Selasa, 8 April 2014

Utusan Online - Dalam Negeri


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Dalam Negeri


Rakyat Indonesia mengundi pada Pemilu 2014 esok

Posted: 08 Apr 2014 02:00 AM PDT

JAKARTA 8 April - Sabtu lepas adalah hari terakhir bagi kempen 12 parti politik nasional dan tiga parti politik di Aceh menunjukkan 'kehebatan' masing-masing menjelang Pemilihan Umum (Pemilu) Parlimen Indonesia 2014, esok.

Setelah tiga minggu dihujani janji, harapan dan permintaan daripada parti politik pada rapat umum atau kempen terbuka, tibalah masa bagi rakyat Indonesia membuat pertimbangan bagi memilih pemimpin mereka untuk tempoh lima tahun akan datang.

Tempoh tiga hari bertenang sehingga esok, adalah masa cukup kritikal bagi kesemua parti berkenaan untuk meraih sokongan rakyat agar setiap undi dapat memberi mereka 'kuasa' mentadbir negara ketiga terbesar mengamalkan sistem demokrasi di dunia itu, selepas India dan Amerika Syarikat.

Sebanyak 185.5 juta pengundi berdaftar di Indonesia akan memilih wakil rakyat bagi menduduki 560 kerusi di Dewan Perwakilan Rakyat (DPR) atau parlimen Indonesia pada pilihan raya umum kali ini.

Rakyat Indonesia juga secara serentak akan memilih lebih 18,000 anggota Dewan Perwakilan Rakyat Daerah (DPRD) Tingkat I dan Tingkat II (ahli majlis tempatan) di semua 33 provinsi atau wilayah. - BERNAMA

1,092 kenderaan ganggu lalu lintas dikenakan tindakan

Posted: 08 Apr 2014 01:16 AM PDT

Oleh MOHAMAD HARITH MOHAMAD NIZAR

KUALA LUMPUR 8 April - Sebanyak 1,092 kenderaan dikenakan tindakan oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) kerana mengganggu lalu lintas di sekitar ibu negara dalam Operasi Halang dari Januari hingga Mac tahun ini.

Jumlah tersebut lebih 300 peratus berbanding 310 kenderaan yang dikenakan tindakan dalam tempoh sama bagi tahun lalu.

Penguat Kuasa DBKL, Mohd. Hisham Izhar berkata demikian kepada pemberita dalam sidang akhbar berhubung Operasi Halang Siri Kesembilan, tahun 2014 di Bilik Mesyuarat Jabatan Penguatkuasaan DBKL di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE

ASEAN perlu teroka kaedah baharu dalam SAR - Najib

Posted: 08 Apr 2014 01:12 AM PDT

Oleh AMIZUL TUNIZAR AHMAD TERMIZI

KUALA LUMPUR 8 April - Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, institusi-institusi diterajui ASEAN seperti Sidang Kemuncak Asia Timur (EAS) boleh menerokai kaedah-kaedah baharu dalam operasi mencari dan menyelamat (SAR) sebagai persediaan untuk menangani tragedi yang memerlukan kerjasama serantau.

Perdana Menteri berkata, dengan itu, negara-negara ASEAN akan berada dalam keadaan lebih bersiap sedia untuk melaksanakan operasi SAR sekiranya tragedi seperti kehilangan pesawat Malaysia Airlines (MAS), MH370 berlaku di rantau ini.

"Ikatan persahabatan yang sedia terjalin di kalangan negara-negara ASEAN termasuk institusi-institusinya semakin kukuh dalam pencarian pesawat MH370 sejak 8 Mac lalu. Saya amat tersentuh dengan sokongan yang ditunjukkan rakan-rakan antarabangsa kita yang mana saya ingin mengucapkan terima kasih sekali lagi hari ini.

"Berdasarkan pengalaman kita, saya percaya institusi-institusi yang diterajui ASEAN seperti sidang EAS boleh menerokai kaedah-kaedah baharu untuk menggalakkan kerjasama serantau dalam operasi SAR supaya kita lebih bersiap sedia apabila berlaku tragedi," katanya.

Beliau menyatakan demikian dalam ucaptama semasa merasmikan Kolokium Nasional berkaitan topik Malaysia sebagai Pengerusi Asean 2015 yang bertemakan "Malaysia sebagai Pengerusi ASEAN 2015: Kearah ASEAN Berteraskan Rakyat" di sini hari ini.

Yang turut hadir, Yang Dipertua Dewan Negara, Tan Sri Abu Zahar Ujang; Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapha Mohamed; Timbalan Menteri Luar, Datuk Hamzah Zainuddin serta duta-duta besar serta pesuruhjaya tinggi luar negara ke Malaysia. - UTUSAN ONLINE

Kredit: www.utusan.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved