Jumaat, 10 Jun 2011

Utusan Online - Muka Hadapan


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Muka Hadapan


Bookie Piala Presiden T-Team ditahan

Posted:

Bookie Piala Presiden T-Team ditahan

Bookie Piala Presiden T-Team ditahan

Oleh RADHUAN HUSSAIN
pengarang@utusan.com.my


SUSPEK diiringi anggota SPRM ketika hadir di Mahkamah Kuala Terengganu, semalam.


KUALA TERENGGANU 9 Jun – Seorang lelaki dipercayai bookie perlawanan bola sepak ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi membantu siasatan kerana disyaki mengatur perlawanan membabitkan pasukan T-Team Piala Presiden.

Suspek yang berusia lingkungan 50-an itu ditahan di Seremban, Negeri Sembilan, kira-kira pukul 3 petang semalam.

Menurut Pengarah SPRM Terengganu, Mohd. Yusoff Mohd. Zin, lelaki terbabit direman sehingga Ahad depan bagi membantu siasatan kes mengatur perlawanan, selain menyogok pemain bola sepak.

"SPRM percaya penangkapan lelaki itu yang dipercayai individu penting dalam kes tersebut dapat melengkapkan siasatan kes itu," katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Sebelum ini, akhbar melaporkan mengenai pendedahan seorang jurulatih pasukan T-Team berhubung kes mengatur perlawanan melibatkan seorang pemain dalam pasukan itu.

Menurut jurulatih terbabit, bekas pemain itu telah mengaku menerima rasuah sehingga mencecah ribuan ringgit bagi mengatur beberapa perlawanan melibatkan pasukan T-Team tahun lalu.

Mohd. Yusoff memberitahu, sehingga kini, 80 peratus daripada siasatan berkaitan kes rasuah skuad Piala Presiden T-Team yang bermula sejak tahun lalu telah siap.

"Pihak kami merekodkan kenyataan semua pihak termasuk pengurusan pasukan, pemain dan jurulatih pasukan tersebut.

"SPRM yakin dapat menyelesaikan kes ini tidak lama lagi dan akan memastikan semua individu terlibat dikenakan hukuman setimpal," katanya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Penarik kereta perlu permit

Posted:

Penarik kereta perlu permit

Penarik kereta perlu permit

Oleh HAKIMI ISMAIL
pengarang@utusan.com.my

PUTRAJAYA 9 Jun - Berkuat kuasa 15 Jun ini, mereka yang menjalankan aktiviti perolehan semula barangan seperti penarik kereta perlu mempunyai Permit Ejen Perolehan Semula yang dikeluarkan oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan.

Menterinya, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, pengeluaran permit tersebut bertujuan memperkasakan perundangan sedia ada di samping memberikan perlindungan kepada semua pihak yang terlibat secara langsung di bawah perjanjian sewa beli di negara ini.

Menurutnya, Akta Sewa Beli 1967 (Pindaan 2010) yang diluluskan oleh Parlimen tahun lalu mensyaratkan agar perolehan semula barangan ditetapkan berdasar pada dua keadaan iaitu tanpa perintah mahkamah dan dengan perintah mahkamah.

"Bagi keadaan tanpa perintah mahkamah, pemilik hanya boleh melaksanakan perolehan semula barangan jika penyewa membayar kurang 75 peratus daripada jumlah keseluruhan harga barangan dengan alasan pemilik boleh mendapatkan semula amaun asal dan boleh menjual semula barangan yang dirampas pada harga pasaran.

"Bagi penyewa yang telah membayar lebih 75 peratus pula, pemilik barangan perlu mendapatkan perintah mahkamah terlebih dahulu sebelum proses perolehan semula dilaksanakan," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas menghadiri Majlis Penyerahan Permit Ejen Perolehan Semula kepada 451 ejen yang beroperasi di Selangor dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur di sini hari ini.

Menurut Ismail Sabri, pada tahun ini sahaja kementeriannya telah menerima 140 aduan daripada pengguna berhubung isu perjanjian sewa beli dan kebanyakannya melibatkan salah laku sewaktu proses perolehan semula, kereta potong dan kenderaan yang mengalami kerosakan atau tidak selamat digunakan.

Tambahnya, mulai 15 Jun ini juga pemegang permit perlu memastikan proses perolehan semula dilakukan dengan kehadiran penyewa atau sesiapa yang berkenaan terhadap kenderaan atau barangan mengikut perjanjian.

"Pencerobohan ke atas premis persendirian adalah tidak dibenarkan kecuali dengan perintah mahkamah dan laporan polis perlu dibuat oleh pemegang permit dalam tempoh 24 jam selepas proses perolehan semula dijalankan," katanya.

Tambahnya, pindaan akta tersebut juga mensyaratkan kesemua kenderaan terpakai atau diubah suai diwajibkan menjalani pemeriksaan menyeluruh di Pusat Pemeriksaan Kenderaan Berkomputer (Puspakom) bagi memastikan status semasa sesebuah kenderaan untuk digunakan di atas jalan raya dengan kadar bayaran sebanyak RM90.

"Pemeriksaan ini hanya diwajibkan untuk kereta dan bagi motosikal, ia tidak perlu pemeriksaan kerana transaksinya lebih mudah berbanding kereta yang memerlukan banyak prosedur," katanya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Dakwaan Najib guna dana awam ke Kazakhstan tak berasas

Posted:

Dakwaan Najib guna dana awam ke Kazakhstan tak berasas

Dakwaan Najib guna dana awam ke Kazakhstan tak berasas


Najib Tun Razak dan isteri, Rosmah Mansor mengaminkan doa ketika selamat tiba ke tanah air selepas pulang dari lawatan rasmi ke Kazakhstan, di Kompleks Bunga Raya, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur, Sepang, semalam. - BERNAMA


KUALA LUMPUR 9 Jun - Lawatan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak ke Kazakhstan bertujuan memenuhi undangan yang telah lama dibuat oleh Presiden Kazakhstan, Nursultan Nazarbayev untuk melawat negara itu, kata Kementerian Luar hari ini.

Kementerian itu dalam satu kenyataan menafikan laporan Malaysiakini 7 Jun berjudul "PM"s use of public funds for wedding trip morally wrong" (Penggunaan dana awam oleh PM untuk perjalanan mengurus perkahwinan adalah salah dari segi moral).

Ia menegaskan dakwaan sesetengah pihak kononnya lawatan itu untuk mengurus perkahwinan anak perempuan Perdana Menteri sama sekali tidak berasas.

Kenyataan itu menjelaskan bahawa lawatan Najib ke Kazakhstan pada 5 dan 6 Jun adalah juga lawatan rasmi pertama Perdana Menteri ke negara itu dan sebagai membalas lawatan Nazarbayev ke Malaysia pada Jun 2006.

Ia menyatakan semasa lawatan itu, Najib telah mengunjungi Nazarbayev dan mengadakan rundingan dua hala dengan Perdana Menteri Massimov Karim.

"Lawatan itu tidak hanya meningkatkan hubungan dua hala antara kedua-dua negara, tetapi juga menghasilkan banyak peluang perniagaan untuk komuniti perniagaan Malaysia," katanya.

Ia menambah bahawa Kazakhstan adalah juga rakan dagang terbesar Malaysia di kalangan negara-negara di Asia Tengah.

Kenyataan itu juga menerangkan bahawa lawatan Perdana Menteri itu bertepatan dengan Forum Ekonomi Islam Sedunia (WIEF) ketujuh dari 7 hingga 9 Jun di Astana, dan Najib mewakili Malaysia selaku penaung WIEF.

Keputusan bagi Kazakhstan menjadi hos WIEF ketujuh pada tarikh itu dicapai lebih setahun lalu, ketika Malaysia menjadi tuan rumah bagi siri keenam WIEF pada Mei, 2010, katanya.

"Secara keseluruhan, kunjungan itu telah menghasilkan perkembangan besar dalam hubungan dua hala Malaysia-Kazakhstan yang saling menguntungkan.

"Ia juga telah dapat memperkukuh hubungan erat antara kedua-dua negara serta memupuk kerjasama dan dialog yang bermakna antara negara-negara membangun terutama negara anggota Pertubuhan Persidangan Islam (OIC)," tambah kenyataan itu. - BERNAMA

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.
Kredit: www.utusan.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved