Jumaat, 10 Jun 2011

Utusan Online - Sukan

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Sukan


Piala FA milik siapa?

Posted:

Piala FA milik siapa?

Piala FA milik siapa?

Oleh FERZALFIE FAUZI
ferzalfie.fauzi@utusan.com.my


MILIK siapa... Badhri Radzi (kanan) dan Mazuki Yusof bersama trofi Piala FA yang menjadi rebutan, malam ini.


KUALA LUMPUR – Ketika Kelantan berkeras bahawa kemenangan 3-0 dalam saingan Liga Super, Isnin lalu bukan sekadar nasib, Terengganu pula menegaskan, perlawanan akhir Piala FA malam ini adalah cerita baru dan kekalahan enam hari lalu sama sekali tidak akan berulang.

Kapten Terengganu, Marzuki Yusof menegaskan, keputusan di Kuala Terengganu itu tidak boleh diambil kira apabila pasukannya melayani skuad Kijang sekali lagi, kali ini di Stadium Nasional, Bukit Jalil.

Malah tegasnya lagi, skuad Penyu telah memperbaiki segala kelemahan yang membawa kepada kekalahan tempoh hari, malah beliau percaya, situasi Piala FA dan Liga Super jauh berbeza.

Namun bagi ketua pasukan Kelantan, Badhri Radzi, kemenangan Isnin lalu bukan kerana nasib, disebabkan lawan tidak dapat menurunkan tonggak utama, sebaliknya mereka terbukti pasukan yang lebih baik.

Pertembungan akhir klasik antara dua negeri berjiran itu amat dinantikan penyokong fanatik mereka kerana ini merupakan kali pertama Kelantan dan Terengganu bertemu dalam mana-mana perlawanan akhir.

"Saya tidak menganggap kemenangan ke atas Terengganu sebelum ini sekadar nasib kerana mereka tidak dapat menurunkan Ashaari (Shamsuddin). Kami akan membuktikan Kelantan adalah yang terbaik pada perlawanan akhir .

"Saya berpesan kepada rakan-rakan agar mengekang asakan rangkaian serangan Terengganu, terutama dengan kepulangan semula Ashaari," kata Badhri.

Menurut Badhri, yang turut dikenali sebagai Piya, dia mahu membantu pasukannya menjulang piala yang diperkenalkan pada 1990 buat pertama kali sekali gus memadam kekecewaan final 2009 tewas kepada Selangor.

Sementara Marzuki pula optimis Terengganu mampu membawa kejuaraan, meskipun sedar pasukannya tidak memiliki kelebihan psikologi ekoran kekalahan buruk, Isnin lalu.

"Kami banyak buat kesilapan pada perlawanan itu tetapi esok (hari ini) kami tidak boleh mengulanginya dan harus memperbaiki segala kelemahan.

"Ini adalah penampilan kedua saya dalam final Piala FA, kali pertama ketika bertemu Perak pada 2004 tetapi ketika itu kami tewas 0-3, saya tidak mahu sejarah berulang lagi," katanya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Terengganu, Kelantan mahu bukti kehebatan

Posted:

Terengganu, Kelantan mahu bukti kehebatan

Terengganu, Kelantan mahu bukti kehebatan

Oleh FERZALFIE FAUZI
ferzalfie.fauzi@utusan.com.my

KUALA LUMPUR - Pertembungan dua pasukan pantai timur antara Kelantan dan Terengganu pada perlawanan akhir Piala FA di Stadium Nasional Bukit Jalil, hari ini berjaya mengundang debaran peminat bola sepak tanahair setelah mereka membuktikan kehebatan masing-masing di pentas Liga Super.

Malah, kedua-dua pasukan nampaknya cukup optimis untuk menghitung pertemuan di pentas akhir itu, lebih-lebih lagi Terengganu yang mahu menebus maruah setelah dihampakan Kelantan dalam aksi Liga Super, Isnin lalu.

Bagaimanapun, Pengurus Terengganu, Datuk Che Mat Jusoh tidak beranggapan perlawanan akhir menentang Kelantan, hari ini sebagai medan untuk membalas dendam dan ia juga tidak sama seperti pertembungan Liga Super.

"Kami sudah bersedia kali ini. Pertemuan menentang Kelantan memang amat menarik dan harapan kami adalah untuk menamatkan kemarau 10 tahun selepas kali terakhir memenangi Piala FA mengalahkan Pulau Pinang," katanya dalam sidang akhbar di Stadium Nasional Bukit Jalil, di sini semalam.

Beliau berkata, segala kelemahan selepas mereka tewas 0-3 sebelum ini dijangka dapat diatasi sebaiknya pada perlawanan akhir, seterusnya dapat menjulang piala pertama musim ini dan membawa pulang Piala FA ke Terengganu.

Sementara itu, pengurus Kelantan, Azman Ibrahim berkata, kemenangan perlawanan akhir Piala FA menentang Terengganu di Stadium Nasional Bukit Jalil akan menjadi pengubat kekecewaan dua tahun lalu.

Pada 2009 mereka beraksi di perlawanan akhir menentang Selangor, namun gagal untuk menjulang piala buat pertama kali selepas tewas menerusi penentuan sepakan penalti.

"Saya berharap tahun ini tuah menjadi milik Kelantan, terutama sekali dengan sokongan padu yang akan diberikan oleh penyokong kami, sejarah akan tercipta lagi jika berjaya memenangi piala ini," ujarnya.

Bagaimanapun, Azman tidak mahu menjadikan keputusan perlawanan Isnin lalu ke atas Terengganu sebagai ukuran kerana perlawanan akhir sangat berbeza, apa sahaja boleh berlaku.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.
Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Pendidikan

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Pendidikan


Pembinaan SSK masih tertangguh sejak 2 tahun lalu

Posted:

Pembinaan SSK masih tertangguh sejak 2 tahun lalu

Pembinaan SSK masih tertangguh sejak 2 tahun lalu

KUCHING 10 Jun - Projek pembinaan bangunan Sekolah Seni Kuching (SSK) di Jalan Santubong, di sini yang terlalu perlahan perkembangannya mendapat perhatian kerajaan negeri.

Menteri di Pejabat Ketua Menteri, Datin Fatimah Abdullah berkata, perkara itu tidak sepatutnya berlaku memandangkan projek pembinaan tersebut sudah beberapa kali tertangguh sejak ia bermula dua tahun lalu.

Jelas beliau, pada sesi perjumpaan dengan wakil Kementerian Pelajaran tahun lalu, pihaknya dimaklumkan terdapat perubahan spesifikasi menyebabkan pembinaan SSK tidak dapat disiapkan mengikut jadual asal.

"Ketika itu, kita dimaklumkan pembinaan bangunan akan bermula tahun ini dan dijangka siap tahun depan. Bagaimanapun sehingga kini, hanya tanah yang diratakan

"Saya sangat khuatir, jadi saya akan cuba selidiki punca yang menyebabkan projek ini mengambil masa terlalu lama untuk disiapkan," katanya ketika ditemui selepas merasmikan Literacy Camp 2011 anjuran Persatuan Dyslexia Sarawak di sini semalami.

Beliau mengulas mengenai SSK yang mula beroperasi sejak 2007 dan masih menumpang di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tun Abang Haji Openg di Jalan Demak gara-gara projek pembinaan bangunannya tertangguh beberapa kali.

Mengulas lanjut, Fatimah berkata, masalah itu menyebabkan aktiviti pengajaran dan pembelajaran di sekolah tersebut mungkin terjejas kerana tidak mempunyai kemudahan yang berupaya menampung bilangan pelajar semakin bertambah.

"Lagipun kurikulum SSK agak berbeza dengan sekolah harian biasa kerana menawarkan program-program kesenian. Jadi ia memerlukan banyak bilik khas yang dikhususkan untuk aktiviti teater, tarian dan muzik,'' katanya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Hampir 700 murid meriahkan Pesta Sukan Pasti

Posted:

Hampir 700 murid meriahkan Pesta Sukan Pasti

Hampir 700 murid meriahkan Pesta Sukan Pasti

KOTA BHARU 9 Jun - Pesta Sukan Pasti Kelantan 2011 meriah dengan gelagat hampir 700 murid dan guru yang bertanding dalam tiga acara iaitu bola sepak, bola jaring dan tarik tali.

Pengarah program, Zuhairi Ismail berkata, pesta tersebut merupakan acara tahunan dalam usaha pihaknya menyemarakkan kegiatan kokurikulum di kalangan murid Pusat Asuhan Tunas Islam (Pasti) di seluruh negeri.

Beliau berkata, sebelum ini, setiap peserta bertanding di peringkat daerah sebelum dihimpunkan di peringkat negeri.

"Kegiatan sukan ini menunjukkan Pasti bukan hanya menitik-beratkan aspek kecemerlangan kurikulum di kalangan murid-murid, tetapi juga ketahanan serta kecergasan fizikal," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Pesta tersebut dirasmikan Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Insan, Belia, Sukan dan NGO negeri, Abdul Latiff Ab. Rahman.

Menurut Zuhairi lagi, pesta sukan tahunan itu merupakan kesinambungan pendidikan bersepadu Pasti dalam melahirkan modal insan yang cemerlang rohani dan jasmani.

Dalam pada itu, Pasti daerah Pengkalan Chepa muncul juara keseluruhan setelah menjuarai acara bola jaring dan tarik tali. Sementara acara bola sepak pula dimenangi oleh Pasti Kubang Kerian. Setiap pemenang menerima hadiah wang tunai dan medal.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.
Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Politik

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Politik


Dasar negara kebajikan Pas sudah lama diamalkan BN

Posted:

Dasar negara kebajikan Pas sudah lama diamalkan BN

Dasar negara kebajikan Pas sudah lama diamalkan BN

PUTRAJAYA 10 Jun - Datuk Seri Najib Tun Razak menyifatkan perjuangan negara berkebajikan Pas seperti yang diuar-uarkan pada muktamar parti itu baru-baru ini sebagai suatu yang ajaib dan menghairankan.

Ini kerana, kata Perdana Menteri, perjuangan yang menjurus kepada negara berkebajikan serta membela nasib rakyat itu sudah lama diperjuangkan oleh kerajaan yang ada pada hari ini.

Menurut beliau, mereka sebenarnya baru terfikir untuk mewujudkan negara berkebajikan sedangkan kerajaan Barisan Nasional (BN) sudah lama memperjuangkannya.

''Saya pelik dan ajaib, ada yang mencanangkan negara kebajikan...mereka baru terfikir.

''Justeru, tidak payahlah mahu mengambil modal negara berkebajikan yang telah kita perjuangkan dan sudah sedia ada seperti sekarang," katanya ketika berucap merasmikan Konvensyen Wasatiyyah di sini hari ini.

Najib berkata demikian sebagai reaksi terhadap dasar perjuangan baru Pas dari negara Islam kepada negara berkebajikan seperti yang dicanangkan parti itu pada Muktamar Tahunan Pas Ke-57 minggu lalu.

Perdana Menteri menambah, beliau sebenarnya tidak perlu menghuraikan dengan lebih lanjut konsep negara berkebajikan yang telah diamalkan oleh kerajaan sejak sekian lama.

Katanya, rakyat boleh melihat sendiri usaha kerajaan itu menerusi pelbagai dasar dan program yang dilaksanakan seperti penubuhan Felda, Felcra, universiti dan banyak agensi lain lagi.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

DAP berjaya tukar hala tuju Pas

Posted:

DAP berjaya tukar hala tuju Pas

DAP berjaya tukar hala tuju Pas

KUALA LUMPUR 10 Jun - Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, DAP telah berjaya menukar hala tuju sekutunya Pas daripada memperjuangkan konsep 'negara Islam' kepada pembentukan 'negara berkebajikan' berikutan perubahan yang berlaku dalam pimpinan Pas pada muktamarnya minggu lalu.

Perdana Menteri berkata, pertukaran konsep perjuangan Pas itu membuktikan DAP merupakan pihak paling beruntung dalam kerjasama pembangkang yang turut dianggotai Parti Keadilan Rakyat (PKR).

"Bukan pemimpin Pas yang menang tetapi DAP yang menang sebab DAP sudah berjaya menukar hala tuju Pas kepada yang lain, muktamar ini adalah kemenangan kepada parti DAP," katanya.

Beliau berkata demikian semasa berucap pada Majlis Sepetang Bersama Perdana Menteri dan tinjauan mesra di kawasan Parlimen Gombak anjuran Gabungan Pertubuhan-pertubuhan Bukan Kerajaan Daerah Gombak, Persatuan Penduduk Lembah Keramat dan UMNO di Hulu Kelang dekat sini hari ini.

Muktamar Pas Ke-57 minggu lalu menyaksikan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang mengulangi pendirian parti itu mengenai pembentukan 'negara berkebajikan' berbanding mendirikan sebuah model 'negara Islam' pada awal perjuangan parti tersebut.

Untuk rekod, Pengerusi DAP, Karpal Singh sebelum ini pernah menyatakan pendirian tegas parti itu untuk menentang perjuangan pembentukan Negara Islam oleh Pas.

Dalam perkembangan sama, katanya, perubahan perjuangan Pas dengan slogan membentuk 'negara berkebajikan' membuktikan parti itu tidak konsisten dalam perjuangannya dan ia bukan merupakan satu contoh yang baik.

"Apabila DAP kata kami tidak setuju, PKR tidak setuju, kini apa dah jadi, Pas sudah tukar slogannya jadi negara berkebajikan. Wahai Pas mana perjuangan negara Islam kamu," katanya.

Terdahulu, Najib melakukan tinjauan mesra di sekitar kawasan perumahan AU5D dekat sini untuk beramah mesra dengan penduduk dan singgah di dua rumah warga emas bagi menyampaikan sumbangan.

Beliau turut mengumumkan peruntukan kerajaan RM2 juta bagi menaik taraf Surau At-Taqwa di situ supaya ia boleh dijadikan premis solat Jumaat.

Selepas program di sekitar kawasan Parlimen Gombak itu, Najib melakukan satu lagi tinjauan mesra bersama masyarakat Cina di Kampung Kuala Ampang dekat sini.

Pada majlis tersebut, Perdana Menteri turut mengumumkan pemberian RM300,000 untuk pembinaan gelanggang bola keranjang berbumbung di kawasan berkenaan.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.
Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Jenayah

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Jenayah


52 PATI Indonesia ditahan

Posted:

52 PATI Indonesia ditahan

52 PATI Indonesia ditahan

Oleh MOHD. AINUDDIN
ALIFF SALEHUDEN dan
NURUL HUDA HASSAN
pengarang@utusan.com


SEBAHAGIAN pendatang tanpa izin Indonesia ditahan PGM Pelabuhan Klang dalam operasi di sekitar perairan Selangor, awal pagi semalam.


SHAH ALAM 10 Jun – Tragedi bot pancung membawa 24 pendatang asing tanpa izin (PATI) warga Indonesia yang karam dan mengakibatkan enam mati lemas di Kota Tinggi, Johor, pada 1 Jun lalu, sedikit pun tidak menggerunkan golongan itu.

Ia terbukti apabila 52 PATI rakyat negara itu ditahan lagi di perairan Sekinchan, Selangor, awal pagi ini dan Jalan Tanjung Balau di Kota Tinggi, dekat sini kelmarin, dipercayai dalam perjalanan pulang awal untuk menyambut Ramadan dan Hari Raya Aidilfitri.

Di Selangor, seramai 23 PATI rakyat negara itu termasuk sembilan wanita berusia lingkungan 19 hingga 56 tahun ditahan semasa menaiki sebuah bot nelayan, kira-kira tiga batu nautika (5.4 kilometer) dari perairan Sekinchan, awal pagi ini.

Pegawai Pemerintah Pasukan Gerakan Marin (PGM) Pelabuhan Klang, Deputi Supritendan Norzaid Muhammad Said berkata, pihaknya turut menahan tekong bot itu iaitu seorang remaja warga tempatan berusia 18 tahun.

"Kita tidak menolak kemungkinan mereka pulang awal bagi menyambut Ramadan dan Hari Raya Aidilfitri bersama keluarga di kampung halaman.

"Ketika ditahan mereka cuba melarikan diri tetapi berjaya dipintas. Setelah diperiksa, beberapa PATI ditemui menyorok dalam ruang menyimpan ikan di bot nelayan tersebut," katanya di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Norzaid berkata, pihaknya percaya ada sebuah bot lain menanti mereka di tengah laut sebagai transit untuk ke Indonesia dan siasatan mendapati, setiap PATI membayar antara RM200 dan RM400 kepada sindiket.

"Kesemua PATI dan tekong ditahan mengikut Akta Pemerdagangan Orang dan Anti Penyeludupan Migran dan mereka dibawa ke Balai Polis Sungai Besar untuk siasatan lanjut," ujarnya.

Di Johor Bahru, cubaan sebuah lori menyeludup keluar 29 PATI dari negara ini melalui jalan laut di Jalan Tanjung Balau di Kota Tinggi dekat sini kelmarin, berjaya dipatahkan PGM, hasil risikan pasukan tersebut.

Turut ditahan dalam serbuan pukul 8.30 malam kelmarin termasuklah seorang bayi lelaki berusia dua bulan, kanak-kanak lelaki berusia enam tahun dan seorang lelaki tempatan disyaki merupakan tekong darat.

Komander PGM Wilayah Dua, Asisten Komisioner Zainul Abidin Hasan berkata, dalam kejayaan itu, pihaknya menahan sebuah lori Isuzu berwarna putih yang ditutupi kain kanvas dalam keadaan mencurigakan.

"Dua lelaki bertindak melarikan diri namun salah seorang daripadanya berjaya ditahan. Pemeriksaan ke atas lori berkenaan mendapati kesemua PATI berada di bahagian belakang yang ditutup dengan kanvas," katanya dalam satu kenyataan dikeluarkan di sini hari ini.

Dalam kes berasingan, beliau berkata, pihaknya menahan dua lelaki rakyat Indonesia yang cuba menyeludup sebanyak 14,000 peket rokok kretek dan 105 helai kain sarung pelbagai jenis ke negara ini, kira-kira dua batu nautika (3.6 kilometer) dari Kukup, Pontian dekat sini kelmarin.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

70 pekerja Bangladesh, Vietnam ditahan

Posted:

70 pekerja Bangladesh, Vietnam ditahan

70 pekerja Bangladesh, Vietnam ditahan

SEREMBAN 10 Jun - Seramai 70 orang warga asing yang bekerja di kilang Recron Sdn. Bhd. di Nilai ditahan oleh polis selepas tidak mempunyai permit kerja dan terlibat dalam rusuhan di asrama kilang berkenaan di Taman Semarak malam Selasa lalu.

Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Saiful Azly Kamaruddin memberitahu, mereka ditahan dalam operasi yang dijalankan di asrama itu sekitar pukul 3 petang oleh kira-kira 300 anggota penguat kuasa yang terdiri daripada pihak polis dan Imigresen.

Jelas beliau, seramai 14 pekerja yang terdiri daripada sembilan lelaki Vietnam, seorang wanita Vietnam, satu pasangan warga Bangladesh dan dua anak mereka ditahan pihak Imigresen berikutan tiada dokumen pengenalan diri.

"Bakinya yang terdiri daripada 43 lelaki warga Vietnam, empat wanita warga Vietnam dan sembilan lelaki warga Bangladesh pula ditahan kerana terlibat dalam rusuhan pada malam Selasa lalu.

"Kesemua mereka ditahan selepas kita melakukan pemeriksaan terperinci di asrama yang menempatkan pekerja terbabit," katanya di sini hari ini.

Saiful juga memberitahu, antara barang yang dirampas dalam pemeriksaan itu termasuk beratus-ratus bilah parang, pisau, kayu serta batang besi yang dipercayai digunakan ketika rusuhan.

"Semua mereka ditahan untuk membantu siasatan kerana disyaki menjadi dalang yang mencetuskan pergaduhan tersebut. Empat wanita yang ditahan itu juga akan disoal siasat tetapi kita masih belum mengetahui siapa antara mereka yang dikatakan menjadi punca rusuhan terbabit," jelasnya.

Menurutnya, penahanan itu adalah mengikut Seksyen 117 Kanun Prosedur Jenayah bagi membantu siasatan dan kes itu disiasat mengikut Seksyen 148 Kanun Keseksaan kerana memiliki senjata ketika merusuh.

Utusan Malaysia hari ini melaporkan seramai 200 warga Vietnam dan Bangladesh merusuh dan terlibat dalam pergaduhan mengakibatkan 23 orang tercedera pada insiden berkenaan.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.
Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Pahang

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Pahang


Teluk Chempedak dinaik taraf

Posted:

Teluk Chempedak dinaik taraf

Teluk Chempedak dinaik taraf

Oleh SITI NORIZAT SHIKH ABDUL JALIL
utusanpahang@utusan.com.my


Shafik Fauzan Sharif (kiri) menunjau boardwalk yang dikenal pasti perlu dinaik taraf untuk manfaat pengunjung di Teluk Chempedak, kelmarin.


KUANTAN 10 Jun – Kerajaan memperuntukkan RM2.5 juta bagi melaksanakan tujuh projek pembangunan pelancongan di Teluk Chempedak di sini, dalam tempoh tiga tahun akan datang.

Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kesenian dan Warisan negeri, Datuk Shafik Fauzan Shariff berkata, peruntukan itu termasuk membaik pulih dan menaik taraf jambatan kayu usang yang menghubungkan pantai Teluk Chempedak dengan Teluk Tongkang di sini bernilai RM500,000.

Selain jambatan itu, kata beliau, enam projek lagi adalah menaik taraf Dataran TC, penyediaan kemudahan awam di Teluk Tongkang, waterfront, Zoo Mini Teruntum, pembinaan laluan basikal bukit dan pemasangan lampu berhias sekitar Teluk Chempedak.

''Kita akan mulakan dengan kerja-kerja membaik pulih dan menaik taraf jambatan kayu yang akan dilaksanakan bulan depan," katanya kepada pemberita selepas meninjau keadaan jambatan kayu yang uzur itu di Teluk Chempedak. semalam.

Hadir sama, Pengarah Pejabat Kementerian Pelancongan Pahang, Edros Yahaya.

Tinjauan Utusan Malaysia mendapati sebahagian besar struktur jambatan itu mengalami kerosakan, termasuk bahagian lantai dan pagar selain atap di beberapa pondok yang terdapat di sepanjang jambatan itu turut berlubang.

Kerosakan paling teruk terdapat di bahagian lantai disebabkan pokok tumbang dan kesan dibakar oleh pengunjung tidak bertanggungjawab.

Shafik Fauzan memberitahu, kerja-kerja membaik pulih jambatan kayu itu dijangka mengambil masa dua minggu sebelum dibuka kepada pengunjung.

''Bagi kerja-kerja menaik taraf ini, struktur kayu jambatan ini akan digantikan dengan bahan komposit iaitu polimer gentian yang diperkukuh (FRP) untuk menjadikan kemudahan itu lebih tahan lasak dan kukuh bagi menjamin keselamatan pengguna," katanya

Beliau berkata, pihaknya mendapati jambatan kayu sepanjang 400 meter yang dibina hampir 13 tahun lalu itu, semakin berisiko terhadap pengunjung berikutan kerosakan akibat faktor usia.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Cari mangsa lemas diteruskan

Posted:

Cari mangsa lemas diteruskan

Cari mangsa lemas diteruskan

TEMERLOH 10 Jun - Gerakan mencari dan menyelamat seorang penganggur yang dipercayai tergelincir dan terjatuh ke dalam Sungai Pahang dekat Explanade Bandar Temerloh di sini, semalam, diteruskan hari ini.

Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner Mohd. Noor Mansor berkata, gerakan mencari Muhammad Firdaus Hamzah, 28, yang terjatuh ke sungai pukul 5.45 pagi itu disertai oleh 50 anggota polis termasuk Pasukan Gerakan Marin, Jabatan Bomba dan Penyelamat, Jabatan Pertahanan Awam Malaysia dan penduduk kampung dengan mengguna beberapa bot.

"Pasukan mencari dan menyelamat menyusur Sungai Pahang, termasuk mencari di celah-celah rumpun buluh dan kayu. Operasi diperluaskan ke Pulau Temerloh dalam jarak satu kilometer dari tempat mangsa dipercayai terjatuh," katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Kata Mohd. Noor, sebelum kejadian, mangsa yang berasal dari Kampung Pangsa Enam dikatakan melawat ibunya yang dirawat di Hospital Sultan Haji Ahmad Shah di sini.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Peneroka perlu muhasabah diri - Adnan

Posted:

Peneroka perlu muhasabah diri - Adnan

Peneroka perlu muhasabah diri - Adnan


Adnan Yaakob (tengah) bertanyakan kesihatan Sumari Yati ketika mengunjungi peneroka yang lumpuh itu selepas merasmikan Progam Jejak Aspirasi Bersama Pemimpin di Felda Chemomoi, Bentong, kelmarin.


BENTONG 10 Jun - Golongan peneroka di negeri ini digesa bermuhasabah diri dengan membuat perbandingan taraf kehidupan mereka ketika mula-mula menyertai tanah rancangan Felda kira-kira 30 atau 40 tahun lalu.

Menteri Besar, Datuk Seri Adnan Yaakob berkata, jika kehidupan masih tidak berubah, mereka boleh menuduh Felda dan kerajaan zalim serta menindas mereka.

Sebaliknya, kata beliau, lebih 98 peratus masyarakat peneroka kini menikmati kehidupan yang lebih baik, ekoran perancangan kerajaan yang berjalan lancar untuk memastikan matlamat penubuhan tanah rancangan Felda tercapai.

''Berdasarkan kejayaan itu, saya meminta masyarakat peneroka terus memilih atau mempertahankan kerajaan sedia ada bagi membolehkan agenda pembangunan dirancang dapat diteruskan untuk kesejahteraan mereka.

''Kerajaan sentiasa berusaha meningkatkan taraf ekonomi peneroka, supaya mereka memperoleh pendapatan tinggi mengikut transformasi ekonomi yang diperkenalkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Program Jejak Aspirasi Bersama Pemimpin di Felda Chemomoi dekat sini, semalam.

Adnan menegaskan, kerajaan tidak pernah mengabaikan nasib generasi kedua peneroka apabila kerajaan menyediakan banyak peluang untuk membolehkan mereka mendapat pelbagai ilmu bagi meneruskan kehidupan.

Antaranya, jelas beliau, kerajaan menyediakan peluang pendidikan akademik kepada anak-anak peneroka sehingga berjaya melanjutkan pelajaran di universiti terbaik di luar negara supaya mereka dapat memegang jawatan pentadbir dan profesional.

Kata beliau, anak-anak peneroka yang tercicir dalam akademik diberi peluang kedua dalam pelbagai bidang kemahiran seperti keusahawanan, automotif, perhotelan, grafik, seni, elektrikal dan pertanian.

Sehubungan itu, Adnan berharap, peneroka tidak mudah terpengaruh dengan fitnah pembangkang kononnya Felda dan kerajaan melakukan penipuan daripada segi pembayaran hasil ladang dan sebagainya.

''Kalau kerajaan tipu, pasti kerajaan tidak beri geran tanah apabila peneroka telah habis melunaskan hutang, tetapi di Pahang, 97 peratus peneroka telah menerima geran tanah masing-masing,'' katanya.

Katanya, kehidupan rakyat masa kini jauh lebih baik berbanding pada zaman pemerintahan Jepun dan komunis yang begitu susah dan menderita kerana tiada peluang pekerjaan serta kemudahan asas.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.
Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Luar Negara

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Luar Negara


Spratly: China pula beri amaran

Posted:

Spratly: China pula beri amaran

Spratly: China pula beri amaran

BEIJING 10 Jun - China memberi amaran kepada Vietnam supaya menghentikan semua aktiviti yang dianggap sebagai melanggar kedaulatan negara ini di kawasan perairan Laut China Selatan yang dituntut kedua-dua negara ekoran kejadian melibatkan kapal-kapal antara dua negara komunis tersebut.

Vietnam pula hari ini mengesahkan akan mengadakan latihan peluru hidup di kawasan yang menjadi tuntutan kedua-dua negara itu sebagai maklum balas kepada amaran China tersebut.

Semalam, Vietnam mendakwa tiga kapal peronda marin China memotong kabel dari cari gali minyak kapal Vietnam di zon eksklusif ekonomi yang terletak kira-kira 200 batu nautika di kawasan perairannya.

Bagaimanapun, China yang merujuk kejadian sama, memberikan versi lain ke atas apa yang berlaku, berdasarkan laporan agensi rasmi Xinhua hari ini.

Jurucakap Kementerian Luar China, Hong Lei berkata, Kepulauan Spratly (Nansha) dan kawasan perairannya merupakan kawasan jajahan negara ini.

Beliau berkata, bot-bot nelayan China dihalau oleh kapal Vietnam bersenjata pagi semalam di mana ketika kejadian itu, satu pukat bot nelayan berkenaan tersangkut pada kabel minyak cari gali China.

Menurut laporan Beijing, keadaan itu menyebabkan kapal penerokaan itu mengheret bot nelayan China berkenaan lebih dari sejam dan keadaan itu sangat membahayakan keselamatan nelayan China,

Lei berkata, eksplorasi minyak di kawasan dan tindakan kapal Vietnam berkenaan telah melanggar kedaulatan negara ini dan ia perlu dihentikan.

Dalam pada itu, Vietnam berkata, ia akan mengadakan dua latihan selama sembilan jam di wilayah Quang Nam Isnin ini.

Pengumuman berhubung latihan tersebut di laman web Kor Keselamatan Maritim Utara turut memberi amaran supaya bot dan kapal menjauhi kawasan berkenaan.

Hubungan antara Beijing dan Hanoi semakin tegang sejak beberapa hari lalu ekoran tuntutan kedua-dua negara tersebut ke atas Kepulauan Spratly dan Kepulauan Paracel. - AFP

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Sonthi sedia sertai kerajaan Shinawatra

Posted:

Sonthi sedia sertai kerajaan Shinawatra

Sonthi sedia sertai kerajaan Shinawatra

BANGKOK 10 Jun - Jeneral Sonthi Boonyaratglin, yang mengetuai rampasan kuasa tanpa pertumpahan darah untuk menggulingkan kerajaan Thaksin Shinawatra pada 2006, sedia menyertai adik perempuan bekas pemimpin itu jika partinya berjaya membentuk kerajaan baru Thai selepas ini.

Sonthi, pemimpin parti Matubhum, berkata partinya sedia menyertai sama ada kerajaan pimpinan Demokrat atau yang dipimpin oleh Pheu Thai selepas pilihan raya umum.

"Kami ingin menyertai kerajaan baru sungguhpun jika dipimpin oleh Pheu Thai selepas pilihan raya 3 Julai," katanya kepada Bernama di sini hari ini.

Perdana Menteri Abhisit Vejjajiva, adalah calon bagi jawatan Perdana Menteri bagi parti Demokrat manakala adik perempuan bongsu Thaksin, Yingluck pula merupakan calon Pheu Thai bagi jawatan itu. Thaksin adalah ketua umum parti Pheu Thai.

Matubhum adalah sebuah daripada tujuh rakan gabungan dalam kerajaan pimpinan Demokrat sebelum Parlimen dibubarkan pada 10 Mei.

Dalam pilihan raya ini, kesemua tujuh rakan gabungan akan bertanding atas tiket parti masing-masing dan bukannya atas tiket gabungan.

Bagaimanapun, Sonthi menggariskan tiga syarat untuk menyertai kerajaan pimpinan Pheu Thai iaitu Matubhum dipelawa menyertai gabungan itu, berkongsi dasar yang sama dan jawatankuasa Matubhum membuat keputusan mengenai perkara itu.

Beliau berkata, Matubhum boleh menerima Pheu Thai memandangkan dasar parti itu yang agak demokratik berbanding dasar tidak demokratik parti Thai Rak Thai, yang kini dibubarkan, pimpinan Thaksin.

"Tidak timbul apa-apa masalah jika Yingluck mengamalkan cara dan kaedah yang demokratik sungguhpun beliau adik perempuan Thaksin.

"Sekiranya beliau mengamalkan cara dan kaedah yang tidak demokratik, sudah tentulah pengundi akan menolak beliau dalam pilihan raya umum ini, sekali gus tidak boleh menerajui kerajaan berikutnya," kata Sonthi. - BERNAMA

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.
Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Hiburan

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Hiburan


Inaz dan Gib bekerja dari 'rumah'

Posted:

Inaz dan Gib bekerja dari 'rumah'

Inaz dan Gib bekerja dari 'rumah'


PERCUTIAN keluarga di luar negara menggembirakan permata hati Inaz dan Gib, Batrisya.


Sebaik sahaja menjejak kaki di pintu masuk syarikat yang terletak di tingkat dua, hati saya tertanya-tanya, ini pejabat atau rumah?

Sebelum melangkah ke pintu utama Magicdreams, tetamu perlu membuka kasut dan di situ terdapat sofa merah menyambut kedatangan tetamu.

Di ruang terbuka itu sahaja, saya sudah merasakan suasana di rumah dan sebaik sahaja melangkah ke dalam, hati terus terpaut dengan dekorasi dalaman pejabat tersebut.

"Dekorasi dalam pejabat sengaja dibuat cozy kerana Inaz mahu bekerja dalam suasana tenang dan tidak tertekan. Memanglah kalau tengok macam di rumah.

"Kalau nak tahu di bilik Inaz dan Gib, siap ada bilik untuk anak. Bukan apa, Inaz lebih suka kalau bekerja sampai lewat, nampak anak di depan mata," katanya yang mesra dengan panggilan Inaz.

Menurut Inaz, beliau sengaja menyediakan bilik khas untuk puterinya, Ruhil Batrisya Agi, 9, kerana tidak mahu anaknya berasa terpinggir lantaran bebanan tugasnya.

Kata Inaz, perasaan bersalahnya pada Batrisya yang kerap ditinggal sewaktu bekerja dengan TV3 dahulu tidak akan diulangi lagi.

Malah katanya, penubuhan Magicdreams juga adalah disebabkan kata-kata keramat daripada anaknya, dua tahun lalu.

"Hati Inaz benar-benar tersentuh ketika itu apabila Inaz sibuk berkemas untuk melakukan tugasan di Dubai, Batrisya pun berkemas kerana nak ikut juga.

"Apabila Inaz jelaskan padanya yang Inaz terpaksa pergi untuk mencari duit persekolahannya, dia bawa tabung dan beritahu dia ada duit, Inaz tidak perlu bekerja lagi. Ketika itulah hati Inaz benar-benar tersentuh," katanya.

Mencerita lanjut, Inaz berkata, selama tujuh jam perjalanan ke Dubai, beliau mengambil keputusan untuk berhenti kerja di TV3 tanpa mempunyai apa-apa perancangan.

Beliau hanya mampu bertahan menjadi suri rumah sepenuh masa untuk tempoh beberapa bulan sahaja, selepas itu Inaz mula memikirkan soal pekerjaan.

"Mungkin disebabkan selama ini Inaz bekerja, jadi bila lama duduk di rumah. Inaz jadi bosan. Inaz perlu pekerjaan yang tidak menghalang Inaz daripada mengurus anak.

"Setelah berbincang, Inaz dan Gib sepakat menubuhkan syarikat ini. Sebenarnya tidak mudah untuk kami membuka syarikat ini, tapi setelah melalui pahit maung, akhirnya kami dapat juga apa yang dihajati selama ini," katanya tersenyum.

Syarikat yang terletak di Jalan Mutiara Tropicana 3, Selangor ditubuhkan dua tahun lalu bukan sahaja beroperasi sebagai produksi penerbitan tetapi juga sebagai agensi media.

Menurut Inaz, syarikat yang mempunyai enam kakitangan tetap itu antaranya menyediakan perkhidmatan video korporat, TV komersial, penerbitan dokumentari, program TV dan agensi pengiklanan.

"Kami bukan sekadar melakukan kerja-kerja penerbitan yang selalunya diterajui oleh Gib, malah turut memberi nasihat kepada klien. Bab itu kerja Inaz.

"Disebabkan pernah bekerja dengan penerbitan, Inaz tahu waktu yang sesuai untuk masuk iklan. Setiap info yang diberi kepada pelanggan dibuat berdasarkan pengalaman Inaz sewaktu bekerja dahulu dan mereka berpuas hati dengan perkhidmatan kami," jelasnya.

Memandangkan kedua-duanya pernah bekerja di belakang tabir, jadi segala selok belok penerbitan dilakukan sendiri tanpa mengharapkan bantuan luar.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Dunia baru Nas Adila

Posted:

Dunia baru Nas Adila

Dunia baru Nas Adila


BANGGA di hadapan Green Clean Car Wash, perniagaan yang diusahakannya.


Dengan semangat dan kesungguhan, Nas Adila yang sebelum ini pernah muncul dengan dua album sekitar awal tahun 2000, tekad berkongsi modal bersama pengurusnya, Redz untuk membuka Pusat Kecantikan Kereta Green Clean Car Wash.

Jika dahulu anak kelahiran Kampung Melayu Majidi, Johor Bahru, Johor ini sering menghiburkan peminat di pentas persembahan, kini masanya banyak dihabiskan di Kompleks Otomobil, Seksyen 15, Shah Alam, Selangor, membelai 'kotak besi' yang dihantar untuk 'dimandikan'.

"Sekarang ini, di sinilah tempat Nas menghabiskan masa sekiranya tiada undangan menyanyi atau persembahan.

"Tetapi jika ada undangan atau kerja luar, Nas akan pastikan akan ada masa untuk menjenguk Green Clean ini setiap hari," ujar pemilik nama sebenar, Nas Adila Mohd. Dan ketika ditemui S3 di premis perniagaannya itu, baru-baru ini.

Tambah penyanyi yang akan tampil dengan lagu terbaru, I Love U itu, dia juga akan turun padang mencuci kereta yang dihantar pelanggan bersama-sama dengan pekerjanya.

Bagi pelantun lagu Bidadari Cinta, sejak memulakan perniagaan tiga bulan lalu, dia tidak betah dengan hanya memerhatikan pekerjanya menjalankan rutin mencuci kereta.

"Nas jadi tidak senang sekiranya hanya duduk dan memerhatikan sahaja apa yang mereka buat. Jadi, apabila kerja di bahagian pengurusan telah siap dan ada kereta yang hendak dicuci, tangan Nas jadi 'gatal' untuk bermain dengan sabun.

"Bagi Nas, mencuci kereta bersama pekerja memberikan lebih kepuasan, selain dapat merapatkan jurang di antara Nas dengan pekerja.

"Lagi pun, Nas rasa sekiranya Nas turut sama melakukan kerja-kerja mencuci kereta, itu akan memberikan lebih kepuasan kepada pelanggan.

" Maklumlah, mata wanita ini lebih tajam. Ditambah dengan sikap cerewet, pasti habuk yang secalit pun dapat dikesan," tambahnya yang turut meminati bidang tarian.

Jelas gadis berusia 25 tahun itu lagi, premis perniagaannya pernah menerima 25 kenderaan sehari dan itulah rekod tertinggi yang pernah dicatatkan sejak Green Clean Car Wash beroperasi.

Itu membuatkan Nas dan pekerja tidak menang tangan untuk mencuci kesemua kenderaan yang ada.

"Alhamdulillah, rezeki setakat ini baik. Lagipun, kami dapat tender dari syarikat kenderaan, Toyota di mana setiap kereta baru yang dijual, akan dicuci terlebih dahulu sebelum dihantar kepada pelanggan.

"Selain itu, ahli kelab Proton Saga (Prossboc) juga sering menghantar kereta mereka di sini untuk dicuci.

"Soal penat... tak usah cakaplah tetapi di sebalik kepenatan itu, timbul keseronokan apabila pelanggan berpuas hati dengan khidmat yang kami berikan," ujar Nas Adila.

Premis berkenaan juga dijadikan tempat latihan menari pada sebelah malam iaitu selepas operasi cucian kereta tamat pada pukul 10 malam.

"Apabila sudah tiada kereta yang masuk pada sebelah malam, Nas akan mulakan sesi latihan menari. Mungkin selepas ini, Nas ingin meletakkan cermin pula untuk memudahkan Nas membuat laithan," ujarnya mengakhiri bicara tengah hari itu.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.
Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Rencana

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Rencana


Amalkan kesederhanaan berimbang

Posted:

Amalkan kesederhanaan berimbang

Amalkan kesederhanaan berimbang

SEBAGAI sebuah agama yang sempurna dan syumul, Islam telah mengutarakan beberapa asas bagi menjaga perpaduan dan mewujudkan persefahaman antara agama dan budaya yang berbeza.

Antara yang dituntut oleh Islam adalah amalan kesederhanaan di dalam pelbagai aspek kehidupan; daripada kefahaman keagamaan, hinggalah kepada hubungan individu dengan masyarakat sekitarnya, serta aspek-aspek pengurusan dan pentadbiran sesebuah negara dan hubungan antarabangsa.

Dalam pada kita meraikan keseimbangan dan penjagaan hak-hak individu lain, bukanlah dengan jalan melupuskan prinsip-prinsip dan nilai-nilai Islam.

Sebaliknya, pada masa yang sama Islam dijunjung dan dimartabatkan serta dibuktikan keunggulannya.

Prinsip-prinsip dan nilai-nilai Islam terus diberi perhatian untuk diterapkan di dalam pelbagai aspek kehidupan individu dan masyarakat dalam pembinaan dasar berkaitan pentadbiran negara, tanpa meminggirkan penganut agama lain untuk terus mengamalkan ajaran mereka.

Ummatan wasatan merupakan umat yang sederhana, adil, tidak berat sebelah dalam hal dunia dan akhirat serta berimbal dalam seluruh aspek kehidupan.

Berdasarkan kepada konsep ini, kita diseru agar mengimbangi antara tuntutan rohani dan jasmani serta hambatan dunia dan akhirat, kerana keseimbangan dan kesederhanaan ini amat penting dalam mewujudkan perpaduan dan keharmonian hidup, lantas menentukan kejayaan individu, keluarga, masyarakat dan negara.

Apabila membicarakan tentang tawarikh Islam di Nusantara, sebetulnya wujud pelbagai pendapat dan perbahasan.

Ada banyak teori tentang bagaimana dan bilakah Islam telah sampai ke rantau sebelah sini. Sama ada ia telah datang terus dari jazirah Arab, benua kecil India ataupun dari tanah besar China.

Namun, satu hakikat yang diketahui secara hakiki adalah ketibaannya secara aman melalui para pedagang dan mubaligh. Dua sumbangan besar Islam kepada Kepulauan Melayu adalah bahasa bertulis dan pemikiran saintifik.

Hasil gabung jalin pegangan kepada Mazhab Syafie, aliran Ahlisunnah Wal Jamaah dan budaya tempatan telah membentuk satu pendekatan yang amat unik kepada penganut Islam rantau ini.

Keunikan ini dapat dilihat dari metodologi dakwah digunapakai oleh para wali songo yang mengambil kira persekitaran sosiobudaya dan sosioekonomi kumpulan sasar mereka.

Masalah mula timbul apabila pengaruh asing mula menyerap dan menular di celah umat Islam di sini tanpa memahami dan mengambil kira persekitaran tempatan.

Ia telah menyebabkan bercambahnya ajaran yang bersifat tidak Islamik di rantau ini yang berasaskan keganasan dan sifat tidak toleran.

Membunuh diri misalnya bukan ajaran Islam. Malah, ia adalah haram walau apa pun justifikasinya.

Sememangnya, kita berasa pelik kenapa atas dasar mengislahkan umat, yang perlu dimusuhi dan diperangi adalah umat Islam itu sendiri.

Asas-asas ajaran serta doktrin asing ini perlu diperangi bagi memastikan keharmonian umat Islam di rantau ini terus utuh dan ukhuwah umat terus terpelihara.

Lembaran sejarah Rasulullah SAW juga telah menyaksikan bahawa dalam setiap aspek sama ada dakwah, pentadbiran negara, kehakiman, hubungan diplomatik mahupun amalan adat resam dan kebudayaan, Baginda tidak menunjukkan sikap ekstrem.

Malah, pendekatan yang diperkenalkan oleh Baginda SAW adalah pendekatan wasatiyyah kerana hanya dengan jalan ini Islam dapat diterima oleh semua bangsa.

Terkandung dalam kisah atau cerita Malaysia itu sendiri adalah manifestasi pelaksanaan cara dan falsafah wasatiyyah atau terjemahan hampir ke dalam bahasa Inggerisnya 'justly balanced'.

Malaysia adalah sebuah negara berbilang kaum dengan 60 peratus warganegaranya menganut agama Islam.

Minoriti besar rakyat Malaysia sejumlah 40 peratus yang lain pula menganut pelbagai agama.

Hakikatnya, bukan sahaja agama yang dianuti warga Malaysia berbeza malahan bahasa, budaya dan taraf sosioekonomi juga tidak sama.

Kendatipun di Malaysia wujud kepelbagaian yang kompleks, kedudukan Islam telah dimaktubkan secara rasmi di dalam undang-undang tertinggi negara iaitu Perlembagaan Persekutuan dan Undang-undang Tubuh atau Perlembagaan Negeri.

Ia telah diperkemaskan lagi dengan penubuhan institusi-institusi bagi mentadbir dan melaksanakan undang-undang syariah serta memajukan kepentingan sosial serta ekonomi penganut Islam. Jelasnya, Islam di Malaysia bukan setakat agama ritual namun telah diamalkan sebagai cara hidup yang syumul.

Sekalipun Islam telah diberikan kedudukan perundangan dan pentadbiran yang 'preeminent' atau yang tertinggi di atas yang lain dek kerana statusnya sebagai agama persekutuan, juga selaku agama yang dianuti majoriti rakyat Malaysia serta menjadi kepercayaan yang telah memainkan peranan penting di sudut sejarahnya dalam pembentukan identiti kehidupan bernegara, agama-agama lain tetap diberi jaminan perlembagaan serta bebas diamalkan secara aman.

Di dalam mengurus perhubungan etnik dan agama di Malaysia, kerajaan semenjak merdeka telah memilih untuk dipandu falsafah integrasi berbanding asimilasi.

Beza kedua- dua falsafah pemandu ini amat besar.

Integrasi bermakna kepelbagaian dihormati, dikekalkan seterusnya diraikan. Ia selaras dengan prinsip ajaran Islam bahawa tidak ada paksaan di dalam beragama dan kepelbagaian adalah asas untuk kenal-mengenali sebagai satu kerahmatan.

Berbeza dengan kaedah integrasi, kaedah asimilasi melakurkan perbezaan bagi tujuan mencipta indentiti yang sama.

Malaysia menolak kaedah ini bagi membina negara kerana tidak bersesuaian dengan realiti yang ada.

Hasil daripada mengamalkan pendekatan wasatiyyah ini semenjak berdekad-dekad, Malaysia sebagai sebuah negara Islam demokratik telah muncul menjadi sebuah negara perindustrian moden berpendapatan sederhana tinggi.

Kita juga telah berjaya menyanggah tanggapan stereotaip selama ini tentang kononnya sesebuah negara Islam itu lazimnya tidak demokratik, bersifat autokratik, walau kaya dengan sumber asli namun gagal menguruskannya dengan baik, tiada pula keadilan sosial.

Lantaran itu, Alhamdulillah, kita bersyukur dan berterima kasih kepada bapa-bapa pimpinan terdahulu yang telah merentas denai dan menyuluh contoh teladan.

Jalan yang telah mereka pilih telah memastikan Malaysia bukan sahaja terus aman damai bahkan maju dan makmur.

Pendek kata, ajaran Islam adalah bersifat benar tetapi yang salah apabila umat itu gagal untuk mengikut ajaran Islam yang betul.

Sesungguhnya, kesederhanaan berimbang yang kita dambakan bukanlah kesederhanaan menurut tafsiran pihak luar atau pihak Barat yang terus cuba mencanai umat Islam mengikut tasawwur mereka.

Sebaliknya, wasatiyyah dalam permaknaan dan pengertian kita adalah, wasatiyyah yang dididik dan diteladankan oleh Nabi Muhammad SAW melalui rentetan sirah, antaranya semangat piagam Madinah dan perjanjian Hudhaibiyah serta kesederhanaan berimbang para Khulafa al-Rasyidin serta para sahabat yang kemudian.

Selain itu, di arena kebangsaan dan antarabangsa kita telah memperlihatkan bahawa kita bukan setakat beretorik dalam isu ini malah kita telah mengamalkannya secara istiqomah.

Di peringkat global, kita berbaik dengan semua negara sama ada negara Islam atau tidak, namun atas dasar prinsip, kita tidak akan sekali-kali lari dari menyatakan apa yang benar.

Kita akan terus memperjuangkan isu dan hak asasi rakyat Palestin untuk mendapatkan sebuah negara yang merdeka.

Memperjuangkan yang haq dan menegur yang batil.

Hasilnya, kita telah membentuk imej sebuah negara Islam berwibawa dan berkemampuan sehingga berupaya menghantar pasukan pengaman di bawah panji-panji Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) serta Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) bagi melindungi umat Islam di Bosnia Herzegovina juga mengamankan negara Islam Somalia.

Kita juga telah menempatkan anggota misi pengaman di Selatan Lubnan dan menghantar doktor-doktor wanita ke Afghanistan.

Makanya, kenapa kita sebagai umat yang bermaruah sanggup membenarkan Islam dipandang remeh dan diperkotak-katik lantaran ketidakmampuan mengurus maslahah umat Islam itu sendiri?

Persoalannya di sini, kenapa pihak ketiga yang selalunya bukan negara Islam diberi kepercayaan dan sandaran untuk menjadi wasit rujukan atau pertelingkahan?

Kenapakah rasuah, salah tadbir, salah urus dan ketidakcekapan sering menandai pengurusan negara Islam? Sedangkan kita tahu ajaran Islam seperti mana terkandung dalam al-Quran dan Sunnah Rasul-Nya mampu menjadi panduan yang jelas.

Jawapannya adalah, kita sewajarnya memperbetulkan ehwal kita dahulu sebelum kita mampu menjadi obor petunjuk kepada umat manusia sebagaimana umat Islam satu ketika dahulu.

Kita perlu mengakui hakikat keperluan untuk berintrospeksi, seterusnya mengambil tindakan pembaikan.

Ternyata, masalah umat Islam adalah masalah dalaman yang walaupun tampak seolah sukar dikawal urus tetapi jalan penyelesaiannya memang ada dan memang wujud dengan kembali berpegang kepada ajaran Islam sebenar.

Mutakhir ini, keharmonian di kalangan penganut agama yang berbeza di Malaysia sedikit tercalar.

Ini berlaku kerana ada pihak yang mahu mempolitikkan agama sama ada di kalangan penganut Islam atau di kalangan bukan Islam.

Dalam sebuah negara yang berbilang kaum polemik tentang agama harus diurus dengan berhemah dan cermat.

Ini kerana perbincangan berkaitan agama mampu membakar perasaan semua pihak. Sememangnya di dalam sebuah negara yang demokratik setiap individu bebas menyuarakan pendapat asalkan tidak melanggar undang-undang.

Menyuarakan pendapat yang diketahui mampu membakar perasaan penganut agama lain akan mengundang kenyataan balas yang provokatif dan bukanlah satu tindakan bertanggungjawab.

Dari itu, semua pihak sewajibnya berhati-hati dan mengambil pendekatan yang bijaksana demi kestabilan nasional.

Malah, itulah yang dituntut dalam setiap ajaran agama.

Pada zaman ini, di mana masyarakat berbilang bangsa, agama dan budaya, tinggal dan berinteraksi sesama mereka di dalam sesebuah negara atau masyarakat antarabangsa, aspek perpaduan, toleransi seterusnya penerimaan total merupakan faktor utama yang menjadi penyokong kepada pembangunan negara dan keamanan dunia.

Sekiranya wujud perpaduan, toleransi dan penerimaan total antara kaum dan penganut-penganut agama yang berlainan, maka agenda-agenda pembangunan masyarakat yang direncanakan serta dilaksanakan dengan mudah yang akan memberi manfaat kepada semua pihak.

Sebaliknya, sekiranya wujud kepincangan kesatuan dari aspek perpaduan, toleransi dan penerimaan total tersebut, maka itu akan membawa kepada keadaan huru-hara.

Apa yang mustahak, pada hari ini, kita telah mengihyakan Wasatiyyah sebagai "guiding principle" atau prinsip pedoman kepada gagasan 1Malaysia; 'Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan'. Inilah falsafah dan formula yang akan merealisasikan aspirasi negara dalam mencapai Wawasan 2020.

Benarlah, Islam adalah agama rahmat kepada seluruh manusia. Dasar-dasar pemerintahan Islam tidak menolak kepentingan penganut agama lain.

Sejarah telah membuktikan bahawa di beberapa wilayah Islam misalnya, masyarakat bukan Islam juga terlibat dalam urusan pentadbiran.

Misalnya di Andalusia, terdapat wilayah-wilayah tertentu telah diperintah oleh kaum Yahudi.

Masyarakat Kristian dan Yahudi ketika itu telah menerima wilayah-wilayah ini sebagai wilayah Islam tanpa sebarang tekanan dan paksaan.

Aspek pengagihan kekayaan dan keadilan sosial juga merupakan faktor penting di dalam mewujudkan kestabilan dalam kalangan masyarakat, dan kestabilan ekonomi sesebuah negara.

Aspek ini telah diberi penekanan oleh kerajaan agar kekayaan negara diagihkan secara adil dan saksama kepada semua kaum yang ada di negara ini.

Pendek kata, dalam setiap usaha pembangunan dan kemajuan negara, kita telah lama menjurus kepada konsep negara berkebajikan.

Jika disoroti sejarah pemerintahan Islam pada zaman Khalifah- khalifah al-Rashidin, masyarakat bukan Islam diberikan layanan yang baik dan tidak dipinggirkan daripada menikmati kekayaan negara.

Berlaku satu peristiwa apabila Khalifah 'Umar al-Khattab r.a bertemu seorang tua keturunan Yahudi sedang meminta sedekah.

Beliau sangat bersimpati dengan keadaan orang Yahudi itu dan bertanya akan hal yang menyebabkan demikian.

Orang Yahudi itu menjelaskan keadaannya yang uzur menyebabkan beliau tidak berkemampuan untuk bekerja.

Pendek kata sejak dulu lagi kita telah memberi tumpuan kepada usaha membela nasib rakyat.

Malah perjuangan yang menjurus kepada negara berkebajikan juga telah lama diperjuangkan oleh kerajaan.

Maka adalah agak pelik dan ajaib apabila ada pihak yang mencanangkan dan menguar-uarkan mahu memperjuangkan negara berkebajikan.

Mereka sebenarnya baru berfikir untuk mewujudkan negara berkebajikan sedangkan kita sudah lama memperjuangkan negara berkebajikan ini.

Saya tak perlu menghuraikan dengan lebih panjang mengenai usaha kerajaan kerana ia telah dibuktikan menerusi pelbagai usaha seperti penubuhan Felcra, Risda, universiti dan pelbagai lagi.

Bukankah ini ke arah negara berkebajikan yang sudah lama kita perjuangkan?

Tidak perlulah mahu mengambil modal negara berkebajikan yang kerajaan sudah sedia perjuangkan dan ada hari ini.

Setelah mendengar jawapan itu, Khalifah 'Umar al-Khattab r.a. terus membawa orang Yahudi itu ke rumahnya dan kemudian menghantarnya ke Baitulmal. Di sana 'Umar al-Khattab r.a. memerintahkan supaya diberi bantuan kepada warga tua Yahudi tersebut. 'Umar al-Khattab r.a. berkata yang bermaksud: "Tidak ada keadilan sekiranya kita pungut jizyah daripada mereka ketika mereka masih muda dan meninggalkan mereka apabila mereka tua".

Demikianlah betapa indahnya diperlihatkan dalam cerita sahabat akan pendekatan perhubungan antara Islam dan bukan Islam atas prinsip wasatiyyah dengan semangat ehsan manusiawi yang tinggi.

Oleh yang demikian, sebagai sebuah negara yang mempunyai kepelbagaian agama dan budaya, ingin saya jelaskan sekali lagi bahawa pendekatan Wasatiyyah di Malaysia amat perlu di titikberatkan, ia bukanlah satu pilihan bahkan satu imperatif untuk memacu kita mencari hasanah di dunia dan hasanah di akhirat dalam konteks mencapai al-Falah.

Kesimpulannya, saya berharap agar konvensyen yang akan berlangsung selama dua hari ini, dimanfaatkan oleh kita semua, bagi mendalami konsep wasatiyyah dan sama-sama memikirkan jalan terbaik untuk melaksanakannya dalam segala aspek berkaitan kehidupan individual dan masyarakat.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Hak pengadu dalam undang-undang Qazaf

Posted:

Hak pengadu dalam undang-undang Qazaf

Hak pengadu dalam undang-undang Qazaf

Oleh SHAMSUL MUDA

BERIKUT adalah soal jawab mengenai hak yang diperuntukkan syarak kepada mangsa rogol atau liwat yang membuat aduan berlakunya jenayah tersebut tetapi gagal mengemukakan empat saksi.

Ia menjelaskan dalam keadaan ini, syarak memberikan kepada mangsa rogol atau liwat hak untuk didengari aduannya meskipun tidak mengemukakan empat saksi.

Dalam keadaan ini juga, pengadu tidak dikenakan hukuman qazaf jika terdapat bukti-bukti yang diterima yang menunjukkan berlakunya rogol atau liwat secara paksa.

Soalan: Apakah pengertian qazaf?

Para ulama berbeza pendapat dalam mendefinisikan qazaf seperti berikut :

i. Menurut Mazhab Syafie, Maliki, Hambali dan pegangan dua murid kanan Imam Abu Hanifah, iaitu Imam Abu Yusuf dan Imam Muhammad, qazaf ialah 'menuduh seseorang melakukan zina atau liwat' (Majid Muhammad (1997), al-Hudud Fi al-Fiqh al-Islami, Kuwait : Maktabah al-Falah, halaman 75).

ii. Pada pandangan Imam Abu Hanifah, qazaf ialah 'menuduh seseorang melakukan zina sahaja' (Ibid). Justeru, menurut beliau, perbuatan menuduh seseorang melakukan liwat, tidak boleh dikenakan hukuman qazaf iaitu 80 kali sebatan. Hukumannya ialah ta'zir iaitu hukuman yang dijatuhkan berdasarkan budi bicara hakim.

[Aduan mangsa rogol atau liwat yang disokong empat saksi]

Adakah seseorang yang mengadu dirogol atau diliwat, boleh dikenakan hukuman qazaf?

Seseorang yang mengadu dirogol atau diliwat, TIDAK BOLEH dikenakan hukuman qazaf apabila dia dapat membawa empat orang saksi. Dalam keadaan ini, hukuman hudud akan dijatuhkan ke atas perogol atau peliwat, bukannya pengadu.

[Keadaan aduan mangsa rogol atau liwat yang TIDAK disokong empat saksi]

Apabila mangsa rogol atau liwat membuat aduan rogol atau liwat, tetapi TIDAK DAPAT membawa empat orang saksi, adakah akan dikenakan hukuman qazaf?

Apabila mangsa rogol atau liwat membuat aduan, tetapi TIDAK DAPAT membawa empat orang saksi, hendaklah dilihat :

i. Jika dia tidak dapat membawa sebarang bukti (contoh-contoh bukti yang boleh digunakan akan dinyatakan selepas ini) yang menunjukkan dia dirogol atau diliwat, dia akan dikenakan hukuman qazaf kerana telah menuduh orang lain berzina atau meliwat tanpa sebarang bukti.

Firman Allah (Surah an-Nur : 4)," Dan orang yang melemparkan tuduhan zina kepada perempuan yang baik-baik, kemudian mereka tidak membawakan empat orang saksi, maka sebatlah mereka lapan puluh kali sebat; dan janganlah kamu menerima penyaksian mereka selamanya; dan mereka adalah orang yang fasik".

ii. Jika dia membawa bukti yang menunjukkan berlakunya kejadian rogol atau liwat, dia dibebaskan dan tidak dikenakan hukuman qazaf (Dalil kepada kenyataan ini akan dinyatakan selepas ini) meskipun gagal mengemukakan empat saksi.

[Proses ke atas aduan mangsa rogol atau liwat]

Adakah ini bermakna seseorang yang mengadu dirogol atau diliwat oleh seseorang yang lain, tanpa membawa empat orang saksi, TIDAK terus dikenakan hukuman qazaf?

Ya. Seseorang yang mengadu dirogol atau diliwat oleh seseorang yang lain, TIDAK terus dikenakan hukuman qazaf walau pun gagal membawa empat orang saksi.

Berdasarkan keterangan ulama, boleh disimpulkan, setiap aduan rogol atau liwat perlu melalui proses berikut :

i Pihak berkuasa perlu mengumpul bukti-bukti yang menunjukkan mangsa betul-betul dirogol atau diliwat;

ii. Apabila terdapat bukti yang menunjukkan pengadu memang dirogol atau diliwat, pengadu akan dibebaskan tanpa dikenakan sebarang hukuman. Dalam keadaan ini, yang dikenakan hukuman ialah tertuduh seperti yang akan dijelaskan;

iii. Jika pengadu tidak mampu mengemukakan sebarang bukti, atau pihak berkuasa tidak menemui apa-apa bukti yang menunjukkan pengadu betul-betul dirogol atau diliwat, pengadu boleh dikenakan hukuman qazaf. Ini kerana pengadu tersebut telah menuduh seseorang melakukan zina atau liwat tanpa sebarang bukti.

[Bukti-bukti yang boleh digunakan dalam kes rogol atau liwat]

Apakah bukti-selain empat orang saksi yang boleh digunakan bagi menunjukkan berlakunya jenayah rogol atau liwat?

Seperti yang disebutkan oleh sesetengah ulama zaman silam( Iaitu Imam al-Baji dalam kitabnya al-Muntaqa Syarh Muwatto' Imam Malik seperti yang akan dinyatakan dan Imam Abd. al-Bar dalam kitabnya al-Istizkar seperti yang telah disebutkan sebelum ini ), bukti tersebut seperti :

i. Mangsa datang melapor kes rogol atau liwat sambil berpaut pada tertuduh dalam keadaan kemaluannya berdarah jika dia seorang gadis;

ii. Mangsa didengari berteriak meminta tolong; atau

iii. Tertuduh dilihat membawa masuk mangsa ke dalam rumahnya (tertuduh) secara paksa.

Pada zaman sekarang, kajian saintifik boleh digunakan sebagai bukti kes rogol atau liwat seperti laporan perubatan, ujian DNA, rakaman kamera litar tertutup (CCTV) dan sebagainya.

[Dalil mangsa rogol atau liwat yang membawa bukti selain empat saksi dibebaskan daripada hukuman qazaf]

Apakah dalil yang menunjukkan bahawa mangsa rogol atau liwat, tidak dikenakan hukuman qazaf bila menuduh seseorang merogol atau meliwatnya tanpa mengemukakan empat saksi, tetapi dengan membawa bukti seperti yang dinyatakan? ( Lihat jawapan bagi soalan 5)

Dalilnya ialah hadis Nabi s.a.w, qias dan keterangan ulama.

Dalil Pertama : Hadis Nabi s.a.w

Pernah berlaku pada zaman Nabi s.a.w, seorang wanita yang dirogol seorang lelaki secara bersendirian, mendakwa lelaki berkenaan merogolnya tanpa mengemukakan empat saksi.

Setelah suspek ditangkap, wanita tersebut mengesahkan bahawa suspek tersebut adalah perogolnya.

Namun, apabila Nabi s.a.w memerintahkan supaya lelaki tersebut direjam (akan dinyatakan selepas ini bahawa berdasarkan pendapat yang kuat, lelaki tersebut tidak dikenakan hukuman rejam ), seorang lelaki yang lain mengakui bahawa beliaulah yang sebenarnya merogol wanita berkenaan.

Hukuman akhirnya dijatuhkan ke atas lelaki yang mengaku merogol, sementara suspek serta wanita yang menjadi mangsaAkta Kesalahan Jenayah Syariah (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1997 memperuntukkan kesalahan qazaf HANYA dikenakan ke atas seseorang yang TIDAK TERLIBAT dalam perbuatan zina atau liwat, yang menuduh seseorang lain melakukan zina atau liwat. rogol dibebaskan.

Dalam peristiwa ini, Nabi s.a.w tidak menjatuhkan hukuman qazaf ke atas wanita tadi, meskipun beliau telah mendakwa seseorang merogolnya tanpa mengemukakan empat saksi.

Dalil Kedua : Qias

Kes rogol sama dengan kes li'an iaitu seorang suami menuduh isterinya berzina. Dalam kes li'an, si suami boleh menuduh isterinya berzina, tanpa dikenakan hukuman qazaf meskipun tuduhan dilakukan tanpa disokong empat orang saksi.

Dalam keadaan ini, si suami dibebaskan daripada hukuman qazaf kerana beliau terpaksa melakukan li'an bagi menjaga nasab keturunannya.

Dalam kes rogol, mangsa rogol juga terpaksa menceritakan kejadian rogol bagi mengelakkannya disebat atau direjam disebabkan kehamilan luar nikah (Dalam mazhab Maliki, wanita yang hamil tanpa suami yang sah boleh disabitkan dengan kesalahan zina).

Oleh kerana, seseorang yang menuduh isterinya berzina, tanpa membawa empat saksi tidak dikenakan hukuman qazaf, kerana terpaksa berbuat demikian bagi menjaga nasab keturunannya, maka demikian juga mangsa rogol yang mendakwa seseorang merogolnya tanpa mengemukakan empat saksi, juga tidak dikenakan hukuman qazaf, kerana terpaksa berbuat demikian bagi mengelakkannya disabitkan dengan kesalahan zina disebabkan kehamilan luar nikah. (Rujuk al-Muntaqa Syarh al-Muwatto' karangan Imam al-Baji, jilid 4, halaman 21)

Dalil Ketiga : Keterangan ulama

Antara ulama yang menyatakan dengan jelas bahawa mangsa rogol yang mengadu dirogol dengan membawa bukti lain selain empat saksi, tidak dikenakan hukuman qazaf, ialah Imam al-Baji.

Beliau berkata, (Al-Baji, Sulaiman Ibn Khalaf (1999), al-Muntaqa Syarh Muwatto' Malik, Beirut : Dar al-Kutub al-Ilmiyyah, Jilid 4, halaman 21) :

(Terjemahannya) - Jika kedua-dua orang saksi (Imam Al-Baji menyebut 'kedua-dua orang saksi' kerana sebelum petikan di atas beliau memperkatakan tentang wanita yang mendakwa dirogol tanpa membawa empat orang saksi. Maka 'dua orang saksi' diambil sebagai contoh bagi 'saksi yang kurang daripada empat orang') tidak melihatnya, iaitu wanita yang mendakwa dirogol dipaksa melakukan persetubuhan dan tidak juga menyatakan kemungkinan dia dipaksa melakukan persetubuhan, tetapi dia datang kepada pihak berkuasa sambil berpaut padanya iaitu pada tertuduh dalam keadaannya berdarah (maksudnya dalam keadaan kemaluannya berdarah) jika dia [seorang] gadis, atau datang sambil berpaut pada tertuduh dalam keadaan tidak berdarah jika dia seorang janda maka dalam kitab Ibn al-Mawaz [yang memetik] daripada Abdul Malik dan [ulama-ulama] selainnya, dinyatakan bahawa "dia tidak dikenakan hukuman hudud (iaitu hukuman qazaf) disebabkan tuduhannya ke atasnya (iaitu tertuduh)".

Kesimpulannya, hadis Nabi s.a.w, qias dan kenyataan ulama yang dinyatakan di atas, jelas menunjukkan bahawa dalam kes rogol, mangsa mempunyai hak didengari aduannya, walaupun tidak membawa empat saksi.

Dalam kes rogol yang kebiasaannya berlaku secara tersembunyi, aduan mangsa diambil kira dan mangsa dibebaskan daripada hukuman qazaf, jika terbukti bahawa kejadian rogol benar-benar berlaku melalui pembuktian yang dinyatakan (Rujuk jawapan bagi soalan 5).

Anggapan banyak pihak bahawa seseorang yang mendakwa dirogol atau diliwat secara paksa oleh seseorang, tanpa mengemukakan empat saksi, terus dianggap telah melakukan kesalahan qazaf, adalah anggapan yang silap seperti yang dapat dilihat melalui hadis Nabi s.a.w, qias dan keterangan ulama yang dinyatakan.

[Hukuman ke atas tertuduh dalam kes rogol atau liwat yang disokong bukti]

Jika mangsa rogol atau liwat tidak mampu mendatangkan empat orang saksi, tetapi dapat membawa bukti-bukti seperti yang dinyatakan (Lihat Jawapan bagi Soalan 5), bagaimana dengan tertuduh?

Jika mangsa dapat mengemukakan bukti-bukti yang menunjukkan dia dirogol atau diliwat, tertuduh dikenakan hukuman seperti berikut :

i. Membayar wang dalam jumlah yang sama dengan mas kahwin semasa kepada mangsa. Hukuman ini dikenakan dengan dua syarat, iaitu terdapat saksi yang melihat tanda-tanda berlakunya jenayah rogol atau liwat; dan mangsa bersumpah bahawa dia telah dirogol (Al-Baji (1992), jilid. 4, halaman 21).

ii. Hakim boleh mengenakan hukuman ta'zir - iaitu hukuman yang diserahkan kepada budi bicara hakim- ke atas tertuduh seperti hukuman denda, penjara, sebat, buang daerah dan sebagainya.

Hukuman ta'zir wajib dikenakan ke atas setiap individu yang melakukan maksiat yang tidak ditentukan hukumannya oleh syarak (Zaydan, Abdul Karim (1992), Usul ad-Da'wah, Baghdad : Maktabah al-Quds, halaman 293).

[Perbicaraan Kes Qazaf menurut Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Syariah Malaysia - Mahkamah yang berhak dari segi undang-undang mengadili kes qazaf]

Berdasarkan Perlembagaan Persekutuan, mahkamah manakah yang mempunyai kuasa membicarakan kes rogol atau liwat?

Menurut Jadual Kesembilan Perlembagaan Persekutuan, kes yang tidak melibatkan Undang-undang Keluarga Islam, dan kes tersebut berada di bawah kawasan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan, mahkamah yang berhak membicarakannya ialah mahkamah sivil atau jenayah, bukannya Mahkamah Syariah.

[Aduan mangsa rogol atau liwat yang tidak disokong empat saksi menurut Undang-Undang Syariah di Malaysia]

Mengikut Undang-Undang Syariah di Malaysia, adakah mangsa yang mengadu dirogol atau diliwat, akan dikenakan hukuman qazaf apabila gagal membawa empat orang saksi?

Akta Kesalahan Jenayah Syariah (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1997 memperuntukkan kesalahan qazaf HANYA dikenakan ke atas seseorang yang TIDAK TERLIBAT dalam perbuatan zina atau liwat, yang menuduh seseorang lain melakukan zina atau liwat.

Ini bermakna, akta ini tidak merangkumi mangsa atau orang yang melakukan zina atau liwat itu sendiri, yang mendakwa perogol merogolnya, atau menyatakan pasangannya melakukan zina dengannya.

SHAMSUL MUDA ialah Pegawai di Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA), Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.
Kredit: www.utusan.com.my
 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved