Jumaat, 10 Jun 2011

Utusan Online - Kota


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Kota


Bangunan cetus keraguan

Posted:

Bangunan cetus keraguan

Bangunan cetus keraguan

Oleh MOHD. HAFIZ ABD. MUTALIB
kota@utusangroup.com.my


PENDUDUK Kampung Tengah berhimpun di hadapan sebuah bangunan yang sedang dibina bagi membantah pembinaannya kerana didakwa akan dijadikan rumah ibadat bukan Islam di Puchong, baru-baru ini.


PUCHONG 9 Jun - Penduduk Kampung Tengah, Batu 13 di sini mendakwa ada pihak yang cuba membina rumah ibadat atau premis untuk kegunaan agama bukan Islam di kampung itu.

Mereka mendakwa, walaupun perkara itu tidak dapat disahkan pada masa ini tetapi reka bentuk bangunan itu didakwa menjurus kepada pembinaan rumah ibadat bukan Islam.

Berikutan itu, kira-kira 200 penduduk kampung tersebut berhimpun bagi membantah pembinaan bangunan yang turut didakwa dibina secara haram itu.

Dalam perhimpunan itu, mereka menggesa kerajaan negeri supaya tidak memberi kelulusan kepada pembinaan bangunan tersebut walaupun pembinaan bangunan tersebut sudah hampir 60 peratus siap.

Penduduk bertindak menghantar memorandum kepada Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim di Bangunan Setiausaha Kerajaan (SUK) Negeri di Shah Alam, sejurus selepas perhimpunan itu.

Setiausaha Penyelaras UMNO kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kinrara, Amran Ahmad berkata, aduan berhubung bangunan haram yang dibina itu pernah dibuat bersama ketua penduduk di sini, kira-kira dua bulan lalu.

Katanya, beliau bersama penduduk telah pergi ke Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) untuk mendapat maklumat dan status bangunan tersebut kerana ia tidak nampak seperti rumah dan sangat meragukan.

Beliau berkata, dalam perjumpaan tersebut, MPSJ menjelaskan bahawa tiada permohonan diterima untuk pembinaan bangunan di kampung itu dan Pejabat Tanah juga memaklumkan bahawa jika tanah berstatus pertanian, pemilik hanya boleh menggunakan satu pertiga daripada keluasannya untuk pembinaan bangunan.

"Namun, dalam kes ini, kita dapati keluasan bangunan itu meliputi hampir keseluruhan keluasan tanah yang ada, selain tiada keperluan untuk membina bangunan di sini," katanya.

"Pembinaan bangunan ini sememangnya dilihat tidak sesuai kerana ia bukan ke arah memenuhi keperluan penduduk kampung ini yang beragama Islam dan kita khuatir ia boleh mencetuskan ketegangan," katanya.

Sementara itu, seorang penduduk, Kamarudin Salim, 58, berkata, dia berharap kerajaan negeri akan mengambil tindakan sewajarnya supaya projek yang tidak diketahui pemilik dan kegunaannya itu tidak diteruskan.

"Saya juga menyeru kerajaan negeri tidak meluluskan dan membenarkan projek bangunan ini diteruskan dan jika terpaksa, kita akan memohon campur tangan Sultan Selangor supaya baginda tahu ada pihak sedang cuba mengeruhkan keharmonian masyarakat di sini," tegasnya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Jangan tangguh lagi kontrak

Posted:

Jangan tangguh lagi kontrak

Jangan tangguh lagi kontrak

Oleh AZIAN AZIZ
kota@utusangroup.com.my

SHAH ALAM 9 Jun - Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dirayu agar segera menarik balik penangguhan kontrak mengutip sampah di kawasan Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) untuk sesi 2011/2013 yang telah diperolehi oleh 61 kontraktor bumiputera melalui tender terbuka baru-baru ini.

Salah seorang kontraktor terlibat, Shaiful Nafis Shariff, 39, berkata, penangguhan itu wajar ditarik semula kerana isu pengasingan operasi pelupusan sisa pepejal dan pembersihan kawasan di antara pihak berkuasa tempatan (PBT) dan Alam Flora Sdn. Bhd. telah selesai.

Ini kerana, katanya, kerajaan negeri pada Selasa lalu telah mula membuka tender pembersihan kawasan di semua kawasan PBT untuk dibida oleh kontraktor.

"Kami akur apabila Tan Sri Abdul Khalid menjelaskan penangguhan tersebut dibuat susulan keputusan kerajaan negeri sebelum ini untuk mengasingkan operasi pelupusan sisa pepejal dan pembersihan kawasan di antara PBT dengan Alam Flora.

"Tetapi pengasingan itu telah selesai. Jadi kami merayu agar beliau dapat menarik balik penangguhan kontrak pengutipan sisa pepejal agar kontraktor yang telah memenangi tender dapat memulakan tugas," kata beliau kepada Utusan Malaysia di sini petang ini.

Semalam, Abdul Khalid mengakui kerajaan negeri telah menangguhkan kontrak 50 kontraktor bagi kerja-kerja pelupusan sisa pepejal di kawasan pentadbiran MPSJ untuk mengasingkan operasi pelupusan sisa pepejal dan pembersihan kawasan di antara PBT dengan Alam Flora.

Sebelum ini, kira-kira 50 kontraktor yang memperoleh kontrak kutipan sisa pepejal sesi 2011 hingga 2013 mendakwa, mereka mungkin akan bankrap berikutan penangguhan kontrak tersebut.

Sementara itu, seorang lagi kontraktor, Muhammad Nor Ahmad, 35, pula menjelaskan, Abdul Khalid mungkin terlepas pandang apabila menafikan PBT pernah mengeluarkan kontrak kerja kepada kontraktor untuk aktiviti kutipan dan pelupusan sisa pepejal untuk tempoh tiga tahun.

Ujar beliau, tempoh tiga tahun itu sebenarnya telah dicatatkan di muka depan dokumen tender dalam talian yang dikeluarkan oleh MPSJ.

"Jadi kenyataan yang diberikan oleh rakan kami, Zamri Zakaria sebelum ini bukan cakap kosong tetapi berdasarkan dokumen tender yang dikeluarkan sendiri oleh MPSJ," jelasnya sambil menunjukkan dokumen tersebut.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Mohon batalkan saman

Posted:

Mohon batalkan saman

Mohon batalkan saman

KUALA LUMPUR 9 Jun - Permohonan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) untuk membatalkan saman 41 penduduk Ladang Bukit Jalil akan didengar di Mahkamah Tinggi di sini pada 5 Julai ini.

Hakim Datin Zabariah Mohd. Yusof menetapkan tarikh tersebut ketika kes itu disebut di kamar beliau hari ini dengan kehadiran peguam Mohamad Afiq Mohamad Noor, mewakili penduduk-penduduk ladang tersebut selaku plaintif.

Mohamad Afiq yang turut menyebut bagi pihak peguam mewakili DBKL memberitahu pemberita, plaintif diberi tempoh sehingga 15 Jun ini untuk memfailkan afidavit jawapan terhadap permohonan DBKL itu.

Pada 10 Mei lalu, S. Veerasingam bersama 40 individu lain gagal memperoleh perintah injunksi sementara bagi menghalang DBKL daripada merobohkan kediaman mereka atas alasan tiada sebarang kecacatan dalam notis pengusiran yang dikeluarkan oleh Datuk Bandar kerana ia mengikut prosedur yang betul dan sah.

Hakim Zabariah dalam keputusannya ketika itu turut menolak permohonan penggantungan perintah tersebut sementara menunggu rayuan.

Tanah yang sebelum ini berkeluasan 7,284.3 hektar kini tinggal 10.5 hektar selepas kawasan itu dibangunkan. Kawasan seluas 10.5 hektar itu kemudian telah diserahkan kepada Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) untuk dijadikan tanah perkuburan Islam.

Hakim terbabit turut menyatakan, JAWI selaku pemilik berhak ke atas pemilikan kosong tanah tersebut dan jumlah ganti rugi yang diberikan kepada plaintif adalah mencukupi.

Mahkamah menetapkan 17 dan 18 Oktober ini untuk mendengar perbicaraan kes saman tersebut sekiranya permohonan DBKL ditolak.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.
Kredit: www.utusan.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved