Ahad, 7 April 2013

Utusan Online - Dalam Negeri


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Dalam Negeri


2 kementerian bincang kenaikan harga ayam

Posted: 07 Apr 2013 01:40 AM PDT

SHAH ALAM 7 April - Dua kementerian akan berbincang bagi menangani masalah kenaikan harga ayam.

Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Noh Omar hari ini berkata, beliau akan berunding dengan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunan (KPDNKK) tidak lama lagi.

Beliau mendapati harga ayam sudah naik dari lazimnya RM6 sekilogram, kemudian kepada RM7.50 sekg semasa musim cuti sekolah serta musim perkahwinan dan terkini ialah RM8 sekg.

"Kita akan bincang dengan kementerian itu dan tengok kenapa harga ayam naik. Adakah disebabkan penyakit atau kerana bekalan berkurangan, dan jika bekalan berkurangan mungkin kementerian perlu mengimport dari luar," katanya kepada pemberita selepas melawat Pasar Tani Mega berhampiran Stadium Shah Alam, di sini.

Noh berkata, kementeriannya mengawal dari segi bekalan ayam manakala KPDNKK mengawal harganya. - BERNAMA

6 nelayan terapung 3 jam sebelum diselamatkan

Posted: 07 Apr 2013 01:35 AM PDT

Oleh FARHANA JONI

ENAM nelayan yang diselamatkan selepas bot mereka karam akibat dipukul ombak berhampiran perairan antara Simunjan dan Sebuyau tiba di Pengkalan Maritim Malaysia di Kuching malam tadi. - UTUSAN

SEBUYAU 7 April - Enam nelayan termasuk dua beranak terapung selama tiga jam dengan berpaut pada tong selepas bot yang digunakan ketika menangkap udang dipukul ombak setinggi satu meter di Pulau Burung, di sini malam tadi.

Dalam kejadian pukul 8.36 malam itu, tekong bot, Saimi Rakawi, 44, bersama ayahnya, Rakawi Aris, 60-an, terpaksa bergantung pada jaket keselamatan dan berpaut pada tong ketika bot dinaiki mereka karam akibat dipukul ombak.

Selain mereka berdua, empat nelayan lain yang turut terlibat dalam kejadian berhampiran perairan antara Simunjan dan Sebuyau itu dikenali sebagai Wan Akop, 40-an; Din, 40-an; Ambia, 40-an dan Salleh, 50-an.

Komander Pasukan Gerakan Marin (PGM) Wilayah Lima, Asisten Komisioner Mohamad Saleh Mat Jani berkata, kejadian berlaku ketika enjin bot jenis Kelas A yang dikendalikan Saimi mulai ditenggelami air dalam perjalanan pulang selepas menangkap udang kira-kira 3.5 batu nautika dari Rumah Api Tanjong Bajong, di sini.

Beliau berkata, ketika hampir satu batu nautika untuk sampai ke pantai, bot berkenaan dipercayai dipukul ombak setinggi satu meter yang menyebabkan enjinnya mati.

"Sebelum bot tersebut karam, para nelayan tersebut sempat menghubungi Persatuan Nelayan Kawasan (PNK) Sebuyau dan melaporkan mengenai kejadian.

"Bertindak daripada laporan tersebut, seramai 30 penduduk dari Kampung Tebeluk dan Kampung Maludam, di sini, dengan menaiki lima buah bot membantu mencari kesemua mangsa," katanya.

Beliau memberitahu, kira-kira pukul 11.30 malam, kesemua mangsa berjaya ditemui penduduk kampung dan mereka di bawa ke Pengkalan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia, Kuching untuk tindakan lanjut.

Katanya, kesemua mangsa tidak mengalami sebarang kecederaan dan dilaporkan berada dalam keadaan selamat. - UTUSAN

Jalan RM300j hubungkan Pasir Raja-Ulu Tembeling dibina tahun ini

Posted: 07 Apr 2013 01:28 AM PDT

DUNGUN 7 April - Sebatang jalan raya sepanjang 27 kilometer akan dibina bagi menghubungkan Kampung Pasir Raja dekat sini dengan Ulu Tembeling, Pahang melibatkan peruntukan kira-kira RM300 juta.

Anggota Jemaah Lembaga Pengarah Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (Ketengah), Datuk Matulidi Jusoh berkata, projek yang akan dimulakan tahun ini itu dijangka siap tahun depan, merancakkan lagi perkembangan ekonomi dan pembangunan kedua-dua tempat berkenaan.

"Ini berita gembira buat masyarakat daerah ini terutamanya penduduk Kampung Pasir Raja.

"Akhirnya mereka tidak lagi perlu menempuh perjalanan tiga hari dua malam untuk mengunjungi keluarga di Ulu Tembeling, Pahang.

"Mereka bakal menikmati perjalanan jauh lebih singkat apabila projek jalan raya menghubungkan dua kawasan di dua negeri itu akan dibina di situ tidak lama lagi dengan kos RM300 juta," katanya selepas merasmikan majlis pecah tanah projek tanam baharu sawit pekebun kecil Kampung Pasir Raja dekat sini.

Matulidi yang juga Ahli Parlimen Dungun berkata, keputusan kerajaan membina projek tersebut, biarpun menelan kos yang besar semata-mata untuk menyediakan pembangunan ke arah meningkatkan kesejahteraan hidup rakyat. - BERNAMA

Kredit: www.utusan.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved