Ahad, 7 April 2013

Utusan Online - Feminin


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Feminin


Gaya wanita moden

Posted: 06 Apr 2013 12:18 PM PDT

BERANI dan nakal, label fesyen yang terbaharu, Kree menampilkan gaya wanita moden. Koleksi yang versatil ini sesuai untuk pelbagai karakter dan personaliti wanita sofistikated. Inspirasi Kree dilihat lebih cenderung kepada kehidupan kota metropolitan seperti Kuala Lumpur.

Perkataan Kree sebenarnya tidak memberi sebarang maksud linguistik, tetapi ia merupakan satu makna simbolik yang berbalik kepada nilai Kree iaitu bebas, santun dan ringkas.

Menariknya, koleksi ini juga boleh digayakan oleh golongan Muslimah.

Idea kreatif Kree merupakan ilham pereka muda, Afiq Mohamed menyasarkan golongan wanita moden yang gemar bergaya melalui fesyen.

Majlis pelancaran label ini yang berlangsung di Renoma Caf Gallery, Bukit Bintang, Kuala Lumpur baru-baru ini turut menyaksikan model memperagakan helaian terpilih Kree dipadankan dengan aksesori daripada Imelda Haris.

Kree yang diuruskan oleh dua wanita, Reni Diana dan Norhalida boleh didapati secara online dan peminat jenama ini boleh melayari www.kree.my.

Kredit: www.utusan.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved