Ahad, 7 April 2013

Utusan Online - Pendidikan

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Pendidikan


Sekolah Asia bergabung jaga alam sekitar

Posted: 07 Apr 2013 11:16 AM PDT

Oleh NORIZAN ABDUL MUHID
pendidikan@utusan.com.my

Peserta Sri Aman Environmental Youth Leadership Summit (Saeyls 2013) bersama sukarelawan FRIM memerhati tumbuhan flora sempena program itu di Kepong, Kuala lumpur baru-baru ini.

GABUNGAN sekolah tempatan dan luar negara dalam program Sri Aman Environmental Youth Leadership Summit (Saeyls 2013) membuktikan keprihatinan dan peranan pelajar terhadap penjagaan alam sekitar adalah bersifat global.

Program Saeyls 2013 yang mementingkan usaha penjagaan alam sekitar itu dianjurkan kali kedua hasil inisiatif Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Perempuan (P) Sri Aman, Petaling Jaya bermula tahun lalu.

Menurut Penolong Kanan Kokurikulum SMK (P) Sri Aman, Dr. Teh Lah Hoong, Saeyls 2013 mengumpulkan pelajar sekolah menengah tempatan dan luar negara untuk berkongsi pendapat dan kaedah berkesan memastikan kehijauan bumi terpelihara.

"Usaha ini bertepatan dengan tema Saeyls tahun ini iaitu Youths-Leaders for a Greener Tomorrow.

"Program ini dapat menyemai dan membina sifat-sifat kepimpinan dan kebolehan remaja untuk memimpin masyarakat dunia kearah sebuah komuniti masa depan yang mesra alam,"katanya ketika ditemui Utusan Malaysia dalam lawatan Saeyls 2013 di FRIM, Kepong baru-baru ini.

Beliau menambah, pengetahuan aspek ekosistem, botani dan panduan menjaga alam sekitar termasuk pemuliharaan ekosistem diterapkan sepanjang program berlangsung.

Saeyls yang berlangsung selama tiga hari itu disertai 40 pelajar daripada Sekolah Tun Fatimah, SMK Lembah Bidong, Sekolah Infant Jesus Convent, Malay College Kuala Kangsar dan SMK (P) St. George.

Sekolah luar negara yang mengambil bahagian pula ialah Al-Azhar Islamic Junior High School Indonesia dan MGD Girls School India.

Penglibatan itu merupakan kali kedua untuk Al-Azhar Islamic Junior High School dan MGD Girls School dalam menjayakan kempen alam sekitar melalui gabungan sekolah di peringkat Asia.

Peserta program diberi tugas dan pertandingan berkaitan penjagaan alam sekitar dalam usaha meningkatkan peranan pelajar memelihara alam sekitar.

Pelbagai aktiviti dilaksanakan termasuklah taklimat mengenali tumbuhan, ceramah kesedaran penjagaan alam sekitar, gotong-royong menanam pokok di Taman Paya Indah Wetland, Semenyih dan menyusuri hutan rimba Universiti Malaya (UM).

Selain itu, peserta turut dibawa melawat ke Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM) di Kepong untuk melihat lebih dekat operasi mengurus ekosistem dan mengenali pelbagai jenis hidupan tumbuhan di situ.

Di FRIM, peserta bukan sahaja menimba pengetahuan mengenai tumbuhan dan pokok hutan yang ada di situ malah dibawa menyusuri denai bagi mendekati keindahan kehijauan alam semula jadi.

Melalui Saeyls 2013, kata Lah Hoong, SMK (P) Sri Aman dapat menepati misi sekolah iaitu menjadi sekolah berprestasi tinggi bertaraf dunia.

Sementara itu, seorang peserta, Wong Violet, 16, memberitahu, dia menyertai Saeyls kerana mahu meningkatkan pengetahuan dan pengalaman secara lebih dekat mengenai kepentingan penjagaan alam sekitar.

"Ketika ini, pelbagai kecanggihan dan dunia semakin moden maka kesedaran menjaga alam sekitar tidak boleh dipinggirkan dan ia sudah pasti menjadi tanggungjawab pelajar dan remaja untuk memastikannya,'' katanya.

Rakannya, Masnizza Ramlan pula berpendapat, Saeyls memberi peluang kepadanya menikmati keindahan alam semula jadi melalui program lawatan ke hutan rimba.

"Kawasan di hutan rimba UM antara yang masih kaya dengan keindahan alam semula jadi sekali gus mendekatkan peserta dengan habitat dan pengurusan ekosistem'', ujarnya.

SMK Ledang kekal kecemerlangan selama 12 tahun

Posted: 07 Apr 2013 11:16 AM PDT

CALON-calon STPM 2012 SMK Ledang, Johor yang memperoleh keputusan cemerlang merakam kenangan bersama guru dan ibu bapa selepas menerima keputusan masing-masing di sekolah itu, baru-baru ini.

SEKOLAH Menengah Kebangsaan (SMK) Ledang, Johor terus mengekalkan kecemerlangannya dalam keputusan peperiksaan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) 2012 dengan mencatatkan keputusan lulus 100 peratus selama 12 tahun berturut-turut.

Pengetuanya, Mohd. Ibrahim Adzrai berkata, SMK Ledang merupakan satu-satunya sekolah di daerah ini yang berjaya mengekalkan keputusan itu dan merupakan hasil usaha pelajar dan komitmen tinggi tenaga pengajar, selain kerjasama ibu bapa.

"Sekolah ini berjaya memperoleh Purata Nilai Gred Kumulatif (PNGK) 2.85.

"Mata pelajaran Pengajian Am terus mengekalkan keputusan cemerlang 100 peratus dan mencatat PNGK 3.54, selain turut mencatatkan peningkatan termasuklah Fizik, Kimia, Biologi dan Matematik Tambahan," katanya ketika ditemui di sekolah tersebut baru-baru ini.

Katanya, tiga pelajar SMK Ledang memperoleh keputusan cemerlang 4A iaitu Ng Xin Yin dan Ng Chen Yong (3A+ 1A) manakala Tee Yong Kiat pula (2A+ 2A).

Pada tahun lalu katanya, sebanyak 53 calon menduduki peperiksaan STPM dan 40 pelajar atau 75.47 peratus daripadanya berjaya lulus prinsipal dalam semua mata pelajaran.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Jenayah

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Jenayah


Penagih maut dipercayai dipukul

Posted: 07 Apr 2013 11:16 AM PDT

Oleh MOHD. ZUHARMAN MOHAMMAD NOR
utusankelantan@utusan.com.my

Di bilik inilah Mohd. Ilias Ibrahim dipercayai dipukul hingga meragut nyawanya di sebuah pusat rawatan pemulihan dadah di Kampung Lambor, Tumpat, Kelantan, kelmarin. - UTUSAN/ Zuharman Mohammad Nor

TUMPAT 7 April - Seorang pemuda maut dipercayai dipukul semasa menjalani rawatan pemulihan di sebuah pusat rawatan dadah tradisional di Kampung Lambor dekat sini malam tadi.

Mangsa, Mohd. Ilias Ibrahim, 27, meninggal dunia semasa dalam perjalanan ke Hospital Tumpat pada pukul 8 malam.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kelantan, Asisten Komisioner Lai Yong Heng berkata, mangsa dikejarkan ke hospital oleh pihak pengurusan pusat rawatan itu selepas tidak sedarkan diri ketika sedang menjalani rawatan pemulihan bersama penghuni yang lain.

Beliau berkata, polis yang menerima maklumat mengenai kejadian itu kira-kira pukul 8.30 malam selepas pihak hospital membuat laporan bagaimanapun curiga dengan kematian mangsa kerana ada kesan lebam di beberapa bahagian badannya.

"Hasil bedah siasat mendapati mangsa yang berasal dari Pasir Mas, mati akibat dipukul dan terdapat kesan kecederaan di beberapa bahagian badan seperti di belakang badan, lengan dan kepala.

"Sehubungan itu, kematian mangsa disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh yang membawa hukuman mati jika disabitkan kesalahan," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Beliau berkata, siasatan lanjut sedang dijalankan dan tiada tangkapan dilakukan setakat ini.

Sementara itu, pengasas pusat rawatan tersebut, Mohd. Zain Abu Bakar, 72, berkata, dia mengetahui kejadian itu kira-kira pukul 7 malam selepas seorang penghuni pondok terbabit memaklumkan mangsa tidak sedarkan diri kerana dikatakan terjatuh dalam bilik air.

Katanya, dia segera mengarahkan beberapa penghuni dan pihak pengurusan mengangkat mangsa ke dalam kenderaan untuk dibawa ke hospital

"Saya lihat mangsa mengalami kecederaan lebam di belakang badan, bengkak di kepala dan lengan serta dimaklumkan mangsa pernah menghentak kepala ke dinding sebelum terjatuh dua kali.

"Sebelum kejadian, mangsa pernah mengadu kepada saya mahu pulang ke rumah kerana tidak selesa berada di pusat rawatan ini dan saya sungguh terkilan dengan peristiwa tersebut," katanya.

Katanya, sepanjang 14 tahun dia mengasas pusat rawatan berkenaan, tidak pernah berlaku kejadian seumpama itu.

Ketua ajaran sesat ditahan

Posted: 07 Apr 2013 11:16 AM PDT

Oleh KHAIRATUL AINAL ABDUL KARIM
utusanpahang@utusan.com.my

KUANTAN 7 April - Seorang lelaki dipercayai ketua kumpulan ajaran sesat dikenali sebagai 'Tuhan Harun' ditahan pada Khamis lalu, bagi membantu siasatan kes penipuan bernilai RM400,000, lima tahun lalu.

Ketua Polis Pahang, Datuk Sharifuddin Ab. Ghani berkata, penahanan itu dibuat setelah polis menerima laporan daripada seorang kontraktor berusia 56 tahun yang mendakwa ditipu suspek pada 2008.

Menurutnya, pada Oktober 2008, mangsa terbabit telah didatangi suspek yang menawarkan pelaburan di Islamic Business Central, Sungai Buloh, Selangor, melalui projek perumahan, import dan eksport barangan dari China serta mengedar telefon bimbit di Brunei.

"Suspek telah menawarkan mangsa untuk membeli seunit saham bernilai RM200,000 dan dijanjikan pulangan 40 peratus setiap bulan," katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Sepasukan anggota penguatkuasaan dari Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP) telah menahan suspek bersama pengikutnya semasa sedang menjalankan 'ritual' bermain muzik berentak rock pada waktu Maghrib sambil menyanyikan lagu dengan lirik memuja dirinya.

Turut ditahan dalam serbuan di sebuah premis di Lorong Pandan Damai di sini ialah 31 individu termasuk enam wanita berusia 12 hingga 49 tahun dalam kumpulan itu.

Mengulas lanjut kes penipuan itu, Sharifuddin berkata, tawaran dibuat suspek telah menarik minat mangsa sehingga sanggup menyerahkan wang kepada lelaki itu di rumahnya.

"Selepas menerima wang RM200,000 itu, suspek sekali lagi meminta mangsa membuat pelaburan tambahan iaitu seunit saham lagi.

"Mangsa yang mempercayai suspek tidak membantah dan menyerahkan lagi RM200,000 kepada lelaki itu di sebuah hotel di Petaling Jaya, Selangor," katanya.

Beliau berkata, mangsa yang tinggal di bandar ini akhirnya membuat laporan polis pada 2011 selepas gagal mendapatkan pulangan keuntungan seperti dijanjikan.

Katanya, suspek merupakan seorang komposer berasal dari Kampung Jelutung Kok Lanas dekat Ketereh, Kelantan dan memiliki Sijil Agama dari Yayasan Islam Kelantan direman sehingga Selasa ini untuk disiasat lanjut di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Pemotoran

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Pemotoran


Golf Mk7 simbol teknologi VW

Posted: 07 Apr 2013 11:16 AM PDT

Oleh FAIRUS KASSIM
ekonomi@utusan.com.my

Rekaan luar Golf Mk7 lebih mengancam dengan corak lampu yang lebih garang.

VOLKSWAGEN Golf bukannya jenama asing di pasaran dunia mahu pun di Malaysia. Ketika ini lebih 29 juta Golf telah terjual di di seluruh dunia melalui enam generasi modelnya.

Meneruskan kesinambungan model kesayangan pengeluar kereta dari Jerman ini, generasi ketujuh (Mk7) dengan teknologi Bluemotion telah dilancarkan tahun lalu dan telah memasuki pasaran tempatan baru- baru ini.

Golf Mk7 baharu ini hampir 100 kilogram (kg) lebih ringan berbanding Mk6 tetapi bagi model yang dibawa masuk ke Malaysia terus dari kilang utama VW di Wolfsburg hanya melibatkan pengurangan berat sebanyak 80 kg.

Pengurangan berat ini disumbangkan oleh penggunaan enjin yang lebih kecil (kurang 40 kg), platform baharu iaitu MQB (kurang 37 kg) dan kotak gear (25 kg).

Penggunaan platform MQB, Golf Mk7 memiliki struktur kereta yang lebih rendah, panjang, lebar dan jarak roda bertambah daripada model sebelumnya. Selain itu MQB juga menawarkan kos yang lebih efektif.

Rekaan luarnya juga lebih mengancam dengan corak lampu yang lebih garang, dua garisan menarik di bahagian tepi, lebih aerodinamik dan paling penting banyak perbezaan berbanding Mk6.

Dari segi enjin pula, kereta ini menggunakan enjin baharu iaitu EA211 1.4 TSI dengan kuasa maksimum 140 PS dan kuasa kilas 250 Nm berbanding enjin EA111 twincharged dengan kuasa maksimum 160 PS serta kuasa kilas 240 Nm pada model Mk6.

VW berkata, walaupun kuasa enjin dikurangkan atas faktor kos, Golf Mk7 lebih ringan dan kuasa kilas yang ditingkatkan, maka prestasinya tidak akan menghampakan peminat kereta ini.

Menjenguk ke dalam kabin pula, Golf Mk7 menawarkan ruang yang lebih luas, kerusi yang selesa tetapi sedikit menegak bagi kerusi penumpang dan secara keseluruhannya masih mengekalkan imej rekaan VW.

Perubahan lain dibuat adalah corak permukaan papan pemuka dan skrin sesentuh yang dilengkapi dengan teknologi menyamai telefon pintar yang mampu mengesan pergerakan jari tanpa menyentuhnya.

Ruang kaki dan saiz bonet juga ditambah bagi model baharu ini kesan daripada penggunaan platform MQB.

Penulis berpeluang menguji Golf Mk7 baru-baru ini dengan menempuh perjalanan dari Kuala Lumpur ke Pulau Pinang melalui jalan kampung berliku lebih dua km di Slim Village.

Ketika melalui selekoh tajam berulang kali, penulis mampu merasai fungsi sistem kestabilan elektronik (ESC) selain dibantu oleh sistem penyerap hentak dalam mengawal imbangan kereta ini.

Memasuki laluan lurus di lebuh raya, kelajuan maksimum yang dicapai adalah 218 km/j dengan mod sport, melebihi maklumat yang diberikan di atas kertas iaitu 212 km/j.

Bagi menjadikan Golf Mk7 antara kereta yang efisien, VW telah melengkapkannya dengan teknologi mula/henti enjin secara automatik apabila pedal brek ditekan sepenuhnya.

Sistem pendingin hawa akan dihentikan apabila kereta berhenti tetapi pengguna jangan risau kerana suhu dalam kabin mampu bertahan dalam tempoh yang agak lama kerana kereta ini menggunakan saiz paip pendingin hawa yang lebih besar.

Sistem mula/henti ini hanya akan berfungsi selepas kira-kira 20 minit kereta bergerak dan selain itu sistem ini juga berfungsi ketika memecut bagi menambah kuasanya.

Dari segi keselamatan, teknologi baharu yang ditampilkan adalah Multi Collision Brake yang akan berfungsi apabila pelanggaran berlaku dengan tayar kenderaan akan dikawal secara elektronik untuk mengekalkan kestabilan kereta daripada terbabas.

Bagi teknologi, gajet dan sistem keselamatan lain yang terdapat di Mk6 telah dikekalkan pada model baharu ini.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Sukan

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Sukan


GP Qatar: Zulfahmi raih tempat keenam

Posted: 07 Apr 2013 10:02 AM PDT

ZULFAHMI KHAIRUDDIN... Pelumba Moto3 Malaysia.

QATAR 8 April - Pelumba Moto3 negara, Zulfahmi Khairuddin berjaya memulakan saingan pada tahun 2013 dengan baik apabila berjaya meraih tempat keenam pada perlumbaan GP Qatar.

Walaupun bermula dari petak ke-11, Zulfahmi yang menunggang Red Bull KTM Ajo berjaya menunjukkan ketenangan ketika menunggang untuk mengejar kelompok pelumba hadapan bagi meraih 10 mata dalam kedudukan keseluruhan kejuaraan dunia.

Perlumbaan itu berjaya dimenangi rakan sepasukannya, Luis Salom sementara naib juara Moto3, Mark Vinales di tempat kedua dan Alex Rins berada di kedudukan ketiga. - UTUSAN ONLINE

Raddy ganti Rajagobal?

Posted: 07 Apr 2013 11:16 AM PDT

Oleh MUHAMMAD DAYNE AZMIN
dayne.ghazali@utusan.com.my

Radojko Avramovic

KUALA LUMPUR - Belum pun nasib Datuk K. Rajagobal diputuskan oleh Jawatankuasa Tatatertib Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), nampaknya ada individu yang sudah mula menunjukkan minat mengisi kerusi panas jurulatih Harimau Malaya.

Berdasarkan sumber yang diperoleh Utusan Malaysia, bekas jurulatih Singapura, Radojko Avramovic yang lebih dikenali dengan nama panggilan Raddy, cukup berminat menggantikan Rajagobal pada masa akan datang.

Malah, berdasarkan maklumat yang diterima, Raddy telah menghantar permohonan rasmi kepada FAM, termasuk profil peribadi pada 2 April lalu bagi memaklumkan hasratnya menjadi jurulatih Harimau Malaya jika terdapat sebarang kekosongan.

Walaupun FAM belum menyatakan jawapan secara rasmi, namun Raddy, pengendali dari Serbia yang dianggap antara jurulatih paling berjaya dalam sejarah bola sepak Singapura, dilihat menjadi calon utama yang boleh mengambil alih peranan Rajagobal berdasarkan pengalaman luasnya di peringkat antarabangsa selain cukup masak dengan situasi bola sepak di Asia Tenggara.

Namun, personaliti jurulatih berusia 63 tahun itu mungkin boleh menimbulkan sedikit kesulitan kerana dia bukan seorang yang mesra media.

Antara sebab utama Raddy masih berminat bertugas di Asia Tenggara adalah kerana dia mempunyai anak yang bertugas di Singapura dan selesa tinggal di sini.

Selain kejuaraan Piala AFF 2012 yang dirangkul baru-baru ini, Raddy yang menjadi jurulatih Singapura dari 2003 hingga 2012 telah memberikan dua lagi kejuaraan Piala Suzuki AFF pada 2004 dan 2007.

Beberapa keputusan sensasi yang pernah dicatatkan oleh Singapura ketika di bawah kendaliannya adalah menewaskan Kuwait 2-0 dan seri tanpa jaringan dengan Australia pada 2008.

Sebelum bersama dengan Singapura, jurulatih yang berasal dari Serbia itu pernah bertindak menjadi jurulatih Bawah 23 tahun Kuwait yang layak ke pusingan akhir Sukan Olimpik 2000 di Sydney, Australia.

Pada penghujung 2001, dia menjadi jurulatih skuad kebangsaan Kuwait dan pasukan itu dinobatkan sebagai juara Asia Barat 2002 dan membawa Kuwait mara ke suku akhir Sukan Asia Busan, Korea Selatan pada tahun yang sama.

Namun, kontraknya ditamatkan pada Disember 2002 apabila gagal membawa Kuwait melepasi peringkat kumpulan Piala Negara-Negara Arab.

Rajagobal yang baru sahaja mendapat surat pertuduhan daripada Jawatankuasa Tatatertib FAM pada Jumaat lalu, bakal berdepan kesalahan 18.3 Kod Tatatertib FAM dan boleh digantung enam bulan serta denda RM8,000 jika bersalah.

Jika berjaya melepaskan diri, Rajagobal hanya berpeluang mengendalikan Harimau Malaya sehingga hujung tahun ini kerana kontraknya bakal berakhir pada Disember 2013, kecuali beliau ditawarkan kontrak baru.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Mahkamah

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Mahkamah


Bunuh anak tiri, wanita berdepan hukuman mati

Posted: 07 Apr 2013 11:16 AM PDT

KOTA BHARU 7 April - Seorang ibu berhadapan hukuman mati apabila dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini hari ini atas tuduhan membunuh anak tirinya berusia lima tahun, bulan lalu.

Azlinda Othman, 28, didakwa membunuh anak tirinya, Umi Amilia Azman di Perumahan Kos Rendah Kampung Jubakar Pantai, Tumpat, antara pukul 3 petang, 23 Mac hingga 8.30 pagi 24 Mac lalu.

Dia didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati jika sabit kesalahan.

Pertuduhan terhadap Azlinda dibacakan oleh jurubahasa mahkamah di hadapan Majistret Majistret, Mohd. Isa Mohamed bagaimanapun tiada pengakuan direkodkan daripada tertuduh.

Pendakwaan itu dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Noor Dayana Mohamad manakala tertuduh diwakili peguam K. H. Tay.

Mohd. Isa menetapkan 8 Mei ini bagi sebutan semula kes sementara menunggu laporan perubatan mangsa.

Akhbar sebelum ini melaporkan sepasang suami isteri dikenakan perintah tahanan reman selepas dipercayai mendera hingga mati anak perempuan mereka berusia lima tahun.

Mangsa, Ummi Amilia Azman meninggal dunia pada pukul 8.56 pagi 24 Mac lalu di Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II) selepas dipindahkan dari Hospital Tumpat.

Perkara itu terbongkar selepas pihak hospital membuat laporan polis berikutan terdapat kesan luka dipercayai didera pada tubuh mangsa.

Hasil bedah siasat mendapati mangsa meninggal dunia akibat dua kesan pecah pada usus besar selain kecederaan pada buah pinggang kiri.

Kecederaan yang dialami mangsa dipercayai akibat didera menggunakan senjata tumpul selain disyaki tidak diberi makan selama dua hari memandangkan keadaan perut mangsa kosong dan dipenuhi darah.

Mangsa tinggal bersama bapa dan ibu tirinya di rumah nenek tirinya di Kampung Jubakar Pantai selepas bapa dan ibu kandungnya, seorang warganegara Thailand, bercerai kira-kira dua tahun lalu.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Pahang

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Pahang


Kerajaan kaji perbesar kampung baharu Cina

Posted: 07 Apr 2013 11:16 AM PDT

Adnan Yaakob (tiga dari kiri) bermesra dengan seorang pemuda yang memenangi sebuah motosikal menerusi cabutan bertuah pada Majlis Jamuan Makan Malam Bersama Masyarakat Tionghua Daerah Temerloh yang dihadiri oleh lebih 4,000 penduduk di padang Majlis Perbandaran Temerloh, malam semalam.

TEMERLOH 7 April - Kerajaan Pahang akan mengkaji untuk membesarkan kampung-kampung baharu Cina di negeri ini yang kini sudah terlalu padat ekoran pertambahan penduduk.

Menteri Besar, Datuk Seri Adnan Yaakob berkata, antara yang dipertimbangkan ialah Kampung Baharu Cina Temerloh, Triang, Bentong dan Raub yang kini sudah tidak mempunyai kawasan untuk membina rumah baharu.

Menurutnya, kerajaan Barisan Nasional (BN) akan terus menyalurkan projek pembangunan yang mana sebahagian besar daripada 1,500 kampung baharu Cina telah menikmati projek pembanguan dan usaha itu akan dipertingkatkan dari semasa ke semasa.

"Bagi memastikan kesinambungan pembangunan itu, rakyat termasuk juga kaum Cina perlu mengekalkan keamanan, keharmonian dan perpaduan antara kaum dengan memastikan keselamatan negara terus dipelihara setiap masa.

"Kebebasan mengamalkan cara hidup, budaya, pendidikan dan bahasa yang dinikmati oleh kaum Cina, India dan kaum-kaum lain tidak terdapat di negara lain," katanya.

Beliau berucap dalam Majlis Jamuan Makan Malam Bersama Masyarakat Tionghua Temerloh yang dihadiri lebih 4,000 orang di padang Majlis Perbandaran Temerloh, di sini malam tadi.

Yang turut hadir, Ahli Parlimen Temerloh, Datuk Saifuddin Abdullah, Exco Kerajaan Negeri yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lanchang, Datuk Mohd. Sharkar Shamsudin dan ADUN Mentakab, Datuk Chuah Boon Seong.

Adnan berkata, kerajaan turut memberikan bantuan kepada sekolah jenis kebangsaan Cina dan Tamil kerana memperakui bahasa dan pendidikan kedua-dua kaum tersebut amat penting bagi mereka.

"Kita bukan sahaja terkenal dengan rakyat hidup berharmoni dan bersatu padu, malah turut dikagumi bagi pengurusan ekonomi yang baik apabila mengekalkan pertumbuhan pada kadar enam peratus setahun dalam keadaan ekonomi dunia sekarang ini yang tidak menentu," ujarnya.

RapidKuantan perkenalkan laluan baharu hari ini

Posted: 07 Apr 2013 11:16 AM PDT

KUANTAN 7 April - RapidKuantan meluaskan perkhidmatannya sehingga ke Bukit Gambang Resort City (BGRC) bermula esok bagi menyokong pembangunan pelancongan di negeri ini.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Zohari Sulaiman berkata, laluan 100 iaitu Terminal Makmur-Gambang yang sebelum ini hanya tiba di Kolej Matrikulasi Pahang (KMP) dipanjangkan sehingga ke BGRC.

"Pembukaan ke BGRC ini dijangka memberi manfaat kepada kira-kira 4,000 penduduk dan sebanyak 1,500 kakitangan resort berkenaan," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Menurut beliau, laluan 101 iaitu Terminal Makmur-Taman Indera Sempurna sebelum ini melalui Permatang Badak akan dibahagikan menjadi dua laluan supaya dapat memendekkan masa perjalanan ke kedua-dua lokasi tersebut.

"Laluan baharu iaitu 102 dari pusat bandar ke Permatang Badak turut diwujudkan esok dengan jarak perjalanan yang pendek iaitu hanya 18 kilometer," jelasnya.

Beliau memberitahu, laluan 200 iaitu Indera Mahkota 1-Teluk Chempedak turut dibahagikan menjadi dua laluan.

"Laluan 200 akan melalui pusat bandar ke Teluk Chempedak manakala laluan baharu iaitu 302 akan melalui pusat bandar ke Indera Mahkota 1.

"Laluan 300 yang asalnya Taman Impian-Politeknik Sultan Ahmad Shah (Polisas) Semambu turut dipecahkan kepada dua yang mana menggunakan laluan pusat bandar ke Taman Impian manakala laluan baharu 601 diwujudkan dengan melalui pusat bandar terus ke Polisas," katanya.

Tambahnya, maklumat mengenai perubahan itu boleh didapati di laman web rapidKuantan www.rapidkuantan.com.my.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Luar Negara

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Luar Negara


Indonesia tahan 80 etnik Islam Rohingya

Posted: 07 Apr 2013 09:08 AM PDT

BANDA ACEH 8 April - Pasukan polis Indonesia, semalam menahan 80 etnik Islam Rohingya dari Myanmar di luar kepulauan Sumatera selepas bot mereka sesat dalam pelayaran ke Malaysia.

Menurut jurucakap polis, September Sembiring, kesemua pelarian tersebut, termasuk lima wanita dan enam kanak-kanak tiba di Pulo Aceh pada awal pagi semalam.

"Bot mereka berada dalam keadaan baik dan mereka juga mempunyai bekalan makanan serta minyak yang cukup.

"Mereka dalam perjalanan ke Malaysia, namun sesat sehingga memasuki kawasan perairan negara ini," katanya. - AFP

India perlu serius tangani isu jenayah seksual terhadap wanita - Manmohan

Posted: 07 Apr 2013 09:08 AM PDT

NEW DELHI 8 April - Perdana Menteri India, Manmohan Singh semalam menggesa agar kerajaan perlu mengambil langkah serius dalam usaha mengurangi jenayah seksual terhadap kaum wanita di negara ini.

Manmohan berkata, kerajaan setakat ini telah mengemukakan pindaan undang-undang jenayah yang signifikan dalam menangani jenayah seksual yang berlaku selepas insiden rogol berkumpulan melibatkan pelajar perubatan pada Disember lalu.

"Biarpun langkah undang-undang telah dibuat, namun masih banyak yang perlu dilakukan segera agar masalah ini boleh dikurangkan atau diselesaikan.

"Kita perlu lebih serius dalam menjaga kebajikan dan keselamatan wanita di negara ini," katanya ketika berucap dalam satu persidangan bersama ketua menteri dan ketua hakim di sini. - AFP

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Rencana

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Rencana


Utamakan parti, bukan calon

Posted: 07 Apr 2013 11:16 AM PDT

DALAM wawancara Mingguan Malaysia bersama Perdana Menteri, TUN DR. MAHATHIR MOHAMAD semalam yang bertajuk Pembangkang terlalu tamak antara perkara yang dibincangkan termasuklah tentang pembubaran Parlimen, perubahan sokongan rakyat, kecenderungan pengundi Cina, kawasan yang ditandingi oleh pemimpin pakatan pembangkang, kedudukan DAP, PKR dan Pas pada Pilihan Raya Umum Ke-13 ini.

Berikut adalah sambungan wawancara beliau bersama wartawan, MARHAINI KAMARUDDIN, HAFIZAHRIL HAMID, BORHAN ABU SAMAH, dan MOHD. ASRON MUSTAPHA di Yayasan Al-Bukhary, petang Jumaat lalu.

UTUSAN: Perdana Menteri pada pilihan raya kali ini berjanji akan menampilkan elemen kejutan khususnya terhadap senarai calon itu sendiri dan ditambah manifesto berorientasikan 1Malaysia, sejauh mana elemen-elemen ini mampu memberi lonjakan berganda untuk meningkatkan sokongan kepada Barisan Nasional (BN)?

DR. MAHATHIR: Kita menerima rungutan bahawa BN ini hanya memberi tempat kepada orang lama, tidak kepada muka- muka baru sehingga nak masukkan orang baru kepada parti pun susah. Tetapi Najib mungkin ingin memecah sangkaan ini bahawa kita terbuka kepada semua pihak iaitu baru dan lama. Saya fikir yang lama pun perlu ada, kalau buang langsung yang lama pun tak baik juga, kerana kita nak ada kesinambungan antara yang lama dengan yang baru.

Namun saya berpendapat bahawa pilihan raya kali ini lebih kepada parti bukan calon. Kita nak tentukan parti menang. BN kena menang. Pertandingan ini tertumpu kepada parti, kemenangan kepada parti, soal siapa jadi calon tidak sepenting parti perlu menang dalam pilihan raya ini kerana hanya parti sahaja yang boleh tubuhkan kerajaan, orang perseorangan tidak boleh.

Selepas pelbagai usaha transformasi dilakukan kerajaan dalam masa empat tahun ini dan disokong pula dengan kebangkitan semangat patriotisme dalam kalangan rakyat, sejauh mana Tun optimis BN akan memperoleh kemenangan majoriti dua pertiga?

DR. MAHATHIR: Setahun dahulu, bahkan enam bulan dahulu saya kurang yakin tetapi saya dapati sambutan terhadap lawatan Najib oleh seluruh rakyat termasuk masyarakat Cina jauh lebih baik berbanding Pilihan Raya Umum 2008. Sebab itu orang berkata ada peralihan sokongan ke arah BN dan dengan cara ini saya yakin BN akan menang lebih baik daripada 2008. Ada kemungkinan juga mendapat dua pertiga.

Antara masalah yang melanda UMNO dan BN pada 2008 adalah tindakan sabotaj daripada ahli sendiri. Bagaimana Tun melihat perkara itu adakah sudah selesai atau masih berlaku?

DR. MAHATHIR: Masa saya menjadi pemimpin UMNO ada berlaku keadaan cantas mencantas. Namun kemenangan kita adalah tinggi walaupun terdapat mereka yang tidak menyokong, kita masih berpeluang untuk menang. Namun ketika ini kelebihan undi kita adalah sekitar ratusan sahaja. Jadi kalau ada pihak yang mahu keluar dan mengheret 100 atau 200 penyokongnya, kita mungkin akan berhadapan masalah.

Perkara sabotaj pernah berlaku dahulu tetapi sekarang ia lebih berbahaya. Saya berpendapat ini disebabkan tentang perjuangan asas kita. Boleh dikatakan apabila seorang Melayu mendapat nikmat ia akan dikongsi bersama orang Melayu lain, jadi tidak ada mereka yang tercicir langsung.

Contohnya mungkin anak orang ini dapat biasiswa, masuk sekolah bekalan air dan elektrik dan sebagainya. Semua ini bukan hanya untuk orang tertentu sahaja tetapi untuk semua orang Melayu dan bangsa-bangsa lain. Inilah perjuangan UMNO yang sebenar untuk semua orang Melayu, bukan hanya nak menjadikan seseorang itu perdana menteri. Kepimpinan adalah sesuatu yang perlu tetapi perjuangan bukan untuk pemimpin tetapi untuk parti dan rakyat.

Kenapa masih terdapat pihak yang tidak percaya kegiatan Anwar dan tetap mempertahankan beliau walaupun terdapat banyak pendedahan dilakukan?

DR. MAHATHIR: Sebab itu dalam Islam, kita tidak boleh taksub atau menjadi puak assabiah. Pihak ini adalah orang yang taksub dengan sesuatu sehingga tidak dapat menerima kenyataan yang sebenar. Orang ini kita tidak boleh buat apa-apa dan hanya boleh menunggu balasan Tuhan jika segala kebenaran sudah terdedah kelak.

Kita perlu serahkan semua ini kepada Allah SWT kerana kita sendiri tidak boleh melakukan apa-apa melainkan berterusan membuat penerangan untuk pemahaman. Pada mulanya saya dapati ramai yang menolak tetapi setelah penerangan dilakukan serta bukti yang sah, saya lihat hari ini semakin ramai yang menerima. Saya yakin jika kita boleh tunjuk bukti, akhirnya mereka juga tidak dapat menutup mata dan menolak kebenaran dan akhirnya menerima kenyataan yang sebenar.

Mungkin di negara Barat pemimpin sebegini ditolak oleh masyarakat kerana perlakuan yang buruk?

DR. MAHATHIR: Tidak juga. Jika kita lihat bagaimana bekas Presiden Amerika Syarikat (AS), George W. Bush dan Perdana Menteri Britain Tony Blair, walaupun mereka telah berbohong dalam menentang Iraq dan didedahkan kepada umum, namun dalam pilihan raya berikutnya mereka masih menang. Mereka ini adalah pembohong besar dan saya ada bukti mengenai dokumentari BBC tentang bagaimana Bush dan Blair berbohong hanya kerana nak menyerang Iraq.

Jadi maknanya rakyat mereka sama seperti rakyat kita juga kerana ada yang buta dan menolak kebenaran. Orang yang celik tetapi tidak mahu melihat, itu adalah lebih buta daripada orang buta.

Tun pernah menyatakan bahawa kesilapan paling besar pernah dilakukan adalah membawa masuk Anwar. Pada pandangan Tun apa akan berlaku pada negara jika Tun masih mengekalkan Anwar malah mungkin menjadi Perdana Menteri?

DR. MAHATHIR: Kita kadang-kadang tertipu dan saya tidak terfikir bahawa saya kebal daripada penipuan. Banyak orang yang menipu saya dan saya ambil pada permukaan tentang kebaikan seseorang. Saya tidak menyelam hanya untuk mencari keburukan orang, umpamanya Tun Abdullah Ahmad Badawi, ramai yang menganggap beliau seorang yang bersih dan saya terima. Malah saya bagi tempat kepadanya walaupun beliau pernah melawan saya.

Anwar menggambarkan dirinya sebagai seorang yang warak, boleh menjadi imam, membaca khutbah dan sebagainya. Ini yang kita nampak dan perkara dalam bilik, saya tidak nampak. Malah orang lain pun tak nampak, maka mereka pun tidak boleh kata dia ini ada kelakuan sebegitu.

Saya terima beliau kerana imej yang ditunjukkan Anwar cukup bersih dan ini baik untuk UMNO. Bahkan saya berharap Anwar akan mengganti saya kerana saya nampak beliau bijak, cakap cukup bagus tetapi apabila saya tidak dapat menolak tuduhan terhadapnya dan jika ketika itu saya masih nak jaga keaiban beliau atau kerana nak jaga imej saya dan membenarkan beliau berterusan, maka saya ingat saya bersalah kepada masyarakat dan Tuhan. Sebab itu saya terpaksa ambil tindakan dan saya memperingat kepada diri saya supaya jangan melakukan sesuatu yang akan menyebabkan orang benci kepada saya.

Saya cukup berhati-hati tentang ini dan tidak mahu menjatuhkan hukuman bunuh terhadap orang itu dan ini. Malah untuk menangkap orang pun saya tidak begitu berminat. Namun bila saya dapati Anwar sudah tidak sesuai lagi maka ia adalah tanggungjawab saya bukan sahaja kepada diri saya malah negara dan masyarakat. Sebab itu saya ambil tindakan dan saya tahu tindakan itu akan menimbulkan kebencian daripada pihak-pihak Anwar.

Pada mulanya saya fikir bila saya jelaskan sebab saya menolak Anwar saya sangka ramai yang akan bersetuju dengan saya seperti mana pemimpin-pemimpin UMNO sebelum itu yang bermasalah dan mereka menolak pemimpin sebegini. Namun ada di kalangan ahli UMNO yang berfikir saya cuba menganiaya Anwar terutama apabila berlaku kes mata lebam. Itu bukan salah saya dan saya telah beritahu kepada Ketua Polis ketika itu jangan guna gari dan kekasaran. Namun apabila beliau hantar pasukan untuk menangkap Anwar, pasukannya itu telah dilatih dengan cara sedemikian kerana ia adalah SOP yang telah ditetapkan. Jadi saya disalahkan dan kehilangan undi hampir 300,000 kerana kes mata lebam itu.

Tapi apa nak buat dan saya pula terpaksa menangguh keputusan untuk meletak jawatan sehingga 2002 baru saya umumkan. Pada awalnya niat saya untuk bersara pada 1998 tetapi kerana masalah kewangan dan krisis mata wang, Sukan Komanwel dan masalah Anwar, jadi saya terpaksa tunggu lagi. Sehinggalah saya berjaya memperbaiki masalah kewangan negara, pentadbiran kerajaan dan parti, barulah saya berfikir sudah sampai masa untuk berundur.

Satu ketika dahulu ramai yang marah dengan Tun malah ada yang mengambil keputusan mahu membunuh Tun. Tetapi kini semakin ramai yang sudah kembali ke pangkal jalan antaranya C.N Afghani dan Dr. Sidek Baba. Bagaimana Tun melihat perkara ini?

DR. MAHATHIR: Mereka marah dengan saya kerana mereka rapat dengan Anwar. Bila kita dekat dengan seseorang bak kata pepatah Melayu, tak kenal maka tak cinta. Tetapi bila sudah kenal dan rapat baru kita nampak kelemahan orang lain. Setelah segala yang buruk diketahui mereka, baru mereka berasa yakin saya bukan berniat mahu menganiaya Anwar. Saya cuma nak selamatkan orang Melayu dan negara daripada manusia semacam ini.

Bagaimana dengan telahan Tun mengenai negeri-negeri yang dikuasai pembangkang. Apakah boleh ditawan kembali?

DR. MAHATHIR: Saya melihat Kelantan kedudukannya agak 50-50 sama seperti Pulau Pinang. Kedah pula barangkali 55-45 sama seperti Selangor yang saya lihat di kedua-dua negeri ini penduduknya sudah sedar. Saya tidak mahu optimistik. Bagi negeri Sabah dan Sarawak, saya lihat kita masih boleh menang tetapi mungkin kita tidak dapat kemenangan seperti pada 2008. Bagi Negeri Sembilan saya lihat kedudukannya masih selamat kalau mereka tidak berkelahi sesama mereka. Masalah timbul jika mereka berkelahi sesama mereka tapi saya rasa tidak akan timbul masalah sedemikian. Manakala di Perak pula pada satu ketika orang Melayu pun sokong DAP tetapi saya lihat keadaan sudah berubah sekarang.

Mungkin Tun ada peringatan yang mahu di sampaikan kepada masyarakat di luar sana dan juga kepada calon yang tidak terpilih?

DR. MAHATHIR: Kita jangan kira siapa yang menjadi calon tetapi kira kepada parti yang bertanding. Jika BN yang bertanding jangan teragak-agak menyokong calonnya. Jangan sokong kerana calon itu orang kesayangan saya atau orang tertentu. Ini pertandingan parti dan bukan individu.

Bagi calon yang tidak terpilih nasihat saya kalau terpilih kita mahu orang sokong kita dan begitu juga jika orang lain terpilih, mereka juga mahu orang menyokong mereka. Jadi kalau kita tidak suka dicantas maka kita jangan mencantas orang. Seperti mana kita tak suka orang lakukan pada kita, begitu juga kita jangan buat perkara yang orang lain tak suka.

Masa semua ahli BN tebus kesilapan 2008

Posted: 07 Apr 2013 11:16 AM PDT

PENULIS pernah diberitahu tentang suasana suram apabila Tan Sri Mohd. Tajol Rosli Ghazali beberapa kali sebak dan menitiskan air mata ketika bekas Menteri Besar Perak itu mengumumkan calon Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya umum 2008.

Ketika itu, bahana beban yang dipikul Mohd. Tajol cukup berat, bukan sahaja untuk menjaga hati pemimpin-pemimpin UMNO, tetapi juga untuk melayan permintaan parti-parti komponen yang masing-masing menuntut kuota kerusi.

"Ketika itu, Mohd. Tajol tak bagi orang tepuk tangan ketika calon-calon diumumkan kerana baginya keputusan yang dibuat amat sukar. Melihat suasana suram masa itu, sudah ada yang mengagak BN bakal berdepan masalah besar," cerita seorang rakan wartawan.

Jangkaan itu benar-benar terjadi. 'Masalah besar' itu akhirnya membawa kepada kejatuhan kerajaan BN Perak yang pernah digelar sebagai antara 'simpanan tetap' BN.

Bedah siasat membuktikan kekalahan BN dibayangi perbuatan sabotaj, undi protes malah ada yang menghasut ahli tidak keluar mengundi - kebanyakannya berkisar rasa tidak puas hati dengan pemilihan calon.

Tsunami politik 2008 yang menyaksikan BN menang dan tewas tipis di banyak kawasan termasuk di kubu kuat parti itu sudah cukup untuk menceritakan hakikat tersebut.

Walaupun memerintah semula selepas empat pemimpin pembangkang keluar parti dan menjadi wakil rakyat bebas, pengalaman perit sepanjang 11 bulan pemerintahan pembangkang sepatutnya memberi keinsafan kepada BN khususnya UMNO yang menjadi tulang belakang di Perak.

Itu cerita lima tahun lalu. Mendepani cabaran PRU-13 yang bakal membuka tirainya tidak lama lagi, pemimpin dan jentera BN Perak perlu bermuhasabah dengan menjadikan episod hitam itu sebagai iktibar.

Pembubaran DUN Perak kelmarin sewajarnya disambut dengan tekad kuat dan menyedari betapa kesilapan 2008 perlu ditebus. Tempoh kritikal menunggu penamaan calon sehinggalah hari pengundian adalah waktu paling tepat untuk membetulkan kesilapan itu.

Gelombang sokongan rakyat yang semakin memihak kepada BN sejak empat tahun lalu ekoran pelbagai perubahan signifikan dalam pembangunan sosioekonomi di bawah pentadbiran Menteri Besar, Datuk Seri Dr. Zambry Abd. Kadir perlu diterjemahkan sepenuhnya dalam bentuk undi.

"Tiada keraguan mengenai kemampuan BN untuk pertahankan Perak, kita boleh memilih banyak analisis untuk menyokong hakikat itu. Tetapi itu akan bertukar menjadi sia-sia jika kesilapan 2008 diulang pada PRU-13," kata seorang pemerhati politik ketika dihubungi.

Tumpuan BN sekarang adalah untuk menentukan siapa juga calon yang dipilih bertanding di 24 kerusi Parlimen dan 59 DUN Perak mendapat sokongan di kawasan berkenaan. Itu hanya dapat dilakukan jika semua pemimpin dan jentera memahami betapa realiti politik sudah jauh berubah.

Keadaan tidak lagi sama seperti dahulu apabila siapa juga calon BN yang bertanding akan menang bergaya dengan kelebihan ribuan majoriti. Suasana dan sentimen di bawah sudah berubah, rakyat mahukan perubahan dan kelainan.

Rakyat mahu melihat sejauh mana BN benar-benar mahu berubah. Mereka mahu melihat calon BN yang lebih segar dan bertenaga. Kalau tidak semua pun, rakyat menaruh harapan tinggi untuk melihat pembaharuan.

Dalam keadaan pembangkang di Perak sedang bercakaran dalam soal agihan kerusi, BN sepatutnya mengambil masa dan peluang yang ada untuk memantapkan jentera dan tidak terbawa-bawa dalam isu-isu yang bersifat remeh-temeh.

''Ini bukan masa untuk pujuk memujuk, rajuk merajuk. BN tiada masa untuk semua itu. Tumpuan perlu terarah kepada menajamkan jentera kerana sama seperti pembangkang, pilihan raya kali ini akan berlangsung sengit. Sedikit kesilapan boleh membawa padah," kata pemerhati itu lagi.

Pengumuman beberapa pemimpin termasuk Datuk Najmudin Elias Al-Hafiz yang mengesahkan tidak bertanding semula bagi memberi peluang kepada muka baharu sepatutnya dijadikan contoh teladan.

Bagi orang politik, keputusan Najmudin itu satu pengorbanan yang besar apatah lagi beliau adalah antara calon BN yang berjaya melawan badai tsunami politik 2008 dengan kelebihan majoriti 2,400 undi di DUN Batu Kurau.

Dalam konteks sama, soal agihan kerusi BN Perak perlu memberi fokus kepada faktor 'boleh menang' dengan mengikis tanggapan bahawa sesuatu kawasan sebagai hak tradisi mana-mana parti komponen.

Oleh itu, pertukaran kerusi sesama parti komponen yang dilaksanakan perlu dilihat sebagai salah satu kunci kemenangan.

Bak kata Zambry dalam sidang akhbar baru-baru ini: "Yang penting kita (BN) mahu menang. Mungkin strategi kita itu di luar kebiasaan, tetapi jika ia mampu memberi kemenangan, maka kita mesti lakukan."

PENULIS ialah Ketua Biro Perak Utusan Malaysia.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Hiburan

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Hiburan


Cinta & KOntroversi ADIRA

Posted: 06 Apr 2013 12:18 PM PDT

Oleh RASDAN AHMAD
rasdan_utusan@yahoo.com

Mungkin orang salah nampak, mungkin itu orang lain yang sama wajahnya seperti saya

PENANTIAN selama dua jam menunggu kehadiran penyanyi ini langsung tidak dirasai. Hujan yang menyimbah Kuala Lumpur petang Selasa lalu mengiringi langkah penyanyi kelahiran Sabah ini ke tempat pertemuan.

Bukan isu datang lambat yang menjadi persoalan tetapi kesediaan Adira dalam memenuhi komitmen untuk sesi fotografi ini cukup dihargai. Apalagi khabarnya dia baru sahaja pulang daripada kampung halaman.

Melihatkan gambar-gambar yang terpapar di laman Instagram miliknya bagaikan dapat menelah apa yang bersarang dalam lubuk hatinya.

Kelihatannya Adira cukup gembira dapat pulang ke kampung halaman dan bagaikan melepaskan semua lelah di sana.

Sementelah sejak namanya meniti di bibir peminat, Adira tidak pernah terlepas daripada cerita-cerita panas.

Boleh dikatakan namanya seringkali terkait disebabkan kontroversi tak diundang sehingga sedikit melemaskan.

Paling kerap tentunya kisah cinta bersama rakan artis tempatan. Selepas dikatakan bercinta dengan penyanyi popular, Hafiz, kini namanya dikaitkan pula dengan penyanyi muda kelahiran Singapura, Aliff Aziz.

Memang sudah ramai yang mengetahui mengenai kisah gosip ini namun ramai juga yang tertanya mengenai kesahihan khabar angin ini yang semakin hari semakin bertiup kencang.

Namun pemilik nama Siti Adira Suhaimi ini nampaknya semakin matang menangani setiap persoalan cinta dan kontroversi yang dilontarkan.

Malah ketika membicarakan isu cintanya bersama Aliff, tenang suara Adira menjelaskan keadaan.

Sebenarnya saya cukup selesa jika dikatakan kami berdua kini berkawan. Saya dan Aliff tidak pernah bercinta seperti apa yang dikatakan.

Saya memang suka berkawan, dengan sesiapa pun saya akan berkawan, saya tidak kisah dengan siapa saya berkawan namun masing-masing perlulah ikhlas dalam berkawan.

Sekiranya saya betul-betul bercinta dengan sesiapa sekalipun saya akan umumkan perkara tersebut, saya tidak akan sembunyikan perkara baik itu kepada semua."

Disoal pula tentang kisah kononnya dia keluar bertemu janji dengan seseorang sambil ditemani pengawal peribadi seperti yang dilaporkan baru-baru ini, ini jawapan yang diberikan penyanyi lagu Ombak Rindu itu.

Saya tak pasti dari mana perkara ini boleh timbul, kadang-kadang saya nak tergelak pula dengar benda-benda pelik seperti ini.

Mungkin orang salah nampak, mungkin itu orang lain yang sama wajahnya seperti saya. Sebab saya tidak pernah berada dalam keadaan seperti yang dikatakan itu.

Memang pada kebiasaan saya keluar secara berkumpulan bersama pengurus serta rakan-rakan saya. Mungkin orang salah anggap dan mengatakan mereka adalah pengawal peribadi saya.

Sekali lagi saya katakan saya tidak pernah keluar temu janji bersama sesiapa pun dengan membawa pengawal peribadi. Semua khabar ini adalah mengarut," tegas Adira.

Bersedia tempuh kontroversi

Adira memberitahu, memang sejak melangkah kaki dalam dunia seni ini, dirinya acap kali dilanda dengan kontroversi. Tidak selesai satu kontroversi, muncul pula kontroversi yang lain.

Baru-baru ini ada juga peminat mengatakan dirinya semakin sombong setelah nama semakin dikenali selain ada yang mencemuh terhadap penampilannya yang semakin seksi.

Sebelum ini Adira menimbulkan kontroversi apabila dikaitkan dengan golongan pengkid sehinggakan mereka dikatakan menjalinkan hubungan cinta.

Jelas Adira, masih ramai lagi yang tidak begitu kenal dirinya dengan sebetul-betul hingga sanggup melemparkan tuduhan serta spekulasi seperti itu.

Saya bukan macam itu, saya harap orang tak payah kaitkan saya dengan golongan pengkid lagi. Saya harap sangat isu ini dihentikan. Itu bukan cara saya, saya tidak pernah pun bercinta dengan kaum sejenis.

Saya juga berhak untuk berkawan dengan sesiapa sahaja namun saya tetap jaga batas pergaulan saya selama ini," ujarnya.

Doa tahun ke-18

Posted: 06 Apr 2013 12:18 PM PDT

Oleh AMIRAH AMALY SYAFAAT
amirah.amaly@utusan.com.my
Foto RAJA JAAFAR ALI dan ihsan MOHD. REDZUAN (CIPOT REDZ)

KEGEMBIRAAN terpancar di wajah masing-masing yang seronok dapat meluangkan masa bermesra bersama Siti Nurhaliza.

SITI bersyukur dengan segala nikmat anugerah Ilahi sepanjang bergelar anak seni sekali pun diduga dengan pelbagai cabaran," kata Siti Nurhaliza yang menyambut ulang tahun ke-18 sebagai artis pada 1 April lalu. Akuinya, dia reda dengan setiap dugaan yang mendatang kerana pasti ada rahmat menanti di penghujungnya. Malah dalam terus meniti tangga-tangga kerjaya seni, Juara Bintang HMI 1995 menerusi lagu Camar Yang Pulang ini sentiasa mendoakan agar sentiasa dikurniakan kebahagiaan berpanjangan bersama suami tercinta, Datuk Seri Khalid Muhammad Jiwa yang dikahwini tujuh tahun lalu.

Amat mengharapkan agar cinta bersama suami sentiasa hangat, baginya setiap ujian dalam kehidupan bersuami isteri juga menjadi penguat kasih antara mereka berdua.

Berbicara tentang tahap kesihatan suami ketika ini, Siti memberitahu bahawa suaminya menunjukkan tahap kesihatan yang memberangsangkan apabila sudah berupaya melakukan kerja di pejabat.

Selain menjalani fisioterapi, suaminya yang masih mengalami kesakitan di bahagian tangan dan bahu itu juga kerap bersenam di gimnasium dalam memastikan tahap kesihatannya dapat pulih sepenuhnya.

Prihatin hulur bantuanMelancarkan kempen SimplySiti Di Hati sejak dua tahun lalu, itu juga merupakan sebahagian tanggungjawab sosial yang dilakukan oleh Siti Nurhaliza bagi kanak-kanak yang kurang bernasib.

Menerusi kempen tersebut, seramai lima orang kanak-kanak terpilih untuk mendapat penajaan kos pembedahan menerusi kerjasama Yayasan Institut Jantung Negara (IJN).

Mereka ialah Siti Nur Syahira, 7, dan Tan Jia Yong, 4, dan yang terbaharu Huang Si Han, 9, dan Muhammad Lukman Yusri serta G. Sharadha, masing-masing berusia 11 tahun.

"Menerusi kempen SimplySiti Di Hati 2012 sebanyak RM57,166 berjaya dikutip. Biarpun jumlah itu tidak menepati sasaran iaitu RM100,000 tapi tidak mengapa. Siti tidak ralat. Lagipun dari 11 lokasi, hanya lima sahaja yang Siti sertai kerana komitmen menjaga suami yang kurang sihat.

"Bagi Siti asalkan ada yang sudi menghulurkan bantuan, sudah memadai," katanya ketika ditemui meluangkan masa melawat ke Taman Tema Keluarga Legoland di Johor minggu lalu.

Lawatan itu bagi meraikan 100 pembeli produk SimplySiti. Turut menyertai dua daripada lima penerima tajaan SimplySiti Di Hati 2012 iaitu Muhammad Lukman dan Sharadha.

Pada siri lawatan tersebut, Siti berkesempatan untuk bermain roller-coaster dan menonton animasi 4D bersama peminatnya.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Keluarga

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Keluarga


Dunia futuristik Hideaki

Posted: 06 Apr 2013 12:18 PM PDT

Oleh RAJA INTAN DIANNA RAJA AZAHAM
dianna.azaham@utusan.com.my
Foto JEFFRI IRAN
Solekan dan Dandanan oleh JEFFREY PEEK-A-BOO (03-77252912)

SEWAKTU pereka fesyen yang berasal dari Sungai Pelek, Sepang, Selangor memperkenalkan rekaan fesyen futuristiknya lebih 15 tahun lalu, ramai yang kagum dengan ideanya yang melangkaui waktu.

Namun, ramai juga yang memandang aneh rekaan siber Hideaki Lim dan tidak dapat menghadam ideanya yang lari daripada norma rekaan fesyen ketika itu.

Penggunaan warna-warna metalik dan material yang berkilat dengan potongan yang robotik dan futuristik dilihat hanya indah di pentas peragaan dan tidak mungkin boleh dipakai seharian kerana kelihatan seperti makhluk planet lain.

Ditambah pula dengan solekan serta dandanan rambut gaya futuristik yang dikenakan pada model-modelnya, ramai ketika itu terkejut dengan idea drastiknya.

Pereka fesyen futuristik ini terus tersenyum walau apa sekalipun komen orang di sekeliling kerana dia tahu satu hari nanti fesyen yang direkanya dapat diterima ramai sejajar dengan peredaran zaman.

15 tahun berlalu. Kini, fesyen yang direkanya sejak 2008 menyerupai pakaian yang diperagakan ramai artis antarabangsa seperti kumpulan-kumpulan K-Pop dan Lady Gaga.

Sewaktu ombak K-Pop melanda dunia, ramai kenalan yang menghubungi saya dan menyatakan rekaan seperti saya baru mula digayakan ramai walaupun saya sudah mula merekanya 15 tahun lalu.

Sekarang, kumpulan K-Pop yang kebanyakannya berpakaian futuristik semakin terkenal. Saya berharap orang ramai juga sudah mula terbuka untuk berpakaian sedemikian juga," ujarnya ceria ketika ditemui di kediamannya di Bukit Jalil yang turut dijadikan pejabat, baru-baru ini.

Idea Alien

Saya sebenarnya Alien," kata Hideaki sewaktu diajukan soalan dari mana dia mendapat ilham mereka fesyen siber.

Terangnya, idea rekaannya datang secara spontan dan sememangnya sudah sebati dengan jiwanya.

Dia menyedari minat terhadap rekaan fesyen siber timbul sejak kecil lagi. Sewaktu itu, pelbagai rancangan animasi dari Jepun seperti Ultraman ditayangkan di televisyen.

Bila dia mula menyertai sekolah fesyen, dia amat gemar mengilhamkan rekaan siber dan berasa bosan bila melakar rekaan yang biasa tetapi takut untuk meluahkannya kerana risau dikatakan gila.

Baginya, rekaan fesyen siber amat mencabar dan memberi kepuasan kepadanya sebagai seorang pereka fesyen.

Bila mereka fesyen siber, kita kena memikirkan material yang boleh digunakan dan bagaimana untuk menggunting dan menjahitnya memandangkan ia bukan rekaan pola biasa.

Di samping itu, kita perlu tahu bagaimana untuk memasarkan produk dalam masa yang sama mengekalkan identiti kita yang mungkin dianggap lebih oleh orang lain," ujarnya juga merupakan duta jenama dan ikon fesyen bagi pusat dandanan Peek-A-Boo.

Antara artis terkenal yang pernah memakai rekaannya ialah Maria Farida, Didie Alias, Jehan Miskin, Ezlynn dan Gary Yap.

Permulaan

Bercerita tentang sejarah penglibatannya dalam dunia rekaan fesyen, ujar Hideaki, ia tidak semudah yang disangka.

Ketika dia habis persekolahan, krisis ekonomi melanda negara. Hideaki melakukan dua kerja dalam satu masa bagi mengumpul wang untuk melanjutkan pelajaran dalam bidang fesyen di Hong Kong.

Di sana, dia didedahkan dengan idea-idea pereka fesyen yang lebih berani mencuba.

Setelah menamatkan pengajiannya di sana dan pulang ke Malaysia, dia tidak terus terjun dalam dunia fesyen sebaliknya melakukan pelbagai pekerjaan seperti menjadi pemandu pelancong dan agen pelancongan bagi mengumpul wang.

Pengalaman dalam bidang pelancongan digunakan sebaik mungkin bagi membina rangkaian di samping modal untuk membuka butik.

Pada awal butiknya beroperasi, ia tidak berjalan dengan baik kerana persaingan yang kuat. Namun, Hideaki tetap cekal meneruskannya dan dalam masa yang sama turut melakukan kerja sampingan.

Hinggalah pada tahun 1998. Ketika itu, dia menyertai pertandingan mereka pakaian untuk satu pertandingan ratu cantik antarabangsa dan rekaan sibernya dinobatkan sebagai juara lalu membuka mata dunia.

Lebih membanggakan, kesemua sembilan juri yang mengadili rekaannya merupakan juri profesional dari luar negara.

Awal 1999, dia memenangi Anugerah Pereka Fesyen Antarabangsa untuk Fesyen Melangkaui 2000. Kemenangannya tepat pada masanya sewaktu dunia sedang melangkah hujung milenium.

Dia mula dikenali ramai dalam dan luar negara serta mula mendapat tempahan terutamanya sewaktu majlis-majlis perasmian barangan elektrik dari luar negara.

Dalam dunia fesyen, kita perlu bekerja keras, disiplin, kuat berazam dan sentiasa memotivasikan diri kerana ia tidaklah semudah yang dirasa.

Fesyen adalah ciptaan. Sebagai pereka fesyen, kita perlu pandai mencipta identiti sendiri yang dikenali ramai," ujarnya yang kini turut menjadi perunding majlis terutamanya pelancaran produk.

Jangan salahkan orang lain

Posted: 06 Apr 2013 12:18 PM PDT

Kita perlu mengelak daripada sering mencari kesalahan orang lain dan sekiranya situasi ini sering berlaku, masalah stres akan timbul. - Gambar hiasan

BARU-BARU ini saya menjalankan satu program motivasi untuk para pekerja. Kebanyakan yang datang ditanggung oleh majikan masing-masing kecuali beberapa orang sahaja yang hadir dengan perbelanjaan sendiri. Menariknya, ketika saya bertanya tentang masalah di tempat kerja mereka, pelbagai jawapan yang saya terima. Ada yang stres kerana dia merasakan bos menganaktirikan dia. Ada yang kata rakan sekerja kaki ponteng hingga mereka terpaksa lakukan lebih banyak kerja dan memikul tugas orang lain. Ada yang kata organisasi tempat mereka bekerja tidak menghargai pekerja dan pelbagai lagi luahan hati mereka.

Semua luahan itu mempunyai persamaan yang ketara iaitu menyalahkan orang lain dan tidak diri sendiri. Apabila kita mahukan sesuatu dan mengharapkan pihak lain yang berubah maka berkemungkinan perubahan itu tidak akan berlaku, atau kalau berlaku sekali pun, lambat. Hasilnya kita kecewa, tertekan dan hampa. Inilah situasi yang dapat dilihat setiap hari dan di mana-mana sahaja sama ada dalam pekerjaan, pelajaran, perniagaan, pengurusan, kepimpinan dan sebagainya. Kita lihat di luar diri dan tidak melihat ke dalam diri.

Dengan melihat masalah berada di luar diri, maka kita tidak mencari ruang untuk lakukan perubahan. Kita selesa dengan diri sendiri dan akhirnya tiada peningkatan atau kemajuan dalam hidup. Sebaliknya jika kita ambil tanggung jawab dan menyalahkan diri sendiri maka kita terbuka kepada perubahan.

Allah berfirman dalam al-Quran yang mafhumnya:

"Dan apa saja musibah yang menimpa kamu, maka adalah disebabkan oleh perbuatan tangan kamu sendiri, dan Allah memaafkan sebahagian besar dari dosa-dosamu."

(QS. As Syura, 42 : 30)

PerhubunganSikap suka salahkan orang lain ini berlarutan dalam semua aspek kehidupan termasuk perhubungan. Misalnya, kita salahkan jiran yang tidak faham kita. Sedangkan yang sebenarnya kita yang tidak terlebih dahulu memahami mereka. Kita tidak wujudkan hubungan yang akrab agar mereka ada rasa segan dan hormat pada kita. Kita salahkan anak sebab mendapat markah yang rendah dalam peperiksaan, sedangkan mungkin kita yang kurang memberikan perhatian terhadap pelajaran dan persekolahannya selama ini.

Nampaknya, walau pun kita sudah mencapai pelbagai kemajuan dalam hidup, namun lagu Bangau Oh Bangau masih lagi menjadi budaya hidup yang berakar umbi dalam fikiran tanpa disedari. Dalam lagu ini, masing-masing menyalahkan orang lain atas masalah yang menimpanya.

Kini sudah tiba masanya untuk kita sedar bahawa dalam hidup ini orang lain tidak boleh menjadikan kita berjaya selagi kita tidak mempraktikkan apa yang disebut sebagai akauntabiliti iaitu bertanggung jawab atas apa yang berlaku serta menerima apa juga kesan darinya. Oleh itu, mulai hari ini apabila berlaku sahaja sesuatu perkara yang kita tidak suka, atau hajat tidak kesampaian, maka nilai dan cari kesalahan diri sendiri dan fikirkan langkah-langkah yang boleh diambil untuk memperbaiki diri lalu bertindak dengan cara atau pendekatan yang berbeza. Barulah hasilnya juga nanti berbeza.

Kredit: www.utusan.com.my
 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved