Isnin, 19 Disember 2011

Utusan Online - Timur


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Timur


Bina flat untuk mangsa banjir

Posted:

Bina flat untuk mangsa banjir

Bina flat untuk mangsa banjir

Oleh KAMARUDIN HAMZAH
utusanterengganu@utusan.com.my


Dr.A. Rahman Mokhtar mencuba kebolehannya dalam acara memancing sempena Program Ngail Puyu anjuran JKKK Alor Pisang di Besut, Terengganu, kelmarin. - utusan/Kamaruddin Hamzah


BESUT 18 Dis. - Kerajaan negeri bercadang membina satu blok rumah pangsa bagi menempatkan 46 keluarga yang kini tinggal di penempatan Program Pembangunan Rakyat Termiskin (PPRT) Pengkalan Atap.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kuala Besut, Dr. A. Rahman Mokhtar berkata, ia bagi memastikan kehidupan keluarga berkenaan yang kini terdedah kepada masalah hakisan dan ancaman ombak, lebih terjamin.

Katanya, satu tapak di kawasan Tok Saboh dekat sini telah dikenal pasti untuk pembinaan satu blok 50 unit rumah pangsa bagi penempatan mereka.

Menurutnya, keputusan itu dicapai dalam perjumpaan dengan Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said, Rabu lalu yang menyedari masalah penduduk itu memerlukan kepada penyelesaian segera.

"Sebaik sahaja urusan pengambilan tanah di kawasan yang dicadangkan itu selesai, pembinaan rumah pangsa tersebut akan dilaksanakan," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Program Ngail Puyu anjuran Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Alor Pisang dekat sini semalam.

Katanya, langkah yang diambil oleh kerajaan itu adalah satu lagi pembelaan kepada penduduk di penempatan PPRT Pengkalan Atap.

Menurut A. Rahman, kawasan PPRT Pengkalan Atap akan dikosongkan dan tiada lagi penempatan baru akan dibina kerana kawasan tersebut akan dibangunkan dengan kemudahan rekreasi.

"Kawasan itu didapati sesuai untuk menambah kemudahan rekreasi, selain membina gerai yang sesuai untuk memberi peluang kepada penduduk tempatan mencari rezeki," katanya.

Beliau berkata, di sepanjang kawasan pantai itu nanti akan dibina benteng menggunakan peruntukan kerajaan Pusat.

Secara tidak langsung tambahnya, kawasan itu akan menjadi lebih menarik dan mampu mempromosikan produk-produk pelancongan yang menjadi aset penting kepada Kuala Besut.

Full content generated by Get Full RSS.

BR1M: Jangan terpengaruh dakyah pembangkang

Posted:

BR1M: Jangan terpengaruh dakyah pembangkang

BR1M: Jangan terpengaruh dakyah pembangkang


Dali Hussin menyampaikan wang ihsan kepada sebahagian daripada 502 orang pelajar cemerlang UPSR 2011 di Pengkalan Chepa, Kelantan, kelmarin.


KOTA BHARU 18 Dis. - Rakyat Kelantan diingatkan tidak termakan hasutan pihak tertentu yang menyebarkan dakyah Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) RM500 diagihkan oleh kerajaan Pusat adalah haram kerana ia adalah rasuah daripada Barisan Nasional (BN).

Ketua Penerangan UMNO negeri, Datuk Dali Hussin yang kesal dengan dakyah tersebut berkata, ia merupakan sabotaj pihak terbabit terhadap usaha ikhlas kerajaan Pusat membantu meringankan beban rakyat berpendapatan isi rumah di bawah RM3,000 sebulan.

"Sabotaj yang dilakukan bukan sahaja melalui pengedaran borang-borang palsu tetapi juga syarahan dan ceramah pihak tertentu termasuk parti pembangkang kononnya menerima wang RM500 itu adalah satu kesalahan dan berdosa.

"Perkara ini perlu diperbetulkan supaya rakyat tidak dikelirukan dengan dakyah-dakyah seumpama itu kerana penyaluran BR1M dilakukan melalui prosedur yang sah," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyampaikan sumbangan wang ihsan kepada 502 murid cemerlang 5A dalam Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) 2011 di sini semalam.

Mengulas sumbangan wang ihsan itu, Dali yang juga Ketua UMNO Bahagian Pengkalan Chepa berkata, ia sebagai suntikan semangat kepada murid terbabit dan juga penghargaan kepada ibu bapa mereka yang berjaya membentuk sahsiah anak-anak menjadi insan cemerlang.

"Banyak perubahan positif yang dilakukan oleh kerajaan Pusat untuk menambah baik sistem pendidikan negara dan sokongan daripada warga sekolah termasuk guru-guru dan ibu bapa wajar diteruskan supaya prestasi pelajar terus meningkat," ujarnya.

Full content generated by Get Full RSS.

Tiga beradik yatim piatu akan dibantu JKM

Posted:

Tiga beradik yatim piatu akan dibantu JKM

Tiga beradik yatim piatu akan dibantu JKM


Nor Azimah Mohd Zain (tengah) bersama dua adiknya, Nor Syahira dan Nor Suraya (kiri) ketika ditemui di rumah mereka di Kampung Merang, Setiu, Terengganu, baru-baru ini.


SETIU 18 Dis. - Masa depan tiga anak yatim piatu di Kampung Merang dekat sini akan lebih terbela dengan penyaluran bantuan bulanan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Setiu mulai Januari depan.

Ahli Parlimen Setiu, Datuk Mohd. Jidin Shafee berkata, Nor Azimah Mohd Zain, 15, yang belajar di Sekolah Menengah Kebangsaan Penarik dan adiknya, Nor Syahira, 12, serta Nor Suraya, 9, di Sekolah Kebangsaan Merang itu akan menerima bantuan RM300 sebulan.

Menurutnya, mereka perlu mengutamakan pelajaran dan bantuan segera sebanyak RM300 akan turut dikeluarkan esok bagi membolehkan mereka membeli keperluan persekolahan.

"Kita menyedari kepayahan yang mereka lalui tanpa ayah dan ibu manakala abang mereka yang masih bujang berpendapatan tidak menentu,'' katanya semasa melawat rumah anak yatim piatu itu bersama Pembantu JKM Setiu, Jalil Idris di Kampung Merang dekat sini, baru-baru ini.

Sejak setahun lalu, tiga beradik itu bergantung hidup kepada abang mereka, Mohd. Shahrizan, 27, seorang awak-awak dengan pendapatan tidak menentu.

Bapa mereka meninggal dunia lima tahun lalu dan disusuli ibu, Azizah Latif, 48, akhir tahun lepas akibat kencing manis.

Selepas kematian Azizah, difahamkan bantuan bulanan JKM untuk keluarga itu terhenti dan akibat kemiskinan serta hidup tanpa ibu dan ayah, membuatkan tiga beradik itu tidak lagi seronok ke sekolah.

Menurut Mohd. Jidin, pihaknya juga akan memberi bantuan bagi membaik pulih rumah mereka yang sebahagian dindingnya sudah rosak.

Full content generated by Get Full RSS.
Kredit: www.utusan.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved