Jumaat, 10 Jun 2011

Utusan Online - Johor


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Johor


Kaji semula kadar insurans

Posted:

Kaji semula kadar insurans

Kaji semula kadar insurans

Oleh FARIK SALLEH
utusanjohor@utusan.com.my


SYED Hamid Albar (tengah) berbual mesra dengan pemandu kereta sewa di Terminal Pengangkutan Awam sementara di Jalan Niaga, Kota Tinggi, baru-baru ini. - UTUSAN/FARIK SALLEH


KOTA TINGGI 9 Jun - Persatuan Kebajikan Pemandu Kereta Sewa Daerah Kota Tinggi (PKPKSDKT) berharap Persatuan Insurans Am Malaysia (PIAM) dan Kementerian Kewangan mengkaji semula kadar insurans yang dikenakan terhadap pemilik kereta sewa.

Pengerusinya, Abu Bakar Abdullah mendakwa, premium untuk kereta sewa adalah tinggi iaitu mengikut tahun usia kenderaan dan ada pemilik terpaksa membayar RM800 hingga RM1,000 setahun.

"Malah bagi pemandu berusia 70 tahun ke atas kadar insurans yang dikenakan juga tinggi iaitu mencecah hampir RM2,000 setahun.

"Setiap tahun pemeriksaan secara berkala akan dibuat iaitu dua kali setahun dan kereta mesti berada dalam keadaan selamat," katanya ketika menerima kunjungan Pengerusi Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD), Tan Sri Syed Hamid Albar di Terminal Pengangkutan Awam sementara di Jalan Niaga, di sini baru-baru ini.

Dalam lawatan itu, Syed Hamid turut mendengar keluhan daripada 13 ahli jawatankuasa PKPKSDKT dalam satu perbincangan tertutup sebelum bertemu sendiri dengan pemandu kenderaan awam dan pengguna.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

265 nelayan Pontian terima lesen sampan

Posted:

265 nelayan Pontian terima lesen sampan

265 nelayan Pontian terima lesen sampan

PONTIAN 9 Jun - Seramai 265 nelayan di daerah ini menerima lesen sampan yang ditangguhkan pemberiannya sejak sedekad lalu bagi membolehkan mereka meneruskan aktiviti menangkap ikan khususnya di Sungai Pulai.

Pengarah Jabatan Perikanan Negeri Johor, Abdul Hamid Yassin berkata, penangguhan tersebut dilakukan ekoran pembangunan Pelabuhan Tanjung Pelepas (PTP) yang bermula pada 2001.

Katanya, pemberian lesen sampan yang dikeluarkan sejak 1982 adalah berdasarkan pada keperluan selain beberapa faktor lain seperti keselamatan nelayan pantai di kawasan tersebut.

"Pada masa itu kawasan di Sungai Pulai sedang dimajukan bagi membangunkan PTP yang melibatkan banyak peralatan dan jentera," katanya pada majlis penerangan sumber perikanan dan penyerahan lesen sampan di sini, baru-baru ini.

Majlis penyampaian lesen berkenaan disempurnakan Ahli Parlimen Tanjung Piai, Datuk Wee Jeck Seng sambil disaksikan Ketua Daerah Perikanan Pejabat Perikanan Pontian, Sidek Adnan; Pengerusi Persatuan Nelayan Kawasan (PNK) Pontian, Pungot Selamat dan Pegawai Khas kepada Ahli Parlimen Pontian, Abd. Rahim Pidek.

Tambah Abdul Hamid, pihaknya berusaha membawa permohonan itu ke peringkat kementerian termasuk sokongan daripada pengurusan PTP bagi membolehkan mereka mendapat lesen.

"Nelayan yang menerima lesen sampan berkenaan mewakili 24 pangkalan nelayan bagi kedua-dua kawasan Parlimen Tanjung Piai dan Parlimen Pontian," ujarnya.

Katanya, dengan pemberian lesen itu maka setiap mereka layak menerima elaun sara diri sebanyak RM200 sebulan selain subsidi petrol dan dibayar 10 sen bagi setiap satu kilogram tangkapan.

"Pemberian pelbagai bantuan kepada nelayan merupakan inisiatif kerajaan bagi menjaga kebajikan setiap nelayan di mana ketika ini di Johor sahaja, sebanyak 4,600 buah bot menikmati subsidi diesel," katanya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.
Kredit: www.utusan.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved