Isnin, 19 Disember 2011

Utusan Online - Utara


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Utara


Perjuangan Islam Pas kian luntur

Posted:

Perjuangan Islam Pas kian luntur

Perjuangan Islam Pas kian luntur

Oleh JAMLIAH ABDULLAH
utusankedah@utusan.com.my


Ahmad Bashah Md. Hanipah memasukkan susu cair ke dalam periuk ketika bersama Skuad Sayang Wanita UMNO Bakar Bata mengacau bubur asyura di Alor Setar, semalam. - utusan/Halim Khalid


ALOR SETAR 18 Dis. - Prinsip perjuangan Pas terhadap Islam dilihat semakin luntur apabila Kerajaan Pas Kedah membenarkan Madrasah Salihiah Kanchut di Jalan Tambang Badak dekat sini dirobohkan bagi pembinaan sebuah kompleks membeli belah.

Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kedah, Datuk Ahmad Bashah Md. Hanipah turut mempersoalkan laungan jihad ahli-ahli parti itu seperti dahulu yang bangkit menentang kerajaan walaupun sebuah surau kecil di negeri lain ingin dinaik taraf.

"Bukan setakat madrasah di Tambang Badak hendak dirobohkan, tetapi saya difahamkan di Pendang juga terdapat sebuah surau yang dijadikan pusat perniagaan.

"Jelas sekali Kerajaan Pas Kedah mengamalkan double standard dan bertindak mengikut kepentingan semasa mereka, bukan berteraskan syiar Islam seperti dicanangkan.

"Dahulu lain sekarang lain, sebelum menjadi kerajaan negeri bertindak menentang habis-habisan apabila ada surau ingin dibangunkan menjadi masjid, sekarang bila memerintah lain pula jadinya," katanya kepada pemberita selepas merasmikan program memasak bubur asyura anjuran UMNO Bahagian Alor Setar di Pusat Khidmat Adun Bakar Bata di sini hari ini.

Kata Ahmad Bashah yang juga Ketua UMNO Bahagian Alor Setar, beliau bersyukur apabila dimaklumkan kerja merobohkan madrasah itu telah ditangguhkan sementara atas arahan Majlis Agama Islam Kedah (MAIK).

Full content generated by Get Full RSS.

Kayuh basikal 15 km edar risalah pengguna

Posted:

Kayuh basikal 15 km edar risalah pengguna

Kayuh basikal 15 km edar risalah pengguna


MOHD. Khairul Azhar Abdullah (dua dari kanan) dan Riduan Isa (kanan) mengedar risalah kepenggunaan kepada orang ramai pekan Baling, Kedah, semalam.


BALING 18 Dis. - Sebanyak 40 peserta menyertai kempen pengguna bijak dengan mengayuh basikal sejauh 15 kilometer (km) untuk mengedar risalah berkenaan hak pengguna di sini hari ini.

Kempen yang pertama kali diadakan itu bertujuan menarik perhatian orang ramai tentang hak mereka sebagai pengguna.

Ia diadakan di sekitar daerah ini dengan disertai pelbagai pihak terdiri daripada kakitangan awam, belia, anggota pertubuhan bukan kerajaan (NGO), anggota polis dan guru.

Pengerusi Belia 4B Kedah, Mohd. Khairul Azhar Abdullah yang menyertai kempen itu berkata, pendekatan berkenaan berjaya mencapai matlamat memberikan kesedaran kepenggunaan dalam kalangan masyarakat dengan cara yang lebih menarik.

"Pelbagai kempen dilakukan namun apa yang penting pengguna mestilah tahu hak mereka dan bertindak bijak sebagai pengguna," katanya yang juga Penyelaras Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Ketil ketika ditemui selepas kempen itu.

Turut hadir Penasihat program tersebut, Harun Abdul Aziz dan Ketua Seksyen Penguatkuasaan pejabat Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Koperasi Kedah, Riduan Isa.

Mohd. Khairul Azhar menambah, kempen berkenaan adalah satu program penting kerana ketika ini masih ada pengguna yang tidak mengetahui hak mereka sehingga tertipu dengan peniaga terutama menjelang musim perayaan.

Beliau berkata, kempen itu berjaya mengedarkan risalah kepenggunaan kepada hampir 1,000 pengguna sepanjang laluan kayuhan tersebut termasuk di tapak pasar malam pekan Baling.

Riduan pula berkata, pihaknya akan terus mempergiatkan usaha melalui pelbagai cara supaya faedahnya akan dapat dirasai pengguna.

Full content generated by Get Full RSS.

JKKKP melebihi usia 65 tahun akan terus berkhidmat

Posted:

JKKKP melebihi usia 65 tahun akan terus berkhidmat

JKKKP melebihi usia 65 tahun akan terus berkhidmat

ALOR SETAR 18 Dis. - Khidmat kesemua ahli Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung Persekutuan (JKKKP) di negeri ini yang telah berusia melebihi 65 tahun akan terus disambung.

Pengerusi Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah (Keda), Datuk Ahmad Bashah Md. Hanipah berkata, keputusan yang dibuat dengan kelulusan Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah itu diharapkan dapat menamatkan spekulasi kononnya khidmat golongan tersebut sebagai ahli JKKKP bakal ditamatkan dan diganti dengan muka baru.

Katanya, khidmat golongan tersebut yang mewakili lebih 40 peratus daripada jumlah keseluruhan ahli JKKKP seramai 2,000 orang itu, sentiasa diperlukan dalam membantu anggota masyarakat.

"Kita berharap perkara ini tidak dibangkitkan lagi kerana semua ahli JKKKP berusia 65 tahun itu masih boleh meneruskan khidmat mereka," katanya kepada pemberita selepas merasmikan program asyura anjuran UMNO Bahagian Alor Setar di Pusat Khidmat Adun Bakar Bata di sini hari ini.

Program itu membabitkan aktiviti gotong-royong memasak bubur asyura sebanyak 12 kawah selain aktiviti pemeriksaan kesihatan dan kenduri.

Pada majlis yang sama, Ahmad Bashah yang juga Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri menyampaikan elaun bulanan kepada 98 ahli JKKKP di Parlimen ini daripada Keda selaku agensi yang bertanggungjawab menyelia ahli JKKKP di negeri ini.

Mengulas lebih lanjut kata beliau, pihaknya berharap semua JKKKP terbabit akan terus melaksanakan tanggungjawab yang diberikan itu dengan sebaik mungkin.

"Apa yang penting tiada lagi persoalan berhubung penamatan itu dan semua ahli JKKKP akan menjalankan khidmat tanpa berbelah bahagi," katanya.

Full content generated by Get Full RSS.
Kredit: www.utusan.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved