Rabu, 17 April 2013

Utusan Online - Jenayah

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Jenayah


Kejadian tong sisa kimia terbakar tiada unsur jenayah - Polis

Posted: 17 Apr 2013 09:58 AM PDT

KUALA LUMPUR 18 April - Tiada sebarang unsur jenayah dikesan dalam kejadian kebakaran tong bahan sisa kimia di Sekolah Menengah Kebangsaan Datok Lokman, di Jalan Kampung Pandan di sini pagi semalam.

Ketua Polis Daerah Cheras, Asisten Komisioner Mohan Singh Tara Singh dalam kenyataan mengesahkan demikian.

Bagaimanapun, beliau berkata, polis akan menyiasat kes tersebut mengikut Seksyen 285 Kanun Keseksaan (Kelakuan cuai berkenaan dengan api atau benda yang mudah terbakar).

Dalam kejadian kira-kira 11.30 pagi itu seramai 19 orang pelajar dan dua guru sekolah tersebut mengalami sesak nafas dan muntah akibat terhidu asap beracun ekoran kebakaran tong bahan sisa kimia.

Kejadian itu berlaku ketika proses pemindahan lapan buah tong berisi 229 jenis sisa bahan kimia ke dalam sebuah lori khas diletakkan berhampiran makmal sekolah itu untuk dibawa ke loji pelupusan di Bukit Nanas, Negeri Sembilan.

Polis siasat SMS khabar angin Pulau Pinang dijangka huru-hara

Posted: 17 Apr 2013 12:37 PM PDT

PULAU PINANG 17 April - Polis menasihatkan orang ramai agar tidak mempercayai khabar angin mengenai huru-hara yang akan berlaku di negeri ini, menjelang Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) nanti.

Khabar angin yang disebarkan menerusi khidmat pesanan ringkas (SMS) oleh pihak tidak bertanggungjawab itu meminta orang ramai membeli bekalan keperluan harian seperti makanan berikutan bakal berlaku kekecohan.

Jurucakap PRU-13 bagi Ibu Pejabat Polis Kontijen (IPK) Pulau Pinang, Asisten Komisioner Roslee Chik berkata, orang ramai tidak perlu bimbang kerana pihaknya mempunyai jumlah kekuatan pegawai dan anggota mencukupi untuk mengawal ketenteraman awam.

"Saya harap orang ramai tidak akan risau berhubung SMS sedemikian, malah kita menyeru mereka yang menerimanya agar tidak menyebarkan kepada orang lain.

"Kita mahu proses pilihan raya umum ini berjalan lancar dan aman," katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.

Beliau berkata, pihaknya sedang menjalankan siasatan bagi mencari dalang di sebalik penyebaran SMS tersebut.

Menurutnya, polis tidak akan berkompromi dengan mana-mana pihak yang cuba mencetuskan kekecohan.

Katanya, kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 serta Akta Hasutan.

Dalam perkembangan lain, Roslee berkata, polis menerima 54 laporan berhubung pemasangan bendera parti politik termasuk pergaduhan dan merosakkannya.

"Sebanyak 17 daripada laporan tersebut telah dibuka kertas siasatan.

"Kita minta pekerja-pekerja parti agar mematuhi peraturan yang ditetapkan bagi mengelak berlakunya sebarang salah faham semasa kerja-kerja memasang bendera masing-masing," katanya.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Sukan

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Sukan


Zolkples selar persatuan sukan

Posted: 17 Apr 2013 12:37 PM PDT

Oleh FERZALFIE FAUZI
ferzalfie.fauzi@utusan.com.my

Zolkples Embong

KUALA LUMPUR - Rumah siap tetapi pahat masih berbunyi.

Walaupun Anugerah Sukan Negara (ASN) 2012 berlangsung dengan cemerlang kelmarin, namun Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara (MSN), Datuk Seri Zolkples Embong kecewa dengan sikap persatuan yang tidak ambil serius anugerah tertinggi sukan tanah air itu.

Kata Zolkples, hanya 30 peratus persatuan menghantar nama atlet mereka untuk dicalonkan bagi merebut beberapa gelaran yang ditawarkan, termasuk Olahragawan dan Olahragawati Kebangsaan.

Tegasnya, biarpun sesetengah sukan tidak berada dalam acara Olimpik itu tidak bermakna mereka tidak layak menerima pengiktirafan.

Setiap sukan katanya mempunyai kejohanan utama sendiri, seperti Kejohanan Dunia yang boleh diketengahkan.

"Sepatutnya persatuan sukan kemukakan calon mereka walaupun tidak mempunyai peluang untuk menang kerana ada pemenang pingat Olimpik berada dalam pencalonan," katanya ketika ditemui selepas majlis tersebut.

Jelas Zolkples, setiap persatuan mempunyai atlet terbaik mereka sepanjang tahun yang layak untuk dicalonkan tidak kira walaupun mereka hanya memiliki pencapaian di peringkat Asia Tenggara.

"Mereka sepatutnya memilih atlet terbaik untuk dicalonkan, setidak-tidaknya kita menghargai sumbangan atlet tersebut, calonkan sahaja supaya boleh dipanggil untuk memeriahkan majlis ini.

"Menang ataupun tidak soal lain, saya rasa tidak sampai 50 peratus persatuan yang menghantar calon untuk ASN.

"Saya menjangkakan sekurang-kurangnya 70 peratus daripada persatuan sukan hantar calon, tetapi ini purata lebih kurang 30 peratus saja," katanya.

Kata Zolkples lagi, terdapat lebih 40 persatuan sukan di Malaysia, namun MSN hanya menerima 10 pencalonan untuk anugerah Olahragawan dan Olahragawati.

"Saya harap pada masa akan datang persatuan sukan jangan ulangi pekara ini dan hantar calon mereka.

"Contohnya dalam anugerah Jurulatih Wanita Kebangsaan, kita tidak menerima pencalonan langsung, jadi tidak ada pemenang untuk kali ini.

"Anugerah jurulatih pun tidak ada pencalonan, sedangkan kita mempunyai ramai jurulatih tempatan yang berwibawa. Sikap seperti ini perlu diubah oleh persatuan pada masa akan datang," katanya lagi.

Sebelum ini terdapat beberapa atlet yang pernah merangkul gelaran Olahragawan dan Olahragawati sedangkan sukan yang mereka ceburi tidak dipertandingkan di Sukan Olimpik.

Antaranya, Malek Noor dan Sazali Samad (bina badan), Khoo Boon An, Shirley Chow, Michael Chuah, Lydia Kwah, Lisa Kwan, Sharon Low, Shalin Zulkifli (tenpin boling), Sam Chong (biliard-snuker), Datuk Nicol David (skuasy) serta Karamjit Singh-Allen Oh (rali).

Kepentingan Malaysia dalam EPL terjamin

Posted: 17 Apr 2013 12:37 PM PDT

Kim Bo-Kyung meraikan kejayaan Cardiff City layak ke Liga Perdana sejurus tamat perlawanan dengan Charlton di Cardiff, semalam. - AGENSI

LONDON - Pada ketika masa depan Queens Park Rangers (QPR) dalam Liga Perdana Inggeris (EPL) masih tidak menentu, kepentingan Malaysia dalam liga utama bola sepak England sudah terjamin menerusi Cardiff City.

Kelab Wales yang dimiliki oleh jutawan Malaysia, Tan Sri Vincent Tan itu mengesahkan tempat dalam EPL musim depan selepas seri 0-0 dengan Charlton Athletic semalam, keputusan yang cukup untuk menjamin kedudukan mereka pada dua tangga teratas Liga Kejuaraan (divisyen dua).

QPR, yang dimiliki oleh taikun AirAsia, Tan Sri Tony Fernandes berada dalam keadaan bahaya selepas menghuni tangga tercorot liga pada ketika saingan musim ini hanya berbaki tujuh perlawanan.

Kelab London itu dipisahkan dengan 10 mata di belakang kelab terakhir yang berada dalam zon selamat, Aston Villa.

Cardiff, yang sering dikecewakan dalam saingan playoff pada tiga musim terakhir kembali ke kancah liga utama buat kali pertama sejak 1962, iaitu 51 tahun yang lalu.

Kejayaan mereka diraikan oleh pemain dan peminat yang membanjiri padang di Stadium Cardiff City sejurus wisel penamat ditiupkan, semalam.

"Saya juga gembira bagi pihak mereka. Ramai orang di sini yang pernah berdepan detik sukar dan kejayaan ini ditujukan untuk mereka," kata Pengurus Cardiff, Malky Mackay, yang mula mengambil alih Cardiff pada 2011.

Tidak lama selepas melakar kejayaan tersebut, Vincent mengumumkan dana 25 juta pound (RM115.81 juta) akan disiapkan untuk mengukuhkan pasukan menghadapi cabaran Liga Perdana.

"Kami kena mencatur strategi dengan baik dan akan membelanjakan wang, mungkin sekitar 20 hingga 25 juta pound.

"Ada pasukan lain yang berbelanja besar tetapi gagal beraksi baik, jadi kami cuba berbelanja secara bijak," kata Vincent.

Walaupun saingan Liga Perdana masih berlangsung, namun kedudukan satu lagi kelab Wales, Swansea City dianggap terjamin kerana juara Piala Liga itu menghuni kedudukan pertengahan liga. Ini bermakna, Wales bakal memiliki dua wakil pada musim 2013/2014.

"Saya hilang kata-kata sekarang. secara jujur saya percaya, kami memang berhak meraih kejayaan ini.

"Kami menunjukkan aksi yang konsisten sepanjang tahun, malah sejak November lalu kami mempamer prestasi yang sangat mantap dan memang mengharapkan tiket Liga Perdana.

"Sekarang, kami mahu meraikan detik yang hebat ini dan kemudian baru fikirkan tentang gelaran (Liga Kejuaraan)," kata pertahanan Cardiff, Mark Hudson kepada BBC.

Cardiff berada pada posisi selesa untuk menutup musim dengan kejuaraan selepas mengumpul 84 mata daripada 43 perlawanan, tujuh mata mengatasi pasukan tangga kedua, Hull City pada ketika saingan berbaki tiga perlawanan.

Walaupun sering dikecewakan menerusi playoff pada tiga musim terakhir, namun pasukan itu sering mencuri tumpuan dengan melakar beberapa kejayaan tidak diduga seperti melangkah ke final Piala FA 2008.

Pasukan Bluebirds itu juga kalah kepada Liverpool pada perlawanan akhir Piala Liga, tahun lalu. - REUTERS

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Pahang

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Pahang


DUN Kuala Semantan tidak diabai

Posted: 17 Apr 2013 12:37 PM PDT

Oleh ALI MAHMOOD
utusanpahang@utusan.com.my

HAMPIR kesemua institusi kewangan dan perbankan utama terdapat di bandar Temerloh yang terletak dalam kawasan DUN Kuala Semantan.

TEMERLOH 17 April - Kedai Ikan Patin Pak Usup yang terletak di deretan gerai Majlis Perbandaran Temerloh (MPT) di Lurah Semantan cukup sinonim bagi penggemar masakan ikan patin gulai tempoyak di bandar Temerloh.

Sejarah bandar Temerloh bermula di Lurah Semantan sebagai pusat perniagaan dan pertukaran barangan dagangan yang dikenali sebagai bandar Temerloh lama.

Sejarah bandar itu yang terletak dalam kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Semantan menjadi pertemuan dua sungai iaitu Sungai Pahang dan Sungai Semantan menyebabkannya berkembang pesat walaupun kerusi itu sekarang dimenangi oleh Pas.

Daripada sebuah bandar kecil, Kuala Semantan kini membangun dan berkembang sehingga hampir tidak mampu lagi menampung pembinaan bangunan-bangunan baharu.

Bagi memenuhi keperluan golongan peniaga, satu lagi kawasan perniagaan baharu dibangunkan yang dikenali sebagai bandar baharu Temerloh.

Bagi penduduk Temerloh, kawasan perniagaan terutama gerai makan Lurah Semantan mempunyai nostalgia yang tersendiri kerana menjadi pusat pertemuan dan pertukaran barangan sejak ratusan tahun dahulu semasa sungai menjadi laluan utama pengangkutan.

Selain terkenal dengan ikan patin, laluan Lurah Semantan sepanjang lebih satu kilometer itu menjadi tumpuan orang ramai dan juga pelancong pada setiap hari minggu untuk membeli barangan keperluan harian di pekan sehari.

Pekan sehari itu direkod sebagai pekan sehari terpanjang di negara ini menempatkan lebih 250 peniaga kecil yang datang dari seluruh pelosok daerah termasuk peniaga dari Kuantan, Maran, Jerantut, Bentong, Bera dan sebagainya.

Pasar itu menjadi tumpuan kerana terdapat pelbagai jenis jualan barangan terutamanya barangan dapur, ikan sungai, sayur-sayuran dan ulam kampung yang tidak terdapat di kedai-kedai runcit biasa boleh didapati di sini.

Penduduk di dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Semantan turut tidak ketinggalan menerima pelbagai program ekonomi yang dilaksanakan oleh kerajaan Barisan Nasional (BN) walaupun kerusi DUN itu dikuasai pembangkang.

Antara projek ekonomi yang dilaksanakan bagi membantu penduduk di kawasan berkenaan menambah pendapatan melalui skim pembiayaan Tabung Ekonomi Kumpulan Usaha Niaga (TEKUN) Nasional, skim pembiayaan mikro tanpa faedah, Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM), pinjaman Majlis Amanah Rakyat (Mara) dan sebagainya.

Menerusi pinjaman tersebut mereka boleh menjalankan pelbagai kegiatan ekonomi seperti membuka perniagaan secara-kecil-kecilan dengan membuka gerai, ternakan ikan sungai, penanaman sayur-sayuran dan sebagainya.

Menurut Penyelaras Barisan Nasional (BN) DUN Kuala Semantan, Muhammad Anuar Mohd. Yunus, kesemua bantuan yang disalurkan itu bertujuan untuk meningkatkan pendapatan isi rumah dalam usaha untuk mengeluarkan mereka daripada kepompong kemiskinan.

''Kesemua bantuan yang disalurkan itu diberikan kepada mereka yang layak tanpa mengambil kira sama ada mereka penyokong kerajaan BN ataupun tidak.

''Sebagai contohnya, skim pembiayaan mikro tanpa faedah yang dilancarkan baru-baru ini banyak membantu peniaga dan penjaja kecil berdaftar di sekitar DUN Kuala Semantan.

''Skim tersebut banyak membantu mereka bagi meningkatkan atau menambah modal dan membeli peralatan tetapi tidak membebankan kerana skim tersebut merupakan pembiayaan tanpa faedah, tanpa cagaran dan tanpa penjamin," kata Muhammad Anuar.

Malah katanya, mereka yang memohon skim itu dikecualikan daripada rujukan kredit, Credit Tip Of Service Sdn. Bhd. (CTOS) dan tempoh bayaran balik antara lima hingga sembilan tahun.

Selain itu, bagi penduduk yang ingin menternak ikan sangkar seperti ikan patin dan talapia di Sungai Pahang turut diberikan bantuan modal menerusi pinjaman TEKUN, AIM dan Mara.

Pinjaman yang disediakan berjaya membawa sinar baharu kepada para peserta dan peminjam terbabit apabila menambah pendapatan keluarga serta menikmati kehidupan yang lebih baik.

Muhammad Annuar berkata, menerusi program ekonomi seperti itu membuktikan kerajaan BN tidak pernah mengabai atau menganaktirikan penduduk yang tinggal di kawasan yang dimenangi pembangkang kerana menjadi matlamat kerajaan membantu meningkatkan taraf hidup rakyat tanpa mengambil kawasan itu DUN pembangkang atau BN.

''Bagi golongan muda terutamanya mereka yang tercicir dalam akademik pula, kerajaan menyediakan pelbagai institusi kemahiran yang terdapat dalam Parlimen Temerloh bagi melatih golongan tersebut seperti Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN), Kolej Komuniti dan Pusat Latihan GiatMara," kata beliau.

Menerusi institusi tersebut, ilmu kemahiran yang dipelajari para belia dapat dimanfaatkan kepada mereka untuk mencari pekerjaan dalam bidang automotif seperti di bengkel membaiki kenderaan, motosikal, mengimpal dan sebagainya.

Malah melalui agensi berkaitan, kerajaan turut menyediakan bantuan modal untuk membantu mereka menjadi usahawan dengan membuka perniagaan sendiri seperti kedai jahitan, bengkel kimpalan, kereta, motosikal, mengecat kenderaan dan sebagainya.

Selain itu, pembangunan fizikal yang sangat dihargai penduduk pastinya Hospital Sultan Ahmad Shah Temerloh atau lebih dikenali sebagai Hoshas.

Hospital yang dibina dengan kos sebanyak RM480 juta itu bagi menggantikan Hospital Mentakab yang telah beroperasi hampir satu abad.

Peranannya bukan sahaja kepada penduduk di Temerloh malah menjadi hospital rujukan bagi penduduk daerah Kuala Lipis, Raub, Maran, Bentong, Jerantut dan Bera.

Manifesto tambahan BN Pahang

Posted: 17 Apr 2013 12:37 PM PDT

Oleh HERMAN HAMID
utusanpahang@utusancom.my

KUANTAN 17 April - Barisan Nasional (BN) negeri akan membentangkan manifesto tambahan tidak lama lagi yang bakal memberi satu lagi khabar gembira buat rakyat negeri ini.

Pengerusi BN negeri, Datuk Seri Adnan Yaakob berkata, antara kandungan utama manifesto itu ialah projek perumahan mampu milik untuk rakyat kurang berkemampuan dan golongan muda termasuk generasi kedua Felda dan penduduk kampung baru.

"Selain yang dikendalikan kerajaan Pusat, kerajaan negeri sendiri akan turut bina rumah mampu milik sehingga 15,000 buah dalam tempoh lima tahun akan datang. Harganya pula antara RM90,000 hingga RM200,000.

"Kita juga berjanji akan menurunkan bayaran lesen perniagaan yang dikeluarkan pihak berkuasa tempatan (PBT) sebanyak 30 peratus. Turut disentuh mengenai kedudukan tanah rumah- rumah ibadat bukan Islam yang akan dikeluarkan geran bukan lagi digazet seperti sebelum ini," katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas Majlis Pengumuman Calon BN negeri di sini semalam.

Terdahulu dalam ucapannya, Adnan mengakui tugas memaklumkan nama-nama mereka yang digugurkan dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 adalah satu tanggungjawab yang cukup berat.

Sambil menahan sebak, Adnan berkata, nama-nama yang tidak dipilih bertanding telah dimaklumkan dalam pertemuan pagi semalam dan ada yang dihubungi melalui telefon.

"Saya terpaksa beritahu mereka tidak bertanding lagi. Bukan senang kerja ini. Kita memberitahu orang, apa kita rasa pula bila kita diberitahu orang.

"Namun saya jalankan tugas ini dengan sebaik-baik mungkin dan apa yang diputuskan ini saya harap kita semua terima dengan penuh khusyuk dan tawaduk bahawa ini semua ketentuan Allah. Kepada kawan-kawan yang telah berkhidmat tetapi tidak terpilih saya ucapkan berbanyak terima kasih," katanya.

Dalam majlis itu, Adnan mengumumkan 11 muka baharu bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dan tiga di Parlimen di negeri ini.

Sementara itu, Adnan mengingatkan pemimpin UMNO dan BN tidak menjadikan kepentingan peribadi mengatasi keutamaan parti sehingga mewujudkan keadaan tidak harmoni.

"BN wajib menang kerana kita yakin BN boleh jadi kerajaan yang sangat baik dan boleh melakukan keadilan dan kesaksamaan untuk rakyat berbilang kaum.

"Menukar kerjaan bukan seperti menukar barangan. Hanya kerajaan yang zalim patut ditukar tetapi kerajaan BN sejak merdeka terbukti menjaga kepentingan semua rakyat.

''Dalam proses itu, kita tahu ada kelemahan tetapi kalau dikaji kesemuanya, kekuatan kita mengatasi kelemahan yang ada dan kelemahan ini pun akan diatasi dengan konsep BN," jelasnya.

Adnan dalam ucapan itu turut mengingatkan kepada yang terpilih tidak terlalu ghairah dan yang belum dipilih mereka harus bersabar menunjukkan bukti komitmen mereka kepada parti.

"Kita kena ingat, salah satu sebab rakyat meluat kepada kita kalau kita menunjukkan sikap takbur, sombong, berlagak dan pengundi lebih marah kalau kita bergaduh sesama sendiri.

"Kita boleh lihat bagaimana parti-parti pembangkang berkelahi sesama sendiri, satu kerusi, dua parti umum calon, ini semua menimbulkan kebencian kepada rakyat," jelasnya.

Calon BN tekad rampas Kuantan, Indera Mahkota

Posted: 17 Apr 2013 12:37 PM PDT

KUANTAN 17 April - Calon Barisan Nasional (BN) bagi Parlimen Indera Mahkota dan Kuantan bertekad merampas kembali kerusi berkenaan bagi membalas kepercayaan kepimpinan parti kepada mereka.

Calon BN di Parlimen Indera Mahkota, Datuk Wan Adnan Wan Mamat berkata, beliau dan seluruh jentera parti akan bekerja keras bagi mendapat kembali sokongan rakyat di kawasan berkenaan.

''Ini tanggungjawab yang besar dan saya sendiri bukan baharu di Parlimen Indera Mahkota kerana pernah menjadi wakil rakyat di kawasan berkenaan pada 2004 hingga 2008 lalu.

''Kita percaya mampu meraih keyakinan pengundi Indera Mahkota kerana pembangkang yang memenangi kerusi ini gagal membawa kesejahteraan kepada rakyat," katanya ketika ditemui Utusan Malaysia semalam.

Pada Pilihan Raya Umum Ke-12 lalu, BN kalah di dua daripada 14 kerusi Parlimen di negeri iaitu di Kuantan dan Indera Mahkota kepada calon Parti Keadilan Rakyat (PKR).

Sementara itu, calon BN Parlimen Kuantan, Datuk Mohd. Suffian Awang terharu dengan kepercayaan kepimpinan tertinggi UMNO dengan mengetengahkan orang muda sepertinya untuk merampas kembali Parlimen Kuantan.

Beliau yang merupakan Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Kuantan yakin sekiranya BN berjaya merampas kerusi tersebut, pembangunan di bandar ini akan terus dipertingkatkan dan kehidupan rakyat lebih terjamin.

"Saya menyeru warga Parlimen Kuantan untuk bersama-sama dengan saya membangunkan bandar ini sebagai bandar tersohor di Malaysia," ujarnya.

Bagi calon BN di Dewan Undangan Negeri (DUN) Beserah, Datuk Mohd. Hazmi Yusoff, beliau yakin kerusi tersebut akan kembali semula kepada BN yang sebelum ini dimenangi oleh Pas pada Pilihan Raya Umum 2008.

Beliau yang juga Ketua UMNO Bahagian Indera Mahkota menjelaskan, pihaknya telah berusaha keras membantu penduduk kawasan itu sejak 2008 setelah wakil rakyatnya gagal menjalankan tanggungjawab dengan berkesan.

Katanya, keyakinan itu dapat dilihat apabila beberapa program dianjurkan mendapat sambutan menggalakkan selain membantu menyelesaikan masalah penduduk termasuk golongan nelayan.

"Penduduk Beserah bakal menikmati kemudahan lebih baik seperti dirancang sebelum ini dan sekiranya berjaya menawan kerusi itu, mereka akan menerima limpahan pembangunan yang lebih banyak," katanya.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Mahkamah

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Mahkamah


Keluarga Aminulrasyid saman Koperal Jenain

Posted: 17 Apr 2013 12:37 PM PDT

SHAH ALAM 17 April - Anggota polis, Koperal Jenain Subi yang dibebaskan daripada sabitan dan hukuman penjara lima tahun atas tuduhan menyebabkan kematian Aminulrasyid Amzah, hari ini menghadapi tindakan saman ganti rugi sehingga RM50 juta daripada keluarga remaja berusia 15 tahun itu.

Tuntutan saman untuk menuntut ganti rugi itu dikemukakan atas alasan kecuaian oleh Jenain, 51, dan tiga yang lain.

Saman tersebut difailkan oleh kakak remaja itu, Nor Azura, 43, atas kapasiti sebagai pentadbir harta Aminulrasyid, bersama ibunya, Norsiah Mohamad, 64, masing-masing sebagai plaintif pertama dan kedua.

Selain Jenain, pihak plaintif menamakan Ketua Polis Daerah Shah Alam, Tan Sri Khalid Abu Bakar (kini Timbalan Ketua Polis Negara), Ketua Polis Negara, dan Kerajaan Malaysia sebagai pihak defendan.

Writ saman dan pernyataan tuntutan itu difailkan melalui firma guaman, Tetuan Daim & Gamany pada pukul 11 pagi di Mahkamah Tinggi di sini.

Dalam pernyataan tuntutan, pihak plaintif mendakwa, defendan pertama gagal mematuhi prosedur yang betul dan sah untuk menghentikan kereta orang yang disyaki bagi membolehkan pemeriksaan dan tangkapan dilakukan.

Jenain juga menurut pihak plaintif, gagal mematuhi prosedur yang betul dan sah apabila gagal memberi sebarang amaran yang munasabah atau mengambil langkah munasabah lain sebelum melepaskan tembakan.

Pihak plaintif mendakwa, pihak defendan mengambil tindakan yang tidak berpatutan dan melampau terhadap mangsa sehingga melanggar tugas sebagai anggota polis mengikut Seksyen 3(3) dan 20 Akta Polis 1976.

Selanjutnya atau secara alternatif, pihak plaintif menyatakan, defendan pertama dan anggota polis lain secara salah dan dengan niat menembak Aminulrasyid sehingga mengakibatkan kematiannya pada 26 April 2010.

Kematian itu, menurut pihak plaintif telah mengakibatkan ibu dan keluarganya mengalami kehilangan serta kerugian.

Justeru, pihak plaintif menuntut ganti rugi am, ganti rugi untuk manfaat harta mangsa, ganti rugi kecuaian dalam jawatan awam, ganti rugi teruk atau teladan dan ganti rugi khas sebanyak RM12,000.

Yang turut dituntut oleh pihak plaintif adalah perisytiharan bahawa pihak defendan telah dengan sengaja atau dengan niat jahat melanggar kebebasan asasi mangsa seperti yang terkandung dalam Perlembagaan Persekutuan.

Keputusan batal saman peguam 8 Mei

Posted: 17 Apr 2013 12:37 PM PDT

KUALA LUMPUR 17 April - Mahkamah Tinggi di sini menetapkan 8 Mei ini keputusan permohonan Badan Peguam dan Majlis Peguam untuk membatalkan saman yang difailkan oleh seorang peguam berhubung mesyuarat agung luar biasa (EGM) yang diadakan 11 Mei tahun lalu, berkaitan perhimpunan Bersih 3.0.

Hakim Datuk John Louis O'Hara menetapkan tarikh itu selepas selesai mendengar hujahan peguam Tommy Thomas bagi pihak Badan Peguam dan Majlis Peguam serta peguam Shaharuddin Ali dan Tan Sri Dr. Abdul Aziz Abdul Rahman yang mewakili Mohd. Khairul Azam Abdul Aziz hari ini.

Mohd. Khairul Azam yang merupakan ahli Majlis Peguam dan Badan Peguam selaku plaintif dalam saman yang difailkan pada 16 Mei 2012 menamakan majlis dan badan tersebut sebagai pihak defendan.

Plaintif menuntut satu perisytiharan, notis panggilan EGM bertarikh 4 Mei tahun lalu dan usul mesyuarat tersebut sebagai tidak sah serta terbatal selain bertentangan dengan Akta Profesion Undang-Undang (LPA) 1976.

Antara alasan yang diberikan oleh Mohd. Khairul bagi mendapatkan perintah perisytiharan EGM tersebut sebagai tidak sah adalah notis yang dikeluarkan kepada ahlinya ditulis dalam bahasa Inggeris.

Selain itu, Mohd. Khairul memohon pengisytiharan, EGM Badan Peguam dan usul yang diluluskan dalam mesyuarat bertarikh 11 Mei tahun lalu, tidak sah dan terbatal.

Dalam prosiding itu, Thomas memohon supaya saman yang difailkan oleh Mohd. Khairul dibatalkan kerana tiada kausa tindakan selain menyalahgunakan proses mahkamah.

Menurut beliau, notis yang dikeluarkan itu juga tidak langsung menyebabkan prejudis terhadap Mohd. Khairul.

Shaharuddin pula ketika membalas hujah mempersoalkan tindakan pihak defendan yang hanya memuat naik notis tersebut di dalam e-mel.

Menurut beliau, adakah pendekatan memuat naik notis panggilan EGM itu menerusi e-mel merupakan satu tindakan yang inovatif memandangkan tidak semua ahli mempunyai akses kepada e-mel tersebut.

Sehubungan itu, Shaharuddin memohon agar permohonan pihak defendan untuk membatalkan saman tersebut ditolak.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Luar Negara

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Luar Negara


Suspek pengeboman Boston ditangkap - CNN

Posted: 17 Apr 2013 11:17 AM PDT

BOSTON 18 April - Pihak berkuasa Amerika Syarikat (AS) hari ini dilapor telah menangkap seorang suspek yang terlibat dalam kes pengeboman di Boston yang mengorbankan tiga nyawa dan mencederakan 176 orang.

Stesen televisyen kabel, CNN melaporkan, suspek tersebut dikesan dan ditahan berdasarkan rakaman video dari sebuah kedai dan stesen televisyen tempatan.

Dalam laporan berasingan, akhbar Boston Globe melaporkan, penangkapan terbabit dibuat selepas pihak berkuasa menemukan sekeping gambar yang menunjukkan seorang suspek membawa beg hitam ke lokasi letupan kedua.

Butiran lanjut tentang penahanan suspek berkenaan akan diumumkan dalam sidang akhbar khas di Boston pada pukul 5 petang ini (5 pagi waktu Malaysia hari ini). - AFP

Barat akan terima padah kerana sokong pemberontak Syria

Posted: 17 Apr 2013 11:15 AM PDT

KAHERAH 18 April - Presiden Syria, Bashar al-Assad hari ini memberi amaran, negara Barat akan menerima balasan setimpal kerana menyokong 'kumpulan al-Qaeda' yang terlibat dalam pemberontakan di negara itu.

Dalam wawancara bersama stesen televisyen Al-Ikhbariya, Bashar mendakwa, negara Barat sebelum ini telah membiayai al-Qaeda di Afghanistan dan akan menerima balasan atas perbuatan tersebut.

"Kini, mereka (Barat) menyokong dan membiayai al-Qaeda di Syria, Libya dan beberapa tempat lain.

"Amerika Syarikat dan negara Eropah yang terlibat dalam pemberontakan di Syria akan menerima padah atas perbuatan mereka," tegasnya. - DPA

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Rencana

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Rencana


Mudarat calon payung terjun

Posted: 17 Apr 2013 12:37 PM PDT

Oleh Azmi Hassan

Sesetengah kawasan pertandingan pilihan raya ditandingi oleh calon payung terjun yang banyak diketengahkan oleh pakatan pembangkang. - Gambar hiasan

MEMANG menarik jika dikupas komposisi bakal calon pilihan raya umum (PRU) Barisan Nasional (BN) kerana tidak pernah dalam sejarah politik Malaysia begitu ramai sekali calon yang dikemukakan adalah dalam kalangan mereka yang buat kali pertama bertanding atau lebih popular dikenali sebagai calon muka baharu.

Mungkin juga Presiden BN, Datuk Seri Najib Tun Razak mengambil isyarat bahawa terdapat lebih daripada 2.3 juta pengundi yang buat pertama kali akan mengundi dalam PRU pada 5 Mei akan datang.

Parti pembangkang juga ada mempersembahkan calon muka baharu tetapi tidak semenarik atau holistik seperti yang dipamerkan oleh BN. Tetapi satu perkara BN tidak mampu menandingi kriteria calon pembangkang adalah dari segi calon payung terjun.

Calon payung terjun ditakrifkan sebagai seseorang yang bertanding di kawasan sama ada Parlimen atau Dewan Undangan Negeri (DUN) tetapi tidak menetap atau mempunyai pertalian di kawasan tersebut. Sebab itu menjadi satu kelaziman atau prasyarat calon sedemikian perlu mempunyai aura tersendiri kerana tidak mampu menarik pengundi jika hanya berlandaskan khidmat kepada pengundi kawasan tersebut.

Bekas Setiausaha Negara Amerika Syarikat, Hillary Clinton adalah ahli politik yang lazim digunakan sebagai contoh calon payung terjun kerana bertanding kerusi Senator New York pada tahun 2000 sedangkan beliau tidak pernah menetap di bandar raya tersebut. Kemenangan beliau adalah disebabkan oleh aura sebagai bekas Wanita Pertama White House.

Parti pembangkang tidak pernah sunyi dengan sindrom calon payung terjun kerana seolah-olah itulah strategi dan modus operandi utama mereka dalam setiap PRU untuk memikat pengundi. Penasihat DAP Lim Kit Siang dikatakan ikon calon payung terjun kerana sering berpindah randah kawasan bertanding dan kali ini akan bertanding di Parlimen Gelang Patah pula.

Memang benar penasihat DAP itu dilahirkan di Batu Pahat, Johor tetapi tidak pernah wujud pertalian atau sinonim beliau dengan negeri Johor apatah lagi Gelang Patah. Kit Siang selama hayat beliau dalam dunia politik pernah menjadi ahli Parlimen atau DUN di Melaka, Pulau Pinang dan juga Perak.

Begitu juga dengan calon Pas, Datuk Husam Musa dan Salahuddin Ayub masing-masing yang akan bertanding di Parlimen Putrajaya dan Pulai adalah satu lagi contoh klasik calon payung terjun pembangkang. Karier politik Husam berkisar di Kelantan dan nama beliau begitu serasi dengan politik negeri Pantai Timur tersebut. Serupa dengan Kit Siang walaupun Salahuddin adalah anak jati Johor tetapi karier politik beliau sebenarnya bermula di Kelantan dan kali terakhir menjadi ahli Parlimen Kubang Kerian.

Calon payung terjun yang begitu sinonim dengan taktik meraih undi oleh parti pembangkang sebenarnya tidak menghormati naluri pengundi setempat kerana sistem pilihan raya Malaysia adalah berpaksikan kepada kawasan dan konsep ini menjadi pemangkin utama terutama sekali yang melibatkan kawasan DUN.

Sebab itu calon payung terjun sebagai prasyarat mesti mempunyai aura atau seseorang yang sudah dikenali kerana pengundi tidak mampu membuat keputusan hanya berdasarkan khidmat lampau calon tersebut di kawasan tersebut.

Sudah menjadi kebiasaan strategi kempen calon payung terjun menjerumus ke dalam isu yang begitu ekstrem kerana itu kaedah paling efektif menagih simpati pengundi. Sebab itu bila wujud calon payung terjun di kawasan tertentu maka akan berlaku perpecahan dalam kalangan pengundi kerana gaya kempen calon tersebut sememangnya adalah untuk memecah undi.

Kit Siang yang berpindah dari Ipoh Timur ke Gelang Patah begitu jelas telah mempraktikkan strategi kempen ekstrem untuk memecah belah pengundi Cina dengan kata dua tersirat sama ada memilih MCA atau DAP. Sebab itu dikatakan calon payung terjun tidak sesuai di Malaysia kerana ia mampu memudaratkan keharmonian kawasan yang terlibat.

Strategi kempen calon payung terjun hanya sesuai dilaksanakan dalam sistem pilihan raya yang tidak berlandaskan kawasan tertentu. Israel umpamanya mengamalkan sistem pilihan raya di mana 120 perwakilan Knesset dipilih tanpa memiliki kawasan tertentu. Sistem ini agak aneh kerana rakyat Israel tidak mempunyai perwakilan untuk kawasan mereka dan lazimnya pemilihan dilakukan hanya berdasarkan parti perwakilan.

Kempen pilihan raya Israel adalah begitu ekstrem kerana kesemua calon yang bertanding boleh ditakrifkan sebagai calon payung terjun kerana mereka tidak mempunyai kaitan dengan kawasan tertentu. Adalah perkara lazim parti politik Israel berpegang kepada fahaman ekstrem sama ada kanan atau kiri dan sukar untuk mencari parti yang berfahaman tengah. Kempen mereka juga bersifat memecah belah iaitu sama ada sekular lawan agama, kaya lawan miskin, Yahudi lawan Arab atau perdamaian lawan peperangan.

Gaya politik calon payung terjun ini adalah tidak sihat untuk negara seperti Malaysia kerana bertentangan dengan sistem pilihan raya yang berasaskan kawasan. Apabila pengundi membuat pilihan, mereka mahukan calon yang mampu memberi khidmat terbaik untuk penduduk dan kawasan tersebut.

Pengundi mempunyai kuasa untuk memberi isyarat bahawa mereka menolak calon payung terjun kerana fenomena sebegini telah berlarutan begitu lama lebih daripada lima dekad. Kemenangan kepada calon payung terjun tidak memberi manfaat kepada kawasan tersebut dan tidak mampu memenuhi agenda negara.

Sebaliknya, kemenangan kepada calon payung terjun hanya memberi manfaat kepada parti politik tersebut yang hanya mementingkan agenda politik mereka yang mungkin tidak selari dengan aspirasi rakyat dan negara.

PENULIS ialah Geostrategis Institut Geospatial dan Sekolah Perdana UTM.

Untung atau rugi tukar kerusi

Posted: 17 Apr 2013 12:37 PM PDT

Oleh THOMAS CHONG
pengarang@utusan.com.my

Sebahagian daripada wakil calon termasuk daripada MCA melaungkan "1Malaysia" semasa Majlis Penyampaian Watikah Perlantikan Calon Barisan Nasional Negeri Selangor di Shah Alam, kelmarin. - Gambar hiasan

SELEPAS senarai calon MCA diumumkan, ada ahli yang melompat kegembiraan apabila pemimpin kesukaan mereka dicalonkan. Tetapi pada masa yang sama, ada juga yang dukacita kerana calon yang dinamakan bukan pilihan mereka.

Tiga kerusi Parlimen yang menjadi tumpuan ialah Gelang Patah di Johor, Wangsa Maju di Kuala Lumpur dan Kuantan di Pahang. Ketiga-tiga kerusi Parlimen itu dipinjamkan kepada parti komponen Barisan Nasional (BN) yang lain.

Dalam Pilihan Raya Umum 2008, calon MCA, Datuk Fu Ah Kiow yang merupakan bekas Timbalan Menteri Keselamatan Dalam Negeri ditewaskan calon Parti Keadilan Rakyat (PKR), Fuziah Salleh dengan majoriti 1,826 undi. Fuziah dijangka mempertahankan kerusi Parlimen Kuantan pada PRU-13.

Pertarungan di Kuantan dijangka sengit di mana pakatan pembangkang akan terus menggunakan isu pembinaan Loji Nadir Bumi Lynas sebagai modal politik untuk meraih undi.

Di Pahang juga, MCA mengesahkan DUN Tanah Rata di Cameron Highlands telah ditukar dengan DUN Ketari, Bentong yang sebelum ini ditandingi Gerakan. Pertukaran dipersetujui selepas mengambil kira faktor calon boleh menang di kedua-dua kawasan tersebut.

Dalam pertarungan tiga penjuru pada Pilihan Raya 2008 lalu, Tanah Rata dimenangi oleh bekas ahli MCA, Datuk Ho Yip Kap yang bertanding atas tiket Bebas. Yip Kap tidak diterima semula ke dalam MCA dan akhirnya memilih untuk masuk Parti Gerakan.

Selain itu, Soi Lek turut mengumumkan bahawa MCA akan bertanding di DUN Sungkai, Tanjung Malim di Perak sebagai pertukaran dengan DUN Buntong, Ipoh Barat yang akan ditandingi oleh MIC. Pertukaran tersebut dipersetujui selepas mengambil kira peratus pengundi Cina dan India di kedua-dua kawasan.

Pada mulanya, MCA turut berniat meminjamkan Tronoh di Batu Gajah kepada MIC tetapi akhirnya memutuskan untuk korbankan kerusi Jelapang selepas ahli MCA di Tronoh tidak puas hati dengan pinjaman yang dicadangkan.

Di Melaka pula, MCA dengan sukarelanya menyerahkan kerusi DUN Kota Laksamana untuk ditandingi oleh Parti Progresif Penduduk (PPP). DUN Kota Laksamana yang disandang Betty Chew iaitu isteri kepada Lim Guan Eng merupakan antara kawasan hitam MCA yang dilihat sukar dirampas daripada DAP.

Keadaan paling getir bagaimanapun berlaku di Gelang Patah, Johor apabila ratusan ahli MCA berkumpul dan melahirkan kekecewaan terhadap keputusan pinjaman kerusi Parlimen tumpuan itu kepada UMNO.

Tidak dinafikan bahawa pinjaman dan pertukaran kerusi telah menimbulkan rasa tidak puas hati di peringkat akar umbi seperti yang dikesan di Tronoh, Wangsa Maju, Gelang Patah dan Tanah Rata di mana penyokong tegar MCA mengugut tidak akan turun berkempen sekiranya calon bukan MCA dipilih mewakili BN. Masalah ini perlu ditangani dan diselesaikan oleh BN dengan segera.

Keadaan tersebut tidak terhad kepada MCA semata-mata. Di DUN Jalong, Perak umpamanya, Ahli Gerakan mengeluarkan ugutan serupa sebaik-baik sahaja mendengar khabar angin bahawa MIC berniat untuk bertanding di situ. Jalong merupakan salah satu DUN di bawah Parlimen Sungai Siput. Kerusi itu akhirnya ditanding semula oleh calon Gerakan.

Soi Lek sendiri sedar tentang implikasi buruk yang bakal menimpa partinya sekiranya ahli MCA yang tidak berpuas hati dengan pengagihan kerusi melakukan sabotaj atau enggan turun berkempen.

Keadaan itu diburukkan lagi dengan DAP yang cuba mengeksploitasi sentimen perkauman dengan mendakwa Soi Lek gagal mempertahankan jumlah kerusi yang diperuntukkan kepada calon keturunan Cina.

Beberapa pemimpin DAP kelihatan mempropaganda isu tersebut dengan menggambarkan MCA sebagai hamba kepada UMNO. Mereka mendakwa MCA gagal menolak sebarang permintaan atau desakan UMNO. Sekiranya propaganda ini tidak ditangkis, MCA akan menjadi mangsa kepada politik perkauman parti lawan.

Untuk menenangkan ahli MCA, Soi Lek terpaksa menggunakan Twitter untuk meyakinkan ahli MCA untuk menerima segala percaturan yang dibuat berdasarkan semangat permuafakatan bagi memenangkan BN.

''DAP hanya akan menyerang kita apabila kita lakukan apa yang benar. Mari kita bersatu, berpadu dan berdiri teguh.

''Pengundi keturunan India bertambah mendadak di Perak. Di bawah semangat BN, kita memberikan (kerusi) kepada MIC kerana MIC hanya memiliki dua DUN di Perak. Kita menghargai sokongan kaum India," kata Soi Lek dalam laman Twitter.

Beliau juga menjelaskan bahawa MCA bukan 'pemberi' semata-mata kerana parti tersebut bakal menerima kerusi baru di Sabah, iaitu DUN Luyang di Kota Kinabalu. DUN Luyang 'dikosongkan' oleh Parti Maju Sabah (SAPP) yang telah keluar BN.

Bagi Datuk Ho Yip Kap pula, beliau yakin akan dapat kerjasama ahli MCA untuk berkempen sekiranya dinamakan sebagai calon Gerakan untuk mempertahankan DUN Tanah Rata.

''Walaupun Tanah Rata secara tradisinya merupakan kerusi MCA, tetapi saya yakin ahli MCA akan memberi sokongan kepada BN walaupun calon yang diletakkan ialah wakil Gerakan.

''Yang penting, calon itu mesti memberi perkhidmatan terbaik kepada semua pihak tanpa mengira latar belakang parti. Ia merupakan kaedah terbaik untuk meyakinkan semua ahli parti komponen,'' katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia.

Walaupun soal pengagihan kerusi sedikit sebanyak akan mempengaruhi persiapan MCA di peringkat setempat. Keadaan itu bagaimanapun tidak menjejaskan kesepakatan BN secara keseluruhannya.

Kesediaan MCA untuk meminjamkan kerusinya kepada parti seperjuangan merupakan isyarat penting bahawa parti kedua terbesar BN itu sedia berkorban untuk memenangkan BN pada PRU-13, pilihan raya yang dikenali sebagai ibu kepada segala pilihan raya.

Unsur sabotaj tidak dapat dielakkan 100 peratus terutamanya apabila ia melibatkan berjuta-juta ahli parti komponen BN. Namun sekurang-kurangnya hanya satu calon akan diletakkan untuk setiap kawasan DUN atau Parlimen.

Keadaan itu merupakan kelebihan BN berbanding pakatan pembangkang yang akan bertanding menggunakan logo-logo parti yang berbeza, malahan bertembung antara satu sama lain di kawasan yang sama.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Hiburan

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Hiburan


1,000 penggiat seni hadir majlis bersama PM

Posted: 17 Apr 2013 04:24 AM PDT

Oleh KHADIJAH IBRAHIM dan GARRET DAWUM

PUTRAJAYA 17 April - Kira-kira 1,000 penggiat seni hadir pada majlis ramah mesra ikon dan persatuan seni budaya tanah air bersama Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak di kediaman rasminya hari ini.

Pada majlis itu mereka mendapat berita gembira apabila Najib mengumumkan pemberian Kad Diskaun 1Malaysia kepada penggiat seni yang berdaftar dengan Persatuan Seniman Malaysia (Seniman).

Terdahulu dalam ucapannya, Presiden Seniman, Zed Zaidi meminta kerajaan mempertimbangkan empat perkara yang mempengaruhi kebajikan penggiat-penggiat seni tanah air.

Antaranya, masalah hak cipta, royalti dan isu intelektual kepada penggiat seni; dana industri kreatif; pemilikan perumahan serta Kad Diskaun 1Malaysia.

"Apa yang saya usulkan ini adalah pengalaman saya sendiri sejak bergelar anak seni. Saya berharap pertimbangan terhadap usul-usul akan dilaksanakan dengan kadar yang segera," katanya. - UTUSAN ONLINE

Kad Diskaun 1Malaysia untuk penggiat seni - PM

Posted: 17 Apr 2013 03:16 AM PDT

Oleh NORLIZA ABDUL RAHMAN

PUTRAJAYA 17 April - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan pemberian Kad Diskaun 1Malaysia kepada penggiat seni yang berdaftar dengan Persatuan Seniman Malaysia (Seniman).

Perkara itu diumumkan Najib dalam majlis ramah mesra Perdana Menteri bersama ikon dan persatuan seni budaya tanah air di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Keluarga

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Keluarga


Halim dibuang keluarga

Posted: 17 Apr 2013 02:00 AM PDT

Oleh SITI AISHAH YUSOFF

PERTAMA kali bertemu dengannya, tidak menyangka usia lelaki di hadapan saya itu baru mencecah 30 tahun. Wajah dan penampilannya nampak jauh lebih tua daripada usia sebenar.

Seketika tercuit rasa belas melihat keadaan dirinya yang sangat tidak terurus dan terbiar dengan berkemeja T lusuh sedikit koyak di bahu, berseluar pendek dengan tali rafia sebagai tali pinggang dan kaki sekadar beralas selipar buruk, sambil membibit beg plastik.

Itulah hakikat yang perlu diterima oleh Halim (bukan nama sebenar) lantaran kelemahan diri sendiri yang mudah menerima ajakan dan pujuk rayu kawan-kawan sekampung lalu menjadi hamba dadah sejak 13 tahun lalu.

Lebih memburukkan keadaan, hampir 10 tahun dia hidup sendirian di Kuala Lumpur sebagai orang gelandangan setelah bertindak keluar dari kampung di utara tanah air, kerana merasakan diri dibuang oleh keluarga.

Di ibu negara, hidup Halim tiada hala tuju. Apa yang ada di kotak fikirannya sepanjang masa ialah bagaimana mendapatkan bekalan dadah bagi melampiaskan ketagihannya.

Tidak ada hari yang dia tidak berada dalam dunia khayalan, mabuk dek dadah yang memamah bukan saja tubuh kurusnya, bahkan kewarasannya sedikit demi sedikit semakin terhakis.

Namun pada ketika kewarasan kembali normal, Halim mengakui hidupnya terasa kosong, sebatang kara di kota besar yang sentiasa sibuk.

Kadang-kadang timbul rasa menyesal dengan jalan hidup yang saya pilih. Perasaan rindu dan ingin kembali kepada pangkuan keluarga di kampung meluap-luap.

Tetapi rasa itu sekejap saja, ia lenyap apabila ketagihan merayap ke seluruh urat dan nadi. Masa itu segala-galanya sudah jadi tidak penting, cuma satu yang saya mahukan iaitu dadah," katanya.

Menurut Halim, sejak keluar dari rumah 10 tahun lalu dia tidak pernah pulang menziarahi keluarga di kampung.

Malah sejak itu juga dia tidak pernah mendengar khabar tentang ibu bapa serta adik-beradiknya yang lain.

Mengimbas kisah hidupnya, ketika zaman remaja Halim mengakui merupakan anak yang sentiasa dimanja dan dilimpahi dengan kasih sayang oleh kedua-dua orang tuanya.

Saya merupakan anak lelaki tunggal dalam keluarga. Tidak hairan jika apa sahaja kemahuan yang saya inginkan ibu dan ayah akan cuba tunaikan.

Namun, dalam melayani kerenah saya itu, ibu bapa juga tidak pernah lupa untuk membimbing dan mendidik saya menjadi anak yang baik," katanya.

Walaupun kedua ibu bapanya tidak pernah kurang dalam memberikan kasih sayang, jiwa remajanya sentiasa memberontak mahu hidup bebas tanpa kongkongan dan leteran orang tua.

Dia juga sudah pandai berkawan dengan kumpulan remaja liar yang akhirnya telah menjebakkan diri dalam perangkap najis dadah.

Saya mula mengenali dadah ketika berumur 17 tahun. Kebanyakan rakan-rakan saya adalah di kalangan budak-budak kampung dan juga rakan sekolah.

Ada antara rakan-rakan itu merupakan penagih dadah. Walaupun pada mulanya saya tidak mengetahui bahawa mereka mengambil dadah, lama-kelamaan tabiat tersebut dapat dihidu," katanya.

Tambahnya, jiwa remajanya yang sentiasa ingin mencuba sesuatu yang pelik, membuatkan dia tidak berfikir panjang dan turut sama mengambil dadah.

Ternyata tindakan yang mulanya sekadar ingin mencuba dan terikut-ikut kawan akhirnya menjebak saya.

Sekali mencuba, ternyata kuasa dadah sangat kuat dan tidak mudah untuk ditinggalkan apatah lagi jika sudah sebati dengan darah daging," katanya.

Halim mengaku, ketika itu dia memang tidak ada masalah untuk mendapatkan bekalan dadah, apatah lagi dia boleh dikatakan sentiasa berduit kerana ibu bapanya memberikan wang belanja yang agak banyak bagi seorang budak sekolah.

Ketagihan yang semakin menjadi-jadi membuatkan saya sentiasa meminta wang belanja yang lebih daripada keluarga. Alasan yang diberikan adalah untuk membeli buku dan membayar yuran sekolah.

Tambahan pula, ibu juga mudah cair dengan pujuk rayu saya dan kebetulan pada tahun tersebut juga saya sepatutnya menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)," katanya.

Selalunya aktiviti bersama rakan seangkatan akan dilakukan di sebuah pondok yang terletak di hujung kampung.

Selepas habis waktu sekolah, kami akan menghabiskan masa menghisap dadah. Adakalanya jika tidak tahan dengan ketagihan tersebut, saya dan rakan-rakan akan ponteng sekolah.

Aktiviti tersebut selalunya berlarutan sehingga petang dan adakalanya saya terpaksa menipu keluarga kononnya menghadiri kelas tambahan di sekolah," katanya.

Halim berkata, walaupun cuba menyembunyikan ketagihan tersebut daripada pengetahuan keluarga, akhirnya mereka dapat dihidu apabila ibunya terjumpa peket dadah yang disimpan dalam beg sekolah.

Ternyata penemuan tersebut membuatkan keluarga sangat terkejut dan tidak dapat menerima keadaan tersebut.

Ketika itu, walaupun ibu menangis dan seluruh keluarga sangat memarahi perbuatan saya, perkara yang sudah berlaku tidak dapat diundur kembali.

Akhirnya, saya mengambil keputusan lari dari rumah," katanya.

Di Kuala Lumpur, pelbagai pekerjaan dilakukan untuk menampung hidup dan lebih penting mencari duit untuk membeli dadah.

Pada awalnya dia bekerja di sebuah pasar raya sebelum dibuang apabila majikan tahu dia seorang penagih.

Kemudian pelbagai kerja telah dilakukan termasuk mengutip tin-tin kosong bagi mendapatkan duit membeli dadah.

Halim mengaku dia pernah mencuri kerana keputusan wang bagi membeli dadah.

Bukan tidak pernah cuba untuk berhenti menagih, bahkan sudah beberapa keluar masuk pusat pemulihan setiap kali ditangkap apabila polis buat serbuan," katanya.

Ditanya tidakkah teringin untuk kembali ke pangkal jalan meninggalkan tabiat menagih dadah dan hidup normal, Halim terdiam seketika.

Kemudian sambil tersenyum kelat menampakkan giginya yang karat, dia berkata: Ada ke lagi tempat untuk orang seperti saya. Saya rasa bukan kata keluarga, dunia pun sudah tidak inginkan saya.

Sudah terlambat. Biarlah saya hidup macam ini sampai mati. Tak lama lagi pun."

Amiza bangkit dari kesedihan

Posted: 17 Apr 2013 02:00 AM PDT

Oleh Siti Aishah Yusoff
Gambar Mohd. Farizwan Hasbullah

Amiza Amiruddin (depan, lima dari kanan) bersama para stokis produk Ephyra ketika sambutan ulang tahun pertama produk tersebut.

KEHILANGAN suami tersayang akibat serangan jantung sejak empat tahun lepas tidak mematahkan semangat Pengarah Urusan Ephyra, Amiza Amiruddin, 33, untuk meneruskan kehidupan.

Sebaliknya beliau terus tabah menjalani kehidupan bersama anak dan sentiasa mendapat sokongan daripada keluarga serta sahabat terdekat.

Ujar Amiza, dalam usaha mencari jalan menggalas tanggungjawab sebagai ibu, beliau mengorak langkah membuka perniagaan berasaskan produk kecantikan dikenali sebagai Ephyra.

Perniagaan ini walaupun baru memulakan operasi pada tahun lalu, kami yakin mampu bersaing dengan produk yang sedia ada di pasaran kerana kualitinya yang diyakini.

Syarikat yang beroperasi di Setapak, Kuala Lumpur ini juga ditubuhkan untuk mengedar Ephyra yang merupakan produk sulong keluaran kami," katanya ditemui pada majlis sambutan ulang tahun pertama Ephyra di Ampang, Selangor baru-baru ini.

Ujarnya, menyingkap kelahiran Ephyra yang bermaksud dewi laut dalam bahasa Sanskrit, produk ini pada awal kemunculannya bertujuan memulihkan masalah jerawat.

Saya percaya kecantikan mendorong keyakinan. Namun, disebabkan masalah jerawat yang teruk sehingga menjejaskan penampilan wajah menyebabkan saya mencari pelbagai alternatif untuk memulih dan mengembalikan kulit wajah bersih dan gebu.

Pencarian saya menemukan glutithione iaitu sejenis bahan anti oksida yang sedia ada dalam tubuh manusia. Namun disebabkan faktor sekeliling seperti pencemaran, tekanan, minuman keras dan merosak menyebabkan ia semakin berkurang," katanya.

Katanya, glutathione antara anti oksidan yang terbaik untuk badan berperanan untuk melindungi molekul dalam badan.

Ia dihasilkan oleh sel badan secara semulajadi dan berperanan menyingkirkan toksik dalam badan, menggalakkan sistem imun dan memelihara sel protein badan.

Bagaimanapun, selain faktor sekeliling, glutathione berkurangan apabila berlaku peningkatan usia. Pengeluarannya juga terganggu sekiranya menghidap penyakit seperti alzheimer, parkinson dan kanser," katanya.

Beliau membangunkan makanan tambahan hasil gabungan sumber anti oksida termasuk kolagen rumpai laut dalam terhidrolisis bagi awet muda.

Antara keistimewaan Ephyra adalah jika diambil secara berterusan membantu kulit menjadi lebih cerah di samping kelihatan lebih muda dari usia sebenar.

Badan memerlukan anti oksida seperti vitamin, mineral, dan enzim yang dapat melindungi tubuh dan memperlahankan kemusnahan sel disebabkan pengoksidaan bagi memelihara kesihatan," katanya.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Johor

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Johor


Anak Orang Asli berkayak di Sungai Johor

Posted: 16 Apr 2013 01:43 PM PDT

HALIMAH Mohamed Sadique (tengah) bersama sebahagian daripada peserta yang menyertai Program Ekspresi Belia, Jelajah Sungai Johor' di Jeti Kampung Orang Asli Sayong Pinang, Kota Tinggi, Johor baru-baru ini.

KOTA TINGGI 16 April - Cabaran berkayak sejauh 30 kilometer menyusuri Sungai Johor bermula dari jeti Kampung Orang Asli (KOA) Sayong Pinang ke jeti Lanchara D'Malayos yang pertama kali diadakan di sini baru-baru ini, berjaya menarik penyertaan sebanyak 44 anak Orang Asli.

Pegawai Belia dan Sukan Daerah Kota Tinggi, Mohd. Shafik Saprawi berkata, program itu bertujuan mengeratkan hubungan antara peserta sempena program Transformasi Belia Negeri Johor 2013 selain menguji tahap ketahanan serta kecerdasan fizikal para peserta berhadapan cabaran.

"Kebanyakan peserta adalah anak Orang Asli yang pertama kali berkayak, meskipun kawasan kampung mereka berhampiran dengan sungai itu.

"Setiap peserta dipakaikan jaket keselamatan dan diberi latihan membina keyakinan dalam air terlebih dahulu sebelum dibenarkan berkayak. Peserta juga tahu apa untuk dilakukan untuk sebarang perkara luar jangka," katanya ketika ditemui dalam Program Ekspresi Belia, Jelajah Sungai Johor di Jeti KOA Sayong Pinang, dekat sini.

Program anjuran Persatuan Belia Persisiran Sungai Johor dengan kerjasama Majlis Belia Daerah (MBD) Kota Tinggi itu turut disertai pegawai belia dan ahli Persatuan Kayak Kota Tinggi serta dirasmikan oleh penyandang kerusi Parlimen Tenggara, Datuk Halimah Mohamed Sadique.

Yang turut hadir, Ketua UMNO Bahagian Tenggara, Datuk Baderi Dasuki; Timbalan Pengerusi MBD Kota Tinggi, Mahadir Mohd Tahar dan Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan dan Keselamatan (JKKK) KOA Sungai Sayong, Jasni Amat.

Peserta, Norhidayu Ayub, 25, berkata, dia teruja dapat menyertai cabaran tersebut yang merupakan kali pertama disertainya.

"Sepanjang mengikuti program ini saya dapat mempelajari cara mendayung dan mengawal kayak dengan betul selain semangat kerjasama berpasukan," kata ibu kepada dua anak dari KOA Kempas Menang.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Feminin

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Feminin


Gadis lagak ngeri

Posted: 17 Apr 2013 02:00 AM PDT

Oleh NOOR FAZRINA KAMAL
Gambar KOLEKSI PERIBADI ILIA dan IZHAM JAAFAR

Ilia Iryani Shuib menunjukkan kemahirannya melakukan pelbagai aksi lagak ngeri menggunakan motosikal dalam satu pertunjukkan baru-baru ini.

DIA suka berfesyen malah bersolek serba ringkas untuk menambahkan seri penampilan. Bergaya Muslimah mengikut trend terkini, dia memang calon yang sesuai untuk bekerja dalam pejabat yang berhawa dingin.

Namun siapa sangka gadis bertudung litup dengan perwatakan lemah lembut serta tutur kata sopan, merupakan seorang gadis pelakon aksi lagak ngeri (stunt women).

Penampilan luaran memang tidak langsung mencerminkan pekerjaan yang sedang dilakukan Ilia Iryani Shuib, 26, gadis lagak ngeri yang memilih kerjaya menjangkau batas imaginasi kebanyakan gadis seusianya.

Minat Ilia kepada motor bermula ketika di universiti lagi. Ketika itu dia memiliki skuter untuk ke berulang-alik ke kuliah dan hobi sampingannya pula ialah make-up skuter tersebut menggunakan cat semburan.

Masa itu sekitar tahun 2008. Pada mulanya saya hanya mencari penaja untuk sebuah program sukan bermotosikal di USM (Universiti Sains Malaysia). Apabila syarikat RK-M sudi menaja program tersebut, salah seorang wakilnya mencadangkan pada saya untuk mencuba aksi lasak dengan motosikal.

Saya memang tidak mempunyai apa-apa asas untuk aksi lasak, namun dengan bantuan kakitangan syarikat tersebut saya berjaya mempelajari beberapa teknik.

Mereka nampak bakat dan terus menawarkan hasrat melatih saya menjadi profesional dan bermula dari situ saya menjalani latihan di kilang RK-M di Prai, Pulau Pinang seminggu sekali," katanya.

Ketika itu menurut Ilia, bidang berkenaan hanya sampingan dan kepuasan bagi dirinya sebagai seorang pelajar kerana mendapat duit poket sambil mengisi waktu lapang.

Lepas tamat belajar, saya mantapkan kemahiran sukan pemotoran bersama dua sahabat Udin dan Alip dari Ipoh. Salah satu pertunjukkan kami, mendapat tajaan Modenas.

Syarikat tersebut juga menaja filem Adnan Sempit 2 dan dari situlah saya mula mendapat tawaran untuk buat aksi lagak ngeri.

Saya nekad untuk cuba dan kemudiannya dapat pula tawaran bekerja dengan MIG sebagai artis dan juga pekerja.

Memang agak gementar ketika pertama kali beraksi di depan kamera.

Sebelum ini saya hanya melakukan aktiviti ini kerana minat, tetapi kini bertukar menjadi kerjaya pula.

Alhamdulillah, saya tidak ambil masa lama menjayakan babak aksi lasak ini. Jika adapun disebabkan terlajak melakukan aksi yang disuruh dan pengarah akan minta ulanginya," ujar Ilia.

Lebih menarik lagi, aksi lasak gadis kelahiran Selangor ini tidak banyak perlu diulang semula.

Ini kerana dia sudah biasa dengan aksi yang diminta lakukan.

Sepanjang hampir lima tahun melakukan aktiviti itu Ilia hanya sekali mengalami kecederaan serius iaitu koyak di lutut ketika melakukan aktiviti permotoran pada 2009.

Ketika itu lutut saya terkoyak serta badan saya banyak luka. Alhamdulillah, insiden itu tidak mematahkan semangat untuk meneruskan apa yang saya minati," jelas Ilia yang memegang ijazah dalam jurusan Akuatif Biologi dari USM.

Demi memantapkan lagi kemahirannya, Ilia kini berguru dengan Gig Saiful yang dianggap sifu di kalangan golongan lagak ngeri lebih-lebih lagi yang membabitkan pemotoran.

Dia mempunyai azam sendiri untuk mengembangkan bakat, menambah kebolehan, memperluaskan publisiti sukan pemotoran dalam kalangan wanita dan pada masa yang sama melakukan lebih banyak amal kebajikan melalui aktiviti pemotoran.

Ilia juga pernah mengikut beberapa pertunjukkan seperti di Terengganu Bike Week 2013 bersama UN Riders awal Mac lalu dan bakal ke Langkawi untuk Langkawi Bike Week 2013 Mei ini.

Saya sedar bidang ini memang berisiko tinggi. Saya juga sedar bahawa aspek keselamatan tidak boleh langsung dipandang ringan.

Apabila aspek keselamatan dititikberatkan, risiko kecederaan boleh dikurangkan," jelas Ilia.

Rahsia

Mengimbau detik awal pembabitan, Ilia hanya memberitahu keluarganya selepas enam bulan membabitkan diri dalam aktiviti lagak ngeri.

Saya terpaksa merahsiakan hal tersebut daripada keluarga kerana bimbang mereka tidak boleh menerima minat saya ini.

Bagaimanapun, keluarga mula mengetahui pembabitan saya dalam sukan permotoran ketika membuat pertunjukan di GP Motor Racing di Sepang pada 2008.

Pihak RK-M menemui keluarga dan menerangkan aktiviti saya," katanya yang merupakan anak ketiga daripada enam beradik.

Ilia turut berjanji kepada ibu bapanya dan membuktikan bahawa dia boleh berjaya dalam bidang yang diceburi.

Bagi mengelak tercetus kebimbangan, apabila tercedera ketika beraksi dia hanya akan memaklumkan kepada keluarga selepas sembuh daripada kecederaan.

Bukan apa, saya tak mahu ibu ayah risau. Sukan pemotoran kerjaya saya sekarang dan saya memang perlu mengambil risiko tersebut," jelasnya.

Menjadi impian gadis ini untuk membuat persembahan motorcross di peringkat antarabangsa dan mahu memartabatkan sukan itu dalam kalangan wanita di negara ini.

Saya juga mahukan lebih ramai wanita menyertai sukan pemotoran sehingga ke peringkat antarabangsa," katanya yang mengagumi aksi pelakon aksi lagak ngeri Schescomiles dan Sarah Levito.

Bagaimanapun Ilia menasihati wanita yang ingin mencuba bidang itu supaya mempunyai jiwa yang kental dan jangan takut untuk mencuba.

Sukan ini memang untuk merosakkan motor. Jadi wanita yang ingin mencubanya jangan takutkan itu.

Setakat ini saya amat bersyukur kerana ramai sahabat yang menyokong dan kalau ada pun yang mencemuh kerana mempersoalkan tentang Muslimah merempit.

Apa pun saya anggap itu semua cabaran yang tidak akan sesekali mematahkan minat dalam sukan ini," jelasnya.

Sesiapa yang ingin berkongsi pengalaman atau berkenalan lebih lanjut dengan Ilia boleh like page Facebook Ilia Iryani Shuib.

Dua shabat teroka minat sama

Posted: 17 Apr 2013 02:00 AM PDT

MEREKA berdua yang masih mengikuti Program Peningkatan Skil Industri (INSEP) bagi Teknologi Pembuatan Kasut, merupakan antara beberapa anak muda yang mempunyai minat dalam rekaan kasut dan diberi peluang mempamerkan kebolehan masing-masing pada Festival Kasut Antarabangsa Malaysia 2013 di Pusat Dagangah Dunia Putra (PWTC), di Kuala Lumpur, baru-baru ini.

INSEP merupakan program kolaborasi antara Persatuan Pengilang Kasut Malaysia (MFMA), SHRDC dan pakar-pakar antarabangsa untuk para graduan tempatan mendalami bidang teknologi pembuatan kasut.

Walaupun Aina Azrin dan Fareeza masing-masing berkelulusan peringkat ijazah muda, tidak menghalang mereka mencuba nasib dalam industri rekaan kasut sekali gus menimba pengalaman untuk bergelar pereka kasut terkenal suatu hari nanti.

Aina Azrin yang mengikuti program INSEP mengakui sebelum ini tidak tahu apa-apa tentang teknik dan pembuatan kasut.

Sebenarnya tidaklah terlalu sukar untuk mempelajari teknik dan selok belok menghasilkan kasut yang cantik dan menarik.

Sewaktu mula-mula mengenali dunia pembuatan kasut, saya tidak pernah mempunyai asas tentang jahitan, namun itu tidak menjadi penghalang untuk mempelajari teknik pembuatan kasut," kata pemilik Ijazah Sarjana Muda Digital Media ini.

Menurut Aina Azrin, pada permulaan dia telah menghasilkan lima jenis rekaan kasut yang semuanya dipelajari hanya dalam masa empat bulan sahaja.

Baginya, untuk menghasilkan sepasang kasut, seorang pereka perlu mempunyai ilmu tentang fabrik dan bahan yang ingin digunakan.

Proses ini perlu bermula dari langkah pertama kasut dilukis dan direka atas kertas sehinggalah proses akhir kemasan dan siap untuk dipakai.

Untuk kelima-lima rekaan kasut, saya memilih yang bertumit tinggi dengan penggunaa warna biru firus sebagai warna utama.

Dari segi bentuk pula saya menghasilkan kasut daripada ilham kulit siput. Pemilihan warna biru iaitu warna alam sesuai untuk rekaan ini," katanya yang menggemari rekaan unik dan pelik.

Aina Azrin juga berharap suatu hari nanti akan menjadi seorang pereka kasut terkenal dan berjaya menghasilkan jenama sendiri.

Sementara itu, Fareeza yang memiliki Ijazah Sarjana Muda Rekaan Dalaman, mengakui minatnya pada seni dan rekaan kasut mendorongnya mengikuti program tersebut.

Dari peringkat awal menyertai program ini, saya tiada masalah kerana mempunyai asas dalam bidang jahitan. Tambahan pula memang minat dengan pelbagai rekaan kasut yang kreatif di pasaran sekarang.

Walaupun program tersebut hanya mengambil masa kira-kira empat bulan, pengalaman dan ilmu yang diperoleh sangat berguna kepada mereka yang mempunyai impian menjadi pereka kasut.

Teknik dan cara menghasilkan dari awal rekaan sehingga sepasang kasut dapat dihasilkan akan memberi kepuasan apabila siap untuk dipakai," katanya.

Tambahnya, dalam tempoh pembelajaran empat bulan tersebut, dia telah menghasilkan lima pasang kasut dengan rekaan dan warna yang berbeza.

Untuk rekaan ini, saya memilih inspirasi kulit ular dalam rekaan kasut tumit leper dan berbaji (wedges).

Rekaan kasut tumit leper dan berbaji ini saya pilih kerana sendiri saya penggemar kasut yang boleh memberi keselesaan apabila disarungkan ke kaki.

Dari segi pemilihan warna pula, gabungan tiga warna seperti emas, hitam dan merah tua menjadi pilihan untuk rekaan ini selain penggunaan bahan yang sesuai dan menarik," kata Fareeza.

- Siti Aishah Yusoff

Kredit: www.utusan.com.my
 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved