Jumaat, 10 Jun 2011

Utusan Online - Utara


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Utara


Pesara guru terima RM30,896

Posted:

Pesara guru terima RM30,896

Pesara guru terima RM30,896

Oleh JAMLIAH ABDULLAH
utusankedah@utusan.com.my


Rooslee Ismail (tiga dari kanan) menyerahkan cek sumbangan insurans berkelompok berjumlah RM30,896 kepada Sukri Prak Prom Keu di Alor Setar, kelmarin.


ALOR SETAR 9 Jun - Seorang pesara guru yang menghidap kanser payudara menerima sumbangan insurans berkelompok sebanyak RM30,896 daripada Persatuan Sukan, Kebudayaan, Perkhidmatan Pelajaran Kedah (PSKPPK).

Pesara terbabit, Sukri Prak Prom Keu, 59, menerima sumbangan itu hasil caruman RM30 sebulan kepada MCIS Zurich Insurance sejak 2006.

Sukri yang sudah berkhidmat dalam bidang perguruan selama 32 tahun sejak 1976 sebelum menamatkan perkhidmatan pada 2008 memberitahu, dia mencarum dalam insurans itu biarpun sudah bersara tiga tahun lalu.

Katanya, dia gembira dengan sumbangan itu dan akan menggunakan wang tersebut untuk membuat rawatan berjadual kansernya yang mencecah RM560 sebulan.

"Saya ketika ini mengambil ubat tambahan dan menjalani radioterapi di hospital swasta di sini," katanya ketika ditemui pemberita pada majlis penyampaian sumbangan itu di pejabat Pelajaran Kedah di sini, semalam.

Penyampaian sumbangan disempurnakan Timbalan Pengarah Pelajaran negeri yang juga Timbalan Yang Dipertua PSKPPK, Rooslee Ismail.

PSKPPK yang ditubuhkan pada 2004 ketika ini mempunyai 36,000 ahli dalam kalangan guru dan kakitangan awam seluruh Kedah.

Rooslee memberitahu, daripada jumlah tersebut, sekitar 2,000 ahli sahaja menyertai dua skim insurans yang ditawarkan iaitu secara konvensional dan Takaful Ikhlas.

Justeru, beliau menyeru agar lebih ramai ahli PSKPPK menyertai skim insurans berkelompok itu bagi meringankan beban ketika ditimpa kemalangan atau menghidap sebarang penyakit.

"Apa yang diperoleh penerima ini adalah banyak berbanding keseluruhan caruman yang dibuatnya lebih RM2,000.

"Menerusi sumbangan ini, ia mampu membantu penerima mendapatkan rawatan yang berkaitan," katanya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

YBUDR buka kios

Posted:

YBUDR buka kios

YBUDR buka kios

IPOH 9 Jun - Yayasan Bina Upaya Perak Darul Ridzuan (YBUDR) akan membuka kios bagi menyediakan capaian informasi dan interaksi menerusi laman web mereka kepada masyarakat dengan lebih berkesan.

Penolong Pengurus Teknologi Maklumat YBUDR, Syahrul Nizam Muhmad Roslan berkata, buat permulaan dua kios akan dibuka di pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) dan di pejabat YBUDR pertengahan bulan ini.

Menurutnya, sistem kios tersebut dibina bagi menjimatkan masa pengurusan selain memperhebatkan sistem pengurusan online badan tersebut selaras dengan perkembangan teknologi maklumat.

"Sistem kios ini merupakan medium perantaraan yang memudahkan urusan antara masyarakat dan YBUDR.

"Sekiranya kita mendapat maklum balas yang menggalakkan, kemungkinan besar ia akan ditambah ke lokasi-lokasi yang dirasakan perlu," katanya kepada Utusan Malaysia, baru-baru ini.

Menurut Syahrul Nizam, melalui sistem kios tersebut, orang ramai boleh mendapatkan perkhidmatannya di dua lokasi bagi membuat permohonan dan semakan terhadap kesemua sistem borang yang disediakan.

Katanya, menerusi kios itu, ia menyediakan Sistem Borang Permohonan Bantuan Mikrokredit dan Infra, Sistem Pendaftaran Golongan Keterbawahan Negeri Perak, Sistem Sukarelawan Negeri Perak dan Sistem Borang Permohonan Ladies Uptown Ipoh.

"Kami melihat kepentingan sistem kios mempunyai kesan yang mendalam dari segi kemudahan berinteraksi dalam membuat capaian maklumat terutamanya untuk mengisi borang permohonan secara online dan membuat semakan terus melalui sistem tersebut," katanya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Geng pecah bengkel tumpas

Posted:

Geng pecah bengkel tumpas

Geng pecah bengkel tumpas

Oleh AZELI ALI
azeli.ali@utusan.com.my

NIBONG TEBAL 9 Jun - Polis berjaya menyelesaikan satu kes pecah bengkel kereta di Jalan Changkat dekat sini pada 17 Mei lalu dengan tertangkapnya tiga lelaki yang dipercayai menjadi dalang kejadian tersebut.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Selatan, Supritendan Shafien Mamat berkata, kesemua suspek ditahan pada Selasa lalu di sekitar Nibong Tebal dan Parit Buntar, Perak selepas polis menjalankan siasatan selama lebih dua minggu.

Menurutnya, polis turut merampas sebuah lori serta beberapa peralatan yang disyaki dicuri di bengkel itu termasuk enjin, tayar, kompresor, serta beberapa alatan kenderaan lain.

"Mereka melarikan peralatan terbabit menggunakan lori dan menyimpannya di satu tempat sebelum melakukan proses menjual semula semua barangan tersebut.

"Kesemua suspek direman sehingga Sabtu ini dan hasil siasatan awal mendapati mereka hanya terlibat dengan kes ini dan tiada kesalahan lampau," katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Daerah di sini hari ini.

Tambahnya, nilai keseluruhan barangan yang dicuri dianggarkan sebanyak RM30,000 dan kes disiasat mengikut Seksyen 457 Kanun Keseksaan.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.
Kredit: www.utusan.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved