Isnin, 17 Oktober 2011

Utusan Online - Johor


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Johor


Juita agih sumbangan Deepavali

Posted:

Juita agih sumbangan Deepavali

Juita agih sumbangan Deepavali

Oleh HANIZA HASSAN
utusanjohor@utusan.com.my

JOHOR BAHRU 16 Okt. - Seramai 100 keluarga berpendapatan RM800 ke bawah di kawasan Parlimen Pasir Gudang di sini menerima sumbangan daripada Badan Amal Tenaga Isteri Wakil-wakil Rakyat Johor (Juita) sempena sambutan Deepavali.

Bungkusan berupa hamper makanan, wang tunai RM200 serta sehelai sari yang bernilai RM40 disampaikan oleh Yang Dipertua Juita, Prof. Datin Paduka Dr. Jamilah Ariffin pada Majlis Penyerahan Bungkusan Deepavali di Dewan Raya Permas Jaya hari ini.

Jamilah dalam ucapannya berkata, sebanyak RM24,000 diperuntukkan oleh Juita meliputi wang tunai sebanyak RM20,000 serta RM4,000 bagi sepersalinan sari.

"Pihak MIC Bahagian Tebrau dan Pasir Gudang juga menyumbang hamper berupa barangan keperluan seperti beras dan sebagainya.

"Diharapkan sumbangan yang tidak seberapa ini mampu memberi sinar kepada keluarga yang kurang berkemampuan menyambut perayaan mereka," katanya.

Turut hadir, Pengerusi MIC negeri, Datuk K.S. Balakrishnan; Pengerusi Jawatankuasa Perpaduan, Sumber Manusia, Sains, Teknologi dan Inovasi negeri, M. Asojan, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Permas, Datuk M. Munusamy dan ADUN Johor Jaya, Tan Cher Puk.

Jamilah berkata, program pemberian sumbangan itu akan menjelajah ke seluruh daerah di negeri ini bagi membantu golongan yang kurang berkemampuan.

Katanya, sumbangan itu juga sebagai simbolik perpaduan dan semangat muhibah yang ingin ditonjolkan oleh ahli Juita kepada masyarakat berbilang kaum.

Full content generated by Get Full RSS.

689 pelajar sertai program cemerlang SPM, STPM

Posted:

689 pelajar sertai program cemerlang SPM, STPM

689 pelajar sertai program cemerlang SPM, STPM


Hishammuddin Tun Hussein dan isteri, Datin Seri Marsilla Tengku Abdullah melayan pelajar dan menandatangani autograf pada Program Kecemerlangan SPM dan STPM di Paloh, Kluang, kelmarin.


KLUANG 16 Okt. - Seramai 689 pelajar yang bakal menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) menyertai Program Kecemerlangan SPM dan STPM di Dewan Serbaguna Sekolah Jenis Kebangsaan (SJK) Cina Paloh semalam.

Peserta tersebut merupakan pelajar daripada lima sekolah di Parlimen Sembrong iaitu Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Paloh, SMK Kahang, SMK Taman Sri Lambak (T6), SMK Felda Ulu Belitong dan SMK Felda Kahang Timur.

Program yang bertujuan menyuntik motivasi dan memberi keyakinan serta semangat kepada pelajar itu anjuran UMNO Bahagian Sembrong dengan kerjasama Pejabat Pelajaran Daerah Kluang.

Wakil Pegawai Pelajaran Daerah Kluang, Maslan Kodari berkata, kawasan Parlimen Sembrong mempunyai 30 buah sekolah iaitu 18 buah sekolah kebangsaan, lapan SJK Cina dan empat SJK Tamil.

Program tersebut dirasmikan oleh Ahli Parlimen Sembrong, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein yang juga Menteri Dalam Negeri.

Turut hadir Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kahang, R. Vidyananthan dan ADUN Paloh, Hoo Seong Chang.

Hishammuddin dalam ucapannya berharap supaya semua pelajar di kawasan Parlimen berkenaan berusaha bersungguh-sungguh mengejar kejayaan demi masa depan keluarga dan negara.

Menurutnya, golongan ibu bapa memainkan peranan penting sebagai pemimpin untuk memberi bimbingan kepada anak-anak mencapai cita-cita serta impian mereka.

Beliau turut menasihati pelajar supaya tidak menyalahgunakan kemudahan yang ada seperti komputer bagi mengelak terpesong daripada sasaran dan tujuan mereka belajar.

Pada majlis itu, beliau turut menyerahkan bantuan komputer riba dan pencetak kepada 25 buah sekolah serta menyampaikan cenderamata kepada pelajar yang bakal menduduki SPM dan STPM tahun ini.

Full content generated by Get Full RSS.
Kredit: www.utusan.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved