Rabu, 13 November 2013

Utusan Online - Jenayah

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Jenayah


Dua beranak rentung dalam kebakaran rumah teres

Posted: 13 Nov 2013 10:27 PM PST

IPOH 14 Nov. - Seorang ibu dan anak lelakinya maut apabila rumah teres dua tingkat yang didiami lebih 10 tahun di Jalan Devadason, Taman Ipoh di sini terbakar pagi ini.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Zon 1 Perak, Ruhisha Haris berkata ketika ditemui mayat si ibu Lau Yoke Yee, 75, dan anak lelakinya Stephen Loo Pei Yee, 41, telah 100 peratus melecur akibat terbakar namun tidak rentung.

"Mangsa pertama iaitu anak lelaki ditemui di bahagian tangga tingkat atas manakala mangsa kedua (ibu) ditemui di tepi bilik air di dalam kamar tidur utama," katanya kepada pemberita di tempat kejadian di sini.

Beliau berkata sejurus tiba pihaknya mendapati rumah berkenaan telah 90 peratus terbakar selain api di dalam rumah itu sudah berada pada tahap tiga, iaitu telah reda namun kebakaran masih berlaku.

Pihaknya juga mendapati bahagian dapur yang mempunyai sebuah bilik di rumah itu tidak terbakar dan kebakaran paling teruk didapati berlaku di bahagian tangga tingkat bawah kediaman terbabit, katanya.

Ruhisha berkata kebakaran itu dapat dikawal sepenuhnya pada pukul 8.35 pagi sebelum bahagian forensik jabatan itu memulakan siasatan.

Sebanyak dua jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat Ipoh dan satu dari Simpang Pulai di sini dikejar ke tempat kejadian dengan 24 anggota serta tiga pegawai sebaik sahaja menerima maklumat pada 8.18 pagi, katanya.

Sementara itu, jiran mangsa, Wong Foo Sang, 63, berkata beliau terdengar beberapa kali bunyi letupan sebelum menyedari rumah jirannya itu yang terletak di sebelah kiri rumahnya terbakar.

"Saya keluar dan melihat jiran yang tinggal di hadapan rumah menjerit kebakaran, saya pun sedar sudah ada asap.

"Si ibu mempunyai masalah untuk bergerak dan anak lelakinya (bekas pekerja bank) dipercayai mengalami kemurungan. Beliau ada lagi seorang anak lelaki yang bekerja sebagai juruterbang dan tinggal di Singapura," katanya. - BERNAMA

OKT mati sebelum sebutan kes di mahkamah

Posted: 13 Nov 2013 10:25 PM PST

Oleh AZRAI MOHAMMAD

KUALA LUMPUR 14 Nov. - Seorang tahanan lelaki yang dalam perjalanan untuk sebutan kes di Mahkamah Majistret, Jalan Duta di sini mati setelah pengsan dalam trak Black Maria, pagi ini.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Datuk Ku Chin Wah berkata, tahanan berusia 49 tahun itu dikatakan pengsan di dalam trak Black Maria selepas dia bersama tahanan-tahanan lain dibawa keluar dari Penjara Sungai Buloh dekat sini kira-kira pukul 7 pagi ini.

"Setiba di lokap mahkamah, lelaki terbabit didapati sudah tidak bernafas dan pihak ambulans yang dipanggil untuk memberi bantuan mengesahkan tahanan itu sudah mati.

"Majistret turut dipanggil untuk pemeriksaan mengenai kejadian itu," katanya ketika dihubungi di sini.

Chin Wah berkata, tahanan tersebut dibawa ke mahkamah berkenaan untuk sebutan kes di bawah Seksyen 12(3) Akta Dadah Berbahaya setelah dituduh pada 14 Oktober lalu. - UTUSAN ONLINE

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Sukan

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Sukan


Liew Daren kejutkan Jorgensen di Terbuka China

Posted: 13 Nov 2013 05:42 PM PST

KUALA LUMPUR 14 Nov. - Perseorangan negara, Liew Daren melakukan kejutan menumpaskan pemain pilihan ketujuh, Jan O Jorgensen pada Siri Super Premier Terbuka China 2013 di Shanghai semalam.

Daren yang menampilkan prestasi turun naik terutama di Siri Super Premier Terbuka Denmark dan Siri Super Terbuka Perancis bulan lepas mara dengan kemenangan 21-17, 21-12 dalam tempoh 32 minit.

Kemenangan tersebut membolehkan Daren yang juga pemain ranking ke-29 dunia, bertemu dengan pemain Jepun, Takuma Ueda hari ini.

Ueda mara ke pusingan kedua selepas bertungkus lumus menewaskan pemain India, Anand Pawar 18-21, 21-10, 21-11.

Satu lagi keputusan mengejutkan buat wakil negara dilakar beregu lelaki, Hoo Thien How-Tan Wee Kiong yang mengalahkan pilihan kedua kejohanan, Mathias Boe-Carsten Mogensen dari Denmark 25-23, 21-15.

Mereka akan bertemu pasangan Korea Selatan, Ko Sung Hyun- Shin Baek Choel yang menjinakkan beregu Jepun, Hiroyuki Saeki-Ryota Taohata 21-11,21-12.

Pasangan beregu senior yang juga pilihan kelima, Koo Kien Keat-Tan Boon Heong menewaskan Ruud Bosch-Koen Ridder dari Belanda 21-16, 21-18 dan akan bertemu pasangan Rusia, Vladimir Ivanov-Ivan Sozonov di pusingan kedua.

Sementara Chong Wei Feng pula berjaya menewaskan pemain Thailand yang sedang meningkat naik, Tanongsak Saensomboonsuk 21-12, 21-10 dalam tempoh setengah jam.

Menanti Wei Feng di pusingan kedua ialah pemain muda sensasi China, Tian Houwei yang mengejutkan pemain pilihan keenam kejohanan, Nguyen Tien Minh 19-21, 21-16, 21-14.

Houwei merupakan bekas juara remaja dunia 2009 dan dia berjaya mara ke pusingan pertama kejohanan ini menerusi peringkat kelayakan.

Turut cemerlang ialah pasangan beregu campuran negara, Chan Peng Soon-Goh Liu Ying yang tidak mempunyai masalah untuk menyingkirkan pasangan China, Kai Lu-Tang Jinhua, 16-21, 21-18, 21-19 dalam perlawanan yang berlarutan lebih sejam.

Peng Soon-Liu Ying yang merupakan pemain pilihan kelima, akan bertemu dengan pasangan Jerman, Michael Fuchs-Birgit Michels yang menang ke atas Edi Subaktiar-Gloria Emanuelle Widjaja dari Indonesia 21-16,21-13.

Sementara itu, dua beregu lelaki negara, Mohd. Zakry Abdul Latif-Mohd. Fairuzizuan Tazari dan Gan Teik Chai-Ong Soon Hock pulang awal selepas tewas kepada lawan masing-masing.

Zakry-Fairuzizuan tewas kepada pilihan ketiga kejohanan, Hiroyuki Endo-Kenichi Hayakawa 21-9, 21-10 dalam tempoh 22 minit, manakala Teik Chai-Soon Hock kalah kepada pasangan Hong Kong, Chan Yun Lung-Lee Chun Hei 23-21, 21-17. - UTUSAN ONLINE

FAM mahu berdamai

Posted: 13 Nov 2013 10:12 AM PST

Oleh MUHAMMAD DAYNE AZMIN
dayne.ghazali@utusan.com.my

Hamidin Mohd. Amin (kiri) bersama Ketua Pegawai Pemasaran Telekom Malaysia, Datuk Rozalila Abdul Rahman (dua dari kiri) diperkenalkan kepada peserta-peserta yang mengikuti klinik bola sepak bersama koreografer sukan, Andy Ansah (memegang bola) di padang Wisma FAM, Kelana Jaya, semalam. - UTUSAN/SHIDDIEQIIN ZON

PETALING JAYA - Salam perdamaian bagai dihulur oleh Setiausaha Agung Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Datuk Hamidin Mohd. Amin yang tidak berminat meneruskan drama sengketa antara badan induk bola sepak negara itu dengan Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin.

Menjelaskan beliau bersedia mengadakan pertemuan dengan Khairy secepat mungkin, Hamidin menghargai pandangan yang dilontarkan pelbagai pihak yang cintakan sukan bola sepak.

Beliau juga secara dasarnya mengakui bersetuju dengan sebahagian yang diperkatakan oleh Khairy iaitu perlu ada perubahan pada FAM dalam menangani isu-isu berkaitan bola sepak kerana zaman yang semakin berubah selain minat yang tinggi ditunjukkan oleh golongan muda.

''Semua masalah boleh diselesaikan dan ada beberapa perkara yang dilaporkan oleh pihak media saya lihat telah disalah tafsir selain pihak-pihak yang berminat terhadap masalah ini.

''Saya bersedia untuk mengadakan pertemuan dengan Menteri Belia dan Sukan dalam masa terdekat dan akan menghantar surat untuk bincang beberapa perkara terutama membabitkan pembangunan bola sepak negara," katanya yang ditemui pada majlis pelancaran Mencari Ramli 3 (MR3) di Wisma FAM dekat Kelana Jaya, semalam.

Tambah Hamidin, beliau peka terhadap perlu ada perubahan dalam isu penjualan tiket misalnya dan bersetuju dengan apa yang diperkatakan oleh Khairy dalam soal berkenaan.

Malah, beliau akan membawa perkara itu untuk dibincangkan dengan Pengerusi Jawatankuasa Tiket dan Pintu FAM, Datuk S. Sivasundram bagi mendapatkan jalan penyelesaian.

''Ada beberapa perkara saya setuju dengan Khairy bahawa di pihak FAM perlu berubah kerana permintaan daripada penyokong-penyokong terutama daripada golongan muda begitu tinggi.

''Bola sepak bukan lagi seperti mana 20 tahun lalu, bukan sahaja daripada permainan tetapi kita perlu pantas menangani isu seperti mana yang isu penjualan tiket yang saya perkatakan sebelum ini.

''Jika dulu walaupun kapasiti stadium penuh di Stadium Merdeka serta kemungkinan ada tiket palsu, sekarang perkara itu sudah berubah kerana permintaan pasti melebihi 300 peratus ke 400 peratus daripada jumlah tiket yang diperuntukkan pada aksi separuh akhir dan perlawanan akhir.

''Saya ambil contoh semasa perlawanan akhir antara Johor Darul Takzim (Johor DT) dan Kelantan pada perlawanan akhir Piala FA atau perlawanan akhir Piala Malaysia antara Pahang dan Kelantan, kita menerima permohonan sebanyak ini."

Khairy sebelum ini lantang mengkritik FAM sambil menyatakan beliau sudah bosan dengan FAM kerana tidak boleh menerima teguran daripada mana-mana pihak.

Apa yang diperkatakan Khairy itu mendapat maklum balas daripada bekas pemain kebangsaan, Datuk Jamal Nasir, yang menyifatkan tindakan Menteri itu bagai melepaskan geram kepada individu tertentu dalam FAM.

Yang terbaharu, Presiden Persatuan Bola Sepak Negeri Johor (PBNJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim, menyatakan sokongan kepada Khairy dalam kritikannya kepada FAM sambil menganggap teguran yang dibuat adalah dengan niat mahu memajukan sukan bola sepak tanah air.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Mahkamah

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Mahkamah


Mahkamah keluar waran tangkap Tuhan Harun

Posted: 13 Nov 2013 10:12 AM PST

Harun Mat Saat

KUANTAN 13 Nov. - Ketua kumpulan ajaran sesat dikenali sebagai 'Tuhan Harun' hari ini dikenakan waran tangkap oleh Mahkamah Rendah Syariah di sini setelah gagal hadir sebutan kes 10 pertuduhan yang dihadapinya termasuk menyebar ajaran sesat dan menghina agama Islam dengan mengaku sebagai Tuhan.

Hakim Syarie, Abdul Wahid Md. Ali Al-Fakwie mengeluarkan perintah tersebut selepas Harun Mat Saat, 47, gagal hadir buat kali kedua untuk sebutan kes itu semalam dan pada 20 Ogos lalu.

Pada 24 April lalu, Harun didakwa atas 10 pertuduhan itu di mahkamah tersebut dan satu lagi pertuduhan di Mahkamah Tinggi Syariah di sini, kesemuanya mengikut Enakmen Pentadbiran Agama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang 1982.

Bagi pertuduhan di Mahkamah Tinggi Syariah, Harun didakwa menyebarkan ajaran sesat yang bercanggah dengan syariat Islam dengan mengaku sebagai 'Tuhan Harun' di sebuah premis di B16-1st Lorong Pandan Damai 2/201 di sini antara awal Februari dan 4 April lalu.

Di Mahkamah Rendah Syariah, dia didakwa atas 10 pertuduhan berkaitan penghinaan kepada agama Islam dengan mengaku diri sebagai 'Tuhan 2013' dan menyebarkan ajaran sesat, risalah serta buku-buku berkaitan ajaran tersebut.

Perbuatan itu didakwa dilakukan di tiga premis masing-masing beralamat A165, tingkat atas Farmasi Ghazali, Lorong IM 16/1, Bandar Indera Mahkota; B36, Tingkat 2, Lorong Seri Teruntum 39, Jalan Bukit Ubi; dan B16-1st Lorong Pandan Damai 2/201 di sini.

Tertuduh mengaku tidak bersalah atas semua pertuduhan yang dikemukakan oleh Ketua Pendakwa Syarie negeri, Salehuddin Ab. Manaf.

Harun kemudian dibebaskan dengan jaminan RM15,000 berserta dua penjamin.

Saman Raja Nong Chik di peringkat mediasi

Posted: 13 Nov 2013 10:12 AM PST

KUALA LUMPUR 13 Nov. - Kes saman fitnah bekas Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar, Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin terhadap Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar berhubung dakwaan urus niaga pembelian 4.85 hektar tanah bernilai tinggi di Bukit Kiara masih di peringkat mediasi.

Kedua-dua pihak terbabit akan meneruskan perbincangan melalui kaedah tersebut pada 10 Disember ini bagi mencari jalan penyelesaian kes itu.

Tarikh tersebut dimaklumkan oleh Raja Nong Chik ketika ditemui pihak media selepas sesi mediasi hari ini selesai.

Pada 19 Julai lalu bekas menteri terbabit memfailkan saman atas dakwaan beliau difitnah sehari sebelum hari mengundi Pilihan Raya Umum Ke-13.

Selain Nurul Izzah, 33, Raja Nong Chik, 60, selaku plaintif menamakan syarikat Mkini Dotcom Sdn. Bhd. selaku pemilik portal berita Malaysiakini, dan wartawannya, Lu Wei Hoong sebagai defendan pertama hingga ketiga.

Fitnah tersebut, menurut Raja Nong Chik, menyebabkan reputasi dan maruahnya sebagai ahli politik terjejas ekoran dipandang hina kerana kononnya terlibat dalam transaksi yang meragukan serta merugikan rakyat.

Justeru itu, beliau menuntut ganti rugi teruk dan teladan, memohon perintah injunksi agar defendan tidak menerbitkan sebarang fitnah serta perintah memaksa mereka membuat permohonan maaf berdasarkan terma yang dipersetujui beliau.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Pahang

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Pahang


Waspada pakej murah umrah

Posted: 13 Nov 2013 10:13 AM PST

Oleh ZAMZURINA AHMAD
zamzurina.ahmad@utusan.com.my

KUANTAN 13 Nov. - Umat Islam perlu berwaspada dan tidak terpedaya dengan pakej murah ibadat umrah yang ditawarkan ejen atau syarikat pengurusan pelancongan bagi mengelak menjadi mangsa penipuan.

Pengarah Pejabat Pelancongan Pahang, Edros Yahaya berkata, kebanyakan pakej ditawarkan di bawah RM4,000 menjadi pilihan umat Islam yang pertama kali berhasrat untuk ke Tanah Suci tetapi hakikatnya harga tersebut tidak munasabah.

"Sejak kebelakangan ini kes penipuan membabitkan pakej umrah semakin menjadi-jadi dengan nilai kerugian yang dicatatkan di Tribunal Tuntutan Pengguna sejak 2009 berjumlah RM6.9 juta.

"Jadi, Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan (KPK) dengan kerjasama Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) berusaha menganjurkan Kempen Kesedaran Industri Pelancongan-Pakej Umrah Berlesen sebagai usaha menyedarkan umat Islam daripada terlibat dalam kes penipuan melibatkan pakej umrah," katanya kepada pemberita selepas merasmikan kempen tersebut di sini hari ini.

Yang turut hadir, Ketua Penolong Setiausaha Kanan, Bahagian Perlesenan Pelancongan KPK, Mahathir Bujang dan Pegawai Penguat Kuasa KPDNKK, Badrul Hisham Khalid.

Menurut Edros, kempen itu melibatkan semua pihak berkaitan dengan ejen atau syarikat pelancongan terutama pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK), imam masjid dan guru agama yang menjadi sasaran utama kes penipuan tersebut.

"Kempen ini bertujuan meningkatkan kesedaran masyarakat dan mengingatkan mereka supaya tidak terpedaya dengan tawaran menarik dari agensi pelancongan tidak sah yang menjalankan pakej haji, umrah dan ziarah.

"Selain itu, peserta kempen turut didedahkan dengan isu berkaitan dengan pelesenan pelancongan yang patut diketahui dan taktik terbaharu penipuan seperti ganjaran pakej umrah daripada peraduan gores dan menang," katanya.

Tambahnya, orang ramai juga boleh mengunjungi laman web KPK atau datang terus ke pejabat pelancongan negeri bagi mendapatkan senarai syarikat atau agensi pelancongan yang sah.

"Syarikat atau agensi pelancongan yang sah akan sentiasa mempamerkan nombor lesen pada setiap iklan yang dibuat dan menampal salinan lesen di setiap premis mereka," ujarnya.

Dalam pada itu, katanya, daripada 114 syarikat pelancongan berlesen di negara ini hanya 10 syarikat layak dan sah menawarkan pakej haji, umrah dan ziarah.

Lembah Tembeling pengeluar gaharu terbesar

Posted: 13 Nov 2013 10:13 AM PST

Wan Amizan Wan Abdul Razak (dua dari kiri) melawat sebuah gerai pameran agensi kerajaan sempena Program Hari Bersama Komuniti Felda 2013 di Felda Padang Piol, Jerantut, Pahang, kelmarin. - utusan/haris fadilah ahmad

JERANTUT 13 Nov. - Lembah Tembeling di daerah ini bakal menjadi pengeluar pokok gaharu terbesar di negara ini apabila projek sentuhan kasih bakal dimajukan di kawasan seluas 2,800 hektar tidak lama lagi.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tahan, Datuk Wan Amizan Wan Abdul Razak berkata, projek perintis itu bakal menjana pulangan lumayan dalam bentuk saham kepada 115 penduduk dalam kalangan keluarga berpendapatan rendah.

Menurutnya, projek berkenaan turut membuka peluang pekerjaan kepada belia termasuk penduduk tempatan yang menjalankan tanaman itu secara kecil-kecilan di Kampung Pagi, Kampung Gol, Kampung Selimbar dan Felda Padang Piol.

"Projek berkenaan juga mengubah kehidupan belia berkeluarga di kampung tradisional dan tanah rancangan Felda di kawasan Tahan apabila bakal memperoleh pendapatan tinggi menerusi tanaman pokok tersebut sekali gus menjadi pemacu dalam sektor pertanian moden.

"Kerajaan negeri dan Felda akan menggunakan khidmat kepakaran mereka yang berpengalaman dalam pengeluaran pokok tersebut dari sebuah universiti di Itali yang turut dibiayai kerajaan Arab Saudi," katanya kepada pemberita selepas menghadiri Program Hari Bersama Komuniti Felda anjuran Majlis Belia Felda Malaysia (MBFM) di Padang Piol, dekat sini semalam.

Menurutnya, Malaysia menduduki tangga ketiga di peringkat antarabangsa sebagai pengeluar dan perdagangan gaharu selepas India dan Indonesia.

"Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM) menjangkakan Malaysia mampu menjadi pusat pengeluar gaharu terbesar dalam tempoh tujuh tahun akan datang.

"Pendapatan gaharu boleh mencecah RM20,000 sekilogram atau menghasilkan pendapatan sebanyak RM800,000 bagi keluasan 0.4 hektar tanaman ini," ujarnya.

Sehubungan itu, katanya, FRIM kini menerusi bantuan kajian serta kepakaran luar berusaha menjadikan negara ini sebagai pusat pengeluar gaharu terbesar di rantau Asia.

Malam minggu di UTC ceria

Posted: 13 Nov 2013 10:13 AM PST

Oleh SYAH HAIRIZAL KAMALUL ARIFIN
utusanktn@gmail.com

KALANGAN pengunjung yang tertarik dengan sistem bunyi yang dipamerkan di tempat letak kereta UTC, di Kuantan, baru-baru ini.

KUANTAN 13 Nov. - Kewujudan Pusat Transformasi Bandar (UTC) di sini membawa manfaat kepada orang ramai apabila mereka dapat melakukan urusan dengan mudah berikutan terdapat pelbagai agensi kerajaan yang beroperasi di situ.

Tempat tersebut turut menyediakan gelanggang futsal dan kawasan tempat letak kereta yang luas membolehkan pelbagai aktiviti dijalankan seperti pasar malam minggu dan pasar tani.

Keadaan tersebut membolehkan tempat itu menjadi tumpuan sekali gus menjadikan bandar Kuantan tidak sunyi pada setiap minggu.

Bagaimanapun, suasana malam minggu di tempat letak kereta UTC berubah apabila kalangan peminat kereta berkumpul di situ bagi mempamerkan kehebatan jentera masing-masing dengan pelbagai sistem bunyi.

Suasana ceria menyelubungi waktu malam apabila masing-masing memasang sistem audio sehingga memukau pengguna jalan raya di situ.

Pelbagai muzik dimainkan oleh pemilik kenderaan terbabit sehinggakan ada di kalangan pengunjung terpegun melihat kecanggihan sesuatu kereta yang dihiasi dengan pelbagai aksesori termasuk menggunakan lampu diod pemancar cahaya (LED).

Penggunaan sistem bunyi yang canggih dan lampu LED yang dipasang di kenderaan mereka memukau orang ramai yang lalu lalang di sekitar UTC.

Aktiviti sedemikian mampu mencegah mereka terjebak dalam gejala negatif yang sering dibelenggu oleh golongan remaja dan belia pada masa kini.

Seorang pemilik bengkel mengecat kenderaan, Sabri Husin, 34, berkata, aktiviti sebegini bertujuan untuk menarik golongan belia mencuba hobi baharu itu selain menjana pendapatan.

Menurutnya, sebelum terlibat dalam hobi tersebut, setiap kali malam minggu dihabiskan dengan keluar bersiar-siar tanpa tujuan.

"Dulu saya memang selalu keluar pada malam minggu tetapi kesudahannya duit saya cepat habis kerana banyak mengisi minyak.

"Semua itu berubah apabila mula berjinak dengan memilih hobi sistem bunyi dan mendapat perhatian daripada pemilik kenderaan lain yang mahukan kereta mereka turut diubah suai mengikut cita rasa masing-masing," katanya kepada Utusan Malaysia di sini baru-baru ini.

Sabri memberitahu, dia menghabiskan kira-kira RM50,000 untuk mengubah suai kenderaannya iaitu Perodua Alza dan memberi kepuasan terhadap dirinya.

Bagi seorang pemilik kereta Proton Wira, Mohd. Azra Nordin, 34, minatnya terhadap sistem audio bermula setelah dia sering mengalami kerugian kerana banyak melakukan pengubahsuaian enjin jenteranya.

"Saya cuba beralih kepada hobi baharu iaitu sistem bunyi dan ternyata membawa kepuasan apabila ramai yang tertarik dengan kereta saya," katanya yang menghabiskan RM15,000 untuk sistem bunyi kenderaannya.

Menurutnya, hobinya itu turut membawa keuntungan setelah ramai kenalannya turut berminat menggunakan khidmatnya dalam mengubahsuai kenderaan tersebut.

Jelasnya, pemilihan tempat letak kereta UTC amat tepat kerana mempunyai kawasan lapang yang luas dan terletak di tengah bandar.

"Kalau kami memasang muzik dengan kuat, kami yakin tidak mengganggu ketenteraman orang lain kerana kawasan kediaman terletak jauh dari bandar," ujarnya.

Bagaimanapun, seorang lagi pemilik kereta terbabit, Mohd. Hafizullah Abd. Halim, 33, berpandangan bahawa mereka yang ingin berjinak dalam hobi itu perlu meminta nasihat Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) supaya pengubahsuaian kenderaan mematuhi peraturan.

Dalam pada itu, seorang pengunjung dari Kuala Lumpur, Rizal Jumaat 31, berkata, dia tidak menyangka terdapat aktiviti tersebut diadakan di bandar ini memandangkan perkara itu telah lama wujud di bandar-bandar besar lain.

"Biasanya suasana ini boleh dilihat di Kuala Lumpur, Johor Bahru, Johor dan Ipoh, Perak. Saya terkejut apabila melihat aktiviti tersebut turut berada di bandar ini dan yakin akan lebih ramai datang mengunjunginya.

Katanya, aktiviti sedemikian mampu menghindarkan mereka terjebak dalam gejala sosial kerana mereka hanya menghabiskan masa dan duit terhadap minat masing-masing.

Seorang remaja, S. Subramaniam, 20, dia berbangga kerana aktiviti tersebut wujud di bandar ini dan yakin lebih ramai datang mengunjunginya.

"Saya minat motosikal. Namun selepas dua tiga kali datang tengok kereta-kereta ini saya sudah mula berhajat memiliki sebuah kereta dan mengubahsuainya suatu hari ini'' katanya.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Luar Negara

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Luar Negara


Lagi provokasi China di Spratly

Posted: 13 Nov 2013 09:32 AM PST

HONG KONG 14 Nov. - Sekumpulan aktivis Hong Kong hari ini berlepas ke Kepulauan Spratly dengan alasan ingin melakukan aktiviti memancing, setahun selepas mereka belayar ke sebuah lagi gugusan pulau yang menjadi tuntutan beberapa buah negara bagi mengukuhkan kedaulatan China.

Seorang aktivis, Tsang Kin-shing berkata, mereka yang terdiri daripada 13 orang termasuk dua wartawan, akan pergi memancing menggunakan bot Kai Fung No. 2.

Jika tiada ikan di Nansha, kami akan pergi ke lokasi di kawasan jajahan China di mana ada ikan, kata seorang lagi aktivis, Lo Chau.

Kin-shing bagaimanapun enggan mendedahkan jadual perjalanan dan hanya menyatakan mereka akan belayar ke Kepulauan Spratly yang menjadi tuntutan China dan beberapa negara jiran termasuk Malaysia, Brunei, Vietnam dan Taiwan. - AFP

Rusia salur dana musnahkan senjata kimia Syria

Posted: 13 Nov 2013 09:30 AM PST

MOSCOW 14 Nov. - Rusia akan menyalurkan dana sebanyak dua juta euro (RM8.58 juta) dalam usaha untuk menghapuskan senjata kimia milik Syria, selain bersedia untuk menawarkan bantuan pakar kepada badan yang dipertanggungjawabkan untuk melaksanakan misi tersebut.

Pertubuhan bagi Pencegahan Senjata Kimia (OPCW) setakat ini sudah mengumpul kira-kira 10 juta euro (RM42.91 juta) untuk digunakan bagi melakukan pemeriksaan tersebut, seperti yang termaktub di bawah perjanjian Amerika Syarikat-Rusia pada September lalu.

Namun begitu, badan itu memerlukan lebih banyak dana untuk memusnahkan lebih daripada 1,000 tan senjata kimia yang diisytiharkan oleh Syria. - REUTERS

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Rencana

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Rencana


Politik khabar angin di Perak

Posted: 13 Nov 2013 10:12 AM PST

Oleh ZULKIFLEE BAKAR
pengarang@utusan.com.my

SELEPAS Pilihan Raya Umum Ke-11 tahun 2004, Pas terpaksa memerintah Kelantan dengan kelebihan dua kerusi sahaja dan pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13), Barisan Nasional (BN) Terengganu terpaksa memerintah negeri dengan kelebihan hanya satu kerusi.

Tetapi sama ada BN di Kelantan mahupun Pas di Terengganu, mereka tidak pernah berniat untuk menganggu gugat pentadbiran kerajaan negeri. Masing-masing menghormati keputusan yang dibuat oleh rakyat dalam pilihan raya yang diadakan.

Keadaan itu membolehkan kerajaan negeri di Kelantan dan Terengganu mampu mentadbir tanpa sebarang gangguan politik termasuklah daripada golongan yang boleh dianggap 'gila talak' mahu kuasa.

Bagaimanapun situasi ini tidak berlaku di Perak, kejayaan BN mendapat mandat mutlak di negeri itu dalam PRU-13 walaupun dengan kelebihan tiga kerusi ternyata tidak begitu disenangi oleh kelompok tertentu.

Bagi mereka Menteri Besar, Datuk Seri Dr. Zambry Abdul Kadir yang pernah puak-puak tersebut gelar 'Menteri Besar Haram' berikutan kemelut politik pada 2009 tidak harus dibiarkan bekerja dengan selesa bagi membangunkan rakyat negeri Perak.

Kelebihan tiga kerusi itu seolah-olah tidak diiktiraf sebagai suara demokrasi yang diterjemahkan oleh rakyat melalui pilihan raya, sebaliknya mereka ingin terus bermain politik dengan tujuan melihat Dr.Zambry 'tidur tak lena' dengan andaian dengan kelebihan tiga kerusi mana-mana juga kerajaan negeri boleh tumbang dalam satu malam.

Berikutan itu, menjelang sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak pada 25 November ini, maka isu lompat parti kembali dimainkan, kononnya ada dua wakil rakyat BN akan melompat parti dan sekali gus meletakkan kerajaan negeri berada dalam kedudukan 'telur di hujung tanduk'. Sebenarnya, ini bukanlah kali pertama isu seumpama itu dimainkan malah sudah acap kali iaitu sejak 2009 lagi dan matlamatnya hanya satu - mengganggu kelancaran pentadbiran kerajaan negeri.

Sebab itulah, ketika diminta reaksi beliau berhubung perkara tersebut, Dr.Zambry berkata, "Tak perlu kita layan benda-benda ini, kita mahu terus bekerja untuk rakyat Perak."

Menurut beliau, BN Perak mempunyai misi lebih penting daripada memikirkan perkara seumpama itu dan lebih mengutamakan tanggungjawab yang diamanahkan rakyat.

Jadi tidak payahlah mana-mana pihak cuba menarik BN untuk melayan 'politik tidak cukup segantang' ini kerana ia hanya membuang masa.

Ia memandangkan ada gesaan oleh Pas Perak supaya Dr.Zambry membuat laporan polis bagi menafikan khabar angin tersebut. Secara logiknya, nama pun sudah khabar angin, biarlah hembusannya berlalu begitu sahaja.

Kalau khabar angin hendak dilayan, kenapakah Pas Perak tidak menggesa supaya pemimpin-pemimpin DAP negeri membuat laporan polis kerana ada khabar angin yang menyatakan, isu lompat melompat ini ada kaitan dengan parti tersebut menjelang pemilihan DAP peringkat negeri? Tanyalah juga kepada DAP, betulkah isu melompat parti ini sengaja dibangkitkan untuk mengalih pandangan terhadap kemelut dalam parti itu yang dikatakan semakin parah?

Kenapa Pas Perak tidak bertanya secara langsung kepada kepimpinan Parti Keadilan Rakyat (PKR) negeri betulkah khabar angin ada dua wakil rakyat BN telah mengadakan perbincangan dengan pemimpin kanan PKR di Permatang Pauh?

Justeru hujah Pas Perak kononnya khabar angin tersebut merupakan satu perkembangan tidak sihat dan boleh mengakibatkan ketidakstabilan politik serta ekonomi Perak hanya alasan sahaja.

Bagi kelompok pembangkang yang tidak ada kerja apatah lagi yang bukan bergelar wakil rakyat, mungkin mereka ada masa untuk melayan pelbagai khabar angin tetapi bagi kerajaan negeri BN banyak kerja lain hendak dilakukan.

Oleh itu, tidak perlulah pakatan pembangkang di Perak hendak menyeret BN ke dalam gelanggang politik khabar angin mereka.

Berpolitiklah secara matang seperti mana ditunjukkan oleh BN di Kelantan dan Pas di Terengganu. Kalau benarlah mereka mengaku kononnya perjuang untuk rakyat dan mengutamakan rakyat dalam percaturan politik mereka, maka jangan mengganggu pentadbiran kerajaan Perak yang dipilih oleh rakyat. Kalau mahu juga kuasa, maka berusahalah dalam pilihan raya umum akan datang dan bukannya mengharapkan khabar angin menjadi kenyataan.

Seperkara lagi kepada pemimpin-pemimpin pembangkang di Perak belajar untuk menerima hakikat bahawa rakyat sudah memilih BN. Jika mereka memperjuangkan suara keramat rakyat maka hormatilah keputusan rakyat. Tidak kiralah sama ada sesebuah kerajaan negeri itu memerintah dengan kelebihan satu atau dua kerusi, yang penting itu mandat rakyat.

Cukup-cukuplah sejak 2009, apabila kerajaan pakatan pembangkang tumbang kerana kesilapan sendiri, kerajaan BN yang memerintah tidak habis-habis diganggu. Tidak cukup dalam gelanggang politik, perjalanan sidang DUN negeri juga dikacau sehinggakan ia tidak ubah seperti 'tadika'. Kalau pun ada masalah dalam parti sendiri, janganlah cuba mengaitkan pentadbiran kerajaan BN Perak.

Dr.Zambry, barisan exco dan pemimpin-pemimpin BN mempunyai banyak lagi urusan rakyat yang harus diselesaikan, bukannya hendak melayan mainan politik pembangkang atau penyokong mereka sahaja.

Daripada mana-mana pihak termasuk penyokong pembangkang berfikir siang malam bagaimana hendak menggugat kerajaan BN Perak adalah lebih baik jika mereka memikirkan bagaimana hendak membangunkan negeri itu. Pertarungan politik seharusnya berlaku ketika musim pilihan raya sahaja bukannya hendak politik 24 jam tanpa mengira musim.

Oleh itu, Dr.Zambry mengambil tindakan bijak apabila tidak mahu melayan khabar angin dalam isu lompat melompat ini. Biasanya orang yang pernah alami 'penyakit' ini memang trauma dengan keadaan itu.

Berikutan itu, mereka berharap 'penyakit' yang sama akan terkena kepada orang lain pula, tetapi mereka terlupa bahawa berbanding BN, kecenderungan untuk melompat parti ini lebih banyak dilakukan oleh pembangkang.

Bukan kerana dibeli atau dipancing dengan habuan tetapi disebabkan pemimpin itu sendiri sudah tidak yakin dengan perjuangan parti mereka. Lanjutan itu, langkah terbaik ialah memihak kepada parti yang mereka percaya mampu membela nasib rakyat iaitu BN, jadi janganlah salahkan BN kalau itu berlaku.

Tetapi biasalah pembangkang, mana hendak mahu mengkaji kelemahan sendiri. Bagi mereka, apa sahaja yang berlaku semuanya kerja BN, tetapi mereka akan melenting pula kalau orang akan dakwa mereka terlibat menyebarkan khabar angin dalam isu lompat melompat ini.

Namun begitu, kita yakin Dr.Zambry seorang pemimpin yang sanggup tidur di surau dan menumpang rehat di rumah orang kampung demi mendengar suara hati rakyat tidak akan terpengaruh dengan politik picisan seumpama ini.

Biarlah khabar angin itu bertebaran, biarlah khabar angin berlanjutan yang pasti apabila tiba masanya kebenaran pasti meranapkan kebatilan. Apa yang penting, BN Perak perlu meneruskan agenda membangunkan negeri itu dan memakmurkan kehidupan rakyat, jangan membuang masa hendak bertanya kenapa pohon bergoyang kerana itu perbuatan mereka yang sudah bangkrap isu dalam berpolitik.

Perundangan lapuk AS yang menyusahkan

Posted: 13 Nov 2013 10:12 AM PST

Gerbang Global
Azmi Hassan

MUNGKIN ramai rakyat Malaysia mengambil mudah hasrat Kuala Lumpur untuk menduduki kerusi Lembaga Eksekutif Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO) untuk penggal 2015-2019 kerana ada yang membuat andaian organisasi itu tidak mempunyai pengaruh dalam mewarnai geopolitik antarabangsa.

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata demikian ketika menghadiri Persidangan Agung UNESCO di Paris beberapa hari lepas.

Tambah beliau, Jemaah Menteri pada 25 Oktober telah bersetuju dengan cadangan Kementerian Pendidikan untuk Malaysia sekali lagi bertanding kerusi Eksekutif kerana semenjak menganggotai pertubuhan itu pada 1958, Malaysia sudah lima kali menduduki kerusi berkenaan.

Sebagai salah satu organisasi di bawah naungan PBB, pertubuhan tersebut mempunyai peranan tersendiri bukan sahaja dalam bidang pendidikan atau kebudayaan tetapi juga mampu secara tersirat memperjuangkan isu berkaitan demokrasi dan hak asasi.

Pemilihan ini akan menjadi platform terbaik untuk kita berkongsi pendapat dan amalan terbaik dengan negara-negara anggota lain di samping memastikan kepentingan dan pendirian Malaysia dapat didengari di peringkat antarabangsa," tegas Muhyiddin sebagai dalil asas keputusan Jemaah Menteri.

Menarik sekali kerana sehari sebelum itu Ketua Pengarah UNESCO Irina Bokova mengumumkan Amerika Syarikat (AS) dan Israel telah hilang hak mengundi dalam organisasi tersebut kerana gagal membayar yuran yang telah tertunggak selama dua tahun.

Ketetapan itu dilakukan mengikut peruntukan perlembagaan UNESCO yang menetapkan mana-mana negara ahli yang gagal melunaskan tunggakan yuran selama dua tahun akan dilucutkan hak mengundi. Jumlah tunggakan yang ditanggung AS adalah AS$80 juta setahun dan perlu dinyatakan keengganan Washington melunaskan hutang itu adalah kerana terikat dengan peruntukan undang-undang AS yang melarang menghulurkan bantuan kewangan terhadap mana-mana organisasi PBB yang mempunyai Palestin sebagai ahli penuh.

Pada Persidangan Agung 2011 sebanyak 107 negara ahli UNESCO menerima permohonan Palestin sebagai ahli penuh sementara 14 menentang dan 52 lagi mengambil pendirian berkecuali. AS dan Israel adalah antara negara yang menentang kemasukan Palestin dalam organisasi itu.

Hasrat Washington sebenarnya mahu mengekalkan keahlian dengan hak mengundi kerana landasan UNESCO adalah antara wadah terpenting yang digunakan oleh AS untuk memperjuangkan hak demokrasi dan hak asasi secara tersirat. Ini adalah kerana negara sasaran akan merasa agak sangsi dengan niat sebenar bantuan yang dihulurkan jika ia dilakukan oleh AS secara langsung.

Tetapi jika bantuan dihulurkan melalui UNESCO maka persepsi serong sedemikian rupa lazimnya tidak akan wujud. Pentingnya UNESCO kepada AS dan begitu juga sebaliknya adalah kerana setiap tahun dana kewangan yang dihulurkan AS merangkumi hampir 22 peratus dari keseluruhan perbelanjaan organisasi tersebut.

Sebagai penyumbang terbesar, AS mempunyai pengaruh yang agak besar dalam melaksanakan program pilihan mereka. Tetapi sejak dua tahun kebelakangan ini apabila dana organisasi berkurangan, banyak program terpaksa dibatalkan dan majoritinya adalah program dimana AS mempunyai kepentingan secara langsung.

Kesan paling ketara adalah pembatalan program pendidikan berasaskan peristiwa Holocaust. Maksud tersurat program ini adalah untuk memberi kemudahan pendidikan kepada negara yang memerlukan tetapi yang paling penting adalah maksud tersirat yang cuba mempengaruhi persepsi masyarakat antarabangsa terhadap peristiwa Holocaust.

Presiden AS Barack Obama sedaya upaya cuba mengubah perundangan yang ditanda tangani pada era 1990an Presiden George H.W. Bush dan juga Presiden Bill Clinton kerana ditafsirkan sebagai ketinggalan zaman dan bertentangan dengan dasar rasmi Washington yang mahu melihat dua negara merdeka iaitu Palestin dan Israel ujud secara aman. Tetapi masalahnya adalah Kongres AS menilai kehilangan hak mengundi dalam UNESCO sebagai perkara remeh kerana setiap kali Obama mengemukakan cadangan penambahbaikan terhadap perundangan itu, maka setiap kali cadangan itu langsung tidak dibangkitkan di Kongres.

Selagi wujudnya perundangan yang menghalang penyertaan AS dalam organisasi yang turut membabitkan Palestin sebenarnya lebih banyak merugikan AS dan Israel berbanding dengan Palestin itu sendiri. Dalam UNESCO umpamanya wujud sentimen anti Israel yang antara lain mengecam tindak tanduk rejim tersebut yang telah memusnahkan tempat bersejarah di Baitulmaqdis Timur dan Tebing Barat.

Paling menarik juga apakah tindakan yang bakal diambil AS dan Israel jika diandaikan Palestin membuat permohonan menjadi ahli dalam Agensi Tenaga Atom Antarabangsa (IAEA) yang pada ketika ini antara agensi PBB terpenting selepas Majlis Keselamatan jika isu pembangunan nuklear Iran di ambil kira. Lebih menarik lagi jika Palestin diterima sebagai ahli Pertubuhan bagi Pencegahan Senjata Kimia (OPCW) yang dianggap mempunyai tanggung jawab kritikal mengekang penularan senjata kimia seperti mana IAEA dengan tugas mereka mengekang penularan senjata nuklear.

Apakah Kongres AS akan membiarkan Washington hilang pengaruh dalam IAEA atau OPCW seperti mana menimpa mereka dalam UNESCO adalah begitu menarik untuk diperhatikan. Tetapi jika Dewan Perwakilan Kongres yang dikuasai oleh Parti Republikan sanggup membiarkan Kerajaan Pusat lumpuh selama 17 hari, maka bukan perkara mustahil Kongres membiarkan AS meninggalkan IAEA atau OPCW.

PENULIS ialah Geostrategis Institut Geospatial dan Sekolah Perdana UTM.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Keluarga

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Keluarga


Ringkas tapi mewah

Posted: 12 Nov 2013 09:34 PM PST

SYOMIR Izwa (kanan) menekuni dunia rekaan fesyen sejak tahun 2002.

Dia memberanikan diri menghasilkan pakaian pengantin untuk kawan-kawan dan bermula tahun 2002, Syomir meletakkan dirinya sebagai pereka fesyen yang bergerak sendiri hingga tahun 2009.

"Ketika itu jenama-jenama terkenal antarabangsa belum banyak di pasaran. Kebanyakan golongan yang berada mencari baju eksklusif untuk menghadiri majlis makan malam di luar negara. Namun tidak semua mampu berbuat begitu. Maka ketika itu saya hadir menawarkan perkhidmatan.

"Daripada baju tunang, baju kahwin, baju rasmi hingga ke majlis eksklusif, orang mula mengenali Syomir Izwa. Pelanggan saya tahu identiti setiap rekaan saya iaitu ringkas tapi nampak mewah," cerita Syomir yang ditemui di premis perniagaannya di 89, Jalan Maarof, Bangsar, Kuala Lumpur.

Setelah menyertai pertunjukkan fesyen pertama pada Minggu Fesyen Antarabangsa Malaysia 2009 anjuran Pertubuhan Fesyen Antarabangsa Malaysia (MIFA), Syomir bertambah yakin lebih-lebih lagi apabila rakan niaganya, Ena Sommers turut memberi galakan untuk menyertai pelbagai acara minggu fesyen dalam dan luar negara.

"Nama Syomir Izwa makin dikenali selepas penyanyi Yuna menggunakan busana rekaan saya untuk anugerah Shout 2010. Serentak dengan itu trend tudung satin rekaan saya untuk Yuna juga mula popular.

"Yuna juga suka dengan rekaan saya dan turut menggunakan busana Syomir Izwa pada persembahan di Istana Budaya.

"Sebenarnya, bukan Yuna sahaja, malah beberapa selebriti lain seperti Datuk Sheila Majid juga memilih rekaan saya ketika membuat persembahan di Dewan Filharmonik. Semua ini secara tidak langsung membakar semangat saya untuk menghasilkan rekaan-rekaan yang menarik," imbas Syomir yang merupakan jejaka kelahiran Ipoh, Perak.

Kerjasama

Pada tahun ini, Syomir Izwa berkolaborasi dengan Zawara, label fesyen Muslimah, dengan menghasilkan lima rekaan unik. Ini diikuti dengan penghasilan koleksi pakaian untuk mereka bertubuh besar menerusi Syomir Izwa Loves SuriSara.

Kedua-dua kolaborasi itu menurut Syomir, umpama hadiah untuk peminatnya.

"Respon yang diterima sangat menggalakkan, walaupun rekaan hanya ada lima untuk setiap jenama. Ia tetap menjadi pilihan peminat fesyen.

"Saya memang berhasrat Syomir Izwa menjadi satu jenama mewah yang sebaris dengan nama pereka fesyen terkenal di luar," katanya.

Halal di udara

Posted: 12 Nov 2013 09:34 PM PST

MENJEJAKI negara matahari terbit, Jepun, adalah suatu peluang yang mengujakan namun bagi kalangan pelancong Muslim aspek 'makanan halal' tidak dapat lari daripada menjadi persoalan utama.

MENJEJAKI negara matahari terbit, Jepun, adalah suatu peluang yang mengujakan namun bagi kalangan pelancong Muslim aspek 'makanan halal' tidak dapat lari daripada menjadi persoalan utama.

Kebimbangan ini tercetus berikutan hasil daripada reaksi kebanyakan mereka yang melancong, belajar mahupun bekerja di sana mengakui akan kesukaran mendapatkan makanan halal di negara yang terkenal dengan komik Manga.

Perkara ini tidak dipandang ringan kerana bagi seseorang yang beragama Islam amat penting untuk memastikan setiap makanan dan minuman diambil adalah daripada sumber halal dan disediakan mengikut cara ditetapkan syarak.

Biarpun ia sekadar roti, mahupun mee, namun ruang lingkup 'halal' itu adalah luas kerana ada kemungkinan makanan tersebut dicampuri dengan bahan terlarang dalam agama Islam seperti alkohol dan daging babi dalam penyediaannya.

Justeru, apabila diberitahu oleh Naib Presiden Komersial-Produk, Malaysia Airlines (MAS), Iskandar Ezzahuddin Ahmad Zulkiflee bahawa MAS bekerjasama dengan penyaji utama dari negara itu untuk penyediaan makanan dalam pesawat untuk laluan timur, yang sebelum ini menimbulkan keraguan akan status kehalalan makanan berkenaan.

"Penyediaan makanan dalam penerbangan MAS, akan disediakan oleh Brahim's Airline Catering Sdn. Bhd. di Kuala Lumpur dan syarikat penyediaan makanan lain di setiap destinasi penerbangan MAS," jelasnya kepada Bernama.

Sekadar pengetahuan, syarikat penerbangan nasional ini menjalinkan kerjasama dengan TFK Corporation (menyediakan dan membekalkan makanan dalam penerbangan) di Narita, Jepun selama 12 tahun.

Bagi tujuan ini, kolaborasi hanya berlangsung sebaik sahaja penyaji utama di Narita berjaya memperoleh sijil halal selepas diambil kira menepati akan piawaian-piawaian ditetapkan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim).

Namun demikian, timbul kebimbangan sama ada prosedur halal yang diperoleh itu diikuti sebaiknya apatah lagi apabila dimaklumkan bahawa kesemua pekerja TFK Corporation adalah bukan Islam.

Ia menjadi persoalan akan kemungkinan berlakunya penyalahgunaan 'sijil halal', namun melihat sendiri pengoperasiannya di TFK Corporation semasa mengikuti Media Familiarisation Trip dengan MAS di Narita, Jepun, menjawab keraguan berkenaan.

Sekiranya ada yang mengandaikan bahawa penyediaan makanan halal untuk penerbangan MAS disediakan di ruang sama dengan zon tidak halal dan hanya dibezakan oleh penggunaan kuali berlainan, anda silap.

Salah faham ini mungkin timbul berikutan penyaji makanan itu tidak hanya menyediakan dan membekalkan makanan kepada MAS tetapi juga kepada syarikat-syarikat penerbangan lain.

Walaupun demikian, kepatuhan mengikuti prosedur halal yang ditetapkan dalam pengoperasiannya adalah jelas apabila melihat sendiri dapur TFK Corporation yang mengasingkan ruang penyediaan makanan halal dan tidak halal.

Bagi pembekalan makanan syarikat penerbangan MAS, terdapat dapur khusus untuk tujuan itu yang mana di pintu masuknya terdapat label 'halal' yang terpampang secara terangan menggunakan huruf Roman.

Istimewanya juga, setiap perkakas masakan yang ada di situ seperti kuali, senduk, garpu mahupun sudu telah ditanda dengan pelekat berwarna bermaksud 'hanya untuk penyediaan makanan halal' biarpun komposisi penyimpanannya sudah khusus di dapur berkenaan.

"Sangat tersusun, rapi dan mengikut piawaian-piawaian yang ditetapkan. Semua peralatan masakan yang ada di dapur halal ini tidak akan dikongsi dengan penyediaan masakan tidak halal. Malahan, perkakas ini juga tidak akan dibenar langsung untuk dibawa keluar dari situ.

"Chiller (tempat penyimpanan makanan siap secara selamat) juga hanya untuk halal sahaja dan tidak dicampur," kata Executive Sous Chef MAS, Chef Abdul Razak Rejab.

Beliau yang berkhidmat dengan MAS sejak 2008, bertanggungjawab untuk pemilihan menu bagi laluan Jepun dan terlibat dalam pemantauan prosedur halal, TFK Corporation.

Bahan halal

Selain itu, penggunaan seperti sos, minyak masak, kicap dan bahan perasa diambil perhatian berikutan ada antaranya mengandungi bahan terlarang seperti lemak babi dan alkohol.

Abdul Razak berkata MAS amat memberi penekanan berhubung penyediaan makanan halal mengikut garis prosedur ditetapkan Jakim kerana ada kemungkinan besar bahan itu juga boleh diragui tahap halalnya.

"Dalam mengekalkan kesegaran menu, kerjasama dijalinkan dengan katerer penerbangan di sesebuah negara termasuk di Jepun. Bagi saya, bukan sukar untuk mendapatkan barang halal di sini hanya ia agak terhad.

"Macam sos soya boleh dapat tetapi kita (MAS) lebih tegas kerana ada kemungkinan ia dicampuri dengan bahan terlarang dalam agama Islam," katanya.

Ini kerana, terdapat sesetengah syarikat penerbangan menawarkan makanan yang bukan diperbuat daripada daging babi, tetapi itu tidak bererti ia halal.

Dalam mendapatkan persijilan halal, aspek pemerhatiannya begitu meluas dan tidak hanya merangkumi proses penyediaan, penghantaran, penyimpanan akan tetapi turut menyentuh mengenai kebersihan dan keselamatan.

Atau dalam kata ringkasnya ia merujuk kepada konsep halalan thoyyiban yang mana sumber makanan itu adalah halal dan diproses dalam keadaan bersih dan selamat dimakan.

Pengaplikasian konsep ini di dapur halal TFK Corporation bermula sebaik melangkah masuk ke bahagian berkenaan apabila setiap seorang perlu mengenakan kot makmal manakala kasut pula disarung dengan plastik berwarna biru.

Kebersihan mereka yang keluar masuk tidak terkecuali kepada rombongan media ke dapur berkenaan dan ini meliputi penggunaan hand sanitizer disusuli dengan pembasuhan tangan dan melalui satu mesin yang bertindak seperti 'vakum'.

Ini penting, kerana tidak mahu setiap individu yang keluar masuk membawa bakteria atau kotoran luar apabila memasuki ruang masak berkenaan.

Tidak terkecuali, kekemasan dan sistem sanitasi di dapur ini juga amat bersih, bahan-bahan masakan tidak berterabur manakala sayur-sayuran dibersihkan satu persatu walaupun dalam kuantiti yang banyak.

Dalam kata mudah, melihat komitmen para petugasnya melaksanakan tanggungjawab membuktikan kebenaran bahawa orang Jepun sememangnya terkenal dengan gaya hidup penuh berdisiplin. - BERNAMA

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Kota

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Kota


DBKL naik cukai selepas 21 tahun

Posted: 13 Nov 2013 10:13 AM PST

Oleh MOHD. ASRON MUSTAPHA
kota@utusangroup.com.my

KUALA LUMPUR 13 Nov. - Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) akan menaikkan kadar cukai taksiran pintu mulai tahun depan bagi membolehkan badan itu menawarkan khidmat terbaik memandangkan sudah 21 tahun cukai tersebut tidak dinaikkan.

Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor bagaimanapun memberi jaminan kadar kenaikan cukai tersebut jauh lebih rendah berbanding notis yang sudah diagihkan DBKL kepada penduduk demi mencapai situasi menang-menang.

Beliau seterusnya menyelar sikap pembangkang yang gemar memutarbelitkan fakta mengenai kenaikan kadar cukai tersebut demi membangkitkan kebencian rakyat, sedangkan hakikat sebenar DBKL sudah 21 tahun memberi kelonggaran kepada penduduk.

"Ini masalahnya. Segambut (Lim Lip Eng-DAP) jangan kelirukan Dewan. Tetapi masalahnya dengan pembangkang mereka suka mengelirukan Dewan dan mengelirukan rakyat. Notis mengenai perkara itu akan dikeluarkan untuk mendapat maklum balas daripada penduduk sebelum 17 Disember ini.

"DBKL tidak pernah menaikkan cukai taksiran selama 21 tahun. Saya nak beritahu, kita laksanakan ini disebabkan nilai hartanah di Kuala Lumpur sudah jauh meningkat," katanya ketika menggulung sesi perbahasan kementerian itu di Dewan Rakyat hari ini.

Mengulas lanjut, Tengku Adnan berkata, Barisan Nasional (BN) merupakan sebuah kerajaan yang adil dan tidak akan menaikkan kadar cukai pintu sehingga membebankan rakyat tetapi bersesuaian dengan kadar semasa nilai hartanah di ibu kota.

Mengenai tindakan pemimpin pembangkang yang membantah notis mahkamah agar sebahagian tempat ibadat Hindu yang tidak menepati ciri-ciri sebuah kuil di Jalan P. Ramlee, dirobohkan Tengku Adnan berkata, beliau tidak mahu mempolitikkan isu tersebut.

Bagaimanapun apabila V. Sivakumar (DAP-Batu Gajah) berterusan mempersoal tindakan DBKL dalam isu tersebut, beliau kemudian memberi penjelasan kepada bekas Speaker Dewan Undangan Negeri Perak itu tentang takrifan kuil yang sebenar.

"Sebenarnya saya tidak mahu jawab tetapi apabila Batu Gajah bertanya, terpaksa saya jelaskan. Ada 74,000 tempat ibadat Hindu di seluruh negara. Sebanyak 34,000 saya boleh takrifkan sebagai kuil, itu pun masih ada tanya tanya, selebihnya hanya 'shrine' (tempat suci).

"Kuil ini kena ada sumber air, mesti ada dewan, tidak boleh wujud bayang apabila pukul 12 tengah hari dan mesti menghadap ke arah timur, tetapi sayangnya antara kita ada yang dakwa sayang agama tetapi tidak mendalami agama masing-masing," katanya.

158 tan sampah dikutip di Pasar Raja Bot

Posted: 13 Nov 2013 10:13 AM PST

BAHAGIAN bumbung turut dibersihkan oleh pekerja Alam Flora dalam operasi pembersihan Pasar Raja Bot, Kuala Lumpur yang dilaksanakan selama dua hari berakhir semalam.

KUALA LUMPUR 13 Nov. - Sebanyak 158 tan sampah pukal dipungut oleh Alam Flora Sdn. Bhd. di Pasar Raja Bot dalam operasi pembersihan besar-besaran yang dilaksanakan selama dua hari, bermula semalam, bersama Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).

Pengurus Kawasan Tengah Wilayah Persekutuan Alam Flora, Mohd. Idris Mohamed Yusof berkata, kebanyakan sampah adalah barangan tidak digunakan lagi oleh peniaga tetapi disimpan di gerai masing-masing.

"Operasi hari pertama semalam bermula pukul 7 pagi dan berakhir 6 petang semalam. Kira-kira 80 peratus kerja pembersihan telah dilaksanakan semalam dan hari ini kami menyambung semula kerja-kerja itu dan berakhir pukul 5 petang," katanya ketika ditemui di pasar itu.

Menurut beliau, selain mengutip sampah, pihaknya turut membersihkan sistem perparitan pasar itu.

"Kelengkapan jentera untuk pembersihan oleh Alam Flora telah berada pada kedudukan yang telah dirancang dan operasi pembersihan ini berjalan mengikut jangkaan," jelasnya.

Katanya, dengan kekuatan anggota seramai 300 orang dengan dibantu lebih daripada sepuluh buah jentera untuk operasi berkenaan, sampah pukal itu terus dihantar ke Stesen Pemindahan Sisa Pepejal Taman Beringin, Jinjang di Kepong.

Berikutan operasi berkenaan, atas saranan Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor, pasar itu ditutup selama dua hari bermula semalam.

Selain untuk memastikan pasar itu lebih bersih, operasi itu juga dibuat untuk menghapuskan tikus dan habitatnya di bangunan berusia 55 tahun itu.

Semalam, Timbalan Ketua Pengarah Pembangunan Sosio Ekonomi DBKL, Datuk Mhd. Amin Nordin Abd. Aziz turut mengumumkan pasar yang turut dikenali Pasar Chow Kit itu akan ditutup sehari setiap bulan bagi memberi ruang kepada kerja-kerja pembersihan secara berkala dilaksanakan.

"Pihak kami amat mengalu-alukan penutupan pasar ini sehari pada setiap bulan selepas ini oleh DBKL. Selain memudahkan kerja kami, akan juga membolehkan pembersihan dibuat secara menyeluruh dalam usaha menjaga kebersihan pasar ini," ujar Mohd. Idris.

Sementara itu, tinjauan Utusan Malaysia mendapati, keadaan pasar itu kelihatan bersih dan sebahagian jalan di situ juga telah diturap selain sistem perparitan juga sedang dibaiki oleh pihak DBKL.

Aliran air dalam longkang juga kembali lancar selepas dibersihkan kerana sebelum ini sering tersumbat. Dapat dilihat juga peniaga sedang sibuk membersihkan dan membaiki struktur gerai masing-masing.

Seorang peniaga buah-buahan, Mohd. Nor Shahwal, 33, berkata, dia menyambut baik penutupan pasar berkenaan demi kebaikan mereka dan pelanggan khususnya berkaitan aspek kebersihan serta kesihatan.

"Saya sendiri telah bersedia dengan penutupan ini untuk membersihkan sendiri premis. Kami tidak mahu pelancong melihat keadaan pasar ini yang kotor dan dipenuhi tikus," katanya.

Seorang lagi peniaga, Abdul Karim Mohamad, 39, pula berkata, dia akur dengan arahan penutupan tersebut dan bersedia memberi kerjasama terhadap pihak DBKL dan Alam Flora.

"Tidak boleh dinafikan pasar ini memang menjadi habitat tikus sejak dahulu lagi. Walaupun pasar ini banyak kali terlibat dengan aktiviti gotong-royong namun masalah masih berulang kerana tiada kesedaran sivik mengenai kebersihan dalam kalangan segelintir pihak," ujarnya.

7,391 tikus ditangkap di Pasar Raja Bot

Posted: 13 Nov 2013 10:13 AM PST

KUALA LUMPUR 13 Nov. - Kempen pembasmian tikus yang dilaksanakan Dewan Bandar Kuala Lumpur (DBKL) khususnya di Pasar Raja Bot di Jalan Chow Kit dilihat dapat mengurangkan pembiakan haiwan itu dengan penangkapan 7,391 ekor tikus sejak Januari lepas.

Pengarah Jabatan Kesihatan dan Alam Sekitar DBKL, Dr. Hayati Abdullah berkata, pihaknya melakukan pelbagai cara untuk menangkap tikus termasuk memasang perangkap, menabur racun tikus dan menempatkan papan bergam di sekitar kawasan pasar.

"Sebanyak 1,168 buah perangkap, 223 kilogram racun tikus dan 12 papan bergam diletakkan di sekitar pasar. DBKL juga membuat kawalan makhluk perosak di pasar itu," katanya kepada Bernama ketika dihubungi hari ini.

Beliau berkata, usaha memerangi tikus turut dilakukan semasa operasi pembersihan Pasar Raja Bot yang bermula semalam.

Operasi dua hari itu dilakukan bersama anggota DBKL, Alam Flora Sdn. Bhd. dan para peniaga.

Dr. Hayati berkata, operasi hari ini menumpu kepada kerja-kerja pembersihan oleh Alam Flora dan membaiki jalan oleh DBKL.

Sementara itu tinjauan Bernama mendapati ramai yang masih mengunjungi pasar itu yang dibina pada 1955, tanpa menyedari ia ditutup dua hari bagi operasi pembersihan itu. - BERNAMA

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Feminin

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Feminin


Bergaya retro

Posted: 12 Nov 2013 09:34 PM PST

Oleh ROSMAH DAIN
Gambar Noor Azlina Jaafar

Gaya retro dengan dres paras lutut dengan corak zig zag melintang.

Fesyen yang ringkas juga mampu mencipta penampilan yang memukau sekiranya kombinasi rekaan digabungkan dengan aksesori dan padanan acara yang dihadiri.

Fesyen yang ringkas juga mampu mencipta penampilan yang memukau sekiranya kombinasi rekaan digabungkan dengan aksesori dan padanan acara yang dihadiri.

Begitu yang cuba diilhamkan oleh label fesyen tempatan terkenal, Molec, yang bertemakan Ms Print.

Rekaan dres mini flapper dengan gaya retro ini merupakan kombinasi gabungan warna-warna ceria dipadankan dengan corak berjalur, zig zag, polka dots dan rama-rama, sesuai untuk wanita muda.

Menariknya, corak-corak ini dilukis menggunakan teknik canting terhasil daripada lukisan tangan berasaskan batik pada fabrik sutera.

Berkonsep ringkas, potongan bersih, yang dinamakan potongan pensel separas atas lutut, koleksi Molec ini adalah untuk rangkaian sedia pakai.

Menepati konsep ringkas, kebanyakan rekaan dibuat tanpa lengan, namun ada juga yang direka berlengan panjang bagi memberi kepelbagaian.

Batik moden yang lebih segar nampak lebih menyerlah dan eksklusif dengan padanan warna-warna seperti oren salmon, hijau jade dan coklat.

Fesyen ini boleh digayakan sepanjang hari. Dari hari yang sibuk di pejabat dengan padanan jaket dan bersedia untuk ke bilik mesyuarat, hinggalah ke petang dan malam untuk aktiviti lebih santai.

Boleh digayakan bersama selendang, cermin mata hitam atau skarf, hari anda bersama gaya fesyen ini berakhir dengan lebih ceria.

Rekaan dres mini flapper ini dipertontonkan kepada peminat fesyen di Jakarta, Indonesia, baru-baru ini atas undangan Isteri Duta Malaysia ke Indonesia, Datin Sharifah Ikhlas Al-Jefree pada satu majlis minum pagi.

Terdapat 20 rekaan yang secara eksklusifnya dihasilkan ranggi dan menerima permintaan yang hangat daripada isteri-isteri duta luar negara di Jakarta.

Baju Molec Boutique (Sitty 019-265 3646)

C08-4, Pusat Perdagangan Taman Dagang, Taman Dagang, Ampang, Selangor.

Solekan Zul (012-3812671)

Model Killa

Kerja keras demi keluarga

Posted: 12 Nov 2013 09:34 PM PST

Oleh MERAN ABU BAKAR
Gambar SYEFRI MONIZ

Nur Baizura Basri yang mesra disapa sebagai Jue.

span class=intro> "SELAGI ada pelawaan untuk memperaga fesyen, saya tidak akan menolak. Dengan syarat pakaian yang diperagakan itu adalah busana Muslimah dan menepati ciri-ciri pakaian wanita Islam,'' demikian tegas Nur Baizura Basri, 24, model busana Muslimah yang semakin laris ketika ini.

"SELAGI ada pelawaan untuk memperaga fesyen, saya tidak akan menolak. Dengan syarat pakaian yang diperagakan itu adalah busana Muslimah dan menepati ciri-ciri pakaian wanita Islam,'' demikian tegas Nur Baizura Basri, 24, model busana Muslimah yang semakin laris ketika ini.

Ditemui di studio Utusan Malaysia ketika datang untuk fotografi dengan ditemani oleh adiknya, Norasyida, 23, ketegasan dalam berpakaian tersebut dapat dilihat semasa Baizura atau lebih mesra membahasakan diri sebagai Jue, sedang bersiap.

Hijab yang dipakai dilabuhkan menutupi bahagian dada kerana baju yang dipakai agak ketat dan dia tidak mahu menayangkan bahagian dada.

Begitu juga apabila bertukar kepada busana kedua. Hijab yang dipakai mahu diubah kepada turban. Sekali lagi Jue memakai sendiri hijab yang kemudian dilihat turut menutupi bahagian dada.

Pemilik Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Hartanah dari Universiti Teknologi Mara (UiTM) itu berkata, dia kini sedang berusaha untuk mengumpul wang bagi memulakan perniagaan tudung milik keluarga yang diberi nama Miss Jue Collection.

Justeru, anak sulung daripada dua beradik itu tidak menolak sebarang tawaran peragaan.

Bermula dari tahun lalu, iaitu selepas memperoleh ijazah, Jue telah menjadi model untuk lebih 10 buah butik pakaian Muslimah.

Jue turut menerima tawaran menjadi duta kek dan biskut sebuah syarikat di Shah Alam, Selangor. Malah sebagai duta makanan, dia telah diberi kesempatan merasmikan kiosk syarikat kek tersebut di Hotel De Palma, Shah Alam.

"Sebenarnya Jue telah melibatkan diri dalam bidang peragaan ini semasa masih menuntut di UiTM Sri Iskandar, Perak lagi. Jue sering diminta menjadi model untuk pelajar jurusan fesyen dan daripada situ Jue mengumpul pengalaman.

"Dahulu Jue agak kurang berkeyakinan. Tetapi sekarang semakin dapat mempertingkat keyakinan diri dan banyak belajar daripada sesi fotografi yang Jue lakukan.

"Dalam seminggu Jue mendapat antara lima hingga enam kali penggambaran dan bayaran yang diterima pun memuaskan,'' kata Jue yang berasal dari Klang, Selangor.

Ditanya mengenai cabaran, ujar Jue, dalam apa sahaja pekerjaan yang dilakukan pasti ada cabarannya.

Tambahnya, antara cabaran dan dugaan yang dihadapi adalah apabila pemilik butik mahukan dia memakai pakaian yang mereka pilih sedangkan pakaian tersebut tidak menepati syarat pakaian Muslimah.

Menurut Jue, dia akan memberitahu cara baik bahawa dia tidak boleh memakai pakaian tersebut dan meminta agar ditukar. Biasanya sebelum hari penggambaran, dia akan memberitahu dahulu kriteria pakaian yang akan dipakai.

Jelasnya, setakat ini dia tidak pernah berhadapan masalah besar dan kedua-dua pihak saling berbincang dengan baik.

Ditanya tidakkah berasa rugi belajar sehingga memperoleh ijazah tetapi tidak mahu bekerja makan gaji, Jue berkata, apa yang dipelajari adalah sebagai ilmu untuk diri sendiri dan tidak ada ruginya.

"Jadi model pun perlu ada ilmu supaya orang tidak mempermainkan kita.

"Bagi Jue, memiliki ijazah adalah satu bonus untuk merangka masa hadapan. Buat masa ini rezeki Jue belum lagi terarah ke bidang hartanah. Namun Jue ada perancangan masa depan untuk menjadi agen hartanah berdaftar suatu hari nanti,'' katanya.

Bercerita mengenai pencapaiannya, menurut Jue, daripada kecil dia suka berangan-angan apabila terlihat papan iklan di lebuh raya.

Dia selalu berharap suatu hari nanti wajahnya akan terpapar di papan iklan tersergam di tepi lebuh raya.

"Sampai satu ketika, dua minggu sebelum Hari Raya Aidilfitri lalu, Jue ditawarkan menjadi duta bagi produk makanan Anis Choc Moist Cake. Rasa bersyukur yang teramat sangat apabila angan-angan menjadi kenyataan. Alhamdulillah sekarang gambar Jue ada dalam bilboard di lima lebuh raya,'' ujarnya.

l Pakaian G65 BY YAN'S CREATION, LOT G.65, TINGKAT BAWAH, KENANGA WHOLESALE CITY, JALAN GELUGOR, KUALA LUMPUR (017-2813200)

l Solekan dan dandanan OGY ROSZY (012-7888160)

"Jue bukanlah daripada keluarga orang senang. Sebab itu Jue perlu bekerja keras demi memberikan kesenangan kepada keluarga. Dunia ini hanya sementara jadi rebut segala peluang yang ada untuk menjadi insan yang berjaya.

"Jue memilih untuk jadi model bagi mengumpul modal untuk berniaga tudung. Jue pernah bekerja dengan firma penilaian selama dua bulan tetapi berhenti kerana bidang peragaan memberikan lebih rezeki. Rasa puas bekerja dalam bidang yang diminati. Rezeki tak putus-putus.

"Paling seronok bila ada orang meminta pendapat Jue dalam berfesyen, menjaga penampilan dan ada yang terbuka hati untuk berhijab,'' kata Jue yang mempunyai wajah mirip personaliti terkenal, Norjuma Habib.

Menurut Jue, tudung Miss Jue Collection telah mula dijahit oleh ibu dan adiknya. Pada masa ini, tudung selendang syifon iu telah diedar di lima buah syarikat dengan dibantu oleh kawan-kawannya.

Sambutan yang diterima agak baik kerana harga tudung selendang itu mampu dibeli, iaitu antara RM15 hingga RM69.

Selepas ini akan mencuba bidang pengacaraan.

Cinta ketenangan, tidak suka tempat yang terlalu ramai orang atau bersesak.

Suka tengok orang kaya dan berjaya.

Cenderung menggayakan palazzo, blaus dan dres labuh kerana ringkas, manis dan sopan.

Menjaga wajah dengan mengamalkan minum dua liter air sehari.

Matlamat ingin memiliki empayar perniagaan sendiri.

Sudah bertunang dengan seorang pegawai tentera dan akan mendirikan rumah tangga tahun hadapan.

Sangat menyayangi adiknya, seorang insan istimewa yang tidak boleh mendengar dan bercakap. Tidak pernah rasa malu membawa adik menemaninya ke lokasi penggambaran.

Kredit: www.utusan.com.my
 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved