Sabtu, 24 September 2011

Utusan Online - Jenayah


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Jenayah


Samseng jalanan ditahan

Posted:

Samseng jalanan ditahan

Samseng jalanan ditahan

Oleh ZAINAL AZHAR MOHAMED
pengarang@utusan.com


Sebahagian penunggang motosikal ditahan di Lebuh Raya Alor Gajah-Melaka Tengah-Jasin, Melaka, semalam.


mELAKA 24 Sept. - Lebuh Raya Alor Gajah-Melaka Tengah-Jasin (AMJ) di sini, yang sering dipenuhi ratusan golongan samseng jalanan setiap hujung minggu, bertukar kecoh apabila sepasukan polis membuat operasi dan kepungan malam tadi.

Kepungan dilakukan pukul 2 pagi selepas pasukan polis membuat risikan di lebuh raya itu pukul 10 malam.

Berikutan itu, sebanyak 330 motosikal dan 38 kereta ditahan untuk pemeriksaan.

Serbuan dilakukan oleh Unit Khas Trafik Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Melaka Tengah dan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).

Turut membantu membuat kepungan ialah pasukan polis dari Ibu Pejabat Polis Kontinjen Negeri Sembilan, Johor, Pahang dan Kelantan.

Menurut Pegawai Operasi Unit Khas Cawangan Trafik Bukit Aman, Asisten Supritendan Khuzir Abd. Majit, pihaknya membuat penutupan jalan masuk dan keluar lebuh raya dan memerangkap golongan itu.

"Samseng jalanan mula menguasai jalan dari Simpang Bukit Piatu hingga ke jejantas Semabok sejauh lebih satu kilometer sebelum kepungan dilakukan pukul 2 pagi.

"Lebih 500 penunggang dan pembonceng motosikal termasuk yang menjadi penonton kemudian dibawa di IPD Melaka Tengah untuk pemeriksaan," katanya ketika ditemui selepas operasi itu di sini awal pagi tadi.

Beliau berkata, pihaknya turut melakukan pemeriksaan dan menahan 38 kereta bercermin gelap termasuk dua buah BMW dan sebuah Porsche.

Katanya, sebanyak 51 saman dikeluarkan selain menyita 15 motosikal dan tiga kereta kerana tamat cukai jalan tamat, selain pemandu serta penunggang yang tidak mempunyai lesen.

"JPJ yang terdiri dari Ibu Pejabat Putrajaya dan Cawangan Melaka telah mengeluarkan 40 notis arah periksa semula selain menyita dua motosikal dan sebuah kereta," katanya kepada Mingguan Malaysia di sini, hari ini.

Beliau berkata, anggota narkotik yang membuat ujian air kencing menahan seorang remaja kerana didapati positif ganja.

Selain itu, tambahnya, polis berjaya mengesan 10 waran tangkap terhadap mereka yang diperiksa selain menahan kenderaan yang mempunyai saman tertunggak.

"Ada yang membayar saman serta merta untuk membawa pulang kenderaan masing-masing," katanya.

Anak polis maut jatuh bangunan

Posted:

Anak polis maut jatuh bangunan

Anak polis maut jatuh bangunan

MARANG 24 Sept. - Seorang anak anggota trafik berusia enam tahun yang mengidap sindrom down maut setelah terjatuh dari tingkat lima kuarters Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Marang, di sini hari ini.

Kejadian pukul 7.45 pagi itu berlaku ketika mangsa, Ahmad Safuan Syafik Afendi, yang juga seorang kanak-kanak hiperaktif bermain seorang diri.

Menurut ibunya, Roslina Mohd. Yusof, 44, semasa kejadian, dia berada di dapur kerana membancuh susu yang diminta oleh Ahmad Safuan.

"Saya tak perasan bila dia keluar dari rumah dan menyedari kejadian itu bila dengar ada orang jumpa dia jatuh bangunan. Dia tidak sempat pun minum susu," katanya ketika ditemui di sini, hari ini.

Ahmad Safuan yang merupakan anak kepada Koperal Syafik Afendi Ahmad, 44, adalah anak keempat daripada lima beradik.

Saksi, Koperal Marina Jaafar, 37, berkata, dia terkejut mendapati seorang kanak-kanak lelaki yang juga anak kepada rakan sekerjanya terjatuh, kurang satu meter di hadapannya.

Katanya, semasa itu, dia mendukung anaknya yang berusia tiga tahun untuk dibawa ke rumah seorang pengasuh di bangunan sama.

"Saya ingat objek itu adalah sampah yang dibuang penduduk di tingkat atas bangunan tersebut. Namun setelah diamati, ia rupanya seorang kanak-kanak lelaki yang masih memakai baju tidur," katanya.

Dalam pada itu, Ketua Polis Daerah, Deputi Supritendan Ahmad Mazlan Yahaya ketika ditemui memberitahu, kes itu diklasifikasikan sebagai mati mengejut.

Katanya, mangsa dipercayai telah memanjat tangga di tingkat lima bangunan berkenaan sebelum terjatuh.

"Mangsa tinggal di tingkat lapan tetapi kali terakhir ada saksi nampak dia di tingkat enam dan hendak turun ke tingkat lima," katanya.

Kredit: www.utusan.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved