Isnin, 19 Disember 2011

Utusan Online - Selatan


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Selatan


Sambutan Melaka 750 tahun

Posted:

Sambutan Melaka 750 tahun

Sambutan Melaka 750 tahun

Oleh NORIZAN ABDUL MUHID
utusanmelaka@utusan.com.my

MELAKA 18 Dis. - Kerajaan negeri akan menganjurkan pelbagai program menarik bagi merancakkan penganjuran sambutan Melaka 750 Tahun selama setahun bermula 1 Januari hingga 31 Disember depan.

Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd. Ali Rustam berkata, mengikut perancangan, sambutan itu bermula melalui program berbasikal 'Go Green' selama dua hari berturut-turut pada 1 dan 2 Januari di semua 28 kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN).

Menurutnya, beliau akan mengetuai program itu bermula di hadapan Graha Makmur, Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) pada pukul 7 pagi hingga 7 malam sepanjang program berlangsung.

''Kita menyasarkan 100 penyertaan di setiap DUN dan semua peserta boleh berkayuh sepanjang program berlangsung," katanya di sini baru-baru ini.

Katanya, Seminar 750 Tahun Melaka juga akan diadakan sekitar pertengahan tahun depan bagi membincangkan perkara berkaitan sejarah Melaka terdahulu, ketika ini dan Melaka menjelang tahun 2020.

Selain itu ujar beliau, program Pesta Sungai Melaka, Sambutan Ulang Tahun Warisan Dunia dan ulang tahun pertama Melaka Maju turut diisi dalam kalendar acara Sambutan 750 Tahun Melaka nanti.

''Aktiviti dan program lain masih lagi dalam perbincangan dan saya minta kerjasama rakyat negeri ini agar turut mengusulkan cadangan lain untuk dimasukkan dalam acara sambutan ini.

''Saya percaya, melalui acara yang dirangka ini mampu menyemarakkan lagi kegiatan pelancongan di negeri ini sekali gus meningkatkan kualiti hidup rakyat serta ekonomi negeri selaras dengan pengiktirafan Melaka sebagai sebuah negeri maju," katanya.

Sementara itu, katanya, kira-kira 10,000 penunggang motosikal akan berkumpul di Auto City menjelang tahun baru 2012 dalam usaha mempromosikan kawasan itu sebagai pusat jual beli kenderaan.

Full content generated by Get Full RSS.

1,400 sertai Fire X Ride Jamboree 2011

Posted:

1,400 sertai Fire X Ride Jamboree 2011

1,400 sertai Fire X Ride Jamboree 2011


PARA peserta mencuci basikal masing-masing selepas berjaya mengharungi kayuhan sejauh 45 kilometer dalam Fire X Ride Jamboree 2011 di Alor Gajah, Melaka, kelmarin.


ALOR GAJAH 18 Dis. - Kira-kira 1,400 peminat basikal lasak dari seluruh negara tidak melepaskan peluang berhimpun dan saling menguji kehebatan masing-masing dalam program Fire X Ride Jamboree 2011 yang berlangsung di Dataran Keris di sini, semalam.

Program anjuran Kelab Basikal Lasak Alor Gajah dengan kerjasama Majlis Perbandaran Alor Gajah (MPAG) itu adalah yang pertama kali diadakan turut mendapat penyertaan dari luar negara iaitu Singapura dan Korea.

Pengarah program, Nazlulfarid Ramlan berkata, dalam program itu para peserta bukan sahaja akan melalui laluan berturap malah diuji kemahiran menunggang apabila melalui laluan kampung, hutan dan juga kebun-kebun getah sejauh 45 kilometer.

"Bagi Fire X Ride Jamboree kali ini, setiap peserta perlu melalui beberapa pos pemeriksaan dengan sebahagiannya berada di laluan sukar seperti di dalam hutan dan kebun getah yang akan memberikan cabaran kepada mereka," katanya ketika ditemui pada majlis penutup program itu.

Yang Dipertua Negeri, Tun Mohd. Khalil Yaakob turut hadir bagi menyempurnakan majlis berkenaan.

Nazlulfarid berkata, programtersebut bukan berkonsepkan pertandingan tetapi lebih kepada perhimpunan peminat basikal lasak dari dalam dan luar negara.

"Tiada hadiah istimewa yang akan diberikan kepada peserta yang paling awal melengkapkan kayuhan sejauh 45 kilometer itu kerana aktiviti ini adalah untuk mengisi masa lapang dan eratkan hubungan antara peminat basikal lasak dan merupakan perhimpunan tahunan kelab basikal," katanya.

Full content generated by Get Full RSS.

MAINS komited mantapkan akidah saudara baru

Posted:

MAINS komited mantapkan akidah saudara baru

MAINS komited mantapkan akidah saudara baru

SEREMBAN 18 Dis. - Penambahan ilmu agama serta pemantapan akidah antara usaha berterusan Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS) dan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan (JHEAINS) dalam kalangan saudara baru di negeri ini.

Pengerusi MAINS, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, antara langkah yang dilaksanakan termasuklah mengadakan kelas-kelas pengajian Islam secara berterusan untuk saudara baru yang baru memeluk agama Islam.

''Selain itu juga, kita menyediakan program-program keagamaan termasuklah D'Alam Saudara Muslim, Kursus Tasawwuf Islam, D'Hijrah Suadara Muslim, D'Syahadah Muslim, solat terawih di perkampungan Orang Asli dan bantuan kewangan MAINS.

''Bagi mengilap kefahaman mereka mengenai ilmu agama dan pemantapan akidah, kesemua saudara baru ini turut dihantar mengikuti pengajian di Institut Dakwah Islamiah Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (Perkim)," katanya di sini.

Dalam pada itu, Mohamad yang juga Menteri Besar menjelaskan, urusan hal ehwal saudara baru adalah dibawah tanggungjawab Unit Ukhuwah, Bahagian Dakwah JHEAINS.

Katanya, antara peranan yang dimainkan oleh unit berkenaan termasuklah memberi perhidmatan berkaitan saudara baru seperti memeluk agama Islam, pengurusan kursus dan program.

''Unit juga berperanan dalam aspek pengurusan dakwah di perkampungan Orang Asli selain menguruskan bantuan serta kebajikan saudara-saudara baru," jelas beliau.

Jelas Mohamad, ini selaras dengan hasrat pihaknya untuk terus meningkatkan lagi syiar Islam di negeri ini melalui pendidikan yang berterusan dalam memastikan mereka yang memeluk agama Islam diberi pemantapan dari aspek ilmu agama dan akidah.

Full content generated by Get Full RSS.
Kredit: www.utusan.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved