Isnin, 19 Disember 2011

Utusan Online - Jenayah

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Jenayah


Budak pandu bas ditahan

Posted:

Budak pandu bas ditahan

Budak pandu bas ditahan

Oleh FARABI SHEIKH SAID AL JABRI
pengarang@utusan.com.my

RASAH 19 Dis. - Penduduk Taman Rasa Sayang di Senawang dekat sini gempar selepas sebuah bas kilang yang dipandu seorang remaja lelaki berusia 13 tahun tiba-tiba merempuh enam buah kereta diletakkan di taman perumahan itu, tengah malam tadi.

Penduduk, Zulkifli Muhammad, 44, memberitahu, kejadian berlaku pukul 12 tengah malam ketika dia berada di sebuah masjid berhampiran sebelum dikejutkan dengan bunyi dentuman yang kuat.

Sebaik sahaja menjenguk keluar, katanya, dia terkejut apabila melihat sebuah bas dipandu dalam keadaan terhuyung-hayang sambil dikejar beberapa penduduk.

"Saya terkejut melihat bas itu melanggar beberapa buah kereta yang diletakkan di bahu jalan. Saya juga melihat beberapa penduduk mengejar bas berkenaan dan menyuruh pemandunya berhenti," katanya ketika ditemui di sini hari ini.

Dia turut mengejar bas itu sebelum kenderaan tersebut berhenti di satu kawasan rumah kedai yang dalam pembinaan, kira-kira satu kilometer dari lokasi kejadian.

"Saya kemudian melihat beberapa penduduk mengheret remaja itu yang dipercayai berasal dari Senawang, keluar dari bas sebelum menyerahkan kepada polis," jelasnya.

Difahamkan, bas berkenaan diletakkan di taman perumahan berkenaan dan pemandunya terlupa untuk mengambil kunci kenderaan itu.

Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner Saiful Azly Kamaruddin berkata, remaja berkenaan ditahan untuk siasatan lanjut.

"Kita masih lagi menyiasat punca remaja itu memandu kenderaan terbabit dan kita juga akan mengambil keterangan pemilik bas serta pemilik kereta terlibat. Kes itu disiasat mengikut Seksyen 379 kerana mencuri kenderaan," katanya.

Full content generated by Get Full RSS.

2 maut selepas pulang hantar jenazah

Posted:

2 maut selepas pulang hantar jenazah

2 maut selepas pulang hantar jenazah

KUANTAN 19 Dis. - Dua maut manakala dua lagi parah setelah van yang mereka naiki selepas baru pulang daripada menghantar jenazah di Kuala Krai, Kelantan, terbabas di Kilometer 333 Jalan Raub, hari ini.

Kenderaan milik Masjid An-Nur Kampung Melayu Subang, Selangor itu dipercayai hilang kawalan ketika melalu jalan tersebut pukul 11.30 pagi.

Mangsa yang terbunuh ialah pemandunya, Zaini Tamsir, 42, dan penumpang di tempat duduk belakang, Saffii Sajat, 61.

Dua lagi yang cedera ialah anak Zaini, Zulhilmie, 15, yang berada di sebelah pemandu dan penumpang tempat duduk belakang, Amran Sewa, 40-an yang patah tangan kanan.

Ketua Bahagian Trafik, Ibu Pejabat Polis Daerah Raub, Cif Inspektor Mohd Nazlan Othman berkata, semasa kejadian, kesemua mangsa dalam perjalanan pulang ke Kampung Melayu Subang selepas menghantar jenazah di Kuala Krai.

"Setibanya di tempat kejadian, van jenazah itu hilang kawalan dan terbabas ke kiri jalan. Ketika kejadian cuaca cerah dan berkeadaan baik," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Kata beliau, kedua-dua mangsa yang cedera dirawat di Hospital Daerah Raub manakala mayat mangsa turut dihantar ke hospital sama untuk bedah siasat sebelum dituntut keluarga.

Full content generated by Get Full RSS.
Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Sukan

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Sukan


Chong Wei ketandusan idea

Posted:

Chong Wei ketandusan idea

Chong Wei ketandusan idea

Oleh TAN MING WAI
tan.mingwai@utusan.com.my


LEE CHONG WEI


KUALA LUMPUR – Bekas jaguh beregu badminton negara, Razif Sidek berpendapat adalah tidak memadai untuk Datuk Lee Chong Wei sekadar mendapat bimbingan Tey Seu Bock dan Rashid Sidek.

Sebaliknya, Razif mencadangkan agar Persatuan Badminton Malaysia (BAM) mempertimbangkan cadangan melantik tambahan dua jurulatih bagi memberi input dan nasihat dalam usaha meningkatkan permainan Chong Wei yang dilihat sudah 'ketandusan' idea.

"Chong Wei memerlukan idea-idea baru dan segar. Khidmat Seu Bock dan Rashid tidak mencukupi kerana perlu ada seorang atau dua pakar boleh membantu menganalisis permainan seteru utamanya iaitu Lin Dan dan Chen Long.

"Corak permainan Chong Wei sudah lama diperhatikan penganalisis China, dengan itu mereka memiliki ilham untuk mengatasi Chong Wei. Kalau China boleh berbuat demikian, kenapa tidak kita lakukan perkara yang sama?

"Pegawai dan barisan jurulatih BAM harus segera duduk berbincang bagi mengenal pasti apa dan di mana silapnya.

"Kalau sebelum ini Chong Wei sering memasuki final dan muncul juara, namun dia kini terkandas pada separuh akhir. Keadaan itu tidak boleh berterusan sehingga moralnya terus jatuh," kata Razif yang merupakan pemenang Piala Thomas 1992 dan All England 1982.

Tambahnya, Malaysia langsung tidak berpeluang untuk meraih pingat emas Olimpik mahu pun menjulang Piala Thomas berdasarkan persembahan semasa Chong Wei dan Koo Kien Keat-Tan Boon Heong.

"Secara jujur, saya tidak merasakan mereka mampu... kalau setakat masuk 'semi' (separuh akhir), itu mungkin.

"Saya tidak melihat sebarang potensi untuk Chong Wei atau Koo-Tan muncul juara," kata Razif.

Bagaimanapun itu tidak bermakna Razif tidak lagi yakin dengan pemain perseorangan dan beregu lelaki utama negara yang disandarkan harapan tinggi oleh seluruh tanah air untuk membawa pulang pingat emas sulung Sukan Olimpik serta Piala Thomas pertama sejak 1992, tahun depan.

Katanya, tempoh tujuh bulan sebelum Sukan Olimpik London 2012 adalah mencukupi untuk memperbaiki keadaan.

"Yang sudah berlalu biarkan berlalu, tiada guna untuk dikesali. Lupakan sepenuhnya episod duka tahun 2011 dan rancanglah untuk 2012," ujarnya.

Berhubung prestasi Kien Keat-Boon Heong, Razif menyifatkan corak permainan pemenang pingat emas Sukan Asia 2006 dan juara All England 2007 itu terlalu 'kosong' dan tidak digeruni.

Razif mengharapkan khidmat jurulatih Korea Selatan, Yoo Yong-Sung akan dimanfaatkan sepenuhnya untuk meningkatkan mutu permainan Kien Keat-Boon Heong.

"Namun janganlah anggap Koo-Tan akan bermain seperti pemain Korea.

"Itu mustahil kerana mereka telah pun sebati dengan corak sedia ada, cuma yang boleh dilakukan ialah meningkatkan ke satu tahap lagi.

"Permainan Koo-Tan tiada elemen mengejut, mereka perlukan resipi baru," jelasnya.

Full content generated by Get Full RSS.

Tidak tahu punca dilucutkan jawatan

Posted:

Tidak tahu punca dilucutkan jawatan

Tidak tahu punca dilucutkan jawatan


DATUK Mohd. Salim Abd. Bari seperti 'adik dan abang' dengan Presiden Persatuan Sepak Takraw Malaysia (PSM), Datuk Ahmad Ismail termasuk di arena politik Pulau Pinang tetapi hubungan mereka dikesan renggang sejak Piala Dunia, Julai lalu.

Pelantikan Abdul Jalil Ariffin sebagai Bendahari baru PSM dalam mesyuarat Majlis Tertinggi, Sabtu lalu sekali gus menyingkirkan Mohd. Salim. Kepada wartawan Utusan Malaysia, ABDUL HAFIZ AHMAD, Mohd. Salim meluahkan perasaan berhubung pelucutan jawatan Bendahari PSM yang disandangnya sejak 2003 itu.

UTUSAN: Benarkah Datuk tidak tahu-menahu tentang pelucutan jawatan Bendahari PSM itu sehingga mesyuarat Majlis Tertinggi selesai Sabtu lalu?

SALIM: Saya memang tidak tahu dan tidak dimaklumkan sesiapa daripada PSM bahkan mengenai berlangsungnya mesyuarat itu tetapi mungkin ada benda (sebab pertukaran penyandangnya) yang tidak mahu dinyatakan kepada saya. Bagi saya ia kuasa Presiden PSM. Itu juga hak mutlaknya.

Datuk ada masalah tertentu dengan Presiden PSM secara peribadi?

SALIM: Jika ada masalah pun, kita boleh berbincang tetapi saya boleh katakan yang saya pernah dihalang hadir sebarang aktiviti PSM sejak Mei lagi. Dalam Piala Dunia pun, saya tidak dilibatkan dan saya kerap diketepikan kemudiannya. Namun saya tidak berdendam malah saya mengucapkan selamat berjaya buat PSM. (Pelucutan jawatan) hanya perkara kecil dan tidaklah penting sangat.

Selama tiga penggal Datuk bersama PSM malah sudah diiktiraf sehingga menyandang jawatan kanan Astaf, Datuk terasa kehilangan sesuatu atau alangkah ruginya PSM?

SALIM: Biarlah orang lain yang menilainya jika mereka tahu apa peranan saya ketika PSM digantung oleh Istaf (kerana membantah bola Marathon, memulaukan Sukan SEA Korat 2007 dan cuba keluar Istaf) sampai pernah dihadapkan ke tribunal di Bangkok. Ketika itu maruah sepak takraw negara, maruah Presiden dan PSM terlibat. Ada ketikanya juga saya diarahkan menyelesaikan beberapa masalah termasuk menjana sumber dana PSM dan saya percaya ramai ahli gabungan tahu.

Bagaimana peranan Datuk dalam Astaf selepas dibuang dari PSM?

SALIM: Sebagai Naib Presiden Astaf, saya masih boleh mengangkat sepak takraw ke tahap yang lebih tinggi. Saya ada cara untuk membantu sukan ini. Saya sudah menyiapkan undang-undang sepak takraw baru, tikam tuju dan ketika videonya ditayangkan pada Piala Raja Thai 2010 di Chiang Mai, banyak negara memberikan sambutan. Saya rasa ia boleh dijadikan acara pertunjukan pada Sukan SEA Myanmar 2013 dan selepas itu dipertandingkan dan menghasilkan pingat emas buat Malaysia.

Sejauh mana keseriusan Datuk membangunkan cabang tikam tuju di negara ini?

SALIM: Bola sepak takraw tempatan berjenama Salim sudah mempunyai peminat setia. Jualannya juga meningkat. Kami satu-satunya pengeluar bola tikam tuju. Selagi ada peminat setianya, satu hari ini mungkin wujud sebuah persatuan khas sepak takraw tikam tuju Malaysia. Saya pernah menganjurkan sebuah pertandingannya di Kedah yang disertai 1,500 orang, tahun lalu dengan menggunakan konsep tersendiri.

Full content generated by Get Full RSS.
Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Politik

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Politik


Nik Abduh bidas kartun Harakah

Posted:

Nik Abduh bidas kartun Harakah

Nik Abduh bidas kartun Harakah

Oleh SAIFULIZAM MOHAMAD
pengarang@utusan.com.my

KUALA LUMPUR 19 Dis. – Timbalan Ketua Dewan Pemuda Pas Pusat, Nik Abduh Nik Abdul Aziz hari ini membidas kartun drnot yang disiarkan di dalam Harakah keluaran terbaru kerana menghina bekas Timbalan Presiden Pas, Nasharuddin Mat Isa.

Beliau berkata, Harakah sepatutnya perlu lebih beretika, berakhlak serta tahu cara untuk membina serta mendamaikan dan bukan bertindak memecah atau meruntuhkan.

Pada masa sama, beliau turut membidas kritikan serta tuduhan secara terbuka oleh Setiausaha Agung Pas, Datuk Mustafa Ali terhadap dua pejuang Islam iaitu Nasharuddin dan bekas Pesuruhjaya Pas Selangor, Datuk Dr. Hasan Ali yang berkali-kali menyatakan kesetiaannya kepada parti itu.

''Saya menolak (bidas) kartun drnot dalam Harakah cetakan terbaru yang menghina kekanda saya, Ustaz Nasharuddin. Harakah mesti beretika, berakhlak dan tahu untuk membina dan mendamai, bukan memecah dan meruntuh.

''Saya turut menolak (bidas) temuramah Setiausaha Agung Pas yang mengkritik dan menuduh secara terbuka dua pejuang Islam ini yang telah berkali-kali menyatakan kesetiaannya kepada parti. Tunggulah dulu dua pejuang itu masuk UMNO jika betul-betul nak tunjuk hero menjaga Pas. Jika tidak, ia hanya tuduhan yang memecahkan,'' katanya.

Beliau berkata demikian dalam status terbaru laman sosial Facebooknya hari ini.

Isu membabitkan kedua-dua pemimpin Pas itu mula tercetus apabila tersiarnya kenyataan Ketua Penerangan Pas Selangor, Saari Sungib di dalam beberapa blog yang menyatakan kemungkinan besar Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Gombak Setia itu akan digugurkan.

Ekoran daripada itu Hasan membuat kenyataan bahawa beliau sedia bekerjasama dengan pihak di luar Pas jika diminta demi kepentingan Islam dan Melayu serta tidak kisah jika tidak dicalonkan pada PRU Ke-13 akan datang.

Nasharuddin dalam satu kenyataan baru-baru ini pula mengatakan beliau hairan dengan perjalanan politik Pas yang didakwanya semakin pelik ekoran tindakan Saari yang mendahului parti berhubung kedudukan Hasan yang tidak mendapat pencalonan mencukupi untuk mempertahankan DUN Gombak Setia.

Mustafa kemudian mendakwa Nasharuddin dan Hasan yang juga Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama, Adat-adat Melayu, Infrastruktur dan Kemudahan Awam Selangor terperangkap dalam agenda UMNO.

Dalam perkembangan berkaitan, Nik Abduh turut mempersoalkan sebab-sebab kenyataan Saari yang sengaja diperkecilkan sedangkan ADUN Hulu Kelang itu telah memulakan isu yang sudah sedia membara dalam sekam.

''Di mana beliau untuk tidak memohon maaf secara terbuka? Pemuda Pas menjunjung akhlak berjemaah yang tinggi,'' katanya lagi.

Full content generated by Get Full RSS.

Rakyat perlu nilai secara mendalam sikap Anwar

Posted:

Rakyat perlu nilai secara mendalam sikap Anwar

Rakyat perlu nilai secara mendalam sikap Anwar

PASIR MAS 19 Dis. -Rakyat perlu menilai secara mendalam sikap Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang sering berdolak-dalik setiap kali timbul isu membabitkan peribadi beliau.

Bekas Ketua Menteri Melaka, Tan Sri Rahim Tamby Chik berkata, Anwar akan menggunakan pentas ceramah dan kepandaiannya 'bermuka-muka' untuk menarik sokongan rakyat, sedangkan dengan jelas beliau menghadapi krisis personaliti yang amat teruk.

Rahim yang juga Pengerusi RISDA berkata, tindak tanduk bekas pemimpin yang pernah dipenjarakan kerana kes liwat itu juga membuktikan bahawa beliau hanya pandai bercakap tetapi tidak mampu untuk membuktikannya.

"Kita semua tahu perangai Anwar apabila membuat tuduhan atau satu fakta baru yang kena mengena dengan dia, akan habis-habisan menafikannya dalam ceramah di seluruh negara, dia memang hebat berceramah sehingga pendengar terpesona.

"Bila saat kritikal, bila mana kena buktikan mengikut Islam dia tidak mahu sedangkan rakyat mahukan kebenaran, inilah Anwar, hipokrit.

"Di luar bercakap seolah-olah dialah yang paling alim, semua tohmahan tidak benar. Sebagai contoh dalam kes Saiful Bukhari, Datuk T dan terbaru, Tun Dr. Mahathir Mohamad, dia tidak berani bersumpah untuk membuktikan kebenaran," katanya.

Beliau berkata demikian selepas majlis pelancaran Kempen Amalan Pertanian Baik dan Penyampaian Sumbangan Pengerusi RISDA kepada pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Kelantan di Dewan Utama Sekolah Menengah Kebangsaan Sultan Ibrahim 1 di sini, hari ini.

Akhbar hari ini melaporkan, Anwar yang juga Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) cuba mencari alasan untuk tidak menyahut cabaran Dr. Mahathir supaya bersumpah bagi membuktikan dakwaannya bekas Perdana Menteri itu pernah menulis surat kepada Bank Dunia bagi meminta bantuan semasa krisis kewangan pada 1999.

Full content generated by Get Full RSS.
Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Pahang

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Pahang


Penderitaan Julita dapat perhatian Bakkis

Posted:

Penderitaan Julita dapat perhatian Bakkis

Penderitaan Julita dapat perhatian Bakkis


Wan Azlan Wan Salleh (depan) memberikan kata-kata semangat terhadap Datu Abdul Datu Jaamil dan Julita Hassan ketika menyampaikan bantuan kepada keluarga itu di Taman Balok Makmur, Kuantan, Pahang, baru-baru ini.


KUANTAN 19 Dis. - Seorang suri rumah tangga terpaksa menjadi ketua keluarga apabila suaminya tidak mampu bekerja kerana menghidapi penyakit perut yang membengkak sejak dua bulan lalu.

Julita Hassan, 49, yang menetap di Taman Balok Makmur di sini berkata, suaminya, Datu Abdul Datu Jaamil, 71, sebelum ini bekerja di sebuah kilang di kawasan Perindustrian Gebeng di sini terpaksa berhenti akibat mengalami penyakit tersebut.

Menurutnya, dalam tempoh itu ahli keluarganya termasuk anak-anak dari bekas isteri suaminya dulu selain jiran banyak membantu menampung perbelanjaan mereka sekeluarga.

"Saya sangat berharap suami dapat kembali sihat sepenuhnya kerana sampai bila nak bergantung pada mereka kerana sewa rumah RM300 masih belum dapat dibayar.

"Saya juga bingung memikirkan perbelanjaan anak-anak berusia 12 dan 10 tahun apabila memasuki persekolahan tidak lama lagi," katanya.

Julita berkata demikian kepada pemberita selepas menerima kunjungan Yang Dipertua Badan Kebajikan Kemanusiaan dan Kemiskinan Sungai Karang (Bakkis), Wan Azlan Wan Salleh untuk menyampaikan sumbangan terhadap keluarga itu di rumahnya di sini baru-baru ini.

Menurut Julita, suaminya tidak dapat bergerak cergas dan perlu bergantung terhadapnya sepenuh masa untuk menjalani rutin harian.

"Masalah penyakitnya sudah dirujuk kepada hospital dan pada Februari depan, suami saya mempunyai temu janji di Hospital Tengku Ampuan Afzan di Pahang," katanya.

Sementara itu, Wan Azlan memberitahu, pihaknya akan mencari jalan untuk membantu keluarga tersebut selain mengharapkan ada pihak lain sudi tampil membantu mereka.

Full content generated by Get Full RSS.

3 murid cemerlang terima sumbangan ECERDC

Posted:

3 murid cemerlang terima sumbangan ECERDC

3 murid cemerlang terima sumbangan ECERDC

MENTAKAB 19 Dis. - Tiga murid sekolah yang mengikuti program Empower mencatat keputusan cemerlang dalam Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) 2011 menerima sumbangan khas daripada Majlis Pembangunan Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECERDC), di sini baru-baru ini.

Mereka ialah Nor Fadila Fazri Hizam, 12, mendapat keputusan 5A dalam peperiksaan itu dan diikuti Jeevaneswari Selvam, 12, serta Boey Ting Ying, 12, yang masing-masing mendapat 7A.

Mereka menerima barangan berupa peralatan sekolah, pakaian, buku, sijil dan di samping wang tunai bagi perbelanjaan awal sesi persekolahan 2012.

Menurut Pengurus Besar Sosial ECERDC, Zulkifli Yaakob, kejayaan tiga murid itu merupakan segelintir daripada 512 murid daerah Temerloh, Bentong dan Lipis yang mengikuti program pendidikan Empower menerusi latihan akademik bagi membantu meningkatkan prestasi pelajaran mereka.

"Pengiktirafan itu membuatkan murid cemerlang terbabit berusaha untuk terus mencipta kejayaan dalam akademik sekali gus berazam menjadi warganegara terbilang dan berbakti kepada masyarakat pada masa depan," katanya kepada pemberita di Kampung Gantok di sini.

Hadir sama Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Mentakab, Datuk Chuah Boon Seong.

Sementara itu Boon Seong berkata, kerajaan mengutamakan sektor pendidikan dengan menyediakan pelbagai bantuan dan insentif supaya rakyat mendapat pendidikan bertaraf dunia.

Dalam pada itu, Nor Fadila menyifatkan sokongan ECERDC itu memberi keazaman yang tinggi untuknya mencapai kejayaan lebih gemilang pada masa depan.

Katanya, dia sekeluarga terharu dengan kehadiran pegawai agensi itu dan ADUN Mentakab yang sanggup datang ke rumah mereka bagi meraikan kejayaan tersebut.

Bagi Jeevaneswari pula, pengiktirafan agensi itu sebagai pembakar semangat untuknya belajar dengan tekun supaya cita-cita menjadi doktor dapat dicapai.

Tambahnya, dia berazam untuk berbakti kepada masyarakat apabila dewasa kelak sebagai tanda membalas budi kepada kerajaan yang mengambil berat keperluan masyarakat di negara ini.

Bagi anak seorang guru, Ting Ying, pengiktirafan itu membuktikan kerajaan merealisasikan semangat 1Malaysia yang membantu semua kaum.

Full content generated by Get Full RSS.

Menderu berpengalaman 20 tahun jadi juru pandu pelancong

Posted:

Menderu berpengalaman 20 tahun jadi juru pandu pelancong

Menderu berpengalaman 20 tahun jadi juru pandu pelancong

JERANTUT 19 Dis. - Walaupun tempias pembangunan mengubah landskap kehidupan penduduk, tetapi etnik Orang Asli suku Batek di Taman Negara Kuala Tahan di sini masih memfokus kepada alam semula jadi untuk kelangsungan hidup suku kaum berkenaan.

Hidup berpindah randah bukan sahaja sinonim mencari rezeki, malah kepercayaan tentang mati dan alam ghaib juga menjadi sebahagian kanun kehidupan suku kaum itu yang diwarisi oleh nenek moyang mereka.

Namun, bagi pemuda suku Batek di Kuala Terenggan, Taman Negara, Menderu Serama, 40, antara penduduk minoriti berkenaan mengalih tugas daripada berburu binatang untuk berkhidmat sebagai pemandu pelancong.

Dia merupakan antara 50 pemandu pelancong Taman Negara memilih bidang berkenaan sebagai mata pencarian setiap kali kehadiran ramai pelancong di musim cuti persekolahan.

Bagi Menderu, kehadiran pelancong ke Taman Negara memberi peluang terbaik dengan pekerjaan berkenaan kerana sukakan cabaran di samping sudah tahu selok belok kawasan hutan belantara, sungai dan gunung di situ.

''Saya menjadi juru pandu pelancong bersama rakan orang Melayu di Kuala Tahan dan pernah mengikuti kursus pemanduan pelancong.

''Tugas ini amat mencabar, tetapi menyeronokkan apabila dapat berjumpa dengan pelancong yang terdiri daripada pelbagai bangsa dan latar budaya dari seluruh dunia," katanya kepada Utusan Malaysia di sini baru- baru ini.

Menurut Menderu, selaku juru pandu pelancong, dia serta rakannya perlu memahami peraturan keselamatan di darat dan air, khususnya jaminan keselesaan pengunjung ketika beriadah dan berekreasi di sesebuah tempat.

Katanya, tugasnya selama 20 tahun sebagai pemandu pelancong telah mencanaikan pengetahuannya sehingga boleh berkomunikasi menggunakan bahasa Inggeris, manakala memahami arahan serta perbualan bahasa Jerman, Itali dan Peranchis.

''Bahasa yang saya pelajari hanya untuk berkomunikasi mengenai tempat pelancongan di Taman Negara termasuk memberi penjelasan tentang budaya penduduk setempat, tumbuh- tumbuhan dan haiwan," ujarnya.

Menurutnya, salah satu tarikan pelawat ke Taman Negara, ialah pelancong melihat sendiri bagaimana Orang Asli menghidupkan api dengan menggunakan kayu meranti dan rotan juga keunikan sumpitan buluh.

Katanya, upah yang diterima antara RM100 hingga RM300 setiap kali memberi perkhidmatan juru pandu antara sumber rezeki berbelanja keperluan dapur dan pakaian bagi seramai enam orang anaknya.

Full content generated by Get Full RSS.
Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Luar Negara

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Luar Negara


Kim Jong-il meninggal dunia

Posted:

Kim Jong-il meninggal dunia

Kim Jong-il meninggal dunia


Gambar dari laman web KCNA yang diterbitkan agensi berita Yonhap menunjukkan rakyat Korea Utara meratapi kematian Kim Jong-il di Pyongyang, semalam. (Gambar kecil) Kim Jong-il. - AFP


SEOUL 19 Dis. - Pemimpin Korea Utara, Kim Jong-il meninggal dunia kelmarin pada usia 69 tahun akibat serangan sakit jantung, sekali gus menjerumuskan negara bersenjata nuklear tetapi miskin ini ke dalam situasi tidak menentu.

Jong-il 'meninggal dunia akibat tekanan mental dan fizikal yang hebat' pada 8.30 pagi kelmarin (7.30 pagi waktu Malaysia) semasa menaiki kereta api untuk melakukan lawatan tinjauan 'ke lapangan', lapor agensi berita rasmi KCNA, hari ini.

KCNA menggesa rakyat supaya mentaati pewaris dan anak lelaki bongsu Jong-il, Kim Jong-un yang berusia lewat 20-an.

"Semua anggota parti, anggota tentera dan orang ramai hendaklah dengan taat setia mematuhi kepimpinan Kim Jong-un di samping melindungi dan mengukuhkan lagi perpaduan parti, tentera dan rakyat," menurut agensi tersebut.

Menurut KCNA, Jong-il meninggal dunia 'akibat serangan sakit jantung berpunca daripada saluran jantung tersumbat dan autopsi dijalankan semalam.

Jong-il mengalami serangan angin ahmar pada Ogos 2008 yang menjejaskan pergerakan tangan dan kaki kirinya.

Pyongyang mengumumkan tempoh berkabung di seluruh negara dari 17 hingga 29 Disember ini.

Kerajaan Korea Selatan meletakkan tenteranya dalam keadaan berjaga-jaga berikutan berita mengejut itu dan mengadakan mesyuarat Majlis Keselamatan Negara, lapor agensi berita Yonhap.

Jong-il mengambil alih kuasa selepas bapanya yang juga pengasas negara ini, Presiden Kim Il-sung meninggal dunia pada 1994.

Pada pertengahan hingga lewat 1990-an, beliau menyaksikan ratusan ribu rakyatnya maut akibat kebuluran, dan masalah kekurangan makanan berterusan sehingga ke hari ini sehingga dianggarkan satu pertiga daripada kanak-kanak Korea Utara terbantut akibat kekurangan zat makanan.

Namun Jong-il masih menemui sumber untuk meneruskan program senjata nuklear yang berkesudahan dengan ujian letupan nuklear pada Oktober 2006 dan Mei 2009. - AFP

Full content generated by Get Full RSS.

Bot karam: Pengurusan tidak patuhi peraturan

Posted:

Bot karam: Pengurusan tidak patuhi peraturan

Bot karam: Pengurusan tidak patuhi peraturan

Oleh SAHARUDIN MUSTHAFA
saharudin.musthafa@utusan.com.my

JAKARTA 19 Dis. - Menteri Pengangkutan Indonesia, EE Mangindaan kesal dengan tindakan pengurusan bot yang tidak mematuhi undang-undang sehingga menyebabkan tragedi di perairan Jawa Timur hujung minggu kelmarin.

Menurutnya, ketika tragedi berlaku di perairan Perigi, Trenggalek, bot tersebut sesak dengan penumpang sehingga melebihi muatan yang dibenarkan.

"Kapasiti bot berkenaan hanya 100 orang, tetapi seramai 250 penumpang menaikinya ketika kejadian. Tindakan itu salah," katanya kepada media di sini hari ini.

Mangindaan berkata, bukan sekadar membawa lebih penumpang, tindakan mengangkut pendatang asing menggunakan bot itu juga merupakan satu kesalahan.

Jelas beliau, pihaknya masih menjalankan siasatan bagi mengenal pasti pemilik bot.

Dalam perkembangan berkaitan, polis Australia hari ini dihantar untuk membantu Indonesia menyiasat kegiatan penyeludupan manusia sementara Canberra terus menyeru supaya penyelesaian serantau dicapai bagi menangani kegiatan 'yang tidak menghiraukan nyawa manusia' itu.

Menteri Dalam Negeri, Jason Clare berkata, polis akan dikerahkan atas permintaan Jakarta selepas lebih 200 pencari suaka dari Asia Barat dipercayai mati lemas selepas bot mereka karam di perairan Jawa Timur.

Pasukan penyelamat Indonesia hari ini menemui 15 orang yang masih hidup tetapi dalam keadaan lemah, terapung di dalam sebuah bot pelampung, kira-kira 100 kilometer dari lokasi kejadian kelmarin.

"Selain menghantar aset tentera kita untuk membantu mereka pagi ini, pihak Indonesia juga meminta bantuan kita dalam tugas kepolisian.

"Saya fikir permintaan itu menandakan pengakuan bahawa kegiatan ini adalah masalah serantau yang memerlukan penyelesaian serantau," kata Clare kepada radio Perbadanan Penyiaran Australia (ABC), tanpa menyebut bilangan pegawai yang akan dihantar. - Utusan/AFP

Full content generated by Get Full RSS.
Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Mahkamah

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Mahkamah


Tidak pernah campur tangan

Posted:

Tidak pernah campur tangan

Tidak pernah campur tangan

Oleh NOOR AZMAH IBRAHIM
pengarang@utusan.com.my


Mohd. Khir Toyo ditemani isterinya, Zaharah Kechik hadir di Mahkamah Tinggi Shah Alam untuk perbicaraan kes rasuah, semalam. - Saharuddin Abdullah


SHAH ALAM 19 Dis. - Mahkamah Tinggi di sini hari ini diberitahu bahawa tiada sebarang bukti menunjukkan bahawa bekas Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Dr. Mohamad Khir Toyo pernah campur tangan dalam sebarang projek yang dikendalikan oleh Pengarah Ditamas Sdn. Bhd., Datuk Shamsuddin Hayroni.

Peguam Kamarul Hisham Kamaruddin berhujah, Shamsuddin juga tidak pernah diberi layanan istimewa dan tindakan beliau membeli dua lot tanah dan sebuah banglo di Seksyen 7 di sini dengan harga RM6.5 juta untuk dijual semula kepada Mohamad Khir didorong oleh perasaan tamak.

"Sekiranya bentuk campur tangan yang dimaksudkan oleh Shamsudin adalah bahawa beliau akan kehilangan layanan istimewa, di sini bukan hanya tiada bukti beliau menerima layanan itu, apa yang lebih penting adalah jangkaan beliau untuk layanan istimewa itu tidak terjumlah kepada sebarang bentuk tekanan ekonomi terhadapnya," hujah peguam tersebut di akhir kes pembelaan.

Menurut Kamarul Hisham, dakwaan Shamsuddin bahawa beliau terpaksa membeli hartanah tersebut selepas disuruh oleh Mohamad Khir adalah keterangan tokok tambah kerana ia hanya timbul selepas pertuduhan terhadap ahli perniagaan itu digugurkan oleh pihak pendakwaan.

Katanya, Shamsuddin tidak pernah memberitahu Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bahawa beliau tidak mempunyai pilihan semasa kenyataannya dirakamkan pada 2009 dan beliau mengubah keterangan bagi menyesuaikan dengan kes pendakwaan.

Hujah beliau, dakwaan Shamsuddin bahawa Mohamad Khir menyuruhnya membeli hartanah tersebut berdasarkan cakap mulut dan bahasa badan hanyalah anggapan semata-mata memandangkan ahli perniagaan, Datuk Sumadi Ismail mampu menolak 'suruhan' itu dengan hanya memberi alasan beliau mempunyai komitmen lain.

"Kami berhujah bahawa intipati paling penting dalam pertuduhan bahawa Mohamad Khir mengetahui hartanah itu adalah satu balasan yang tidak mencukupi gagal dibuktikan melampaui keraguan munasabah. Sebaliknya pembelaan berjaya buktikan ia adalah mencukupi melampaui keraguan munasabah," katanya lagi.

Mohamad Khir, 45, didakwa atas tuduhan mendapatkan untuk dirinya dan isteri, Zaharah Kechik, 45, dua lot tanah dan sebuah rumah di No. 8 & 10, Jalan Suasa 7/1L, Seksyen 7 di sini daripada Ditamas melalui Shamsuddin dengan harga RM3.5 juta.

Sedangkan hartanah tersebut dibeli oleh syarikat terbabit pada 23 Disember 2004 dengan harga RM6.5 juta.

Perbuatan itu didakwa dilakukan dalam keadaan Mohamad Khir mengetahui bahawa Shamsuddin mempunyai hubungan dengan tugas rasminya sebagai Menteri Besar Selangor pada ketika itu.

Beliau yang memegang jawatan berkenaan sejak 2002 hingga 2008 didakwa melakukan perbuatan tersebut di kediaman rasmi Menteri Besar Selangor di Jalan Permata 7/1, Seksyen 7 di sini pada 29 Mei 2007.

Sementara itu, Timbalan Pendakwa Raya, Abdul Wahab Mohamed pula berhujah bahawa tiada keterangan menunjukkan Shamsuddin menghadapi masalah kewangan atau dalam keadaan terdesak untuk menjual hartanah tersebut kepada Mohamad Khir.

Sebaliknya, kata beliau, tindakan itu dilakukan kerana takut atau bimbang akan pengaruh tertuduh sebagai Menteri Besar dan Pengerusi Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) terhadap urusan perniagaan syarikatnya.

"Adalah tidak mungkin untuk seseorang seperti Shamsuddin yang tidak mempunyai masalah kewangan untuk menuruti kemahuan tertuduh yang jelas akan mendatangkan kerugian yang banyak kepada beliau melainkan sebab tertentu iaitu pengaruh tertuduh sebagai Pengerusi PKNS dan Menteri Besar pada ketika itu," katanya.

Hujah beliau, penglibatan dan kepentingan Mohamad Khir terhadap hartanah tersebut juga bermula sejak 2004 atau sebelum perjanjian dibuat adalah antara fakta menunjukkan perancangan awalnya untuk memiliki rumah tersebut.

Begitu juga penafian Mohamad Khir bahawa beliau pernah memaklumkan harga RM3.5 juta kepada bank HSBC adalah tidak berasas sama sekali dan bercanggah dengan keterangan saksi pendakwaan serta saksi pembelaan sendiri.

Malah, hujah Abdul Wahab, harga pembelian dan nilai hartanah untuk dibeli oleh Mohamad Khir telah ditetapkan tertuduh sendiri pada nilai antara RM3 juta dan RM3.5 juta sebelum laporan penilaian dibuat oleh Choy Yue Kwong daripada Rahim & Co.

"Nama 'client' (pelanggan) dalam laporan itu diletakkan sebagai Datuk Seri Mohamad Khir Toyo dan Datin Seri Zaharah Kechik walhal mereka bukan client Rahim & Co sebaliknya bank HSBC yang bertindak sebagai institusi pemberi pinjaman wang.

"Oleh itu pendakwaan menyimpulkan bahawa penyediaan laporan itu semata-mata dibuat bagi memuaskan hati tertuduh dan isterinya, bukan mencerminkan aspek sebenar penilaian hartanah itu," katanya lagi.

Hakim Datuk Wira Mohtarudin Baki (kini Hakim Mahkamah Rayuan) yang mendengar kes itu akan membuat keputusan sama ada menyabitkan atau membebaskan Mohamad Khir daripada pertuduhan pada Jumaat ini.

Full content generated by Get Full RSS.

Keputusan kes khalwat Salim, pasangan 9 Jan.

Posted:

Keputusan kes khalwat Salim, pasangan 9 Jan.

Keputusan kes khalwat Salim, pasangan 9 Jan.

PULAU PINANG 19 Dis. - Mahkamah Rendah Syariah di sini menangguhkan keputusan kes khalwat Timbalan Ketua Setiausaha (Strategik) Kementerian Belia dan Sukan, Datuk Salim Parlan dengan bekas pembantu peribadinya di sebuah hotel di Batu Feringghi, April lalu.

Hakim Syarie, Nik Bukhari Hashimy Nik Yahaya menetapkan tarikh 9 Januari depan untuk perbicaraan kes itu setelah dimaklumkan Pendakwa Syarie, Khairil Hafiz Nazari bahawa Salim tidak hadir ke mahkamah hari ini untuk mendengar keputusan kes khalwat itu kerana mempunyai urusan keluarga.

Bagaimanapun, pasangannya, Nur Diayana Norslan, 30, yang memakai jubah hitam dan bertudung warna sama hadir ke mahkamah sejak pukul 8.30 pagi lagi dengan ditemani dua ahli keluarganya yang turut memakai pakaian serupa.

''Mahkamah bersedia untuk menjatuhkan hukuman hari ini. Namun, mahkamah berpendapat kedua-dua tertuduh patut hadir bersama ketika hukuman ini dijatuhkan dan ia perlu dilakukan secara serentak kepada mereka berdua demi keadilan dan mengelakkan prejudis.

''Justeru, mahkamah menetapkan tarikh lain iaitu 9 Januari depan untuk menjatuhkan hukuman kepada kedua-dua tertuduh,'' kata Nik Bukhari Hashimy.

Ketika dihadapkan pertama kali ke mahkamah pada 19 April lalu, Salim, 51, dan Nur Diayana, masing-masing mengaku tidak bersalah atas tuduhan tersebut, namun pada 21 November lepas, kedua-duanya yang tidak diwakili peguam syarie menukar pengakuan kepada bersalah.

Mengikut pertuduhan, pasangan tersebut yang bukan mahram didakwa berada bersama-sama dalam keadaan yang menimbulkan syak kira-kira pukul 5 pagi, 16 April lalu di bilik bernombor 224 di sebuah hotel di Batu Feringghi di sini.

Salim yang sebelum ini memegang jawatan Timbalan Ketua Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) didakwa mengikut Seksyen 27(a) Enakmen Jenayah Syariah Pulau Pinang 1996 manakala Nur Diayana didakwa di bawah Seksyen 27(b) enakmen sama.

Jika sabit kesalahan, setiap tertuduh boleh didenda maksimum RM3,000 atau penjara tidak lebih dua tahun atau kedua-duanya.

Sebaik sahaja prosiding selesai, Nur Diayana bersama kedua-dua saudaranya itu berlari ke arah sebuah kereta Perodua Myvi hitam yang telah menunggunya di luar mahkamah.

Full content generated by Get Full RSS.
Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Rencana

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Rencana


Sampai bila mahu bohong?

Posted:

Sampai bila mahu bohong?

Sampai bila mahu bohong?

Oleh NIZAM YATIM
nizam.yatim@utusan.com.my

PADA Sabtu lalu, di Tasek Gelugor, Pulau Pinang, Tun Dr. Mahathir Mohamad mencabar Datuk Seri Anwar Ibrahim bersumpah dengan menjunjung al-Quran bagi membuktikan bekas Perdana Menteri itu pernah menulis surat kepada Bank Dunia untuk meminta bantuan semasa krisis kewangan pada 1999.

Menurut negarawan itu, beliau tidak pernah berbuat demikian seperti didakwa Ketua Pembangkang itu sebaliknya menolak permintaan daripada wakil Bank Dunia yang datang untuk menawarkan bantuan.

Cabaran itu dibuat ekoran portal propembangkang, Malaysiakini melaporkan Anwar ketika berucap pada majlis makan malam membincangkan Program Transformasi Ekonomi (ETP) baru-baru ini, mendakwa Dr. Mahathir telah melakukan perbuatan yang akan merugikan negara itu.

Dalam reaksinya sehari selepas itu, Anwar cuba mencari alasan untuk tidak menyahut cabaran berkenaan termasuk mendakwa apa yang dibangkitkannya melibatkan soal rasuah dan jenayah yang tidak boleh diselesaikan hanya dengan bersumpah. Sebenarnya, berbohong, memutar-belit fakta dan memperalatkan siapa juga demi kepentingan politik yang menjadi tabiat Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu bukanlah sesuatu yang baru.

Ini dapat dilihat pada 1998, apabila beliau mendakwa menyimpan enam kotak dokumen rahsia yang dikaitkan dengan kegiatan rasuah pemimpin-pemimpin UMNO dan Barisan Nasional (BN) yang sehingga kini tidak pernah didedahkan.

Pada 1999 pula, Anwar digambarkan akan meninggal dunia dalam tempoh terdekat berikutan terdapat konspirasi terancang untuk membunuhnya menggunakan racun asernik. Isterinya, Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail yang menjadi penyampai segala dakwaan Anwar itu turut menuduh suaminya disuntik dengan virus HIV semasa dalam penjara dan akan meninggal dunia dalam tempoh singkat kerana AIDS.

Isu keracunan arsenik dan virus HIV itu dibangkitkan ketika Anwar menghadapi pertuduhan meliwat pemandu, Azizan Abu Bakar.

Pun begitu, walaupun diramal meninggal dunia dalam tempoh singkat, sehingga kini, Anwar segar bugar dan pemeriksaan yang dilakukan doktor mendapati tiada sebarang sisa arsenik dalam tubuhnya.

Biarpun berhadapan dengan pelbagai tuduhan di mahkamah, kreativiti Anwar dalam menghasut dan meracuni fikiran rakyat tidak pernah luntur.

Semua ini dilakukan bagi mengalihkan perhatian masyarakat terhadap pelbagai isu moral yang dihadapinya dan untuk mencapai matlamat menjadi Perdana Menteri yang diidam-idamkannya.

Pada 2001, Anwar digambarkan berkeadaan sangat uzur hingga terpaksa berkerusi roda dan memakai pendakap leher kerana menghadapi sakit belakang yang kronik. Penipuan mengenai penyakit yang dihidapinya terbongkar apabila satu rakaman video menunjukkan Anwar dalam keadaan sihat ketika berada di hospital.

Apabila Anwar dibebaskan daripada penjara pada 2004, beliau dengan berkerusi roda dan memakai pendakap leher telah berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) untuk mendapat rawatan di Hospital Munich, Jerman.

Sebaik sahaja tiba di Munich, stesen televisyen CNN menyiarkan siaran langsung yang menunjukkan beliau tidak lagi memakai pendakap leher dan boleh berjalan sendiri tanpa kerusi roda walaupun belum dirawat.

Dalam pada itu, tidak semena-mena apabila bekas pembantu peribadinya, Mohd. Saiful Bukhari Azlan membuat laporan polis mendakwa diliwat pada Jun 2008, Anwar berkejar ke kedutaan Turki bagi mendapat perlindungan dengan alasan menerima ugutan bunuh. Persoalannya siapa yang mahu membunuh Anwar? Pelbagai pihak selepas itu menyifatkan tuduhan beliau 'tidak masuk akal sama sekali', tambahan pula beliau tidak pernah membuat laporan polis berhubung ugutan itu.

Anwar juga mendakwa ulama terkenal, Prof. Dr. Yusuf Al- Qardawi turut menyokongnya apabila dituduh terlibat dalam kes meliwat Mohd. Saiful.

Akhirnya, penipuan itu terdedah apabila Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baharu, Zulkifli Noordin yang juga bekas peguamnya mendedahkan bagaimana beliau diminta menyediakan soalan berbentuk berat sebelah bagi mendapatkan fatwa Yusuf untuk menyokong Anwar.

Pada 17 Mac 2010, sekali lagi tembelang Anwar terdedah apabila bekas sahabat baiknya yang Ahli Parlimen Bayan Baru, Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim memberitahu Dewan Rakyat bahawa Ketua Pembangkang itu pernah mendakwa mendapat sokongan pelbagai pihak termasuk Angkatan Tentera Malaysia (ATM) bagi melaksanakan misi 'rampasan kuasa 16 September' 2008 yang tidak kesampaian.

Antara pembohongan Anwar yang didedahkan Zahrain ialah 31 ahli Parlimen BN akan melompat parti bagi menyertai pembangkang dan Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin sedang menunggu di Istana Negara untuk mengesahkan bilangan yang melompat parti itu.

Bagi memperbaiki imejnya yang telah tercalar ekoran pendedahan Zahrain itu, Anwar sekali lagi menunjukkan taringnya sebagai 'raja putar alam' apabila mencanangkan di Dewan Rakyat kononnya gagasan 1Malaysia diilhamkan oleh Apco Worldwide, syarikat perunding Amerika Syarikat yang dituduhnya di belakang kempen One Israel. Walaupun dicabar beberapa kali supaya membuktikan dakwaannya itu, Anwar gagal menyerahkan bukti terbabit kepada Parlimen walaupun diberi tempoh yang cukup. Berikutan itu, Anwar dirujuk kepada Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Parlimen yang kemudiannya memutuskan untuk menggantungnya daripada menghadiri sidang Dewan Rakyat selama enam bulan bermula 16 Disember 2010.

Zulkifli yang merupakan bekas orang kuat Anwar ketika mengulas isu Apco itu berkata, antara sebab beliau tawar hati untuk terus bersama PKR adalah berikutan sikap Anwar yang memutarbelitkan fakta.

''Kerana slogan 1Malaysia dan One Israel yang kelihatan sama, maka terus dituduh Malaysia telah diresapi dan dipengaruhi Yahudi.

''Bagaimana pula dengan lambang satu mata Illuminati Yahudi dengan lambang satu mata PKR? Adakah wajar kalau orang menuduh ia dipengaruhi dan diresapi oleh unsur Yahudi? '' katanya.

Mengenai isu sakit belakang yang dialami Anwar, Zulkifli berkata, beliau sendiri tidak sedar penipuan yang dilakukan berikutan kepandaian Ketua Pembangkang itu berbohong.

''Bayangkan saya yang menjadi peguamnya selama bertahun-tahun dan kerap menziarahi dia semasa dalam Penjara Sungai Buloh pun boleh kena kelentong begitu lama, ingat dia sakit belakang sampai tak boleh bangkit,'' ujarnya.

Sementara itu, Zahrain yang mengulas isu sama berkata, rakyat harus mengingati tarikh 16 September 2008 sebagai bukti pembohongan Anwar yang begitu jelas dan nyata.

Mengenai cabaran Dr. Mahathir supaya Anwar menjunjung al-Quran berhubung isu surat kepada Bank Dunia, beliau menyifatkan, dakwaan Penasihat PKR itu hanyalah strategi mengganggu kepercayaan rakyat terhadap bekas Perdana Menteri itu dan BN.

Katanya, beliau dimaklumkan Anwar pada masa ini amat tertekan dengan kes liwatnya itu dan berikutan negara bakal menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-13.

Nampaknya setelah hampir 12 tahun berlalu, rakyat Malaysia terus dibohongi Anwar. Persoalannya sampai bila beliau perlu berbohong dengan menganggap ia tidak akan disedari oleh sesiapa.

Ingatlah, bangkai gajah tidak dapat ditutup dengan nyiru buat selama-lamanya. Semoga kedatangan 2012 yang dikaitkan sebagai era transformasi besar-besaran terhadap evolusi umat manusia akan membuat Anwar sedar mengenai kewajipan seseorang muslim untuk bercakap benar walaupun pahit.

Full content generated by Get Full RSS.

Siap-siaga luar biasa Borneo

Posted:

Siap-siaga luar biasa Borneo

Siap-siaga luar biasa Borneo

Oleh ZULKIFLI JALIL
pengarang@utusan.com.my

BERDEGAR-degar sungguh pembangkang untuk menjadikan Borneo sasaran utama mereka pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).

Terbaru, semasa wacana anjuran Sinar Harian beberapa hari lepas, salah seorang pemimpinnya menarik perhatian - kunci kemenangan pembangkang bergantung kepada penguasaan kerusi Parlimen di Sabah dan Sarawak. Katanya, jika pembangkang tidak dapat menguasai satu pertiga daripada 25 kerusi Parlimen di Sabah dan 31 kerusi lagi di Sarawak, agak sukarlah bagi mereka menawan Putrajaya.

Ungkapan itu seolah-olah membayangkan tugas pembangkang untuk menguasai kerusi-kerusi Parlimen di Semenanjung 'tidaklah susah sangat'. Jadi, Sabah dan Sarawak kini sasaran mereka. Kalau dengan lain perkataan, nada sentimen ke arah kemenangan pembangkang agak tinggi.

Di sebalik kenyataan pemimpin pembangkang itu, sewajarnyalah para pemimpin parti komponen BN dan ahlinya mengambilnya sebagai satu cabaran cukup besar untuk memastikan mandat parti pemerintah itu di dua negeri Malaysia Timur itu terus kekal status quonya.

Masih ingatkah lagi dengan penegasan Pengerusi BN, Datuk Seri Najib Tun Razak pada perhimpunan agung UMNO baru-baru ini - perlu kerja luar biasa untuk memastikan kemenangan. Masakan parti-parti komponen lupa akan amanat yang cukup besar itu kerana ia dibuat atas platform tonggak BN itu untuk menghadapi ibu segala pilihan raya tersebut.

Marilah kita analisis sedikit kemenangan BN di Sabah pada 2008. Di beberapa kerusi Parlimen dan DUN, BN cuma menang dengan majoriti yang cukup tipis.

Di kerusi Parlimen Sandakan, calon BN di situ iaitu Presiden Parti Liberal Demokratik (LDP), Datuk Liew Vui Keong agak bernasib baik ekoran ketidaksepakatan calon DAP, Shanty Chong Chui Lin dan calon Bebas, Fong Vun Fui.

Vui Keong memperoleh 8,297 undi berbanding Shanty (8,121) dan Fong (2,929), sekali gus membolehkan BN merampas semula kerusi berkenaan dengan undi majoriti hanya 176.

Di DUN Kepayan (dalam Parlimen Penampang) pula, calon BN yang juga calon tunggal MCA, Datuk Edward Khoo Keok Hai memperoleh 6,162 undi manakala calon DAP, Stephen Jacob Jimbangan (4,100) dan calon PKR, Datuk Chau Chin Thong @ Chau Chin Tang (3,658). Di DUN Kuala Penyu (dalam Parlimen Beaufort), calon BN, Teo Kwan Chin @ Teo Mau Sing merampas semula kerusi berkenaan daripada calon Bebas yang juga penyandang, Datuk Johan @ Christopher O T Ghani. Bagaimanapun, Kwan Chin yang memperoleh 4,416 undi hanya menang dengan undi majoriti 257 berbanding Ghani (4,159 undi) dan calon PKR, Guandee Koh Hoi (889 undi).

Di DUN Bingkor (dalam Parlimen Keningau), peluang Naib Presiden PKR, Datuk Dr Jeffrey Kitingan untuk merampas kerusi itu daripada penyandang, Justin Guka dari BN, digagalkan dengan kehadiran dua calon Bebas, masing-masing Victor Leornadus @ Victor Leonardus dan Uling @ Thomas Anggan. Jeffrey tewas dengan kekurangan 171 undi. Victor memperoleh 129 undi manakala Uling memperoleh 164 undi.

Jika kedua-dua calon Bebas itu memberi laluan kepada Jeffrey untuk berdepan dengan Justin, besar kemungkinan DUN Bingkor dirampas pembangkang. Keadaan sama dapat dilihat di DUN Inanam, Likas, Luyang dan Merotai. Ketidaksepakatan calon DAP, PKR dan Bebas menyebabkan calon BN menang di kawasan berkenaan.

Pada pilihan raya itu, BN mengekalkan penguasaan di 59 kerusi DUN dan 24 kerusi Parlimen. Ia menyamai prestasi pada Pilihan Raya Umum 2004 tetapi pada 2008 itu menyaksikan BN terlepas genggaman di kerusi DUN Sri Tanjong (dalam Parlimen Tawau) dan Parlimen Kota Kinabalu.

Begitupun, selain DUN Sri Tanjong, ada sekurang-kurangnya enam lagi kerusi DUN yang tampak seolah-olah mampu dirampas pembangkang iaitu Kepayan, Kuala Penyu, Bingkor, Inanam, Likas, Luyang dan Merotai. Ini berdasarkan undi diperoleh calon pembangkang yang bertelagah, tetapi turut bertanding di kerusi sama.

Demikian juga di Sarawak, jika BN tak cukup bersiap-siaga, kemungkinan masa depan yang agak gelap terpaksa ditempuh.

BN Sarawak ketika ini memiliki 29 kerusi Parlimen dan baki dua kerusi lagi milik DAP. Dan jika disingkap keputusan di kesemua 71 kerusi DUN Sarawak pada Pilihan Raya negeri April lalu, ia memberi gambaran sekiranya undi-undi yang dijumlahkan di peringkat DUN diselaraskan bagi Parlimen, BN berkemungkinan besar kehilangan sehingga 10 kerusi Parlimennya di Bumi Kenyalang kepada DAP dan PKR dalam PRU13.

Dengan kemenangan 13 kerusi DAP dalam pilihan raya Sarawak baru ini, jelas sekali kerusi Parlimen yang dimiliki sekarang iaitu Kuching akan terus kekal dalam PRU13 nanti. Ini kerana kerusi-kerusi DUN di bawah Parlimen Kuching seperti Pending dan Padungan dimenangi oleh DAP. Di bawah Parlimen Sibu, dari tiga kerusi DUNnya, DAP menang besar di DUN teramai pengundi iaitu di DUN Pelawan meskipun dua DUN lagi iaitu Bawang Assan dan Nangka dimenangi masing-masing oleh SUPP dan BN. DAP memang kalah di Bawang Assan tetapi tipis.

Namun begitu, menjumlahkan undi yang diterima oleh BN dan pembangkang di ketiga-tiga DUN di sini menampakkan keadaan menjadikan Sibu kawasan Kelabu bagi kedua-dua pihak. Jumlah diperoleh oleh BN di Parlimen Sibu ialah 21,953 undi manakala PR pula mendapat 21,234 dengan majoriti 719.

Dengan keputusan pilihan raya negeri itu, DAP dikatakan mampu merampas sehingga lima kerusi Parlimen Sarawak di dalam PRU13. Antaranya, kerusi Parlimen Stampin, Sarikei, Lanang dan Miri serta Bintulu.

Bagi Parlimen Stampin, pembangkang telah memenangi dengan undi banyak di DUN Batu Kawah dan Kota Sentosa melalui DAP dan DUN Batu Lintang melalui PKR. Di Parlimen Sarikei pula, kedua-dua kerusi DUNnya iaitu Repok dan Maradong dimiliki melalui DAP manakala di Parlimen Lanang, DAP menguasai kedua-dua DUN Bukit Assek dan menang tipis di DUN Dudong. Lonjakan penguasaan di Lanang adalah disebabkan populariti penyandangnya, Wong Ho Leng yang juga Ketua Pembangkang DUN Sarawak dan ahli Parlimen Sibu yang memperolehi majoriti melebihi 8,000 undi di DUN Bukit Assek.

Di Parlimen Miri pula, di mana salah satu kerusi DUNnya iaitu DUN Piasau yang menyaksikan kekalahan Presiden SUPP/BN, Tan Sri George Chan (kini bekas presiden) kepada calon muda DAP, Ling Sie Kiong. Dua DUN lagi, Pujut dan Senadin masing-masing dimenangi oleh DAP dan BN. Di DUN Senadin, PKR mewakili PR hanya kalah tipis 58 undi kepada calon BN.

Sementara itu, kedudukan 'kelabu' bagi DAP untuk menang mampu dicapai di Parlimen Bintulu meskipun dua daripada tiga DUNnya dimenangi oleh BN di Jepak dan Kemena. DAP berjaya mengekalkan kerusi DUN Kidurong dengan menambah majoriti sehingga 7,000 undi jika dibandingkan dengan majoriti sebanyak 1,664 pada PRN 2006.

Bagi PKR pula, dengan meningkatkan penguasaan mereka di tiga kerusi DUN dan pertambahan undi di banyak kerusi DUN yang mempunyai komposisi pengundi Cina dan di kawasan bandar juga membolehkan mereka memberi cabaran kepada BN Sarawak dalam PRU akan datang. Tentangan yang dikatakan boleh mencabar BN ialah di Parlimen Saratok di mana salah satu DUNnya dimenangi oleh PKR di DUN Krian dan satu lagi DUN Kelaka yang dimenangi oleh BN.

Apa yang boleh dirumuskan pada pilihan raya Sarawak April lalu ialah BN menang tetapi presiden-presiden komponennya semua hilang majoriti. BN mengekalkan penguasaannya di banyak kerusi meskipun majoriti yang diraihnya jatuh banyak.

Namun, analisis tadi adalah 'di atas kertas'. Tetapi tidak mustahil jika itulah risiko yang terpaksa ditanggung oleh BN jika amanat Najib baru-baru ini tidak disegerakan.

Full content generated by Get Full RSS.
Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Hiburan

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Hiburan


Tidak akan sorok hal kahwin

Posted:

Tidak akan sorok hal kahwin

Tidak akan sorok hal kahwin

Oleh SHAZRYN MOHD. FAIZAL
shazryn.faizal@utusan.com.my
Gambar NOOR ASREKUZARIREY SALIM


FASHA Sandha akan mengumumkan tentang perkahwinannya apabila tiba waktu yang sesuai nanti.


BUTIR bicaranya diatur satu persatu. Barangkali jelitawan ini tidak mahu lagi kata-katanya disalah erti dan menjadi permainan pihak tertentu yang tidak senang dengan dirinya.

Apatah lagi apabila soalan yang diajukan kepadanya adalah tentang soal perkahwinan yang dikatakan akan berlangsung dalam waktu terdekat ini.

Di alam maya sudah heboh membicarakan isu perkahwinan Fasha Sandha. Lebih-lebih lagi apabila beberapa keping gambar dirinya yang sedang mencuba gaun pengantin sudah tersebar.

Tidak cukup dengan itu, angin sepoi-sepoi bahasa juga mula bertiup apabila Fasha dan kekasihnya, Toh Muda Rizal Ashram Ramli atau Jejai dikatakan memilih Jakarta, Indonesia sebagai lokasi untuk memeterai cinta mereka pada bulan Februari depan.

Lalu, apabila bertemu dengan si cantik manis ini, peluang itu diambil untuk bertanyakan kebenaran di sebalik khabar angin yang sedang bertiup kencang tatkala ini.

Hanya melemparkan senyuman manis, Fasha nampaknya lebih selesa mengunci rapat mulutnya sebagai tanda untuk tidak mahu bercerita lanjut tentang perkahwinannya.

"Apa yang boleh saya katakan, saya tidak mahu menjaja cerita tentang perkahwinan saya berlebih-lebihan selagi masanya belum tiba.

"Ini adalah tentang soal jodoh. Kita sendiri tidak tahu apa yang bakal terjadi di kemudian hari. Seandainya saya terus mencanang tentang cerita kahwin saya tetapi jika ada sesuatu yang terjadi, saya juga yang akan menanggung akibatnya.

"Jadi, adalah lebih baik untuk saya menunggu masa yang sesuai untuk menghebahkan kepada umum. Saya sama sekali tidak akan menyorokkan hal perkahwinan saya kepada umum. Itu janji saya," kata Fasha dalam nada sedikit tegas namun penuh diplomasi sewaktu ditemui pada majlis pelancaran filem Penanggal di Jalan Bukit Bintang, Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Menyentuh tentang hari perkahwinannya yang dikatakan akan berlangsung pada bulan Februari pula, Fasha dengan pantas memberitahu perkara itu tidak mungkin akan berlaku.

Ini kerana katanya, ketika itu dia akan berada di Paris, Perancis selama 10 hari bagi menyempurnakan penggambaran drama bersiri terbaru lakonannya, Seindah Sakura bersama Fahrin Ahmad.

Bersedia

Mengulas lanjut tentang perkahwinannya juga, satu yang pasti kata pemilik nama penuh Nur Fasha Sandha Hassan itu, dia tidak akan membuat sidang akhbar khas seperti artis lain untuk mengumumkan hari perkahwinannya.

"Seperti mana yang saya jelaskan tadi, saya tidak akan sesekali menyorokkan perkahwinan saya dan saya akan pastikan semua media akan mendapat berita itu dengan adil dan saksama.

"Itu juga antara faktor mengapa saya tidak mahu menceritakan lebih lanjut tentang perkahwinan saya kerana tidak mahu ada yang berkecil hati.

"Bagaimanakah caranya untuk saya membuat pengumuman nanti, semuanya masih belum saya fikirkan. Doakan yang terbaik untuk saya," kata pelakon drama bersiri Natasha, Chinta dan Cinta Elysa ini sambil tersenyum manis.

Menyentuh tentang kesediaannya untuk menjadi seorang isteri dan ibu, Fasha dengan penuh terbuka memberitahu dia sememangnya sudah bersedia ke arah itu.

Malah, aktres berusia 27 tahun itu juga bersedia untuk melepaskan kariernya sebagai seorang pelakon demi menumpukan perhatian kepada rumah tangga.

"Saya memang sudah lama bersedia. Apabila sudah bergelar isteri nanti, saya mahu menjaga rumah tangga, fokus kepada keluarga dan perniagaan.

"Kalau berlakon pun, saya akan memilih projek yang terbaik sahaja. Dalam konteks ini, saya mengagumi dan mahu menjadi seperti Datin Sofia Jane yang bijak membahagikan masanya untuk keluarga dan kerjaya seni," ujar anak kelahiran Johor Bahru, Johor itu penuh bersungguh.

Sebagai langkah persediaan, dia merancang dan menanam impian untuk melebarkan lagi sayap perniagaannya, Chinta Hair Salon & Beauty dengan membuka cawangan kedua.

Memandangkan peminatnya cukup ramai di negeri kelahirannya, berkemungkinan besar Fasha akan memilih lokasi tersebut untuk membuka cawangan salon kecantikannya itu.

Bercerita tentang sambutan terhadap Chinta Hair Salon & Beauty yang sudah hampir setahun beroperasi di Wangsa Maju, Kuala Lumpur, Fasha melahirkan rasa syukurnya dengan kunjungan pelanggan yang tidak pernah putus.

"Saya juga sendiri turun padang mengunjungi salon saya sekurang-kurangnya empat kali seminggu baik sebelum atau selepas penggambaran.

"Ini penting buat saya untuk mendapat maklum balas daripada pelanggan dan peminat secara terus demi kebaikan perniagaan saya juga.

"Bukan itu sahaja, dengan adanya saya di salon, ia juga memberi peluang untuk saya bertemu dengan peminat. Inilah juga masanya untuk mereka beramah mesra dan mengambil gambar bersama saya.

"Alhamdulillah, saya berpuas hati dengan sambutan dan rezeki yang diberikan kepada saya menerusi salon ini," kata anak kedua daripada empat beradik ini lagi.

Semakin memilih

Hampir sedekad melayari lautan seni sebagai seorang aktres, bukan sedikit cabaran yang harus dilalui Fasha.

Seringkali juga lakonan dan lontaran suaranya dipersenda masyarakat, tetapi Fasha yang mula dikenali menerusi filem Black Maria (2003) ini lebih selesa melihatnya dari sisi positif.

Begitu juga dengan kisah panas dan kontroversi yang tidak pernah berenggang dengan Fasha sejak menjadi pelakon, namun baginya, itu adalah pengalaman yang semakin mematangkan dirinya.

"Pada awal pembabitan saya dalam bidang lakonan, semuanya adalah untuk mencari peluang dan mencuba nasib. Alhamdulillah, nasib memang menyebelahi saya apabila saya didatangi dengan tawaran berlakon yang tidak pernah putus.

"Semakin saya dewasa dengan pengalaman yang saya perolehi sepanjang perjalanan saya dalam dunia seni, saya melihat saya semakin matang dalam apa jua yang saya lakukan.

"Begitu juga dengan soal tawaran di mana saya semakin selektif dan memilih kerana saya mahu meluaskan lagi bakat lakonan saya. Enggan menjadi pelakon stereotaip, saya cuba mencari watak dan skrip yang dapat mencabar diri saya," kata aktres filem Berlari Ke Langit, Cicakman dan Anak Halal ini lagi.

Mengenali Fasha, dia antara pelakon yang terkenal dengan disiplinnya lalu tidak hairan mengapa dia terus menjadi pilihan penerbit dan pengarah drama tempatan.

Tidak mahu dilabelkan sebagai tamak, setinggi mana pun darjat popularitinya, Fasha memberitahu dia masih lagi selesa untuk menerima satu tawaran sahaja dalam satu-satu masa.

Full content generated by Get Full RSS.

Solehah platform timba ilmu

Posted:

Solehah platform timba ilmu

Solehah platform timba ilmu

Oleh KHADIJAH IBRAHIM
khadijah.ibrahim@utusan.com.my
Gambar MOHD NAIM AZIZ


(DARI kiri) juara Solehah, Amie Sofia Ahmad, Wan Nor Mazuani Wan Mokhtar (kedua) dan Nurul Eswani Syafazlin Abdul Halim bersama hadiah masing-masing di Dewan Muktamar Pusat Islam, Kuala Lumpur, baru-baru ini.


TUJUAN Amie Sofia Ahmad, 25, menyertai program realiti Solehah terbitan TV AlHijrah adalah untuk menjadikan ia sebagai platform menimba ilmu.

Namun siapa sangka, Amie Sofia, bukan sahaja berpeluang mengumpul ilmu selama 13 minggu daripada program yang bermula pada 23 September lalu, malah dia turut dilimpahi rezeki yang tidak diduga.

Sebagai juara Solehah yang berlangsung di Dewan Muktamar Kompleks Pusat Islam, Kuala Lumpur, malam Jumaat lalu, anak bongsu daripada enam beradik itu menerima sebuah kereta Proton Saga FLX 1.3, wang tunai RM30,000, trofi, hadiah perabot bernilai RM10,000 serta pakej umrah.

Amie Sofia yang merupakan anak kepada pengarah Ahmad Ibrahim atau Mat London berkata, berdasarkan prestasinya sepanjang program berlangsung dia hanya berani mengimpi kedudukan di tangga kedua atau ketiga.

"Sungguh, saya tidak duga akan jadi juara, sebab semua peserta hebat berbanding saya. Sebab itu jugalah, saya hanya impikan tempat kedua atau ketiga sahaja.

"Apa pun saya bersyukur. Saya ingat nak bagi kereta pada mama dan akan guna wang kemenangan untuk sambung pengajian ke peringkat sarjana dalam bidang kaunseling di Universiti Utara Malaysia (UUM) tahun depan," katanya yang menerima hadiah daripada Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom.

Amie Sofia yang berpengalaman sebagai guru hafazan dan pendidikan Islam di Institusi Al-Quran Kuala Lumpur yang juga pemegang Ijazah Takhassus Qiraat, Universiti Al-Azhar itu berharap perjuangannya untuk menyalurkan syiar Islam di kalangan generasi muda dipermudahkan Allah.

Sementara itu, Wan Nor Mazuani Wan Mokhtar, 22, yang merupakan pemenang kedua Solehah pada malam penentu itu berjaya membuat hati penonton terusik.

Dia yang pada mulanya memilih tajuk Perintang Ibadah sebagai intipati tazkirah akhirnya menukar kepada Pengertian Solehah.

"Saya tukar tajuk sebab merasakan tajuk itu lebih dekat dengan diri. Sebelum saya mengajak orang berubah, saya sendiri perlu berhijrah.

"Ternyata program Solehah ini banyak menggubah saya dan perubahan itulah ingin saya kongsikan dengan orang ramai menerusi tazkirah yang saya sampaikan," katanya.

Sebagai pemenang kedua, Wan Nor Mazuani menerima wang tunai RM20,000, pakej umrah, perabot serta trofi.

Bagi pemenang ketiga Solehah, Nurul Eswani Syafazlin Abdul Halim, 24, dari Kulim Kedah, berkata, dia menyertai Solehah dengan niat untuk mempertingkatkan kemahiran diri.

Katanya, sepanjang program berlangsung, dia bukan sahaja dapat menimba ilmu, malah memperkukuhkan jati diri.

"Saya tidak pernah impi bertanding macam ini. Apa pun program ini memberi kesan besar kepada diri saya. Setelah apa yang dilalui, kini rasa tanggungjawab untuk mengembangkan syiar Islam lebih menebal," katanya yang menerima wang tunai RM10,000, pakej umrah, perabot dan trofi.

Lain-lain peserta Solehah yang bertanding pada acara yang dikendalikan oleh Nurul Iman Dzulkefly dan Irma Hasmie Ibrahim itu adalah Wan Suhaili Wan Mohd. Yusof, 24, Mariyam Sa'ari, 24, Sarah Azizul, 25, Siti Adibah Zelkefly, 21, Rosmarieza Rafiee, 25, Renny Johnnuin, 21, dan Tuan Nor Shazni Tuan Muda, 23.

Sementara itu, tiga juri tetap iaitu Prof. Madya Dr. Sharifah Hayaati Syed Ismail, Prof. Madya Dr. Mariani Md. Nor dan Isfadiah Mohd. Dasuki diberi tanggungjawab untuk menilai para peserta sejak awal hingga akhir episod.

Full content generated by Get Full RSS.
Kredit: www.utusan.com.my
 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved