Ahad, 7 April 2013

Utusan Online - Timur


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Timur


RM902j bantu pekebun kecil

Posted: 06 Apr 2013 11:59 AM PDT

Oleh Radhuan Hussain
utusanterengganu@utusan.com.my

DUNGUN 6 April - Kerajaan menerusi Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) memperuntukkan sebanyak RM902 juta untuk tempoh 2011 hingga 2013 bagi membantu para pekebun kecil dalam penanaman kelapa sawit dan tanaman baharu komoditi itu.

Ketua Pengarah MPOB, Datuk Dr. Choo Yuen May berkata, di bawah program itu, bantuan sebanyak RM7,500 sehektar disediakan kepada peserta di Semenanjung manakal RM9,000 sehektar di Sabah dan Sarawak.

Katanya, bantuan itu merangkumi bekalan anak benih sawit berkualiti, input pertanian seperti bekalan baja dan bahan kimia selain pengurusan tanaman mengikut Amalan Pertanian Baik bagi menentukan hasil sawit yang tinggi.

''Saya menyeru pekebun kecil yang layak tidak mensia-siakan bantuan kerajaan ini.

"Saya juga menggesa pekebun kecil merebut peluang ini dan segeralah menghubungi MPOB bagi mendapatkan maklumat bantuan semula dan tanam baharu," katanya.

Beliau berucap dalam majlis pecah tanah baharu sawit pekebun kecil di Kampung Pasir Raja, dekat sini hari ini.

Teks ucapan beliau dibacakan Pengarah Bahagian Integrasi, Penyelidikan dan Pengembangan MPOB, Wahid Omar.

Majlis itu dirasmikan Ahli Jemaah Lembaga Pengarah Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (Ketengah), Datuk Matulidi Jusoh.

Yang turut hadir, Pengarah Bahagian Kesejahteraan Ketengah, Sidek Embong.

Yuen May berkata, sejumlah RM5.3 juta diperuntukkan untuk pelaksanaan Skim Diskaun Cantas bagi pembelian mesin pemotong sawit bermotor dengan bantuan RM1,000 bagi setiap unit pembelian Cantas oleh pekebun kecil.

Sementara itu, Wahid dalam sidang akhbar berkata, kira-kira 90 penduduk Kampung Pasir Raja akan menikmati bantuan sebanyak RM7,500 bagi mengusahakan sehektar tanah untuk seorang pekebun kecil.

Menurutnya, pihaknya memilih kampung berkenaan berdasarkan permintaan pemimpin kerajaan serta penduduk setempat selain ciri kawasannya yang berkelompok sekali gus berpotensi untuk dimajukan dengan tanaman itu.

Tibi: Kelantan lima tertinggi

Posted: 06 Apr 2013 11:59 AM PDT

BACHOK 6 April - Kelantan merupakan negeri kelima tertinggi merekodkan bilangan pesakit tibi akibat jangkitan kuman Tubercle Bacilli yang boleh membawa maut sekiranya tidak diberi rawatan sempurna.

Pengarah Kesihatan negeri, Datuk Dr. Ahmad Razin Ahmad Maher berkata, sepanjang tahun lepas sebanyak 1,436 kes telah dilaporkan dengan kadar notifikasi adalah 87.5 orang bagi setiap 100,000 penduduk di negeri ini.

Menurutnya, sebanyak 802 daripada kes yang dikesan merupakan jangkitan paru-paru selain menyerang bahagian badan lain seperti selaput otak, tulang, kelenjar, buah pinggang dan kulit.

"Pada tahun 2012 juga sebanyak 109 kes tibi dalam rawatan telah meninggal dunia tidak termasuk kematian tibi dengan HIV positif," katanya selepas majlis sambutan Hari Tibi Sedunia peringkat negeri Kelantan 2013 dan Kem Saya Mahu Hidup Tanpa Tibi di Kedai Jelawat, dekat sini hari ini.

Majlis perasmian sambutan hari berkenaan disempurnakan oleh Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Dr. Awang Adek Hussin.

Indeks jenayah turun 17%

Posted: 06 Apr 2013 11:59 AM PDT

KOTA BHARU 6 April - Indeks jenayah di daerah ini secara keseluruhannya mencatatkan penurunan sebanyak 17 peratus bermula 1 Januari hingga semalam berbanding tempoh yang sama pada tahun lalu.

Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Asisten Komisioner Azham Othman berkata, penurunan itu hasil usaha pencegahan berterusan yang dijalankan oleh pihaknya yang semakin menampakkan keberkesanan.

"Untuk tempoh yang sama pada tahun lalu, lebih 600 kes jenayah dicatatkan, namun pada tahun ini jumlah tersebut telah berjaya dikurangkan," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menutup program Polis Bersama Masyarakat di Masjid Kuala Pak Amat di sini hari ini.

Kredit: www.utusan.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved