilan yang hadir selepas menyampaikan ucapan perasmian pada Persidangan Perwakilan Nasional Parti Gerakan kali ke-40 di Dewan Wawasan PGRM, Kuala Lumpur, semalam.


KUALA LUMPUR 16 Okt. - Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, pengagihan semula kerusi Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) dibuat selaras dengan perubahan politik ketika ini yang memerlukan BN meletakkan calon boleh menang .

Kata Perdana Menteri, pengagihan itu juga akan dibuat berasaskan semangat kerjasama di kalangan parti-parti komponen dalam memastikan BN mampu mencapai kemenangan besar pada PRU13.

"Bagaimanapun kita tidak akan rombak semua kerusi dan kerusi-kerusi ketika ini juga masih lagi menjadi asas (dalam pengagihan kerusi kelak).

"Cumanya pengagihan kerusi ini akan melihat kepada kawasan-kawasan yang difikirkan perlu dibuat berdasarkan formula terbaik untuk menang," katanya kepada pemberita selepas berucap merasmikan Persidangan Perwakilan Kebangsaan Gerakan Ke-40 di sini, hari ini.

Najib menambah, pengagihan kerusi itu juga dibuat atas semangat hubungan dalam keluarga besar yang terjalin di kalangan parti-parti komponen BN.

Malah kata beliau, kesemua pemimpin-pemimpin parti komponen BN juga sudah menyatakan persetujuan dan bersikap terbuka mengenai perkara itu dengan melihat ia sebagai salah satu formula untuk menang pada PRU13.

Ketika ditanya mengenai kedudukan Presiden Gerakan, Tan Sri Dr. Koh Tsu Koon yang didesak beberapa ahli parti supaya tidak bertanding pada PRU13, Najib berkata, beliau menyerahkan kepada Tsu Koon untuk menentukan apa yang terbaik demi masa depan parti itu.

''Apa pun saya mempunyai hubungan kerja yang sangat rapat dengan beliau (Tsu Koon) dan kita juga sudah berbincang mengenai apa yang perlu dilakukan Gerakan menjelang pilihan raya umum nanti," katanya.

Full content generated by Get Full RSS.

Aziz Bari kurang ajar – Dr. M

Posted:

Aziz Bari kurang ajar – Dr. M

Aziz Bari kurang ajar – Dr. M

PARIT 16 Okt. – Tindakan pensyarah undang-undang Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Prof. Dr. Abdul Aziz Bari mempertikaikan titah Sultan Selangor, Sultan Shafaruddin Idris Shah adalah perlakuan kurang ajar.

Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata, walaupun ia mungkin tidak menyalahi undang-undang, tindakan Abdul Aziz yang enggan meminta maaf atas kesilapannya itu jelas bertentangan dengan prinsip moral.

"Kalau dalam bahasa Melayu, kita kata kurang ajar. Sama ada ia melanggar undang-undang, saya tidak tahu, tetapi dari segi moral, ia kurang ajar," katanya kepada pemberita selepas menyempurnakan Majlis Konvokesyen Ke-11 Universiti Teknologi Petronas (UTP), di sini hari ini.

Selasa lalu, Abdul Aziz mencetuskan kontroversi apabila secara terbuka mempertikai titah peringatan Sultan Sharafuddin berhubung isu cubaan memurtadkan umat Islam di sebuah gereja Ogos lalu.

Beliau mendakwa, tindakan Sultan Selangor itu tidak konsisten dan tidak selaras dengan ajaran Islam.

Ekoran itu, pelbagai pihak mendesak Abdul Aziz memohon maaf kepada Sultan Selangor tetapi beliau bertegas, tiada sebab untuk meminta maaf malah, dengan lantang mempertahankan kenyataannya itu.

Full content generated by Get Full RSS.

SENGIT

Posted:

SENGIT

SENGIT


APIT kanan Pestans B, Kamarulzaman Satar (kiri) membuat libasan sambil dihalang apit kanan MBMB A, Saiful Bakhtiar Sulaiman pada Kejohanan Sepak Takraw KFC-Utusan 2011 di The Curve, Damansara, semalam. – UTUSAN/AZRUL EDHAM MOHD. AMINUDDIN


KEJOHANAN Sepak Takraw KFC-Utusan 2011 peringkat akhir berlangsung sengit dengan menyaksikan Persatuan Sepak Takraw Anak Negeri Sembilan (Pestans B) menewaskan Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB A) di pusat membeli-belah The Curve, Damansara, semalam.

Pestans B yang membariskan Mohd. Khaizir Said, Shafie Salleh, Kamarulzaman Satar dan Salehudin Ismail berjaya membawa pulang hadiah wang tunai bernilai RM10,000 pada kejohanan edisi kedua ini.

Kejohanan itu ditutup oleh Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek yang menyampaikan hadiah kepada semua pasukan. Ia disiarkan secara langsung oleh Astro Arena dan ditaja oleh KFC bersama 100 Plus, Antabax, Figos dan Salim Sports.

Full content generated by Get Full RSS.
Kredit: www.utusan.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved