Khamis, 16 Januari 2014

Utusan Online - Sukan

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Sukan


'Macam tak ada sinar'

Posted: 16 Jan 2014 10:14 AM PST

Oleh FERZALFIE FAUZI dan SUFIAN HADI MOHD. SOJAK
sukan@utusan.com.my

Khairy Jamaluddin

KUALA LUMPUR - Sudahlah dikejutkan dengan berita Pengurus Besar, Kenny Goh mahu meletak jawatan, Persatuan Badminton Malaysia (BAM) menerima satu lagi tamparan apabila ditegur oleh Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin.

Hendak buat perubahan tetapi tidak jadi, itu kata Khairy ketika datang menonton kejohanan Siri Super Terbuka Malaysia di Stadium Putra, Bukit Jalil semalam, yang menyaksikan sebahagian besar wakil negara tersingkir awal.

Walaupun Presiden baharu, Tan Sri Tengku Mahaleel Tengku Ariff memerlukan masa untuk membuat perancangan, namun Khairy menegaskan, beliau juga mempunyai hak menyatakan kebimbangan mengenai prestasi semasa badminton.

Kem badminton negara turut pulang dengan keputusan mengecewakan pada Sukan SEA di Myanmar minggu lalu dengan sekadar meraih satu pingat emas menerusi Woon Khe Wei-Vivian Hoo.

"Prestasi di Myanmar kurang memuaskan dan di Terbuka Malaysia sekarang tidak beberapa bagus. Saya sudah memberi masa kepada kepimpinan baharu BAM untuk buat beberapa perubahan nampaknya seperti tidak ada sinar di hujung terowong," katanya kepada media ketika ditemui di Stadium Putra, Bukit Jalil semalam.

Tengku Mahaleel mula memimpin BAM sejak Julai tahun lalu namun sejak dari itu beliau dilihat masih kurang jelas tentang perubahan yang ingin dilakukan dan ia tidak selancar seperti yang dijangkakan oleh peminat badminton tanah air.

Jelas Khairy, selepas Terbuka Malaysia beliau akan berjumpa kepimpinan BAM untuk membincangkan beberapa perkara serta mendapat penjelasan berikutan Tengku Mahaleel terlalu banyak menggalas tanggungjawab dalam badan tersebut.

"Tidak ada pengagihan tugas yang jelas. Tidak beberapa jelas mengenai jawatankuasa, yang ada membuat keputusan di luar skop. Kedudukan hari ini masih sama, seperti tahun lepas masih bergantung kepada seorang pemain (Datuk Lee Chong Wei).

"Tidak cukup pemain untuk berada di kedudukan 20 teratas dunia, begitu juga pendedahan di peringkat kebangsaan dan peringkat tertinggi. Sebelum ini ramai beraksi di kejohanan antarabangsa tetapi dikurangkan," katanya.

Ujar Khairy, BAM juga tidak ada petunjuk prestasi utama (KPI) yang jelas mengenai kedudukan pemain di ranking antarabangsa dan dari segi pembangunan juga masih banyak bergantung kepada Sekolah Sukan serta Majlis Sukan Negara (MSN).

"Bukan saya hendak salahkan kepimpinan baharu tetapi saya hanya meluahkan kebimbangan kerana saya risau mereka tidak tangani masalah," katanya.

Liga Malaysia kini sudah jadi fenomena

Posted: 16 Jan 2014 10:14 AM PST

Oleh Herman Hamid
sukan@utusan.com.my

RIBUAN penyokong Pahang menyerbu kaunter jualan tiket di Stadium Darul Makmur, Kuantan semalam untuk mendapatkan tiket perlawanan Piala Sumbangsih yang akan berlangsung malam ini. - UTUSAN/AHMAD ZAKKI JILAN

KUANTAN - Bahang Liga Malaysia (Liga-M) musim ini jelas dirasai dalam kalangan penyokong Tok Gajah yang seawal pukul 7 pagi mula memenuhi pekarangan Stadium Darul Makmur semalam bagi memastikan tidak ketinggalan mendapatkan tiket perlawanan Piala Sultan Ahmad Shah antara Pahang menentang Lions XII.

Biar pun keadaan sesak sebaik kaunter dibuka pada pukul 10 pagi, namun keseluruhannya proses penjualan tiket di Stadium Darul Makmur dan Stadium Temerloh berjalan lancar tanpa sebarang insiden.

Setiausaha Agung Persatuan Bola Sepak Negeri Pahang (PBNP), Fuzzemi Ibrahim berkata, sambutan hangat penyokong Tok Gajah itu jelas satu petanda baik dalam usaha semua pihak untuk melihat bola sepak tempatan menjadi fenomena dalam kalangan rakyat.

Katanya, biar pun merupakan aksi sulung Liga Super, namun keterujaan peminat kepada pasukan Tok Gajah yang berjaya membawa pulang Piala Malaysia musim lalu nyata suatu khabar gembira yang pasti menyemarakkan semangat pemain untuk memberi aksi terbaik malam ini.

''Saya harap sambutan penyokong yang diberikan ini akan berterusan sepanjang musim 2014, bukan sahaja peminat di Pahang malah di seluruh negara.

''Kalau lihat sambutan peminat yang datang seawal pukul 7 pagi bagi mendapatkan tiket, saya anggap ini adalah fenomena baru kepada bola sepak kita.

''Sudah tentu kita mahu senario positif ini berterusan dan pada masa sama penyokong kita menunjukkan semangat kesukanan yang tinggi dalam apa jua keadaan," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini semalam.

Mengenai jualan tiket, Fuzemi berkata, penyokong Tok Gajah masih boleh mendapatkan tiket bagi menyaksikan perlawanan malam ini di kaunter Stadium Darul Makmur mulai pukul 10 pagi.

''Tiket perlawanan Piala Sultan Ahmad Shah masih ada untuk jualan esok (hari ini). Cuma tiket untuk tempat duduk utama berharga RM25 telah habis dijual.

''Keseluruhan kita peruntukkan 31,000 keping tiket mengikut kapasiti tempat duduk Stadium Darul Makmur. Walaupun sambutan tinggi, namun kita perlu patuhi aspek keselamatan selain untuk keselesaan penyokong sendiri," jelasnya.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Pendidikan

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Pendidikan


Tutor tingkat kualiti pembelajaran

Posted: 16 Jan 2014 10:14 AM PST

Oleh NORIZAN ABDUL MUHID
pengarang@utusan.com.my

Siti Zaharah Kadir (dua dari kanan) menerima akhbar pendidikan Utusan Malaysia, Tutor Genius daripada Ismail Mohd. Sidek (kiri) pada majlis pelancaran akhbar itu di Sekolah Menengah Taman Datuk Ahmad Razali, Ampang, semalam.

KUALA LUMPUR 16 Jan. - Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Taman Datuk Ahmad Razali, Ampang dan SMK Taman Ehsan, Kepong, Selangor melanggan 800 naskhah akhbar pendidikan Utusan Malaysia, Tutor Penilaian Menengah Rendah (PMR), Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Tutor Genius.

Pengetua SMK Taman Datuk Ahmad Razali, Siti Zaharah Kadir berkata, akhbar Tutor akan dijadikan rujukan dan alat bantuan mengajar oleh guru dalam bilik darjah untuk meningkatkan kualiti pembelajaran murid di sekolah.

"Kita dapati penggunaan Tutor PMR SPM pada minggu-minggu terakhir sebelum peperiksaan pada tahun lalu amat berkesan namun kita agak terlewat melanggan akhbar ini.

"Untuk itu pada tahun ini, kita tidak mahu mengulangi kesilapan sama dan atas alasan tersebut juga, sekolah bertindak melanggan Tutor lebih awal kerana kita berasa akhbar ini amat berkesan dalam membaiki strategi pembelajaran murid," katanya.

Beliau berkata demikian dalam program penyerahan langganan Tutor Genius semasa perhimpunan sekolah itu yang dihadiri kira-kira 1,500 murid, di sini hari ini.

Sebanyak 400 naskhah Tutor PMR SPM dan Tutor Genius diserahkan kepada beliau oleh Eksekutif Jualan Utusan Melayu (M) Berhad, Ismail Mohd. Sidek dalam majlis tersebut.

Akhbar pendidikan Tutor PMR SPM setebal 20 halaman diterbitkan pada setiap Isnin manakala Tutor Genius pula pada hari Khamis, eksklusif untuk langganan sekolah.

Selain itu, Utusan Malaysia turut menerbitkan Tutor UPSR pada setiap Isnin, Tutor English (Selasa) manakala Tutor Junior diterbitkan pada hari Rabu. Semua akhbar itu dijual pada harga 50 sen senaskhah.

Bagi Siti Zaharah, banyak pengetahuan baharu boleh diperoleh murid dalam meningkatkan kualiti pembelajaran mereka selain bergantung kepada bahan buku teks dan buku ulang kaji biasa di pasaran.

Sementara itu, Pengetua SMK Taman Ehsan, Patifah Shamsuddin berkata, 400 naskhah Tutor PMR SPM dan Tutor Genius yang dilanggan akan diagihkan kepada murid tingkatan 3 dan 5 di bawah tajaan koperasi sekolah tersebut.

Katanya, semua guru sudah diminta menjadikan Tutor sebagai alat bantuan mengajar dalam bilik darjah dan dijadikan sebahagian aktiviti pembelajaran mengikut keperluan mata pelajaran tertentu.

Tambah beliau, kandungan Tutor yang padat dengan soalan latih tubi amat membantu murid dalam membiasakan diri menjawab soalan peperiksaan apatah lagi set soalan Tutor disediakan oleh guru pakar mata pelajaran.

"Malah penyediaan format soalan menepati keperluan Kementerian Pendidikan dan merupakan salah satu inisiatif terbaik Utusan Malaysia dalam meningkatkan kualiti penyediaan kemudahan pembelajaran yang lebih baik kepada masyarakat, syabas Utusan," katanya.

Guru harap baiki kemerosotan

Posted: 16 Jan 2014 10:14 AM PST

Murid-murid Sekolah Kebangsaan Dusun Nanding menunjukkan akhbar pendidikan Utusan Malaysia, Tutor UPSR dan Tutor Junior semasa majlis penyerahan akhbar tersebut di SK Dusun Nanding, Hulu Langat, kelmarin.

KUALA LUMPUR 16 Jan. - Keyakinan terhadap kualiti soalan latih tubi yang terdapat dalam akhbar pendidikan terbaharu Utusan Malaysia, Tutor UPSR dan Tutor Junior mendorong Sekolah Kebangsaan (SK) Dusun Nanding, Hulu Langat melanggannya buat kali pertama.

Guru Besar sekolah berkenaan, Noridah Abdul Aziz berkata, pihaknya berminat melanggan 500 naskhah Tutor UPSR dan Tutor Junior berikutan kemerosotan keputusan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) di sekolah tersebut tahun lalu.

Katanya, sebelum melanggan Tutor, sekolah itu melanggan akhbar pendidikan lain namun gagal memberikan hasil yang baik, malah keputusan peperiksaan murid mengalami penurunan mendadak.

"Kita agak terkejut dengan keputusan murid dalam UPSR lalu yang agak merosot meskipun sudah melakukan pelbagai usaha termasuk program peningkatan murid," katanya yang ditemui dalam majlis penyerahan langganan akhbar Tutor UPSR dan Tutor Junior sebanyak 500 naskhah di sini, semalam.

Akhbar pendidikan Tutor UPSR setebal 20 halaman diterbitkan pada setiap Isnin dan eksklusif untuk langganan sekolah.

Selain itu, Utusan Malaysia turut menerbitkan Tutor SPM pada setiap Isnin, Tutor English (Selasa), Tutor Junior (Rabu) dan Tutor Genius untuk sekolah menengah pada setiap Khamis.

Semua akhbar itu dijual pada harga 50 sen senaskhah.

Sementara itu, Noridah memberitahu, kandungan Tutor yang padat dengan set soalan latih tubi menarik pihaknya melanggan akhbar tersebut selain tawaran harganya yang amat murah berbanding akhbar pendidikan lain.

"Susun atur grafik Tutor juga menarik dan menceriakan pembacaan sekali gus menarik minat murid untuk menggunakan akhbar tersebut sebagai rujukan tambahan," katanya.

Pihak sekolah dan orang ramai yang berminat melanggan Tutor boleh menghubungi Unit Sekolah Jabatan Pemasaran Utusan Malaysia di 03-89243977.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Jenayah

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Jenayah


Gadis Thailand maut, majikan parah kemalangan di Dungun

Posted: 16 Jan 2014 10:57 PM PST

DUNGUN,17 Jan (Bernama) - Seorang gadis Thailand terbunuh manakala sepasang suami isteri yang juga majikannya dan seorang lagi pembantu rumah cedera parah apabila kereta yang mereka naiki terbabas di Kilometer 94 Jalan Kuala Terengganu-Kuantan, berhampiran Sekolah Kebangsaan Kampung Nyior di sini, awal pagi ini.

Ketua Polis Daerah Dungun Supritendan Ahmad Zailani Yaacub berkata, Aumiyah Tohmasea, 15, mati di tempat kejadian setelah cedera parah pada bahagian kepalanya.

Faison Ibrahim, 45, yang memandu kereta itu, isterinya Yameelah Mat,30, dan Padeelah Buenae, 21, juga dari Thailand parah dan dihantar ke Hospital Dungun untuk rawatan.

Kejadian kira-kira 6 pagi itu berlaku ketika dua warga Thailand itu dan majikan mereka serta anak lelakinya yang berusia dua tahun dalam perjalanan untuk bersarapan di Paka.

Kereta Honda Accord yang dipandu Faison dipercayai hilang kawalan lalu merempuh tiang lampu sebelum terbalik. Anak lelaki pasangan itu tidak cedera,"katanya ketika dihubungi hari ini.

Ahmad Zailani berkata, mayat Aumiyah dihantar ke Hospital Dungun untuk dibedah siasat. - BERNAMA

2 suspek bunuh 3 beradik ditahan

Posted: 16 Jan 2014 10:14 AM PST

Oleh SAFINA RAMLI
utusankedah@utusan.com.my

ALOR SETAR 16 Jan. - Setelah lebih sebulan tiga beradik perempuan dari Alor Semela, Jalan Langgar dekat sini ditemui mati dipercayai dibunuh dengan kejam, polis akhirnya berjaya menahan dua remaja lelaki semalam yang disyaki suspek utama kes pembunuhan tersebut.

Difahamkan kedua-dua suspek yang berusia 19 tahun itu ditahan polis antara pukul 5.30 petang hingga 11 malam di rumah masing-masing di Jalan Datuk Kumbar di sini.

Suspek yang tidak bekerja itu dipercayai kenalan kepada mangsa berumur 14 tahun dan merupakan orang terakhir yang ditemui oleh mangsa sebelum mereka ditemui mati.

Polis dipercayai telah menemui bukti bahawa tiga beradik itu telah dibawa oleh kedua-dua suspek ke sebuah rumah kosong di Kampung Gelam di sini dan cuba merogol mangsa berumur 14 tahun namun gagal.

Kedua-dua suspek dipercayai membawa ketiga-tiga beradik itu ke kawasan sawah padi di Alor Senibong dan sekali lagi cuba merogol mangsa namun mangsa cuba melarikan diri dan tindakan itu menyebabkan suspek membunuh mangsa.

Dua adik mangsa yang berumur 12 dan tiga tahun yang menyaksikan kejadian itu disyaki ditolak oleh suspek ke dalam sungai dan dibiarkan mati lemas.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kedah, Asisten Komisioner Nashir Ya ketika ditemui mengesahkan penahanan dua suspek yang dipercayai terlibat dalam kes tersebut dan kedua-dua suspek ditahan reman mulai hari ini sehingga 22 Januari.

Kedua-dua suspek dipercayai rakan sekampung serta saling mengenali dan kes disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

Kami masih belum boleh dedahkan siasatan lanjut mengenai kes ini dan tangkapan ini merupakan hasil maklumat dan kerjasama daripada orang awam," jelasnya.

Dalam kejadian 30 November tahun lepas, mayat Nor Syafikah Nadia Rusdi, 14, ditemui tertiarap dalam keadaan separuh bogel di tepi sawah Alor Senibong pukul 3.45 petang selepas keluar dari rumah bersama dua adiknya, Nur Izzati Husna, 12, dan Puteri Nurul Akma, 3.

Lebih menyayat hati mayat Puteri Nurul Akma dan Nur Izzati Husna pula ditemui kira-kira pukul 4.50 petang keesokan harinya dalam terusan MADA Kampung Padang Petani, Langgar, kira-kira 3.5 kilometer dari mayat Nor Syafikah Nadia ditemui.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Mahkamah

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Mahkamah


Mengaku tak bayar sewa

Posted: 16 Jan 2014 10:14 AM PST

PETALING JAYA 16 Jan. - Pemain bola sepak kebangsaan, Mohamad Aidil Zafuan Abd. Razak mengaku di Mahkamah Rendah Syariah di sini hari ini, dia tidak membayar sewa rumah kelamin berjumlah RM3,000 sebulan setelah keluar dari rumah berkenaan bermula awal Januari 2012.

Katanya, rumah tersebut di Kota Damansara pada ketika itu diduduki oleh pelakon, Rita Rudaini dan dua anaknya manakala sewa berkenaan dibayar oleh bekas isterinya itu.

Berikutan itu, Mohamad Aidil, 27, menarik balik keterangannya sebelum ini bahawa dia tidak pernah culas membayar nafkah untuk Rita dan anak-anaknya.

Perkara itu dibangkitkan peguam syarie yang mewakili Rita, Datuk Mohd. Zaidi Mohd. Zain dalam sesi soal balas terhadap pemain pasukan Johor Darul Ta'zim (JDT) itu.

Sebelum itu Mohd. Zaidi mempersoalkan sama ada Mohamad Aidil selaku defendan berbohong dalam keterangannya sebelum ini.

"Saya tidak berbohong, cuma keterangan pada 4 Disember 2013 itu tidak tepat," kata Mohamad Aidil yang sah bercerai dengan Rita pada 4 Ogos 2013.

Tegasnya, semasa tinggal bersama keluarganya itu, dia tidak menetapkan jumlah diperuntukkan untuk perbelanjaan bulanan anak-anaknya namun menganggarkan sekitar RM700 mengikut keperluan.

Katanya, jumlah itu meliputi perbelanjaan lampin pakai buang dan susu manakala RM500 diperuntukkan untuk pakaian.

Mohamad Aidil memberitahu, dia memperuntukkan RM3,000 untuk ansuran bulanan kereta BMW 3 Series dan motosikal berkuasa tinggi jenis Ducati Monster yang masing-masing berjumlah RM2,000 dan RM1,000, selain sewa rumah RM2,500.

Dia yang ketika itu sebagai pemain bola sepak bagi pasukan Negeri Sembilan dengan pendapatan antara RM8,000 sehingga RM10,000 menganggarkan mengeluarkan peruntukan sekitar RM5,000 sebulan untuk keluarganya.

Namun menurutnya, pada 2012, dia bersama pasukan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan memperoleh pendapatan bersih RM12,000 dan berpindah ke rumah baharu disediakan majikannya itu di USJ1, Subang Jaya.

Mohamad Aidil yang diwakili oleh peguam syarie, Roshdan Sujak Rafie berkata demikian dalam perbicaraan kes tuntutan nafkah dua anaknya yang dikemukakan oleh Rita di hadapan Hakim Syarie Abd. Halim Abu Samah.

Sebutan semula kes bunuh Ahmad Raffli 28 Januari

Posted: 16 Jan 2014 10:14 AM PST

Harun Mat Saat (berkerusi roda) dan isterinya, Azida Mohd. Zol (dua dari kanan) ketika tiba di Mahkamah Tinggi Kuantan, semalam.

KUANTAN 16 Jan. - Mahkamah Tinggi di sini menetapkan 28 Januari ini sebutan semula kes ketua ajaran sesat Tuhan Harun, Harun Mat Saat dan tiga pengikutnya berhubung tuduhan membunuh Ketua Penolong Pengarah (Penguat Kuasa), Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP), Ahmad Raffli Abd. Malek, November tahun lalu.

Hakim Datuk Ab. Karim Ab. Rahman menetapkan tarikh tersebut selepas Timbalan Pendakwa Raya, Khalmizah Salleh memaklumkan bahawa dokumen yang perlu diserahkan kepada pihak pembelaan hari ini masih belum siap.

Peguam Hermes Media Putra Ibrahim yang mewakili keempat-empat tertuduh juga tidak hadir pada prosiding hari ini.

Pada 16 Disember lalu, seorang daripada pengikut ajaran sesat itu, Sumustapha Suradi, 40, menghadapi tuduhan membunuh Ahmad Raffli bersama-sama dua lagi yang masih bebas di rumah mangsa di Nombor 7, Lorong IM 2/29, Bandar Indera Mahkota di sini kira-kira pukul 1.50 petang, 10 November tahun lalu.

Tertuduh dari Kampung Sibugal Besar, Sandakan, Sabah didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama yang membawa hukuman mati mandatori.

Sementara itu, Harun, 48; isteri ketiganya, Azida Mohd. Zol, 31, dan seorang lagi pengikutnya, Shaizral Eddie Nizam Shaari, 38, didakwa bersama-sama Sumustapha dan dua lagi yang masih bebas untuk bersetuju antara satu sama lain melakukan konspirasi jenayah yang membawa kepada pembunuhan Ahmad Raffli.

Kesalahan itu yang didakwa dilakukan pada masa, tarikh dan tempat yang sama yang bertentangan dengan Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 120B(1) Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 34 kanun tersebut yang turut memperuntukkan hukuman mati mandatori.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Pahang

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Pahang


Pantau berterusan harga barang

Posted: 16 Jan 2014 10:15 AM PST

PENGGUNA MENGHARAP
Kuantan.

Pemantauan harga barangan secara berterusan dan tindakan tegas oleh Pejabat Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan penting bagi memastikan semua peniaga mematuhi peraturan. - Gambar hiasan

Saudara Pengarang,

Isu kenaikan harga barang bukan sahaja terhad kepada makanan, malah meliputi perkhidmatan dan barangan lain jelas amat merunsingkan orang ramai terutama yang berpendapatan rendah.

Bukan hendak menyalahkan mana-mana pihak, tetapi kesan kenaikan harga ini terutama barang keperluan harian amat ketara sekali.

Jadi, adalah diharapkan pihak berwajib membuat pemantauan harga secara berterusan bagi memastikan tidak berlaku kenaikan harga tanpa asas. Pemantauan ini perlu dilakukan di semua jenis premis perniagaan termasuk pasar, kedai runcit dan sebagainya.

Proses ini penting bagi memastikan keadaan terkawal dan tidak berlaku banyak perubahan kenaikan harga terutama barangan keperluan asas.

Pihak berwajib perlu turun padang dengan mengadakan lawatan ke kawasan-kawasan terpilih untuk bertemu peniaga serta pengguna bagi memantau dan mencari punca kenaikan harga barangan.

Saya amat berharap, kerajaan akan melipatgandakan penguatkuasaan bagi mengheret para peniaga yang tidak bertanggungjawab ke muka pengadilan.

Sementara itu, saya turut berterima kasih kepada kerajaan yang mengumumkan penubuhan Jawatankuasa Khas Kabinet Menangani Kos Sara Hidup yang bertujuan menangani setiap isu berkaitan kenaikan kos hidup rakyat ketika ini.

Diharap pengumuman yang dibuat Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin itu akan dapat membantu mengurangkan kos sara hidup rakyat terutama golongan berpendapatan rendah dan miskin.

Saya juga berharap semua menteri seperti yang diarahkan supaya turun padang untuk melihat secara lebih dekat isu tersebut melalui portfolio masing-masing.

Terima kasih juga kepada kerajaan kerana telah menubuhkan satu makmal khas yang bertujuan mengkaji langkah-langkah mengurangkan beban rakyat, harap makmal ini dapat memainkan peranannya sebaik mungkin.

Jadikan 2014 musim cemerlang bagi pasukan Tok Gajah

Posted: 16 Jan 2014 10:15 AM PST

PENYOKONG PAHANG,
Jerantut.

Sokongan padu penyokong Pahang diharap mampu menyemarakkan semangat juang pasukan Tok Gajah untuk menghadapi cabaran Liga Malaysia musim ini. - Gambar Hiasan

Saudara Pengarang,

SETELAH berehat panjang selepas aksi Piala Malaysia 2013, kini pasukan Tok Gajah tampil dengan imej baharu untuk mengharungi Liga Malaysia (Liga M) musim ini.

Kehadiran beberapa muka baharu termasuk ketua jurulatih, Ronald Smith yang menggantikan Dollah Salleh serta dua pemain import iaitu Dickson Nwakaeme dan Zeshan Rehman diyakini mampu memantapkan pasukan Pahang.

Penyokong kini sudah tidak sabar untuk melihat aksi pembuka tirai (perlawanan Sumbangsih) berdepan juara Liga Super musim lalu, Lions XII bagi merebut Piala Sultan Ahmad Shah di Stadium Darul Makmur, Kuantan pada malam ini.

Berdasarkan situasi semasa, saya rasa Pahang tidak menghadapi sebarang masalah untuk menjulang piala tersebut dan memungut tiga mata penuh kerana beraksi di laman sendiri.

Gandingan Dickson Nwakaeme dan Matias Conti di bahagian serangan memberi keyakinan kepada kami untuk terus memberi sokongan dan semangat kepada skuad Tok Gajah.

Kejayaan menjulang Piala Sultan Ahmad Shah sudah pasti menjadi penyuntik semangat untuk Pahang memburu lebih banyak kejuaraan selain mengekalkan status juara Piala Malaysia.

Apa yang pasti adalah, Stadium Darul Makmur bakal dipenuhi lautan kuning para penyokong yang semakin meningkat tanpa mengira usia.

Saya yakin Ronald Smith mampu membawa perubahan dan pemain kini bertekad untuk mengembalikan kegemilangan bola sepak di negeri Pahang.

Kepada penyokong setia Tok Gajah, ayuh kita berkunjung ke stadium sama ada di laman sendiri mahu pun tempat lawan untuk memberi sokongan padu kepada para pemain dengan menerapkan disiplin yang baik.

Baiki segera tebing runtuh

Posted: 16 Jan 2014 10:15 AM PST

INSAN WASPADA,
Kota Gelanggi Dua, Jerantut

Tebing runtuh di jalan raya menghala ke Lepar Utara berdekatan Felda Kota Gelanggi Dua, Jerantut mengundang kebimbangan pengguna jalan raya.

Saudara Pengarang,

SAYA merupakan penduduk Felda Kota Gelanggi Dua, Jerantut melahirkan rasa bimbang mengenai kejadian tebing runtuh dan longgokan tanah di atas jalan raya menghala ke Lepar Utara berdekatan kawasan penempatan di tanah rancangan ini.

Kejadian berkenaan sudah hampir sebulan berlaku ketika musim tengkujuh dan banjir melanda di beberapa kawan rendah tahun lepas yang mengundang ketidakselesaan penduduk berulang alik ke bandar Jerantut dan Bandar Tun Abdul Razak, Jengka.

Untuk makluman pembaca Rakan Pahang, tanah runtuh di tebing menghala ke arah jalan raya kian menjadi-jadi berikutan hakisan selepas hujan.

Hal ini mengundang kebimbangan penduduk menggunakan kenderaan termasuk motosikal ke tempat kerja di ladang dan kilang berdekatan apabila berselisih dengan kenderaan.

Kebimbangan kami berasas kerana ada ketika kenderaan termasuk lori sawit dan lori balak terpaksa memasuki laluan bertentangan untuk mengelakkan longgokan tanah dan batu di atas jalan.

Untuk makluman, struktur jalan berbukit berdekatan ladang sawit yang gelap mengganggu penglihatan dan juga menakutkan penduduk di sini dan pengguna jalan raya. Apatah lagi sekiranya ada dalam kalangan pemandu yang tidak sabar dan memandu secara tidak berhemah kerana ia boleh menyebabkan kemalangan pihak lain.

Kejadian runtuhan tebing bersebelahan juga pernah berlaku pada pertengahan tahun lepas, tetapi telah dibaik pulih oleh kerajaan dengan membina penahan konkrit dan batu.

Malangnya, apabila kerja membaik pulih itu selesai, muncul pula kejadian baharu apabila tebing bersebelahan runtuh ketika hujan lebat pada bulan lalu.

Memandangkan penduduk berhadapan risiko keselamatan apabila melalui di laluan berkenaan, saya berharap pihak berwajib segera membaik pulih kawasan runtuhan sama ada membina penahan konkrit dan batu ataupun alternatif pemulihan lain.

Kejadian tebing runtuh semakin melebar dan juga dalam berikutan dataran di bahagian atas merupakan kawasan berbukit dan ditanami pokok sawit juga terdapat mata air antara punca runtuhan itu.

Menerusi Rakan Pahang minggu ini, saya berharap kawasan runtuhan perlu dibaik pulih untuk memudahkan kenderaan melalui jalan berkenaan dan mengelakkan daripada kejadian yang tidak diingini berlaku.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Luar Negara

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Luar Negara


Afghanistan lantik ketua polis wanita pertama

Posted: 16 Jan 2014 11:32 AM PST

KABUL 16 Jan. - Ketua polis wanita pertama Afghanistan yang baharu dilantik bagi menjaga keselamatan di negara berkenaan telah mula menjalankan tugas kelmarin.

Bagaimanapun, Kolonel Jamila Bayaz yang segak beruniform kelihatan sama seperti ketua polis Afghanistan yang lain sebelum ini ketika melakukan lawatan di beberapa pusat pemeriksaan di tengah-tengah Kabul.

Bayaz, 50, merupakan wanita pertama dinaikkan pangkat untuk memikul tanggungjawab tersebut sekali gus menjadi pelantikan jawatan paling tinggi di negara berkenaan untuk seorang wanita Afghanistan. - Agensi

Lebih 1,000 terkorban di Syria dalam 2 minggu

Posted: 16 Jan 2014 11:08 AM PST

BEIRUT 16 Jan. - Seramai 1,069 orang terkorban dalam tempoh dua minggu pertempuran di antara rangkaian pejuang Islam al-Qaeda di Syria dan kumpulan penentang, kata sekumpulan pemerhati semalam.

Kumpulan Pemerhati Hak Asasi Manusia Britain di Syria berkata, jumlah mereka yang terkorban itu dibunuh dalam beberapa pertempuran dan pembunuhan sejak pertempuran tercetus di antara Kumpulan Negara Iraq dan Jajahannya (ISIL) dan pasukan penentang sejak awal bulan ini.

Katanya, jumlah mereka yang terkorban itu membabitkan 130 orang awam, 608 ahli kumpulan gabungan ISIL dan 312 ahli kumpulan rangkaian pejuang Islam al-Qaeda manakala 19 orang yang lain masih tidak dikenal pasti. - REUTERS

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Agrobiz

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Agrobiz


Industri coklat, koko tarikan pelancong

Posted: 16 Jan 2014 10:14 AM PST

Oleh SITI AIRUNNISA ALAUI
pengarang@utusan.com.my

Mohamed Nazri Abdul Aziz melihat salah satu koleksi coklat yang ditunjukkan oleh Chef Mohd. Muaz Md Salehuddin semasa Majlis Pelancaran Muzium Coklat di Kota Damansara, Kuala Lumpur, semalam. - UTUSAN/SHIDDIEQIIN ZON

KUALA LUMPUR 16 Jan. - Kerajaan yakin industri coklat dan koko yang semakin berkembang di negara ini mampu mempopularkan pelancongan industri berasaskan bahan itu pada masa depan.

Menteri Pelancongan dan Kebudayaan, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz berkata, kerajaan optimis membantu untuk mempromosikan produk pelancongan berkonsepkan industri tersebut sebagai tarikan alternatif kepada pelancong yang berkunjung ke negara ini.

Terbaru, katanya, kewujudan Muzium Coklat pertama di Asia yang terletak di Kota Damansara bakal menjadi platform ke arah merealisasikan usaha berkenaan.

"Malaysia bukan sahaja merupakan antara negara terbesar yang mengeksport koko di Asia malah turut menghasilkan pelbagai jenis coklat yang berkualiti yang kini mendapat pasaran di peringkat antarabangsa.

"Melihat kepada kehendak pelancong yang menggemari pelancongan berkonsepkan interaktif dalam industri makanan, kita yakin kewujudan muzium ini sangat membantu dalam melonjakkan kedatangan pelancong sempena Tahun Melawat Malaysia 2014 (TMM 2014)," katanya selepas merasmikan Muzium Coklat milik DR Group Holdings Sdn. Bhd., di Kota Damansara di sini hari ini.

Yang turut hadir, Pengarah Urusan syarikat itu, Datuk Dahlan Rashid.

Muzium Coklat Kota Damansara ini berkonsepkan 3Es iaitu pembelajaran interaktif, keseronokan membeli-belah dan pengalaman membuat coklat turut menyediakan maklumat serta sejarah coklat dan koko berusia lebih 3,000 tahun dari seluruh negara.

Sejak dibuka awal Januari tahun lalu, muzium ini menerima kunjungan lebih 50,000 pelawat terdiri daripada pengunjung tempatan dan pelancong luar negara.

Sementara itu, dalam perkembangan lain, Mohamed Nazri mengulas mengenai kesan yang dialami negara terutama dalam sektor pelancongan akibat bencana dan pergolakan yang berlaku di beberapa buah negara jiran.

Menurutnya, selain kesan penurunan kedatangan pelancong dari negara terlibat, situasi ini turut membantutkan kedatangan pelancong dari negara lain yang menggunakan laluan darat dan udara melalui negara berkenaan.

"Kita bersedih dengan apa berlaku kepada negara-negara jiran kita. Keadaan itu juga menjejaskan sektor pelancongan apabila ramai pelancong yang membatalkan kunjungan mereka ke sini," katanya.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Hiburan

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Hiburan


Nadia 'tebalkan' muka

Posted: 15 Jan 2014 09:55 PM PST

Oleh GARRET DAWUM
garret.dawum@utusan.com.my
Gambar NOOR AZLINA JAAFAR

ANDAI diperhatikan nasibnya sepanjang penglibatan dalam bidang seni, dia tidaklah sebaik dan sehebat penyanyi popular yang lain. Populariti Nadia Hasnan atau nama lengkapnya, Nadia Haswani Hasnan dalam nyanyian nampak biasa-biasa sahaja.

Dia hanya mampu hadir dengan empat buah single biarpun bakatnya sudah digilap menerusi program realiti popular, Akademi Fantasia 6 (AF6) 2008.

Tidak mahu bakatnya terus terkubur tidak bertanda, Nadia akui dia sekarang lebih senang buat 'tebal muka' untuk mendapatkan lagu-lagu baharu yang menarik daripada komposer pilihannya.

"Memang tidak kisah langsung jika ada yang mengatakan saya tidak malu meminta-minta lagu daripada komposer. Sebaliknya itu adalah untuk kebaikan saya sendiri.

"Bukan sedikit usaha yang perlu kita buat sekiranya ingin mendapatkan lagu. Memang banyak rintangan yang terpaksa ditempuhi, lagi-lagi kalau penyanyi seperti saya yang kurang dikenali.

"Ditolak oleh komposer untuk membuat lagu, itu sememangnya sudah menjadi perkara biasa. Sebab itu, jika ada terjumpa dengan komposer-komposer di dalam sesebuah majlis, saya dengan rasa rendah diri dan cuba untuk kikis sifat malu. Saya akan memperkenalkan diri kepada mereka," katanya.

Faham dengan pahit-maung berstatus seorang penyanyi selain menjadi permainan industri yang dihadapinya dengan tenang, Nadia mencuba beberapa cara untuk mendapatkan kepercayaan komposer mencipta lagu buat dirinya.

Menunjukkan persembahan terbaik dengan vokal yang mantap dalam beberapa majlis yang menampilkan dirinya sebagai penyanyi undangan, ia satu lagi strategi bagi menambat hati komposer.

"Pendekatan seperti itu yang patut saya buat jika ingin terus berjaya bergelar seorang penyanyi.

"Walaupun faham dengan pembiayaan yang perlu kita keluarkan untuk mendapatkan sesebuah lagu, saya tak kisah. Saya memang perlu buah tangan terbaru untuk bangkit daripada kelekaan sebelum ini," ujarnya yang tidak pernah berputus asa.

Sepanjang enam tahun bergelar anak seni, selok-belok dalam industri banyak diperolehi daripada ibunya, Jamaayah Sulong, 51, walaupun ibunya bukan orang seni.

"Dia (ibu) banyak mengajar dan menasihatkan saya. Ke mana sahaja saya pergi, ibu pasti akan menemani," ujarnya.

Kahwin kemudian

Gadis kecil molek ini yang masih muda memang penuh dengan cita-cita, terutama dalam menjunjung visi tersendiri.

Dalam nada cukup keyakinan, Nadia memberitahu, dia kini gigih menjalankan tanggungjawab sebagai seorang anak sulung sejak kematian ayahnya, Hasnan Yusoff pada 2012.

"Sekarang, perkara utama yang perlu saya buat adalah menggantikan tanggungjawab yang mama dan papa pikul sebelum ini. Sudah tiba masanya saya ambil alih tugas itu.

"Lagipun, papa sudah tiada dan perniagaan popia yang mereka jalankan sejak saya berusia 11 tahun terpaksa ditutup kerana tiada yang mahu menjaganya lagi.

"Kerja keras perlu untuk membantu keluarga kerana saya akan memberikan kesenangan kepada ibu dan adik saya, Dianah Syazwani," katanya yang masih tidak memikirkan soal perkahwinan buat masa ini.

Biarpun usianya akan menjangkau 24 tahun pada 14 April ini. Soal jodoh bukanlah keutamaan buat diri Nadia.

Sudah mempunyai kekasih hati, Nadia senang jika pengenalannya dengan lelaki yang hanya diberitahu bernama Hafiz dan berusia 27 tahun, belum boleh ditamatkan ke jinjang pelamin.

"Sudah lima tahun kami berkenalan. Ada juga hasrat dia untuk mengahwini saya. Dia dan keluarga saya juga ada berbual-bual kosong mengenai perkara itu, tentang masa depan kami.

"Buat masa ini biar kami selesaikan semua yang patut dulu dan eratkan lagi silaturahim itu. Selain itu, saya belum bersedia dari segi kewangan begitu juga dengan Hafiz. Sasaran saya untuk berkahwin adalah pada usia 25 tahun," kata wanita bersemangat kental itu.

Bulan madu di angkasa lepas

Posted: 15 Jan 2014 09:55 PM PST

Pasangan kontroversi, Kim Kardashian dan Kanye West nampaknya merancang percutian bulan madu yang memang tidak dijangka sama sekali.

Selalunya, lokasi seperti di pulau menjadi pilihan buat pasangan berbulan madu, tetapi mereka memilih angkasa lepas sebagai lokasi meraikan detik-detik indah dalam hidup selepas melangsungkan pernikahan nanti.

Menurut sumber terdekat dengan West, dia yang sudah bertunang dengan Kardashian merancang untuk mengadakan majlis pernikahan tahun ini.

"Jadi, selepas berkahwin, dia merancang untuk pergi berbulan madu bersama Kardashian dan angkasa lepas adalah sesuatu yang diimpikan oleh West,"kata sumber tersebut.

Sememangnya West diketahui seorang yang sangat obses dengan angkasa lepas dan banyak terlibat menghasilkan video klip bertemakan angkasa lepas.

West dikatakan merancang untuk membawa wanita yang dicintai itu ke CSS Skywalker, sebuah stesen angkasa lepas.

"Stesen angkasa lepas itu terletak sejauh 402 kilometer daripada bumi dan dijangka akan dibuka kepada pengunjung seawal 2015,"tambah sumber yang sama.

Pengunjung yang mahu merasa sendiri pengalaman itu perlu membelanjakan sekitar RM3.2 juta untuk seorang bagi jangka masa sehari.

Selain itu, pengunjung juga diwajibkan untuk menjalani kursus latihan angkasawan selama tiga bulan.

Tambah sumber lagi, pasangan itu begitu teruja dengan bulan madu kali ini dan wang bukan satu masalah besar bagi mereka.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Rencana

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Rencana


Sampai bila harus berlembut

Posted: 16 Jan 2014 10:14 AM PST

Oleh Zulkiflee Bakar

"KITA telah berlembut dan berdiplomasi terlalu lama terhadap mereka, kita tidak boleh begitu kerana perkara tersebut melibatkan kesucian umat Islam, kesucian Allah dan melibatkan Perlembagaan."

Itulah peringatan yang diberikan oleh penceramah bebas, Mohammad Kazim Elias ketika menyentuh mengenai penggunaan kalimah Allah oleh bukan Islam yang begitu hangat diperkatakan di Selangor.

Sememangnya bukan sahaja dalam isu kalimah Allah bahkan dalam banyak isu sebelum ini, orang Melayu dan umat Islam dilihat terlalu berlembut dengan pihak-pihak tertentu yang semakin 'naik tocang' dalam mengetengahkan atau memperjuangkan agenda mereka.

Ingatlah kembali, satu ketika dahulu tiada siapa yang berani mengganggu hal-hal berkaitan orang Melayu dan melakukan tindakan yang boleh menyinggung umat Islam. Mereka memahami jika dua perkara ini disentuh, orang Melayu dan umat Islam akan bersatu bangkit menentang mereka.

Tetapi sekarang situasinya sudah berbeza. Toleransi berlebihan dan pendekatan untuk menjaga hati kelompok tertentu telah memungkinkan orang Melayu dilihat semakin lemah. Keadaan menjadi bertambah buruk apabila orang Melayu terus berpecah belah biarpun mereka mengadap kiblat yang sama dan Allah yang satu.

Firman Allah SWT dalam surah Ali Imran ayat 103 bermaksud:

''Dan berpegang teguhlah kamu pada tali Allah, semuanya, dan janganlah kamu berpecah belah, dan ingatlah kamu akan rahmat Allah ke atas kamu ketika kamu bermusuh-musuhan, lalu Dia menyatukan hati-hati kamu, supaya dengan rahmat-Nya, kamu menjadi bersaudara.

Nikmat Allah SWT yang besar adalah persaudaraan setelah diliputi permusuhan.

Tetapi kajilah apa yang berlaku sekarang, umat Islam tidak bersatu hati, kita berpecah belah dan tidak tegas dalam berhadapan dengan isu-isu yang mempunyai kepentingan bersama. Dalam isu mempertahankan kalimah Allah contohnya, tiada kesepakatan yang dicapai, ada umat Islam yang tegas menentang penggunaan kalimah suci itu oleh bukan Islam dan ada pula yang menganggap apa salahnya bukan Islam menggunakan kalimah tersebut.

Lebih mendukacitakan apabila ketegasan pihak jabatan agama Islam demi mempertahankan kesucian Islam diperlekehkan sehingga ia mewujudkan keberanian daripada kalangan bukan Islam untuk turut sama mengecam institusi tersebut yang dalam apa keadaan sekali pun harus dipertahankan oleh umat Islam. Kenapa ini terjadi?

Segalanya kerana kita sudah terlalu banyak berlembut, bertolak ansur dan ada antara kita lebih meletakkan kepentingan duniawi iaitu merebut politik kekuasaan mengatasi segala-galanya.

Bayangkanlah, tidak pernah berlaku sebelum ini mana-mana pihak memperlekehkan enakmen agama Islam, tidak pernah terjadi titah Sultan berkaitan Islam dipinggirkan tetapi sekarang situasi itu sudah berlaku. Walaupun mereka mengetahui perbuatan mereka itu akan membangkitkan perasaan marah umat Islam namun tidak ada perasaan gerun pun pada hati mereka.

Oleh itu persoalannya sampai bilakah kita harus berlembut? Kita bukannya mahu tindakan diambil di luar batas-batas undang-undang tetapi berdasarkan peruntukan undang-undang sedia ada. Apa istimewanya puak-puak ini sehingga terlalu sukar tindakan diambil ke atas mereka?

Dalam masa sama, umat Islam sendiri tanpa mengira apa juga fahaman politik mereka perlu mengerti apa yang berlaku sekarang adalah agenda tersirat pihak-pihak tertentu bagi melaksanakan agenda mereka yang lebih besar.

Kegagalan umat Islam untuk bersatu dan berpegang teguh kepada persaudaraan Islam serta semakin rapuh semangat penyatuan hati bagi mempertahankan kesucian Islam telah memungkinkan pihak-pihak tertentu semakin hilang rasa hormat dan gerun mereka kepada umat Islam di negara ini.

Atas sebab itulah, umat Islam perlu kembali bersatu dan jangan membiarkan isu-isu lain khususnya kenaikan kos sara hidup menutupi kebiadaban pihak-pihak tertentu mengganggu dan menggugat Islam. Jangan membuat hujah dangkal dan jahil kononnya isu kalimah Allah adalah usaha kerajaan untuk mengalihkan isu kenaikan harga barang dan sebagainya.

Sebaliknya fahamilah kedudukan umat Islam dan agama Islam kini semakin tergugat, digugat dan ada pihak yang mahu menggugat. Jika umat Islam terus tidak memahami bahaya ini, ia sudah pasti akan mengundang mala petaka kepada mereka sekali gus bakal menyaksikan orang Melayu dan umat Islam tidak lagi dihormati.

Apa yang diperkatakan di sini, bukanlah bertujuan mewujudkan permusuhan antara rakyat pelbagai kaum di negara ini, tetapi sekadar ingin mengingatkan bahawa sudah sampainya sikap berlembut yang selama ini ditunjukkan perlu ditamatkan disusuli dengan tindakan tegas.

Langkah itu penting bagi memastikan kedudukan orang Melayu dan kesucian Islam terpelihara. Kita tidak boleh membiarkan dari semasa ke semasa ada sahaja isu yang dibangkitkan bagi memancing kemarahan dan mencabar kesabaran umat Islam. Semua rakyat Malaysia ingin hidup bersatu padu dan sentiasa mengamalkan sikap toleransi dalam beragama.

Tetapi malangnya, ada pihak yang cuba menunjukkan sikap keras kepala mereka, sengaja menyentuh perkara tidak sepatutnya dan melakukan tindakan yang menyinggung perasaan umat Islam.

Dalam keadaan apa sekali pun, umat Islam tidak harus berpecah belah kerana ia akan melemahkan mereka. Rasulullah SAW memberikan peringatan melalui sabda baginda yang bermaksud, "Sesungguhnya Allah reda atas kamu kerana tiga perkara dan benci atas kamu juga kerana tiga perkara; pertama, Allah reda atas kamu jika kamu menyembah-Nya dan tidak menyekutukan Allah dengan sesiapapun. Kedua, berpegang teguh pada tali (agama) Allah dan tidak bercerai berai. Ketiga, saling menasihati dan saling memperbaiki atas apa yang diperintahkan Allah SWT.

Dan Allah membencimu atas tiga perkara; pertama, saling berbalah. Kedua, banyak bertanya dan ketiga, mengia-iakan harta.

Saidina Ali pernah berkata bahawa: "Sesunggguhnya Allah SWT tidak memberi kebaikan sedikit pun kepada seseorang kerana berpecah belah; tidak orang-orang terdahulu, tidak juga nanti."

Jika pesanan-pesanan ini mahu dikaji dan diteliti, itulah yang berlaku kepada umat Islam di negara kita sekarang. Perbezaan politik seolah-olah menjadi tembok penghalang yang terlalu kukuh untuk ditembusi. Ada sahaja hujah yang kita zahirkan apabila tercetus sesuatu isu sehingga memungkin umat Islam dilihat tidak bersatu padu.

Keadaan inilah yang memungkinkan, puak-puak tertentu tidak mempunyai perasaan bimbang atau takut untuk membangkitkan isu yang memacu kemarahan umat Islam. Mereka tahu apa yang dilakukan akan membangkitkan perasaan tidak puas hati dalam kalangan umat Islam, tetapi apakah peduli? Adakah mereka bimbang? Apakah mereka takut?

Sudah pasti tidak, sebaliknya apa yang kita saksikan, mereka bertegas dengan meneruskan agenda agama dan kaum mereka tanpa mempedulikan akibat tindakan itu.

Justeru sebelum terlambat, sebelum umat Islam terus diperlekehkan, sebelum orang Melayu merempat di tanah air sendiri dan dilihat bagaikan buih-buih di lautan, banyak tetapi tidak bermanfaat maka bersatulah dalam mempertahankan kepentingan orang Melayu dan kesucian Islam.

Ingatlah kalaulah dalam soal kalimah Allah pun kita tidak mampu bersatu untuk mempertahankannya, percayalah banyak lagi perkara yang akan mereka bangkitkan apatah lagi jika kuasa politik sudah berada dalam tangan mereka.

Perlukah dialog antara Islam-Kristian?

Posted: 16 Jan 2014 10:14 AM PST

Mohd. Shauki Abd. Majid
PENULIS ialah Pengurus Besar Analisa dan Pengurusan Isu Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim)

BARU-BARU ini kedengaran beberapa reaksi negatif terhadap Islam ekoran kontroversi larangan penggunaan kalimah Allah oleh bukan Islam dan kedegilan seorang paderi mematuhinya walaupun ada keputusan mahkamah yang jelas dan titah Sultan Selangor.

Sebagai sokongan kepada kedegilan itu, pemimpin beberapa agama lain juga menyatakan istilah Allah turut digunakan oleh agama mereka. Antaranya, agama yang dianuti keturunan Sikh dan Bahai.

Justeru, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia bercadang untuk melakukan penyelidikan yang mendalam mengenai sejarah penggunaan kalimah itu oleh agama-agama besar dunia dan mengharapkan kajian itu dapat memberikan kewajaran kenapa ia tidak boleh dilihat sebagai sesuatu yang tepat pemakaiannya oleh agama-agama lain selain agama Islam.

Berdasarkan fakta sejarah, penggunaan kalimah Allah oleh masyarakat pra-Islam hanyalah sebagai merujuk kepada tuhan mereka, tetapi penggunaannya tidaklah sekudus ajaran Islam.

Ketika Islam buat pertama kalinya muncul dalam kehidupan manusia, masyarakat pagan Arab sudah biasa menggunakan istilah itu, tetapi ada di antaranya merujuk kepada nama Dewa Bulan.

Sebelum Islam muncul, penganut Kristian berhadapan dengan persaingan agama Yahudi. Akibatnya, setiap agama menyatakan hanyalah agama mereka yang membawa kebenaran, manakala agama-agama lain penuh prasangka dan kepalsuan. Atas dakwaan kebenaran itulah menyebabkan berlakunya perang, konflik antara agama dan akhirnya agama menjadi pembakar semangat yang terkuat untuk saling berperang.

Selepas berakhirnya Perang Dunia II dan bermulanya Perang Dingin, tumpuan utama masyarakat dunia adalah untuk membangunkan hubungan mesra antara agama menerusi penyemarakan dialog bagi mencari nilai-nilai universal berdasarkan prinsip setiap agama mengajak manusia melakukan kebaikan.

Era pertama dialog antara agama lebih bersifat dialog untuk kehidupan, yang memberikan penekanan untuk melihat apakah persamaan antara agama, terutamanya dalam konteks ajaran ataupun falsafah agama. Akhirnya, dialog itu berubah bentuk setelah sikap sesetengah cauvinis agama melahirkan rasa sangsi, ekoran perkembangan yang menyaksikan Islam muncul sebagai kekuatan baru, berdasarkan pertambahan bilangan yang lebih cepat dan pengisiannya ekoran kegagalan peradaban Barat yang hanya memfokuskan faham kebendaan.

Selepas Perang Dingin, masyarakat Barat melihat kebangkitan Islam itu sebagai kuasa baharu yang boleh mengancam kapitalisme. Maka, muncul pelbagai pendekatan untuk menghina Islam baik dari segi sistem politik mahupun kehidupan masyarakat dan sistem kekeluargaan.

Hari ini muncul pendekatan yang berasaskan kebebasan individu sebagai fahaman terbesar, maka itulah sebabnya setiap percanggahan dengan Islam terus dilihat sebagai fakta betapa tidak bertoleransinya Islam terhadap penganut agama lain.

Atas dakwaan itu jugalah menjadikan banyak pihak bukan sahaja curiga dengan Islam bahkan menuduh Islam sebagai agama yang menganjurkan diskriminasi dan ekstremisme.

Gema kebencian terhadap Islam kembali menjadi agenda permusuhan apabila seorang ilmuan keturunan Yahudi mengemukakan sebuah teori, di mana persoalan sebenar yang dihadapi oleh masyarakat Barat adalah pertembungan peradaban dengan peradaban yang muncul dari timur.

Tentunya, pertembungan akan menjadi sesuatu yang lebih besar adalah antara Barat dan Islam, ini disebabkan setelah pengaruh komunisme berantakan, Islam dilihat sebagai kuasa yang bakal menyaingi peradaban barat.

Mulai 1995 sekumpulan strategik memulakan kempen dengan meletakkan Islam sebagai menyuburkan keganasan dengan mentafsirkan makna perkataan jihad sebagai "keinginan berperang". Mulai saat itulah setiap perlakuan melampau ditujukan kepada Islam dan setiap apa sahaja ikon yang ada kaitan dengan Islam akan dijadikan alasan membentuk suatu referendum.

Tujuan utama serangan budaya dan nilai terhadap Islam itu adalah dengan hasrat untuk menghancurkan pegangan agama penganutnya.

Kini jumlah penganut Kristian dianggarkan 2.2 bilion manakala jumlah penganut Islam ialah 1.8 bilion. Dianggarkan 4 daripada setiap 10 orang penduduk dunia adalah beragama Islam manakala kadar pertambahan semula jadi masyarakat bukan Islam semakin menurun akibat sikap mereka terhadap kehidupan berkeluarga dan sikap individualistik berbanding umat Islam yang masih teguh dengan tradisi kekeluargaan.

Ancaman inilah sebenarnya menakutkan penganut agama lain sehingga mereka sanggup mengubah, meminda dan memprovokasi beberapa perkara bagi mencabar umat Islam. Mereka sedar, menerusi provokasi inilah akhirnya umat Islam akan berperang sesama sendiri.

Rentetan daripada larangan penggunaan kalimah Allah misalnya, sudah ada anjakan yang jelas untuk mempertaruhkan kedudukan dan penguatkuasaan pihak berkuasa agama Islam sebagai suatu tindakan yang bertentangan dengan kebebasan asasi dan beragama.

Bahkan, mereka mendakwa, apabila istilah Allah dilarang ke atas masyarakat bukan Islam, maka ia tidak menghormati prinsip kebebasan beragama yang dijamin oleh perlembagaan dan menyebabkan penganut agama lain mangsa diskriminasi, sedangkan Islam memberikan mereka jaminan "tiada paksaan dalam beragama." Konteks itulah yang dicanangkan oleh banyak pihak, termasuk segelintir orang Islam sendiri.

Islam dianggap sebagai ancaman, dan kerana itulah akhir-akhir ini kembali kedengaran betapa perlunya lebih banyak dialog antara agama bagi mencari titik persefahaman, yakni makna kehidupan beragama bukan dari asas akidah.

Islam melihat dialog antara agama sangat penting, berdasarkan adanya keyakinan atau iman kepada semua Nabi dan Rasul. Allah telah mengutus para Rasul-Nya untuk semua manusia, sebagaimana yang dinyatakan oleh Allah dalam firman-Nya yang bermaksud: Dan sesungguhnya Kami telah mengutus Rasul dalam kalangan tiap-tiap umat seorang Rasul (dengan memerintahkannya menyeru mereka): ''Hendaklah kamu menyembah Allah dan jauhilah Thaghut." (Surah al-Nahl ayat 36)

Pemahaman ini tidak boleh disamakan dengan konsep dialog yang difahami oleh sesetengah pihak sebagai kaedah menentukan agama mana yang paling baik dan benar.

Kalau agama difahami secara konkrit, bukan secara metafizik, maka dialog antara agama bererti dialog antara orang yang beragama, yang berperanan mencari titik persefahaman kerana hakikatnya setiap agama itu mengajar manusia untuk melakukan kebaikan.

Islam-Kristian harus hidup sebagai satu masyarakat dan masing-masing berhak mengamalkan kebebasan sosial dan agama mereka sendiri.

Al-Quran mengajarkan bahawa umat Islam harus menghormati semua pengikut kitab suci (ahli kitab). Sama halnya dengan semua kelompok manusia termasuk umat Islam sendiri di antara kaum pengikut kitab suci itu ada yang lurus (benar) dan ada yang tidak. Daripada mereka ada memusuhi kaum beriman, tetapi ada juga yang menunjukkan sikap persahabatan yang tulus.

Kepelbagaian merupakan sesuatu yang benar, kerana Allah mencipta manusia berlainan keturunan, kaum, sifat fizikal dan psikologi. Allah sebenarnya mengharapkan manusia saling berkenalan, bekerjasama dan saling memahami dalam urusan kemasyarakatan dan bernegara.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Keluarga

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Keluarga


Terapi senu pulihkan tekanan

Posted: 15 Jan 2014 09:55 PM PST

Remaja yang berdepan dengan gejala mengandung luar nikah meluahkan perasaan mereka melalui lukisan yang merupakan Terapi Seni.

KETIDAKUPAYAAN meluahkan permasalahan dalam diri pesakit atau mangsa yang datang daripada pelbagai latar belakang disebabkan oleh permasalahan-permasalahan yang dialami terlalu berat, rumit dan kompleks untuk dilafazkan secara lisan apatah lagi untuk dikongsi dengan orang lain walaupun pada kaunselor atau terapis bertauliah.

Salah satu kaedah yang boleh digunakan adalah melalui pendekatan Art Therapy atau Terapi Seni. Pendekatan Terapi Seni ini merupakan kaedah yang diterimapakai dengan meluas di Barat dalam profesion bantuan kaunseling, psikoterapi, kerja sosial, kejururawatan dan perubatan psikiatri untuk membantu mereka meluahkan pergolakan dalam diri yang membebankan.

Kesedaran keperluan penggunaan kaedah Terapi Seni di Malaysia telah bermula pada tahun 1980-an, tetapi pendekatan ini tidak digunakan dengan meluaskan. Ia lebih kepada kesedaran untuk menggunakan pendekatan Terapi Seni dalam bidang perubatan psikiatri.

Titik tolak kepada penggunaan Terapi Seni di Malaysia bermula apabila berlakunya bencana alam tsunami hampir sepuluh tahun yang lalu.

Pendekatan Terapi Seni digunakan dengan begitu meluas di Barat yang tidak hanya dalam bidang kaunseling, psikoterapi dan perubatan psikiatrik.

Keluasan pendekatan Terapi Seni turut digunakan antaranya kepada pesakit kanser dan pembawa HIV disamping pesakit melarat dihospital dan klinik, pusat pemulihan remaja juvana, mangsa penderaan, mangsa pergolakan politik sepeti di zon peperangan, penagihan dadah, krisis perkahwinan, kanak-kanak, pendidikan khas pelajar di sekolah mahupun di institusi pengajian tinggi (IPT) serta penjara.

Menurut Profesor Madya Mohd. Mahzan Musa dari Program Psikologi dan Kaunseling, Pusat Pengajian Pembangunan Sosial, Universiti Utara Malaysia, Kedah, pendekatan Terapi Seni mula digunapakai oleh Naumberg pada tahun 1940-an di Amerika Syarikat. Naumberg kerap dirujuk sebagai pelopor Terapi Seni hingga beliau digelar The Mother of Art Therapy atau Ibu Terapi Seni yang terkenal di peringkat dunia.

Mohd. Makzan kini merupakan pengiat utama Terapi Seni di Malaysia di mana beliau telah banyak menjalankan kajian menggunakan pendekatan Terapi Seni terutamanya dalam kalangan remaja dan gadis mengandung luar nikah.

Beliau juga merupakan sukarelawan yang menerapkan kaedah Terapi Seni di rumah perlindungan Raudhatus Sakinah, kelolaan Jemaah Islah Malaysia. Di samping itu beliau turut mengaplikasikan pendekatan Terapi Seni dalam kalangan remaja histeria, remaja berisiko tinggi, penagih dadah, pembawa HIV, mangsa penderaan seksual serta mangsa histeria.

Hasil daripada kerja-kerja kesukarelaan berkenaan Mohd. Makzan menghimpun lukisan kelompok-kelompok yang bermasalah ini sebagai data kajian dalam bentuk data visual bagi memahami pergolakan dalam diri yang menjadi beban psikologikal yang sukar dirungkai dengan pendekatan konvensional.

Di atas minat yang mendalam beliau telah mengasaskan Persatuan Art Therapy Malaysia atau Malaysian Art Therapy Association (MATA) dan Facebook Malaysian Art Therapy Malaysia (MATA).

Menurut Mohd. Makzan kesedaran penggunaan Terapi Seni di Malaysia amat dirasai dan keperluan terhadap pendekatan kreatif ini semakin meningkat.

"Saya mula mendapat data visual dalam bentuk lukisan-lukisan dalam kalangan mangsa bencana tsunami Aceh dari dua rakan sekerja yang pergi ke Aceh sebulan selepas gelombang besar tsunami memusnahkan sebahagian daripada struktur landskap Acheh.

"Melalui sejumlah lukisan trauma kanak-kanak mangsa tsunami Aceh, apa yang saya lihat adalah trauma psikologikal yang menakutkan. Menerusi lukisan-lukisan tersebut saya hasilkan kertas kerja seminar dan kemudian membentangkannya di Seminar Persatuan Kaunseling Malaysia atau PERKAMA di Universiti Malaysia Sarawak.

"Sambutan yang diberikan amat sangat memberangsangkan. Lantaran saya mula mendekatkan diri dengan mendalami bidang Terapi Seni," kata Mohd. Makzan.

Pada waktu itu isu gejala pembuangan bayi sedang berleluasa yang mana setiap hari dipaparkan di media massa, jadi beliau mengambil keputusan untuk bereksperimen pula dengan kaedah yang sama di rumah-rumah perlindungan remaja dan gadis mengandung luar nikah khusususnya di Raudhatus Sakinah.

Hasil eksperimen kreatif berkenaan, pihaknya mendapat data visual yang amat berharga dalam usaha untuk memahami masalah-masalah dalam kalangan remaja dan gadis yang mengandung luar nikah.

Kini beliau telah menjalankan sesi Terapi Seni di dua rumah perlindungan remaja dan gadis mengandung luar nikah Raudhatus Sakinah sejak lapan tahun lalu.

Berdasarkan data-data visual dalam bentuk lukisan dan lakaran yang amat berharga yang dihimpun sekian lama, beliau kini tahu mengapa gejala pembuangan bayi berlaku dan masih menjadi fenomena sosial di Malaysia.

"Teknik Terapi Seni pada asasnya adalah kaedah untuk mengingati kembali pengalaman hidup yang menghantui mereka dengan menggunakan warna dan kertas lukisan. Caranya bukan sewenang-wenangnya kerana melibatkan teknik dan etika yang harus dipatuhi. Dalam Terapi Seni interpretasi harus datang daripada klien bukan pengamalnya. Sebarang andaian harus juga diketepikan.

"Ini kerana di dalam lukisan-lukisan dari sesi Terapi Seni mengandungi pelbagai macam simbol terutamanya simbol kolektif, simbol universal dan simbol peribadi yang boleh menjelma dengan pelbagai bentuk, cara, warna dan saiz di atas kertas lukisan.

"Simbol-simbol ini harus diamati, difahami dan kita akan memahami dunia dalam diri mereka yang ditimpa masalah mahu pun musibah. Daripada lakaran, lukisan pelbagai simbol dalam lukisan dari sesi Terapi Seni ia memerihalkan intrakonflik dalam diri," jelas Mohd. Makzan.

Benci akibatkan pembuangan bayi

Gejala dan isu pembuangan bayi bukan satu perkara yang baru kerana setiap hari ada saja kes-kes kejadian pembuangan bayi dipaparkan. oleh media biarpun pelbagai cara digunakan oleh pelbagai pihak untuk mengekang gejala ini namun kes tetap berterusan.

Jelas Mohd. Makzan lagi hasil daripada kajian beliau yang menggunakan pendekatan Terapi Seni ini punca utama pembuangan bayi disebabkan oleh kebencian yang keterlaluan di dalam diri terhadap bayi.

"Mereka benci kepada janin yang dikandung, benci kepada perubahan fizikal tubuh badan sewaktu mengandung, benci pada bayi yang merubah keseluruhan hidup yang menyusahkan ketika itu, kebencian kepada kesakitan yang ditanggung dan kebencian kepada lelaki yang menyebabkan dia hamil, kebencian kepada bayi yang menyebabkan ibu yang mengandung tanpa suami terpaksa menanggung aib dan malu disepanjang hidup mereka, dan yang paling dibenci adalah stigma masyarakat pada remaja dan gadis yang mengandung dan melahirkan anak tidak sah taraf," kata Mohd. Makzan.

Hasil analisa daripada lukisan-lukisan yang terhasil daripada sesi Terapi Seni, ramai remaja dan gadis yang mengandung luar nikah ada pernah terlintas untuk membunuh diri, melakukan percubaan untuk mengugurkan kandungan dan ada yang mahu membalas perbuatan lelaki yang yang menghamilkan mereka. Kejadian mengandung luar nikah ini pada asasnya adalah akibat pergaulan bebas ketika sedang asyik mabuk cinta berahi yang melampau dan ditipu kepada janji lelaki.

"Remaja dan gadis perempuan ini terdesak akibat malu dengan apa yang bakal menimpa mereka serta stigma terhadap diri sendiri, juga masyarakat yang memandang hina kepada mereka," jelasnya yang boleh

dihubungi ditalian

017 - 533 4152.

Hati-hati pilih produk bayi

Posted: 15 Jan 2014 09:55 PM PST

Gambar Abdul Nazir Mohamed">

BAGI sebahagian ibu bapa yang memandang enteng terhadap barangan penjagaan bayi dan kanak-kanak, mereka kini sepatutnya lebih prihatin pada perubahan struktur kulit dan kesihatan bayi apabila membeli produk mandian dan penjagaan bayi.

Pemilihan sabun mandian dan losyen untuk kanak-kanak tidak boleh diambil ringan oleh ibu bapa kerana struktur kulit bayi yang lembut dan gebu memerlukan penjaagaan rapi dan penggunaan produk yang sesuai dengan kulit.

Ini kerana tidak semestinya apa yang dirasakan baik untuk anda juga baik untuk permata hati anda.

Menggunakan produk kesihatan yang tidak bersesuaian dengan kulit bayi akan menimbulkan masalah kesihatan seperti kegatalan pada bahagian kulit, keradangan dan ruam-ruam pada badan.

Bayi yang mengalami masalah kesan daripada penggunaan produk yang tidak sesuai akan menjejaskan kualiti hidup dan keselesaan mereka sepanjang hari.

Paediatrik Dermatologi, Hospital Kuala Lumpur, Dr. Leong Kin Fon berkata, ibu bapa perlu lebih prihatin ketika membuat keputusan membeli produk mandian yang betul kepada bayi mereka kerana produk yang tidak sesuai akan memberi kesan kepada kulit bayi.

"Kulit bayi mempunyai sel yang sangat kecil berbanding dengan sel kulit orang dewasa. Kulit mereka juga lebih nipis sebanyak 30 peratus berbanding kulit orang dewasa.

"Fungsi lipid dan tahap lembapan semulajadi juga berbeza dengan kulit orang dewasa menyebabkan cepat berlaku kehilangan air pada kulit mereka. Bayi yang baru lahir mengambil masa satu hingga enam tahun untuk menjadi matang bergantung kepada kulit dan persekitaran bayi.

"Ukuran kadar ph normal yang sesuai untuk kulit bayi adalah daripada 5 hingga 6. Jika produk yang digunakan tidak sesuai dengan kulit akan menyebabkan berlaku keradangan dan alahan pada bahagian-bahagian yang sensitif pada badan," jelasnya.

Tambahnya lagi, pemilihan produk mandian yang sesuai bukan sahaja berkesan untuk menghilangkan segala kotoran dan bakteria yang melekat pada bahagian bayi, malah penggunaannya yang konsisten membantu mencegah sebarang jangkitan yang berbahaya.

"Produk mandian yang bagus bukan sahaja membantu membunuh sebanyak 99.9 peratus kuman dan bakteria, malah membaiki persekitaran untuk menggalakkan pertumbuhan bakteria yanga baik kepada sistem ketahanan badan bayi.

"Hanya menggunakan air untuk membersihkan segala kotoran dan minyak yang melekit pada permukaan kulit tidak akan berkesan. Ph normal air 7 hingga 7.3 tidak akan memberi kesan pada kulit kerana ph kulit adalah 5.5 dan berkesan hanya dalam tempoh 10 hingga 15 minit sahaja selepas dicuci.

"Untuk membunuh kuman yang melekit pada permukaan kulit adalah menggunakan bahan aktif dan pencuci," jelasnya.

Ujar Dr. Kin Fon lagi, sebelum membeli produk mandian bayi, ibu bapa digalakkan melihat kepada beberapa perkara yang berkaitan dan bersesuaian dengan bahagian kulit bayi iaitu aspek keselamatan penggunaan produk, lembut dan tidak memedihkan bahagian mata, serta efektif.

"Produk yang baik berfungsi membuang kotoran serta memastikan kulit tidak kering dan berlaku iritasi yang menyebabkan ruam atau keradangan.

"Pilih produk yang sesuai dan melembutkan permukaan kulit bayi. Sebelum membeli seeloknya buat perbandingan dan kaji latar belakang sesuatu jenama.

"Untuk melihat kesan produk berkenaan pada bayi, cuba sapukan dahulu pada bahagian tertentu pada kulit seperti bawah perut, dan paha sama ada berlaku kekeringan mahupun iritasi pada kulit. Baca juga label untuk mengetahui kandungan bahan-bahan yang digunakan bagi memastikan kulit bayi selamat dan sihat," katanya.

Sementara itu, Pengarah Kumpulan Penjenamaan Johnson Baby, Irene Cheah berkata, pihaknya sentiasa memahami bahawa keadaan kulit, rambut dan mata bayi berbeza dari kulit orang dewasa, yang memerlukan penjagaan rapi.

"Kami percaya bahawa sentuhan dan komunikasi melalui mata adalah langkah awal untuk ibu dan bayi berkongsi kasih sayang. Oleh sebab itu kami sangat berusaha untuk mengeluarkan produk penjagaan bayi untuk kulit dan mata sebaik mungkin," jelasnya.

Produk mandian terbaru ini sangat sesuai kepada bayi yang telah diuji oleh pakar iaitu Johnson Baby Bath, Johnson Baby Peach Bath, Johnson Baby Bedtime Bath, Johnson Baby Cooling Bath dan Johnson baby Milk Rice +Rice Bath.

Kredit: www.utusan.com.my
 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved