Isnin, 24 Jun 2013

Utusan Online - Sukan

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Sukan


UMNO Tanah Merah edar tiket Piala FA hari ini

Posted: 24 Jun 2013 06:09 PM PDT

KUALA LUMPUR 25 Jun - UMNO Bahagian Tanah Merah akan mengedarkan secara percuma 4,000 tiket perlawanan akhir Piala FA antara Kelantan dan Johor Darul Takzim mulai hari ini.

Ketuanya, Datuk Ikmal Hisham Abd. Aziz berkata, tiket bagi menyaksikan perlawanan yang akan diadakan di Stadium Bukit Jalil pada Sabtu ini boleh diperolehi di Perodua Noble Twin (M) Sdn Bhd di Jalan Jelatek, Kuala Lumpur (bersebelahan LRT Jalan Jelatek) mulai pukul 10 pagi hingga 9 malam berdasarkan konsep siapa cepat dia dapat.

Beliau berkata, pemberian tiket itu sebagai penghargaan kepada anak-anak Tanah Merah khususnya penyokong Barisan Nasional (BN) yang memastikan parti itu memenangi kerusi Parlimen tersebut pada Pilihan Raya Umum Ke-13 lalu.

Selain itu, saya berharap pemberian tiket ini bukan sahaja memberi peluang kepada mereka menyaksikan perlawanan hebat tersebut tetapi juga membangkitkan semangat untuk memberi sokongan tidak berbelah bahagi kepada pasukan Red Warriors," katanya.

Menurut Ikmal Hisham, pemberian tiket berkenaan dilakukan melalui kerjasama Persatuan Anak-Anak Tanah Merah Di Perantauan (PERTAMA) dan Persatuan Mahasiswa Tanah Merah (PERMATA).

Katanya, sebarang pertanyaan boleh menghubungi Akmal di talian 013-2074241 atau 03-42577009. - UTUSAN

Ahli exco isi kerusi panas FAM?

Posted: 24 Jun 2013 11:43 AM PDT

Azzuddin Ahmad (dua dari kiri) pada sidang akhbar taklimat Liga Malaysia musim lalu bersama Hamidin (dua dari kanan) dan Penolong Setiausaha Agung FAM, Datuk Ahmad Fuad Daud (kiri) pada Disember 2011.

KUALA LUMPUR - Setiausaha Agung Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) Datuk Azzuddin Ahmad secara rasmi dilantik sebagai Setiausaha Agung Persatuan Bola Sepak ASEAN (AFF) berkuat kuasa mulai 1 Julai ini.

Dalam satu kenyataan semalam, Azzuddin berkata, beliau menerima surat pelantikan tersebut bagi menggantikan bekas Setiausaha Agung badan induk itu, Datuk Seri Paul Mony Samuel, daripada Presiden AFF Sultan Ahmad Shah semalam.

Beliau turut merakamkan penghargaan kepada media yang telah memberi kerjasama dan bantuan kepadanya terutama dari segi liputan sukan bola sepak negara sejak menjawat jawatan Setiausaha Agung FAM pada 17 September 2007.

"Saya mengambil iktibar daripada semua kritikan yang membina dan menerima semua kritikan negatif dengan hakikat bahawa dalam apa jua isu wujudnya pendapat dan fahaman yang berlainan.

"Seterusnya, saya memohon ribuan maaf sekiranya dalam (memegang) jawatan Setiausaha Agung FAM, saya terkasar bahasa dan tersalah laku terhadap mana-mana pihak," katanya yang berharap mendapat kerjasama dan bantuan semua pihak dalam jawatan baharunya kelak.

Sepanjang berkhidmat di FAM, Azzuddin pernah memegang beberapa jawatan penting badan induk bola sepak negara itu, antaranya sebagai Anggota Jawatankuasa Bebas dari 2000 hingga 2006, Pengerusi Jawatankuasa Disiplin (2001-2004) dan Pengerusi Jawatankuasa Pengadil (April-September 2006).

Sebelum ini, Naib Presiden FAM Datuk Hamidin Mohd Amin disebut-sebut sebagai calon pilihan dan dikaitkan dengan 'kerusi panas' yang akan ditinggalkan Azzuddin itu.

Namun, sehingga kini belum ada pengesahan daripada FAM berhubung perkara itu.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Jenayah

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Jenayah


32 ditahan merusuh di Parlimen

Posted: 24 Jun 2013 11:43 AM PDT

Oleh NORHIDAYU MOHD. HASSAN
pengarang@utusan.com.my

Sebahagian peserta perhimpunan haram melakukan provokasi terhadap anggota-anggota polis ketika cuba bertindak merempuh bangunan Parlimen, semalam. - BERNAMA

KUALA LUMPUR 24 Jun - Majlis angkat sumpah Ahli Dewan Rakyat di Bangunan Parlimen hari ini 'tercemar' dengan tindakan biadab kumpulan penyokong parti pembangkang yang merusuh dan mahu merempuh masuk ke bangunan itu.

Selain berhimpun seawal pukul 8.45 pagi, kumpulan perusuh itu mencetuskan kekecohan apabila berbaring di atas jalan kira-kira 500 meter dari pintu masuk Bangunan Parlimen iaitu di Jalan Parlimen-Jalan Mahameru.

Mereka turut memaki hamun Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang didakwa tidak adil serta melemparkan kata-kata kesat meminta pemimpin suruhanjaya itu meletak jawatan.

Kekecohan bermula kira-kira pukul 10.50 pagi apabila sekumpulan mahasiswa yang menggelarkan diri Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) dipimpin Adam Adli Abdul Halim cuba merempuh kawalan polis untuk memasuki pekarangan Parlimen.

Rempuhan ganas kumpulan itu mengakibatkan beberapa anggota polis termasuk seorang berpangkat inspektor cedera selepas diserang dan dipukul oleh perusuh tersebut.

Polis terpaksa menahan beberapa perusuh kumpulan itu dan pada masa yang sama peserta perhimpunan lain menghamburkan kata-kata kesat kepada anggota keselamatan yang berkawal menyebabkan berlaku kesesakan lalu lintas di Jalan Parlimen.

Insiden ganas yang berlangsung selama 40 minit kembali reda selepas pengerusi Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM), Badrul Hisham Shahrin atau lebih dikenali Cikgu Bard dan Adam Adli menyerah diri kepada polis.

Kumpulan perusuh itu mula bersurai dan menuju ke Padang Merbok pada pukul 12.05 tengah hari selepas diarahkan Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Zainuddin Ahmad.

Sementara itu, Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Mohmad Salleh mengesahkan pihaknya menahan sebanyak 32 perusuh kerana membuat kecoh dan merempuh kawalan polis di sekitar Bangunan Parlimen hari ini.

Menurut beliau, mereka terdiri daripada 29 lelaki dan tiga wanita termasuk Cikgu Bard dan Adam Adli.

"Peserta perhimpunan telah membuat provokasi dengan membaling botol air, telur dan menyimbah cat terhadap anggota polis yang bertugas.

"Bagaimanapun polis berjaya mengawal keadaan tersebut dan meneruskan kawalan dan pemantauan bagi memastikan keselamatan di Bangunan Parlimen terjamin," katanya dalam laman Facebook rasmi Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur hari ini.

Perhimpunan anjuran pembangkang dan beberapa pertubuhan bukan kerajaan itu dianjurkan di Padang Merbok oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim bermula kelmarin.

Himpunan yang gagal mendapat sambutan itu turut dicemari insiden ganas termasuk kejadian dua anggota penguat kuasa Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dikasari.

Husam dibebas dengan ikat jamin RM3,000

Posted: 24 Jun 2013 11:43 AM PDT

Husam Musa

KOTA BHARU 24 Jun - Naib Presiden Pas, Datuk Husam Musa dibebaskan dengan ikat jamin sebanyak RM3,000 oleh seorang penjamin selepas ditahan polis selama dua hari bermula kelmarin.

Perintah jaminan itu dikeluarkan Majistret Nik Habri Muhamad kira-kira pukul 4.30 petang ini di lokap Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Bharu di Pengkalan Chepa di sini.

Husam yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Salor ditahan di Desa Pandan, Ampang, Selangor, pada pukul 3.40 petang atas dakwaan mengeluarkan kenyataan berbaur hasutan mengikut Seksyen 4(1)(b) Akta Hasutan 1948.

Beliau diwakili lima orang peguam iaitu Hisham Fauzi, Abdul Rashid Yah, Shaharuddin Mohamed, Nik Baharom Nik Abdullah dan Wan Razak Wan Dolah.

Hisham ketika ditemui di pekarangan IPD Kota Bharu selepas prosiding berkata, polis tidak membuat sebarang permohonan untuk menambah tempoh reman manakala permohonan pihak pembelaan supaya anak guam mereka dibebaskan dengan jaminan telah diterima.

"Tempoh jaminan ini adalah selama sebulan dan selepas itu pihak pendakwaan boleh membuat keputusan sama ada mahu menjalankan pertuduhan di mahkamah atau meneruskan lagi jaminan.

"Semua proses hari ini berjalan lancar dan anak guam kami juga sudah dibebaskan selepas wang jaminan itu dibayar oleh seorang penjamin," katanya.

Penahanan Husam dibuat berhubung satu laporan polis di Ketereh di sini pada 12 Jun lalu berkaitan ucapan berbaur hasutan yang dibuatnya ketika memberi ucapan pada perhimpunan pembangkang di Padang Majlis Daerah Ketereh.

Beliau keluar dari lokap kira-kira pukul 5 petang ini dengan diiringi isterinya, Datin Rohana Abdul Rahman dan dua anak lelakinya serta beberapa pemimpin Pas Kelantan.

Ketika ditemui selepas itu, beliau menyatakan itu adalah pengalaman pertamanya 'bermalam' di dalam lokap dan mengakui pihak polis telah memberi layanan profesional kepadanya.

"Saya ucapkan terima kasih kepada polis kerana layanan yang sangat baik, tiada herdikan. Mereka telah memberi layanan yang sangat profesional kepada saya.

"Ini pengalaman pertama saya tidur atas lantai dalam lokap dengan berbantal lengan. Keadaan memang agak panas saya berpeluh sepanjang masa tapi tidak mengapa ia baik sebagai sauna dan saya juga dapat tidur lena malam tadi," ujarnya.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Mahkamah

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Mahkamah


Koperal Hassan akrab dengan Kiram

Posted: 24 Jun 2013 11:43 AM PDT

Oleh TARMIZI ABDUL RAHIM dan ABDUL RASHID ABDUL RAHMAN
pengarang@utusan.com.my

Koperal Hassan Ali Basari dikawal oleh anggota polis di pekarangan Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu, semalam. - UTUSAN/Azrul Edham Mohd Aminuddin

KOTA KINABALU 24 Jun - Pihak pendakwaan mempunyai bukti kukuh mengenai tindakan seorang anggota polis cawangan khas mengadakan beberapa siri pertemuan dengan ketua kumpulan pengganas Kiram, Datu Agbimuddin Kiram sebelum mereka menceroboh Kampung Tanduo, Lahad Datu dekat sini pada Februari lalu.

Timbalan Pendakwa Raya, Datuk Nordin Hassan melalui ucapan pembukaannya dalam perbicaraan kes terhadap Koperal Hassan Ali Basari, 55, di Mahkamah Tinggi di sini berkata, pihaknya juga akan mengemukakan bukti-bukti lisan dan bertulis mengenai hubungan rapat antara tertuduh dan Kesultanan Sulu di selatan Filipina.

"Pihak pendakwa juga akan mengemukakan bukti-bukti menunjukkan tertuduh dengan sengaja tidak menyalur dan memberikan maklumat mengenai rancangan kumpulan pengganas itu untuk menceroboh kepada pegawai atasannya iaitu melanggar tanggungjawab dan tugas hakikinya,'' katanya.

Hakim P. Ravinthran, sedang mendengar perbicaraan kes Hassan yang didakwa dengan sengaja tidak memberikan maklumat kepada pegawai atasannya mengenai rancangan kumpulan pengganas Kiram untuk menceroboh Kampung Tanduo, Lahad Datu dekat sini pada Februari lalu.

Hassan, 55, anggota cawangan khas Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Lahad Datu yang berasal dari Semporna, didakwa melakukan kesalahan itu antara Januari dan 3 Mac lalu di Pejabat Ketua Cawangan Khas Daerah IPD berkenaan.

Tertuduh yang diwakili oleh peguam-peguam, Kamarudin Mohd. Chinki, Ram Singh, Syaiful Sufyyan Sidin dan Lo Yun Sin, didakwa mengikut Seksyen 130M Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara hingga tujuh tahun atau denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Dia dihadapkan pertama kali di Mahkamah Majistret Lahad Datu pada 29 Mac lalu, sebelum kesnya dipindahkan ke Mahkamah Tinggi Tawau pada 12 April lalu.

Pada 7 Jun lalu, pendakwaan membuat permohonan bagi memindahkan perbicaraan kes tersebut ke Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu.

Saksi maklumkan beri maklumat pengganas Kiram kepada Hassan

Posted: 24 Jun 2013 11:43 AM PDT

KOTA KINABALU 24 Jun - Mahkamah Tinggi di sini hari ini dimaklumkan oleh seorang saksi bahawa beliau telah memberi maklumat awal kepada seorang anggota polis cawangan khas mengenai rancangan pencerobohan kumpulan pengganas Kiram di Lahad Datu, dekat sini pada Januari lalu.

Saksi pertama yang dilindungi identitinya itu bercakap melalui talian terus kepada Hakim, P. Ravinthran dan jurubahasa akan menaip semula keterangan itu di dalam komputer yang dapat diakses oleh semua peguam dan pendakwaan.

Jurubahasa hanya akan menjelaskan sekiranya diminta oleh pihak-pihak yang tidak jelas dengan jawapan yang diberikan saksi.

Saksi itu dalam jawapan yang diterjemahkan berkata: "Aku memberitahu kejadian di Bungao, Filipina orang-orang Esmail Kiram sedang berkumpul di Pulau Simunul dekat Bungao.''

Dia menyatakan demikian ketika disoal oleh Timbalan Pendakwa Raya, Datuk Nordin Hassan dalam perbicaraan kes Koperal Hassan Ali Basari yang didakwa dengan sengaja tidak memberi maklumat mengenai pengganas di Lahad Datu itu.

Saksi ditempatkan di sebuah bilik berasingan dengan mahkamah terbuka yang mendengar prosiding itu.

Dia memberikan keterangan melalui alat komunikasi khas yang dihubungkan terus kepada jurubahasa dan hakim.

Tertuduh diwakili oleh peguam-peguam Kamarudin Mohd. Chinki; Ram Singh, Syaiful Sufyyan Sidin dan Lo Yun Sin.

Dia didakwa mengikut Seksyen 130M Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara hingga tujuh tahun atau denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Hassan yang berasal dari Semporna didakwa melakukan kesalahan itu di Pejabat Ketua Cawangan Khas Daerah, Ibu Pejabat Polis Daerah Lahad Datu antara Januari dan 3 Mac lalu.

Saksi yang mendakwa mengenali Hassan sejak kira-kira 10 tahun lalu itu memaklumkan mengadakan perjumpaan dengan tertuduh pada bulan Januari lalu di sebuah kedai aiskrim di Lahad Datu bagi memaklumkan mengenai rancangan pencerobohan Lahad Datu.

Katanya, semasa perjumpaan dia memaklumkan mengenai pengikut Esmail Kiram yang dianggarkan berjumlah 1,500 orang sedang berkumpul di Pulau Simunul dekat Bungao, selatan Filipina dan merancang memasuki Sabah bagi menuntut negeri berkenaan.

Dia turut memaklumkan kepada Hassan, maklumat tersebut diketahui ketika terserempak dengan 20 lelaki yang memakai pakaian oren berbelang dengan tulisan Royal Sulu Force semasa menjual ikan di Bungao.

Ujarnya, selepas memberi maklumat kepada Hassan, dia juga telah berpesan supaya tidak mengabaikan perkara itu dan memaklumkan kepada orang atasan maklumat tersebut.

Tambahnya, selepas beberapa hari berjumpa Hassan, dia turut menelefon tertuduh bagi memberitahu terdapat empat buah 'tempe' atau bot memasuki Bangkuan, Lahad Datu.

Katanya, maklumat itu disampaikan terus kepada tertuduh dan tidak diketahui oleh orang lain.

Katanya, maklumat berkenaan, disampaikan terus kepada Hassan atas permintaan seorang pegawai cawangan khas dikenali sebagai Tuan Yusri sekiranya pegawai berkenaan tiada di kawasan itu.

Perbicaraan bersambung esok.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Luar Negara

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Luar Negara


Amir Qatar bakal umumkan penyerahan kuasa

Posted: 24 Jun 2013 11:10 AM PDT

DOHA 25 Jun - Amir Qatar akan mengumumkan keputusannya menyerahkan kuasa pemerintahan kepada anaknya, Putera Mahkota Sheikh Tamim pada awal pagi ini, kata pihak istana dan seorang pegawai, semalam.

"Istana diraja mengumumkan bahawa Amir Qatar, Sheikh Hamad Khalifa al-Thani akan berucap kepada rakyat Qatar pada pukul 8 pagi waktu tempatan hari ini, kata satu kenyataan yang disiarkan agensi berita QNA.

Menurut pegawai kerajaan, Amir akan `mengumumkan peralihan kuasa kepada anaknya. - AFP

Presiden Syria tidak akan letak jawatan

Posted: 24 Jun 2013 11:09 AM PDT

DAMSYIK 25 Jun - Presiden Syria, Bashar al-Assad tidak akan meletak jawatan pada satu persidangan damai yang dicadangkan di Geneva namun hanya akan membincangkan pembentukan satu kerajaan perpaduan nasional.

Menteri Luarnya, Walid al-Muallem dalam satu sidang media di sini semalam turut membidas keputusan penyokong pemberontak Syria bagi melengkapkan mereka dengan senjata dan menyifatkan ia hanya akan memanjangkan konflik yang telah masuk 28 bulan.

"Presiden Bashar al-Assad tidak akan meletak jawatan. Jika syarat anda (untuk rundingan di Geneva) adalah peletakan jawatan Presiden, maka jangan peduli untuk datang, katanya. - AFP

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Pahang

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Pahang


Menimba ilmu di Sungai Lembing

Posted: 24 Jun 2013 11:43 AM PDT

Oleh Shahrinnahar Latib
nahar.latib@utusan.com.my

Sebahagian daripada ahli Pandu Puteri Tunas ceria ketika memasuki terowong bijih timah dalam lawatan ke Muzium dan Terowong Bijih Timah sempena Perkhemahan Pandu Puteri Tunas Peringkat Negeri di Kuantan, baru-baru ini.

KUANTAN 24 Jun - Suatu ketika dahulu, Sungai Lembing yang terletak kira-kira 42 kilometer dari bandar Kuantan merupakan tempat pengeluar utama bijih timah di Pahang.

Penghasilan bahan galian itu menjadikan pekan Sungai Lembing yang turut menempatkan perkampungan Inggeris di Lembah Sungai Kenau, sebuah pekan yang terkaya di negeri ini sehingga diberi jolokan "El Dorado Timur" suatu ketika dahulu.

Aktiviti lombong bawah tanah di Sungai Lembing dikatakan bermula secara intensif sejak 1882 lagi dan dikatakan antara lombong bawah tanah terbesar di dunia.

Terowong bijih timah di situ disifatkan yang terpanjang dan terdalam di dunia.

Mengikut laporan, panjang keseluruhan terowong bijih itu ialah 322 kilometer dengan kedalaman antara 500 meter hingga 700 meter.

Kewujudan bijih timah yang dibangunkan oleh penjajah Inggeris menyebabkan pekan Sungai Lembing berkembang pesat sekitar 1880-an.

Perkembangan ini membuktikan daerah ini telah maju sejak berabad lagi dan ia perlu dibanggakan oleh semua rakyat negeri ini.

Justeru pendedahan daripada kecil lagi perlu dibuat bagi memberi penerangan bahawa Pahang telah maju sejak dahulu lagi.

Menyedari hakikat itu, seramai 329 murid sekolah rendah yang menyertai Perkhemahan Pandu Puteri Tunas peringkat negeri baru-baru ini dibawa melawat muzium dan terowong bijih timah di sini.

Lawatan itu turut disertai oleh Tengku Puan Pahang, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah Sultan Iskandar yang juga merupakan Pengerusi Persatuan Pandu Puteri Pahang.

Program yang turut disertai oleh 56 guru pengiring itu bermula pukul 7 pagi iaitu apabila semua murid berkumpul di tapak perkhemahan mereka di Taman Pertanian di sini sebelum bertolak ke Sungai Lembing.

Program sehari itu bertujuan memberi pendedahan kepada generasi muda mengenai sejarah kewujudan kawasan tersebut.

Kesemua murid terbabit dibawa melawat muzium sebelum memasuki terowong bijih timah yang merupakan produk pelancongan terbaharu di negeri ini.

Bagi seorang murid Sekolah Kebangsaan (SK) Felda Rentam, Triang, Nur Husnina Diana Ikmal Hisyam, 10, berkata, ini merupakan kali pertama dia datang ke situ dan memasuki terowong bijih timah.

Tambahnya, dia berasa kagum kerana dapat menyaksikan sendiri pelbagai barang antik yang belum pernah dilihatnya sebelum ini.

"Saya tidak pernah melihat barangan melombong secara dekat kerana selama ini hanya menonton dalam televisyen," katanya di sini.

Rakannya, Norziatul Nadia Jamlus, 12, berkata, terowong tersebut masih mengekalkan keasliannya terutama daripada segi reka bentuk dan strukturnya yang tersendiri.

"Saya sendiri tidak dapat menggambarkan perasaan teruja apabila menyusuri terowong berkenaan dan merasai sendiri pengalaman berada di dalam tanah sama seperti para pelombong suatu ketika dahulu.

"Seronok dapat belajar tentang sejarah aktiviti melombong yang tidak akan dijumpa di tempat lain," katanya.

Bagi murid SK Jerantut, Nur Ifhami Mohd. Suhaimi, 11, pengalaman memasuki terowong tidak mampu digambar dengan kata-kata.

"Sebelum ini hanya baca dalam akhbar sahaja tentang terowong ini dan tak sangka pula dapat masuk. Harap lepas ini boleh datang lagi," katanya.

Seorang murid SK Kampung Keledek, Lipis, Norhidayu Abdullah, 11, berkata, banyak yang dapat dipelajari ketika melawat ke muzium itu.

"Memang macam-macam sejarah yang sebelum ini kita tidak tahu ada di sini. Saya pun tidak sangka bahawa terowong bijih timah ini dalam," katanya.

Pahang mampu tingkat pengunjung

Posted: 24 Jun 2013 11:43 AM PDT

Oleh ZAMZURINARINA AHMAD
zamzurina.ahmad@utusan.com.my

KUANTAN 24 Jun - Pahang dijangka mampu menarik lebih ramai pelancong berkunjung ke negara ini dengan pelbagai produk dan ikon pelancongan yang dimilikinya sempena Tahun Melawat Malaysia (TMM) 2014.

Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan dan Kebudayaan negeri, Datuk Mohd. Sharkar Shamsudin berkata, produk dan ikon pelancongan yang mengikut tema Pelan Transformasi Pelancongan Malaysia (MTTP) terdapat di negeri ini.

Tambahnya, antara produk tersebut adalah beriadah bersama keluarga, pantai, tanah tinggi, keindahan alam semulajadi, santuari penyu, santuari gajah, aktiviti lasak dan hiburan.

"Kedatangan pelancong ke negeri ini meningkat kepada 9.76 juta pada tahun lalu berbanding 9.68 juta pada 2011.

"Justeru, kita menyasarkan sebanyak 10.5 juta pelancong sempena TMM 2014 dengan pendapatan RM 7.5 bilion dan jumlah tersebut adalah kira-kira 38 peratus daripada disasarkan negara iaitu 28 juta pelancong dengan pendapatan RM78 bilion," kata beliau.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Majlis Taklimat TMM 2014 kepada Penggiat Industri Pelancongan Pahang dan Majlis Dialog di sini hari ini.

Yang turut hadir, Timbalan Ketua Setiausaha (Industri Pelancongan) Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan, Rashidi Hasbullah; Pengurus Besar Sekretariat TMM 2014, Nor Yahati Awang dan Pengarah Pejabat Pelancongan Pahang, Idrus Yahya.

Menurut Sharkar, beliau berharap melalui kempen dan promosi TMM 2014 selain peningkatan pasaran domestik dan Singapura, bilangan pelancong asing akan terus meningkat di kawasan tanah tinggi terutama dari China, India, Rusia dan Timur Tengah.

"Bagi memastikan matlamat dan objektif TMM 2014 tercapai, Pahang akan meneruskan aktiviti dan acara pelancongan berimpak tinggi seperti Basikal Mania, Festival Tanah Tinggi, Festival Pulau, Eco-Tourism, Festival Pekan dan Festival Buah-buah serta makanan tradisional.

"Justeru, kerjasama daripada semua pihak termasuk penggiat industri pelancongan adalah penting supaya apa yang dihasratkan akan direalisasikan dengan jayanya," jelas beliau lagi.

Sementara itu, katanya, dalam keadaan beberapa negeri dilanda jerebu termasuk Pahang, beliau menasihatkan orang ramai termasuk pelancong sentiasa mendapatkan maklumat terkini mengenai Indeks Pencemaran Udara (IPU).

"Saya harap mereka sentiasa mendapatkan maklumat terkini dan para pelancong dari luar disaran memilih lokasi yang tidak terlibat dengan fenomena jerebu atau mengelak daripada melakukan aktiviti luar," jelasnya sambil menggesa umat Islam melakukan solat hajat.

320 peserta kemahiran, keusahawanan terima sijil ECERDC

Posted: 24 Jun 2013 11:43 AM PDT

Abdul Rahman Mohamad (tengah) bersama sebahagian daripada 440 peserta latihan kemahiran keusahawanan ECERDC dan juga pelajar cemerlang SPM 2012 Program Empower ECER Lipis selepas majlis graduasi di Kuala Lipis, semalam.

KUALA LIPIS 24 Jun - Sebanyak 320 peserta latihan kemahiran dan keusahawanan Empower Lipis di sini menerima sijil anjuran Majlis Pembangunan Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECERDC) dalam satu Majlis Graduasi yang diadakan di Dewan Residen di sini semalam.

Pada majlis itu juga, sebanyak 120 pelajar cemerlang dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun lalu yang menyertai Program Latihan Akademik Empower ECERDC turut menerima hadiah dan sijil penghargaan.

Majlis berkenaan dirasmikan oleh Ahli Parlimen Lipis, Datuk Abdul Rahman Mohammad.

Yang turut hadir, Pengurus Besar Bahagian Pembangunan Sosial ECERDC, Zulkifli Yaacob dan Pegawai Eksekutif ECER, R. Surindran.

Zulkifli ketika ditemui pemberita berkata, peserta berkenaan menerima sijil masing-masing setelah berjaya menamatkan latihan selama 10 bulan dalam latihan kemahiran dan keusahawanan.

Tambahnya, mereka menyertai latihan kemahiran seperti membuat kek, menjahit, andaman pengantin, masakan 1Malaysia, pendawaian dan perpaipan, pengurusan runcit, kaunter depan dan membaik pulih telefon.

"Program Empower ECER memberi fokus terhadap penambahan kemahiran keusahawanan untuk orang dewasa dan kecemerlangan akademik peperiksaan utama dalam kalangan pelajar miskin," katanya.

Menurut Zulkifli, pihaknya menyasarkan sebanyak 2,400 peserta termasuk pelajar miskin di Pahang Barat untuk diberi latihan sama tahun ini.

Dalam pada itu, Abdul Rahman berkata, sejak dilancarkan pada 2011, program berkenaan menyaksikan pencapaian memberangsangkan para peserta keusahawanan menerusi sektor ekonomi manakala pelajar pula dalam bidang akademik.

"Program itu memenuhi keperluan kebajikan dan menambah pendapatan kumpulan sasar dan sudah terbukti wujudnya industri kecil dan pasaran produk makanan di setiap kampung di daerah ini.

"Saya bersyukur kerana ada peserta yang merintis perniagaan dalam bidang makanan sejak dua tahun lalu kini memperoleh pendapatan bulanan sebanyak RM20,000 dan minimum RM1,500 sebulan dalam kalangan suri rumah tangga yang menguruskan produk makanan, andaman dan jahitan di rumah masing-masing," katanya.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Megabait

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Megabait


LG perkenal peranti baru

Posted: 23 Jun 2013 09:04 PM PDT

Oleh NOOR DIANA AZIS

Fungsi QSlide membolehkan pengguna membuka pelbagai aplikasi dalam masa yang sama di mod skrin.

BERIKUTAN kejayaan pada Kongres Mobil Dunia yang lalu, LG memperkenalkan satu lagi peranti terbaharu iaitu Optimus F5 yang merupakan ahli keluarga baharu dari kalangan siri Optimus F.

Rangkaian Optimus F merupakan satu lagi telefon pintar Android yang menyediakan kelajuan 4G evolusi jangka panjang (LTE) terbaik tanpa kos tinggi selain menampilkan teknologi LTE dalam meningkatkan pengalaman pengguna pada harga kompetitif.

Menurut Presiden dan Ketua Pegawai eksekutif LG Electronics Mobile Communications, Dr. Jong-seok Park, peranti terbaru itu diilhamkan bagi memenuhi keperluan pengguna masa kini selain menyediakan perkhidmatan yang terbaik kepada mereka.

"LG konsisten menyediakan satu standard untuk industri teknologi di samping turut menawarkan kelajuan 4G LTE menerusi telefon bimbit pintar premium.

"Dengan Optimus F5, kami yakin mampu menembusi pasaran antarabangsa sekali gus menaik taraf keperluan pengguna telefon bimbit pintar menerusi ciri-ciri unik yang terdpat pada peranti ini," katanya.

Dijana oleh pemproses Qualcomm Dual-Core 1.2 gigaherz, Optimus F5 turut dikuasakan oleh sistem operasi Android Jelly Bean 4.1.2 selain mempunya fungsi QSlide yang membolehkan pengguna membuka pelbagai aplikasi dalam masa yang sama di mod skrin.

Secara langsung fungsi zooming membenarkan pengguna zum pada video bagi membolehkan mereka menyaksikan sesuatu dengan lebih rapat dan terperinci pada mana-mana kawasan khusus.

QuickMemo pula membolehkan pengguna menulis secara terus pada lapisan imej skrin yang ditangkap manakala QuickMemo pula membenarkan mereka berkongsi catatan dengan rakan melalui sistem pesanan ringkas (SMS), e-mel ataupun media sosial.

Bagi mereka yang gemar mengembara, QTranslator menjadi teman perjalanan dengan fungsi menterjemahkan perkataan, frasa dan keseluruhan ayat secara automatik untuk lebih daripada 40 bahasa.

Maklumat lanjut mengenai Optimus F5, layari laman web www.LGnewsroom.com.

Sistem teater rumah LG baharu

Posted: 23 Jun 2013 09:04 PM PDT

Kemas bergaya... Set teater rumah LG amat sesuai dengan kehidupan masa kini yang mana ruang kediaman yang semakin terhad.

Berbekalkan sistem siaran 9.1, set teater rumah LG Electronics (LG) baharu kembali dengan tawaran teknologi Cinema Sound.

Dikenali sebagai BH9530TW, set teater rumah itu menawarkan kelebihan kualiti bunyi premium menyerupai teater pawagam.

Malah, LG juga turut memperkenalkan bar bunyi (sound bar) NB4530A paling nipis yang mana amat sesuai digayakan bersama televisyen pintar bersaiz besar.

Menurut Pengarah Urusan LG Electronics (M) Sdn. Bhd., HK Kwon, fokus kepada pembangunan produk baharu tersebut adalah berdasarkan keperluan serta permintaan pengguna produk LG.

"LG telah bertahun-tahun menjalankan kajian serta pembangunan berdasarkan pengalaman pengguna dan menerusinya kami mampu menghasilkan sesuatu produk dan teknologi yang dekat dengan pengguna.

"Malah, dengan sistem set teater rumah baharu kami, pengguna akan merasai pengalaman seolah-olah berada di panggung wayang, biarpun hanya berada di ruang tamu" katanya.

Sistem bunyi berbentuk bar memberikan kesan bunyi khas yang tidak terdapat pada televisyen biasa.

LG juga turut komited dalam menawarkan produk audio yang inovatif namun tidak meninggalkan gaya serta prestasinya.

BH9530TW juga merupakan gabungan beberapa teknologi bagi memastikan kesan bunyi yang menyeluruh dirasai oleh pengguna.

Didatangkan bersama sistem pembesar suara rangkaian 9.1 dengan kadar bunyi 1,460W pasti memberikan kesan bunyi ibarat dalam panggung wayang.

Kesan bunyi menyeluruh tersebut hasil tambahan empat pembesar pelbagai arah kepada sistem set teater rumah rangkaian 5.1.

Ke empat-empat pembesar suara berfungsi seperti pembesar suara yang ditempatkan di siling panggung wayang di mana bunyi menyeluruh diperoleh.

Pembesar suara di bahagian belakang pula direka tanpa wayar menjadikan ruang tamu tidak berserabut dengan wayar yang menjalar.

Sistem teater rumah LG BH9530TW juga menawarkan pilihan sambungan pelbagai antaranya adalah menerusi Miracast berdekatan dengan NFC (Near Field Communication).

Miracast membolehkan pengguna menyambungkan set teater rumah tersebut dengan gajet pintar pilihan seperti telefon pintar, tablet dan juga mana-mana peranti binaan luar.

BH9530TW juga menawarkan kelebihan aplikasi tontonan lewat malam, mod Private Sound yang mana membolehkan pengguna memuatkan sistem yang sama pada telefon pintar bagi mengelakkan gangguan terhadap ahli keluarga yang sedang nyenyak tidur.

Berbanding pesaingnya yang sering menggunakan peranti Bluetooth yang mahal bagi merasai aplikasi sama, LG sebaliknya menawarkan aplikasi WiFi untuk menggunakan mod Private Sound.

Manakala NB4530A, bar bunyi LG juga boleh dipasang mengikut kehendak serta gaya pengguna.

Peranti tersebut boleh digayakan dengan melekatkannya pada dinding, berdiri sendiri ataupun diletakkan berhampiran dengan televisyen.

Dengan itu pengguna boleh menentukan sendiri aturan ruangan hiburan mereka di rumah yang mana lebih fleksibel dan kemas dalam ruangan yang terhad.

Untuk maklumat lanjut layari laman web LG di www.lg.com.my

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Agrobiz

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Agrobiz


Cabaran industri lembu tenusu

Posted: 23 Jun 2013 09:04 PM PDT

Oleh ASHRIQ FAHMY AHMAD
ashriq.ahmad@utusan.com.my

Jika diperhatikan, industri lembu tenusu luar negara berkembang dengan begitu baik dan pesat. Apa jua kaedah yang digunakan membuahkan hasil. Sama ada kaedah tradisional mahu pun moden.

Melihat kepada kejayaan negara-negara luar itu, usahawan-usahawan lembu tenusu tempatan wajar menjadikan senario tersebut sebagai pencetus semangat dan iltizam meningkatkan industri terbabit.

Habis segala modal dilaburkan, baka lembu terbaik luar negara dibeli bagi menjamin pulangan yang lumayan. Namun hasil yang diperoleh tidak seperti yang dijangka.

Secara teorinya, perladangan lembu tenusu kelihatan mudah. Namun pahit getir mengusahakannya hanya mereka terlihat sahaja yang mengetahui.

Menurut Pengerusi Koperasi Lembu Tenusu Negeri Johor Berhad (KPTJB), Dr. A. Sashikannan, biarpun permintaan susu segar amat tinggi di negara ini, namun pelbagai cabaran perlu dihadapi pengusaha ternakan tersebut.

"Antaranya adalah kadar harga susu segar yang tidak stabil kerana bergantung kepada kualiti susu yang diperah.

"Kualiti susu pula amat bergantung kepada tadbir urus dalam proses pengumpulan susu," katanya ketika ditemui pada Program Transformasi Kualiti Susu Penternak Malaysia di Port Dickson, Negeri Sembilan baru-baru ini.

Jelas Dr. Sashikannan, susu segar mudah rosak jika tidak disejukkan dengan segera. Keadaan tersebut juga menyebabkan kualiti susu akan menurun.

"Apabila kualiti menurun, harga susu akan menurun kerana dijual berdasarkan kualiti.

"Oleh yang demikian sistem pengurusan pengumpulan susu yang bersepadu perlu dikaji semula bagi membolehkan susu yang diperah dapat dihantar secepat mungkin ke pusat pengumpulan bagi mengekalkan kualitinya," katanya.

Namun, apa yang terjadi, akibat kekangan masa serta pusat pengumpulan yang terhad serta terletak jauh daripada ladang, menjadikan proses pengumpulan susu memakan masa.

Akibat terdedah pada suhu yang tinggi terlalu lama, akhirnya kualiti susu segar menurun.

Antara cabaran lain yang dihadapi pengusaha lembu tenusu adalah kos pengeluaran susu segar telah meningkat.

Ujar Dr. Sashikannan, kos pengeluaran tersebut meningkat seiring dengan peningkatan kos makanan haiwan.

"Selain itu, untuk mendapatkan baka lembu tenusu yang berkualiti tinggi juga amat sukar menjadikan industri ini berjalan agak perlahan di negara ini," katanya.

Ini belum ditambah dengan faktor pemilikan hartanah yang berharga tinggi menjadikan sektor tersebut semakin dihimpit kepayahan.

Keadaan keluasan tanah pertanian yang semakin terhad menghalang pengusaha lembu tenusu untuk membina ladang ternakan yang lebih selesa sekali gus tidak mampu menggalakkan pengeluaran susu segar.

Pengusaha-pengusaha lembu tenusu terpaksa berpuas hati dengan sebidang tanah yang terletak jauh ke pedalaman berikutan kawasan tanah yang ideal untuk projek ternakan lembu tenusu pasti berharga tinggi.

Kawasan ladang yang terlalu jauh pastinya memberi kesan secara terus apabila susu segar yang diperolehi akan memakan masa untuk dihantar ke pusat pengumpulan sekali gus kualitinya akan menurun.

Bagaimanapun menurut Dr. Sashikannan, Jabatan Pertanian telah banyak membantu mereka biarpun kadang kala bantuan yang diterima lambat sampai ke tangan penternak.

Tambah Dr. Sashikannan, bagi mendapatkan harga yang baik, tahap piawaian mesti berada pada tahap skala satu 500 ribu hingga satu juta TPC (Total Plate Count).

"Jika TPC lagi kurang, susu lebih baik dan harga juga lebih mahal.

"Kini susu dijual pada kadar harga RM2 hingga RM2.70 seliter," katanya.

Antara cadangan yang diberikan oleh pengerusi KPTJB itu adalah, kerajaan boleh mewujudkan koloni penternak lembu tenusu bagi memudahkan pengumpulan susu segar dilakukan.

Sebagai contoh bagi 50 orang penternak perlu ditempatkan di dalam kawasan seluas 10 ekar yang mana mereka akan dibahagi-bahagikan mengikut jumlah ternakan.

Kemudian, pengumpulan boleh dilakukan secara serentak dan penghantaran susu ke pusat pengumpulan juga lebih pantas.

"Buat masa ini tiada kawasan khas diperuntukkan untuk penternak menyebabkan mereka mencari kawasan sendiri dan berada jauh di antara satu sama lain menyebabkan proses pengumpulan berjalan dengan perlahan.

"Kami di pihak penternak juga faham dengan situasi masa kini yang mana harga tanah pertanian juga telah meningkat dan amat mahal, namun kami memohon jasa baik kerajaan untuk membantu penternak," katanya.

Bengkel Transformasi Ternakan Ruminan

Posted: 23 Jun 2013 09:04 PM PDT

Banyak program wajar dijalankan bagi membantu memperkasa industri ruminan.

Peserta Bengkel Transformasi Ternakan Ruminan MTG - Utusan Malaysia diingatkan supaya mengambil peluang daripada penganjuran program tersebut untuk menimba sebanyak ilmu berkaitan penternakan.

Ini bagi membolehkan mereka memanfaatkan pengisian bengkel berkenaan yang meliputi aspek pengurusan ternakan, pemakanan, rawatan, menyembelih, melapah, memanggang.

Peserta juga berpeluang berdialog dengan usahawan ternakan berjaya bagi berkongsi pengalaman mereka memajukan projek masing-masing.

Sementara itu, persiapan bagi penganjuran bengkel berkenaan yang akan diadakan pada 28 hingga 30 Jun ini, kini dalam peringkat akhir.

Seorang pegawai daripada syarikat penganjur Major Transglobal Sdn. Bhd. (MTG), Mohd. Sufian berkata, kemudahan di lokasi mengadakan amali bengkel kini hampir siap termasuk rumah sembelihan mini, jalan ladang, calet dan bangsal.

Katanya, bagi program ceramah, dewan kuliah milik Banghuris Homestay juga hanya menunggu kedatangan peserta manakala penginapan telah diuruskan dengan pihak pengurusan homestay terbabit.

''Bahan bengkel seperti kertas pembentangan sedang dimuktamadkan dan alat tulis juga akan dibekalkan kepada peserta termasuk cendera hati seperti baju, topi dan beg," katanya.

Peserta yang telah mengesahkan penyertaan menerusi pembayaran akan dibekalkan dengan senarai aturcara dan juga peta ke lokasi bengkel sama ada menerusi e-mel atau faksimile.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Rencana

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Rencana


'Pertunjukan Padang Merbok' gagal

Posted: 24 Jun 2013 11:43 AM PDT

PROF. SALLEH BUANG ialah penganalisis undang-undang.

Portal popular The Free Dictionary mentakrif istilah circus (sarkas) seperti berikut "A public entertainment consisting typically of a variety of performances by acrobats, clowns, and trained animals" yang boleh diterjemahkan secara mudah sebagai bermaksud "satu hiburan awam terdiri lazimnya daripada pelbagai pertunjukan oleh acrobat, badut dan haiwan yang terlatih" (sila lihat laman web http://www.thefreedictionary.com/circus).

Tanpa niat menghina mana-mana pihak yang mungkin masih ada tujuan murni ketika menyertai perhimpunan Blackout 505 di Padang Merbok pada hari Sabtu lalu, 22 Jun 2013, perhimpunan itu nyata gagal mencapai maksud penganjurnya (lihat tajuk berita halaman muka depan "Himpunan Gagal" dalam Mingguan Malaysia, 23 Jun 2013).

Bukti kegagalan penganjur jelas sekali. Jumlah peserta yang dirancang adalah 250,000 (minimum) hingga 500,000 (maksimum) orang, tetapi yang hadir hanyalah setakat 20,000 sahaja.

Walaupun program penganjur ini telah dihebahkan begitu meluas sekali menerusi media sosial dan oleh pemimpin-pemimpin politik Pakatan dalam ceramah mereka di 14 perhimpunan yang terdahulu, nyata sebahagian besar rakyat Malaysia (khususnya penduduk sekitar Kuala Lumpur dan Lembah Klang) sudah bosan dan tidak lagi teruja menyertainya.

Seperti biasa, Anwar pandai mencari helah. Katanya tidak ramai yang hadir disebabkan cuaca buruk iaitu jerebu yang kini melanda negara.

Barangkali ada benarnya juga apa yang dikatakan Anwar ini. Saya teringat kepada sepotong ayat kitab suci al-Quran yang saya mula pelajari sewaktu menjadi Timbalan Dekan di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia pada akhir tahun 1980-an (ironinya pada waktu itu, Anwar adalah presiden UIAM). Ayat berkenaan, iaitu Surah Al-Imran ayat 54, bermaksud: "Mereka merancang, dan Allah juga merancang. Sesungguhnya Allah sebaik-baik perancang".

Siapa yang boleh menolak takdir yang ditentukan Allah? Anwar merancang (sudah dua kali) menjadi Perdana Menteri. Jelas Allah merancang sebaliknya. Anwar merancang menghimpunkan setengah juta warga kota berbaju hitam dengan slogan Blackout 505 untuk menjatuhkan kerajaan menerusi people power (kuasa rakyat). Jelas Allah merancang sebaliknya.

Anwar merancang melakukan sesuatu yang jelas melanggar undang-undang negara (Akta Perhimpunan Aman 2012), pastinya dengan harapan pihak polis akan bertindak tegas (barangkali dengan ganas) terhadap peserta perhimpunan, dan dengan itu akan menimbulkan kemarahan rakyat terhadap pihak berkuasa. Itu pun tidak berlaku juga, kerana polis telah bertindak secara bijaksana, sentiasa mempamerkan kesabaran.

Sepanjang hari Sabtu lalu, saya tidak keluar rumah untuk memastikan saya dapat terus mengikuti perkembangan perhimpunan di Padang Merbok ini menerusi internet.

Sejak awal pagi lagi saya lihat sudah ada banyak portal menyiarkan maklumat dari semasa ke semasa, ada antaranya siap dengan gambar yang dimuat naik, ada antaranya siap dengan klip video sekali. Apa yang saya lihat amat melegakan hati, kerana jelas mereka yang mula hadir (bergerak ke padang itu) tidak begitu ramai seperti yang saya khuatiri.

Pada sebelah petang apabila seorang sahabat menelefon bertanyakan saya bagaimana keadaan di Padang Merbok itu, jawapan saya kepadanya amat ringkas sekali "Nothing to worry" (Tak perlu bimbang).

Sentimen yang sama nampaknya dikongsi oleh akhbar berbahasa Inggeris, The Star, keluaran hari Ahad 23 Jun 2013. Sambil menyiarkan gambar ratusan peserta berjalan kaki menuju Padang Merbok, akhbar itu menyatakan "Rally doesn't live up to its bill" ("Perhimpunan tidak hebat seperti yang diharapkan").

Sementara pihak polis dapat bertindak bijak dan menunjukkan kesabaran, lain ceritanya pula di pihak peserta perhimpunan. Mengikut laporan media, keadaan menjadi tegang dan kecoh apabila dua anggota penguat kuasa Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) diserang peserta perhimpunan haram itu. Mujur mereka dapat diselamatkan oleh pihak polis untuk dihantar ke hospital.

Dalam satu lagi insiden yang berkaitan, kira-kira 10 peserta perhimpunan telah memanjat landasan KTMB berhampiran Padang Merbok itu. Perbuatan salah dan merbahaya ini telah menyebabkan perjalanan komuter dari Batu Caves menuju ke Pelabuhan Klang tergendala selama hampir 15 minit.

Kalau kita lihat kandungan beberapa sepanduk yang dikibarkan dalam perhimpunan di Padang Merbok itu, penganjurnya ada membuat tiga tuntutan utama kepada kerajaan - iaitu pertama, kepimpinan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mesti letak jawatan; kedua, pilihan raya mesti diadakan semula bagi 30 kawasan; dan ketiga, hentikan persempadanan semula sehingga kepimpinan SPR baru dilantik.

Soalnya, tidak bolehkah tiga perkara ini dibangkitkan dan disuarakan secara sopan dan teratur oleh salah seorang (atau lebih) daripada 89 Ahli Parlimen Pakatan bila Dewan Rakyat bersidang nanti? Isu ini kemudian boleh dibahaskan secara terhormat dan bijaksana (disokong dengan dalil dan alasan-alasan yang kukuh) dalam Dewan, dan rakyat keseluruhannya boleh terus membincangkan secara rasional isu yang di dada akhbar dan di ruang maya.

Jawabnya pasti boleh. Tapi itu bukan cara Anwar. Cara Anwar adalah memboikot persidangan Dewan Rakyat, lalu tidak ada ruang lain tiga isu ini dibangkitkan kecuali melalui perhimpunan haram dan kalau perlu menerusi protes jalanan.

Tetapi gesaan Anwar untuk memboikot Dewan Rakyat telah ditolak oleh rakan-rakannya dalam Pakatan. Pada 24 Jun (semalam), Dewan bersidang dan semua 89 wakil Pakatan yang dipilih hadir dan mengangkat sumpah sebagai Ahli Parlimen. Jadi apa perlunya perhimpunan Merbok itu diteruskan?

Jawabnya, memang tidak perlu diteruskan. Tapi itu bukan cara Anwar.

Satu bukti nyata perhimpunan Merbok pada 22 Jun itu gagal boleh dilihat dari apa yang berlaku selepas itu. Selepas peserta bersurai dan meninggalkan padang itu, beberapa khemah terus didirikan. Ini merupakan tindakan beberapa kerat peserta tegar menghuni padang secara salah, mencontohi amalan "guru-guru" mereka di seberang laut yang menghuni atau menduduki (occupy) Taman Zuccotti, di Wall Street New York pada September 17, 2011 yang lalu, dan mutakhir kini perbuatan yang sama oleh remaja menduduki Taman Gezi di Medan Taksim, Istanbul, Turki.

Kegagalan perhimpunan Padang Merbok diakui awal oleh portal Malaysiakini, yang semua orang tahu adalah pro-Pakatan, Dalam postinya pada jam 4.30 petang, portal itu menyatakan "The … rally appears to be losing steam long before its scheduled ending time of 7pm…" (Nampaknya perhimpunan ini sudah tidak bermaya lagi, lama sebelum waktu tamat 7 petang seperti yang dijadualkan).

Seorang peserta, Thomas Cheah, berusia 30 tahun berasal dari Kajang, dipetik oleh portal itu sebagai berkata "Kita dah penat berjalan begitu jauh sekali dan dah letih. Kawan saya juga letih. Jadi apa lagi yang kita boleh lakukan?" (lihat http://www.malaysiakini.com/news/233655).

Mohd Daud Ibrahim, yang turut menyertai perhimpunan itu, mengadu perhimpunan kali ini tidak ada excitement. Katanya "Kalau ada tembakan meriam air (water cannon) dan semburan gas pemedih mata (tear gas), barulah seronok".

Bagi saya, antara ucapan pemimpin pembangkang yang menarik adalah ucapan Salahudin Ayub. Berucap pada kira-kira jam 5.10 petang (setengah jam sebelum Anwar berucap), dia kata, antara lain, "Kawan-kawan saya bangsa Cina pesan, jika saya kalah dalam pilihan raya, saya masih boleh pergi ke Hong Kong dan menjadi pelakon kerana wajah saya macam Jackie Chan. Tapi itu bukan niat saya. Saya mahu kekal berada di sini dan melihat mereka (BN) jatuh tak lama lagi. Kita perlu terus berjuang hari ini, esok, bulan depan, selama mana yang perlu. Kita mesti terus berjuang atas nama kebenaran".

Amboi. Bunyinya macam Anwar juga.

Utusan Malaysia membangun jiwa Melayu

Posted: 24 Jun 2013 11:43 AM PDT

Tiga suku abad kehadiran Utusan Melayu/Utusan Malaysia amat bermakna bagi mereka yang mengerti. Penulis sejak muda lagi memang tidak tinggal membaca Utusan Melayu (Jawi) dan setiap hari rasa terhibur dengan karton Dol Keropok dan Wak Tempe. Sehingga pada larut usia, penulis terus menatap Utusan Malaysia (Rumi) sebagai akhbar pendukung risalah umat Melayu.

Bermulanya di Singapura dengan pengalaman perit dan pahit hingga berpindah ke Jalan Chan Sow Lin, Kuala Lumpur, berdepan dengan peristiwa mogok dan pengaruh kumpulan kiri hingga menjadi jurucakap umat Melayu sehingga kini dan mula berpindah ke bangunan baharu yang gah tersergam di jalan yang sama.

Utusan Melayu/Utusan Malaysia dari segi sejarahnya sama naik dengan orang Melayu. Sejak zaman penjajah, zaman merdeka dan zaman Malaysia menjadi sebuah negara maju, sumbangan membangun pemikiran dan jiwa orang Melayu dalam arus perjuangan silih zaman dan masa, tidak pernah hilang.

Perkataan Melayu adalah perkataan keramat yang menentukan Malaysia masih dipimpin utamanya orang Melayu. Tanah Melayu sebagai sebuah negara yang berdaulat adalah sambung menyambung dari sejarah Melaka.

Imigran awal yang datang dan tinggal lama di Melaka walaupun dari tamadun besar mengamalkan sikap dan pendirian di mana bumi dipijak dan di situlah langit dijunjung sehingga kini menghasilkan asimilasi dan penyesuaian budaya setempat dan digelar sebagai Baba dan Nyonya Peranakan.

Perlembagaan Malaysia memberikan asas Melayu sebagai beragama Islam, bercakap bahasa Melayu dan mengamalkan adat istiadat Melayu. Kemelayuan Melayu itu tunjangnya ialah Islam.

Bila zaman berubah di mana imigran gelombang kedua diterima sebagai warganegara Tanah Melayu bertukar menjadi Malaysia. Utusan Melayu akhirnya bertukar menjadi Utusan Malaysia. Sistem pendidikan negara juga menggunakan bahasa Malaysia sebagai bahasa pengantar di sekolah-sekolah dan universiti.

Zaman berubah dan cara berfikir dan hidup orang Melayu juga berubah. Sesetengah orang Melayu menjadi liberal dan sekular hingga menyebabkan faktor Melayu menjadi asing kepada mereka. Sesetengah Melayu merasa malu untuk menyebut diri mereka Melayu sama ada yang terpengaruh dengan budaya hidup Barat atau kalangan orang Melayu yang terlibat dengan dakwah menganggap memperjuangkan Melayu sebagai asabiyyah dan membawa natijah rasis.

Tidak terkejut kita mendapati orang Melayu rasa asing dengan Utusan Malaysia dan tulisan Jawi dan berbangga dengan mengepit akhbar berbahasa Inggeris yang seolah-olah menampakkan mereka maju dan kebaratan. Mereka rasa sengkek membaca Utusan Malaysia kononnya tidak maju dan kekampungan.

Utusan Malaysia yang ditatap setiap hari adalah hasil pemikiran penulis Melayu dan bukan Melayu yang menyentuh tidak saja aspek politik, budaya, agama, pendidikan dan ilmu, tetapi sifatnya kontemporari dan mencerminkan aspek kemelayuan yang sangat terbuka dan maju.

Pendita terdahulu menyebutkan "Bahasa Jiwa Bangsa". Bangsa Malaysia yang memiliki jati diri yang tinggi sentiasa melihat Utusan Malaysia sebagai suatu wadah pengucapan bangsa Malaysia supaya akhirnya bahasa Malaysia menjadi bahasa pemikiran, ilmu dalam binaan bangsa Malaysia yang maju.

Ini tidak dimengerti benar oleh orang Melayu yang sebahagiannya menjadi kelompok kelas menengah, ahli akademik dan profesional yang beranggapan membaca Utusan Malaysia adalah sesuatu yang tidak mencerminkan maju dan tangkas.

Bayangkan kalau orang Melayu sendiri sudah memiliki sifat demikian, orang Cina juga semakin teguh dengan bahasa dan budayanya sehingga organisasi Dong Zong dan Dong Ziau Jong memperjuangkan bahasa Cina sebagai bahasa utama serta pendekatan pendidikannya, dan hadirnya banyak akhbar Cina yang mendukung cita-cita kecinaannya.

Apakah salah orang Melayu mengembangkan pengaruh Utusan Malaysia membawa maksud Perlembagaan yang menjadikan orang Melayu sebagai kelompok teras dengan tidak menghalang orang bukan Melayu maju dalam banyak bidang terutamanya ekonomi?

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Hiburan

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Hiburan


Raja Azmi sibuk urus majlis pertunangan

Posted: 24 Jun 2013 02:04 AM PDT

Oleh KHADIJAH IBRAHIM

KUALA LUMPUR 24 JUN - Produser Raja Azmi Raja Sulaiman, 54, sekarang ini sibuk melakukan persiapan untuk majlis pertunangan dengan kekasih hatinya, Eddie yang akan berlangsung pada 15 Julai ini.

Menurutnya, majlis pertunangan secara kecil-kecilan itu akan diadakan di kediamannya di Ukay Perdana di sini, selepas waktu Asar.

"Keluarga Eddie akan datang lepas Asar untuk berbincang dan sarung cincin. Lepas itu kami semua akan berbuka puasa ramai-ramai," katanya kepada Utusan Online di sini hari ini.

Kata Raja Azmi, kalau diikutkan hatinya, dia tidak mahu mengadakan majlis pertunangan, cukuplah diadakan majlis pernikahan di masjid bagi memenuhi syarat hukum.

Bagaimanapun, dia perlu akur dengan kehendak anak-anaknya yang mahu majlisnya itu dilakukan mengikut adat.

"Selama ini Kak Mi mengajar mereka supaya sentiasa ikut adat dan apabila tiba waktunya, mereka pula pulangkan paku buah keras kepada Kak Mi yang mahu terus mengadakan majlis pernikahan sahaja.

"Ini semua kehendak anak-anak, mereka yang lebih teruja mengadakan majlis pertunangan. Kak Mi ikut sahaja dan keluarga Eddie pun tak bantah," ceritanya yang sebelum ini pernah dikaitkan dengan pemuzik muda, Hafiz.

Dia yang bakal melangsungkan majlis pernikahan dengan Eddie, 45, September ini, sedar akan tanggapan masyarakat terhadapnya apabila memberitahu mahu mengadakan majlis pertunangan.

Kata janda beranak tiga itu, biarlah orang nak kata apa tentang dirinya kerana yang penting dia tidak ganggu orang dan setiap tohmahan yang dilontar terhadapnya memberi pahala kepadanya.

"Dah ramai yang mengata Kak Mi di internet itu, biarlah kerana Kak Mi tak ada kuasa untuk menutup mulut atau pandangan orang. Baik Kak Mi jaga hati anak-anak dan keluarga sahaja," katanya tanpa berselindung.

Bekas isteri kepada Jailani Sidek itu telah berkenalan dengan Eddie yang merupakan duda kepada dua orang anak dan anggota kumpulan CRK yang popular dengan lagu Cinta dan Air Mata pada awal 90-an sejak lima bulan lalu. - UTUSAN ONLINE

Perkahwinan Che Ta sudah ada penaja

Posted: 23 Jun 2013 09:41 PM PDT

KUALA LUMPUR 24 Jun - Tarikh pernikahan belum ditetapkan, namun pelakon cantik, Rozita Che Wan, 42, mengakui sudah ada beberapa penaja bersedia membantu majlis perkahwinannya kelak.

Menurut Rozita atau lebih dikenali sebagai Che Ta, semua tajaan dari segi lokasi, makanan, pakaian dan sebagainya sudah pun disediakan untuk majlis pernikahannya yang dijangka berlangsung penghujung tahun ini.

"Cuma satu sahaja barang yang belum mendapat penajaan iaitu cenderamata untuk tetamu. Berkenaan dengan tarikh, masih rahsia. Tunggu sahaja, kami akan mengumumkan tarikh sebenarnya dalam satu sidang media tidak lama lagi," katanya.

Menurut Rozita, sehingga kini, dia dan bakal suami belum membuat keputusan untuk memilih siapakah di antara penaja yang bakal berkerjasama dengan mereka.

"Untuk lebih adil bagi semua pihak, hanya selepas sidang media, kita akan ketahui siapakah yang akan dipilih untuk penaja untuk pakaian, lokasi, makanan dan sebagainya bagi perkahwinan itu nanti," katanya kepada Utusan Online ketika ditemui baru-baru ini.

Pada awal tahun lalu, Rozita mengumumkan dia dan kekasih hatinya, pelakon Zain Saidin, 29 bakal mendirikan rumah tangga setelah lebih dua tahun bercinta. Janda beranak dua ini memilih pelakon berdarah kacukan itu kerana senang dengan sikap memahaminya, walaupun mereka 13 tahun berbeza usia. - UTUSAN ONLINE

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Kota

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Kota


Cari ketetapan prosedur - Niosh

Posted: 23 Jun 2013 12:21 PM PDT

Oleh NORMAIRAH JAMALUDDIN
kota@utusan.com.my

Lee Lam Thye

KUALA LUMPUR 23 Jun - Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) perlu mengadakan perjumpaan dengan pengusaha lori simen dan syarikat pembekal konkrit siap tuang (ready mix concrete) bagi menyelesaikan masalah tumpahan simen konkrit yang merosakkan jalan raya di ibu negara.

Pengerusi Institut Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Negara (Niosh), Tan Sri Lee Lam Thye berkata, melalui perjumpaan itu, pihak terlibat perlu mewujudkan satu ketetapan prosedur yang perlu dipatuhi dalam menyelesaikan masalah tumpahan simen konkrit di jalan raya.

Menurut Lam Thye, masalah tumpahan simen konkrit dari lori-lori pembawa konkrit siap tuang di jalan raya jelas memberi tekanan jiwa kepada pengguna yang lain kerana kenderaan mereka terdedah kepada risiko rosak selain boleh berlaku kemalangan.

"Tompokan simen dan pasir (di permukaan jalan) akibat tumpah, sama ada kerana lebihan muatan atau pemanduan yang tidak berhemah pemandu lori amat mencemarkan pandangan terutama kepada jalan raya yang baru siap dibina. Simen yang berselerak di atas jalan raya ini mengundang bahaya kepada pengguna jalan raya, khasnya penunggang motosikal.

"Kerosakan yang berlaku ke atas kemudahan awam yang amat penting ini semakin berleluasa sejak kebelakangan ini adalah berpunca daripada pembangunan pesat terutamanya di bandar besar, malah ia amat ketara di Kuala Lumpur oleh kerana begitu banyak pembangunan sedang berjalan seperti pembinaan jejambat, sistem pengangkutan MRT, bangunan dan infrastruktur lain.

"Kita bukan hendaklah menyalahkan pembangunan tetapi lebih khusus kepada sikap dan tanggungjawab untuk melaksanakan kerja dengan mematuhi peraturan yang ditetapkan supaya akibatnya tidak memberi risiko kepada kemungkinan berlaku kemalangan di tempat kerja yang sejak kebelakangan ini menunjukkan peningkatan yang tinggi.

"Selain mencacatkan permukaan jalan, tumpahan konkrit turut mengundang bahaya kepada pengguna khususnya penunggang motosikal.

"Sikap pemandu lori yang tidak mengikut peraturan yang telah ditetapkan menyebabkan masalah ini semakin meningkat dari semasa ke semasa," katanya dalam kenyataan akhbar di sini hari ini.

Beliau mengulas laporan Utusan Malaysia pada Selasa lalu mengenai masalah kecacatan jalan raya di sekitar ibu negara yang disebabkan oleh tumpahan konkrit dan batu kerikil daripada lori yang mengangkutnya ke tapak pembinaan.

Mengulas lanjut, Lam Thye berkata, masalah tersebut juga dapat diatasi jika setiap pemandu lori berkenaan menerapkan disiplin yang tinggi dalam diri masing-masing.

"Saya yakin jika semua pemandu lori di negara ini memandu dengan berhemah masalah ini pasti tidak berlaku dan sudah tentu kes kemalangan yang membabitkan pengguna lain dapat dikurangkan.

"Pengusaha lori simen juga perlu memberi pendidikan kepada semua pemandu mereka supaya semua peraturan diikuti dan dipatuhi," ujarnya.

14 bot Magic of the Night terangi Putrajaya

Posted: 23 Jun 2013 12:21 PM PDT

Beberapa bot berhias berkumpul selepas berarak dalam acara Magic of the Night di Tasik Putrajaya sempena Floria Putrajaya 2013 di Putrajaya malam semalam.

PUTRAJAYA 23 Jun - Pesisiran Tasik Putrajaya di Presint 2, Putrajaya malam tadi bermandikan limpahan cahaya daripada sebanyak 14 buah bot berhias yang menyertai acara Magic of the Night anjuran Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan.

Penganjuran kali ketiga dengan tema Colours of Harmony itu berjaya menarik perhatian pengunjung ke bandar pusat pentadbiran kerajaan Persekutuan ini untuk menyaksikan perarakan sejauh tiga kilometer bot berhias berkenaan.

Majlis perasmian acara yang mendapat kerjasama Perbadanan Putrajaya (PPj) sempena penganjuran Floria Putrajaya 2013 itu dirasmikan Menteri Pelancongan dan Kebudayaan, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz.

Beliau berkata, acara itu bukan sahaja dapat mempromosi Putrajaya malah menjadikan Malaysia sebagai destinasi unik di peringkat global.

"Kami sasarkan lebih sejuta pengunjung termasuk dari luar negara dan tempatan memeriahkan festival yang berlangsung selama sembilan hari ini," katanya.

Yang hadir sama, Ketua Setiausaha Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan, Datuk Dr. Ong Hong Peng dan Presiden PPj, Tan Sri Dr. Aseh Che Mat.

Penganjuran acara yang bermula malam tadi hingga Ahad depan itu turut dimeriahkan dengan pertunjukan bunga api.

Penyertaan bot terdiri daripada wakil China (Suzhou), Perak, Negeri Sembilan, Perlis, Terengganu Pahang, Sarawak, Melaka, Johor, dan Sabah.

Antara agensi yang turut terlibat adalah Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan, Tourism Malaysia, Perbadanan Putrajaya, dan Lembaga Pembangunan Langkawi (Lada).

Mohamed Nazri berkata, penganjuran acara itu selari dengan usaha mempromosi negara sempena Tahun Melawat Malaysia 2014.

Dalam masa sama, tambah beliau, melalui acara itu para peserta dapat mempamerkan kreativiti dengan menghias bot-bot berkenaan.

"Antaranya dengan tema flora dan fauna, ikon serta produk-produk pelancongan dan kebudayaan yang menjadi tarikan mengikut negara, negeri atau organisasi masing-masing," katanya.

Pembangunan semula perumahan diteruskan

Posted: 23 Jun 2013 12:21 PM PDT

Tengku Adnan Tengku Mansor (dua dari kiri) membawa kotak undi kepada seorang warga emas yang tidak mampu berjalan sewaktu majlis pengundian rumah Kerinchi Residensi di sebuah hotel di Petaling Jaya, Selangor kelmarin.
Foto - TENGKU M FAKHRUDDIN
Wartawan - ZULFADLI ( Kota )

PETALING JAYA 23 Jun - Kerajaan akan meneruskan program pembangunan semula kawasan perumahan yang dianggap perlu demi memberikan keselesaan kepada warga kota.

Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkata, kawasan di sekitar Kerinchi, Kampung Baru dan kuarters tentera lama di Jalan Ipoh merupakan antara kawasan yang bakal dibangunkan semula.

"Kami juga akan melihat kawasan lain untuk pembangunan semula seperti yang dilaksanakan di Taman Ikan Emas, Bandar Tun Razak. Penghuni boleh berpindah ke rumah lebih selesa daripada apa yang ada sekarang.

"Selain pembangunan semula Rumah Pangsa Empat Tingkat Kampung Kerinchi, kami mempunyai projek pembangunan semula seperti di Kampung Baru dan kawasan perumahan tentera lama di Jalan Ipoh yang mahu kita bangunkan untuk memberi keselesaan kepada para penghuni," katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas Majlis Pengundian Unit Rumah Kerinchi Residensi yang diadakan di sebuah hotel di sini semalam.

Yang turut hadir Timbalannya, Datuk Dr. J. Loga Bala Mohan; Ketua Setiausaha kementerian, Datuk Adnan Md. Ikhsan; Pengarah Suez Domain Sdn. Bhd., Datuk Yasran Hussain; dan Pengerusi Persatuan Penduduk Rumah Pangsa Empat Tingkat Kampung Kerinchi, Ahmad Rahman.

Dalam majlis tersebut, kira-kira 400 penghuni flat itu hadir untuk mencabut undi unit rumah yang bakal diduduki pada April 2016. Wakil Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) juga hadir sebagai pemerhati.

Tengku Adnan turut merayu kepada 473 penghuni yang bakal mendiami Kerinchi Residensi supaya tidak menjual unit rumah mereka walaupun wang pampasan sebanyak RM143,000 diberikan kepada sesiapa yang menjualnya.

"Ini kerana kawasan perumahan ini merupakan lokasi strategik yang mempunyai pelbagai kemudahan untuk manfaat penduduk terbabit. Pihak pemaju (Suez Domain) juga memberi jaminan harga unit rumah di situ akan melonjak sehingga ke RM500,000 apabila siap dibina kelak.

"Terdapat 35 penduduk asal di sini tidak bersetuju dengan projek tersebut akibat termakan dengan hasutan pihak pembangkang yang menyebabkan mereka rugi kerana tidak dapat menikmati keselesaan itu," jelasnya.

Katanya, pihak pemaju turut menjangkakan pembinaan tersebut dijangka siap enam bulan lebih awal daripada tarikh sebenar.

"Ini merupakan usaha pihak kementerian, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), dan penduduk bersama-sama bersetuju untuk membangunkan semula perumahan ini berikutan flat tersebut sudah usang dan banyak masalah," ujarnya.

Beliau menambah, beliau akan meneruskan legasi dan menghargai kerja-kerja bekas menteri sebelum ini iaitu Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin untuk membangunkan kawasan-kawasan tersebut demi keselesaan penduduk.

"Kami minta rakyat memberikan kerjasama yang padu kepada pihak kerajaan dan DBKL demi memastikan pembangunan ini berjalan lancar. Saya juga mengucapkan syabas kepada penghuni yang bersetuju dengan projek ini," katanya.

Kredit: www.utusan.com.my
 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved