Jumaat, 10 Jun 2011

Utusan Online - Keluarga


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Keluarga


Zalifah Ibrahim seronok berniaga

Posted:

Zalifah Ibrahim seronok berniaga

Zalifah Ibrahim seronok berniaga

Oleh ABD. AZIZ ITAR
aziz.itar@utusan.com.my
Gambar NOOR AZLINA JAAFAR


ANAK keduanya, Mohd. Sharul antara yang banyak membantunya berniaga di gerainya.


MENYANYI dan berniaga merupakan dua bidang yang dekat dengan diri Zalifah Ibrahim. Penyanyi yang popular pada tahun 1970-an dan 1980-an itu menjadikan dunia nyanyian dan perniagaan berjalan seiring.

Bagaimanapun, selepas merakamkan album terakhir berjudul Usah Cemburu pada tahun 1984, penyanyi berusia 55 tahun ini seakan-akan menyepikan diri daripada dunia yang penuh dengan glamor itu.

Sejak saat itu, Zalifah atau lebih mesra dengan panggilan Kak Pah, lebih banyak menumpukan masanya kepada bidang perniagaan. Pelbagai jenis perniagaan telah diceburinya selepas dia kurang aktif menyanyi.

Menurut anak jati Kampung Datuk Keramat, Kuala Lumpur ini, dia membabitkan diri dalam dunia perniagaan bukan sebagai sumber rezeki tetapi juga kerana minat yang mendalam, selain mengisi masa lapangnya.

"Saya telah menjalankan pelbagai jenis perniagaan. Daripada berniaga makanan sehinggalah kepada bidang jahit menjahit pakaian telah saya cuba. Selepas tidak merakamkan album, inilah dunia saya," katanya kepada S3 baru-baru ini.

Pada pertemuan di gerai Nasi Ayam Penyet miliknya yang terletak di Medan Selera Setiawangsa, Kuala Lumpur itu, dia sedang sibuk membuat persiapan bagi menjalankan perniagaannya.

Sambil dibantu oleh anak keduanya, Mohd. Sharul Bolkiah, 29, Zalifah menyediakan pelbagai jenis makanan terutamanya menu nasi ayam penyet yang dipelajarinya sewaktu berkunjung ke Pulau Bali, Indonesia tidak lama dulu.

"Saya memang jenis yang susah hendak duduk diam. Apabila kurang aktif menyanyi, saya lebih suka berniaga sendiri. Jadual harian saya sibuk bermula tengah hari di mana gerai saya akan dibuka mulai pukul 5 petang hingga 11 malam.

"Setiap hari Isnin hingga Jumaat, saya akan berniaga, manakala Sabtu dan Ahad saya akan melakukan aktiviti sendiri termasuklah balik ke rumah saya di Taman Rashidah Utama, Seremban kalau ada kelapangan," ujarnya.

Dengan gerai yang disewa daripada Dewan Bandaraya Kuala Lumpur pada kadar RM160 sebulan, dia bersyukur dengan sambutan pelanggan yang begitu menggemari menu nasi ayam penyet dengan sambal tomato itu.

Namun begitu, dia yang baru berkahwin dengan Abdul Wahid Rahim, 58, tiga tahun lalu selepas kematian suami pertamanya mengeluh sedikit kerana gerainya yang berada di tingkat satu medan selera itu kurang strategik.

"Mujurlah seorang kawan yang berniaga di tingkat bawah di medan selera ini memberi ruang saya berniaga di depan gerainya di mana selepas itu barulah ramai sedikit pelanggan saya. Apatah lagi, persaingan berniaga di sini sengit juga," jelasnya.

Selain menu nasi ayam penyet, turut disediakan di gerai penyanyi veteran itu antaranya kuey teow kerang, mee hailam, spaghetti bolognese di mana sejak mengubah lokasi serta strategi perniagaannya itu semakin menggembirakannya.

Bekas peserta pertandingan Bakat TV anjuran Radio Televisyen Malaysia (RTM) tahun 1971 ini berkata, biarpun sibuk berniaga tetapi dia masih menerima undangan menyanyi di merata-rata tempat terutamanya di Negeri Sembilan.

Kata ibu kepada empat anak kandung dan lima anak tiri serta seorang cucu ini, dia sehingga kini masih aktif menyertai kumpulan cak lempong yang dikenali sebagai Nur TA Najihah yang aktif mengadakan persembahan di negeri itu.

"Walaupun saya bukan orang Negeri Sembilan tetapi saya banyak menyanyikan lagu-lagu loghat mereka seperti Kelok Sembilan dan Bongai. Apapun saya gembira kerana setidak-tidaknya bakat menyanyi saya tidak hilang begitu sahaja.

"Selain menyanyi bersama-sama kumpulan itu, saya juga aktif menjalankan pelbagai aktiviti amal seperti majlis berzanji bersama kumpulan Kawan (Kumpulan Artis Wanita Veteran) yang saya sertai sejak 20 tahun lalu," ujarnya lagi.

Hasil perkahwinan penyanyi veteran yang cukup peramah ini dengan arwah suami pertamanya, Abdul Jalil Din dia dikurniakan empat anak iaitu Heina Suheila, 24, Heina Faeza, 23, Heina Karina, 22, dan Taufik Hidayat, 17.

Sementara itu, Zalifah turut menganggap lima lagi anak hasil perkahwinan terdahulu suaminya kini iaitu Zureen Azwan, 35, Mohd. Sharul, 29, Ahmad Firdaus, 26, Wahida, 28, dan Farah, 25, seperti anak-anaknya sendiri.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Cemara tinggal persoalan

Posted:

Cemara tinggal persoalan

Cemara tinggal persoalan

rekreasi@utusan.com.my.
Gambar Ihsan Arti Fine Art Studio


ROHAIZAD gemar meluahkan masa terluang dengan membaca.


Keakraban Rohaizad dengan medium cat air yang digunakannya hampir 18 tahun berkarya, membuatkan beliau mudah meneroka, mengolah warna, menyusun ruang serta bijak menterjemahkannya kepada sebuah lukisan.

Karya-karya beliau banyak menyentuh kepada nilai estetik seni berlatar belakang kehidupan sebagai isi utama yang dipersembahkan kepada tatapan umum seperti pengalaman hidup, pengamatan persekitaran fizikal dan kehidupan petani.

Antara kedamaian dan pembangunan

Menghayati karya-karya Rohaizad membawa penulis untuk menoleh kepada keindahan kampung, pergaulan sosial dan pemikiran masyarakatnya dalam pelbagai keadaan serta suasana.

Menyentuh di sebalik pameran solo, Pohon Cemara yang diadakan di Arti Fine Art Studio, 23-2A, Tingkat 2, Jalan 2/4C, Desa Melawati itu, Rohaizad memberitahu beliau mengambil masa selama setahun setengah untuk menyiapkan 15 buah lukisan di atas kanvas.

Lulusan seni halus dari Universiti Teknologi Mara (UiTM) itu bagaimanapun menongkah arus kerana ketika ramai pelukis-pelukis muda berlumba mencipta nama di Kuala Lumpur, beliau bertekad untuk kembali ke kampung halamannya di Jitra, Kedah pada akhir 1990.

Baginya, kebahagiaan dan kesusahan orang kampung, bau tanah bendang, gemersik angin meniup jerami padi dan bau kampung seolah-olah telah sebati.

"Ini merupakan kekuatan untuk saya terus berkarya secara gigih dan merakam keindahan alam daripada pengalaman yang pernah dilihat serta dirasai," katanya.

Menurutnya, karya bertajuk Pohon Cemara banyak menunjukkan kesan luahan emosi yang bersifat peribadi.

"Saya memilih dan menyusun objek yang pernah dilihat, dipegang dan dirasai suatu ketika dahulu untuk digabungkan dalam karya yang agak sentimental dan ia membawa kita untuk mengimbau kenangan lalu terutamanya masa kecil yang terlalu indah dan menghiburkan.

"Malah kenangan membesar dan dimanjakan oleh datuk, tinggal di pondok beratapkan rumbia, dikelilingi sawah padi, bermain dengan jerami-jerami padi bersama pistol kayu, membawa saya untuk berhenti sejenak dan menoleh tentang kenangan-kenangan lampau yang indah," ujarnya.

Kenangan masa kecil

Katanya, kenangan masa kecil perlu disimpan secara rapi tetapi selalunya ia disimpan di suatu kawasan yang jauh tersembunyi dan kita hanya akan mencarinya kembali ketika kesunyian atau ketika ia diperlukan.

Maksud yang ingin disampaikan oleh Rohaizad boleh dilihat dalam pemilihan imej sebagai perlambangan.

Contohnya, jika dihayati melalui karya Patung-Patung, ia melambangkan simbol kepada kerakusan individu mengejar pembangunan tanpa mengira batas dan hak orang lain.

"Patung-patung (orang-orang) yang biasanya diletakkan di tengah sawah bertujuan menakutkan burung-burung daripada merosakkan padi, tetapi kini ia menjadi igauan ngeri kepada petani yang akan kehilangan tanah sawah dan mata pencarian mereka yang dirampas atas nama pembangunan.

"Begitu juga karya-karya Tewas dan Arus Pembangunan. Saya memprotes secara tepat kepada isu-isu semasa dan penderitaan golongan petani yang tertindas.

"Pembangunan memang diperlukan tetapi dengan menidakkan hak orang lain untuk hidup adalah sesuatu yang sukar diterima oleh fitrah manusia," katanya.

Karya-karya itu seolah-olah meminta kita berfikir secara kritis tentang keadaan dan masa hadapan yang dihadapi oleh warga petani.

Karya-karya lain seperti Rimba, Lembah dan After AB Ibrahim 2 menunjukkan penggunaan simbol-simbol lalu lintas yang biasa kita lihat di jalan raya.

Tetapi jika diperhatikan, beliau meletakkan satu titik fokus yang meninggalkan sebuah persoalan untuk kita mencari jawapannya sendiri.

Secara kita tidak sedar, perubahan yang berlaku di hadapan landskap sebuah dimensi baru itu, bukan lagi berkisar kepada rakaman keindahan alam semula jadi tetapi lebih kepada pemikiran Rohaizad mengenai keindahan tersebut yang semakin hilang atau dilupai.

"Proses perubahan persekitaran ini dirasai kerana saya hidup bersama masyarakat petani kampung.

"Perjuangan untuk satu identiti budaya menetapkan bahawa para karyawan kita perlu mengkaji secara ikhlas perubahan-perubahan yang sentiasa berlaku di sekitar kita.

"Masa hadapan seni tampak negara hanya dapat berterusan sebagai aktiviti yang bermakna jika ia berteraskan satu pandangan dan perasaan yang ikhlas," jelasnya.

Tambahnya, pembangunan memang baik untuk negara tetapi ia perlulah terancang dan jangan pula kita membangun sehingga kita kehilangan kedamaian dan suasana ceria di kampung demi kerakusan mengejar pembangunan semata-mata.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.
Kredit: www.utusan.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved