Sabtu, 24 September 2011

Utusan Online - Jenayah

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Jenayah


Samseng jalanan ditahan

Posted:

Samseng jalanan ditahan

Samseng jalanan ditahan

Oleh ZAINAL AZHAR MOHAMED
pengarang@utusan.com


Sebahagian penunggang motosikal ditahan di Lebuh Raya Alor Gajah-Melaka Tengah-Jasin, Melaka, semalam.


mELAKA 24 Sept. - Lebuh Raya Alor Gajah-Melaka Tengah-Jasin (AMJ) di sini, yang sering dipenuhi ratusan golongan samseng jalanan setiap hujung minggu, bertukar kecoh apabila sepasukan polis membuat operasi dan kepungan malam tadi.

Kepungan dilakukan pukul 2 pagi selepas pasukan polis membuat risikan di lebuh raya itu pukul 10 malam.

Berikutan itu, sebanyak 330 motosikal dan 38 kereta ditahan untuk pemeriksaan.

Serbuan dilakukan oleh Unit Khas Trafik Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Melaka Tengah dan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).

Turut membantu membuat kepungan ialah pasukan polis dari Ibu Pejabat Polis Kontinjen Negeri Sembilan, Johor, Pahang dan Kelantan.

Menurut Pegawai Operasi Unit Khas Cawangan Trafik Bukit Aman, Asisten Supritendan Khuzir Abd. Majit, pihaknya membuat penutupan jalan masuk dan keluar lebuh raya dan memerangkap golongan itu.

"Samseng jalanan mula menguasai jalan dari Simpang Bukit Piatu hingga ke jejantas Semabok sejauh lebih satu kilometer sebelum kepungan dilakukan pukul 2 pagi.

"Lebih 500 penunggang dan pembonceng motosikal termasuk yang menjadi penonton kemudian dibawa di IPD Melaka Tengah untuk pemeriksaan," katanya ketika ditemui selepas operasi itu di sini awal pagi tadi.

Beliau berkata, pihaknya turut melakukan pemeriksaan dan menahan 38 kereta bercermin gelap termasuk dua buah BMW dan sebuah Porsche.

Katanya, sebanyak 51 saman dikeluarkan selain menyita 15 motosikal dan tiga kereta kerana tamat cukai jalan tamat, selain pemandu serta penunggang yang tidak mempunyai lesen.

"JPJ yang terdiri dari Ibu Pejabat Putrajaya dan Cawangan Melaka telah mengeluarkan 40 notis arah periksa semula selain menyita dua motosikal dan sebuah kereta," katanya kepada Mingguan Malaysia di sini, hari ini.

Beliau berkata, anggota narkotik yang membuat ujian air kencing menahan seorang remaja kerana didapati positif ganja.

Selain itu, tambahnya, polis berjaya mengesan 10 waran tangkap terhadap mereka yang diperiksa selain menahan kenderaan yang mempunyai saman tertunggak.

"Ada yang membayar saman serta merta untuk membawa pulang kenderaan masing-masing," katanya.

Anak polis maut jatuh bangunan

Posted:

Anak polis maut jatuh bangunan

Anak polis maut jatuh bangunan

MARANG 24 Sept. - Seorang anak anggota trafik berusia enam tahun yang mengidap sindrom down maut setelah terjatuh dari tingkat lima kuarters Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Marang, di sini hari ini.

Kejadian pukul 7.45 pagi itu berlaku ketika mangsa, Ahmad Safuan Syafik Afendi, yang juga seorang kanak-kanak hiperaktif bermain seorang diri.

Menurut ibunya, Roslina Mohd. Yusof, 44, semasa kejadian, dia berada di dapur kerana membancuh susu yang diminta oleh Ahmad Safuan.

"Saya tak perasan bila dia keluar dari rumah dan menyedari kejadian itu bila dengar ada orang jumpa dia jatuh bangunan. Dia tidak sempat pun minum susu," katanya ketika ditemui di sini, hari ini.

Ahmad Safuan yang merupakan anak kepada Koperal Syafik Afendi Ahmad, 44, adalah anak keempat daripada lima beradik.

Saksi, Koperal Marina Jaafar, 37, berkata, dia terkejut mendapati seorang kanak-kanak lelaki yang juga anak kepada rakan sekerjanya terjatuh, kurang satu meter di hadapannya.

Katanya, semasa itu, dia mendukung anaknya yang berusia tiga tahun untuk dibawa ke rumah seorang pengasuh di bangunan sama.

"Saya ingat objek itu adalah sampah yang dibuang penduduk di tingkat atas bangunan tersebut. Namun setelah diamati, ia rupanya seorang kanak-kanak lelaki yang masih memakai baju tidur," katanya.

Dalam pada itu, Ketua Polis Daerah, Deputi Supritendan Ahmad Mazlan Yahaya ketika ditemui memberitahu, kes itu diklasifikasikan sebagai mati mengejut.

Katanya, mangsa dipercayai telah memanjat tangga di tingkat lima bangunan berkenaan sebelum terjatuh.

"Mangsa tinggal di tingkat lapan tetapi kali terakhir ada saksi nampak dia di tingkat enam dan hendak turun ke tingkat lima," katanya.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Politik

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Politik


Hudud: Pas cuba tutup isu Mat Sabu

Posted:

Hudud: Pas cuba tutup isu Mat Sabu

Hudud: Pas cuba tutup isu Mat Sabu

KAMPAR 24 Sept. - Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, tindakan Pas membangkitkan semula isu hudud bertujuan menarik kembali sokongan rakyat khususnya orang Melayu kepada parti itu.

Menurut beliau, isu lama itu terpaksa diungkit semula dengan harapan ia dapat menenggelamkan isu Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu yang menyifatkan pengganas komunis dalam peristiwa Bukit Kepong sebagai pejuang tanah air.

''Saya nampak ini taktikal, sebab parti Pas sudah menerima pukulan cukup hebat ekoran kenyataan Mohamad Sabu yang menidakkan pejuang-pejuang nasionalis yang terbunuh dalam insiden Bukit Kepong dahulu.

''Ia telah menimbulkan kemarahan yang begitu dahsyat dalam kalangan Orang Melayu," katanya pada sidang akhbar selepas melancarkan Karnival 1Malaysia Tanjung Tualang sempena program turun padang ke Perak di sini hari ini.

Najib berkata, isu hudud juga jelas memperlihatkan ketiadaan persefahaman antara parti dalam pakatan pembangkang sudah tidak dapat ditutup dan diselindung daripada rakyat.

"Saya berharap ini dapat disedari oleh rakyat. Kita tidak boleh meletakkan harapan kepada satu gabungan yang tidak sehaluan dari segi prinsip dan ideologi.

"Bukan sahaja dari segi hudud tetapi juga dalam soal pembahagian jawatan dalam kabinet bayangan. Sehingga hari ini mereka belum berani merangka kabinet bayangan mereka," katanya.

Najib berkata, soal pelaksanaan hukum hudud sebenarnya bukan satu isu kerana ia tidak akan dilaksanakan di negara ini.

''Kita terima ini adalah undang-undang Tuhan dan sebagai sebuah parti yang terdiri daripada orang Islam, kita terima hakikat ini tetapi jika ia hendak dilaksanakan ia mesti berpaksikan kepada realiti.

"Jika ditanya para ulama sekali pun, undang-undang Islam itu tidak boleh dilaksanakan melainkan kita sudah mengambil kira persekitaran dan realiti sebenar masyarakat ketika itu," katanya.

Najib menambah, undang-undang sedia ada yang dipraktikkan kerajaan hari ini sudah mengambil kira prinsip 'Maqasid Syariah' iaitu matlamat sebenar dalam pentadbiran untuk menyelesaikan permasalahan rakyat.

"Antara prinsip Maqasid Syariah ialah mempertahankan agama, nyawa, akhlak dan harta benda. Jadi dengan undang-undang yang sedia ada, prinsip maqasid syariah boleh dipertahan dan diperjuangkan," katanya.

Pertahan keistimewaan negara - TPM

Posted:

Pertahan keistimewaan negara - TPM

Pertahan keistimewaan negara - TPM

Oleh TARMIZI ABDUL RAHIM dan Abdul Rashid Abdul Rahman
pengarang@utusan.com.my


Muhyiddin Yassin dan Musa Aman bersama penduduk etnik Murut berpakaian tradisi mereka semasa merasmikan Perhimpunan Murut SIB Sabah di Dewan Kan Hwa, Keningau, semalam. - MINGGUAN/Ghazali Basri


KENINGAU 24 Sept. - Semua rakyat di negara ini perlu terus mempertahankan keistimewaan perpaduan dalam masyarakat berbilang kaum dan agama yang wujud sejak sekian lama.

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, dalam menghargai perpaduan yang tidak wujud di negara lain, semua pihak harus bangkit menentang mana-mana pihak dan anasir yang cuba mengganggu gugat perpaduan.

Menurut beliau, di sesetengah negara walaupun mempunyai satu bangsa tetapi mereka berhadapan dengan konflik yang berlarutan, berlaku pertembungan-pertembungan dan juga perang saudara yang menyebabkan banyak nyawa terkorban.

"Tetapi Malaysia menjadi sebuah negara yang terkenal di seluruh dunia kerana keistimewaan kita, walaupun mempunyai kepelbagaian agama, adat resam, budaya dan bahasa, tetapi kita semua menghargai dan memberi perhatian kepada soal perpaduan sesama sendiri.

"Perbezaan ini tidak menjadi halangan serta kekangan dan sebab itulah negara hari ini selepas 54 tahun masih kekal merdeka dalam keadaan negara dan rakyatnya bersatu padu," katanya ketika berucap pada Majlis Perhimpunan Murut Sidang Injil Borneo (SIB) Sabah di Dewan Besar Sekolah Menengah Ken Hwa di sini hari ini.

Tambah Muhyiddin, soal rakyat yang menganut pelbagai agama bukan suatu isu di negara ini seperti mana di negara lain yang menyaksikan berlaku pertembungan di antara mereka.

Dalam lawatannya ke negeri ini, Muhyiddin turut merasmikan Persidangan Perwakilan Tritahunan Pertubuhan Pasokmomogun Kadazandusun Murut Bersatu (UPKO) Ke-13 di Penampang.

Bercakap kepada pemberita di majlis itu, Muhyiddin berkata, kerajaan mengakui mempunyai kekangan kewangan untuk menyediakan jalan raya terbaik bagi menyambungkan sekolah-sekolah di kawasan pedalaman terutama di Sabah dan Sarawak dengan pekan berhampiran.

Bagaimanapun, katanya, perkara tersebut memang dipandang serius oleh kerajaan bagi meningkatkan kemudahan perhubungan tetapi ia terpaksa dilakukan secara berperingkat berdasarkan kepada kemampuan.

Menurut beliau, kerajaan menerima hakikat itu kerana kedua-dua negeri ini amat luas dan kawasan pedalamannya juga terpisah jauh daripada kawasan bandar hingga terpaksa berjalan berjam-jam untuk sampai ke sekolah.

''Tidak semestinya kita akan tar jalan-jalan itu kerana kosnya amat tinggi, tetapi kita boleh selenggara dengan mewujudkan pasukan kerja seperti meletakkan jentolak supaya jalan itu dapat dilalui.

"Ini merupakan sebahagian daripada langkah awal bagi membolehkan jalan berkenaan dinaik taraf selepas ini. Jaraknya bukan pendek, malah beribu-ribu kilometer. Sekali saya ingin jelaskan bahawa realiti ini kerajaan akui dan tidak nafikan," katanya.

Jelas Muhyiddin, walaupun sekolah-sekolah berkenaan terletak jauh di kawasan pedalaman tetapi kementerian tetap memastikan para pelajarnya mendapat peluang pendidikan terbaik setaraf dengan sekolah lain di bandar.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Pahang

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Pahang


Elak beli tayar toreh - JPJ

Posted:

Elak beli tayar toreh - JPJ

Elak beli tayar toreh - JPJ

TEMERLOH 24 Sept. - Pemilik kenderaan dinasihat supaya berhati-hati ketika membeli tayar kereta agar tidak terbeli tayar toreh yang sering menjadi punca kemalangan jalan raya.

Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) negeri, Datuk Zakaria Man berkata, tayar tersebut yang merupakan tayar terpakai yang ditoreh agar bunganya nampak lebih tebal kini semakin popular.

"Selain tayar toreh, peniaga juga gemar menjual tayar musim sejuk yang jauh lebih murah berbanding tayar baru.

"Walaupun belum ada kajian dibuat bagi membuktikan kedua-dua tayar tersebut menjadi punca kemalangan, penggunaannya perlu disekat segera bagi mengelak lebih banyak kemalangan berlaku," katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Menurut beliau, pengguna perlu bijak membuat pilihan dan tidak mudah terpedaya apabila ditawarkan membeli tayar yang jauh lebih murah tetapi berisiko sehingga boleh menyebabkan kehilangan nyawa.

"Tayar toreh mudah meletup kerana lapisan tayar menjadi lebih nipis manakala tayar musim sejuk pula tidak sesuai dengan permukaan dan suhu jalan raya di negara ini yang panas," katanya.

Dalam perkembangan lain, katanya, walaupun kemalangan maut berjaya dikurangkan pada musim perayaan di negeri ini tahun ini, namun jumlah kematian membabitkan penunggang motosikal masih tinggi.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Luar Negara

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Luar Negara


Apple perkenal iPhone 5

Posted:

Apple perkenal iPhone 5

Apple perkenal iPhone 5

NEW YORK 24 Sept. - Syarikat teknologi Amerika Syarikat (AS), Apple merancang untuk memperkenalkan telefon pintar generasi baru, iPhone 5, pada bulan depan.

Menurut blog AllThingsD, iPhone 5 dijangka dilancarkan oleh Ketua Pegawai Eksekutif Apple Inc. yang baru, Tim Cook pada 4 Oktober ini.

Jelas blog itu, telefon pintar berkenaan akan berada di pasaran beberapa minggu selepas pelancaran tersebut.

''Sebagai Ketua Pegawai Eksekutif yang baru, Cook berada dalam tekanan untuk mengekalkan prestasi syarikat pada tahap terbaik.

''Ini selepas beliau menggantikan tempat Steve Jobs yang melepaskan jawatan itu pada 24 Ogos lalu,'' katanya.

Di bawah pimpinan Jobs, Apple mencipta pelbagai kejayaan cemerlang sehingga diiktiraf sebagai syarikat berpengaruh dalam industri teknologi maklumat global.

Apple juga mengalami revolusi di peringkat tertinggi menerusi pengenalan beberapa produk pengkomputeran moden seperti Power Mac G3, PowerBok dan juga iBook.

Apple turut mencipta kejayaan dalam bidang telekomunikasi pada 2007 apabila memperkenalkan peranti telefon bimbit pintar iPhone dan komputer tablet iPad yang kini semakin menarik perhatian masyarakat dunia.

Pada Jun tahun lalu, Apple mengeluarkan iPhone 4 dan mencatat jualan berjumlah AS$20.34 juta (RM61.02 juta) pada suku terakhir tahun yang sama. – Agensi

Lepas tembakan pada majlis Pope

Posted:

Lepas tembakan pada majlis Pope

Lepas tembakan pada majlis Pope


POPE Benedict XVI melambai tangan kepada orang ramai ketika tiba di bandar Erfurt, timur Jerman, semalam. - AFP


ERFURT, Jerman 24 Sept. - Satu kejadian tembakan berlaku kira-kira satu kilometer dari lokasi pemimpin gereja Vatican, Pope Benedict XVI mengadakan satu majlis keagamaan, hari ini.

Polis berkata, seorang lelaki melepaskan tiga tembakan menggunakan pistol angin di bandar Erfurt.

Bagaimanapun, jurucakap Vatican, Federico Lombardi menyatakan kejadian tembakan itu tidak mempunyai kaitan dengan pemimpin agama Katholik tersebut.

''Benedict tidak dimaklumkan berhubung kejadian itu. Tiada sesiapa pun sedar tentang kejadian itu,'' ujarnya Lombardi.

Kejadian tembakan itu berlaku kira-kira dua jam sebelum majlis keagamaan yang dihadiri 30,000 orang itu dimulakan.

Lombardi berkata, berdasarkan maklumat polis, seorang lelaki tidak siuman telah melepaskan tembakan itu.

''Suspek telah ditangkap dan tiada siapa cedera dalam kejadian itu,'' ujarnya. - AFP

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Rencana

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Rencana


AS cuba gagalkan Palestin

Posted:

AS cuba gagalkan Palestin

AS cuba gagalkan Palestin

Oleh MUHAMMAD ZULKIFLI SAINUDDIN

PALESTIN telah mengemukakan permohonan di Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) untuk mendapatkan pengiktirafan daripada badan dunia itu sebagai sebuah negara berdaulat kelmarin.

Meskipun mendapat tentangan kuat daripada Israel dan Amerika Syarikat (AS), Presiden Mahmoud Abbas tetap bertegas untuk meneruskan usaha itu bagi mendapatkan pengiktirafan Palestin menjadi negara anggota penuh PBB.

AS telah mengumumkan akan menggunakan kuasa vetonya bagi menolak permohonan Palestin itu jika ia dibawa ke peringkat pengundian.

Presiden Majlis Keselamatan PBB, Nawaf Salam yang juga merupakan Duta Lebanon ke PBB berkata, beliau telah menyerahkan permohonan Palestin itu kepada 15 negara anggota Majlis Keselamatan selepas menerimanya daripada Setiausaha Agung PBB, Ban Ki-moon.

Katanya, Majlis Keselamatan akan bersidang pada kira-kira pukul 3 petang esok (3 pagi esok waktu Malaysia) bagi membincangkan permohonan Palestin itu.

Mengikut peraturan, Perhimpunan Agung PBB sebenarnya tidak ada kuasa menubuhkan sesebuah negara, sebaliknya hanya boleh menyuarakan sokongan kepada penubuhan sesebuah negara dan menerimanya sebagai negara anggota.

PBB juga hanya boleh meminta negara-negara anggota lain untuk mengiktiraf sesebuah negara baru itu dan menyokong penyertaannya ke pertubuhan-pertubuhan peringkat antarabangsa.

Bagaimanapun kepentingan menjadi negara anggota penuh PBB, sememangnya tidak boleh dipertikaikan dan atas sebab itu Palestin bersungguh-sungguh untuk mendapatkan pengiktirafan itu, walaupun mendapat tentangan veto daripada AS.

Ini kerana, dengan mendapat pengiktirafan daripada PBB, bermakna Palestin mendapat penerimaan daripada 193 negara anggota badan dunia itu, sekali gus akan membuka jalan untuk Palestin diterima sebagai sebuah negara di peringkat antarabangsa.

Pada masa sama, tanggungjawab untuk menamatkan konflik di Asia Barat juga akan dipindahkan kepada badan dunia itu.

Mengikut piagam PBB, negara-negara anggota tidak boleh menjajah antara satu sama lain dan jika Palestin mendapat pengiktirafan sebagai negara anggota penuh PBB, ini bermakna Israel tidak boleh lagi menjajah Palestin.

Atas alasan inilah pula, Israel bersungguh-sungguh menentang permohonan Palestin untuk menjadi anggota penuh badan dunia itu.

Apa yang lebih penting, status sebagai sebuah negara akan membolehkan Palestin mengheret Israel dan pegawai-pegawainya ke tribunal jenayah perang atau menyaman mereka di mana-mana tempat di seluruh dunia, sesuatu yang paling dibimbangkan oleh Israel.

Maka, dengan menjadi anggota penuh PBB, Palestin akan memperolehi kedudukan yang lebih besar di Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) dan juga di beberapa badan kehakiman global lain di mana mereka boleh mendakwa Israel.

Palestin juga akan boleh menganggotai mana-mana badan antarabangsa di mana AS tidak memiliki kuasa veto untuk menghalangnya atau menandatangani sebarang perjanjian antarabangsa.

Pengiktirafan

Walaupun setiap pertubuhan mempunyai peraturannya tersendiri untuk menerima anggota baru, tetapi pengiktirafan daripada Perhimpunan Agung PBB akan memperkuatkan kelayakan Palestin untuk menyertai mana-mana pertubuhan antarabangsa.

Pengiktirafan ini juga turut akan menarik minat masyarakat antarabangsa untuk memberi fokus kepada usaha rundingan bagi menyelesaikan konflik Palestin-Israel, yang telah berlarutan selama lebih enam dekad.

Selain itu, ia juga bakal memperkuatkan kepentingan rundingan damai pada masa akan datang, berbanding sebelum ini yang lebih menjurus kepada kaedah peperangan dalam menyelesaikan konflik yang timbul.

Sebagai sebuah negara yang diiktiraf oleh PBB dan antarabangsa, Palestin akan mempunyai kedudukan yang lebih kukuh dalam rundingan-rundingan damai pada masa depan, sama ada dalam membuat tuntutan mahupun mempertahankan kedaulatan dan wilayahnya.

Penubuhan sebuah negara Palestin juga bermakna wujudnya satu pihak berkuasa yang sah dan penyatuan semua perkhidmatan keselamatan, di dalam Palestin, sekali gus akan menamatkan perpecahan antara puak-puak di wilayah itu.

Bagaimana pun, pengiktirafan ini tidak bermakna ia akan menamatkan penjajahan Israel ke atas wilayah Palestin, malah usul balas mungkin akan dikemukakan kepada PBB supaya Palestin mengiktiraf Israel sebagai sebuah negara Yahudi.

Daripada segi sempadan contohnya, pengiktirafan sebagai sebuah negara Palestin tidak bermakna tentera Israel akan keluar dari wilayah itu atau menghapuskan penempatan haram mereka di Tebing Barat.

Namun, apa yang perlu difahami di sini, isu negara Palestin dan pengiktirafan oleh PBB bukanlah satu-satunya matlamatnya, ia juga adalah permulaan pengurusan konflik di Asia Barat dengan cara aman, bertamadun dengan perkongsian visi.

Hanya dengan cara ini, isu utama konflik ini yang begitu kompleks dapat diselesaikan, sesuatu yang tidak mungkin diperolehi melalui penubuhan negara Palestin semata-mata.

Namun, AS secara terbuka telah menyatakan bahawa negara itu akan menghalang usaha Palestin itu dengan menggunakan kedudukannya sebagai anggota penting dalam Majlis Keselamatan untuk menggagalkan permohonan Palestin dengan menggunakan kuasa veto bagi menolak permohonan Palestin jika ia sampai ke peringkat pengundian.

AS mempunyai sebab tersendiri untuk berbuat demikian bagi mengelakkan pelan damai yang diketengahkan oleh Presiden Barack Obama bagi menyelesaikan konflik Israel-Palestin dilihat sebagai gagal.

Washington juga terasa tercabar dengan tindakan Palestin itu yang dilihat seolah-olah membelakangkan negara itu. AS kini terpaksa menilai semula pelan damainya dan bersungguh-sungguh membuktikan bahawa negara itu benar-benar serius mahu menjayakan pelan damai yang diutarakannya sebelum ini.

Washington juga perlu menggunakan kedudukannya bagi mengenakan tekanan ke atas Israel terutama berhubung kedegilan Israel enggan menghentikan pembinaan penempatan haram Yahudi di wilayah Palestin, yang menjadi punca rundingan damai Israel-Palestin tertangguh.

Sementara itu di pihak Israel pula, inilah kali pertama Tel Aviv benar-benar terasa tergugat dengan tindakan Palestin membawa isu itu ke PBB. Israel sebelum ini tidak pernah terfikir Palestin akan menggunakan pendekatan diplomatik secara efektif untuk mengetengahkan haknya terutama di peringkat tertinggi sehingga ke peringkat perhimpunan agung PBB.

Israel sedar akan kesan daripada tindakan Palestin itu sekiranya permohonan Palestin itu diluluskan dan sekiranya permohonan Palestin itu ditolak sekalipun, ekoran tindakan AS menggunakan kuasa vetonya semasa pengundian, Palestin tetap dilihat berjaya dalam kempennya meraih sokongan daripada sebahagian besar negara-negara anggota Majlis Keselamatan.

Sekurang-kurangnya, tindakan Palestin itu setakat ini telah mendapat reaksi segera daripada quartet rundingan damai Israel-Palestin yang menggesa supaya Israel dan Palestin segera kembali ke meja rundingan bagi menamatkan konflik yang paling lama di Asia Barat.

Imbangi hak asasi, keselamatan

Posted:

Imbangi hak asasi, keselamatan

Imbangi hak asasi, keselamatan

SELEPAS 51 tahun Akta Keselamatan Negeri (ISA) menjadi undang-undang membentengi isu-isu berkaitan ancaman komunis, subversif dan keselamatan negara, kerajaan berpendapat sudah tiba masanya ia dimansuhkan.

Ketika mengumumkan khabar yang menggembirakan banyak pihak itu, Datuk Seri Najib Tun Razak berjanji akan ada dua akta baru menyusul mengambil alih fungsi ISA. Tentunya janji Perdana Menteri itu tidak lain tidak bukan bertujuan memastikan keselamatan negara terpelihara. PROFESOR MADYA DR. SHAMRAHAYU A. AZIZ ketika ditanya tentang pemansuhan ISA dan penggubalan dua akta baru itu mengakui terkejut dengan keberanian Perdana Menteri membuat pengumuman dalam keadaan semua orang tidak menjangkakan akan menerima berita seumpama itu. Katanya, dalam agenda transformasi, jika sesuatu perubahan itu adalah untuk kebaikan rakyat, maka tidak salah untuk kita meraikannya. Pensyarah undang-undang Perlembagaan di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) itu bagaimanapun mahu dua akta baru itu bukan sekadar penjenamaan semula ISA. Jika ISA telah berjaya menjadi salah satu alat mewujudkan Malaysia aman, makmur dan selamat, maka akta-akta baru itu mesti lebih sempurna dan lebih berjaya daripada ISA.

Ketika ditemui wartawan Mingguan Malaysia, NORAINI ABD. RAZAK dan jurugambar SHAHRIL AIZAT AHMAD di pejabatnya di UIAM, Gombak Khamis lalu, Shamrahayu percaya, perkara paling penting perlu diambil kira dalam menggubal akta menggantikan ISA adalah mengimbangi tuntutan hak asasi dengan memastikan tidak sampai menenggelamkan perihal keselamatan negara. Beliau turut mengambil contoh Akta Patriot di Amerika Syarikat (AS) - negara yang mendakwa paling menjunjung hak asasi manusia tetapi pada masa yang sama juga negara paling kuat melanggar hak asasi manusia. ''Sehingga kini saya tidak mendapat jawapan mengapa orang terlalu menyanjung AS apabila bercakap tentang hak asasi,'' katanya.

MINGGUAN MALAYSIA: Apa pandangan Prof, tentang pengumuman kerajaan mengenai cadangan memansuhkan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA)?

SHAMRAHAYU A. AZIZ: Seperti kebanyakan orang saya sendiri tidak menjangka sampai ke tahap itu keberanian agenda transformasi Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak. Seperti yang kita sedia maklum ISA hanya untuk dipinda seperti mana dalam ucapan-ucapan awal Perdana Menteri. Apa lagi perihal pindaan ISA sememangnya telah lama diperkatakan dan ada juga cadangan supaya ia dimansuhkan. Cumanya pengumuman Perdana Menteri itu mungkin dalam keadaan banyak orang termasuk saya tidak menjangkakannya ia akan sampai ke tahap akan dimansuhkan.

Adakah keseluruhan ISA itu tidak elok sehingga menuntut ia dimansuhkan?

SHAMRAHAYU A. AZIZ: Sebenarnya yang menimbulkan rasa tidak puas hati adalah pertama mengenai kuasa menteri di mana budi bicara menteri dikatakan terlalu luas. Keduanya, kuasa menteri terlalu banyak sehinggakan semakan kehakiman tidak boleh dilakukan ke atas perintah tahanan yang dikeluarkan oleh menteri. Itu dua isu pokok yang sering dibangkitkan oleh pelbagai pihak sehingga membawa kepada penghapusan ISA. Selain itu tempoh penahanan yang panjang menjangkau 60 hari juga tahanan tidak diberi peluang diwakili peguam serta tidak dinyatakan alasan tahanan juga sering dipersoalkan. Namun bagi saya apa saja yang dibangkitkan mengenai ISA bukan bermakna undang-undang itu tidak bagus atau tidak elok sebaliknya ia lebih kepada penggunaan undang-undang yang harus diperbaiki.

Adakah ISA sememangnya tidak diperlukan?

SHAMRAHAYU A. AZIZ: Kita harus sedar mengapa ISA diperkenalkan pada Ogos 1960. Negara kita diisytiharkan darurat pada tahun 1948 dan Jun atau Julai 1960 kerajaan melahirkan hasrat untuk menamatkan darurat. Hasrat tersebut juga bersangkutan dengan usaha serta langkah kerajaan untuk menangani masalah yang mungkin timbul selepas itu kerana kerajaan mahu menjamin keselamatan rakyat. Yang saya lihat ISA itu dibuat berdasarkan kepada Perkara 149 Perlembagaan iaitu untuk menjaga ketenteraman awam dengan mengawal perkara-perkara subversif. Semasa penggubalan akta itu, Allahyarham Tun Abdul Razak, Perdana Menteri ketika itu menggunakan perkataan undang-undang untuk menangani evil enemy. Tentunya ia merujuk kepada satu niat yang luas dan tidak terhad kepada komunis sahaja.

Ini telah dibuktikan menerusi beberapa kes di mahkamah di negara kita di mana mahkamah merumuskan bahawa skop ISA bukan untuk komunis semata-mata. Bagi saya itu adalah benar, kerana semasa ISA diperkenalkan elemen subversif yang ada hanyalah komunis. Mungkin elemen subversif sekarang ini telah berubah kepada ancaman-ancaman lain. Apabila bercakap mengenai subversif kita seolah-olah telah merendahkan skop ISA kepada komunis sahaja. Seolah-olah juga kita tidak menepati atau mematuhi payung yang ada di dalam Perlembagaan, yang kita lihat tajuk Perkara 149 adalah undang-undang kepada subversif, keganasan terancang dan ketenteraman awam, itu tiga benda yang kita nak jaga, itu sebenarnya salasilah ISA bukan komunis sahaja.

Jadi kita lihat apa yang diperuntukkan di dalam Perlembagaan itu sudah cukup untuk kita mengatakan ISA adalah undang-undang untuk menahan atau menghalang aktiviti subversif yang mendatangkan kemudaratan kepada negara. bukan hanya tersekat kepada komunis. Apa pun saya lihat apabila komunis meletakkan senjata, saya percaya komunis antarabangsa sentiasa bergerak, jadi kita tak boleh ambil mudah. Seterusnya kegiatan subversif yang lain dan keganasan terancang ini sememangnya berlaku. Mungkin polis Diraja Malaysia mengetahui tentang kegiatan seperti ini tetapi kita orang awam tidak tahu tentang itu. Bagi saya rakyat yang cintakan negara dan mahukan negara yang aman makmur maka saya fikir adalah satu keperluan untuk ada undang-undang begini atas dasar ia juga diperuntukkan oleh Perlembagaan. Kita dokong ketinggian Perlembagaan dan perkara 149 masih ada di dalam Perlembagaan, jadi ia kekal begitu, adakah kita mahu membuang 149 daripada Perlembagaan? Setakat ini tiada orang pernah mencadangkan ini dan saya tidak menyokong kalau ada orang mencadangkan sedemikian. Apa yang saya nak katakan di sini perkara 149 menjadi payung kepada undang-undang seperti ISA dan mungkin akta yang bakal menggantikan ISA.

Tetapi banyak pihak tidak melihat begitu sebaliknya melaungkan tentang hak asasi sebagai asas untuk memansuhkan ISA dan menolak undang-undang yang serupa?

SHAMRAHAYU A. AZIZ: Saya tidak nafikan seperti yang dibangkitkan oleh banyak pihak tentang kadangkala ada berlakunya penggunaan kuasa terlebih oleh menteri. Tetapi tidak bermakna undang-undang bagi mengekang jenayah terancang dan elemen subversif ini tidak diperlukan atau ISA dihapuskan tanpa digantikan akta baru semata-mata kerana kuasa yang terlalu luas pada menteri. Kalau yang dikatakan undang-undang itu tidak terlalu betul maka kita masih ada peluang untuk meminda dan menambah baik supaya undang-undang itu menjadi lebih baik. Sebenarnya asal usul ISA kita benarkan semakan kehakiman, tetapi satu pindaan dibuat iaitu memasukkan seksyen 18b menyebabkan semakan kehakiman ke atas perintah tahanan ISA oleh menteri terbatal. Satu lagi kita juga ada pengukuhan dalam amalan tahanan tanpa bicara yang selalu jadi hujah, kita ada Perkata 151 Perlembagaan mengenai adanya lembaga penasihat, tetapi kebanyakan orang tidak begitu beri perhatian kepada fungsi lembaga penasihat. Saya fikir kita harus naikkan peranan lembaga penasihat dan perkenalkan kepada masyarakat. Langkah paling perlu adalah memantapkan lembaga penasihat itu supaya ia berperanan sebagai penapis kepada penyalahgunaan kuasa. Keduanya mengenai hak asasi. saya selalu sebut hak asasi untuk semua orang majoriti dan minoriti. Misalnya dalam negara kita hanya dua peratus penjahat manakala berjuta-juta lagi orang yang hidup orang hidup aman makmur tidur lena, jadi hak asasi itu bukan mengorbankan diri minoriti tetapi bila ada berlaku sesuatu yang pada pandangan pihak polis boleh mendatangkan bahaya kepada negara maka kita terpaksa mengabaikan dan mengetepikan hak asasi sesetengah orang yang kecil bilangannya bagi manfaat orang yang lebih banyak.

Jadi di mana silap faham tentang ISA dan mungkinkah akta baru nanti dianggap sama?

SHAMRAHAYU A. AZIZ: Silap faham tentang ISA adalah kerana gagal menyerlahkan mekanisme menapis penyalahgunaan kuasa ini. Pembangkang lebih memberi tumpuan kepada penyalahgunaan kuasa daripada kebaikan ISA, jika udang-undang itu tidak baik saya tidak rasa Suruhanjaya Reid memberi perhatian kepada perkara ini. Laporan Reid menyebut tentang perlunya undang-undang seperti ini sebab itu wujudnya Perkara 149. Sehingga kini tidak ada cadangan membuang peruntukan tersebut maknanya rakyat masih faham bahawa kita perlukan undang-undang sebegini. Bagi mencari titik pertemuan antara hak asasi individu dan hak asasi orang awam yang lebih ramai, itu yang kita perlu tapis kuasa menteri, bukan beri sewenang-wenangnya kuasa kepada menteri tanpa ada semakan mahkamah.

Maknanya tidak timbul soal ISA lapuk dan tidak relevan dengan keadaan sekarang?

SHAMRAHAYU A. AZIZ: Undang-undang seperti ini diperkenalkan Amerika Syarikat selepas insiden 11 September 2001. Selepas kejadian tersebut negara yang dikatakan mempunyai hak asasi paling tinggi sekarang ada undang-undang yang begitu mengongkong dan menyekat hak asasi. Negara jiran Singapura juga begitu dan mereka begitu yakin bahawa undang-undang sebegini memang diperlukan. Saya rasa tiada negara di dunia yang boleh bebas dari ancaman subversif jadi kita sediakan payung sebelum hujan, saya yakin undang-undang sebegini masih sama ada namanya ISA atau akta yang baru relevan setiap ketika tetapi format dan butiran terperincinya mestilah menepati matlamat.

Adakah dengan adanya kuasa semakan kehakiman, kuasa menteri dan hak tahanan benar-benar dapat diimbangi?

SHAMRAHAYU A. AZIZ: Mereka yang dipilih oleh rakyat di Parlimen mestilah bertegas jika kita benar-benar mahu membuat undang-undang baru berkaitan subversif. Pada saya apa yang dikatakan penapisan tadi tidak lain terletak kepada kehakiman. Ini bagi membolehkan seseorang yang ditahan di bawah akta baru kelak dibawa kepada mahkamah jika mereka tidak berpuas hati. Satu lagi dengan melebarkan kuasa badan kehakiman atau memperkasa lembaga penasihat tadi. Satu lagi tempoh tahanan perlu dikurangkan walaupun polis mungkin ada alasan sendiri berbuat demikian terutama dalam menangani keganasan terancang yang susur galurnya di luar negara tentunya memerlukan masa yang banyak untuk melakukan siasatan.

Bagaimana untuk mengimbangi tuntutan hak asasi manusia dan pada masa yang sama mengekang elemen subversif?

SHAMRAHAYU A. AZIZ: Jika kerajaan mengekalkan ISA sekali pun masih terdapat keperluan mengimbangi jeritan terhadap hak asasi. Hak asasi bukan lagi bisikan tetapi kini rakyat sudah menjerit untuk mendapat hak asasi yang lebih besar. Orang kata kita jangan biarkan rakyat menjerit sebaliknya kita dengarkan bisikan. Namun walaupun ada jeritan tentang hak asasi ada masanya kita perlu lihat apakah hak asasi itu untuk kepentingan individu tertentu atau keseluruhan rakyat yang besar bilangannya. Seperti yang saya sebutkan kita terpaksa mengorbankan hak asasi lain untuk kepentingan lebih besar. Apabila hak asasi minoriti bertembung dengan hak asasi majoriti maka kita pilih kemudaratan yang lebih kecil yang lebih mendatangkan merbahaya kepada keseluruhan negara. Saya ingin tarik perhatian tentang Perkara 149 yang jelas menyebut boleh menafikan hak asasi dalam Perkara 5, 9, 10 dan 13 di mana Perlembagaan membenarkan penafian hak. Maka jika kita mendokong Perlembagaan. peruntukan tersebut juga perlu didokong. Saya percaya di mana-mana bahagian di dunia tidak ada hak asasi yang mutlak. Saya sambut baik janji Perdana Menteri bahawa tidak akan menggunakan atas alasan politik semata-mata, tetapi saya fikir ada kemungkinan ahli politik akan menyalahgunakan kebebasan itu. Itu yang saya takutkan.

Bagaimana mahu mengatasi ketakutan itu?

SHAMRAHAYU A. AZIZ: Kita semua tahu orang politik mempunyai pengaruh yang amat besar, adakalanya sehingga menimbulkan keresahan di kalangan masyarakat. Janji Perdana Menteri adalah sesuatu yang mesti direnung, kalau ada bukti mereka berkaitan dengan evil enemy maka ada alasan untuk ditahan menggunakan akta yang berkenaan, bukan kerana mereka pembangkang atau sesiapa pun hanya kerana boleh memudaratkan ketenteraman awam. Saya ingin jelaskan ada di kalangan kita yang terkeliru antara Perkara 149 dan 150 sehingga menyebut negara sudah tidak ada darurat maka ISA juga tidak diperlukan lagi. Perihal darurat disebut di bawah Perkara 150, manakala Perkara 149 berkaitan dengan subversif, keganasan terancang dan ketenteraman awam. Ini bermakna walaupun negara bebas dari darurat pada tahun 1960 tetapi ISA tidak mansuh secara automatik. Peruntukan undang-undang amat jelas di mana kita boleh ada ISA dalam ruang bukan darurat. Jadi saya berharap rakyat tidak terkeliru, hakikatnya kita sentiasa memerlukan undang-undang yang mengekang subversif dan mendatangkan kemudaratan kepada negara biar apa pun namanya.

Apa perkara penting yang mesti ada dalam akta baru?

SHAMRAHAYU A. AZIZ: Mengimbangi antara hak individu dan hak kemaslahatan umum selain tempoh tahanan lebih pendek, mengawal kuasa menteri supaya budi bicaranya tidak terlalu luas dan beri semakan kehakiman. Biasanya undang-undang yang kita gubal begitu cantik tetapi ia tidak berjalan dengan cantik. Ini kebiasaannya disebabkan pelaksana undang-undang itu gagal memahami dan gagal memainkan undang-undang mengikut laras garisan yang ditentukan. Kita memerlukan kematangan di peringkat pelaksana dan kematangan rakyat juga. Kita mahu undang-undang yang lebih lembut supaya rakyat mendapat manfaat dari segi hak asasi, tetapi kita kena ingat rakyat juga kena matang macam orang kata it's takes two to tango. Setakat mana kematangan rakyat memahami soal ketenteraman itu perlu kita nilai sendiri daripada apa yang telah berlaku di negara kita. Saya tidak nafikan semua rakyat cintakan keamanan tetapi bagaimana kita meletakkannya di tempat yang utama. Kita juga mesti menghormati mereka yang tahu tahap keselamatan negara, kita mungkin bergembira, tidur lena tetapi polis atau askar tahu apa yang berlaku, berikan kepercayaan kepada mereka dan ahli dalam bidang itu. Kalau kita saling pertikai kredibiliti pihak berkuasa, kita tak akan capai matlamat untuk keamanan negara walaupun undang-undang itu liberal.

Apa yang perlu dilakukan kerajaan sebelum membentangkan undang-undang baru yang amat penting itu di Parlimen?

SHAMRAHAYU A. AZIZ: Mungkin kerajaan telah membuat persiapan rapi dengan mengambil pandangan pelbagai pihak sebelum membuat pengumuman pemansuhan ISA. Apa yang pasti saya tidak mahu lihat undang-undang yang kita perkenalkan nanti meniru dari negara lain. Kita tidak mahu Akta Patriot yang digubal di Amerika Syarikat dibawa bulat-bulat ke dalam akta baru kita, apatah lagi AS bersedia menawarkan pertolongan kepada kita dalam memperkenalkan akta baru itu. Ingin saya tegaskan walaupun AS berpengalaman menangani keganasan tetapi soal ketenteraman awam itu adalah versi mereka. Kita lebih mengenali masyarakat kita, oleh itu kita harus ada undang-undang yang begitu etnik dan berasal dari negara kita sendiri. Ini kerana apa juga ciri-ciri subversif kepada AS atau negara lain mungkin tidak pada kita, kemudaratan bagi mereka mungkin tidak pada kita. Apatah lagi kita mempunyai komposisi masyarakat berbilang kaum yang amat etnik dan pelbagai agama, jauh beza dengan negara lain. Fabrik masyarakat kita amat unik dan hanya kita yang mengetahui sama ada kita memerlukan sesuatu undang-undang itu. Ia juga mesti berdasarkan norma, budaya dan kehendak orang kita. Satu referendum jika dapat dibuat juga sangat bagus selain perbincangan dengan pihak berkuasa, polis dan askar apakah masalah mereka dalam penguatkuasaan undang-undang dan hak asasi. Bukan pemimpin politik saja boleh bincang pasal hak asasi ini, malah kadang-kadang hak asasi yang sering dinobatkan mendatangkan kemudaratan. Saya bukan tidak menyokong hak asasi tetapi bagi saya hak asasi melampau dengan pentingkan diri dan individu tertentu adalah sesuatu yang tidak boleh diterima. Sesuatu undang-undang yang dibuat berdasarkan sentimen politik tidak akan bertahan lama apatah lagi jika ia berkaitan keselamatan dan ketenteraman awam.

Jika kita lihat Akta Patriot dan Akta Anti Keganasan di Britain lebih menafikan hak asasi malah ia sebenarnya bertentangan dengan akta hak asasi. Perkara-perkara seperti membenarkan phone tapping dibenarkan di bawah akta tersebut sedangkan di negara kita perkara itu tidak dibenarkan sama sekali. Akta-akta tersebut juga telah dicabar di mahkamah. Kalau benar mereka pendokong hak asasi manusia tentunya Osama Laden tidak dibunuh dan dicampakkan ke laut sedemikian rupa. Saya sentiasa berfikir kenapa hak asasi di Amerika menjadi idola sehingga kini masih belum mendapat jawapan. Bagi saya ia sangat tidak sesuai kerana AS adalah penceroboh hak asasi paling besar di dunia dan tidak layak menjadi negara contoh. Kita mesti ingat ISA adalah lebih longgar berbanding Akta Patriot malah jika dibandingkan dengan akta yang sama di negara lain Malaysia paling lembut.

Maknanya apa pun yang dibangkitkan, ISA tetap terbukti berjaya menjaga ketenteraman negara?

SHAMRAHAYU A. AZIZ: ISA telah menunjukkan kejayaan, saya bukan nak katakan ISA semata-mata sebab negara kita mempunyai undang-undang yang lengkap. Kita tahu ramai tahanan ISA dahulu memang terlibat dalam elemen subversif, tanpa ISA kita lebih mudarat. Tahanan ISA dibebaskan bukan kerana kes tidak boleh dibuktikan di mahkamah tetapi tidak mencukupi bukti untuk dibawa ke mahkamah selain faktor proses mahkamah itu sendiri dan pendakwaan yang lemah. Harapan saya akta baru kelak dapat mengimbangi kehendak majoriti dan minoriti. Nilai mana yang buruk dan baik. Jangan hanya pandang yang buruk sehingga lupa kepada kebaikan. Setiap idea transformasi kalau ada kebaikannya kita raikan, kalau tidak kita lakukan penambahbaikan. Kerajaan sendiri telah menunjukkan engagement dengan rakyat menerusi Twitter, laman-laman sosial dan pelbagai platform lagi, justeru tidak salah lontarkan pandangan tetapi mestilah menjurus kepada ketenteraman dan keamanan negara demi anak cucu kita pada masa depan.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Hiburan

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Hiburan


Letaklah harga masa laku ini

Posted:

Letaklah harga masa laku ini

Letaklah harga masa laku ini

JOYAH terkejut dengan 'pertelingkahan' yang melanda Ketua Produksi Drama & Filem, Primeworks Studios, Jalena Rejab dan pelakon cantik Rozita Che Wan. Semuanya pasal harga Rozita yang dikatakan tak masuk akal.

Dulu Rozita janji nak menerima tawaran sekian-sekian harga tapi akhirnya mahu menaikkan harga bayaran kepada RM3,000 untuk satu episod.

Lalu terdengarlah keluh-kesah Jalena yang menyebut harga untuk pelakon senior macam Rozita hanya RM1,500 hingga RM3,000 sahaja. Yang paling tak tahan siap banding dengan harga pelakon muda yang lain lagi tu.

Dalam isu ini Joyah terang-terang berpihak kepada Rozita. Bukan sebab Rozita cantik, tetapi Joyah mahu hak artis ditegakkan. Yang mendapat untung orang produksi dan stesen tv juga kalau drama bersiri tu popular.

Ini hak artis. Bila dia nak naik harga sebanyak itu buat apa orang produksi nak membebel mengata macam-macam. Kalau tak mampu bayar pergilah cari artis lain seperti mana yang ditawarkan itu.

Bila kita bercakap macam ni, orang kata kita bongkak. Tapi yang meletakkan harga kepada artis adalah orang produksi. Bila harga sudah digred mengikut harga mereka sampai bila anak seni kita nak naik harga?

Padahal muka mereka yang menjadi pelaris pada stesen tv. Iklan masuk berduyun-duyun sebab rating tinggi. Esok lusa bila kulit Rozita dah berkedut, agak-agak berapa sahaja yang orang produksi nak bayar? Mereka juga nak cari makan dan nak hidup macam orang lain. Sesekali hormatilah hak mereka juga.

Nasihat Joyah pada Rozita, jangan mengalah dalam isu harga ni. Kalau bayaran kita pun orang lain nak tentukan, apa lagi yang tinggal? Apa lagi hak artis yang ada dalam isu macam ni? Kalau Rozita tak tegakkan hak dia, siapa lagi nak berjuang untuk dia?Persatuan?Jangan haraplah, cakap saja berkobar-kobar.

Joyah tidak bercakap atas dasar Rozita semata-mata tetapi tentang kepentingan anak seni kita. Tengah laku orang panggil, bila dah tak laku tak ada siapa nak pandang. Percayalah.

Lebih mengguris kalbu, lepas tu hantar ke stesen tv, mereka putar cerita tu berpuluh-puluh kali. Hmmm... Ramai yang makan hati sebenarnya.

Apabila si cantik jadi popular

Posted:

Apabila si cantik jadi popular

Apabila si cantik jadi popular

Katarsis Kualong

IA bukanlah cubaan untuk membunuh diri. Sekadar kejadian tersalah makan ubat. Ini ekoran masalah kesihatan lain yang membuatkan dia terpaksa bergantung hidup kepada beberapa jenis ubat-ubatan.

Demikian penjelasan Marsha Londoh dalam temu bual panjang saya dengannya, dua hari lepas.

Bila Marsha dikatakan membuat cubaan untuk mengakhiri kehidupannya dengan cara menelan 30 biji pil sekaligus, hati saya memang bagaikan tidak percaya.

Saya terfikir, apakah wanita yang hampir sempurna dan memiliki pakej lengkap seperti Marsha, sanggup mengambil tindakan sebegitu bodoh?

Saya sendiri sukar untuk percaya dan Marsha sendiri mengatakan bahawa dia tidak sebodoh itu. Untuk mengatakan dia sebagai wanita sempurna memang salah sama sekali kerana kesempurnaan bukan milik sesiapa sekalipun.

Bagaimanapun Marsha boleh digariskan sebagai antara wanita yang memiliki banyak tuah, nama, kerjaya yang baik, cantik dan potensi diri untuk lebih jauh ke depan.

Terfikir saya, apakah dengan kehidupan yang serba baik itu, dia perlu mengakhirinya dengan tiba-tiba, membuat keputusan membunuh diri?

Saya membuat kesimpulan, daripada mendengar cerita orang yang tidak tahu hujung pangkal, lebih afdal mendengar daripada mulut empunya diri.Jadi, daripada mendengar cerita mulut orang lain, lebih baik baca saja apa pengakuan Marsha di muka surat 8 dan 9 Pancaindera.

Sememangnya dugaan menjadi wanita cantik, sangat besar, apatah lagi jika mereka adalah golongan artis.

Malah, tidak kurang yang cetek pemikiran melihat golongan artis cantik ini dengan pandangan sebelah mata, selayang pandang. Seolah-olah langsung tidak mempunyai harga kerana kerjaya mereka yang menjadi tumpuan orang.

Pun pada pandangan peribadi saya, kalau seorang artis itu dermawan sifatnya, baik budinya, selesa tingkah lakunya, masih ada tempat yang baik disisi-Nya. Mungkin saya salah, maafkanlah.

Tetapi kalau seseorang artis itu berusaha keras dan berkerjaya, kemudian menanggung keluarga, membantu keluarga susah menyekolahkan adik- beradik yang tidak mampu, apakah langsung tidak ada ganjaran mulia yang diterima?

Saya bukan taksub kepada golongan artis sementelah menjadi wartawan seni dan hiburan hampir 18 tahun. Saya akui, banyak insan seni kita yang sudah jauh tersasar dan rosak akhlaknya, pun kalau kita juga manusia biasa, siapalah kita untuk mengukur dosa dan pahala sesama manusia lain? Kawan, jangan cepat menghukum kerana sebagai manusia, kita sendiri tiada sempurna.

Sama kesnya dengan pelakon Watie Elite yang kisahnya boleh dibaca di muka surat 12 dan 13. Kepada wartawan Pancaindera, dia bercerita betapa hidupnya tidak pernah tenang dek fitnah orang.

Caci dan keji menjadi makanan kehidupan, harga diri hilang melayang pada pandangan orang.

Kepada mereka yang suka menghina, apa sebenarnya yang mereka dapat? Kepuasan kerana menghina dan mengeji? Kalau kerana itu, mereka inilah yang sebenarnya sakit, menunggu untuk diubati.

Tidak salah menegur atau mengkritik, tetapi jika labelnya sudah sampai ke tahap menghina, sekali lagi saya tanya, siapa kita untuk menghina insan ciptaan-Nya yang lain?

Sempurna sangatkan diri kita lalu dengan mudah menjatuhkan hukum dan menilai hanya daripada cara mereka berpakaian, bergambar atau membuat persembahan di pentas?

Pesanan ini saya tujukan buat diri sendiri, juga kepada mereka yang suka dan benci kepada golongan seni. Saya tahu, di luar sana, melalui komunikasi maya di internet, blog dan e-mel, semakin banyak kisah buruk artis yang dipaparkan dengan sewenang-wenangnya.

Lebih teruk lagi, sebahagiannya menggunakan kata-kata 'maha kesat' sehinggakan kita sendiri tidak mampu untuk membacanya sehingga ke titik terakhir. Tanggapan saya, orang yang menulis hanya untuk mengutuk dan menghina, hanya akan membawa keaiban buat diri sendiri.

Disebalik cerita ini semua, saya teringat perbualan dengan seorang kawan.

"Nasib baik aku tak cantik, jadi wartawan sajalah. Kalau cantik, sudah lama aku jadi artis. Dapat berkahwin dengan Datuk kaya, macam Zizie Ezzette tu," kata kawan yang sentiasa manis itu. Hmmm...ke situ pula fikirnya.

Selamat berhujung minggu.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Keluarga

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Keluarga


Maizirah OKU serba boleh

Posted:

Maizirah OKU serba boleh

Maizirah OKU serba boleh

Oleh BINTU RASYADA A. RAHMAN
bintu.rahman@utusan.com.my
Foto ROY AZIS ABDUL AZIZ


Maizirah suka berdikari.


DENGAN dibantu dua tongkat, dia melangkah keluar dari kereta yang dipandu. Bagi yang tidak mengenalinya, pasti tidak menyangka bahawa si pemandu kenderaan tadi seorang insan kurang upaya.

Kecekapannya memandu sama seperti mereka yang sempurna. Dan sememangnya wanita berusia 49 tahun ini mengakui, tiada apa yang membezakan dirinya dengan insan lain kecuali hanya satu kaki yang hilang.

"Selagi kudrat saya ini mampu digerakkan, tidak sama sekali saya ingin meminta-minta, malah kalau terdaya saya yang akan memberi," demikian tutur wanita bernama Maizirah Alang Mohd Zin memulakan bicara.

Bertempat di Pusat Aktiviti Kanak-Kanak Batu Gajah, Perak, ibu tabah ini menceritakan kisah hidupnya. Kehilangan satu kaki akibat ditimpa kemalangan dua minggu selepas mendirikan rumah tangga merubah 360 darjah kehidupannya. Menurutnya, kejadian yang berlaku sekitar tahun 1984 itu pada mulanya cukup memberi kesan dalam hidupnya.

"Pada mulanya memang rasa susah nak terima keadaan diri. Bayangkan kita sudah biasa bergerak ke sana sini. Disebabkan kemalangan itu, saya kehilangan sebelah kaki. Mujurlah ada keluarga yang membantu memberi semangat. Akhirnya saya akur dengan ketentuan Ilahi," katanya.

Bermula dari situ, Maizirah tekad untuk meneruskan hidup seperti biasa. Dia menjalani pembedahan demi pembedahan bagi memperbetulkan kakinya. Cubaan memakai kaki palsu gagal kerana kulitnya mengalami alahan teruk. Lalu berbekalkan tongkat, wanita tabah ini melakukan kerja-kerja harian seperti biasa.

Ternyata semangat ibu kepada Nurshafawati Zafirah Ahmad Tajuddin, 23 dan Muhammad Noor Sabqi Waqiuddin, 21 ini luar biasa sekali.

Bukan setakat diri diuji dengan kemalangan yang hampir meragut nyawa, naluri keibuannya turut tersentuh tatkala dua daripada empat cahaya matanya meninggal dunia sejurus dilahirkan.

"Mungkin itu antara ujian yang perlu saya lalui. Saya yakin ada hikmah yang tersembunyi di sebaliknya. Sedih memang sedih, namun hidup tetap perlu diteruskan," katanya.

Tidak cukup dengan itu, rumah tangganya turut bergelora. Akhirnya setelah memikirkan sehabisnya, dia dan suami mengambil kata putus untuk berpisah pada tahun 2000.

Bagi Maizirah, biarlah dia hidup sendiri membesarkan anak-anak daripada hidup bersama namun tiada bahagianya. Mujurlah dia memiliki kemahiran dalam pelbagai bidang. Justeru, mencari nafkah untuk membesarkan anak-anak bukanlah sesuatu yang janggal walaupun sudah bergelar OKU.

Setiap kali menjelang hari raya, Maizirah akan mengambil tempahan menjahit baju. Wanita ini turut memiliki kepakaran memasak dan turut menjadi tenaga pengajar di Kolej Komuniti. Adakalanya, dia juga menerima tempahan katering untuk pelbagai jenis juadah.

Dalam usaha menambah pendapatan keluarga, Maizirah juga terlibat dalam pelbagai jenis jualan langsung.

halangan

Bagi Maizirah, walaupun kini bergelar OKU, itu bukan halangan untuk melakukan pelbagai jenis kerja yang dilakukan insan normal yang lain.

"Saya cuma tak ada kaki, namun masih mampu bergerak dan berkerja. Itu sahaja dah cukup. Bila lihat penderitaan orang lain yang lebih susah, hati saya lagi tersentuh," katanya.

Tidak hanya ligat mencari nafkah untuk menampung keluarga sendiri, wanita ini turut aktif dalam pelbagai bidang yang mendekatkan dirinya dengan masyarakat.

Selain terlibat dengan Persatuan OKU dan Persatuan Ibu Tunggal peringkat bahagian, dia juga merupakan ahli jawatankuasa Persatuan Pemadam Batu Gajah. Lebih membanggakan, Maizirah pernah menyertai pertandingan boling OKU dan berjaya mendapat tempat ketiga peringkat negeri Perak.

Wanita serba boleh ini menyeru mereka yang senasib dengannya agar tidak mengharapkan bantuan daripada masyarakat semata-mata.

"Sampai bila kita perlu bergantung kepada orang lain. Jika benar kita tidak berdaya itu tak mengapa, tapi ada juga yang suka mengambil kesempatan," katanya dalam nada yang sedikit kecewa.

Justeru beliau turut berharap, pihak bertanggung-jawab memberi peluang kepada insan sepertinya untuk berdikari dan menjalani hidup seperti insan biasa yang lain.

Ejakulasi awal punca merajuk

Posted:

Ejakulasi awal punca merajuk

Ejakulasi awal punca merajuk


BENARKAH pramatang ejakulasi (PE) dikaitkan dengan masalah pancut awal menganggu hubungan suami isteri? – Gambar hiasan


Soalan:
DALAM satu perbualan antara rakan-rakan saya di pejabat, ada antara mereka pernah mengadu merajuk dengan suaminya kerana terlalu cepat mencapai ejakulasi ketika mereka melakukan hubungan seks.

Saya sendiri pernah mendengar tentang ejakulasi pramatang (PE) yang selalu dialami oleh kaum Adam. Doktor, mengapa perkara ini berlaku, apakah maksud sebenar PE dan bagaimana untuk mengatasinya.

Melur, Selangor

Jawapan

PE didefinisikan sebagai satu keadaan yang menyebabkan lelaki memancutkan air maninya terlalu cepat sebelum masanya. Klimaks selalunya mendahului kehendak lelaki itu sendiri mahupun pasangannya sehingga tidak sempat memberi dan merasakan kepuasan yang lebih lama dalam hubungan seksual.

Ia boleh dikenali sebagai keadaan perubatan yang boleh memberi kesan kepada mana-mana lelaki yang boleh dikenal pasti melalui:

*Pancutan yang berlaku dalam masa seminit atau kurang selepas masuk ke dalam vagina.

*Langsung tidak mampu mengawal pancutan dengan cepat setiap kali hendak atau masuk ke dalam vagina.

*Menyebabkan perlakuan negatif seperti stres, kekecewaan ataupun terus mengelak melakukan hubungan seks.

Antara rawatan yang disarankan adalah komunikasi antara pasangan, pendidikan psiko-seksual, strategi pemikiran dan perbuatan. Ini termasuk beberapa teknik seperti stop-start (Semens 1956 iaitu berhenti, kemudian mula. Selain itu, squeeze (Master and Johnson 1970) iaitu tahan pancutan dengan memegang atau memicit dan stop-pause (Kaplen 1980) iaitu berhenti dan tunggu.

kombinasi faktor fisiologi dan psikologi dipercayai mempengaruhi mekanisme ejakulasi. Penyelidikan mendapati bahawa serotonin, sejenis neurotransmiter (seperti penghantar isyarat kimia dalam otak) yang juga membantu mengawal tidur dan selera, menyederhanakan mood dan mengurangkan kesakitan, memainkan peranan penting menentukan masa ejakulasi.

Matlamat utama bagi terapi PE, tidak kira sama ada berbentuk farmakologi atau tingkah laku ialah untuk meningkatkan kawalan terhadap ejakulasi. Ia mungkin menghasilkan tahap kepuasan seks yang lebih tinggi bagi lelaki dan pasangannya, atau mengurangkan keresahan peribadi atau masalah keintiman yang timbul.

Dalam pada itu, ubat yang diiktiraf ialah Dapoxetine.

Bukan penyebab ketidaksuburan

Soalan

SAYA berumur 35 tahun dan baru tiga tahun berkahwin dan masih belum dikurniakan anak. Saya merasakan diri saya mungkin berhadapan dengan masalah PE. Adakah masalah saya ini petanda saya tidak subur hingga menyukarkan memperolehi anak? Apakah yang perlu saya lakukan?

Lelaki Delima

Jawapan

PE sebenarnya tidak menyebabkan ketidaksuburan tetapi ia boleh menyukarkan seseorang wanita sukar mengandung terutamanya apabila pancutan berlaku sebelum ia masuk ke dalam vagina. Ia juga memberi kesan kepada emosi, fizikal dan mental seseorang lelaki. Melalui pengalaman pesakit PE, kebanyakan mereka mempunyai keyakinan diri yang rendah, murung dan tertekan. Emosi dan perasaan mereka kadang-kadang tidak menentu, resah, cepat baran atau marah dan menjejaskan rutin seharian mereka dalam jangka masa yang panjang.

Saya nasihatkan anda berjumpa pakar, lakukan pemeriksaan untuk menjalani rawatan yang betul.

Jejas hubungan intim?

Soalan

BENARKAH pramatang ejakulasi (PE) dikaitkan dengan masalah pancut awal menganggu hubungan suami isteri? Adakah ia satu penyakit serius? Kebiasaannya, apakah yang akan doktor lakukan untuk memeriksa sama ada seseorang lelaki menghidap penyakit ini?

JJ, Perak

Jawapan

Ya, PE bermakna pancutan terlalu cepat dan ia merupakan punca yang selalu dikaitkan dengan masalah seksual. Mengikut kajian, sehingga 29 peratus lelaki mungkin menghidap PE di Malaysia. Ia menjadi serius apabila menjadi punca hubungan suami isteri tidak bahagia dan tertekan. Dalam beberapa kes PE yang dapat dikesan, rumahtangga terjejas hanya kerana masalah kecil dalam hubungan seks suami isteri.

Apabila pesakit berjumpa doktor, analisis dan sejarah seksual pesakit akan diambil untuk diagnosis PE. Saya menggalakkan pasangan iaitu isteri turut hadir berjumpa doktor untuk berbincang dan mendapatkan maklumat seksual mereka dengan lebih tepat.

Dalam pada itu, kaum lelaki perlu sedar bahawa PE adalah masalah perubatan yang boleh menjejaskan hubungan intim dan kualiti kehidupan. Justeru itu, mereka perlu segera berjumpa doktor untuk mendapatkan bantuan.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Johor

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Johor


JPNIN, PDRM tingkat kerjasama

Posted:

JPNIN, PDRM tingkat kerjasama

JPNIN, PDRM tingkat kerjasama

Oleh NOR AZAN FITRI AHMAD HIDZIR
utusanjohor@utusan.com.my


MOHD. Mokhtar Mohd. Shariff (duduk, kanan) dan Rajali Mudin (duduk, kiri) menandatangani MOU sambil disaksikan oleh M. Asojan (berdiri dua dari kiri) pada majlis menandatangani Nota Persefahaman Kerjasama Strategik antara Jabatan Perpaduan Negara Dan Intergrasi Nasional Negeri Johor Dan Polis Diraja Malaysia Negeri Johor di Le Grandeur Palm Resort, Senai, Johor Bahru semalam.


JOHOR BAHRU 23 Sept. – Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional (JPNIN) akan menjalin kerjasama dengan Polis Diraja Malaysia (PDRM) bagi membantu mencapai matlamat mengurangkan kadar jenayah di negeri itu.

Pengerusi Jawatankuasa Perpaduan, Sumber Manusia, Sains, Teknologi dan Inovasi negeri, M. Asojan berkata, melalui jalinan kerjasama itu juga pihaknya akan memberikan latihan kepada pegawai serta anggota rukun tetangga dan peronda skim rondaan sukarela melalui taklimat, ceramah termasuk kursus.

Beliau berkata, pihaknya akan turut sama memerangi jenayah dengan membantu menyalurkan maklumat berkaitan keselamatan dan ketenteraman awam serta konflik melibatkan perkauman.

"Kita juga akan menggalakkan ahli rukun tetangga dan skim rondaan sukarela untuk menjadi ahli Rakan Cop secara berkelompok agar mereka dapat menjadi mata dan telinga kepada polis. Mereka ini juga akan dilibatkan dengan aktiviti masyarakat dan pencegahan jenayah berdasarkan konsep kepolisan komuniti.

"Melalui jalinan kerjasama ini juga kami yakin dapat membantu pihak polis untuk menurunkan kadar jenayah," katanya ketika berucap pada majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) antara JPNIN dan PDRM, di Le Grandeur Palm Resort, Senai, dekat sini hari ini.

Sementara itu, Ketua Polis Johor, Datuk Mohd. Mokhtar Mohd. Shariff berkata, kerjasama yang terjalin itu merupakan sesuatu yang sangat bermakna kepada semua pihak bagi membantu meningkatkan tahap keselamatan di negeri ini.

Beliau berkata, ia secara tidak langsung memberi ruang kepada semua untuk memainkan peranan dalam usaha menurunkan kadar jenayah di seluruh negeri.

"Kita akan memantau pelaksanaan program-program yang dirancang bagi memastikan kerjasama ini dilaksanakan dengan sebaik mungkin," katanya.

PPDNKK rampas komputer, perisian cetak rompak

Posted:

PPDNKK rampas komputer, perisian cetak rompak

PPDNKK rampas komputer, perisian cetak rompak

JOHOR BAHRU 23 Sept. - Pejabat Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (PPDNKK) negeri merampas dua buah komputer dan empat perisian cetak rompak bernilai RM8,000 dalam serbuan ke atas sebuah premis di Taman Universiti, dekat sini semalam.

Serbuan pada pukul 5 petang itu adalah hasil kerjasama agensi terbabit dengan seorang pegawai syarikat perisian komputer yang menyamar sebagai pelanggan.

Ketua Pegawai Penguat Kuasa PPDNKK negeri, Abd. Hamid Abu Bakar berkata, taktik tersebut berjaya memerangkap premis itu yang menjual komputer baru tetapi dipasang dengan perisian cetak rompak.

"Apabila pegawai tersebut memeriksa komputer yang dibeli itu didapati ia dilengkapi dengan perisian cetak rompak dan bukti itu dimaklumkan kepada PPDNKK.

"Tiga kakitangan kami dan seorang pekerja syarikat terus melakukan pemeriksaan dan merampas dua komputer serta perisian haram itu," katanya kepada pemberita di Rumah Terbuka Aidilfitri PPDNKK di Menara Ansar, di sini hari ini.

Katanya, premis itu milik seorang lelaki berusia dalam lingkungan 30-an dan kes tersebut disiasat di bawah Akta Hak Cipta 1987 dan jika sabit kesalahan boleh didenda sehingga RM20,000 bagi setiap salinan cetak rompak atau penjara maksimum lima tahun.

Kata Abd. Hamid, serbuan terhadap premis yang menjual perisian cetak rompak itu merupakan kali pertama di sini dalam tahun ini dan akan dilakukan dari semasa ke semasa.

Beliau menasihatkan pelanggan supaya berhati-hati dan tidak tertipu dengan perisian cetak rompak semasa membeli komputer.

Dalam pada itu, beliau berkata, PPDNNK juga memantau beberapa premis di Wisma Landmark, Skudai Parade dan Danga City Mall di sekitar bandar raya ini bagi memastikan tiada kegiatan seperti itu.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Selatan

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Selatan


Judi haram: 4 PBT pantau rapi

Posted:

Judi haram: 4 PBT pantau rapi

Judi haram: 4 PBT pantau rapi

Oleh RIZANIZAM ABDUL HAMID
utusanmelaka@utusan.com.my

MELAKA 23 Sept. - Empat pihak berkuasa tempatan (PBT) di negeri ini memberi jaminan melakukan pemantauan rapi setiap hari di 266 kafe siber berlesen di kawasan tadbiran masing-masing bagi memastikan ia tidak disalah guna untuk kegiatan perjudian haram.

Majlis Perbandaran Alor Gajah (MPAG) dua minggu lalu memutuskan untuk tidak mengeluarkan lagi lesen kafe siber dalam usaha memantau 32 premis sedia ada bagi mengekang penyalahgunaan lesen itu.

Dua lagi PBT iaitu Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) dan Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya (MPHTJ) juga bertindak demikian apabila kali terakhir meluluskan permohonan lesen kafe siber pada tahun lalu.

Datuk Bandar MBMB, Datuk Zainal Abu berkata, setakat ini hanya 161 lesen kafe siber diluluskan PBT itu di bawah Akta Undang-Undang Kecil Perlesenan Tred MBMB 2010 dan Enakmen Hiburan dan Tempat Hiburan 2001.

"Kali terakhir MBMB mengeluarkan lesen tersebut ialah pada tahun lalu dan selepas itu kita memang tidak pernah memproses apa-apa permohonan lesen berkaitan kafe siber.

"Usaha kini lebih tertumpu ke arah memantau kegiatan kafe siber sedia ada selain membuat serbuan ke atas kafe siber yang menjalankan kegiatan menyalahi undang-undang," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Beliau mengulas laporan akhbar ini kelmarin mengenai keresahan sebahagian penduduk di negeri ini yang bimbang dengan kewujudan pusat-pusat perjudian haram di kafe-kafe siber di seluruh negeri ini tanpa tindakan tegas pihak berkuasa.

Semalam, Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Khalid Abu Bakar meminta pihak berkuasa tempatan (PBT) supaya mengkaji dengan teliti permohonan untuk membuka kafe siber dan seumpamanya bagi memastikan ia tidak disalah guna untuk kegiatan perjudian haram.

Khalid yang menyifatkan penyelewengan lesen kafe siber itu sudah lama berlaku berkata, perkara itu perlu diberi perhatian oleh PBT kerana pengeluaran lesen bukan di bawah bidang kuasa polis.

Mengulas lanjut Zainal berkata, sejak awal bulan lalu sehingga semalam, lebih 20 serbuan telah dibuat dan tindakan diambil terhadap 28 premis kafe siber dengan merampas 90 buah komputer dan 88 unit pemproses pusat (CPU) dipercayai digunakan bagi tujuan perjudian haram.

Yang Dipertua (YDP) MPAG, Kamaruddin Md. Shah pula ketika dihubungi memberitahu, pengeluaran lesen kafe siber dihentikan sejak dua minggu lalu dan ketika ini hanya 32 kafe siber berlesen beroperasi di daerah Alor Gajah.

"Dalam usaha memerangi habis-habisan kegiatan perjudian berkomputer secara haram ini, kami melakukan pemantauan dan serbuan hampir setiap hari.

"Kami juga mengenal pasti lima premis judi haram berkomputer dan dua daripadanya yang beroperasi di Taman Sri Naning, Simpang Ampat dan Taman Desa Bayu, Kuala Sungai Baru telah diserbu dan sejumlah 37 set komputer beserta CPU dirampas," katanya.

Dalam pada itu YDP MPJ, Murad Husin berkata, pihaknya kini giat melakukan pemantauan terhadap 68 premis kafe siber berlesen di daerah itu selain masih memproses dua permohonan lesen kafe siber.

"Pemantauan yang dijalankan mendapati semua 68 premis ini tidak terlibat dalam perjudian haram kecuali lima premis tidak berlesen yang menjalankan kegiatan judi berkomputer.

"Kompaun kerana tiada lesen telah dikenakan selain turut merampas 19 unit komputer. MPJ dengan kerjasama polis akan melakukan pemantauan dari semasa ke semasa," katanya.

YDP MPHTJ, Sapiah Haron pula berkata, pihaknya turut memperhebatkan operasi pemantauan dan serbuan di lima kafe siber berlesen di kawasan itu.

"Bagaimanapun, kita turut mengenal pasti sembilan kegiatan judi haram yang beroperasi tanpa lesen di premis-premis kosong di lima kawasan iaitu Bukit Beruang, Ayer Keroh, Batu Berendam, Taman Merdeka dan Gangsa.

"Tindakan telah diambil malam tadi dan dengan kerjasama pihak polis kita telah merampas 178 buah komputer dan 86 unit CPU," katanya.

Peneroka diminta waspada elak jadi mangsa penipuan

Posted:

Peneroka diminta waspada elak jadi mangsa penipuan

Peneroka diminta waspada elak jadi mangsa penipuan


Zainal Abidin Ahmad beramah mesra bersama anak-anak peneroka selepas menghadiri jamuan hari raya di Balai Raya Felda Lui Timur, semalam.


JEMPOL 23 Sept. - Peneroka di daerah ini dinasihatkan supaya tidak terlalu tamak dengan bertindak memajak atau menjual tanah kepada orang tengah yang menjanjikan tawaran lumayan kerana dibimbangi mereka akan menjadi mangsa penipuan.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Lui, Datuk Zainal Abidin Ahmad berkata, tanah tersebut merupakan harta berharga yang boleh menjadi sumber pendapatan mereka hingga ke anak cucu.

"Baru-baru ini ada orang luar yang datang ke Felda Pasoh Dua dan memperkenalkan diri sebagai orang tengah kepada seorang jutawan di Sabah.

"Dia menawarkan RM30 juta jika peneroka bersedia memajak tanah mereka seluas empat hektar," katanya pada majlis Jamuan Aidilfitri di Balai Raya Felda Lui Timur, dekat sini baru-baru ini.

Jelasnya, peneroka perlu berwaspada kerana tawaran tersebut terlalu tinggi dan berisiko kerana ia melebihi harga pasaran.

"Harga bagi keluasan itu dianggarkan RM250,000 sahaja. Kita tidak mahu ada peneroka yang tertipu gara-gara mahu memperolehi wang dengan cepat dan mudah," tegasnya.

Mengulas lanjut perkembangan tersebut, Zainal Abidin bimbang apabila hampir 10 daripada 380 peneroka di kawasan tersebut sudah mula bersetuju untuk memajakkan tanah mereka.

"Dimaklumkan mereka sudah memberi salinan kad pengenalan dan salinan geran tanah kepada pihak tersebut. Kini peneroka tersebut sedang menunggu untuk dibawa ke Sabah bagi mendengar taklimat dalam masa terdekat ini," katanya.

Jelas beliau, dua tahun lalu senario yang sama berlaku di Felda Pasoh Empat apabila mereka diarah menyerahkan geran asal tetapi bernasib baik kerana hanya memberi salinan geran.

"Mereka telah menyerahkan geran salinan dan berharap perjanjian itu menjadi, namun sehingga kini tiada khabar berita. Jika mereka serahkan geran asal sudah pasti ditipu.

"Jika peneroka benar-benar mahu memajak atau menjual tanah, sebaiknya berunding dengan pihak pengurusan Felda sebelum berbuat demikian," katanya.

Kastam Melaka rampas RM3.52j rokok seludup

Posted:

Kastam Melaka rampas RM3.52j rokok seludup

Kastam Melaka rampas RM3.52j rokok seludup

MELAKA 23 Sept. - Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) negeri ini mematahkan tiga sindiket penyeludupan rokok seludup dan merampas 39,182 karton rokok putih dan keretek bernilai RM3.52 juta termasuk cukai dalam tiga serbuan baru-baru ini.

Pengarah JKDM Negeri, Datuk Mohd. Nasir Said berkata, dalam operasi pukul 3.15 petang semalam, pasukan itu menyerbu sebuah rumah teres dua tingkat di Taman Kinrara, Puchong, Selangor.

Menurut beliau, rumah tersebut telah dijadikan stor untuk menyimpan 6,682 karton rokok putih dan keretek pelbagai jenama yang tidak mempunyai label cukai bernilai RM125,536 dengan nilai cukai sebanyak RM563,359.

"Turut ditahan ialah seorang lelaki berusia 30-an yang direman selama tujuh hari bermula hari ini dan kes ini disiasat mengikut Seksyen 135 (1) (d) Akta Kastam 1967," katanya di sini hari ini.

Dalam serbuan Selasa lalu, kata beliau, satu lagi sindiket penyeludupan rokok yang beroperasi di Johor Bahru tumpas apabila pihaknya merampas sebuah van yang membawa 3,000 karton rokok bernilai RM66,000 melibatkan cukai sebanyak RM306,960.

"Pemandunya berjaya melarikan diri ketika van itu ditemui di Kilometer 9.2 Lebuh Raya Utara Selatan di Tanjung Kupang, Johor," katanya.

Menurut beliau, dalam rampasan terbesar pada 16 Jun lalu, anggotanya berjaya merampas dua lori membawa 29,500 karton rokok bernilai RM547,5000 dengan nilai cukai RM1,910,130 di kawasan Rawat dan Rehat Ayer Keroh.

"Ketika kenderaan itu diperiksa, pemandunya tiada dan kita percaya lori dari negara jiran itu diletakkan di situ sementara menunggu pertukaran pemandu selain membuat penukaran nombor pendaftaran palsu," katanya.

Dalam perkembangan sama, Mohd. Nasir memberitahu, sepanjang tahun ini pihaknya menggagalkan 22 kes penyeludupan rokok bernilai RM10.29 juta termasuk cukai.

Kredit: www.utusan.com.my
 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved