Jumaat, 10 Jun 2011

Utusan Online - Dalam Negeri


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Dalam Negeri


Lancar mogok tidak kembali bekerja

Posted:

Lancar mogok tidak kembali bekerja

Lancar mogok tidak kembali bekerja

Oleh MOHAMMAD YASIR JAAFAR
pengarang@utusan.com.my


Sebahagian pekerja warganegara Vietnam berkumpul di hadapan asrama dan bersepakat mogok tidak mahu kembali bekerja sehingga persengketaan antara kedua-dua belah pihak selesai di Taman Semarak Nilai, semalam.


SEREMBAN 9 Jun – Permusuhan antara pekerja warga asing dari dua negara di sebuah kilang di Nilai di sini belum terlerai apabila kedua-dua kumpulan itu enggan kembali bekerja kerana bimbang keselamatan masing-masing.

Tinjauan Utusan Malaysia di dua asrama berasingan yang menempatkan pekerja warga Vietnam dan Bangladesh itu mendapati, pihak pengurusan terpaksa turun padang untuk berunding dan memujuk pekerja terbabit kembali bertugas.

Berikutan itu, operasi kilang tekstil berkenaan terpaksa dihentikan sementara waktu berikutan ketiadaan pekerja.

Menurut penyelia pekerja di kilang berkenaan, Suzairi Awang, keadaan di asrama pekerja Vietnam masih tegang kerana mereka bersepakat untuk mogok dan tidak mahu kembali bekerja sehingga persengketaan antara kedua-dua belah pihak selesai.

"Para pekerja Vietnam takut untuk kembali bekerja dan saya juga dimaklumkan bahawa pekerja Bangladesh juga tidak mahu bertugas jika pekerja Vietnam dibenarkan pulang bekerja.

"Berikutan keengganan itu, pihak pengurusan terpaksa datang untuk berunding dan memujuk pekerja-pekerja ini supaya kembali semula bekerja," katanya ketika ditemui di asrama pekerja Vietnam di sini hari ini.

Selasa lalu, seramai 200 orang pekerja warga Vietnam dan Bangladesh merusuh dan terlibat dalam pergaduhan sehingga menyebabkan 23 orang tercedera.

Pergaduhan pukul 9 malam itu dikatakan berpunca daripada tindakan seorang pekerja warga Bangladesh yang cuba mengurat pekerja wanita Vietnam sebelum berlaku pergaduhan antara pekerja dari dua negara itu.

Menurut Suzairi, semua operasi kilang tergendala kerana masalah pergaduhan itu dan pihak pengurusan tiada pilihan selain menutup operasi kilang berkenaan.

"Tempoh kilang ditutup saya tidak pasti, tetapi saya berharap keadaan akan kembali normal sebaik perkara ini dapat diselesaikan," ujarnya yang sudah lima tahun menetap di asrama terbabit.

Dalam pada itu, tinjauan di asrama pekerja Bangladesh mendapati keadaan tenang berbanding suasana di asrama pekerja Vietnam.

Pihak polis dan pasukan anggota Unit Simpanan Persekutuan (FRU) turut ditempatkan di kedua-dua asrama pekerja terbabit.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Kelab Isteri Taat 'menyimpang'

Posted:

Kelab Isteri Taat 'menyimpang'

Kelab Isteri Taat 'menyimpang'

Oleh SOPI SAMAILE
sopi.samaile@utusan.com.my

KUCHING 9 Jun - Penubuhan Kelab Isteri Taat jelas 'bertentangan' dan menyimpang jauh daripada perjuangan Dasar Keluarga Negara, kata Menteri di Pejabat Ketua Menteri, Datin Fatimah Abdullah.

Beliau berkata, kelab itu mempunyai pandangan dan pendekatan yang sangat sempit dalam menentukan faktor kebahagiaan serta kesejahteraan institusi keluarga.

Menurutnya, dakwaan menyatakan hubungan kelamin merupakan unsur penting menentukan keharmonian rumah tangga membuktikan kelab berkenaan mengetepikan elemen-elemen lain yang lebih mustahak dalam memastikan keutuhan sesebuah institusi keluarga.

''Hubungan kelamin itu penting bagi suami isteri tetapi itu hanya sebahagian daripada penentu kebahagiaan dan kesejahteraan sesebuah institusi keluarga kerana ada banyak aspek lain yang harus lebih penting diambil kira.

''Statistik perceraian tidak hanya menunjukkan perceraian berlaku kerana hadirnya 'orang ketiga' atau hubungan kelamin tetapi hakikatnya disebabkan faktor-faktor lain," katanya di sini semalam.

Fatimah menambah, antara faktor-faktor lain adalah ketidakcekapan mengurus hal kewangan, komunikasi dalam keluarga serta pengurusan kebajikan anak-anak.

Beliau mengulas kenyataan Kelab Isteri Taat yang menyatakan isteri harus melayan suami dengan menjadi 'pelacur kelas pertama' bagi mengelak mereka daripada berlaku curang atau mencari pelacur di luar.

Sementara itu, Menteri Muda di Pejabat Ketua Menteri (Hal Ehwal Islam) Sarawak, Datuk Daud Abdul Rahman berkata, kelab seumpama itu tidak perlu diwujudkan memandangkan isteri sememangnya perlu setia kepada suami, manakala suami pula seharusnya jujur dengan isteri.

"Faktor hubungan seks bukan penentu kepada sesebuah rumah tangga itu tetapi banyak lagi faktor lain," katanya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Puteri UMNO kecam Kelab Isteri Taat isteri

Posted:

Puteri UMNO kecam Kelab Isteri Taat isteri

Puteri UMNO kecam Kelab Isteri Taat isteri

KUALA LUMPUR 9 Jun – Pergerakan Puteri UMNO mengecam sekeras-kerasnya penubuhan Kelab Isteri Taat oleh Global Ikhwan Sdn. Bhd. kerana ia tidak sejajar dengan tuntutan agama Islam, selain merendahkan peranan golongan isteri.

Ketuanya, Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin berkata, isteri bukanlah sekadar menjadi objek seks kepada suami semata-mata, sebaliknya golongan itu mempunyai peranan lain dalam mengekalkan keharmonian rumah tangga.

Katanya, penubuhan kelab itu hanya berorientasikan kepada nafsu semata-mata dalam usaha mengekalkan keharmonian pasangan sedangkan terdapat pelbagai faktor lain yang menjadi penyebab kepada keretakan atau kebahagiaan sesebuah rumah tangga.

"Adakah dengan hanya pandai melayan suami di atas katil menjadikan rumah tangga bahagia? Adakah hanya isteri sahaja yang mesti pandai melayan suami? Bagaimana pula dengan peranan suami di atas katil?

"Global Ikhwan sepatutnya memikirkan jalan terbaik untuk menyelesaikan masalah rumah tangga di negara ini dan bukannya mengelirukan masyarakat dengan gesaan yang karut-marut sehingga boleh menyebabkan penganut agama lain memandang umat Islam sebagai golongan yang mementingkan seks semata-mata," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Rosnah turut mengecam kenyataan jurucakap kelab tersebut, Maznah Taufik bahawa kebanyakan masalah dalam rumah tangga berlaku disebabkan sikap isteri yang tidak setia dan tidak memberi kebahagiaan kepada suami.

Katanya, setiap masalah rumah tangga yang berlaku mempunyai punca serta faktor tersendiri dan bukannya disebabkan oleh kaum wanita sahaja.

Selain itu, Rosnah juga menyanggah kenyataan Maznah kononnya suami yang mendapat layanan memuaskan tidak akan bertindak kejam atau mendera isteri.

"Ia tidak benar kerana banyak kes penderaan rumah tangga adalah berpunca daripada sikap panas baran suami sehingga mengabaikan tanggungjawabnya terhadap rumah tangga.

"Jadi kami beranggapan bahawa penubuhan kelab ini adalah sia-sia serta tidak sejajar dengan tuntutan Islam yang menuntut golongan suami menghormati isteri dan bukannya menjadikannya sebagai objek seks semata-mata," jelasnya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.
Kredit: www.utusan.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved