Isnin, 19 Disember 2011

Utusan Online - Kota


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Kota


RM360 juta untuk jalan

Posted:

RM360 juta untuk jalan

RM360 juta untuk jalan

Oleh MOHD. HAFIZ ABD. MUTALIB
kota@utusan.com.my


Ahmad Fuad Ismail dan Bendahari Bandaraya, Omar Abas menunjukkan Buku Bajet DBKL 2012 sebelum sesi pembentangan belanjawan tersebut di Menara DBKL 1, Kuala Lumpur, semalam.


KUALA LUMPUR 19 Dis. – Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) menyediakan peruntukan yang besar bagi projek-projek berkaitan jalan raya di ibu negara dalam Bajet 2012.

Datuk Bandar, Tan Sri Ahmad Fuad Ismail memberitahu, DBKL akan membelanjakan sebanyak RM360.64 juta untuk tujuan pengurusan dan pembangunan kemudahan prasarana berkenaan.

Menurutnya, daripada jumlah itu, sebanyak RM96.75 juta diperuntukan untuk menguruskan kerja-kerja pengisaran dan penurapan semula 33 batang jalan utama, merangkumi jarak sepanjang 118.71 kilometer (km).

Di samping itu, katanya, sejumlah RM263.89 juta pula diperuntukkan untuk membaik pulih jalan awam di kawasan perumahan dan lorong belakang atau sisi di seluruh Kuala Lumpur yang dianggarkan sepanjang 2,000 km.

"Ini termasuk kerja-kerja membaik pulih persimpangan berbahaya termasuk longkang," katanya ketika membentangkan Bajet DBKL 2012 yang bertemakan Ke Arah Kesejahteraan Warga Kota di Menara DBKL 1 di sini hari ini.

Ahmad Fuad berkata, sebanyak 44 projek akan dilaksanakan dengan 26 daripada projek itu dibiayai oleh DBKL melibatkan perbelanjaan sebanyak RM128.3 juta manakala selebihnya daripada Rancangan Malaysia Kesepuluh (RMK-10) berjumlah RM135.59 juta," jelasnya.

Namun, kata beliau, perbelanjaan pengurusan dan pembangunan bandar raya masih menjadi agenda utama DBKL dalam usaha memenuhi kehendak dan memberi impak kepada seluruh warga kota.

Secara keseluruhannya, kata Ahmad Fuad, DBKL memperuntuk sejumlah RM2.303 bilion pada belanjawan kali ini iaitu RM1.378 bilion bagi perbelanjaan mengurus dan RM925.27 juta lagi untuk pembangunan.

"Bagi menjamin segala aktiviti yang dirancang selari dengan fokus dan matlamat pengurusan DBKL, kita akan memberi penekanan kepada tujuh strategi utama," kata Ahmad Fuad.

Full content generated by Get Full RSS.

Donald dipelawa hadiri mesyuarat MTES

Posted:

Donald dipelawa hadiri mesyuarat MTES

Donald dipelawa hadiri mesyuarat MTES

SHAH ALAM 19 Dis. - Pengerusi MCA Selangor, Datuk Donald Lim dipelawa menghadiri mesyuarat Majlis Tindakan Ekonomi Selangor (MTES) pada Khamis ini bagi mendapatkan gambaran sebenar isu kabel elektrik di Kampung Terentang, Rawang.

Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, mesyuarat itu akan diadakan di Bilik Mesyuarat MTES, Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (SSAAS) di sini.

Menurutnya, Donald yang juga Timbalan Menteri Kewangan berpeluang bertemu dengan wakil Tenaga Nasional Berhad (TNB) dan konsultan yang dilantik jika menghadiri mesyuarat itu.

Beliau berkata demikian selepas menghadiri Majlis Perhimpunan Bulanan dan Sambutan Hari Inovasi 2011 Pentadbiran Kerajaan Selangor di sini hari ini.

Khamis lalu, Donald berkata, beberapa negeri di Semenanjung termasuk Kuala Lumpur bakal 'bergelap' pada Mei tahun depan jika projek Pengukuhan Kawasan Tengah (CAR) tidak disiapkan secepat mungkin.

Sehubungan itu, kerajaan negeri perlu mencari jalan bagi membolehkan projek yang tertangguh sejak empat tahun lalu itu disiapkan segera memandangkan urusan berkaitan tanah terletak di bawah bidang kuasa kerajaan negeri.

Abdul Khalid turut digesa mengemukakan alternatif kepada TNB jika isu bantahan penduduk tidak dapat diselesaikan.

Projek CAR bernilai RM300 juta dimulakan sekitar 2005 melibatkan pembinaan menara pencawang elektrik sepanjang 60 kilometer. Bagaimanapun, ia terhenti sejak empat tahun lalu pada baki pembinaan sepanjang satu kilometer ekoran bantahan penduduk.

Projek itu bertujuan menyalurkan bekalan elektrik dari stesen-stesen janakuasa di Perak ke kawasan tengah Semenanjung untuk mengurangkan beban di stesen bekalan elektrik sedia ada.

Full content generated by Get Full RSS.

Lapan kaunter BR1M dibuka di Kota Raja

Posted:

Lapan kaunter BR1M dibuka di Kota Raja

Lapan kaunter BR1M dibuka di Kota Raja

KLANG 19 Dis. - Barisan Nasional (BN) Parlimen Kota Raja membuka lapan kaunter Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) di beberapa kawasan di sini bagi memudahkan pemohon mendapatkan borang serta cara mengisi borang berkenaan.

Pengerusi Barisan Nasional (BN) Parlimen Kota Raja, Ir Kamaruzzaman Johari berkata, antara kaunter yang telah dibuka adalah di Kampung Teluk Menegun, Kampung Jawa, Kampung Jalan Kebun, Kampung Bukit Naga, Kampung Sungai Kandis, Kampung Johan Setia dan Kampung Baru Hicom.

"Selain itu, sesi taklimat turut diberikan kepada pemohon berhubung kelayakan yang diperlukan dan peringatan agar tiada tertipu dengan pihak tertentu yang mengambil kesempatan bantuan yang diberikan itu.

"Pada masa yang sama, kita juga mahu rakyat faham tentang konsep pemberian bantuan rakyat ini kerana ia meliputi semua kaum tanpa mengira ideologi politik," katanya.

Kamaruzzaman berkata demikian ketika menghadiri Program Taklimat BR1M di Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Sri Muda di sini baru-baru ini. Hadir sama ialah Timbalan Ketua UMNO Bahagian Kota Raja, Kamal Ariffin Kainin.

Mengulas lanjut, beliau menjelaskan, pemberian BR1M juga membuktikan kerajaan BN sememangnya mengutamakan kepentingan rakyat terutama yang berpendapatan rendah.

"Sehubungan itu, pemohon yang layak menerima bantuan tersebut dinasihatkan menggunakan pemberian diberikan dengan sebaik-baiknya," ujarnya.

Full content generated by Get Full RSS.
Kredit: www.utusan.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved