Isnin, 19 Disember 2011

Utusan Online - Johor


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Johor


Kedudukan kewangan kukuh

Posted:

Kedudukan kewangan kukuh

Kedudukan kewangan kukuh

Oleh NOR AZAN FITRI AHMAD HIDZIR
pengarang@utusan.com.my

NUSAJAYA 19 Dis. - Kedudukan kewangan kerajaan negeri tahun 2010 pada tahap baik dengan Kumpulan Wang Disatukan meningkat sebanyak RM274.42 juta atau 118.6 peratus sekali gus menafikan tuduhan liar sesetengah pihak bahawa Johor akan muflis tidak lama lagi.

Lonjakan itu menjadikan jumlahnya RM505.1 juta, berbanding RM231.39 juta pada akhir 2009 dan turut mencatatkan lebihan dalam Akaun Hasil disatukan sebanyak RM158.36 juta dengan menjadikan kedudukan defisit terkumpul pada 31 Disember 2010 berkurangan sebanyak 32.7 peratus kepada RM325.69 juta berbanding RM484.05 juta pada 2009.

Menteri Besar, Datuk Abdul Ghani Othman berkata, Penyata Hasil Kerajaan Negeri tahun lalu juga meningkat RM272.75 juta atau 36.3 peratus berbanding pungutan 2009.

Menurutnya, pada tahun lalu penyata hasil itu mencecah RM1.02 bilion dan ia merupakan pencapaian yang boleh dibanggakan kerana pertama kalinya ia berjaya mencecah paras melebihi RM1 bilion.

"Berdasarkan Laporan Ketua Audit Negara terhadap Penyata Kewangan Negeri Johor 2010, kerajaan negeri telah diberikan Sijil Bersih dan dengan itu selama sembilan tahun berturut-turut kerajaan negeri berjaya mengekalkan prestasi tersebut.

"Secara keseluruhannya, prestasi kewangan kerajaan bagi 2010 adalah jauh lebih baik berbanding tahun-tahun sebelumnya," katanya dalam ucapan penggulungan pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) di Kota Iskandar, di sini hari ini.

Abdul Ghani berkata, pihaknya turut melaksanakan pelbagai program pembangunan demi kesejahteraan rakyat dan sejumlah RM1.01 bilion telah dibelanjakan bagi tempoh lima tahun.

"Antara 2006 hingga 2010, kerajaan negeri berjaya membina 29 sekolah agama dengan perbelanjaan sebanyak RM49.6 juta dan bersetuju membina 121 sekolah agama dalam tempoh terdekat ini bagi menyelesaikan masalah murid menumpang.

"Kerajaan negeri turut membina 2,445 kilometer (km) jalan-jalan kampung, dan menaik taraf serta menyelenggara 2,445 km jalan kampung di seluruh negeri dengan kos keseluruhan RM88.39 juta," katanya.

Dalam pada itu, hutang awam kerajaan negeri turut meningkat sebanyak 8.9 peratus, menjadikannya RM1.38 bilion pada tahun lalu berbanding RM1.27 bilion pada 2009.

Menteri Besar berkata, peningkatan itu disebabkan peningkatan hutang dalam projek bekalan air iaitu daripada RM1.06 bilion pada 2009 kepada RM1.2 bilion pada 2010.

Selain itu, pinjaman Johor Corporation (JCorp) juga mencatatkan peningkatan kepada RM84.04 juta pada 2010 berbanding hanya RM71.05 juta pada tahun sebelumnya.

"Bagaimanapun, hutang awam bagi projek rumah awam kos rendah mencatatkan penurunan kepada RM54.26 juta pada tahun lalu berbanding RM68.93 juta pada 2009. Lain-lain projek turut mencatatkan penurunan kepada RM33.46 pada 2010 berbanding RM64.44 pada tahun sebelumnya," katanya.

Full content generated by Get Full RSS.

6P: 206,745 pekerja didaftarkan di Johor

Posted:

6P: 206,745 pekerja didaftarkan di Johor

6P: 206,745 pekerja didaftarkan di Johor

NUSAJAYA 19 Dis. - Seramai 206,754 pekerja asing di negeri ini berjaya didaftarkan sepanjang tempoh berlangsungnya Program 6P yang tamat pada 31 Ogos lalu.

Menteri Besar, Datuk Abdul Ghani Othman berkata, kerajaan menerusi Jabatan Imigresen turut memperluaskan usaha dengan menaik taraf sistem dan kualiti perkhidmatan supaya jumlah warga asing di negara ini dapat dipastikan dengan tepat.

Beliau berkata, pelaksanaan sistem pengambilan cap jari di pintu-pintu masuk negara mulai Jun lalu juga berjaya menampakkan keberkensannya apabila kerajaan berjaya mengenal pasti mereka yang cuba memalsukan dokumen dan identiti.

"Langkah yang diambil itu juga berjaya mengurangkan jumlah mereka yang berhasrat untuk masuk dan tinggal secara haram di negara ini," katanya dalam ucapan penggulungan pada Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) di Kota Iskandar di sini, hari ini.

Abdul Ghani berkata, Jabatan Imigresen juga sentiasa menjalankan aktiviti penguatkuasaan terhadap warga asing yang melakukan kesalahan di negeri ini selain akan mengadakan operasi besar-besaran secara bersepadu mulai Januari depan bagi membanteras pendatang asing tanpa izin (PATI) yang tidak mahu pulang ke negara asal mereka.

"PATI yang ditahan akan didakwa di mahkamah dan majikan yang bertanggungjawab melindungi mereka juga akan dikenakan tindakan undang-undang," katanya.

Selain itu, kerajaan negeri juga sentiasa menilai keperluan sebenar tenaga kerja asing mengikut sektor yang diperlukan bagi mengatasi masalah lambakan warga asing dan jenayah pemerdagangan orang.

Dalam pada itu, beliau memberitahu, kerajaan negeri juga sentiasa mengadakan pemantauan berterusan ke atas lori yang terlibat dengan urusan eksport batu ke Singapura bagi mengelakkan berlakunya penyelewengan ke atas royalti bahan itu.

Menurutnya, setiap pergerakan keluar masuk lori di laluan Kompleks Kastam, Imigresen dan Kuarantin (CIQ) dikehendaki mengemukakan beberapa dokumen seperti Permit 4C Kanun Tanah Negara, kupon eksport Pejabat Tanah dan Galian (PTG), borang Kastam dan permit eksport (AP).

Katanya, semua dokumen terbabit akan diperiksa kesahihan maklumatnya dan setiap lori akan ditimbang semula di Kompleks CIQ bagi mendapat kelulusan sebelum dibenarkan mengangkut barangan berkenaan ke negara republik itu.

"Walaupun jumlah muatan disahkan dalam resit timbangan, lori-lori berkenaan diukur dari segi isipadu. Jika berlaku lebihan muatan dari segi isipadu berbanding timbangan yang dinyatakan dalam resit, caj lebihan itu tetap dikenakan ke atas lori berkenaan.

"Tidak timbul dakwaan wujudnya penyelewengan bayaran royalti melalui lebihan muatan yang dibawa kerana jumlah royalti bahan batuan itu dikenakan mengikut jumlah yang dibawa," katanya.

Bahan batuan yang dibenarkan eksport di negeri ini ialah batu pejal bersaiz 228 milimeter, batu bata, tanah rumput, pasir silika, pasir tapisan, genting tanah liat, genting tanah merah dan batu biasa.

Full content generated by Get Full RSS.
Kredit: www.utusan.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved