Jumaat, 10 Jun 2011

Utusan Online - Selatan


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Selatan


RM24 juta dasar pencahayaan

Posted:

RM24 juta dasar pencahayaan

RM24 juta dasar pencahayaan

Oleh AINOL AMRIZ ISMAIL
utusanN9@utusan.com.my

SEREMBAN 9 Jun - Kerajaan negeri akan memulakan dasar pencahayaan fasa keduanya selepas ia dimasukkan dalam bajet tahun depan.

Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, projek berkenaan memerlukan kos yang tinggi iaitu sekitar RM24 juta dan ia perlu difokuskan kepada kawasan yang berisiko tinggi.

"Kita telah memperoleh maklumat kawasan yang perlu dipasang lampu jalan ini.

"Keutamaan diberikan di persimpangan tiada lampu, kawasan Felda, taman perumahan, lorong belakang dan lokasi yang sering berlaku kemalangan jalan raya," katanya di sini hari ini.

Mohamad berkata, dasar berkenaan akan dilaksanakan secara berperingkat iaitu selama tiga tahun dengan tiga fasa.

"Fasa kedua akan dilaksanakan tahun depan selepas ia dimasukkan dalam bajet tahun depan," katanya.

Dalam perkembangan lain, katanya, kerajaan negeri mahu gerak kerja melepasi sempadan agensi dilakukan secara muafakat agar hasilnya memberi impak besar dalam mensejahterakan rakyat.

Katanya, memang sebelum ini ia dilaksanakan melalui Pusat Sehenti yang diwujudkan dengan penglibatan wakil agensi kerajaan menduduki jawatankuasa bersama menangani isu dan permasalahan rakyat.

"Kita harap perkara ini dapat diperluaskan di semua daerah dan peringkat agensi, di mana bukan sahaja dapat mengurangkan kos tetapi mengoptimumkan tenaga kerja untuk satu tugas bersama," katanya.

Dalam pada itu, Mohamad juga gembira dengan wujudnya perpustakaan di Wisma Negeri dan Masjid Negeri yang bahan bacaan itu diganti secara bergilir-gilir dalam masa tiga bulan antara kedua-dua perpustakaan itu.

"Perbadanan Perpustakaan Awam negeri perlu melihat perkara ini supaya dapat membentuk jadual supaya buku dan bahan bacaan lainnya dapat ditempatkan secara bergilir-gilir tanpa perlu mengeluarkan kos membeli buku baru," katanya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Konsert Pancaindera penuhi cita rasa

Posted:

Konsert Pancaindera penuhi cita rasa

Konsert Pancaindera penuhi cita rasa

Oleh AMRAN MULUP
pengarang@utusan.com.my


PERSEMBAHAN kebudayaan daripada pelbagai kaum pada Majlis Perasmian Pesta Sungai Melaka di Taman Rempah, Melaka, baru-baru ini.


MELAKA 9 Jun - Hujan lebat pada awalnya seakan-akan melenyapkan kemeriahan yang diatur pada majlis perasmian Pesta Sungai Melaka 2011 di Dataran Rempah hujung minggu lalu.

Begitupun, usaha akhbar Mingguan Malaysia membawakan konsert Pancaindera berjaya menyelamatkan suasana kelam ketika hujan sejak pukul 7 malam membuatkan orang ramai tidak berganjak meninggalkan pentas utama.

Cukup meriah dan di luar dugaan sebaik Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd. Ali Rustam menyempurnakan majlis perasmian Pesta Sungai Melaka 2011 Edisi Kelima, apabila orang ramai bagai tidak sabar ingin melihat kelibat 13 artis popular tanah air membuat persembahan.

Kebanjiran orang ramai ke konsert itu yang dibawakan oleh Perbadanan Perbadanan Pembangunan Sungai dan Pantai Melaka (PPSPM) itu mencecah hampir 30,000 pengunjung sejak pukul 4 petang.

Ini kerana majlis perasmian yang diadakan tidak seperti lazim kerana sambutan kali ini menampilkan 13 artis terkenal seperti Mawi, Marsha, Adira, Fazli Zainal, Shahir, Fizo Omar, Jehan Miskin, Kamal Adli, Roslan Shah, Didie Alias, Kumpulan Kristal, Sivakumar dan Super Girl.

Bukan sekadar menyaksikan kehebatan artis mengalunkan lagu hits masing-masing tetapi lebih menarik celoteh dua pengacara yang tidak asing iaitu Didie Alias dan Roslan Shah membuatkan pengunjung tidak kering gusi dibuatnya.

Ada sahaja modal dan celoteh daripada Didie serta Roslan buat menghidupkan suasana meriah konsert Pancaindera yang julung-julung kali diadakan di negeri ini.

Lebih mencuri perhatian apabila Shahir yang terkenal dengan lagu hits Kebahagian Dalam Perpisahan menyampaikan lagu kegilaan muda-mudi itu dalam keadaan tangan kirinya berbalut.

Pada sebelah pagi sebelum datang ke negeri ini Shahir secara tidak sengaja terjatuh di bilik air rumahnya menyebabkan tangan kirinya retak dan terpaksa dibalut.

Kehadirannya mendapat tepukan gemuruh daripada peminat dan turut mencuri perhatian ialah persembahan kumpulan Kristal.

Terdahulu pada sebelah petang kesemua artis telah dibawa menaiki bot Melaka River Cruise menerusi program Sepetang Bersama Artis bermula kira-kira pukul 5 petang.

Suasana riuh rendah menyaksikan orang ramai berpusu-pusu berada di jeti Taman Rempah setelah masing-masing membeli tiket untuk menaiki bot bersama artis kesayangan masing-masing.

Melainkan Shahir dan Marsha yang terperangkap dalam kesesakan jalan raya dari Nilai ke Melaka menyebabkan mereka tidak sempat menyertai program tersebut.

Tidak tergambar keceriaan di wajah peminat dapat bersama artis yang mereka naiki sepanjang sejam perjalanan menyusuri sungai Melaka hingga ke muaranya.

Suasana di Taman Rempah ketika itu riuh-rendah dengan kehadiran pengunjung berkunjung di beberapa gerai yang disediakan sepanjang sambutan Pesta Sungai 2011.

Pada sebelah malam, orang ramai tidak berganjak walaupun hujan, menyaksikan majlis perasmian yang turut melibatkan perarakan lapan bot berhias daripada pelbagai agensi dari jeti Kampung Morten ke Taman Rempah.

Orang ramai terpegun dengan persembahan irama harmoni daripada pelbagai etnik menaiki bot Melaka River Cruise mengiringi Mohd. Ali di samping bunga pahar, paluan kompang, tarian singa, tiupan serunai India dan rebana ubi.

Sebaik Ketua Menteri meletakkan tangan di paparan laser menandakan perasmian Pesta Sungai Melaka 2011 Edisi Kelima menyaksikan persembahan kebudayaan daripada pelbagai etnik dan pertunjukkan bunga api sebelum konsert Pancaindera mengambil tempat.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Pusat sehenti periksa kesihatan

Posted:

Pusat sehenti periksa kesihatan

Pusat sehenti periksa kesihatan


Idrus Md. Jani memeriksa sendiri tekanan darahnya di Pusat Sehenti Kesihatan di Pejabat Daerah dan Tanah Alor Gajah, Melaka, semalam.


ALOR GAJAH 9 Jun - Kakitangan Pejabat Daerah dan Tanah Alor Gajah kini berpeluang melakukan pemeriksaan asas kesihatan tanpa perlu ke klinik atau pusat kesihatan dengan wujudnya Pusat Sehenti Kesihatan (PSK) di premis berkenaan.

Pegawai Daerah, Idrus Md. Jani berkata, pusat sehenti yang diiktiraf sebagai yang terbaik dalam negara ini menyediakan peralatan khusus untuk pemeriksaan asas kesihatan seperti tekanan darah, kandungan gula, jantung dan juga Jisim Berat Badan.

"Petugas kini tidak perlu lagi meninggalkan pejabat untuk ke mana-mana pusat kesihatan bagi menjalankan pemeriksaan asas kerana semuanya ada di sini," katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Menurutnya, warga kerja PDT Alor Gajah yang menjalankan sendiri pemeriksaan dengan dipantau petugas dilatih dalam mengendalikan peralatan di pusat sehenti berkenaan.

Katanya, tahap kesihatan kakitangan yang menjalani pemeriksaan di pusat sehenti itu akan direkodkan dalam buku rekod kesihatan yang sah digunakan untuk pemeriksaan susulan di klinik atau hospital.

Beliau berkata, penyediaan PSK itu adalah usaha PDT Alor Gajah dalam melahirkan warga kerja yang memiliki tahap kesihatan yang baik selain membantu mereka menguruskan tekanan kerja.

Pusat sehenti berkenaan dibuka setiap Isnin dan Khamis bermula pukul 9 hingga 11 pagi dan pada hari lain, pusat itu akan dibuka sekiranya mendapat permintaan daripada kakitangannya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.
Kredit: www.utusan.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved