Ahad, 7 April 2013

Utusan Online - Johor


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Johor


RM1,000 buat setiap balu veteran ATM

Posted: 06 Apr 2013 11:59 AM PDT

Oleh Zulhisham Isahak
utusanjohor@utusan.com.my

SHAMSUDIN Rais menunjukkan borang SVTB1M untuk balu veteran Angkatan Tentera Malaysia (ATM) tidak berpencen di Muar, Johor, semalam.

MUAR 6 April - Sebanyak 150 balu veteran Angkatan Tentera Malaysia (ATM) tidak berpencen di daerah ini bakal menerima Sumbangan Veteran ATM Tidak Berpencen 1Malaysia (SVTB1M) sebanyak RM1,000 seorang tidak lama lagi.

Pengerusi Persatuan Bekas Tentera Malaysia (PBTM) Cawangan Muar, Shamsudin Rais berkata, borang permohonan telah dikeluarkan mulai 1 April lalu dan meminta semua balu veteran ATM tidak berpencen datang ke pejabat PBTM atau ke kem tentera berhampiran untuk mendapatkannya.

Menurutnya, borang yang lengkap perlu dihantar bersama dokumen salinan kad pengenalan balu, salinan buku pengakuan perkhidmatan ATM dan salinan buku bank balu.

"Mereka juga perlu menghantar salinan sijil kematian suami dan surat akuan nikah atau sijil kelahiran salah seorang anak kandung balu bersama bekas tentera yang telah disahkan oleh Pegawai Bertauliah ATM, Pegawai Kerajaan Kumpulan Pengurusan dan Profesional atau Ketua Kampung.

"Borang permohonan perlu dihantar segera sebelum 1 Mei ini di mana-mana pejabat PBTM cawangan berhampiran," katanya ketika ditemui di pejabat PBTM Cawangan Muar di sini hari ini.

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin sebelum ini mengumumkan kerajaan sedia menimbang pemberian SVTB1M kepada balu tentera sebagai menghargai sumbangan suami mereka yang telah meninggal dunia.

Pengumuman tersebut dibuat dalam Majlis Penyampaian Bantuan Kepada Pesara Tentera Tidak Berpencen Negeri Johor di Dewan Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Bakri dekat sini pada Februari lalu.

Bantuan itu diharap membela nasib keluarga bekas tentera tidak berpencen terbabit, selain meringankan beban golongan berkenaan.

Karnival Makanan KYPJ meriah

Posted: 06 Apr 2013 11:59 AM PDT

JOHOR BAHRU 6 April - Seramai 300 peserta terdiri daripada pelajar sekolah dan penuntut Sekolah Perhotelan Kolej Yayasan Pelajaran Johor (KYPJ) beradu bakat dan kepakaran dalam pertandingan memasak sempena penganjuran Karnival Makanan dan Pertandingan Memasak 2013, di sini hari ini.

Karnival yang bertujuan mengasah dan mencungkil bakat memasak dalam kalangan penuntut institusi dan pelajar, dirasmikan oleh Ahli Majlis Bandaraya Johor Bahru, Khalid Mohamad yang juga Ketua Pemuda UMNO Johor Bahru.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Pendidikan Yayasan Pelajaran Johor (KPYPJ), Abdul 'Alim Shukor berkata, pertandingan memasak merupakan salah satu acara tarikan yang membariskan beratus-ratus peserta terdiri daripada pelajar beberapa Sekolah Menengah Ekonomi Rumah Tangga (ERT) sekitar bandar raya ini.

Beliau berkata, antara kategori yang dipertandingkan adalah Kategori Sekolah Menengah dengan tema 1Malaysia, kategori penuntut Sekolah Perhotelan (Black Box), memasak individu penuntut sekolah perhotelan (ayam, daging dan makanan laut) serta menghias kek cawan dan mocktail.

"Ia juga bermatlamat memperkenalkan Sekolah Hospitaliti KYPJ yang dahulunya dikenali sebagai Institut Hospitaliti Yayasan Pelajar Johor (IHYPJ) kepada masyarakat luar khususnya lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) selain lapangan kulinari sebagai kerjaya hidup," katanya.

Dalam masa yang sama, katanya, program tersebut turut bertujuan meningkatkan kualiti sesuatu masakan melalui sentuhan baru selain memberi peluang kepada peserta untuk mengaplikasikan teori masakan yang mereka pelajari.

Menurutnya, pertandingan Waiter's Run turut diadakan dengan bakal menyaksikan beberapa peserta berpakaian pelayan restoran berlumba lari ke garisan penamat sambil membawa sedulang gelas dan botol minuman.

Kredit: www.utusan.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved