Isnin, 19 Disember 2011

Utusan Online - Dalam Negeri


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Dalam Negeri


Melaka perlu terus bangunkan pelancongan

Posted:

Melaka perlu terus bangunkan pelancongan

Melaka perlu terus bangunkan pelancongan


ROSMAH Mansor diiringi Mohd. Ali Rustam dan isterinya, Datin Asmah Abd Rahman bersalaman dengan tetamu pada Majlis Makan Malam sempena Festival Baba dan Nyonya 2011 di Holiday Inn Melaka, semalam.


MELAKA 18 Dis. – Kerajaan negeri Melaka diminta meneruskan usaha menambah baik dan membangunkan produk pelancongan yang dikenal pasti menarik serta ikonik agar ia terus kekal menjadi destinasi pilihan utama pelancong.

Isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor berkata, usaha itu selaras dengan komitmen dan sasaran negara untuk menjadi antara 10 negara teratas dari segi pendapatan pelancongan global.

Menurutnya, selain usaha penambahbaikan produk pelancongan, kerajaan negeri juga perlu memfokuskan kepada usaha penyelenggaraan kawasan pelancongan sedia ada dan melaksanakan promosi pelancongan.

"Hakikatnya, Melaka memang dikenali sebagai salah sebuah destinasi pelancongan yang unggul di Malaysia kerana memiliki keunikan warisan budaya tersendiri, tempat bersejarah untuk dilawati dan makanannya yang enak serta unik," katanya.

Rosmah berkata demikian ketika berucap pada Majlis Makan Malam Festival Antarabangsa Baba Nyonya 2011 yang turut dihadiri Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd. Ali Rustam dan isterinya, Datin Asmah Abd Rahman di sini, hari ini.

Full content generated by Get Full RSS.

RM100.2j bantu rakyat Selangor

Posted:

RM100.2j bantu rakyat Selangor

RM100.2j bantu rakyat Selangor

Oleh MUZDALIFAH MUSTAPHA
pengarang@utusan.com.my

KUALA LUMPUR 18 Dis. - Program Akhiri Zaman Miskin (1Azam) telah membelanjakan sejumlah RM100.2 juta kepada rakyat negeri Selangor sepanjang tahun ini bagi meningkatkan taraf hidup sejajar dengan dasar kerajaan mencapai matlamat negara berpendapatan tinggi.

Menteri Pembangunan Wanita Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil berkata, menerusi peruntukan itu, kementerian bukan sahaja menyediakan bantuan dari segi kewangan, malah memberi peluang pekerjaan, pendidikan dan pertanian.

''Kita sedih apabila berdasarkan statistik, kerajaan negeri hanya membelanjakan RM13 juta sepanjang tahun ini untuk membantu rakyatnya, oleh itu Kerajaan Pusat yang amat prihatin terus membantu," katanya kepada pemberita selepas hadir Majlis Sambutan Perayaan Krismas Wanita Barisan Nasional (BN) di sini, hari ini.

Dalam majlis itu, Wanita BN menyerahkan bungkusan hamper dan wang tunai RM100 kepada 400 penduduk di sekitar Puchong sempena perayaan Hari Natal yang akan disambut tidak lama lagi.

Shahrizat berkata, program 1Azam yang turut mendapat kerjasama Kementerian Sumber Manusia dan Kementerian Industri Asas Tani telah memperlihatkan perkembangan positif di kalangan rakyat dan ia akan diteruskan pada masa depan.

Sementara itu, ditanya mengenai peluang kerja separuh masa untuk golongan wanita yang kini dilihat berada di tahap rendah, katanya, perkara itu dalam pemerhatian kementerian untuk diketengahkan.

Jelasnya, pihaknya amat komited dalam isu itu memandangkan ia merupakan salah satu sumber pendapatan negara yang sememangnya boleh membantu golongan wanita meningkatkan taraf hidup masing-masing.

''Bagaimanapun pada masa ini peluang itu belum mendapat sambutan di kalangan majikan kerana bimbang wanita tidak boleh menumpu sepenuh perhatian kepada pekerjaan kerana urusan keluarga," kata beliau.

Dalam hubungan itu, beliau menekankan supaya sektor swasta dan awam memberi pertimbangan untuk menyediakan pusat jagaan kanak-kanak supaya memudahkan pekerja mereka yang bekerja separuh masa menempatkan anak-anak di premis tersebut.

''Saya amat yakin jika usaha itu mendapat perhatian semua sektor, golongan wanita akan menjadi lebih komited dan produktif dalam kerjaya masing-masing. Cuma perkara ini memerlukan perubahan minda dalam kalangan sesetengah majikan," ujarnya.

Full content generated by Get Full RSS.

‘Dampingi bahasa orang muda’

Posted:

'Dampingi bahasa orang muda'

'Dampingi bahasa orang muda'

KUALA LUMPUR 18 Dis. – Datuk Seri Najib Tun Razak mengingatkan semua pihak khususnya pemimpin Barisan Nasional (BN) supaya mendekati golongan muda dan berkomunikasi bersama mereka menggunakan 'bahasa' teknologi.

Perdana Menteri berkata, jika pemimpin BN tidak mendekati golongan muda dengan 'bahasa mereka' iaitu melalui media sosial, dibimbangi ruang itu akan diisi pihak tidak bertanggungjawab bagi menyebar maklumat palsu dan berunsur fitnah.

Tegas beliau, langkah itu penting kerana golongan muda tidak lagi terikat dengan maklumat daripada media rasmi, sebaliknya mereka lebih mempercayai media sosial walaupun ada kalanya faktanya tidak benar.

"Bila nak komunikasi dengan generasi muda kita kena cakap ikut 'bahasa mereka' kerana kalau tidak, mereka tak dengar. Bahasa golongan muda ini tidak lain tak bukan ialah bahasa teknologi. Mana-mana yang mengabaikan teknologi, dia ketinggalan.

"Kita mungkin tidak faham kehendak mereka tetapi kita kena rapat dan berkomunikasi dengan mereka agar vakum (ruang) itu dipenuhi dengan fakta yang tepat," katanya semasa berucap merasmikan pelancaran televisyen Internet dan mobil, 1Malaysia TV, di sini hari ini.

Full content generated by Get Full RSS.
Kredit: www.utusan.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved