Selasa, 8 April 2014

Utusan Online - Jenayah

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Jenayah


Amah ditahan curi barang kemas majikan

Posted: 08 Apr 2014 11:59 AM PDT

Oleh SAJIDA ASARULAH KHAN
pengarang@utusan.com.my

Pegawai Penyiasat, Sarjan Mejar Jafri Jabar menunjukkan bahagian jaket yang dijahit untuk menyembunyikan barang kemas dalam satu kejadian di Taman Satelite, Bahau, Negeri Sembilan, baru-baru ini. - UTUSAN/SAJIDA ASARULAH KHAN

JEMPOL 8 April - Helah seorang amah untuk mencuri barang kemas milik majikannya bernilai RM7,000 dalam kolar sehelai jaket dan pinggang pada sehelai seluar pendek yang dijahit kemas sebelum pulang ke negara asalnya, terbongkar apabila perbuatannya disedari pasangan suami isteri itu.

Kejadian berlaku semasa amah warga Indonesia itu mahu pulang ke negara asalnya selepas permit kerjanya di rumah pasangan berkenaan di Taman Satelite, Bahau, dekat sini, tamat pada kelmarin.

Bagaimanapun sebelum berangkat, majikannya telah memeriksa beg amah berusia 39 tahun tersebut namun mengesyaki sesuatu mencurigakan pada sehelai jaket dan seluar berkenaan yang terdapat benjolan.

Ketua Polis Daerah, Supritendan Hamzah Alias berkata, majikan itu kemudian membuka jahitan berkenaan dan terkejut menemukan sejumlah barang kemas milik isteri dan anaknya.

"Berikutan itu, majikan tersebut telah membawa amah berkenaan ke Balai Polis Bahau dan membuat laporan mengenainya.

"Amah itu kini direman sehingga 10 April ini dan disiasat di bawah Seksyen 381 Kanun Keseksaan kerana mencuri harta milik majikan," katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.

Dalam perkembangan lain, Hamzah berkata, seorang remaja berusia 19 tahun ditahan kerana dipercayai meragut beg tangan seorang guru wanita dekat simpang Kampung Bayai, di sini, pada 29 Mac lalu.

Katanya, bertindak atas maklumat nombor pendaftaran motosikal ditunggang suspek, remaja itu berjaya ditahan dekat rumahnya di Pasoh di sini, pada pukul 6.15 petang, hari yang sama.

"Semasa serbuan, keluarganya cuba melindungi suspek dengan memaklumkan dia tiada di rumah. Namun hasil pemeriksaan menemukan suspek sedang bersembunyi di dalam sebuah bilik," ujar beliau.

Katanya, kes itu disiasat di bawah Seksyen 392 Kanun Keseksaan kerana menyamun.

Dua maut dalam kemalangan

Posted: 08 Apr 2014 11:59 AM PDT

KUALA LUMPUR 8 April - Dua pemandu maut termasuk seorang daripadanya rentung dalam dua kemalangan berbeza di Jalan Lingkaran Tengah 2 (JLT2) berhampiran Kepong dan Jalan Mahameru, di sini awal pagi ini,

Dalam kemalangan pertama di Jalan Mahameru berdekatan susur ke KL Sentral pada pukul 3.10 pagi itu, seorang penjual jualan langsung, Ng Chee Fu, 25, maut di tempat kejadian akibat tersepit dalam kereta Proton Persona dipandunya.

Pemangku Pegawai Turus Siasatan dan Perundangan Trafik Kuala Lumpur, Inspektor Fadhli Daud berkata, semasa kejadian, mangsa dipercayai dalam perjalanan pulang ke rumahnya di Cheras, sebelum terbabas dan melanggar pembahagi jalan setibanya di situ.

"Kita percaya mangsa memandu di bawah pengaruh alkohol," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Beliau memberitahu, usaha mengeluarkan mangsa terpaksa dilakukan dengan bantuan daripada Pasukan Bomba dan Penyelamat.

Fadhli seterusnya berkata, dalam kemalangan kedua pada pukul 4.40 pagi pula, seorang pemuda, Cha Kam Hoi, 23, maut setelah rentung hampir 90 peratus dalam keretanya yang terbakar.

Katanya, semasa insiden berlaku, mangsa yang memandu kereta Suzuki Swift sedang menghala ke Batu Caves, Selangor, sebelum terbabas ke bahagian kiri jalan setibanya di lokasi kejadian.

"Kereta itu kemudian terjatuh ke dalam longkang lalu terseret sejauh hampir 21 meter sehingga mengakibatkan kebakaran,

"Mangsa yang tidak sempat menyelamatkan diri telah terbakar di dalam kenderaan berkenaan," katanya yang memberitahu, mayat mangsa dibawa ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk dibedah siasat.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Sukan

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Sukan


TRW ambil penyerang baharu?

Posted: 08 Apr 2014 11:59 AM PDT

Oleh YATIMIN ABDULLAH
utusankelantan@utusan.com.my

KOTA BHARU - The Red Warriors (TRW) dikhabarkan bakal membawa masuk seorang lagi penyerang dalam usaha memperkasakan pasukan bagi mengharungi baki saingan Liga Malaysia (Liga M) musim ini dan Francis Forkey Doe dijangka dikorbankan untuk memberi laluan kepada pemain import itu.

Muka baharu yang dikatakan akan dibawa masuk ialah Prince Tagoe, 28, dari Ghana yang merupakan bekas penjaring terbanyak Liga Perdana negara berkenaan pada musim 2005.

Khabar angin tersebut bertiup kencang di laman Facebook milik Kelab Penyokong Kelantan.

Perkara tersebut diperkukuhkan lagi apabila Penasihat Persatuan Bolasepak Kelantan (Kafa), Tan Sri Annuar Musa memuat naik sekeping gambarnya bersama pemain berkenaan di dalam akaun Facebook miliknya semalam.

Kelamarin Annuar menerusi entri Facebook miliknya menulis TRW mungkin membawa masuk seorang pemain import dalam usaha memperhebatkan pasukan.

"Banyak negeri dan kelab memperkasakan pasukan menjelang pusingan kedua liga dan ke arah Piala Malaysia antaranya Johor Darul Ta'zim, Felda United, T-Team, Terengganu, Perak dan Sarawak.

"Kita juga turut bawa masuk tiga pemain tempatan termasuk dua dari kelab luar negara, rasanya belum cukup mungkin seorang pemain import lagi akan memperhebatkan The Red Warriors," katanya.

Setakat ini Kelantan sudah memiliki empat pemain import iaitu Mohamad Shawky Yazid (Mesir), Mohamad Ghaddar (Lebanon), Obinna Nwaneri (Nigeria) dan Forkey Doe (Liberia).

Difahamkan Tagoe dibawa masuk bagi menggantikan Doe yang dilihat mempamerkan aksi kurang meyakinkan.

Prestasi Doe sebelum ini dikritik hebat oleh penyokong Kelantan sehingga mendesak Kafa segera mencari pengganti pemain berkenaan.

Sejak menyertai Kelantan musim ini penjaring terbanyak Liga Super 2012 itu hanya meledakkan dua gol.

Piala AFC: Kelantan tersingkir

Posted: 08 Apr 2014 11:59 AM PDT

Forkey Doe (kiri) cuba melepasi dua pemain Yangon United dalam perlawanan Piala AFC di Stadium Muhamad IV, Kota Bharu malam tadi. - UTUSAN/IRWAN MAJID

KOTA BHARU - Kelantan tersingkir daripada Piala AFC selepas tewas 2-3 kepada Yangon United dalam perlawanan Kumpulan G di Stadium Sultan Muhammad IV semalam, meninggalkan hanya Selangor terus bersaing untuk ke pusingan kedua.

Pasukan yang dibimbing Steve Darby itu kini berada di tempat tercorot kumpulan dengan tiga mata selepas lima perlawanan.

Kumpulan itu diterajui kelab dari Vietnam, Vissai Ninh Binh yang mengumpul 13 mata, diikuti kelab Myanmar, Yangon dengan sembilan mata dan South China dari Hong Kong dengan empat mata.

The Reds Warriors akan menentang South China pada 22 April di Hong Kong untuk aksi terakhir .

Kelantan yang membariskan skuad terkuadnya bermula baik apabila beberapa kali berjaya menembusi kubu lawan.

Kerancakan tuan rumah mengatur serangan bagaimanapun tergendala seawal minit ke-24 apabila penyerang dari Lebanon, Mohamad Ghaddar mengalami kecederaan dan terpaksa digantikan dengan Mohd. Khairul Izuan Rosli.

Malah, anak buah Darby terlebih dahulu dikejutkan dengan gol awal pelawat seminit kemudian menerusi tendangan leret Cezar Augusto yang bijak memperdayakan Khairul Fahmi Che Mat.

Tuan rumah seterusnya memperkemaskan permainan dengan menggandakan asakan termasuk mencipta sekurang-kurangnya tiga peluang terbaik, namun gagal mencari gol penyamaan.

Pada babak kedua, The Red Warriors cuba bangkit dan akhirnya menyamakan kedudukan menerusi Mohd. Khairul yang melakukan rembatan kencang tepat ke gawang pelawat pada minit ke-48.

Tuan rumah mendahului apabila Wan Zaharulnizam Zakaria mengatur gerakan secara solo sebelum menewaskan penjaga gol, Pyae Phyo Oo, untuk meledakkan gol kedua Kelantan pada minit ke-54.

Kegembiraan Kelantan bagaimanapun tidak lama apabila Yangon menyamakan kedudukan pada minit ke-63 melalui tendangan padu tepat ke gawang tuan rumah yang disempurnakan tonggak serangannya, Emerson Reis Luiz.

Diasak bertalu-talu oleh Yangon, gawang tuan rumah bocor lagi pada minit ke-79 selepas Khairul Fahmi gagal menampan kemas bola tendangan Augusto dan penyerang Kyaw Ko Ko yang tidak dikawal segera menyambar peluang untuk menghasilkan gol kemenangan pasukannya.

Dengan kekalahan Kelantan, harapan negara dipikul oleh Selangor yang kini menduduki anak tangga ketiga Kumpulan F dengan lima mata di belakang peneraju, Hanoi T&T (sembilan mata) dan Arema Indonesia (tujuh mata), manakala Maziya dari Maldives di anak tangga terbawah dengan satu mata.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Luar Negara

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Luar Negara


MH370: Misi kesan isyarat. serpihan diteruskan

Posted: 08 Apr 2014 07:31 PM PDT

PERTH 9 April - Misi mengesan isyarat 'ping' daripada kotak hitam dan serpihan pesawat MH370 yang hilang sejak 8 Mac lalu diteruskan hari ini dengan penglibatan 29 aset termasuk pasukan penyelam Tentera Diraja Australia.

Pusat Penyelarasan Agensi Bersama (JACC) dalam satu kenyataan di sini berkata, sebanyak 11 pesawat tentera, empat pesawat awam dan 14 kapal akan dikerah mencari sebarang petunjuk baharu di zon seluas lebih 75,423 kilometer persegi di Lautan Hindi.

"Kawasan tumpuan hari ini adalah di kedudukan 2,260 kilometer barat laut Perth dan cuaca diramalkan hujan di lokasi pencarian," jelas kenyataan tersebut. AFP

Kos mencari MH370 cecah RM97.7 juta

Posted: 08 Apr 2014 10:03 AM PDT

NEW YORK 9 April - Sekurang-kurangnya AS$30 juta (RM97.7 juta) telah dibelanjakan untuk menanggung kos operasi pencarian pesawat MH370 yang hilang sejak 8 Mac lalu, menurut analisis Associated Press.

Portal berita New York Daily News yang memetik laporan itu menjelaskan, Jabatan Pertahanan Amerika Syarikat (AS) telah membelanjakan sebanyak AS$7 juta (RM22.8 juta) sepanjang minggu lalu.

Katanya, Australia menanggung kos paling tinggi dengan perbelanjaan sebanyak AS$550,000 (RM1.7 juta) sehari bagi operasi kapal HMAS Success manakala kapal kedua negara itu, HMAS Toowoomba menelan belanja sebanyak A$380,000 (RM1.2 juta) sehari.

Jepun turut mengeluarkan kos sebanyak AS$8.8 (RM28.7 juta) sepanjang menyertai misi pencarian pesawat milik syarikat penerbangan Malaysia Airlines itu. - AGENSI

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Pahang

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Pahang


20 individu dilantik ahli 3P

Posted: 08 Apr 2014 11:59 AM PDT

Oleh M.RIZAL NOR
utusanktn@gmail.com

Ahmad Nazlan Idris menyiram pokok sambil diperhatikan oleh Rusli Che Husin (tiga dari kanan) sebagai tanda pelancaran Pasukan Pemantau Pencemaran Parlimen Jerantut di Taman i-City Jerantut, semalam. - Utusan/M. RIZAL NOR

JERANTUT 8 April - Sebanyak 20 individu dilantik sebagai ahli Pasukan Pemantau Pencemaran (3P) peringkat Parlimen Jerantut di Taman i-City Jerantut di sini semalam.

Pengarah Jabatan Alam Sekitar (JAS) negeri, Rusli Che Husin berkata, daerah ini menjadi lokasi ke-10 bagi pihaknya melancarkan program berkenaan di negeri ini.

"Kita masih ada empat lagi kawasan yang belum mempunyai ahli 3P iaitu Parlimen Maran, Rompin, Pekan dan Paya Besar.

"Kita akan melancarkan ahli 3P di empat kawasan itu secara berperingkat selepas ini bagi membantu pihak JAS menangani masalah berkaitan alam sekitar," katanya.

Beliau berkata demikian dalam majlis pelancaran 3P peringkat Parlimen Jerantut di Taman i-City Jerantut yang disempurnakan Ahli Parlimennya, Ahmad Nazlan Idris.

Majlis tersebut turut diserikan dengan beberapa aktiviti sampingan seperti senamrobik, pemeriksaan kesihatan percuma dan pameran oleh Jabatan Perhutanan negeri, JAS serta Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS).

Rusli berkata, daerah ini merupakan salah satu lokasi pelancongan popular di negeri ini kerana ramai pelancong datang untuk ke Taman Negara Pahang di Kuala Tahan dan ahli 3P mempunyai tugas berat untuk memastikan tidak ada kes pencemaran alam sekitar yang teruk berlaku.

"Ahli 3P perlu bergiat aktif bagi memastikan Jerantut yang mendapat jolokan Bandar Taman Negara bebas daripada sebarang isu alam sekitar sama ada di bandar, sungai dan hutan," ujarnya.

Katanya, ahli 3P perlu bertindak pantas untuk melaporkan kegiatan melibatkan pencemaran termasuk di sungai dan hutan kepada JAS negeri.

"Daerah ini mempunyai kilang, lombong dan kawasan perindustrian. Kita mahu ahli 3P sentiasa memantau keadaan sekeliling supaya tindakan pantas dapat diambil sekiranya wujud kes pencemaran alam sekitar," jelasnya.

Menurutnya, selain ahli 3P, masyarakat setempat harus memberi kerjasama mengatasi masalah pencemaran alam sekitar dan orang ramai boleh membuat aduan atau laporan kepada pihak JAS di talian 09-5165211.

Jabatan Khas MPK beri banyak manfaat

Posted: 08 Apr 2014 11:59 AM PDT

KUANTAN 8 April - Langkah Majlis Perbandaran Kuantan (MPK) me-nubuhkan jabatan khas bagi mentadbir urus kawasan Perindustrian Gebeng di sini akan memberi banyak kebaikan kepada penduduk setempat.

Ketua UMNO Bahagian Indera Mahkota, Datuk Mustaffar Kamal Abdul Hamid berkata, kawasan perindustrian tersebut yang turut meliputi Chendor, Cherating dan Balok itu membolehkan jabatan berkenaan mengatasi masalah yang sering dihadapi penduduk terbabit.

Tambahnya, antara masalah yang berlaku di kawasan itu yang memerlukan perhatian daripada pihak berkuasa tempatan (PBT) tersebut adalah jalan raya, longkang serta kemudahan awam lain.

"UMNO Bahagian Indera Mahkota mengalu-alukan usaha dilakukan MPK itu dan berharap penduduk sekitar mendapat manfaat daripada penubuhan jabatan khas yang diluluskan baru-baru ini," katanya kepada Utusan Malaysia di sini baru-baru ini.

Beliau mengulas kenyataan Yang Dipertua MPK, Datuk Zulkifli Yaakob yang meluluskan penubuhan jabatan berkenaan bagi memantau serta menguruskan secara menyeluruh kawasan berkenaan.

Mustaffar Kamal berkata, keprihatinan MPK akan memudahkan penduduk menyelesaikan pelbagai masalah dengan lebih berkesan kerana boleh menyalurkan terus kepada PBT melalui jabatan berkenaan untuk tindakan segera .

"Sebelum ini, penduduk mungkin menghadapi pelbagai rintangan bagi menyalurkan maklumat dan masalah mereka tetapi selepas ini perkara seperti itu tidak berlaku lagi, sekaligus merapatkan hubungan penduduk dengan MPK," ujarnya.

Menurut beliau, usaha itu menunjukkan kerajaan tidak pernah mengabaikan kebajikan rakyat serta pembangunan infrastruktur walaupun Parlimen Indera Mahkota dikuasai parti pembangkang.

Katanya, kerajaan Barisan Nasional (BN) tetap mengambil berat masalah rakyat tanpa mengira fahaman politik, latar belakang kaum dan agama.

"Kelulusan jabatan ini jelas menunjukkan usaha ke arah kebaikan dan kebajikan orang ramai sentiasa diberi perhatian kerajaan dan UMNO Bahagian Indera Mahkota sedia memberi kerjasama kepada jabatan tersebut sekiranya diperlukan," katanya.

UMP rungkai sejarah Islam di Pahang

Posted: 08 Apr 2014 11:59 AM PDT

Oleh ZAMZURINA AHMAD
zamzurina.ahmad@utusan.com.my

Dr. Abd. Jalil Borham (tiga, kanan) berkongsi penyelidikannya dengan pelajar Universiti Malaysia Pahang dalam menjejaki tapak terawal legasi Islam di Pahang sempena Majlis Syarahan Profesor bertemakan Wadah Transformasi Jati Diri Umat Gemilang yang berlangsung di Dewan Astaka, Kuantan, baru-baru ini.

KUANTAN 8 April - Universiti Malaysia Pahang (UMP) berjaya merungkai sejarah kedatangan Islam di negeri ini dalam kajiannya sempena Majlis Syarahan Profesor yang bertemakan Wadah Transformasi Jati Diri Umat Gemilang di Dewan Astaka UMP kampus Gambang di sini baru-baru ini.

Naib Canselor UMP, Prof. Datuk Dr. Daing Nasir Ibrahim berkata, Dekan Pusat Bahasa Moden dan Sains Kemanusiaan (PBMSK), Prof. Dr. Abd. Jalil Borham berkongsi penyelidikannya untuk menjejaki tapak terawal legasi Islam di Pahang dalam majlis tersebut.

"Abd. Jalil mendedahkan kajiannya mengenai kedatangan Islam dan perkembangannya di alam Melayu khususnya di negeri ini dan terbukti Pahang menerima kedatangan Islam di rantau ini lebih awal apabila menemui catatan pada batu nisan di Kampung Permatang Pasir, Pulau Tambun, Pekan dekat sini.

"Penemuan batu nisan yang tertera waktu Subuh, Rabiulawal 419 hijrah atau 1,028 masihi berserta beberapa potongan ayat al-Quran dan syair Arab. Jika dibuat perbandingan dengan tarikh pada batu bersurat di Kuala Berang Terengganu iaitu tahun 702H (1303M) bermakna negeri ini lebih awal menerima kedatangan Islam iaitu 275 tahun lebih awal daripada Terengganu, " katanya.

Beliau hadir bersama kira-kira 500 staf dan penuntut UMP pada majlis syarahan tersebut.

Yang turut hadir Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa), Prof. Datuk Dr. Mortaza Mohamed; Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumnio), Prof. Datuk Dr. Yuserrie Zainuddin dan Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi), Prof. Dr. Mashitah Mohd. Yusoff.

Dalam pada itu, menurut Abd. Jalil, lokasi penemuan batu nisan tersebut hanya beberapa kilometer daripada kampus UMP di Pekan.

"Begitu juga tentang sejarah Lubuk Pelang, Bukit Ketupat di Jerantut yang merupakan sebuah pusat pengajian yang diiktiraf kerajaan Melayu Nusantara menunjukkan pada 1640 Hamzah Fansuri telah pergi ke sana untuk mendalami ilmu Hakikat dan Tasawuf.

"Kajian pengesanan ini telah dilakukan oleh tiga orang yang dianggap penting iaitu Zakaria Hitam, Halim Nasir dari Muzium Negara; bekas Kadi Kuantan, Sulaiman Husain dan Abdul Wahab Abdullah yang merupakan Nazir Sekolah-Sekolah Menengah Agama Pahang pada 1980," jelasnya.

Menurutnya, beliau akan bekerjasama dengan pihak Muzium Negeri dalam memastikan fakta yang ditemui ini dapat disahkan dalam catatan sejarah.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Mahkamah

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Mahkamah


Penahanan lelaki warga Australia sah

Posted: 08 Apr 2014 11:59 AM PDT

PUTRAJAYA 8 April - Mahkamah Persekutuan hari ini memutuskan penahanan lelaki warganegara Australia, Dominic Jude Bird sementara menunggu rayuan pendakwa raya terhadap pembebasannya daripada tuduhan mengedar dadah, sah di sisi undang-undang.

Panel lima hakim diketuai oleh Hakim Besar Malaya, Tan Sri Zulkefli Ahmad Makinudin yang bersidang bersama Tan Sri Ahmad Maarop, Datuk Zainun Ali, Datuk Jeffrey Tan Kok Wha dan Datuk Ramly Ali memutuskan demikian selepas menolak rayuan Bird.

Kuorum berkenaan secara sebulat suara berpuas hati, penahanannya di bawah Seksyen 56A Akta Mahkamah-Mahkamah Kehakiman (COJA) 1964 tidak bercanggah dengan kebebasan asasi yang termaktub di bawah Perkara 4, 5 dan 8 Perlembagaan Persekutuan.

Hakim Zulkefli ketika membacakan keputusan itu menyatakan, Bird, 34, perlu berada di negara ini kerana prosiding jenayah terhadapnya merupakan kesinambungan daripada perbicaraan dan wajar diteruskan ekoran tindakan pihak pendakwaan memfailkan notis rayuan.

Mahkamah berpendapat, rayuan tersebut masih boleh diteruskan walaupun pihak pendakwaan belum memfailkan petisyen rayuan ketika permohonan bagi menahan Bird dikemukakan di Mahkamah Rayuan.

Sehubungan itu, panel tersebut bersetuju dengan keputusan Mahkamah Rayuan yang mengarahkan agar Bird menyerahkan pasportnya sementara menunggu rayuan pendakwa raya terhadap pembebasannya dilupuskan.

Mahkamah Rayuan ketika memutuskan demikian turut membenarkan ahli perniagaan kelahiran Perth itu dibebaskan dengan jaminan RM50,000 berserta dua penjamin.

Tidak berpuas hati dengan keputusan itu, Bird memohon untuk mencabar Seksyen 56A yang dihujahkan sebagai melanggar kebebasan hak asasinya.

Pada 4 September tahun lalu, Bird dilepas dan dibebaskan oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur selepas pihak pembelaan berjaya menimbulkan keraguan munasabah terhadap pertuduhan mengedar methamphetamine seberat 167.8 gram yang didakwa dilakukannya di sebuah kedai kopi di Jalan Yap Kwan Seng di ibu negara pada 1 Mac 2013.

Bagaimanapun, warga Australia itu ditahan oleh pegawai imigresen di Terminal Penerbangan Tambang Murah (LCCT) di Sepang pada hari yang sama, kira-kira 10 minit sebelum menaiki pesawat untuk ke Australia kerana visanya sudah tamat tempoh.

Dua warga Algeria terselamat dari hukuman gantung

Posted: 08 Apr 2014 11:59 AM PDT

PULAU PINANG 8 April - Dua lelaki warga Algeria terselamat daripada hukuman di tali gantung setelah Mahkamah Tinggi di sini hari ini, melepas dan membebaskan mereka daripada tuduhan mengedar lebih 53 kilogram dadah jenis methamphetamine yang disembunyikan dalam 11 guni di sebuah gudang, tiga tahun lalu.

Hakim Datuk Zamani Abdul Rahim memutuskan demikian tanpa memanggil Ali Seghir dan Amar Benboteldja, kedua-duanya berusia 30-an, membela diri atas tuduhan tersebut selepas mendapati pihak pendakwaan gagal membuktikan kes prima facie terhadap mereka.

Dalam penghakimannya, Hakim Zamani berkata, berlaku kesilapan pada kertas pertuduhan mengenai masa tertuduh ditangkap dan masa mereka didakwa mengedar dadah tersebut yang disimpan di antara 247 guni berisi serbuk simen.

Menurut beliau, adalah mustahil bagi kedua-dua tertuduh untuk mengetahui secara spesifik 11 guni yang berisi dadah di antara 247 guni terlibat.

Selain itu, ujar beliau, berlaku percanggahan keterangan saksi-saksi pendakwaan yang terdiri daripada tiga rakan tertuduh serta pegawai polis yang melakukan serbuan ke gudang tersebut.

"Setelah membaca hujahan bertulis daripada kedua-dua pihak, saya memutuskan pihak pendakwaan gagal membuktikan kes prima facie terhadap kedua-dua tertuduh.

"Oleh itu, tertuduh pertama dan kedua dilepas dan dibebaskan tanpa perlu dipanggil membela diri," kata beliau.

Kedua-dua tertuduh didakwa secara bersama mengedar dadah tersebut seberat 53,709 gram di sebuah gudang bernombor 286, Blok H Mukim 12, Jalan Batu Maung di sini pada pukul 12.15 pagi, 9 Disember 2011.

Mereka didakwa di bawah Seksyen 39B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan dan boleh dihukum di bawah Seksyen 39B(2) akta sama yang membawa hukuman mati mandatori jika sabit kesalahan.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Hiburan

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Hiburan


Game of Thrones kembali mengganas

Posted: 07 Apr 2014 11:30 PM PDT

Oleh IFQDAR RAHMAN
ifqdar.rahman@utusan.com.my

Game of Thrones merupakan kisah epik yang digemari ramai.

Setelah tiga musim bersiaran di saluran HBO, drama siri berkisar peperangan epik, Game of Thrones (GOT) kembali menemui peminat setianya apabila musim keempat akan ditayangkan bermula 13 April ini.

Masih mengekalkan barisan pelakon terdahulu bagi memantapkan penceritaannya dan tidak mahu lari terlalu jauh daripada idea asal, GOT turut menampilkan sebilangan muka baharu demi menambah perisa terhadap ramuan yang sudah tersedia enak.

Berjaya membuktikan keunggulannya apabila merangkul dua trofi pada Anugerah Emmy yang ke-65 tahun lalu, GOT musim ini menampilkan 10 episod yang menjanjikan keterujaan penonton dengan aksi-aksi yang lebih menarik.

Pelakon watak Petyr Littlefinger Baelish iaitu Aidan Gillen berkata, kisah fantasi yang dihidangkan dalam GOT adalah sesuatu yang besar dan ia tidak keterlaluan jika dikatakan telah mencipta satu fenomena yang tersendiri.

Saya berani mengatakan bahawa GOT berjaya mencapai kegemilangan seperti mana yang dicapai oleh beberapa siri terdahulu iaitu The Simpsons, Mad Magazines dan Saturday Nite Life. Hampir seluruh dunia berbicara mengenai siri ini dan ia satu penghargaan buat kami di barisan pelakon dan semestinya pihak produksi begitu bangga dengan pencapaiannya," katanya.

Menurut Gillen, jika diperhatikan di laman-laman sosial, terdapat beberapa babak telah diparodikan oleh penonton atau peminat dan ia satu petanda bahawa kegilaan mereka terhadap GOT berada pada tahap maksima.

Bukan itu sahaja, tambah aktor berusia 46 tahun itu, kejutan yang dibawakan oleh GOT turut mencerminkan betapa siri ini telah sebati dengan budaya masa kini.

Dalam musim pertama, tiada apa-apa berkaitan magik ditampilkan sehinggalah kemunculan naga dalam episod ke-10. Walaupun bersifat fantasi, tetapi penonton amat merasai realitinya dan percaya dengan apa yang dipersembahkan. Begitu semulajadi tanpa merasakan adanya bantuan kesan khas.

Ia mendalami pengalaman manusia yang boleh dikaitkan dengan kehidupan kita sendiri dan itulah faktor kejayaan produksi GOT dari musim pertama hinggalah kini," katanya.

Fadzil akui hubungan dengan Yana

Posted: 07 Apr 2014 11:30 PM PDT

Oleh IFQDAR RAHMAN
ifqdar.rahman@utusan.com.my
Gambar Mohd. Farizwan Hasbullah
dan Ihsan daripada Suhaizul Izhar

HUBUNGAN rapat antara Fadzil dan Yana bermula sewaktu penggambaran filem Rempit V3.

SEJAK penghujung tahun lalu, hangat diperkatakan mengenai hubungan intim yang terjalin antara jejaka kacak, Fadzil Zahari, 31 dan gadis manis berlesung pipit, Yana Samsudin, 29.

Bagi sesiapa yang tidak mengenali Fadzil, dia adalah adik kepada aktor kacak Farid Kamil dan baru-baru ini ketika ditemui pada majlis pelancaran produk wangian Downy, dia mengakui sedang menjalin hubungan dengan aktres tersebut.

Mempunyai perwatakan yang agak pemalu, bagaimanapun Fadzil menegaskan bahawa hubungan yang terjalin antara mereka tidak lebih daripada sekadar kawan rapat yang saling berkongsi pelbagai cerita suka dan duka.

Sejujurnya, kami mula rapat ketika sedang menjalankan penggambaran filem Rempit V3 di Kedah, empat tahun lalu. Ketika itu, saya merupakan penulis skrip filem tersebut, manakala Yana adalah penolong pengarah dan ia diarahkan oleh abang saya, Farid.

Sepanjang penggambaran yang memakan masa hampir sebulan di sana, saya dapat rasakan Yana seorang mempunyai idealogi yang sama dengan saya. Senang cerita, kami sekepala walaupun karakter kami berbeza.

Sejak itu, sesekali kami meluangkan masa berdua dan keserasian semakin lama semakin dirasakan. Akan tetapi, ia belum lagi beralih ke fasa percintaan memandangkan kami teramatlah sibuk dengan karier masing-masing," cerita Fadzil kepada Hits.

Menyentuh mengenai jodohnya dengan Yana, Fadzil sedikit pun tidak menolak ketentuan itu memandangkan Allah yang mengatur takdir tersebut.

Katanya, perhubungan mereka sudah menampakkan kematangan dan jika dijodohkan, dia akan menerima Yana dengan hati yang terbuka dek kerana wanita itu amat baik terhadapnya.

Namun begitu, disebabkan saya baharu sahaja menubuhkan syarikat sendiri, keutamaan lebih diberikan terhadap perniagaan saya berbanding hubungan kami. Saya lebih gemar mengikut sahaja rentak selanjutnya. Jika ada jodoh, tidak akan ke mana. Tiada lagi sebarang perancangan ke arah perkahwinan," jelasnya.

Farid dan Diana merestui

Mengetahui hubungan rapat yang terjalin antara adik dan rakan baiknya, Farid tidak mahu mengulas lanjut mengenai perkara tersebut, tetapi amat menyokong segala tindak tanduk yang dilakukan Fadzil selagi ia tidak melampaui batas.

Menurut Farid, dia tidak pernah tanya secara langsung kepada Fadzil tentang hal peribadinya, namun menyedari keakraban yang terjalin antara mereka berdua.

Dia pun dah besar. Jadi saya tidak perlu campur hal peribadinya. Pun begitu, saya sedar mereka mula rapat ketika penggambaran Rempit V3 kerana sering 'ditangkap' berdua," katanya berseloroh.

Tambah Farid, jika ditakdirkan Yana menjadi adik iparnya, dia menerima aktres tersebut dengan restu sebagai abang, apatah lagi Yana adalah rakan seangkatan dengannya.

Saya dan Yana membesar sama-sama dalam industri dan amat mengenalinya. Saya tahu dia mampu menjadi isteri yang baik kepada Fadzil jika mereka disatukan.

Lagipun bukan saya yang menetapkan kriteria bakal adik ipar saya, sesiapa jua yang dipertemukan jodoh dengan Fadzil, saya tidak kisah dan mendoakan rumah tangga mereka bahagia hingga ke jannah," katanya.

Bagi Diana Danielle pula, sesuatu yang amat menggembirakan jika hubungan antara Fadzil dan Yana berjalan lancar hingga ke jenjang pelamin.

Saya tumpang gembira kalau mereka berkahwin kerana begitu cocok. Ibarat pinang dibelah dua. Hanya doa sahaja yang mengiringi perhubungan mereka. Kami menantikan detik itu," katanya ringkas.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Rencana

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Rencana


Gelombang menyeluruh wasatiyyah

Posted: 08 Apr 2014 11:59 AM PDT

Najib Tun Razak berbual dengan peserta seminar, Prof. Dr. Mahmod Abdul Rahman Qadah pada majlis perasmian Seminar Antarabangsa Penghayatan Wasatiyyah Dalam Kerangka Maqasid Syariah di Menara Felda, Kuala Lumpur, semalam. - BERNAMA

ALHAMDULILLAH, lafaz syukur dan segala puji-pujian yang tidak terhingga saya panjatkan ke hadrat Allah SWT di atas limpah kurnia dan inayah-Nya jua, kita dapat berkumpul di dalam majlis ilmu yang saya anggap sangat penting lagi bermakna ini. Saya harus katakan semuanya bermakna dan penting kerana ianya menjadi akar kepada usaha pembenihan faham wasatiyyah dan kesederhanaan yang seringkali kita ucap dan zahirkan di pelbagai peringkat.

Makanya, pada pandangan saya, cukuplah agaknya dengan ungkapan komitmen, iltizam dan kesungguhan saya selaku Perdana Menteri, untuk mengatakan bahawa wasatiyyah dan idea Islam yang berlandaskan kesederhanaan ini akan menjadi cita teras kepada kerajaan dan kepimpinan yang ada.

Banyak contoh yang saya boleh sebutkan, kewujudan Felda yang jadi penaja utama pada seminar ini adalah juga menepati matlamat maqasid syariah dan baru-baru ini kejayaan kerajaan menjadi orang tengah membawa pada penyelesaian konflik di selatan Filipina yang telah meragut nyawa umat Islam selama 40 tahun kerana peranan Malaysia berasaskan kepada pendekatan wasatiyyah maka kita telah berjaya sebagai fasilitator yang bawa kepada Comprehensive Agreement Bangsamoro akan wujud entiti Bangsamoro dan ribuan umat Islam akan terselamat daripada konflik kerana peranan yang dimainkan oleh Malaysia.

Dalam hal ini perkara yang penting kepada saya ialah pendekatan wasatiyyah ini dapat diterima dengan hati terbuka oleh majoriti rakyat, mendapat sokongan para ilmuwan dan cendekiawan, baik tempatan mahupun antarabangsa. Malah dalam seminar seperti inilah, saya anggap akan membantu kita kepada penerimaan konsep ini secara lebih menyeluruh.

Kita harus mengingatkan kepada diri kita, bahawa jangan kita terlalu gusar dengan persepsi atau tanggapan sebilangan kecil masyarakat kalau kita terlalu risau, akan demikian maka kita tidak mampu membawa apa-apa gelombang perubahan dan kita akan statik dan takut melakukan apa jua perubahan yang boleh membawa kepada kebaikan.

Sememangnya, Islam itu sendiri bukanlah sebuah agama yang kaku, lesu dan fobia dengan perubahan. Dalam banyak hal dan perkara, faham agama mesti diterapkan dengan kesegaran dan keberanian keilmuan, khususnya dalam perkara-perkara yang ditegaskan di dalam al-Quran, as-Sunnah, Ijma Ulama, mahupun Qiyas, di mana ruang lingkup keberanian meneroka fikrah ijtihadik sangat penting dan utama.

Oleh itu kesalingan hubungan dan kaitan di antara peranan aqal. Fiqh dan realiti sosial di dalam pembangunan kefahaman dan pemikiran islam mesti disuburkan.

Saya merasa cukup senang hati apabila dimaklumkan oleh pihak penganjur bahawa seminar ini mendapat perhatian dan minat daripada pelbagai kumpulan dan kelompok masyarakat. Kepada para ilmuwan dari Qatar Kuwait dan Arab Saudi, saya ucapkan terima kasih dan selamat datang kepada mereka kerana sumbangan mereka amat bermakna kepada kita. Saya juga mengucapkan terima kasih kepada institut wasatiyyah Malaysia kerana telah berjaya mengadakan seminar ini dan terus berusaha untuk menyebar luas kefahaman mengenai konsep wasatiyyah.

Sebenarnya, masyarakat pada hari ini mengharapkan Islam mampu menyedia kerangka solusi dan penyelesaian kepada banyak masalah kontemporari yang melanda negara dan umat Islam. Ketika ini, ada di kalangan negara Islam yang berhadapan dengan iklim ekonomi yang cukup menduga, ada juga negara Islam yang lain sedang berdepan dengan dugaan politik yang tidak menentu. Tetapi soalnya, di dalam segala ketidaktentuan ini, apa uslub dan jalan yang mampu kita tawarkan kepada rakyat dan dunia dan secara keseluruhannya.

Oleh yang demikian, apakah wasatiyyah punya makna, ketika mana peluru berdesing di tepi kepala dan nyawa hampir sahaja tidak punya harga? Apakah wasatiyyah masih punya makna, ketika kelaparan dan kemiskinan melata, hinggakan bertempiaran wanita, anak kecil, dan generasi muda mencari tempat perlindungan di tebing runtuhan batu dan habuk setinggi menara?

Memanglah, bukan niat saya untuk bermelankolik dengan situasi dan senario semasa umat Islam, namun walaupun adakalanya pahit, begitulah hakikatnya yang terjadi di beberapa negara Islam di dunia ini. Apakah kita tidak ada asas keilmuan untuk membawa umat ke hadapan? Sudah tentu tidak. Semestinya, al-Quran dan as-Sunnah akan sentiasa kita jadikan sebagai rujukan.

Saya boleh bersetuju dengan pandangan sesetengah alim ulama yang mengatakan Islam tidak akan mampu bangkit dengan ledakan semangat, emosi dan sentimen semata-mata tanpa harus didasari dengan kekuatan ilmu yang menyedarkan dan menginsafkan.

Oleh itu kita haruslah meneruskan perjuangan kita berdasarkan kepada kekuatan hakiki kerana permasalahan umat islam hari ini adalah terlalu besar dan menuntut kepada perjuangan kita.

saya masih ingat ucapan saya semasa perhimpunan bangsa-bangsa bersatu tahun lalu, saya katakan bahawa konflik dalam masyarakat umat Islam hari ini adalah lebih serius daripada ancaman dunia luar bukan Islam terhadap negara kita. Yang menjadi lebih kompleks lagi ialah permasalahan dan konflik di antara sunni dan syiah yang menjadi satu permasalahan yang amat getir dalam dunia Islam hari ini. Saya telah memberi analogi bahawa kalau kita hendak perdamaian, sebaik-baiknya kita anggap bahawa kita ini berada di atas landasan sebuah lebuh raya. Orang Sunni masuk satu lane, orang Syiah masuk lane yang lain tetapi kita menjurus kepada satu destinasi yang sama. Yang jadi masalahnya bila kita cuba nak menukar lane atau hendak melanggari satu sama lain, dan inilah yang menjadi masalah yang menghantui umat Islam. Sebaik-baiknya kita mengelak daripadanya, sebab itulah dalam negara Malaysia ini, kita meletakkan mempertahankan kesucian Islam, akidah Islam dan mendefinisikan Islam itu sebagai Sunnah Wal Jamaah sebagai satu perkara yang amat penting. Jangan salah faham bahawa kita memusuhi Syiah, tidak tetapi kita mencari keamanan dan kedamaian secara bersama. Kita hendak pastikan bahawa Malaysia akan terus wujud sebagai sebuah negara yang aman, yang sentiasa boleh dijadikan sebagai model negara Islam lain.

Dalam soal wasatiyyah ini, kita boleh lihat bahawa yang kita lakukan hari ini adalah berdasarkan wasatiyyah. Kita lihat bagaimana kita membina sebuah negara Malaysia, negara yang pelbagai kaum tetapi ketinggian Islam di Malaysia diterima oleh golongan minoriti walaupun bilangan mereka itu agak besar. Ini adalah kerana kita telah mengamalkan prinsip wasatiyyah daripada awal lagi dan kita akan terus menerus melakukan perkara ini dan apabila kita kaitkan dengan maqasid syariah yakni menjaga agama, akidah, nyawa, akal maruah atau keturunan dan harta benda, maka Malaysia berada di atas landasan yang benar. Saya berasa begitu musykil kalau masih ada lagi pihak yang menuduh kita sebagai tidak cukup Islamik lagi. Ada juga yang mempertikaikan dasar-dasar tidak berlandaskan kepada Islam. Sebab itulah saya sebagai salah seorang daripada pemimpin yang inginkan satu syariah indeks antarabangsa. Alangkah baik kalau ada indeks maqasid syariah antarabangsa. Para ulama antarabangsa boleh mengukur setiap negara, komitmen umat Islam berdasarkan kepada matlamat maqasid syariah. Dan saya yakin dan percaya kalau ini dilakukan,indeks syariah Malaysia akan berada di tahap yang boleh dibanggakan.

Mudah-mudahan seminar seperti ini boleh memikirkan langkah ke hadapan sebab temanya ialah maqasid syariah, maka carilah jalan bagaimana pengukuran atas lima prinsip maqasid syariah itu boleh dilakukan, boleh dinilai, disukat dan ditentukan tahap pencapaiannya.

Kita juga berdepan dengan tuntutan pelbagai golongan. Dalam satu aspek, satu segi, bila kita tunjukkan komitmen kepada wasatiyyah, maka sekaligus kita menolak kefahaman-kefahaman ekstrem, keganasan umpamanya. Keterlaluan, ini adalah bercanggah dengan prinsip wasatiyyah. Kita juga berdepan dengan ancaman sekumpulan atas nama keterbukaan dan liberalisme.

Namun demikian, adakalanya kesukaran kita sebagai pentadbir ini adalah untuk berhadapan dengan demand atau tuntutan yang melampau-lampau, yang dikemukakan oleh pihak tertentu di atas nama keterbukaan dan liberalisme. Pada mereka hak asasi itu sudah jauh melangkaui pemeliharaan akidah. Kononnya, kebebasan total mesti diberikan kepada mereka untuk membuat keputusan tentang jalur aliran dan pemikiran mana yang secocok dengan mereka ataupun ke mana mereka mahu bawa. Persoalannya, jika berlaku situasi seperti ini, apakah kerajaan mahu mengambil sikap sambil lewa dan membiarkan aqidah menjadi mainan oleh segelintir kelompok kecil tersebut?

Dalam hal ini kita perlu menolak kefahaman yang sedemikian kerana sebarang kefahaman yang tidak selaras dengan syariat Islam, merosakkan akidah Islam, adalah kefahaman yang mesti ditolak. Oleh itu kalau ada pihak yang cuba mendifinasikan hak asasi yang diguna pakai oleh setiap negara, kita mesti ada pendirian kita sendiri bahawa soal hak asasi mestilah berlandaskan kepada syariat islam.

Itulah perkara-perkara yang saya hendak katakan di sini. Saya yakin dan percaya bahawa seminar pada hari ini mudahan Allah akan terima sebagai amal soleh dan beri ganjaran sebaik mungkin kepada kita semua. Terima kasih terutama kepada para ilmuwan dari luar negara yang bersama-sama kita untuk memberi sumbangan bernas.

Saya sukacita merasmikan seminar antarabangsa Penghayatan Wasatiyyah Dalam Kerangka Maqasid Syariah.

BR1M bukan jawapan bantuan subsidi minyak?

Posted: 08 Apr 2014 11:59 AM PDT

Oleh Zulkifli Jalil

Haim Hilman Abdullah

MEMANG kita sangat bersyukur dan berterima kasih dengan peruntukan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) yang diterima.

Bantuan itu adalah penyelarasan subsidi yang ditarik dari subsidi minyak yang disalurkan semula kepada rakyat.

Cuma, ada pihak menyifatkan perlu ada satu kaedah baharu dari segi mekanisme penyalurannya. Dikatakan kaedah BR1M tidak sesuai digunapakai untuk bantuan subsidi minyak disebabkan hanya pengguna bahan atau komoditi tersebut wajib diberi bantuan subsidi. Tetapi tidak kepada bukan penggunanya. Subsidi perlu diberi hanya semasa pengguna membeli bahan atau komoditi tersebut untuk kegunaan sendiri. Maka, bantuan subsidi patut diberi kepada golongan sasar dan semasa ia digunakan.

"Saya lebih suka jika senarai penerima BR1M ini dikaji secara terperinci lagi. Ini terutama dari segi pendapatan yang diperoleh penerimanya.

"Kita khuatir dari segi pendapatan sebenar mereka. Mungkin ini tidak direkodkan secara betul dengan ada pendapatan luar yang diperoleh, tidak dirujuk ke Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).

"Bila ini berlaku, BR1M tidak ada kesan besar. Hanya kita memberi sejumlah besar wang untuk penerimanya berbelanja

"Sama ada RM650 atau RM300 sekali pun, itu boleh habis dalam setengah jam," kata penganalisis ekonomi, Prof. Madya Dr. Haim Hilman Abdullah kepada penulis semalam.

Kata pensyarah kanan Pengurusan Strategik Universiti Utara Malaysia (UUM), Kedah itu lagi:

"Katalah sejuta orang yang terima BR1M, tetapi apabila dikaji-kaji, yang layak hanyalah 500,000. Katakan kita beri RM1,000 seorang. Jadi, dengan penerimanya dikurangkan kepada kira-kira 500,000 orang, kita gandakannya sekali pula untuk membolehkan mereka menerima RM2,000 seorang pula kali ini.

"Jadi, jumlah terbaharu yang diterima ini telah ditingkatkan untuk disesuaikan dengan tuntutan sosio ekonomi semasa."

Cuma, apa yang dilihat oleh Haim Hilman adalah apa yang dilakukan kerajaan dalam pemberian BR1M ini menerima impak negatif' pula. Sebab ada pihak mengatakan pihak penerimanya tak nampak susah pun'. Malah, bantuan yang diberi kepada orang muda (RM300), dibeli telefon bimbit pula oleh mereka. Tidak ada nilai tambah. Tidak beri impak.

Pandangan Haim Hilman bagi penulis ada logiknya.

Jika sejumlah RM650 atau RM300 (yang diberi kepada orang muda), mereka akan beli telefon, kenapa perlu kerajaan membazir duit begitu sahaja?

Barangkali, kajian terhadap BR1M perlu dilakukan dengan serius. Penerimaan bantuannya perlu berdasarkan keperluan. Misalnya, BR1M digantikan dalam bentuk penyaluran barang makanan.

Contohnya, dengan peruntukan BR1M sebanyak RM650, seseorang itu boleh membeli sejumlah kampit beras. Katakan sekampit beras berharga RM25. Jika RM100, empat kampit. Dan kalau RM600 hingga RM650, kira-kira 24 kampit pula boleh diperoleh.

Bagi seorang peniaga kuih, kita boleh buat kajian berapa jumlah kampit gula yang dikehendakinya. Penyaluran BR1M boleh diterjemahkan dalam bentuk nilai berkenaan.

Bertitik tolak dari rumusan ini juga, Kedai Rakyat 1Malaysia (KR1M) yang mungkin di setiap Parlimen ketika ini yang cuma ada satu atau dua sahaja, bilangannya boleh ditambah.

Dalam aspek inilah juga pentingnya pemantauan oleh kementerian atau agensi berkaitan untuk turun padang memeriksa keberkesanan mekanisme baharu' BR1M ini. Kalau tidak nanti, diberi beras, nakkan duit pula.

Perlu ada sistem yang lebih baik dalam peruntukan BR1M. Antaranya, berupa barangan.

Katakan setiap rakyat dapat RM1,000. Maka, harus ada justifikasi untuk digantikan dalam bentuk makanan atau peralatan.

Kemudian, tugas kementerian atau agensi terbabit adalah menyemak balik senarai penerima BR1M.

Kaji apa yang dibuat penerima tadi dengan peruntukan RM1,000 itu. Mungkin dia menggunakannya untuk membayar sewa rumah. Dengan ini, BR1M tidak boleh manipulasikan.

Dalam hal ini juga perlu ada koordinasi dalam aspek pemantauan.Gunakanlah JKKK atau jawatankuasa perumahan di taman-taman, dengan segenap jentera digerakkan.

BR1M perlu ada pangkalan data yang komprehensif. Harus ada pasukan penyiasatnya.

BR1M bukan kaedah yang boleh digunapakai dalam menggantikan bantuan subsidi minyak.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Kota

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Kota


Bagai dilanda 'gempa bumi'

Posted: 07 Apr 2014 12:29 PM PDT

Oleh MOHD. ZULFADLI SHARIFUDIN
kota@utusangroup.com.my

Seorang penduduk dan anaknya menutup telinga selepas mendengar bunyi letupan dari kawasan kuari berhampiran rumah mereka.

HULU LANGAT 7 April - Kira-kira 1,000 keluarga di Taman Kajang Perdana 2, Kajang dekat sini hidup dalam kebimbangan sejak beberapa tahun lalu ekoran sebuah kuari beroperasi berhampiran kawasan kediaman mereka.

Penduduk mendakwa, kesan gegaran bahan letupan daripada kuari tersebut yang diibaratkan gempa bumi bukan sahaja merosakkan harta benda, bahkan mengancam keselamatan dan kesihatan mereka.

Difahamkan, kuari itu telah wujud kira-kira 23 tahun lalu sebelum kawasan perumahan teres dua tingkat itu dibangunkan pada penghujung 90-an.

Kegagalan pihak bertanggungjawab melakukan pemantauan mahupun tindakan sewajarnya walaupun aduan dikemukakan sebelum ini terus menimbulkan keresahan penduduk terutamanya yang tinggal berhampiran kuari tersebut.

Penduduk turut mendakwa, saban hari mereka menghadapi masalah gegaran apabila kerja-kerja meletupkan batu dilakukan dan segelintir rumah di situ mempunyai kesan retak selain bahagian tingkap pecah.

Tinjauan Utusan Malaysia ke lokasi terbabit hari ini mendapati, kedudukan rumah penduduk dengan kuari hanya kira-kira 500 meter.

Kebanyakan penduduk terpaksa menutup pintu dan tingkap sepanjang masa ekoran pencemaran bunyi dan habuk berpunca dari operasi kuari tersebut.

Utusan Malaysia yang berada di kawasan perumahan penduduk turut merasai gegaran kesan kerja-kerja letupan daripada kuari berhampiran itu. Difahamkan kerja-kerja letupan dilakukan seawal pukul 9 pagi.

Seorang penduduk, M. Samy, 62, berkata, keadaan bertambah buruk semasa cuaca panas dan berangin kerana debu akan berterbangan sehingga ke dalam rumah.

"Ketika saya berjoging pada waktu pagi atau petang, kesan habuk begitu jelas selain meninggalkan rasa tidak selesa dan gatal pada kulit. Keadaan ini memberi kesan buruk terutama kepada warga tua atau kanak-kanak yang mempunyai penyakit asma," katanya yang menetap di kawasan perumahan itu sejak 12 tahun lalu.

Katanya, penduduk difahamkan, operasi kuari itu sepatutnya ditutup sebaik sahaja kawasan perumahan dibuka di kawasan itu, namun sehingga kini tiada sebarang tanda-tanda ia akan ditutup.

Pelajar, Faez Akmal Mohd. Muhaiyiddin, 16, pula berpendapat operasi kuari itu perlu segera dihentikan ekoran pencemaran habuk dan bunyi yang boleh memudaratkan kesihatan serta keselamatan penduduk.

"Saya dan rakan-rakan sering bermain bola sepak di padang berhampiran kuari berkenaan dan kami seolah-olah bermain dalam habuk dan debu. Kediaman rakan saya juga retak termasuk tingkap pecah ekoran gegaran daripada letupan tersebut," jelasnya.

Sementara itu, pengusaha kedai cetak, Lee Teck Kiong, 41, pula berkata, walaupun kediamannya terletak jauh dari kuari itu, dia melihat ada kewajarannya operasi kuari itu dihentikan demi keselamatan dan kesihatan penghuni.

"Sebelum apa-apa kejadian buruk terjadi, lebih baik langkah pencegahan awal diambil. Pihak bertanggungjawab perlu memantau seterusnya mengambil tindakan sekiranya operasi kuari itu tidak sesuai untuk diteruskan," katanya.

Sehubungan itu, para penduduk menggesa pihak Majlis Perbandaran Kajang, Jabatan Alam Sekitar dan wakil rakyat turun padang meninjau serta mengambil tindakan terbaik demi keselesaan dan keselamatan penduduk.

Syabas mula longgarkan catuan bekalan air

Posted: 07 Apr 2014 12:29 PM PDT

Che Desa Ahmad mengakui keluarganya terpaksa berjimat-cermat untuk menggunakan air ekoran pelan catuan di Flat PPR Kampung Limau, semalam. - UTUSAN/KAMAL BASIR

KUALA LUMPUR 7 April - Jadual catuan bekalan air di kawasan terlibat sekitar ibu negara, Selangor dan Putrajaya telah dilonggarkan dan beberapa Loji Rawatan Air (LRA) telah meningkatkan pengeluaran air terawat masing-masing.

Penolong Pengurus Besar, Jabatan Komunikasi Korporat dan Hal Ehwal Awam Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn. Bhd. (Syabas), Priscilla Alfred berkata, ia berikutan hujan yang turun di sekitar kawasan Sungai Selangor sejak beberapa hari lalu.

"LRA yang terlibat ialah di LRA Sungai Selangor Fasa 1, LRA Sungai Selangor Fasa 2, LRA Sungai Selangor Fasa 3, LRA Sungai Rasa dan LRA Rantau Panjang.

"Apabila operator loji terbabit meningkatkan operasi pengeluaran mereka, pihak Syabas telah menyalurkan bekalan air ke kawasan catuan peringkat ketiga dan keempat seperti biasa," katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Beliau menegaskan, langkah tersebut hanya boleh dilakukan secara konsisten jika hujan turun berterusan sepanjang jadual catuan bekalan air dilaksanakan.

"Keadaan itu masih bersifat sementara kerana paras aliran air di Sungai Selangor akan menurun kembali jika tiada hujan dan berdasarkan maklum balas daripada Lembaga Urus Air Selangor (LUAS), paras empangan sungai tersebut kekal pada paras yang rendah, katanya.

Sementara itu, tinjauan Utusan Malaysia mendapati, orang ramai yang berharap catuan bekalan air yang bermula sejak 27 Februari lalu dapat ditamatkan dengan segera walaupun mengakui ia tidak menjejaskan hidup mereka.

Pengerusi Persatuan Penduduk Projek Perumahan Rakyat (PPR) PPR Kampung Limau, Ahmad Long berkata. penduduk sudah memahami dengan baik konsep catuan yang dilaksanakan oleh Syabas.

Katanya, pada mulanya segelintir penduduk sukar memahami dan ada yang langsung tidak mengetahui tentang catuan tersebut.

"Selepas diberi penerangan mengenainya penduduk sudah mula faham selain merujuk notis catuan yang ditampal di setiap pangsapuri. Tidak dinafikan kami juga berhadapan dengan kemarahan segelintir penduduk terutama jika ada kenduri atau majlis perkahwinan yang memerlukan jumlah penggunaan air yang banyak," katanya,

Seorang pesara, Che Desa Ahmad, 63, pula menyifatkan kerjasama Syabas dengan persatuan penduduk dalam menyampaikan maklumat berhubung catuan amat dihargai.

Katanya, sepanjang tempoh catuan dilaksanakan dia dan keluarga belajar untuk berjimat cermat dan menggelakkan pembaziran air.

Taman Dusun Bandar dinaik taraf

Posted: 07 Apr 2014 12:29 PM PDT

Oleh NORMAIRAH JAMALUDDIN
kota@utusangroup.com.my

DBKL akan bekerjasama dengan MARDI bagi menaik taraf Taman Dusun Bandar di Jalan Bellamy sebagai salah satu lokasi pelancongan di Kuala Lumpur.

KUALA LUMPUR 7 April - Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) menjalinkan kerjasama dengan Institut Penyelidikan Pembangunan Pertanian Malaysia (MARDI) bagi melakukan kajian dalam menaik taraf dan meningkatkan kesuburan pokok buah-buahan di Taman Dusun Bandar di Jalan Bellamy di sini.

Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Seri Ahmad Phesal Talib berkata, langkah itu bertujuan menjadikan taman tersebut sebagai lokasi pelancongan baharu berkonsepkan dusun buah-buahan di tengah bandar sekali gus menampilkan kelainan berbanding taman-taman rekreasi di sekitar ibu negara .

"Selain menyediakan taman-taman awam dan kawasan hijau, kita juga mengambil inisiatif mewujudkan taman yang berkonsepkan dusun bagi memberi pengalaman berbeza kepada pengunjung.

"Konsep ini akan diperluas ke pusat bandar raya jika ia berjaya dilaksanakan. Sebagai contoh di Bandung, Indonesia, mereka menanam pokok cempedak dan nangka di tengah-tengah bandar manakala di China, mereka menanam pokok mempelam," katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas menandatangani memorandum persefahaman (MoU) antara DBKL dengan MARDI di sini, hari ini.

Pada majlis tersebut, MARDI diwakili Ketua Pengarahnya, Datuk Dr. Sharif Haron.

Projek Taman Dusun Bandar yang dibangunkan dengan kos RM17.25 juta itu sebelum ini mengalami masalah ekoran pokok buah-buahan yang ditanam diserang makhluk perosak dan tidak subur.

Kawasan itu terletak di bekas kawasan setinggan Kampung Delima di Jalan Bellamy dan mempunyai keluasan 7.6 hektar.

Ahmad Phesal memberitahu, kerjasama antara DBKL dan MARDI bagi tempoh tiga tahun dengan peruntukan RM500,000 setahun itu, merangkumi dua skop utama iaitu Dusun Bandar dan Pertanian Bandar.

"Bagi Dusun Bandar, MARDI akan memberi nasihat serta menyediakan perkhidmatan teknikal, latihan dan kursus kepada kakitangan DBKL dalam bidang berkaitan.

"Bagi Pertanian Bandar pula akan melibatkan pembangunan landskap vertikal dan tanaman fungsian di kawasan dan bangunan DBKL termasuk kajian pemilihan spesies yang sesuai," ujarnya.

Sementara itu, Sharif berkata, pertanian dalam bandar telah lama dilaksanakan oleh negara-negara lain dan menjadi salah satu tarikan pelancongan.

"Di Rome, Itali mereka menanam pokok lemon di dalam bandar bagi mewujudkan bandar yang wangi dan tidak mustahil kita boleh melaksanakannya di Kuala Lumpur sekiranya orang ramai turut serta menjaga kelestariannya," ujarnya.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Johor

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Johor


Kopris sasar 1,000 tan ayam

Posted: 07 Apr 2014 12:29 PM PDT

Oleh AZIZI MAJID
utusanjohor@utusan.com.my

Mohd. Yusof Hassan (kanan) memberi penerangan kepada Mohammad Sahlan Mahnoon berkaitan projek ternakan ayam daging di Pusat Agro Makanan Kopris di Mersing, kelmarin.

MERSING 7 April - Koperasi Pekebun Kecil Wilayah Johor Selatan (Kopris) menyasarkan pengeluaran sebanyak 1,000 tan ayam daging dengan nilai pendapatan kira-kira RM2 juta setahun bagi memenuhi permintaan yang semakin meningkat.

Pengerusinya, Mohd. Yusof Hassan berkata, setakat ini koperasi itu hanya mengeluarkan kira-kira 740 tan daging ayam dengan nilai RM1.7 juta setahun dan jumlah itu masih tidak mencukupi.

Beliau berkata, sejak projek ternakan ayam itu bermula dua tahun lalu, pihaknya telah memasarkan lebih 734,934 tan daging ayam dengan nilai pendapatan melebihi RM1.7 juta.

"Kopris mengambil langkah proaktif dengan menjadi pengeluar ayam daging memandangkan pengeluaran bahan itu kini dikuasai oleh pihak swasta.

"Justeru, untuk terus bersaing dengan pengeluar lain, kita akan terus meningkatkan pengeluaran ayam daging ini dengan menyasarkan sebanyak 1,000 tan setahun pada masa akan datang," katanya dalam Program Bersama Media di Pusat Agro Makanan Kopris di sini semalam.

Yang turut hadir Pengarah Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA), Mohammad Sahlan Mahnoon.

Mohd. Yusof berkata, pusat agro makanan itu turut menternak sebanyak 250 ekor lembu daging yang mampu memenuhi keperluan pengguna terutamanya pada musim perayaan dan ibadah korban.

Katanya, pusat berkenaan juga menyediakan kemudahan inap desa di atas tanah berkeluasan kira-kira 40 hektar di mukim Pengkalan Batu di sini, selain bercadang memberikan khidmat latihan kepada pekebun kecil dalam bidang penternakan dan agro makanan.

Sementara itu, Mohammad Sahlan berkata, pihaknya akan terus membantu Kopris dalam mengembangkan lagi perniagaan tersebut dengan memberikan khidmat latihan termasuk kemudahan prasarana.

Katanya, pekebun kecil lain disaran mengikuti jejak Kopris dalam mempelopori bidang lain dan tidak hanya tertumpu kepada penanam getah dan kelapa sawit semata-mata.

Ahli Majlis MBJB perlu tunai amanah dengan baik

Posted: 07 Apr 2014 12:29 PM PDT

Ismail Karim (lima dari kanan) bergambar bersama ahli majlis MBJB yang baharu di lantik bersama ahli MCA dan Zon Penjaja di Majlis Bandaraya Johor Bahru, semalam. - UTUSAN/Baazlan Ibrahim

JOHOR BAHRU 7 April - Barisan Ahli Majlis Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB) yang baharu diingatkan supaya menjalankan amanah yang diberi dengan baik terutama dalam mendengar masalah dilaporkan rakyat.

Datuk Bandar Johor Bahru, Ismail Karim berkata, Ahli Majlis yang dilantik itu diibaratkan sebagai jambatan antara kerajaan dengan rakyat dalam memastikan segala aduan diajukan mereka diberi perhatian.

Justeru, beliau percaya barisan Ahli Majlis yang baharu itu akan dapat memberikan perkhidmatan terbaik kepada kawasan diwakili, sekali gus memperjuangkan nasib penduduk setempat dalam pelbagai masalah.

"Peranan Ahli Majlis juga penting dan saya berharap mereka dapat memainkan peranan diberi bagi memastikan kesejahteraan rakyat," katanya selepas majlis angkat sumpah 10 Ahli Majlis MBJB di sini hari ini.

Pada majlis itu, sebanyak 10 Ahli Majlis MBJB masing-masing terdiri daripada sembilan Ahli MCA dan seorang wakil penjaja mengangkat sumpah di hadapan Ismail, sekali gus melengkapkan kuota 24 Ahli Majlis MBJB.

Mereka ialah Ang Boon Heng, 50, yang dilantik sebagai Timbalan Ketua Whip; Ng Puay Wah, 45; Kua Song Tuck, 44; Kuan Poh Huat, 45; Chia Song Cheng, 61; Teoh Huat Seng, 49; Leow Kam Choy, 44; Lim Yak Chong, 57; Yong Kok Leong, 45, dan Zaini Atan, 54.

Dalam pada itu Ismail berkata, barisan Ahli Majlis yang dilantik kali ini merupakan gandingan muka lama dan baharu yang diyakini mampu memantapkan lagi segala urusan pengurusan dan pentadbiran MBJB.

"Yang penting mereka ini perlu selalu turun padang dan memberikan yang terbaik kepada rakyat," katanya yang turut memberitahu semua Ahli Majlis itu dilantik bagi tempoh 2014 hingga Disember 2015.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Feminin

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Feminin


Spa Bamburanta janji ketenangan

Posted: 07 Apr 2014 11:30 PM PDT

Oleh MERAN ABU BAKAR
Gambar SAIFUL BAHARI ASHAARI

RAWATAN tangan dan kaki disediakan di Spa Bamburanta.

SEMUA sedia maklum, Bangsar sebuah kawasan yang sangat sibuk tidak kira masa, baik pagi, siang, petang atau malam. Hendak mencari tempat letak kereta di sini memang susah. Saya pasti ramai yang berasa tertekan apabila masuk ke kawasan ini.

Sebab itu saya buka spa di Bangsar kerana saya mahu pelanggan yang datang ke sini berasa tenang dan melupakan masalah serta tekanan yang dihadapi dan apabila mereka masuk ke spa ini mereka berasa seolah-olah berada di tempat percutian dan bukannya di Bangsar," demikian kata Pengarah dan Pemilik Spa Bamburanta, Dayang Atiqah Husin semasa bertemu dengannya di spa tersebut, baru-baru ini.

Beliau memilih konsep semula jadi bagi spa yang baharu dibuka pada tahun 2012 itu.

Contohnya, buluh yang digunakan sebagai pemisah dinding ditebang terus daripada hutan dan dipasang di beberapa bahagian spa. Begitu juga dengan kerusi yang berkakikan buluh dan tempat duduknya dibuat daripada jerami.

Menurut Dayang Atiqah, untuk memilih nama spa juga mengambil masa selama dua bulan kerana beliau mahukan nama yang ada kaitan dengan semula jadi.

Setelah lama berfikir akhirnya beliau mendapat ilham untuk menamakan bamburanta, sejenis pokok hiasan berwana hijau dan putih.

Walaupun menggunakan khidmat pereka hiasan dalaman, namun konsep dekorasi adalah idea beliau sendiri yang mahukan suasana yang santai seperti di rumah dan tidak nampak seperti di sebuah pusat rawatan.

Berhadapan dengan pintu masuk ke spa ini, pelanggan dapat melihat sebuah kotak kaca besar yang di dalamnya terdapat beberapa jenis pokok hiasan berdaun hijau. Ini bagi menambahkan lagi suasana kehijauan di sini.

Terdapat beberapa jenis rawatan yang disediakan di spa ini seperti rawatan badan, urutan, rawatan muka, rawatan mata, kaki serta tangan dan mencabut bulu roma atau waxing.

Namun kebanyakan pelanggan yang datang adalah untuk mendapatkan rawatan urutan badan, refleksologi, skrub badan dan rawatan muka. Harga rawatan yang dikenakan amat berpatutan dan saya tidak mengenakan harga yang tinggi walaupun menggunakan produk yang diimport dan dijamin keberkesanannya.

Bagaimanapun rawatan yang paling popular di sini ialah mencabut bulu roma (Brazilian wax). Sepuluh tahun dahulu tidak ramai wanita tempatan yang mahu mencuba rawatan ini mungkin kerana malu namun kini mereka sudah bersikap terbuka dan ramai yang melakukannya," kata Dayang Atiqah yang telah 11 tahun berpengalaman dalam bidang kecantikan dan spa.

Mempunyai lima katil rawatan, jenis-jenis rawatan dibahagikan kepada dua bahagian. Bahagian kering adalah untuk rawatan muka, kuku tangan dan kaki serta refleksologi manakala bahagian basah adalah untuk rawatan skrub badan, pelangsingan dan jakuzi.

Spa unisex ini turut menerima pelanggan lelaki namun mestilah datang bersama pasangan dan perlu dibuat temu janji terlebih dahulu. Pun begitu, hanya pelanggan lelaki tetap sahaja yang diterima untuk mendapatkan rawatan di sini.

Tambah Dayang yang berkelulusan Diploma dalam bidang Cibtac (Confederation of InternationalBeauty Therapy and Cosmeotology) daripada Domeilee Beauty serta mempunyai sijil kecantikandaripada MLVK, beliau hanya mengambil terapis yang berpengalaman dan mempunyai pengetahuanmengenai anatomi manusia supaya mereka tahu bagaimana hendak memberikan tahap rawatan yang sesuai bagi pelanggan itu.

Ada yang berpengalaman selama 15 tahun dalam rawatan spa dan terdapat juga yang pernah bekerja di spa hotel bertaraf lima bintang.

Bagi pelanggan yang pernah datang ke spa ini pasti akan datang lagi dan terus menjadi pelanggan tetap. Kebanyakannya terdiri daripada pelanggan berkulit putih, Cina, India dan Melayu.

Dibuka dari pukul 10 pagi hingga 8 malam setiap hari kecuali Jumaat dan hari Ahad, dari 10 pagi hingga 6 petang.

Kata Dayang Atiqah, bagi setiap orang, perlu ke spa sebulan sekali bagi kecantikan dan penjagaan badan.

Kredit: www.utusan.com.my
 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved